Anda di halaman 1dari 3

1) PENGENALAN

Kaunseling berasal daripada perkataan bahasa Inggeris "counselling" yang boleh


difahami oleh semua orang, tetapi mereka mungkin memahaminya dalam pergertian
yang berbeza. Kaunseling bukanlah perkara baru malah manusia selalu melakukan
aktiviti runding cara sesama mereka. Kaunseling merupakan kebolehan seseorang
menolong orang lain untuk mengatasi masalah dan mencapai kesejahteraan hidup di
dunia. Apa yang ketara kaunseling merupakan alat asas bagi kebanyakan professional.
Kaunseling sebagai satu profesion mempunyai asas yang saintifik dan objektif daripada
bidang psikologi, sosiologi, psikiatri, antropologi dan falsafah. Ia tumbuh dan
berkembang hasil daripada dapatan penyelidikan tentang perkembangan sahsiah
manusia serta teori-teori pembelajaran.
Kaunseling adalah proses interaksi yang membolehkan individu memahami diri
dan situasinya. Proses ini akan mengakibatkan pembentukan atau penjelasan matlamat
dan nilai hidup individu itu hingga dia dapat menentukan tindakan yang wajar untuk
masa depannya. Kaunseling juga ialah proses pertemuan interaksi bersemuka antara
seorang kaunselor dengan klien yang mengakibatkan berlaku perubahan pada klien.
Kaunseling dirujuk sebagai proses apabila seorang klien diberi peluang untuk meneroka
aspek diri dan kehidupan yang menimbulkan kesusahan atau masalah baginya.
Penerokaan ini akan menimbulkan kesedaran tentang diri dan situasinya serta pilihanpilihan yang ada padanya.
Proses ini diharap akan dapat menolong klien itu mengesan halangan-halangan
dan mengenal pasti bakat atau kebolehannya untuk hidup dengan lebih sempurna.
Kesimpulannya, kaunseling merupakan proses pertolongan. Melalui proses ini, klien
dibimbing membuat keputusan sendiri. Asas bagi proses ini ialah perhubungan antara
kaunselor dengan klien atas dasar bahawa kesan perhubungan itu akan menyebabkan
klien berubah. Untuk menjadi kaunselor, perkara yang paling asasnya adalah perlu
mengetahui kemahiran-kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh seseorang individu
sebelum bergelar seorang kaunselor.

2) KEMAHIRAN PRASESI
Kemahiran pertama yang perlu diketahui oleh seseorang kaunselor adalah
kemahiran prasesi. Kemahiran ini adalah merujuk kepada persediaan bagi sesorang
kaunselor untuk memberi perkhidmatan kepada seorang klien. Kaunselor perlu berfikir
menyediakan tempat dan kesesuian keadaan agar dapat memberi keselesaan kepada
klien dan juga kaunselor. Bagi kemahiran ini, kaunselor perlu menentukan kaedah dan
strategi yang perlu digunakan ketika berinteraksi bersama klien. Perkara ini perlu bagi
klien dan juga kaunselor berinteraksi dengan lebih baik dan senang untuk klien
memberi serta berkongsi masalah yang dihadapinya. Melalui kemahiran ini juga,
kaunselor merancang sesi kaunselig dari aspek memberi keselesaan, pemahaman
tentang bentuk pertolongan dan tujuan sesi dijalankan.
Kedua, kemahiran membina hubungan di antara klien dan juga kaunselor.
Kemahiran ini penting bagi klien terus memberikan kerjasamadengan kaunselor dalam
proses kaunseling dan proses tersebut berjalan dengan lancar. Kemahiran ini juga
meliputi 3 aspek utama yang amat diberikan penekanan untuk mengusai kemahiran ini
dengan sebaiknya iaitu suasana alam sekeliling, suasana teruputik dan jarak
komunikasi. Bagi suasana alam sekeliling, kaunselor perlu menyediakan merusi meja
sesuai dan selesa untuk diduduki serta keadaan bilik yang tidak terlalu bersepah.
Selain itu, dalam bilik perbincangan juga perlu menimbulkan suasana yang teraputik
yang bermaksud suasana bilik tersebut adalah aman, tenang dan klien berasa tidak
terancam ketika proses perbincangan dilakukan. Dalam perbincangan dengan klien
juga, kaunselor perlu menjaga jarak komunikasi di antara berdua. Jarak komunikasi
yang disarankan adalah bergantung kepada agama, jantina, umur budaya dan latar
belakang kaum. Jarak yang dicadangkan adalah sekitar 1 meter dan 1.5 meter bagi
tahap sekolah rendah adalah bersesuian kerana ia boleh menimbulkan keselesaan
kepada klien. Sebaliknya, kaunselor perlu pandai mengatur dalam mengagak jarak
kamunikasi dengan klien agar klien dapat mendengar apa yang diberitahu oleh
kaunselor serta kaunselor dapat mendengar apa yang diluahkan oleh klien.
Ketiga, kemahiran asas yang seterusnya bagi kaunselor menguasainya adalah
kemahiran melayan. Kemahiran ini adalah perlu dilakukan ketika pada awal sesi

