Anda di halaman 1dari 21

PENGHARGAAN

Syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga saya, Nur
Diyana binti Shaiful Bahri menyiapkan tugasan yang diberikan iaitu Sejarah
dan Latar Belakang Mazhab Murji’ah. Terima kasih diucapkan kepada
pensyarah, Puan Nor Kartina binti Tawang yang membantu saya memberikan
penjelasan berkenaan tajuk ini dengan lebih terperinci. Begitu juga dengan ibu
saya, Junati binti Jusoh dan keluarga saya yang banyak memberikan
pertolongan dari pelbagai sudut. Tidak dilupakan kepada rakan-rakan yang
banyak memberikan kerjasama dan perbincangan yang akhirnya dapatlah saya
menyiapkan tugasan yang diberikan untuk mengisi kekangan waktu pada waktu
cuti semester. Diharapkan tugasan ini dapatlah memberi dan menambah sedikit
sebanyak pengetahuan yang lebih mendalam berkenaan fahaman dan idealogi
.mazhab Murji’ah

SEKIAN, TERIMA KASIH.WASSALAM.

1
Pendahuluan

Murjiah berasal daripada perkataan irja’ yang bermaksud memberi tempoh


(tangguh) atau memberi harapan. Dari segi istilah pula, golongan yang berkeyakinan
bahawa iman itu hanya berbentuk ucapan dan tahap keimanan manusia, malaikat dan
para nabi sama sahaja. Menurut mereka, iman tidak bertambah atau berkurangan.
Sesiapa yang mengakui keimanannya dengan lidah tetapi tidak melaksanakan
tanggungjawab agama seperti solat, puasa, menutup aurat dan sebagainya tetap
..dianggap mukmin (beriman) di sisi mereka

Kaum murji'ah iaitu kaum yang memfatwakan bahawa membuat maksiat


(kederhakaan) tidak memberi mudarat kalaupun sudah beriman, sebagaimana
keadaannya membuat kebajikan tidak memberi manfaat sekiranya dia kafir. Kaum
: murjiah mempunyai 5 aliran yang sangat terkenal dan puak melampau iaitu
a. Al-Khassaniah
b. Al-Salihiah
c. Al-Yunusiah
d. Al-Ubaidiah
e. Al-Jahmiah

Murji`ah sebenarnya meneguhkan kehendak penuh Tuhan atas manusia


(jabariah) dengan menangguhkan keputusan kafir atau menidakkan pelaku dosa
besar.

2
SEJARAH DAN LATAR BELAKANG MAZHAB MURJI’AH

Latar belakang kemunculan mazhab Murji’ah

Para pengikut Ali berpecah mengikut kerelaannya menerima Tahkim kepada


Khawarij dan Syiah. Di mana Khawarij mengkafirkan Ali, Usman dan jurucakap Tahkim.
Manakala Syiah pula mengkafirkan Abu Bakar, Umar, Usman dan para pengikut
mereka..Dan kedua-dua aliran ini sama-sama mengkafirkan bani Umaiyah dan melaknat
mereka. Bani Umaiyah pula mengatakan bahawa kaum Muslimin ialah mereka yang
berada di bawah panji-panji mereka, tunduk dan patuh sama ada menyukai atau
.membenci

Ini menjadi sebab sekumpulan dalam kalangan para sahabat membenci


perselisihan yang berlaku. Lalu mereka mengambil jalan tengah iaitu hingga benar-benar
nyata fitnah tersebut. Kerana inilah mereka enggan mencampuri urusan orang-orang yang
berselisih. Mereka tidak membebankan diri mereka untuk membahaskan mengenai siapa
.yang benar dan siapa yang salah dari dua kelompok yang berselisih dan berperang

Murjiah lahir sebagai reaksi di atas fahaman Khawarij tentang iman dan kufur.
Fahaman ini muncul di Kufah pada kurun setelah berlaku kucar-kacir yang melibatkan
pemilihan khalifah. Golongan ini menjauhkan diri daripada pertelingkahan politik pada
zaman itu dengan tidak menyebelahi mana-mana pihak. Apa yang berlaku ditangguh dan
diserahkan kepada Allah untuk ditentukan pada hari kiamat nanti. Sebab itulah mereka
.digelar sebagai al-Murji’ ah

