Anda di halaman 1dari 3

Nama : SHANTHINIE A/P RAMALINGAM

No. Matriks : M20131000931


Review filem: Lean on me

Arahan:

1. Senaraikan 15 masalah disiplin dan tingkahlaku devian yang dapat anda kenal pasti
dalam filem ini.
1. merokok
2. mengedar dadah
3. bergaduh
4. tidak menghormati guru
5. homosexual
6. mendera kawan
7. menipu
8. menghisap dadah
9. memiliki senjata
10. vandalisme
11. anak luar nikah
12. membuli guru
13. berjudi
14. meniru semasa peperiksaan
15. mencederakan orang lain.

2. Berdasarkan pengalaman anda, bincangkan faktor-faktor yang mempengaruhi


tingkah laku devian dalam kalangan pelajar di sekolah Eastside High School?
Berdasarkan pengalaman saya, faktor utama kemerosotan akhlak pelajar Eastside High
School adalah guru. Seorang guru yang baik dan beretika seharusnya membentuk akhlak
pelajar apabila mereka salah memilih jalan. Selain itu, guru seharusnya menjadi seorang
role model yang boleh dicontohi oleh para pelajar. Namun, dalam cerita ini, guru tidak
mempedulikan aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh pelajar sehingga aktiviti mereka
menjadi liar. Kasih sayang memainkan peranan yang penting dalam mengatasi tingkah
laku devian. Dalam konteks ini, pihak sekolah harus menggunakan Teori Pencegahan
iaitu memberikan hukuman agar mewujudkan rasa takut dalam kalangan pembuat devian.
Dengan cara ini, tingkah laku devian dapat dibendung dengan kerjasama oleh semua
guru.
Faktor kedua adalah ibu bapa. Ibu bapa seharusnya senantiasa mengawasi gerak
geri anak-anak mereka. Dalam cerita ini, seorang ibu kepada salah seorang pelajar telah
mengabaikan tanggungjawabnya dengan memberikan alasan-alasan yang tidak logik.
Dalam konteks ini, ibu bapa tidak seharusnya menggunakan Teori Labelling. Menurut
teori tersebut, devian digambarkan suatu bentuk perlakuan yang sentiasa berubah-ubah
kesan daripada perubahan dalam interaksi sosial dalam kalangan masyarakat. Kai
Eriksson (1971) pula berpendapat perlakuan devian bukan sesuatu yang diwarisi tetapi
diberikan oleh masyarakat sekitar atau setempat sama ada masyarakat itu sendiri
melihat perbuatan yang dilakukan oleh seseorang individu yang dilabel sebagai devian.
Faktor ketiga adalah pengaruh rakan sebaya. Seorang rakan seharusnya
membimbing rakannya ke arah yang baik dan bukannya ke arah negatif. Dalam konteks
ini, pembuat devian bolehlah mengaplikasikan Teori Pilihan Rasional iaitu menurut teori
itu, pembuat harus membuat pilihan secara rasional setelah menimbang kebaikan dan
akibat perbuatan sesuatu jenayah.
3.

Bincangkan langkah-langkah intervensi yang dilaksanakan oleh Joe Clark untuk


memastikan Eastside High School bertukar wajah dan menjadi lebih cemerlang.
Berikan 3 contoh yang bersesuaian berdasarkan filem tersebut.
1. Membuang beberapa pelajar yang bermasalah.
2. Melatih pelajar untuk mencintai sekolah dan ini dapat dilihat melalui penghafalan lagu
sekolah.
3. Meminta semua guru mencurah kasih sayang dan mengambil berat terhadap anak
murid mereka. Ini akan membuktikan bahawa semua guru mempunyai sikap
prihatin terhadap mereka (pelajar)

4. Berdasarkan filem tersebut, nyatakan 5 perkara yang sepatutnya diamalkan oleh


seorang pentadbir atau guru bagi mengatasi masalah disiplin dan devian di sekolahsekolah di Malaysia.
1. Bimbingan dan kaunseling
Semua guru harus bertindak sebagai seorang kaunselor dan senantiasa mengambil berat
terhadap anak murid mereka. Sekiranya didapati mana-mana murid menghadapi masalah,
guru haruslah memainkan peranan mereka.
2. Kasih sayang
Semua guru harus memberikan kasih sayang terutamanya bagi pelajar yang bermasalah
agar mereka tidak salah memilih jalan.
3. Program-program
Mempelbagaikan program-program (secara kreatif) di sekolah dan memberi peluang
yang sama kepada semua pelajar untuk menyertai aktiviti-aktiviti mahupun program di
sekolah.
4. Kreativiti dalam PdP.
Mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran agar dapat menarik minat pelajar
untuk belajar (mengurangkan masalah ponteng sekolah / kelas)
5. Menerima pandangan orang lain
Senantiasa menerima pandangan atau idea orang lain dan memberikan pertimbangan
yang sewajarnya kepada idea-idea tersebut. Ini akan menyakinkan diri pelajar bahawa
guru-guru menghormati para pelajar.

Anda mungkin juga menyukai