kaunseling dimana ketika klien masuk ke dalam bilik kaunseling. Pada ketika inilah,
kaunselor perlu menunjukkan rasa hormat di antara satu sama lain serta menjemput
masuk klien dengan cara mesra pelanggan. Kata-kata sambutan dengan manis serta
membuatkan klien berasa timbulnya impak yang impak yang bagus ketika proses
seterusnya berlaku. Hal ini adalah bertujuan mengelakkan perasaan curiga berlaku dan
klien tidak akan berprasangka buruk. Semasa interversi dilakukan, klien memerlukan
layanan fizikal dan psikologi seperti kedudukan badan atau postur yang sesuai,
anggukan kepala, ekspresi muka, kontak mata, Bahasa isyarat dan dorongan secara
lisan. Kaunselor juga perlu peka pada perubahan yang berlaku pada diri klien seperti
perubahan air muka, bibir yang menggetar, kerutan dahi, anak mata mengecil ataupun
membesar, pergerakan anggota badan, kaki dan tangan. Menurut Covey (2001),
perbuatan melayan melibatakan beberapa kombinasi seperti kontak mata, kualiti vocal,
Bahasa tanpa lisan, kemahiran memfokus,ekspresi muka, tahap tenaga, kedudukan
jarak dan dorongan minima.
Keempat, dalam setiap kali sesi kaunseling kaunselor tidak boleh sesekali
mengalihkan pandangan kepada benda lain. Kaunselor pelu memberikan perhatian
yang sepenuhnya kepada klien. Dengan kemahiran ini, kaunselor dapat memahami
lebih mendalam tentang keadaan klien. Tujuh aspek utama yang perlu diberikan
perhatian dalam kemahiran ini adalah kedudukan klien, bertenang, postur badan,
ekspresi muka, tentangan mata, intonasi suara dan dorongan minima untuk bercakap.
Bagi kedudukan klien, kaunselor hendaklah memastikan bahawa klien dapat duduk
dengan selesa. Tiada meja yang dapat mengasingkan di antara klien dan kaunselor
kerana ia boleh menghalang tingkah laku tanpa lisan daripada diperhatikan oleh
kaunselor. Kedudukan tubuh kaunselor juga hendaklah condong ke hadapan iaitu kea
rah klien. Kedudukan ini menandakan kaunselor menerima dan bersedia untuk
membantu klien. Hal ini juga menunjukkan kepada klien bahawa kaunselor berminat
untuk mendengar apa-apa yang siperkatakan oleh klien. Dalam berkomunkasi dengan
klien, mereka akan mengeluarkan emosi berserta dengan intonasi suara. Kaunselor
hendaklah memahami intonasi suara klien yang melambangkan emosi tentang sesuatu
masalah yang dibincangkan. Intonasi suara melambangkan emosi sepeti marah, sedih,
gembira dan sebagainya.

Anda mungkin juga menyukai