Anda di halaman 1dari 32

UNITAR International University

Project Paper In Early Childhood Studies


(EPB4903)

Penggunaan Lagu Kanak-kanak Dalam Penguasaan Kosa Kata Bahasa


Inggeris

NORLIANA BINTI MOHD ANUAR


UNIVERSITI TUN ABDUL RAZAK
(AS 1110662 )
anailron_ma@yahoo.com

PENSYARAH PEMBIMBING
PN NOOR EZZAH AZLINDA BINTI MOHD PILUS
UNITAR INTERNATIONAL UNIVERSITY
ezzah.as@unitar.my

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, syukur saya ke hadrat Illahi kerana dengan keizinannya


saya telah berjaya menyelesaikan kajian tugasan ini. Saya amat berterima kasih
kepada orang perseorangan dan pihak-pihak tertentu yang banyak membantu
dalam proses menyiapkan kajian ini.
Pertama,

setinggi-tinggi

penghargaan

dan

terima

kasih

khas

buat

pensyarah saya Pn. Noor Ezzah Azlinda bt Mohd Pilus yang banyak memberi
bantuan dan bimbingan mengenai tugasan ini.
Saya juga amat terhutang budi kepada kawan kawan yang memberi
idea dan khidmat nasihat dalam menyiapkan kajian ini.
Akhir sekali, saya juga amat berterima kasih kepada ahli keluarga saya
khususnya kepada suami yang banyak memberi sokongan dan berkorban
menjaga anak-anak sepanjang pengajian saya sehingga selesainya kajian ini.
Terima kasih semua.

ABSTRAK

Kajian tindakan ini dijalankan untuk menilai sejauh mana lagu kanak-kanak dapat
membantu meningkatkan penguasaan kosa kata bahasa Inggeris murid-murid
prasekolah. Objektif kajian ini adalah untuk meningkatkan penguasaan kosa kata
bahasa Inggeris. Subjek kajian terdiri daripada empat orang murid prasekolah di
Kelas Prabestari Sekolah Kebangsaan Mengkuang di negeri Pulau Pinang. Data
dikumpulkan melalui pemerhatian, soal selidik dan temu bual. Data dianalisis
dengan menggunakan analisis deskriptif (kekerapan dan peratusan). Hasil
refleksi menunjukkan murid-murid ini kurang memberikan respons dalam aktiviti
slot pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris di bilik darjah kerana
mempunyai

kosa

kata

bahasa

Inggeris

yang

terhad.

Lagu

kanak-kanak

digunakan untuk membantu murid-murid mengatasi masalah yang dihadapi


dengan meningkatkan penguasaan kosa kata bahasa Inggeris mereka. Dua buah
lagu kanak-kanak digunakan dalam intervensi yang dijalankan. Kosa kata yang
ingin ditekankan menjadi fokus utama agar murid-murid dapat menguasai kosa
kata tersebut. Aktiviti nyanyian lagu kanak-kanak ini dijadikan sebagai rutin di
prasekolah. Lagu kanak-kanak ini dinyanyikan dalam slot perbualan pagi dan
juga diselitkan dalam aktiviti slot pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris.
Implikasinya, penguasaan kosa kata bahasa Inggeris murid-murid meningkat.
Selepas intervensi dijalankan, didapati bahawa bilangan kosa kata murid-murid
tersebut meningkat berbanding sebelum intervensi dijalankan. Penggunaan lagu

kanak-kanak dapat meningkatkan penguasaan kosa kata bahasa Inggeris muridmurid prasekolah.
Kata kunci : prasekolah , lagu, Bahasa Inggeris

ABSTRACT

This action research is done to value how children songs can improve the
vocabulary of pre-school students. The aims are to enhance English vocabulary.
The respondents for this research are 6 pre-school students in PraBestari Sekolah
Kebangsaan Mengkuang at penang area. The data were collected from the
observation, enquiry and interviews. The data were analyzed by using
descriptive analysis. Moreover, the results shows that kids rarely gave respond in
class because of them were lack of English vocabulary. Children songs are used
to help the kids to attain the problems faced by enhance their vocabulary. Two
songs were used during the intervention. In this intervention, the teacher will
focus on the target words in the songs so they can master them. This activity
should become a routine in pre-school. These songs are suitable to sing in circle
time especially in teaching and learning slot. With these activities, the kids can
improve their language automatically and they can respond towards the lesson.
It is proven that the kids' vocabulary improved drastically right after the

intervention was done. Thus, children songs can help the kids to master and
improve their vocabulary in English.

Isi Kandungan
Perkara

m/s

PENGHARGAAN
i
ABSTRAK BM

ii

ABSTRAK BI

iii

KANDUNGAN

iv-v

BAB 1 : PENGENALAN
1.0Pendahuluan
1.1Pernyataan Masalah
2
1.2Tujuan Kajian
1.3Persoalan Kajian
2

1.4Kepentingan Kajian
3
1.5Batasan Kajian
1.6Kesimpulan

3
3

BAB 2 : KAJIAN LITERATUR


2.0Pendahuluan
4
2.1Definisi Lagu
2.2Teori Kecerdasan Pelbagai

4
2.3Kecerdasan Muzik
5
2.4Pancaindera
2.5Rangsangan Muzik

5
2.6Soroton Literatur
6-7
2.7Rumusan

BAB 3 : METODOLOGI
3.0Pendahuluan
8
3.1Sampel Kajian
3.2Instrumen Kajian

8-9
3.3Prosedur Kajian
9-10
3.4Teknik Mengumpul Data
10-11
3.5Kesimpulan
BAB 4 : PERBINCANGAN DAN KEPUTUSAN
4.0Pendahuluan
12-13
4.1Persoalan Kajian Pertama
12-14