Para peringkat permulaan fahaman ini lahir dari kalangan para sahabat seperti
Abdullah bin Omar. Fahaman ini merupakan keterbalikan dari Khawarij dan Muktazilah
dengan mengatakan ‘ Amal perbuatan itu tidak termasuk iman ’. Pada awalnya, bida’ah
Murjiah dikira ringan kerana kebanyakan perselisihan yang terjadi hanya berkaitan
dengan nama dan lafaz bukannya hukum. Namun setelah fahaman ini berkembang ia
.dipelopori oleh golongan pelampau kumpulan masing-masing

3
Maksud Murjiah

Gelaran ini diberi kepada mereka merujuk perkataan irjak dari segi bahasa. Irjak
: mempunyai dua makna iaitu

Pertama ta’khir bermaksud menangguhnya. Kedua pula memberi harapan.


Mereka diberi nama Murji’ah disebabkan merujuk makna yang pertama. Ini kerana
mereka menangguhkan amalan daripada niat dan qasad (maksud dan tujuan ).Contohnya
sekiranya seseorang itu menangguhkan solat dikira tidak mengapa asalkan dia mestilah
.berniat untuk mengerjakan solat

Apabila merujuk makna yang kedua, mereka berkata maksiat tidak memberi
mudarat kepada iman sebagaimana taat tidak membawa mudarat kepada
kufur.Maksudnya iman tidak terjejas sekiranya melakukan maksiat. Kadang-kadang
.mereka memberi harapan dan pahala kepada pelaku maksiat

Sebahagian Sarjana Islam juga menghuraikan makna Murji’ah dengan maksud


menangguhkan hukuman pelaku maksiat sehingga hari kiamat bukannya dihukum di
dunia ini. Segala hukuman yang diwajibkan oleh Allah dalam al-Quran seperti qisas dan
.hudud tidak perlu dilaksanakan

Golongan ini lahir kesan daripada kemunculan fahaman Khawarij yang


mengkafirkan orang beriman yang mengerjakan maksiat. Aliran Muktazilah pula
menghukum pelaku maksiat tidak beriman dan tidak kafir sebaliknya mereka kekal di
dalam neraka. Mereka tidak menggunakan al-Quran dan as-Sunnah Nabi Muhammad
dalam berhujah tetapi menggunakan akal fikiran dan menambah-nambah pernyataan
.sehingga bercanggah dengan al-Quran dan as-Sunnah

4
Asas-asas mazhab Murji’ah
:Berikut adalah sebahagian dari asas-asas mazhab Murji’ah

Mereka berpendapat bahawa kelompok-kelompok yang berselisih itu masih


beriman, sekalipun dalam kalangan mereka ada yang benar dan salah, kerana mereka
tidak mampu untuk menentukan yang mana yang benar dan yang mana bersalah. Maka
dikembalikan hokum itu kepada Allah Taala

Golongan yang berselisih ini beriman kerana mereka masih mengucap dua
:kalimah syahadah. Kemudian asas ini berkembang pada masa berikutnya

a. Iman itu dengan pembenaran(tasdiq) dan makrifah(mengenal Allah). Amal pula tidak
memberi kesan kepada iman secara mutlak. Mereka mengatakan bahawa keimanan yang
disertai dengan kemaksiatan tidak memberi mudarat, sebagaimana tidak memberi
.manfaat kekufuran yang disertai ketaatan

b. Ada sebahagian mereka yang bersikap melampau, mereka menganggap bahawa


keimanan itu hanyalah dengan hati sekalipun seseorang itu mengumumkan kekufurannya
dengan lisan, menyembah berhala atau melazimi orang-orang Yahudi dan Nasrani
.sekiranya dia mati dalam keadaan sedemikian, dia tetap dikira beriman

Terdapat kefasikan dan kejahatan di dalam pandangan-pandangan mazhab ini


yang membuka pintu ke arah segala kerosakan. Mereka menjadikannya sebagai perantara
dosa-dosa mereka. Zaid bin Al-Husain berkata “ Aku bebas dari Murji’ah yang sukakan
kepada kefasikan daripada keampunan Allah ”. Sememangnya banyak mazhab yang
muncul secara bersih tetapi para pengikutnya menjadi golongan pelampau yang mengikut
hawa nafsu mereka.

