Anda di halaman 1dari 3

Laporan Bina Insan Guru

Fasa 4 Semester 6
Tajuk : Bengkel " Guru Inovatif
Program Bina Insan Guru bagi semester pelajar Program Ijazah Sarjana Muda
Pendidikan kali ini dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian pertama merupakan
sesi ceramah Guru Inovatif yang disampaikan oleh Pensyarah Institut Pendidikan Guru
Kampus Ipoh, Perak ( Unit Kokurikulum ) iaitu Encik Yusri bin Mat Johor dan bagi
bahagian kedua pula merupakan bengkel yang berkaitan dengan tajuk yang sama iaitu
Guru Inovatif yang dikendalikan oleh pensyarah pembimbing Kelas Sains 1 iaitu Encik
Zulkiply bin Mohd.Nor yang mengambil masa selama dua jam.
Pada 16 November 2014, sesi ceramah dan bengkel bagi Program Bina Insan
Guru ini telah diadakan di Dewani Kuliah Sri Melati Institut Pendidikan Guru Kampus
Ipoh, Perak. Sesi ceramah dan bengkel ini adalah berdasarkan kepada pro forma di
mana tempoh masa bagi sesi ceramah perlu dijalankan selam dua jam dan dua jam
lagi diperuntukkan untuk bengkel. Seramai 80 orang pelajar Program Pensiswazahan
Guru Ijazah ( PPG ) semester enam daripada empat buah kelas telah terlibat bagi
menjayakan program ini.
Pada sesi pertama, sesi ceramah telah disampaikan oleh seorang pensyarah
daripada Pusat Latihan Kokurikulum ( PULAKO ) , iaitu En. Yusri bin Mat Johor yang
bertajuk Guru Inovatif . Ceramah dimulakan pada jam 8.30 pagi setelah para pelajar
mendaftarkan diri dan tamat pada jam 10.30 pagi untuk sesi minum pagi.
Berikut adalah antara ciri-ciri Guru Inovatif yang disentuh oleh Encik Yusri dalam
ceramah beliau.
i.

Tidak merasa cepat puas hati dengan keadaan yang ada dan selalu
mempertingkatkan pencapaian dan matlamat serta sentiasa mengeksploitasi
keadaan yang ada.

ii.

Sentiasa

mengeksploitasi

lingkungannya

dan

meramal

kemungkinan-

kemungkinan baru serta memiliki rasa kemegahan.


iii. Peka terhadap keperluan dari dalam, sentiasa secara proaktif meneroka
projek-projek baru, menghargai setiap usaha yang dilakukan.

iv. Memiliki imaginasi yang tinggi dan memiliki pandangan yang jauh ke hadapan.
v.

Memunculkan ide-ide gila, memandang sesuatu yang tidak mungkin menjadi


sebuah kemungkinan, memimpikan dan menghayalkan sesuatu yang besarbesar.

vi. Melebar

luaskan

lingkungan

kerja

dan

memenuhi

hasrat

mengantarabangsakan pendidikan negara. Berani melakukan perancangan


dan perjalanan ke luar lingkungan negara sendiri sambil memperoleh inspirasi
atau kejayaan di peringkat antarabangsa.
vii. Memiliki kecenderungan terhadap hal-hal yang baru dan mengagumkan,
berani tampil menyahut cabaran, bertindak nekad, serta mudah mendampingi
orang lain.
viii. Bersikap terbuka bagi setiap perubahan, mampu melakukan penyesuaian
terhadap rancangan-rancangan yang telah dibuat, menyajikan pelbagai
resolusi dan gagasan.
Pada sesi ceramah ini, para pelajar terlibat secara langsung dan berlaku
komunikasi dua hala di antara pensyarah dengan pelajar. Peserta-peserta diberi
peluang untuk bersoal-jawab dan memberikan pendapat masing-masing berkaitan tajuk
Guru Inovatif ini. Di akhir ceramah ni, pihak jawatankuasa Program Bina Insan Guru
semester enam kali ini, telah menyampaikan cenderahati kepada penceramah di atas
kesudiannya dalam berkongsi ilmu dengan peserta-peserta.
Selepas rehat, sesi kedua disambung dengan bengkel yang bertajuk, " Ciri-ciri
Guru Inovatif" oleh Pensyarah Unit Kokurikulum Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh,
Perak iaitu Encik Zulkiply bin Mohd.Nor.. Sesi bengkel ini juga diadakan di Dewan
Kuliah Sri Melati IPG Kampus Ipoh. Tempoh masa bengkel dijalankan ialah selama dua
jam bermula jam 11.00 pagi hingga jam 1.00 tengah hari.
Dalam sesi perbengkelan ini, setiap peserta dibahagikan kepada beberapa
kumpulan. Setiap kumpulan telah diberi tajuk tugasan masing-masing dan diminta
membuat pembentangan berdasarkan hasil perbincangan yang telah dilaksanakan.
Setiap kumpulan juga diberi peluang untuk bersoal-jawab antara satu sama lain dan
memberikan pendapat serta pandangan berdasarkan tajuk tugasan masing-masing.
Sesi bengkel diakhiri dengan penyampaian cenderahati oleh

Ketua Unit PPG

Sains 1 iaitu En.Abdul Razak bin Samsu kepada penceramah jemputan sebelum
semua pelajar bersurai.

Anda mungkin juga menyukai