11

4.2Persoalan Kajian Kedua


4.3Kesimpulan

16-18
19

BAB 5 : RUMUSAN DAN CADANGAN


5.0 Pengenalan

20

5.1 Rumusan
20
5.2 Cadangan Untuk Masa Akan Datang
20-21
5.3 Kesimpulan

21

SUMBER RUJUKAN
22
LAMPIRAN

23-25

BAB 1
PENGENALAN
1.0

Pendahuluan
Penggunaan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian pada masa ini amat penting sejajar dengan

perkembangan pendidikan di Malaysia sehingga ke peringkat globalisasi. Kementerian Pelajaran Malaysia telah
mewajibkan semua pelajar di sekolah sekolah di Malaysia ini untuk menguasai bahasa Inggeris dalam
pelajaran mereka. Oleh itu, bagi merealisasikan impian Kementerian maka para pelajar perlu diajar sejak
mereka dari bangku prasekolah lagi. Jika dari awal persekolahan lagi murid sudah dapat menguasai bahasa
Inggeris maka mereka akan dapat menguasai sepenuhnya bahasa Inggeris ini apabila mereka sudah berada di
bangku sekolah perdana. Maka, menjadi tanggungjawab besar kepada guru prasekolah untuk mendidik serta
melatih muridnya agar mereka sudah dapat menguasai bahasa Inggeris dengan baik sebelum melangkahkan kaki
mereka ke alam persekolahan perdana nanti.
Kajian ini dijalankan untuk membantu murid prasekolah dalam meningkatkan penguasaan kosa kata
dalam bahasa Inggeris dan seterusnya untuk melihat keberkesanan kaedah nyanyian ini dapat menarik dan

mengekalkan minat murid untuk belajar. Lagu kanak-kanak sememangnya boleh membantu kanak-kanak dalam
meningkatkan penguasaan kosa kata bahasa Inggeris mereka. Melalui penggunaan lagu kanak-kanak, kanakkanak akan lebih cepat mengingati dan menghafaz sesuatu perkara berbanding dengan membaca sahaja.
Pernyataan ini disokong oleh Bredekamp & Copple (1997) yang telah membuktikan bahawa nyanyian dapat
membantu kanak-kanak menguasai bahasa kedua selain bahasa ibunda.
Nyanyian merupakan alat yang menyeronokkan kanak-kanak untuk membina kemahiran mendengar.
Aktiviti yang melibatkan nyanyian dapat memberi peluang untuk meningkatkan bahasa dan literasi serta
menimbulkan keseronokkan dengan perkataan. Nyanyian yang dilakukan secara berulang-ulang dapat
meningkatkan ingatan kanak-kanak. Pengulangan adalah strategi untuk belajar dengan menyeronokkan.
Nyanyian menjadi mudah dan kekal diingatan secara tidak langsung menjadi sebahagian linguistik kanak-kanak
dan sumber intelektual untuk kehidupannya.

1.1

Pernyataan Masalah
Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menjalankan

Uji Rintis Instrumen Pentaksiran Prasekolah Kebangsaan terhadap 618 respon di Prasekolah KPM semua negeri
pada tahun 2010. Hasil dapatan uji rintis itu mendapati bahawa tahap pencapaian dan penguasaan murid dalam
Bahasa Inggeris sangat lemah. Konstruk yang diuji adalah seperti Listening skills, Speaking skills, Reading
skills dan Writing skills. Bagi Listening skills sebanyak 14.9% responden masih belum menguasai kemahiran
ini. 18.5% masih belum menguasai speaking skills, 17.7% masih belum menguasai reading skills dan 12.0%
bagi writing skills. Peratusan ini benar-benar membimbangkan kerana Bahasa Inggeris merupakan bahasa yang
penting untuk dipelajari di negara kita.
Penggunaan Bahasa Inggeris amat lemah terutamanya di kalangan kanak-kanak berbangsa Melayu dari
segi perbendaharaan kata dan juga perbualan mudah. Kanak kanak tidak memahami apa yang diajar oleh guru
dan pasif setiap kali slot dalam Bahasa Inggeris. Oleh yang demikian slot pengajaran dan pembelajaran menjadi
hambar dan murid hanya bergantung kepada kawapan daripada guru. Beberapa faktor seperti latar belakang
keluarga , masalah keluarga, kurang perhatian daripada ibu bapa menyebabkan kanak-kanak prasekolah tidak
menguasai perkataan-perkataan yang mudah dalam Bahasa Inggeris. Kegagalan menguasai kedua-dua aspek ini
perlu ditangani dengan lebih awal agar masalah ini tidak bertambah dan berlarutan sehingga mereka
menjejakkan kaki ke kelas arus perdana.

1.2

Tujuan Kajian
Tujuan bagi kajian ini adalah untuk meninjau keberkesanan penggunaan kaedah nyanyian bagi

meningkatkan penguasaan kosa kata Bahasa Inggeris di kalangan murid-murid prasekolah dan seterusnya dapat
meningkatkan keyakinan murid-murid prasekolah untuk berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris.
1.3

Persoalan Kajian

Adakah penggunaan lagu kanak-kanak dapat meningkatkan penguasaan kosa kata dalam Bahasa

Inggeris?
Adakan penggunaan kaedah nyanyian dapat meningkatkan keyakinan murid untuk berkomunikasi
dalam Bahasa Inggeris?

1.4

Kepentingan Kajian

Membantu murid-murid prasekolah menguasai penguasaan kosa kata dalam Bahasa Inggeris
dengan lebih berkesan, menyeronokkan dan secara tidak langsung dapat menimbulkan minat

murid untuk belajar.


Dapat mengatasi murid yang lemah bertutur menggunakan perbualan yang mudah dalam
komunikasi Bahasa Ingggeris.

1.5

Batasan Kajian
Kajian ini hanya difokuskan kepada enam orang kanak-kanak prasekolah di kelas PraBestari

berdasarkan kepada tahap pencapaian yang lemah dalam aspek Bahasa Inggeris, dan sukar memberi perhatian
ketika sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Kajian ini juga hanya dijalankan di dalam kelas sepanjang
tempoh 4 minggu sahaja.
1.6

Kesimpulan
Oleh itu, kaedah nyanyian lagu kanak-kanak diaplikasikan dalam kajian ini. Nyanyian lagu kanak-

kanak banyak memberikan manfaat kepada murid-murid dari segi kognitif dalam penghafazan dan memahami
kosa kata. Melalui soal selidik dan pemerhatian yang dilaksanakan, murid lebih cepat menguasai kosa kata
dengan menggunakan teknik nyanyian. Hal ini disokong oleh Campbell & Scott-Kassner (1995) yang
mengatakan hubungan antara bahasa, pertuturan dan nyanyian tidak dapat dinafikan kerana kanak-kanak dapat
menambahkan perbendaharaan kata serta dapat memahami setiap perkataan baharu yang dipelajari mereka
apabila mereka mempelajari lagu baharu. Hujah ini turut disokong oleh pendapat Krogh (1995) yang
mengatakan aktiviti mengulang-ulang menyanyikan rangkap lagu yang betul dari segi hukum tatabahasa juga

akan membantu kanak-kanak menggunakan bahasa dengan tatabahasa yang betul pada masa akan datang.
Pengajaran ini juga sangat sesuai diintegrasikan dalam pengajaran guru di dalam bilik darjah. Ini disokong oleh
kajian yang dilakukan oleh Hurwitz, Wolff, Bortnick & Kokas pada tahun 1975 yang menunjukkan bahawa
murid-murid yang menerima pengajaran muzik mendapat markah yang lebih tinggi daripada kumpulan kawalan
yang hanya terlibat dalam aktiviti membaca.