5
Kategori golongan Murji’ah

1. Mereka yang mengatakan cukuplah iman itu hanya sekadar berada di dalam hati.
Setelah itu, ada di antara mereka yang menambah perlunya amalan hati.
2. Mereka berpendapat bahawa iman cukup dengan pernyataan lisan.
3. Mereka yang mengatakan bahawa iman itu cukup dengan membenarkan dengan
hati dan pengucapan dengan lidah. Pendapat ini masyhur dalam kalangan ahli
feqah dan ahli ibadah mereka.

Kekeliruan mereka terjadi pada masalah berikut :

- Mereka menganggap iman yang dianugerahkan oleh Allah adalah sama untuk semua
hamba-hambaNya dan iman itu wajib bagi seseorang serta wajib bagi setiap orang,
sedangkan persoalannya tidaklah sedemikian.

- Mereka beranggapan iman itu cukup sekadar membenarkan dengan hati tanpa perlunya
amalan-amalan hati.

- Mereka yang beranggapan bahawa iman yang berada di dalam hati telah memadai tanpa
perlu melakukan amalan-amalan tertentu dan tidak menjadikan amalan tersebut sebagai
suatu keharusan.

6
Kumpulan-kumpulan golongan Murji’ah

Murji’ah Jabariah
Mereka yang menangguhkan hukum mengenai iman dan mengikut Jaham bin Safuan
dalam perkara amal.

Murji’ah Qadariah
Mereka yang menangguhkan hukum mengenai iman dan mengikut Qadariah dan
Muktazilah dalam perkara qada’ dan qadar.

Murji’ah Khawarij
Mereka yang keluar dari Jabariah dan Qadariah serta mengakui Khawarij.

Murji’ah Khalisah
Mereka yang tidak mengikut tiga kumpulan di atas.

Kemudian mereka berpecah pula kepada beberapa kumpulan mengikut pemimpin


masing-masing.

7
Kumpulan pemimpin-pemimpin mazhab Murji’ah

Al-Yunusiah
Pengikut Yunus bin Aun al-Samari. Antara ajarannya :

- Iman ditentukan melalui hati dan lidah. Ia meliputi makrifat Allah, kasih dan
tunduk kepadanya di samping membenarkan dengan lodah. Sesiapa yang
mempunyai perkara ini maka dia adalah beriman. Amalan dalam Islam tidak
perlu.

- Taat bukan sebahagian daripada iman. Orang yang beriman itu dikira memasuki
syurga dengan ikhlas dan yakinnya bukan bersandarkan pada ilmu dan ketaatan.

Al-Ganasiah
Pengikut Ghasan al-Khufi yang menyatakan :

- Iman itu makrifah Allah dan rasulNya. Mereka yang mengakui


wahdaniah(keesaan) Allah dan apa yang diturunkan oleh Allah dan dibawa oleh
Nabi Muhammad secara ijmal(menyeluruh) bukannya secara tafsil(terperinci).

- Seseorang yang mengetahui hukum memakan babi itu haram tetapi tidak tahu
apa maksud babi, dia beriman. Sekiranya seseorang berkata “ Aku tahu Allah
mewajibkan haji ke Kaabah tetapi dia tidak tahu di mana Kaabah atau
bagaimana Kaabah terjadi di dunia,” dia beriman sedangkan jatuh hukum kafir
kerana mempermainkan Kaabah yang secara umumnya dinyatakan Kaabah itu
terletak di Makkahtul Mukarramah di dalam al-Quran.

8
Al-Thaubaniah
Pengikut Abu Thauban yang menyatakan :

- Iman itu ialah makrifat dan ikrar kepada Allah, para utusannya dan perkara yang
pada logik akal tidak boleh melakukannya. Apabila perkara yang pada logik
akal boleh meninggalkannya maka ia tidak termasuk dalam iman.

- Qadar baik dan jahat itu daripada hamba bukannya daripada Allah, menafikan
rukun iman yang ke-enam.

- Kepimpinan itu tidak tetap melainkan dengan ijmak umat Islam.

Al-Taumaniah
Pengikut Abu Ma’az al-Thaumani. Antara ajarannya adalah :

- Iman ialah suatu yang terpelihara daripada kufur. Ia juga bermaksud nama
kepada semua perkara yang apabila ditinggalkan salah suatu daripadanya boleh
menyebabkan kafir.

