Anda di halaman 1dari 7

ISLAM HADHARI DAN PROSES PEMBANGUNAN NEGARA DAN 10

PRINSIP.
___________________________________________________________
Pendahuluan
Kerajaan telah berusaha bersungguh-sungguh untuk memajukan Negara semenjak
mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Selepas berlaku rusuhan kaum pada
pertengahan tahun 1969, kerajaan telah melancarkan pembangunan ekonomi Negara
berdasarkan Sosial-Engineering iaitu dikenali sebagai Dasar Ekonomi Baru (DEB)
pada tahun 1970. Seterusnya pada tahun 1990, kerajaan telah melancarkan Dasar
Ekonomi Pembangunan pada tahun 1990. Dasar-dasar ini memberikan tumpuan
khusus ke arah meningkatkan status bumiputra, khususnya orang-orang Melayu
terutama di dalam sektor korporat. Akan tetapi kejayaan yang dicapai oleh orang-orang
Melayu nampaknya masih lagi tidak memuaskan dan masih tidak tahan dalam
menghadapi cabaran. Dalam sektor korporat, pencapaian orang-orang Melayu masih
lemah dan kurang daya saing. Di samping itu umat Islam pada umumnya tidak
mempunyai kefahaman yang mendalam mengenai ajaran Islam yang sepatutnya
mendorong kepada kejayaan. Kemunduran umat Islam dewasa ini dapat dirumuskan
oleh beberapa sebab utama berikut:
1. Kefahaman sebahagian umat Islam terhadap Al-Quran dan hadith tidak selaras
dengan perkembangan semasa.
2. Sebahagian umat Islam menolak kemajuan yang datang dari barat seperti ilmu
sains dan teknologi.
3. Sebahagian umat Islam lebih menghayati ajaran-ajaran Islam yang dikenali
sebagai fardhu ain sahaja dan melupakan fardhu kifayah.
4. Sebahagian umat Islam tidak dapat menghayati tamadun yang pernah dicapai
oleh umat Islam dahulu.

5. Sebahagian umat Islam berpendapat bahawa kemajuan dan tamadun bangsa


tidak ada kena mengena dengan agama.
Perkara yang disenaraikan diatas merupakan sebahagian faktor yang dikenalpasti
menjadi penghalang kepada tindakan memajukan bangsa Melayu dan umat Islam.
Keadaan ini sebenarnya memang disedari oleh pemimpin-pemimpin Negara. Beberapa
usaha berterusan melalui dasar pelajaran dan pembagunan ekonomi telah dibuat untuk
merealisasikan tamadun bangsa dan Negara ke tahap yang lebih mantap. Antara
langkah awal adalah mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah Negara Islam oleh
bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohammad. Manakala langkah kedua ialah
mengisytiharkan pelan tidakan melalui pendekatan program Islam Hadhari oleh YAB
Dato Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi. Kedua-dua perisytiharan itu semata-mata
untuk memperkasakan orang Melayu dan tidak ada penentangan serius daripada
penganut agama lain khususnya yang berada dalam kerajaan.
Maksud Islam Hadhari
Walaupun banyak para ilmuan telah memberikan berbagai-bagai definisi Islam Hadhari,
kesemuanya boleh dirumuskan bahawa Islam Hadhari adalah satu pendekatan yang
tidak bertentangan dengan Al-Quran dan Sunnah. Pendekatannya berasaskan
ketamadunan dan mengambil kira persekitaran semasa. Berikut dikemukakan
pendapat Perdana Menteri dan tokoh-tokoh yang terlibat dengan gagasan Islam
Hadhari.
1. Islam Hadhari adalah Islam yang syumul atau komprehensif dengan penekanan
kepada pembangunan dan tamadun yang menyeluruh yang berupaya menjadi
pengerak dan pendorong kepada peningkatan daya saing bangsa Melayu
(Ucapan PM di Perhimpunan Agong UMNO, 23 Sept 2004)
2. Islam Hadhari bukanlah merupakan ajaran baru, tetapi ia adalah berlandaskan
kepada ajaran Islam yang sebenar iaitu berpaksikan kepada Al-Quran dan AlSunnah.