BAB 2
KAJIAN LITERATUR
2.0

Pendahuluan
Tinjauan literatur ialah mengkaji hasil karya yang pernah dijalankan oleh orang lain. Ianya adalah

berpandukan bahan-bahan bercetak antaranya seperti buku, jurnal, tesis dan suratkhabar. Kebanyakan buku yang
digunakan serta jurnal yang dijadikan sumber rujukan kajian adalah hampir kesemuanya boleh didapati di
perpustakaan. Selain daripada bahan- bahan bercetak, tinjauan literatur turut berpandukan bahan-bahan yang
diperolehi menerusi media elektronik iaitu menerusi laman-laman web di internet.Sesebuah tinjauan literatur
amat penting bagi seseorang pengkaji. Ia memberikan idea dan hala tuju mengenai penyelidikan yang akan
dilakukan.

2.1.

Definisi lagu
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), lagu ialah gubahan muzik yang biasanya dilengkapi

dengan seni kata. Kanak-kanak pula bermaksud budak lelaki atau perempuan yang masih kecil (biasanya yang
belum berumur lebih daripada tujuh atau lapan tahun). Dalam kajian yang dijalankan ini, bahasa Inggeris
merupakan bahasa kedua kepada subjek kajian. Bahasa kedua didefinisikan sebagai bahasa yang diperoleh
selepas bahasa pertama dan boleh dipelajari tanpa atau dengan pengajaran fomal (McLaughlin, 1987).

2.2

Teori Kecerdasan Pelbagai


Kanak-kanak belajar dalam pelbagai cara. Baru-baru ini, definisi baru kecerdasan telah diterima dan

meningkatkan penilaian kompetensi manusia secara dramatik. Howard Gardner, seorang ahli psikologi
Universiti Harvard, membawa teori kecerdasan pelbagai. Beliau menyatakan bahawa setiap orang mempunyai

sembilan kecerdasan yang berbeza yang berkaitan tetapi wujud dengan kekuatan yang berbeza pada individu
yang berbeza. Jika kita boleh membangunkan cara-cara untuk mengajar dan belajar dengan melibatkan ketujutujuh kecerdasan, kita akan meningkatkan kemungkinan untuk kejayaan pelajar. Tujuh kecerdasan tersebut
ialah verbal-lingguistik, logik matematik, naturalis, intrapersonal, interpersonal, kinestetik dan akhir sekali ialah
muzik.

2.3

Kecerdasan Muzik
Kecerdasan muzik ialah kecerdasan yang peka kepada bunyi bukan verbal dalam persekitaran

termasuk melodi dan nada. Seseorang yang mempunyai kecerdasan ini mempunyai kebolehan untuk mengubah
tempo dan irama dalam melodi yang mudah. Individu ini gemar mendengar, menyanyi, bermain muzik,
mencipta lagu serta boleh mengingat muzik yang berlainan (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001).
Kajian yang dilakukan oleh pakar psikologi Dr. Frances Rauscher (1994) dari Universiti Wisconsin
telah membuktikan bahawa muzik boleh meransangkan fungsi otak yang diperlukan dalam pembelajaran.
Kajian Rausher et al (1994) dalam catatan Denie (2000) juga membuktikan bahawa kanak-kanak yang
didedahkan kepada muzik pada awal umur mereka, mereka mempunyai perkembangan sosial, mental dan fizikal
yang lebih matang. Selain itu Dr Georgi Lozanov mengatakan muzik dapat menguatkan daya ingatan dan
memudahkan pembelajaran sekiranya digunakan dengan baik (Radin, 2003).

2.4

Pancaindera
Penggunaan muzik dan nyanyian dalam proses pengajaran meransang pancaindera komunikasi murid

seperti pancaindera pendengaran. Ransangan terhadap pancaindera murid mempengaruhi keberkesanan


pembelajaran murid. Ini disokong oleh kajian yang telah dijalankan oleh Gould-Marks di dalam buku Zarul
Akhmar (1993) yang membuktikan bahawa apabila pancaindera digunakan dengan bijak peratus pemahaman
adalah sebanyak 30 peratus dan peratus ingatan ialah 40 peratus. Kesimpulannya penggunaan kaedah nyanyian
meransang pancaindera murid dan dapat meningkatkan pencapaian murid.

2.5

Ransangan Muzik
Murid-murid lebih biasa dengan muzik berbanding dengan buku. Menurut Alex Zukas, seorang guru

di Amerika Syarikat, beliau terfikir untuk mempelbagaikan kaedah pengajarannya untuk menarik minat murid

beliau. Antara kaedah yang digunakan ialah kaedah nyanyian dengan menukar lirik lagu sedia ada kepada lirik
yang mengandungi isi pembelajaran dan memilih lagu yang mendapat sambutan pada ketika itu. Menurut beliau
lagi di dalam Jurnal tulisan beliau Using Music to Teach History murid memberi reaksi yang amat berbeza
berbanding sebelumnya. Murid lebih gembira dan menyertai aktiviti pengajaran sepenuhnya.

2.6

Sorotan Literatur
Perubahan paradigma dalam sistem pendidikan menuntut dan menggesa kaum guru membuat