- Orang yang membunuh nabi atau memukulnya didakwa kafir. Ia bukan kerana
membunuh dan memukul tetapi kerana meringan-ringankannya, bermusuh dan
marah kepadanya.

- Meninggalkan sembahyang dan puasa lalu menghalalkannya lalu menjadi kafir.


Apabila meninggalkannya dengan niat qada(ganti) maka tidak menjadi kafir.
Meringan-ringankan solat, puasa dan perintah Allah dikira kafir.

- Orang fasik yang mengerjakan dosa besar bukan musuh Allah dan wali Allah.

9
Al-Marisiah
Pengikut Abu Abdul Rahman Basir bin Ghias al-Marisi. Ayahnya beragama Yahudi,
datuknya pernah menjadi hamba kepada Zaid bin al-Khattab. Al-Marisi seorang
pemimpin Murji’ah di Baghdad.

Pada mulanya dia mempelajari agama daripada Ketua Hakim Negara al-Khadad Abu
Yusuf. Beliau adalah Imam besar dalam mazhab Hanafi.Abu Yusuf merupakan mujtahid
dan murid kepada Imam Hanafi dan merupakan Hakim pada pada zaman Khalifah Harun
Ar-Rasyid. Abu Yusuf juga mengarang sebuah kitab iaitu Al-Kharaj yang menyatakan
kewangan negara yang masih digunakan sehingga kin berkenaan jizyah, zakat, kharaj dan
sebagainya.

Kemudian, dia terpengaruh dengan ilmu falsafah dan ilmu Kalam yang kemudiannya
mengambil ajaran sesat daripada Jaham bin Safuan.. Melihat perubahan Abu Abdul
Rahman, Hakim Negara Abu Yusuf meninggalkannya. Dia menyembunyikan diri pada
zaman Khalifah Harun Ar-Rasyid hingga pada zaman Khalifah al-Makmun.

Apabila Khalifah al-Makmun terpengaruh dengan fahaman al-Quran itu baru (makhluk),
dia muncul semula di tengah-tengah masyarakat. Al-Darami yang mengarang kitab
Sunan bertujuan khusus menolak ajaran al-Marisiah. Al-Darami merupakan imam dalam
ilmu hadis.

Antara fahaman yang dibawa oleh golongan ini adalah :


- Iman itu ialah tasdiq (mengakui) dengan hati dan lidah.

- Sujud kepada patung dan matahari tidak kafir tetapi membawa kepada kufur
walhal sudah mensyirikkan Allah dengan sesuatu yang lain.

- Mustahil Allah mengekalkan orang-orang yang mengerjakan dosa besar ke


dalam neraka, bukannya harus.

10
- Semua perkara yang menjadi derhaka kepada Allah dikira dosa besar. Tiada
pecahan dan perbezaan dosa besar dan dosa kecil lagi.

Al-Syamariah
Pengikut Abu Syamar. Antara ajarannya adalah :

- Iman itu ialah makrifat Allah iaitu tunduk dan kasih kepadaNya serta
mengakuiNya sebagai Tuhan yang Esa. Tidak ada tuhan lain yang
seumpamanya selagi tidak ada hujah daripada para nabi.

- Menolak qada’ dan qadar seperti golongan Murji’ah.

Menurut Ahli Sunnah walJamaah, golongan inilah yang paling kafir dalam kalangan
semua kumpulan-kumpulan kerana paling melampau berpegang dengan ajaran mereka
dan menolak qada’ dan qadar.

MURJI’AH QADARIAH

Terdapat golongan yang lain dalam kalangan Murji’ah yang memberi penekanan kepada
masalah iman, irjak, qadar. Golongan ini berpecah pula kepada pula kepada beberapa
aliran seperti berikut :

Al-Najariah
Adalah pengikut Hasan bin Muhammad al-Najar.
- Kuasa makhluk yang dinamakan usaha boleh memberi bekas.

- Menafikan rukyah Allah dengan nyata pada hari kiamat nanti. Bermaksud
menafikan melihat Allah pada hari kiamat kelak.

11
- Menganggap Kalam Allah(al-Quran) itu baru.