(Ucapan Dato Sri Mohd Najib Tun Razak, TPM di Seminar Percambahan Pemikiran
Islam Hadhari di UKM, 28 Feb, 2005)
3. Islam Hadhari ialah Islam yang menekankan kekuatan ummah dalam pelbagai
bidang bagi memenuhi keperluan semasa seperti membina kekuatan dengan
menguasai sains dan teknologi.
( Tan Sri Abdul Hamid Othman, Dewan Agama, Sept 2004)
4. Islam Hadhari ialah Islam yang bertamadun dan mementingkan kebaikan dunia
dan akhirat
(Dato Dr. Abdullah Mat Zin, Berita Harian, 1 April 2004)
5. Islam Hadhari merupakan perlaksanaan Islam secara lebih bertamadun dan
dinamik, sesuai dengan kebangkitan ilmu dan teknologi terkini tanpa
membelakangkan asas akidahnya yang amat unik
(Dato Dr. Ismail Ibrahim, Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan , Dewan Masyarakat.
Mac 2005)
Bedasarkan kepada pandangan beberapa tokoh pemimpin kerajaan dan ilmuan, dapat
kita simpulkan bahawa Islam Hadhari ialah satu istilah yang diperkenalkan oleh
Perdana Menteri bagi menjelaskan program bertindak untuk memperkasakan
perlaksanaan Islam sebagai sistem hidup yang menyeluruh untuk mengerakkan
pembinaan tamadun baru dalam perjuangan bangsa Melayu yang berasaskan
ajaran Islam.
Intisari kefahaman Islam Hadhari hendaklah dirujuk kepada yang empunya program
iaitu kerajaan. Perdana Menteri menegaskan bahawa pendekatan Islam Hadhari
merupakakan satu hikmah bagi memajukan Negara dan bangsa, bukan pendekatan
yang menafikan agama Islam atau mengajak umat Islam meninggalkan ajaran
sepertimana yang digariskan dalam Al-Quran. Seterusnya kerajan tidak berniat
membawa rakyat Negara ini melupakan hal-hal lain yang berkaitan ajaran Islam apabila
menekankan konsep Islam Hadhari.

(Ucaptama kepada seminar percambahan pemikiran Islam Hadhari Peringkat Negeri


Kedah, 3 Mei 2005)
Islam Hadhari Tidak Bertentangan Dengan Ajaran Islam
Islam Hadhari adalah merupakan satu gagasan pemikiran yang menyeru rakyat kepada
pembangunan dan berusaha membawa kemajuan kepada ummah yang merupakan
pendekatan yang sebati dengan ajaran Islam. Antara tuntutan ajaran Islam yang
menjadi penekanan Islam Hadhari ialah:
1. Manusia sebagai khalifah untuk memakmurkan dan memajukan bumi Allah
dengan memperbanyakkan amalan fardu kifayah. ( Surah al-baqarah ayat 2:30 )
2. Menghapuskan kemiskinan dan kefakiran supaya tidak menjadi umat yang
lemah. ( Surah al-nisa ayat 4:9 )
3. Mengalakkan umat Islam supaya berkerja kuat dan bersedia untuk merantau
demi untuk mencari rezeki yang halal.
4. Islam pentingkan ilmu pengetahuan dan sains.
5. Perluasan makna ibadat, agama sebagai ad-din
6. Budaya berasaskan nilai murni dan moral diberikan penekanan.

Sepuluh Prinsip Islam Hadhari

Prinsip utama yang hendak dicapai dibawah program Islam Hadhari adalah dalam 10
perkara:
1. Keimanan dan Ketaqwaan Kepada Illahi.
- Memperkasakan keimanan dan ketaqwaan bagi memantapkan diri muslim sejati
yang menjaga ruang lingkup agamanya dengan mengamalkan fardhu ain dan fardhu
kifayah.
2. Kerajaan Adil dan Beramanah
- Keadilan dan amanah ditekankan supaya sesiapa sahaja yang diberikan
kekuasaan tidak menyalahkan-gunakan kuasa dan memegangnya sebagai satu
amanah dari Allah S.W.T
3. Rakyat Berjiwa Merdeka
- Untuk memastikan orang Melayu mempunyai semangat cintakan agama, bangsa
dan tanahair dan mencorakkan negara mengikut acuan kita sendiri sesuai dengan
budaya warisan bangsa.
4. Penguasaan Ilmu Pengetahuan
- Untuk memperkasakan dan membudayakan orang Melayu supaya memberikan
keutamaan yang tinggi terhadap ilmu pengetahuan.
5. Pembangunan Ekonomi Yang Seimbang Dan Komprehensif
- Memberikan penekanan kepada pertumbuhan ekonomi di semua sektor supaya
tidak ada terdapat kawasan/sektor dan kelumpok masyarakat/kaum yang terpinggir
dalam arus perdana pembangunan ekonomi negara.
6. Kehidupan Berkualiti
- Memberikan tumpuan kepada meningkatkan taraf hidup dari segi pendapatan,
tempat tinggal, kemudahan awam, pengangkutan, kesihatan, pemakanan dan
keamanan.
7. Pembelaan hak kumpulan minoriti dan wanita.