perubahan dimana salah satu elemen penting dalam perubahan ialah kreativiti. (Hj. Mohd Ali, 1994). Seorang
guru yang hebat bukanlah diukur berdasarkan kepada kemahiran mengajarnya sematamata, tetapi juga kreativiti
yang ditonjolkan dalam setiap sesi P&P yang disampaikan. Kaedah pengajaran yang kreatif dan menyeronokkan
bukan sahaja dapat menambat hati murid untuk belajar, malah dapat membantu mereka mengukuhkan
kefahaman dan ingatan dalam mata pelajaran tersebut, selaras dengan kenyataan Yong & Biramiah (1996) iaitu
Seorang guru yang kreatif akan bertindak sebagai pemberi motivasi dalam pembelajaran bagi para pelajar.
Dalam kajian yang dijalankan ini, nyanyian lagu kanak-kanak dijadikan sebagai rutin dalam bilik
darjah di mana tiga buah lagu tersebut akan dinyanyikan pada waktu perbualan pagi dan semasa slot pengajaran
dan pembelajaran bahasa Inggeris. National Association for the Education of Young Children (NAEYC) yang
disebut dalam Salmon (2010) mencadangkan agar aktiviti rutin diterapkan kepada kanak-kanak kerana ia dapat
membantu kanak-kanak menyusun pengetahuan dan pengalaman lepas mereka dengan baik dan bermakna.
Salmon (2008) juga berpendapat bahawa kebaikan aktiviti rutin bukan sahaja dapat memberi keyakinan dan rasa
selamat dalam kalangan kanak-kanak, tetapi aktiviti rutin juga dapat membantu kanak-kanak untuk
memperkembangkan budaya berfikir.
Selain itu, nyanyian juga dapat meningkatkan kemahiran kognitif dan pemikiran kritikal kanak-kanak.
Bygrave (1995) telah menjalankan kajian untuk kesan muzik dalam usaha mengekalkan kemahiran
perbendaharaan kata kanak-kanak. Antara aktiviti yang terdapat dalam program muzik untuk pembelajaran
dalam kajian tersebut termasuklah aktiviti seperti nyanyian, pergerakan, persembahan alat-alat muzik dan
mendengar. Hasil kajian mendapati program muzik memberikan kesan yang sangat positif untuk meningkatkan

kemahiran perbendaharaan kata kanak-kanak, iaitu kanak-kanak yang menerima pendidikan muzik
menunjukkan kemajuan secara menyeluruh.
Menurut Drosher (2006) pula, pendedahan terhadap teknik nyanyian dapat meningkatkan IQ dan
perkembangan mental. Manakala bagi pandangan Butzlaff (2002) dan Lamb & Gregory (1993) kaedah nyanyian
dapat mewujudkan hubungan antara pencapaian membaca dengan teknik nyanyian. Menyanyi juga dapat
menguji kemahiran mendengar dan bertutur, membaca dan menulis. Selain daripada itu juga, aktiviti nyanyian
dapat mempelbagaikan aktiviti pengajaran-pembelajaran di dalam kelas.(Hawijah Ahmad dan Md. Safea
Mohamad, 1992).

Kanak-kanak berasa gembira dan seronok apabila menyanyi kerana nyanyian boleh

meransang minat kanak-kanak bagi mengikuti pengajaran guru, membantu menenangkan fikiran mereka dan
memberi peluang mereka melakukan pergerakan (Ahmad Ramli Zakaria dan Osni Anuar Othman, 1992).
Menurut Nani Menon ( 2005), kanak-kanak prasekolah berasa seronok menyanyi bersama-sama atau dalam
kumpulan besar.
Menyanyi dapat membantu proses mengingat kanak-kanak. Ia amat berguna dan boleh mebantu muridmurid menguasai perbendaharaan kata, sebutan, intonasi, rima dan tekanan, struktur dan bentuk ayat. Lagu juga
membantu dapat menyumbang ke arah bentuk pemikiran dan daya inkuiri otak mentafsir sesuatu perkara.
Kajian Rosne Hafizah (2009) hasil dapatannya terhadap beberapa orang murid di sebuah sekolah di Selangor,
beliau mendapati bahawa aktiviti nyanyian ini dapat merangsang minat murid-murid untuk mempelajari bahasa
Arab. Secara tidak langsung, telah berjaya menguasai perbendaharaan kata bahasa Arab melalui kaedah
nyanyian.
Hasil kajian oleh Salcedo (2002) juga mendapati bahawa penggunaan lagu dalam bilik darjah bahasa
asing mungkin membantu mengingati sesuatu teks. Selain itu, kejadian latihan mental dengan tidak sengaja
(involuntary mental rehearsal / din) juga meningkat dengan wujudnya muzik.

Justeru, muzik mungkin

merupakan cara yang berkesan untuk perolehan bahasa. Menurut dapatan kajian yang dijalankan oleh Elisabeth
(2005), keberhasilan pembelajaran bahasa sangat dipengaruhi oleh kemampuan seorang guru dalam
melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan menyenangkan kanak-kanak. Seseorang
kanak-kanak dikatakan suka menyanyi dan bergerak. Justeru, lagu dan aktiviti pergerakan adalah salah satu
pendekatan yang efektif dalam pembelajaran bahasa. Kanak-kanak menjadi lebih senang dan mudah memahami
melalui aktiviti nyanyian. Walau bagaimanapun, hasil kajian oleh Allen (2007) telah menunjukkan bahawa tiada
terdapat perbezaan yang signifikan dalam pencapaian kemahiran membaca bagi murid ELL (English Language

Learners) selepas satu tahun terlibat dalam kajian yang menggunakan pendekatan muzik dalam mempelajari
bahasa (language-rich music lessons).
2.7

Kesimpulan
Banyak kajian yang telah dibuat membuktikan pengaruh nyanyian terhadap pebelajaran kanak-kanak

terutamanya dalam pemerolehan bahasa kedua. Diharapkan agar kajian ini dapat mendapat hasil yang positif
seperti kajian-kajian lepas.

BAB 3
METODOLOGI
3.0

Pendahuluan
Dalam bahagian ini, penyelidik akan menjelaskan tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan

metodologi kajian yang akan dijalankan iaitu mengumpul dan menganalisa data yang diperolehi. Metodologi
penyelidikan memberikan panduan dalam pelaksanaan penyelidikan. Ianya merangkumi rekabentuk kajian,,
sampel kajian, alat yang digunakan, proses pengumpulan data, prosedur kajian dan prosedur analisis data yang
dikutip.
3.1

Sampel kajian
Kajian ini dijalankan dengam melibatkan 6 orang murid Prasekolah Bestari SK Mengkuang. 6 orang

murid ini terdiri daripada 3 lelaki dan 3 perempuan. Kesemua kanak-kanak ini berumur enam tahun. Kanakkanak ini menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua. Murid-murid ini dipilih berdasarkan prestasi
akademik mereka di dalam kelas yang kurang memberangsangkan dan lemah dalam penguasaan Bahasa
Inggeris. Mereka kurang memberikan respons dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris.
Murid murid ini juga mempunyai latar belakang pendidikan yang kurang baik di mana diantara mereka lahir
daripada keluarga yang kurang didedahkan dengan kepentingan pendidikan. Selain itu, mereka juga dating
daripada keluarga yang berpendapatan rendah dan sederhana.
3.2

Instrumen Kajian

Bagi memastikan tahap penguasaan murid terhadap kosa kata mudah dalam Bahasa Inggeris, pengkaji
dua alat kajian iaitu pemerhatian dan temu bual secara individu dengan subjek sebagai tinjauan awal
menggunakan borang senarai semak. Jadual 1 di bawah adalah cara tinjauan penggunaan instumen kajian
dibuat;

