Anda di halaman 1dari 3

TEKS PENGACARAAN MAJLIS KONFEREN IBU BAPA FASA 2

15 FEBRUARI 2015
Bismillah....Assalamualaikum wbt
Salam ceria, salam sejahtera dan Salam 1 Malaysia.
Yang dihormati Alfadil Ustaz Hazrul Nizam bin Mohamad Sahibek Pegawai Pendidilam Daerah
Pasir Gudang Unit____________________________ juga ___________________________
Yang Berusaha Pn Hasmah binti Ismail
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Cendana
Yang Berusaha,
Pn Amnah binti Faat, Penolong Kanan Pentadbiran SK Taman Cendana
Encik Mohd Yazri bin Mohd Yatim, Kaunselor SK Taman Cendana
Encik Mohd Azmi bin Mustafa, Guru Penyelaras Program Kecemerlangan Tahun 6
Para Guru, Tuan-tuan dan puan-puan ibu bapa penjaga serta para pelajar yang dikasihi
sekalian
Alhamdulillah dengan penuh rasa syukur ke hadrat Illahi kerana dengan izin dan innayahNya
dapat kita berhimpun dan bertemukan di Majlis Konferens Ibu Bapa Fasa ke 2 pada hari yang
benuh berkat ini.
Pihak majlis mengucapkan setinggi2 tahniah dan terima kasih atas kerjasama para ibubapa
yang sudi melapangkan masa untuk hadir pada majlis ini.
Selamat datang kami ucapkan.
Demi memberkati acara dan agenda kita, Marilah kita semua sama-sama mengaminkan
bacaan doa yang akan dipimpin oleh Alfadil Ustaz Roslizal bin Talib.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
{Bacaan Doa}
Aamin, Ya Robbal Aalamiinn..
Semoga pertemuan kita pada pagi ini dipelihara, dan dilimpahkan sepenuh rahmat dan
manfaat.
Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Al-fadhil Ustaz Roslizal bin Talib
di atas bacaan doa sebentar tadi.
Hadirin yang dimuliakan..
Majlis diteruskan dengan menjemput Yang Berusaha Puan Hasmah binti Ismail
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Cendana untuk menyampaikan ucapan.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

{Ucapan GB}
Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kepada Yang Berusaha Puan Hasmah binti
Ismail atas ucapan yang telah disampaikan itu tadi.
Bagi meneruskan acara, marilah kita sama-sama mendengar pembentangan program-program
kecemerlangan tahun 6 bagi tahun 2015 yang akan disampaikan oleh En. Mohd Azmi bin
Mustafa selaku Guru Penyelaras Program Kecemerlangan Tahun 6..
Majlis dengan sukacitanya mempersilakan.
{Ucapan G. Penyelaras}
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada En Mohd Azmi bin Mustafa di atas penerangan
itu tadi..
Sidang hadirin yang dikasihi sekalian,
Di antara objektif utama majlis ini adalah untuk mencapai kesepakatan antara pihak sekolah
dengan ibu bapa penjaga di dalam membantu menaikkan prestasi akademik dan sahsiah murid
yang bakal menduduki UPSR pada bulan September nanti.
Warga dewan yang dimuliakan,
Kini kita berpeluang pula mendengar amanat yang bakal dituturkan oleh AL fadil Ustaz Hazrul
Nizam bin Mohamad Sahibek Pegawai Pendidikan Daerah Pasir Gudang
Unit____________________________
Alfadil Ustaz Hazrul Nizam bin Mohamad Sahibek merupakan Penolong Pegawai Pendidikan
Daerah Pasir Gudang bahagian J-Qaf ....................................................
.......................................................................................................................................................
......................................................................................................................................................
......................................................................................................................................................
Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan
{Ucapan PPD}
Pihak majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berusaha Alfadil Ustaz Hazrul
Nizam bin Mohamad Sahibek di atas amanat yang telah disampaikan itu tadi. Alhamdulillah..
Majlis menjemput Yang Berusaha Pn Hasmah binti Ismail Guru Besar Sekolah Kebangsaan
Taman Cendana untuk menyampaikan cenderahati kepada tetamu rasmi pada Majlis ini iaitu
Ustaz Hazrul Nizam bin Mohamad Sahibek.... Terima kasih diucakpan....
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Alfadil Uztaz Hazrul Nizam bin Mohamad
Sahibek di atas kesudian melapangkan masa untuk bersama-sama di Majlis ini.
Tanam lenggun tumbuh kelapa
Terbit bunga pucuk mati
Budi tuan kami tak lupa
Sudah tersemat di dalam hati
2

Dengan ini...lengkaplah sebahagian Majlis Konferen Ibu bapa Fasa 2. Saya selaku pengacara
majlis memohon jutaan ampun dan maaf seandai sepanjang pengendalian majlis ini, terdapat
kesilapan tutur kata, tersilap bicara kerana sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada
Allah swt dan yang serba kekurangan itu datangnya drp diri saya sendiri.
Majlis menjemput Yang Dihormati Ustaz Hazrul Nizam bin Mohamad Sahibek dengan diiringi Pn
Hasmah binti Ismail Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Cendana untuk ke Bilik VIP untuk
jamuan. Dipersilakan
Seterusnya saya menyerahkan majlis kepada En Mohd Azmi bin Mustafa bagi meneruskan sesi
pertemuan ibubapa penjaga bersama guru.
Assalamualaikum wrt. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai