Anda di halaman 1dari 1

Pengenalan

Pendidikan Jasmani memainkan peranan yang sangat penting


dalam pelaksanaanpendidikan sebagai suatu proses pembinaan manusia yang
berlaku sepanjang hayat.Pendidikan Jasmani memberikan kesempatan kepada
murid untuk terlibat secaralangsung dalam pelbagai pengalaman belajar melalui
aktiviti fizikal, bermain, danberolahraga yang dilakukan secara sistematik,
terarah dan terancang. Penerapanpengalaman belajar itu bertujuan untuk
membina kemahiran, sekaligus membentuk gayahidup sihat dan aktif sepanjang
hayat.Pendidikan Jasmani merupakan satu-satunya mata pelajaran yang
dapatmenghasilkan pendidikan yang
menyeluruh meliputi domain psikomotor, kognitif,afektif, sosial dan emosi,
(Bucher, 1999).
Pendidikan dalam kelas Pendidikan
Jasmanimemberi peluang kepada pelajar untuk mencuba dan mengalami proses
pembelajaranmelalui penglibatan mereka dalam aktiviti
fizikal.Colfer, Hamilton dan Magill (1986) berpendapat bahawa subjek Pendidikan
Jasmani merupakan proses pembelajaran yang berorientasikan
tugasan dan dapatmenghasilkan kejayaan kepada sesuatu kumpulan murid. Oleh
itu, mata
pelajaranini memerlukan satu pendekatan pengajaran yang lebih mantap supaya
mampumenghasilkan proses pendidikan yang menyeluruh dan berkesan.

Anda mungkin juga menyukai