Jadual 1: Cara Tinjauan


Langkah

Cara tinjauan masalah

Kumpulan

Langkah 1

Pemerhatian

sasaran
20 orang murid-

catatan

pemerhatian

menggunakan

Tujuan

murid prasekolah

Lampiran A
Tinjauan awal
menggunakan

murid

6
Senarai

Semak pada Lampiran B

Melihat penggunaan kosa kata


Bahasa Inggeris dalam kalangan

Borang

Rekod Pemerhatian pada


Langkah 2

orang

yang terlibat

subjek

Melihat respon murid semasa

P&P slot Bahasa Inggeris


Mengenal pasti dan mengetahui
tahap

penguasaan

kosa

kata

Bahasa Inggeris subjek

Alat kajian 1: Pemerhatian


Kekerapan kosa kata Bahasa Inggeris yang dituturkan oleh subjek akan direkodkan. Kekerapan ini akan
dijumlahkan selepas 5 pemerhatian dibuat.

Alat kajian 2: Borang senarai semak


Borang senarai semak untuk tinjauan awal yang digunakan adalah set soalan sama yang akan digunakan dalam
penilaian selepas intervensi. Dalam senarai semak ini, murid perlu menjawab soalan-soalan guru dengan
jawapan dalam Bahasa Inggeris. Sebanyak 25 perkataan mudah telah dipilih untuk diuji.
3.3

Prosedur Kajian
Jadual 2 di bawah adalah jadual perancangan langkah-langkah untuk menjalankan kajian ini;

Kaedah / Teknik
Cara pelaksanaan

Penggunaan lagu kanak-kanak (Nursery rhymes)


Langkah 1
Murid

akan

diajar

menyanyikan

lagu

kanak-kanak

menggunakan carta lagu bergambar sehingga murid benarbenar dapat menghafaz 2 lagu tersebut
Langkah 2
Murid akan diajar menyanyikan lagu kanak-kanak dengan
iringan muzik untuk mendapatkan rentak dan tempo yang
betul
Langkah 3
Beberapa perkataan yang dipilih diberi penekanan yang lebih.
Murid akan diterangkan dengan maksud atau pengertian
dalam Bahasa Melayu setiap perkataan yang ingin diuji
Langkah 4
Lagu kanak-kanak ini akan dinyanyikan sebagai salah satu
rutin dalam prasekolah iaitu seperti pada waktu Perbualan
Lagu

kanak-kanak

yang digunakan

2. Head, Shoulders, Knees and Toes

Bahan bantu belajar

3.4

Pagi, waktu Rehat atau dalam waktu P&P


1. I am a little Teapot

3. Five Little Ducks


Radio, cakera padat, carta lirik bergambar

Teknik Mengumpul Data

Jadual 3 di bawah adalah jadual perancangan pengumpulan data untuk menjalankan penyelidikan ini;
Jadual 3: Perancangan cara mengumpul data
Langkah /

Cara Mengumpul Data

Kumpulan

Tujuan

Tarikh
Langkah 1

Pemerhatian

Sasaran
20 orang murid

Melihat percakapan dan penggunaan

prasekolah

kosa kata Bahasa Inggeris sepanjang

Langkah 2

Tinjauan awal

6 orang subjek yang

slot P&P Bahasa Inggeris


Mengenal pasti kelemahan subjek

Langkah 3

Selepas intervensi

terlibat
6 orang subjek yang

Melihat pencapaian subjek selepas

terlibat

penggunaan lagu kanak-kanak

Jadual 4 di bawah adalah jadual perancangan cara menganalisis data dalam kajian ini;
Jadual 4: Perancangan cara menganalisis data
Langkah / Tarikh
Langkah 1

Cara mengumpul data


Pemerhatian

Cara menganalisis data


Data akan dikumpulkan dengan menjumlahkan kekerapan

Langkah 2

Tinjauan awal

kosa kata yang dituturkan oleh subjek


Data akan dianalisis menggunakan peratusan jawapan yang

Langkah 3

Selepas intervensi

betul.
Data akan dianalisis menggunakan peratusan jawapan yang
betul.

Perbezaan data dalam bentuk peratusan sebelum dan selepas intervensi akan dibandingkan bagi
menunjukkan perubahan peningkatan penguasaan kosa kata Bahasa Inggeris murid-murid. Data yang
dikeluarkan adalah dalam bentuk kuantitatif deskriptif.
3.5

Kesimpulan
Secara keseluruhannya, bab 3 membincangkan bagaimana pengumpulan data dikutip dari permulaan

pemerhatian dan seterusnya cara menganalis data. Kajian digunakan dengan reka bentuk kuantitatif dan cara
pengumpulan data digunakan dengan kaedah data jenis pemerhatian dan senarai semak.

BAB 4
PERBINCANGAN DAN KEPUTUSAM
4.0

Pendahuluan
Bahagian ini membincangkan tentang cara data-data dianalisis dan diinterpretasi.

Dengan

menganalisis data-data yang diperolehi, pengkaji dapat melaporkan hasil kajian, seterusnya membuat ulasan
mengenai data-data yang dianalisis tersebut. Analisis data adalah berdasarkan kepada objektif kajian.
4.1

Persoalan Kajian Pertama


Apakah tahap penguasaan kosa kata bahasa Inggeris murid- murid prasekolah selepas penggunaan lagu

kanak-kanak?
Hasil analisis soal selidik yang dijalankan telah dapat mengenal pasti tahap penguasaan kosa kata
bahasa Inggeris kanak-kanak dengan penggunaan lagu kanak-kanak.
Jadual 5 : Perbandingan penguasaan kosa kata Bahasa Inggeris setiap subjek sebelum dan selepas
intervensi mengikut lagu
Subjek

Lagu 1

Lagu 2

Lagu 3

Jumlah

Peratusan

M1

Sebelum

1/7

1/10

0/8

2/25

(%)
8

M2

Selepas
Sebelum

6/7
1/7

10/10
2/10

5/8
0/8

21/25
3/25

84
12

M3

Selepas
Sebelum

6/7
0/7

10/10
1/10

4/8
0/8

20/25
1/25

80
4

M4

Selepas
Sebelum

7/7
0/7

10/10
1/10

8/8
0/8

25/25
1/25

100
4

M5

Selepas
Sebelum

5/7
1/7

10/10
2/10

5/8
1/8

20/25
4/25

80
16

M6

Selepas
Sebelum

5/7
2/7

9/10
2/10

5/8
0/8

19/25
4/25

76
16

Selepas

7/7

10/10

7/8

24/25

96

Petunjuk :
Lagu 1 : Seven days in a week
Lagu 2 : Itsy Bitsy Spider
Lagu 3 : Head , shoulders, knees and toes