- Iman itu ialah pengakuan (tasdiq) sahaja sedangkan iman bukanlah sedemikian.
Iman ialah membenarkan dalam hati, mengakui dengan lidah dan dizahirkan
melalui amalan-amalan yang diperintah Allah.

Kemudian golongan ini berpecah pula kepada beberapa mazhab, iaitu al-Balghuthiah, al-
Za’fuaniah dan al-Mustadrakah.

Al-Jahamiah
Pengikut Jaham bin Safuan yang lahir di Khurasan dan membawa ajaran sesat di sana.
Antara ajarannya ialah :

- Pada peringkat awalnya dia mewujudkan fahaman Jabariah iaitu fahaman yang
mengatakan hamba tiada usaha dan ikhtiar melainkan bergantung semata
kepada Allah. Kemudian, dia memasukkan dalam ajarannya dengan beberapa
fahaman Muktazilah yang berpendapat falsafah menggunakan akal dan
manakala Qadariah pula qada’ dan qadar semuanya dari hamba tiada kaitan
dengan takdir.

- Menafikan sifat-sifat Allah. Katanya “ Kalau Allah itu mempunyai sifat maka
samalah ia dengan makhluk ”.
Ini bercanggah dengan al-Quran dan hadis iaitu semua sifat kesempurnaan itu
sifat Allah. Sedangkan sifat makhluk(manusia) sangatlah berbeza dengan sifat
Allah. Mendengar Allah ialah pendengaran yang seluas-luasnya manakala
pendengaran manusia amat terbatas dan terhad.

- Syurga dan neraka itu akan binasa.

12
Al-Bakriah
Adalah pengikut Badar bin Abdul Wahid. Menurut pengarang al-Mizan, Bakar bin Ziad
al-Bahali, antara kejahatannya adalah mencipta hadis palsu dengan menyandarkannya
kepada Abdullah bin al-Mubarak.

Abdullah bin al-Mubarak merupakan ahli ilmu hadis tetapi tidak meriwayatkan hadis.
Beliau diberi gelaran Amirul Mukminin Fil Hadis yang bermaksud pemimpin umat Islam
dalam ilmu hadis. Beliau juga dihormati oleh seluruh ulama’ sehinggakan kedatangan
beliau di Madinah disambut oleh khalifah Harun Ar-Rasyid dan Imam Malik turun
berjalan kaki menyambut beliau. Beliau juga terkenal pengaruhnya dan seorang alim
yang berjihad dengan qalam(perkataan), lidah, di medan perang dan juga mengarang.

Antara ajarannya :

- Manusia itu roh sahaja tidak termasuk jasad.

- Dosa besar yang dilakukan oleh ahli Qiblah (orang yang mengahadap kiblat)
hukumnya munafik dan menyembah syaitan. Orang yang melakukannya kekal
di dalam neraka yang paling bawah dan dia masih lagi orang Islam.

- Allah itu dilihat pada hari kiamat dengan rupa yang diciptakannya dan berkata-
kata kepada hamba-hambaNya dengan rupa itu. Sedangkan Allah Taala pada
hari kiamat kelak akan membuka hijab yang melindungkan kita dengan Allah.

- Kanak-kanak yang masih di dalam buaian tidak berasa sakit walaupun dipukul,
dipotong dan dibakar. Dia bernikmat walaupun ternyata dia menangis.

- Mengharamkan bawang putih dan bawang besar menurut sebuah hadis


Rasulullah melarang sesiapa yang memakan bawang memasuki masjid.

13
Ulama’ telah bersepakat mengatakan memakan bawang secara mentah kemudian
memasuki masjid adalah makruh kerana bawang mengeluarkan bau busuk yang boleh
menganggu jemaah ketika bersolat namun tidaklah hingga menyebabkan hukum
haram.

- Mewajibkan wudhu’ apabila berbunyi dalam perut.

Al-Dhirariah
Pengikut Dhirar bin Amru, antara ajarannya :

- Melihat Allah pada hari kiamat dengan pancaindera yang keenam yang
dijadikan oleh Allah untuk orang-orang yang beriman pada hari kiamat.

- Yang menjadi hujah selepas wafatnya Nabi Muhammad hanya ijmak para
sarjana Islam. Mereka menolak sumber al-Quran dan Hadis Nabi Muhammad
dan boleh dikira kafir.