- Bagi menetukan bahawa kumpulan minoriti dan wanita tidak terpinggir dalam arus
pembangunan dan hak-hak mereka dijaga dan dihormati.
8. Keutuhan Budaya dan Moral
- Menentukan budaya dan moral orang Melayu tidak dicemari oleh budaya kuning
yang tidak lagi menghormati tatasusila bangsa dan institusi keluarga dalam
menempuh gelombang globalisasi bagi membentuk sebuah negara maju menjelang
2020.
9. Pemeliharaan Alam Semulajadi
- Menentukan bahawa pembangunan infrastruktur negara tidak memberikan kesan
negetif terhadap alam sekitar agar generasi akan datang dapat menikmati
persekitaran yang baik dan segar.
10. Kekuatan Pertahanan
- Menentukan bahawa kedaulatan negara sentiasa dipertahankan dan keamanan
serantau adalah sesuatu yang perlu dipelihara disamping memupuk kesedaran
tentang pentingnya semangat patriotik khususnya bagi orang Melayu.

Prinsip-prinsip ini disenaraikan secara jelas supaya tidak timbul salah faham dan
kebimbangan kepada rakyat yang berbilang kaum dan masyarakat antarabangsa.
Kerajaan akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai sepuluh prinsip ini
dalam jentera pentadbirannya. Satu kerangka Dasar Nasional yang berlandaskan
kepada konsep Islam Hadhari telah dijadikan asas di dalam perancangan
pembangunan Malaysia semasa dan akan datang, terutama dalam merealisasikan
hasrat mewujudkan sebuah negara Islam yang maju menjelang 2020. Hasrat kerajaan
adalah untuk memperkasakan budaya dan moral masyarakat Malaysia ke arah
menjadikan negara maju dengan acuan kita sendiri yang berasaskan kepada
pembangunan nilai dan budaya murni seimbang dengan pembangunan ekonomi dan
infrastrukturnya. 10 prinsip yang disenaraikan menjadi intipati Islam Hadhari perlu

dicernakan dalam diri orang Melayu sebagai umat Islam yang dominan di Malaysia.
Dengan itu Malaysia boleh menjadi negara Islam contoh dan disegani oleh masyarakat
antarabangsa.
Kesimpulan
Untuk mencapai kejayaan yang diharapkan, maka minda orang Melayu dan umat Islam
amnya perlu ada perubahan-perubahan berikut:
1. Segala bentuk pemikiran yang mengelirukan dan tidak bersesuaian dengan
ajaran Islam perlu dikikis
2. Konsep hidup sebagai pengabdian kepada Allah dan kerja sebagai ibadat,
manusia sebagai khalifah dan kewajiban menghasilkan kemajuan dalam
pelbagai bidang perlu diberikan perhatian serius.
3. Konsep jihad perlu ditafsirkan secara lebih luas sesuai dengan zaman
globalisasi, seperti jihad dalam menimba ilmu, penguasaan sains dan teknologi
dan juga dalam bidang ekonomi.
4. Bangsa Melayu perlu menghargai dan menghayati sifat berdikari bebas dari
bergantung

kepada

orang

lain

dalam

semua

bidang

meliputi

sektor

perkhidmatan, pembuatan, makanan, pegangkutan dan teknologi tinggi.


5. Pemikiran menolak pembangunan perlu dihapuskan dan diganti dengan
pemikiran yang dinamik tetapi masih dalam ruang lingkup batasan agama.

Anda mungkin juga menyukai