Jadual 5 adalah dapatan penguasaan kosa kata bahasa Inggeris setiap subjek sebelum dan selepas
intervensi mengikut lagu. Berdasarkan kepada dapatan di atas, seramai lima orang subjek dapat menjawab
kesemua soalan untuk kosa kata dalam Lagu 2 selepas intervensi dijalankan. Manakala hanya Kanak-kanak M5
sahaja tidak dapat menjawab 1 soalan daripada 10 soalan yang dikemukakan daripada kosa kata dalam Lagu 2.
Ini menunjukkan bahawa kesemua subjek lebih mudah mengingati dan memahami kosa kata dalam Lagu 2
berbanding dua buah lagu lagi.
Jadual 6 : Hasil analisis soal selidik terhadap kanak-kanak bagi meningkatkan penguasaan kosa kata
Bahasa Inggeris
Jawapan
Jumlah Skor
Peratusan %

MI
21/25
84

M2
20/25
80

M3
25/25
100

M4
20/25
80

M5
19/25
76

M6
24/25
96

Berdasarkan jadual 4, didapati seorang kanak-kanak mendapat peratusan 100% iaitu Kanak- kanak M3.
Kanak-kanak ini telah berjaya menjawab kesemua soalan yang diberikan kepadanya dengan betul berdasarkan
kepada lirik lagu kanak-kanak yang diajar. Sementara itu, Kanak-kanak M6 mendapat skor kedua tertinggi
dengan peratusan sebanyak 96%. Kanak-kanak M1 mendapat peratusan sebanyak 84% dengan menjawab 21
soalan dengan betul. Kanak-kanak M2 dan Kanak-kanak M4 dapat menjawab 20 soalan dengan betul daripada
25 soalan yang diberikan. Dua orang kanak-kanak ini mendapat peratusan sebanyak 80%. Peratusan terendah
pula telah diperoleh oleh Kanak-kanak M5 iaitu dengan 76%.
Rumusannya, hasil analisis soal selidik yang telah dijalankan terhadap kanak-kanak mendapati bahawa
kanak-kanak dapat menjawab soalan yang diberikan kepada mereka dengan baik berbanding sebelum intervensi.
Kebolehan kanak-kanak ini menjawab soalan yang diberikan menunjukkan bahawa penguasaan kosa kata
kanak-kanak telah meningkat. Oleh itu, penggunaan lagu kanak-kanak dapat meningkatkan kosa kata bahasa
Inggeris mereka.

Jadual 7 Perbezaan sebelum dan selepas intervensi dijalankan bagi meningkatkan penguasaa kosa kata
Bahasa Inggeris kanak-kanak
Kanak-kanak

Sebelum intervensi

Selepas intervensi

Jumlah peningkatan

M1
M2
M3
M4
M5
M6

(%)
8
12
16
4
4
16

(%)
76
80
100
80
76
96

(%)
68
68
84
76
72
80

Jadual 7 menunjukkan jumlah peratusan peningkatan penguasaan kosa kata bahasa Inggeris kanakkanak iaitu sebelum menjalankan intervensi dan selepas menjalankan intervensi. Kanak-kanak M3 mendapat
peratusan peningkatan tertinggi iaitu 84%. Peratusan peningkatan yang kedua tertinggi pula adalah Kanak-kanak
M6 iaitu sebanyak 80%. Kanak-kanak M1 dan Kanak-kanak M2 mendapat 68% peningkatan. Manakala Kanakkanak M5 dan Kanak-kanak M4 masing-masing mendapat skor 76% dan 72% peningkatan setelah menjalankan
intervensi.

Rajah 1 : Hasil analisis soal selidik terhadap penguasaan lagu kanak-kanak meningkatkan kosa kata Bahasa
Ingggeris
Rajah 1 menunjukkan hasil analisis soal selidik terhadap penggunaan lagu kanak-kanak dapat
meningkatkan penguasaan kosa kata bahasa Inggeris subjek kajian. Hasil analisis selepas intervensi
menggunakan alat kajian soal selidik pula mendapati bahawa kanak-kanak ini dapat menjawab soalan yang telah
diberikan kepada mereka dengan betul dan lancar. Kebolehan kanak-kanak ini menjawab soalan yang diberikan
menunjukkan bahawa peningkatan penguasaan kosa kata bahasa Inggeris mereka. Berbanding dengan hasil
dapatan soal selidik yang dijalankan sebelum intervensi mendapati bahawa kanak-kanak tidak dapat menjawab
soalan yang diberikan dengan baik. Hasil soal selidik telah menunjukkan bahawa jumlah kekerapan soalan yang
dijawab adalah rendah. Hal ini menunjukkan bahawa penguasaan kosa kata bahasa Inggeris kanak-kanak yang
terhad menyebabkan mereka kurang melibatkan diri dengan aktif dalam aktiviti perbualan pagi serta aktiviti slot
pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris. Hasil analisis ini dapat menjawab persoalan kajian yang pertama
di mana penggunaan lagu kanak-kanak dapat meningkatkan penguasaan kosa kata bahasa Inggeris murid-murid
Prasekolah.

4.2

Persoalan Kajian Kedua

Adakah penggunaan lagu kanak-kanak dapat meningkatkan keyakinan murid-murid prasekolah untuk
berkomunikasi dalam bahasa Inggeris?
Hasil analisis pemerhatian yang dibuat telah dapat mengenal pasti murid-murid prasekolah lebih yakin untuk
berkomunikasi dalam bahasa Inggeris semasa waktu perbualan pagi dan aktiviti slot pengajaran dan
pembelajaran bahasa Inggeris dengan penggunaan lagu kanak- kanak.
Jadual 8 kekerapan respos subjek terhadap soalan guru dalam aktiviti slot pengajaran dan pembelajaran
bahasa Inggeris serta aktiviti perbualan pagi