- Mengingkari riwayat Abdullah bin Mas’ud dan Ubai bin Ka’ab mengenai
kaedah bacaan al-quran dan menuduh kedua-dua sahabat itu sesat.
Abdullah bin Mas’ud pernah dipuji ilmunya oleh Rasulullahdan dianggap
ulama’ dalam kalangan para sahabat. Manakala Ubai bin Ka’ab pula diakui
keilmuannya oleh Allah s.w.t sehingga Allah memerintahkan malaikat Jibaril
menyampaikan kepada Rasulullah supaya membaca surah Al-Bayyinah di
hadapan Ubai bin Ka’ab.

Meragui iman seluruh umat Islam kerana mendakwa mereka tidak tahu apa
yang ada di dalam hati mereka.
Sedangkan apabila mengucap(bersyahadah) dan dia menzahirkan amalan-
amalan yang diperintah Allah maka dia sudah dikira beriman. Dalam al-

14
Quran ada menyebut “ Berimanlah kecuali dia melakukan perkara yang
membatalkan imannya ”.
“ Dan Allah tidak akan mensia-siakan iman kalian” (Al-Baqarah : 143).

Al-Karramiah
Pengikut Abdullah bin Muhammad bin Karram al-Naisaburi al-Sajistani. Pada zahirnya,
dia dilihat sebagai orang yang warak dan ahli pidato yang memberi nasihat kepada orang
ramai. Sebaliknya dia menjadi pemimpin besar ajaran sesat yang dikenali dengan nama
al-Karramiah. Antara ajarannya ialah :

- Iman itu ialah ikrar dan percaya dengan lidah sahaja, tidak perlu dengan
membenarkan dalam hati dengan keadaan ini dia dikira sudah beriman.

- Tuhan yang disembah berjisim yang mempunyai had dan kesudahan.

- Allah itu berada di Arasy dan di sebelah atas.Terdapat tujuh tempat dalam al
Qur’an yang menjelaskan Allah bersemayam di Arasy, seperti surah Taha: 5, Al
Araf: 54, As Sajadah: 4, Al Furqan: 59, Yunus: 3, Al Hadid: 4 dan Al Ra’du: 2.
Allah itu bersemayam di atas Arasy tetapi hal keadaan bagaimana Allah
bersemayam tidaklah kita mengetahui walaupun kta mengetahui apa itu
bersemayam. Ulama’ Salaf bersepakat mengatakan tidak perlu mempersoalkan
tentang hal ini dan mereka menyerahkan kepada Allah kembali.

Surah al Mulk ayat 16-17 dengan jelas menerangkan Allah di langit. Surah Al
Mukmin: 36-37 dan Al Qasas: 38 menerangkan Fir’aun memerintahkan Haman
supaya membina bangunan tinggi untuk dia naik dan melihat tuhan Nabi Musa,
iaitu Allah. Ertinya Nabi Musa telah memberitahu Fir’aun bahawa Allah di
langit.

Dalam hal ini Rasulullah tidak berkias-kias lagi. Perhatikan maksud hadis di
bawah.

15
Rasulullah s.a.w. pernah mengajukan pertanyaan kepada seorang hamba
perempuan milik Mua'wiyah bin Al-Hakam As-Sulamy sebagai ujian keimanan
sebelum ia dimerdekakan.
Baginda saw bertanya kepada hamba itu, "Di manakah Allah?” Jawab hamba
perempuan itu, "Di atas langit.” Baginda bertanya lagi, "Siapakah Aku?". Jawab
hamba itu, "Engkau adalah Rasulullah". Baginda bersabda: "Merdekakan ia,
kerana sesungguhnya ia mukminah (seorang perempuan yang beriman)!"
Hadits shahih dikeluarkan oleh jama'ah ahli hadits, antaranya, Malik, Muslim,
Abu Dawud, Nasa’i, Ahmad, Darimi, As Thayaalis dan lain-lain.
Mengatakan Allah di langit dan bersemayam di Arasy, bukan telah menganggap
Allah seperti makhluk kerana perlukan tempat. Setiap muslim pasti telah faham
maksud firman Allah surah As-Syura: 11, “Tidak ada satu pun yang sama
dengan-Nya, Dia maha mendengar dan melihat.”

- Tidak berwudhu’ sebelum solat.

