Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA

BULAN BAHASA KEBANGSAAN


TAHUN 2012
1.0

Latar belakang:

Satu program yang dirancang untuk menjana kualiti bahasa dalam kalangan pelajar
demi memajukan bahasa untuk negara.Seterusnya program ini juga memainkan
peranan untuk melahirkan masyarakat yang dapat memanfaatkan bahasa dari segi cara
pemikiran kreatif dan kritis seterusnya dapat membantu membangunkan bangsa
Malaysia sebagai satu bangsa yang berilmu. Program ini juga diharap dapat melahirkan
kesedaran dalam kalangan bakal guru tentang kepentingan bahasa untuk mereka demi
misi untuk melahirkan generasi yang akan mereka lentur kelak.

2.0

3.0

Objektif
1.

Memantapkan atau memperkukuhkan dan mempamerkan jati diri dan citra


bangsa Malaysia dengan menguatkan rasa megah terhadap bahasa
kebangsaan.

2.

Untuk melahirkan pelajar guru yang mementingkan bahasa kebangsaan

3.

Menjadikan pelajar guru lebih kreatif dan kritis dalam usaha


memartabatkan bahasa kebangsaan.

Penganjur
Persatuan Bahasa Melayu dengan kerjasama guru pelatih (PPISMP)

4.0

Tema
Bahasa Wahana Tonggak Perpaduan Negara

5.0

Aktiviti
1.

Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan

2.

Bicara Tokoh

3.

Pertandingan

6.0

Pertandingan silang kata


Pertandingan penulisan esei
Pertandingan penulisan kreatif

Tarikh dan tempat


1. Majlis Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan
Tarikh

: 18 Oktober 2012

Tempat

: Dewan Muhibbah, IPGK Sarawak, Miri.

Waktu

: 07:30 pagi-12:00 tengah hari

2. Aktiviti Bulan Bahasa Kebangsaan

7.0

Tarikh

: 19-30 Oktober 2012

Tempat

: IPGK Sarawak, Miri.

Waktu

: Sepanjang bulan bahasa.

Anggaran Perbelanjaan

Anggaran perbelanjaan adalah seperti berikut;


a.
b.
c.
d.
e.
f.
g.
h.

Air Mineral kotak ( 500ml) = 5 kotak x RM 12.00


Banner
Cenderamata
Jamuan VIP
Perhiasan pentas
Bunga Rosette
Sijil peserta pertandingan =50 orang x RM 1.50 sekeping
Hadiah Pertandingan
Silang kata
Tempat Pertama
Tempat Kedua
Tempat Ketiga

Penulisan esei

Tempat Pertama
Tempat Kedua

= RM 60.00
= RM 250.00
= RM 50.00
= RM 50.00
= RM 100.00
= RM 3.00
= RM 75.00
= RM 50.00
= RM 30.00
= RM 20.00
= RM 50.00
= RM 30.00

JUMLAH

Penulisan kreatif

KESELURUHAN

Tempat Ketiga

= RM 20.00

Tempat Pertama
Tempat Kedua
Tempat Ketiga

= RM 50.00
= RM 30.00
= RM 20.00
= RM888.00

Sehubungan itu pihak persatuan Bahasa Melayu memohon pertimbangan dan


kelulusan pihak Institut untuk membantu dari segi sokongan dan bantuan kewangan
dalam menjayakan program Bulan Bahasa ini.

8.0

Asas Pertimbangan

Asas pertimbangan permohonan ini adalah untuk menyahut seruan kerajaan dalam
usaha membantu memartabatkan Bahasa kebangsaan dan menyemarakkan aktiviti
Bulan Bahasa Kebangsaan di samping melahirkan para bakal guru yang mementingkan
nilai bahasa.

9.0

Implikasi
1.

Menjadikan pelajar guru lebih berkeyakinan dan bersedia untuk


berhadapan dengan ahli masyarakat seterusnya untuk berhadapan
dengan dunia peng ajaran mereka.

2.

Mewujudkan semangat kerjasama pihak Institut dengan organisasi yang


lain.

Disediakan oleh;

..
(ROSNANI BT MAHMUD)
Pengerusi II Persatuan Bahasa Melayu
Disokong oleh;


(ENCIK ZAINAL BIN KASSAN)
Pengerusi I Persatuan Bahasa Melayu
IPG Kampus Sarawak

Disahkan oleh,

(PUAN AINAH BINTI JULHEE)


Ketua Jabatan Pengajian Melayu
Jabatan Pengajian Melayu
IPG Kampus Sarawak

Anda mungkin juga menyukai