Subjek

Tinjauan
awal
4
5
4
2
1
2

M1
M2
M3
M4
M5
M6

Jumlah Kekerapan
Pemerhatian
Pemerhatian
1
5
7
6
6
6
5

2
6
9
7
6
7
7

Pemerhatian

Pemerhatian

Pemerhatian

3
6
8
7
7
6
8

4
7
9
9
8
9
7

5
9
10
10
9
10
8

Jadual 8 menunjukkan jumlah kekerapan respons kanak-kanak terhadap soalan guru dalam slot aktiviti
pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris serta dalam aktiviti perbualan pagi. Hasil analisis pemerhatian ini
mendapati bahawa jumlah kekerapan respons kesemua subjek meningkat dari pemerhatian semasa tinjauan awal
ke pemerhatian 1, pemerhatian 2, pemerhatian 3, pemerhatian 4 dan pemerhatian 5.
Berdasarkan hasil dapatan ini, jumlah kekerapan respons yang diberikan oleh Kanak-kanak M2
meningkat dari pemerhatian semasa tinjauan awal hingga pemerhatian 2, tetapi jumlah kekerapan respons
menurun pada pemerhatian 3 iaitu sebanyak 1 respons kerana pada ketika itu kanak-kanak M2 mengalami
masalah kesihatan iaitu asma. Jumlah kekerapan ini terus meningkat pada pemerhatian 4 dan pemerhatian 5.
Pada pemerhatian 5, Kanak-kanak M2 memberi respons terhadap kesemua sepuluh soalan yang dikemukakan
oleh guru.
Kanak-kanak M5 memberikan jumlah kekerapan respons yang meningkat dari pemerhatian semasa
tinjauan awal hingga pemerhatian 3, tetapi jumlah kekerapan respons ini menurun sebanyak 1 respons
menjadikan jumlah respons pada pemerhatian 3 adalah sebanyak 6 respons dan terus meningkat pada

pemerhatian 4 dan pemerhatian 5. Kanak-kanak M6 memberikan jumlah kekerapan respons yang meningkat
dari pemerhatian semasa tinjauan awal hingga pemerhatian 3 tetapi jumlah kekerapan ini menurun pada
pemerhatian 4. Jumlah kekerapan respons ini meningkat semula pada pemerhatian 5.
Selain itu, jumlah kekerapan respons yang diberikan oleh Kanak-kanak M1, Kanak-kanak M3 dan
Kanak-kanak M4 terus meningkat dari pemerhatian semasa tinjauan awal hingga pemerhatian yang kelima.
Hasil analisis ini mendapati bahawa Kanak-kanak M2, Kanak- kanak M3 dan Kanak-kanak M5 dapat
memberikan respons terhadap kesemua soalan yang diberikan oleh guru pada pemerhatian 5 iaitu sebanyak 10
respons terhadap 10 soalan yang dikemukakan.
Hasil analisis pemerhatian juga mendapati kanak-kanak boleh berkomunikasi dalam bahasa Inggeris
dengan menggunakan bahasa mudah apabila mereka banyak mempunyai kosa kata. Sepanjang pemerhatian
dijalankan iaitu pada waktu perbualan pagi dan aktiviti slot pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris,
kanak-kanak berkeyakinan untuk memberikan respons dalam aktiviti yang dijalankan. Ini membuktikan mereka
mampu untuk bertutur dalam bahasa Inggeris walaupun tidak lancar. Namun demikian, mereka kelihatan lebih
yakin berbanding sebelum intervensi yang tidak mahu langsung berinteraksi dalam sebarang aktiviti slot
pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris. Dengan itu, kanak-kanak berupaya meningkatkan penguasaan
kosa kata bahasa Inggeris mereka dengan aktiviti nyanyian lagu kanak-kanak di samping dapat membina
keyakinan mereka untuk berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.

Rajah 2 Hasil analisis pemerhatian terhadap penggunaan lagu kanak-kanak bagi meningkatkan
keyakinan untuk berkomunikasi dalam bahasa Inggeris
Rajah 2 menunjukkan hasil analisis pemerhatian terhadap penggunaan lagu kanak-kanak dapat
meningkatkan keyakinan untuk berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Hasil analisis selepas intervensi
menggunakan alat kajian pemerhatian yang dijalankan terhadap kanak- kanak mendapati kanak-kanak memberi
respons dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris dengan menggunakan kosa kata yang
dipelajari daripada lagu yang dipelajari dan dinyanyikan. Kebolehan kanak-kanak ini memberi respons dalam
aktiviti pengajaran dan pembelajaran menunjukkan bahawa kanak-kanak ini berupaya meningkatkan keyakinan
mereka untuk berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Berbanding dengan hasil dapatan sebelum intervensi
dijalankan didapati bahawa kurang memberikan respons terutamanya dalam aktiviti slot pengajaran dan
pembelajaran bahasa Inggeris. Kanak-kanak ini tidak memberikan sebarang respons terhadap soalan yang
diberikan oleh guru semasa waktu perbualan pagi dan aktiviti slot pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris.
Kanak-kanak ini juga tidak mahu melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti yang telah dijalankan. Hasil analisis
ini telah dapat menjawab persoalan kajian yang kedua di mana penggunaan lagu kanak-kanak dapat
meningkatkan keyakinan untuk berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dalam kalangan murid-murid Prasekolah.

4.3

Kesimpulan
Hasil analisis mendapati bahawa penggunaan lagu kanak-kanak dapat meningkatkan penguasaan kosa

kata bahasa Inggeris kanak-kanak. Penggunaan lagu kanak- kanak juga dapat meningkatkan keyakinan kanakkanak untuk mengikuti aktiviti slot pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris dengan aktif.

BAB 5
RUMUSAN DAN CADANGAN
5.0

Pengenalan
Bab ini merupakan bab yang terakhir ianitu bab penutup dan mengandungi rumusan-rumusan yang

dibuat hasil daripada kajian yang telah dijalankan. Bab ini juga mengandungi cadangan penambahbaikan untuk
dijalankan pada masa akan dating.
5.1

Rumusan
Hasil kajian mendapati penggunaan lagu kanak-kanak dapat meningkatkan penguasaan kosa kata

bahasa Inggeris kanak-kanak. Penguasaan kosa kata bahasa Inggeris kanak-kanak meningkat apabila
menggunakan lagu kanak-kanak. Komunikasi dalam aktiviti slot pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris
juga bertambah baik dan lancar menunjukkan penguasaan kosa kata bahasa Inggeris kanak-kanak ini telah
meningkat.
5.2

Cadangan Untuk Masa Akan Datang

1.

Kajian yang dilaksanakan ini hanya dilaksanakan semasa waktu perbualan pagi dan waktu slot
pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris. Penyelidik mencadangkan agar kajian seterusnya
dilaksanakan pada waktu lain juga seperti pada waktu rehat, waktu aktiviti permainan luar dan waktuwaktu slot pengajaran lain.