- Solat musafir cukup dengan dua takbir sahaja, tidak perlu qiam (berdiri), rukuk,
sujud, tasyahud dan salam.

- Sah solat dengan pakaian dan tempat yang bernajis.

- Solat fardhu, puasa, dan haji tidak perlu niat. Ini bercanggah dengan hadis
Rasulullah iaitu setiap amalan itu disertai dengan niat.

- Memandikan mayat dan solat ke atasnya adalah sunat sahaja.

- Wajib makrifat Allah itu dengan amal.

- Mengharuskan adanya dua imam dalam satu masa.


Al-Ubaidiah
Pengikut Ubaid al-Kumait. Antara ajarannya adalah :

16
- Allah itu berupa manusia. Ajaran ini dikira kafir kerana menyamakan Allah
Taala dengan manusia.
- Seorang hamba itu apabila mati dalam keadaan tauhid, dosa dan maksiat yang
dilakukannya tidak menyebabkan apa-apa mudarat kepadanya. Mereka juga
telah menghalalkan yang haram.

Al-Solihiah
Pengikut Soleh bin Amru al-Solihi. Antara pegangannya :

- Iman itu makrifatullah(mengenal Allah) secara mutlak.

- Alam ini hanya mempunya pencipta. Mereka menafikan kewujudan Allah


sebagai pencipta alam ini.

- Kufur itu tidak tahu mengenai Allah secara mutlak.

- Orang yang berkata Tuhan itu ada tiga tidak kufur. Ia tidak keluar daripada
agama Islam melainkan daripada orang kafir.

- Makrifat Allah itu adalah kasih dan tunduk kepadaNya walaupun ingkar pada
ajaran Nabi Muhammad. Ia sah daripada segi akal iman seseorang itu kepada
Allah walaupun dia tidak beriman kepada Nabi Muhammad. Ini bercanggah
kerana kita mestilah beriman dengan Allah dan Nabi Muhammad seperti yang
dinyatakan dalam rukun iman.

- Solat itu bukannya ibadah. Tidak ada ibadah melainkan beriman dengan kepada
Tuhan. Makrifatnya tidak lebih dan tidak berkurang.

17
Penutup

Kesimpulannya,Golongan Murji’ah telah membuat banyak pendapat menurut akal


fikiran mereka tanpa merujuk kepada dua syariat Islamiah iaitu al-Quran dan al-
Hadis. Kebanyakkan pendapat ini sangat bertentangan dengan Islam kerana
.mereka menggunakan logik akal semata-mata

Mazhab ini mempunyai pengertian tentang iman yang sangat mengelirukan dalam
fahamannya sendiri. Tiada keteguhan dalam sesuatu perkara membuatkan
golongan Murji’ah ini berpecah mengikut kumpulan-kumpulan tertentu
berdasarkan pemimpin-pemimpin. Kemudiannya mereka mencampur-adukkan
.fahaman mereka dengan fahaman mazhab yang lain

Secara jelasnya, mazhab Murji’ah adalah salah di sisi Islam kerana banyak
mempermainkan hukum syariat Islamiah, asas-asas Islam dan juga mendakwa
Allah dengan dakwaan yang tidak sepatutnya. Ajaran yang dibawa mazhab ini
boleh menyebabkan kafirnya seseorang kerana bercanggah alirannya dengan
.Islam

Akhir kata, semoga kita dijauhkan daripada golongan ini dan dapatlah kita
menjaga dan meningkatkan keimanan kita di samping dapat mengenali Islam
.dengan lebih mendalam

18
RUJUKAN

Fahaman dan idealogi umat Islam .1


Abdul Hadi Awang
PTS Fikrah

Buku teks Pendidikan Syariah Islamiah .2


Tingkatan 5
Dewan Bahasa dan Pustaka

http://www.alaf21.com.my/buletin_isnin/istilah%20fekah/default_4.htm .3

4. http://mazhab.sementoji.net

5. http://ustaz.blogspot.com/2007/02/murjiah-pemahaman-bathil-sehingga-ke.html

19
20
- Harus bagi Allah menamakan dirinya dengan lawan kepada nama-namanya. Contoh
harus bagi Allah menamakan dirinya dengan lawan atau musuh Allah seperti Fir’aun dan
Namrud.

21