Anda di halaman 1dari 1

Jangan dirisaukan akan semua tuduhan membabi buta ini. Tiada masalah sebenarnya.

Yang bermasalah cuma hasad dengki


mereka terhadap Islam. Dicabar berdebat, mereka kalah. Dicabar berdialog, mereka melalut membabi buta. Yang boleh mereka
lakukan ialah melemparkan fitnah ke atas Islam dengan segala bentuk tohmahan termasuk Islam itu menggalakkan keganasan dan
Nabinya pula seorang kaki perempuan. Tetapi Allah s.w.t., cara kerjaNya dalam membuatkan Islam berkembang amatlah luar biasa
dan diluar jangkaan sesiapa pun. Jika tidak difitnahkan Islam, ianya tetap berkembang. Setelah mereka memfitnah Islam dengan
segala tohmahan pula dengan niat untuk menjauhkan manusia dari Islam, Islam semakin berkembang pada kadar lebih luar biasa
dari yang pernah berlaku sebelum ini.
Read more: http://satuhala.blogspot.com/2008/04/memperbetulkan-serta-menjawab.html#ixzz3KRr4iiaD

Seringkali kita mendengar orang-orang Kristian mendakwa bahawa agama mereka didasarkan di atas konsep kasihsayang antara manusia tetapi Islam pula diasaskan di atas mata pedang (keganasan). Dakwaan ini jauh daripada
kebenarannya, yang utama kerana Islam tidak mengajarkan keganasan dan kedua kerana daripada sudut sejarah
peperangan seperti Perang Salib dan sebagainya, orang-orang Kristianlah yang memburu dan membunuh umat
Islam di mana sahaja mereka berada. Orang-orang Kristian yang melakukan keganasan seperti di Bosnia, Chechnya
dan kepulauan Maluku ternyata didorong oleh ayat-ayat yang mengajarkan kekerasan di dalam Alkitab mereka.

Sumber: http://malay.bismikaallahuma.org