2.

Kajian yang dilaksanakan ini hanya dilaksanakan terhadap kanak-kanak yang berbangsa Melayu
sahaja. Mereka ini menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua. Penyelidik mencadangkan
agar kajian seterusnya dilaksanakan terhadap kanak-kanak yang berbangsa lain seperti bangsa Cina dan
bangsa India atau bangsa lain yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua bagi
meningkatkan penguasaan kosa kata bahasa Inggeris kanak-kanak itu.

3.

Kajian ini juga dilaksanakan dengan menggunakan tiga buah lagu kanak-kanak sahaja. Dicadangkan
agar kajian seterusnya dilaksanakan dengan menggunakan lebih banyak lagu dan lagu-lagu tersebut
dipilih banyak mempunyai kosa kata yang mudah dipelajari dan dihafaz oleh kanak-kanak berusia 5
hingga 6 tahun.

4.

Dapatan yang diperoleh hasil daripada kajian yang telah dijalankan ini merupakan hasil dapatan
daripada jumlah subjek yang sangat kecil iaitu seramai 6 orang dari sebuah kelas prasekolah sahaja.
Dicadangkan agar kajian sebegini juga boleh dijalankan terhadap bilangan subjek yang lebih besar
jumlahnya dan dijalankan di beberapa buah sekolah yang lain, di daerah atau di negeri lain untuk
melihat sejauh mana lagu kanak-kanak dapat membantu meningkatkan kosa kata bahasa Inggeris
murid-murid prasekolah secara keseluruhannya.

5.3

Kesimpulan
Kajian yang seterusnya perlu dilaksanakan agar dapat menarik minat kanak- kanak untuk belajar di

prasekolah. Rohaya (1988) memetik pendapat Montessori yang percaya bahawa proses pembelajaran yang
paling berkesan adalah sesuatu yang berlaku dalam keadaan yang menggembirakan bagi kanak-kanak iaitu
dengan aktiviti bernyanyi, bermain, menari dan bermain alat muzik. Penggunaan teknik pengajaran dan
pembelajaran yang sesuai dan berkesan juga dapat membantu kanak-kanak untuk meningkatkan perkembangan
bahasa, emosi, sosial, komunikasi, fizikal dan pengetahuan kanak-kanak.

SUMBER RUJUKAN
Rujukan dari buku
Abdul Rahman Abdul Majid Khan (2008), Guru Sebagai Penyelidik: PTS Professional: Kuala Lumpur.

Ahmad Ramli Zakaria & Osni Anuar Othman (1992), Projek Teknik Pengajaran dan Pembelajaran: Siri
Panduan Guru KBSR. Jilid 4. Kementerian Pendidikan. DPB: KL.

Hawijah Ahmad dan Md. Safea Mohamad, (1992) Nyanyian Aktiviti Bahasa: Siri Panduan Guru KBSR. Jilid
7. Kementerian Pendidikan. DBP: KL.

Kamus Dewan, Edisi Baru, (2010) Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Kementerian Pelajaran Malaysia (1998). Garis Panduan Kurikulum Prasekolah: Dokumen Standard
Prasekolah. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kementerian Pelajaran Malaysia (2009). Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan: Dokumen Standard
Prasekolah. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Madzniyah Md.Jaafar, Muhammad Hussin, Choo Suet Lan, Hj.Mohd Zubir Embong, Aminuddin Mohd
dan Zakiah Idris. (1995). Modul

Sani

Kajian Tindakan. Kuala Lumpur : Program PIER (Program forInnovation,

Excellence and Research)

Nani Menon (2005), Permainan, Lagu Dan Puisi Kanak-kanak: PTS Professional: Bentong.

LAMPIRAN A
BORANG
REKOD PEMERHATIAN
Di bawah ini adalah borang rekod pemerhatian bagi merekod kekerapan kosa kata Bahasa Inggeris yang
dituturkan oleh subjek di dalam bilik darjah. Sila isikan kekerapan kosa kata Bahasa Inggeris yang dituturkan
pada ruang yang disediakan. Sila catat jumlah kekerapan kosa kata di dalam kotak yang telah disediakan.
Nama subjek

: ...............................................................................................................

Tarikh

: ...............................................................................................................
PEMERHATIAN:

(Bulatkan nombor mengikut pemerhatian)


WAKTU

KOSA KATA BAHASA INGGERIS YANG DITUTURKAN

ANALISIS

PEMERHATIAN

Masa : ..................

Jumlah kekerapan

LAMPIRAN B

SENARAI SEMAK
UJIAN TAHAP PENGUASAAN KOSA KATA BAHASA INGGERIS
UJIAN FASA* 1

(Bulatkan nombor mengikut fasa)

Nama

: ........................................................................................................

Tarikh

: ........................................................................................................

Masa

: ........................................................................................................

Arahan:
(i)
(ii)

Murid : Jawab soalan dalam Bahasa Inggeris apabila diajukan soalan.


Guru : Tandakan / pada kotak yang disediakan sama ada jawapan murid betul atau salah. Jika
salah, tuliskan jawapan yang diberikan pada ruangan catatan.

Bil

Perkataan / Objek
Betul

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25

Kepala
Bahu
Lutut
Kaki
Mata
Hidung
Mulut
Telinga
Badan
Angka 1
Angka 2
Angka 3
Angka 4
Angka 5
Teko
gemuk
Jerit
Ambil
Panas
Matahari
Air
Hari
Jauh
Ibu
Itik
Jumlah

* Ujian Fasa 1 - Tinjauan Awal


2 Selepas Intervensi

Jawapan
Salah

Catatan

ATTENDANCE SHEET
No.

Remarks / Progress

Date, sign and stamp


(by Supervisor)

Berbincang dengan Puan Noor Ezzah Azlinda


cara memulakan kajian

11.10.2014

Memulakan kajian di prasekolah

13.10.2014

Berbincang dengan Puan Ezzah Azlinda


tentang format penulisan kajian

8.11.2014

Berbincang dengan Puan Noor Ezzah Azlinda


mengenai kajian dari bab 1 bab 3

6.12.2014

Menghantar kajian yang telah siap dibuat dari


bab 1 bab 5 secara email kepada Puan Noor
Ezzah Azlinda untuk membuat penyemakan

15.12.2014

Membuat pembetulan kajian yang telah


disemak oleh Puan Noor Ezzah Azlinda

18.12.2014

Mencetak hasil kajian yang telah siap

19.12.2014

Anda mungkin juga menyukai