Anda di halaman 1dari 6

KONSEP

KEMAHIRAN MENDENGAR
Kemahiran

mendengar

merujuk

keupayaan

murid mendengar dengan teliti, memahami dan


menghayati secara lisan perkara yang didengar
dalam pelbagai situasi pengucapan serta dapat
memberikan respons.

(Kementerian Pelajaran Malaysia)

Sambungan
Perkembangan kanak-kanak menunjukkan bahawa kanak-kanak

mula mendengar, selepas itu mengajuk dan seterusnya bercakap.


Proses

penguasaan

bahasa

ini

perlu

diutamakan

dalam

pengajaran bahasa.
Kanak-kanak menguasai bahasa daripada apa yang didengar dan

dialaminya, dan dia cuba meniru dan menuturnya berulangkali


apa yang didengar daripada orang yang berada disekelilingnya.

(Kementerian Pelajaran Malaysia)

Sambungan

Mereka (ibu bapa, ahli keluarga dan guru-guru serta) adalah


model pembelajaran bagi kanak-kanak.

Jika model ini menggunakan bahasa yang sama atau hampirhampir sama dengan bahasa matlamat (bahasa yang digunakan di
sekolah) maka keadaan ini menguntungkan kanak-kanak itu. Jika
sebaliknya akan menyulitkan mereka dalam pembelajaran
seterusnya.

Menguntungkan guru-guru SK
Menyulitkan guru-guru SJK (menggunakan bahasa ibunda untuk
mengajar bahasa Melayu)
(Kementerian Pelajaran Malaysia)

Sambungan
Kita belajar bercakap melalui pendengaran. Dalam komunikasi
lisan, kedua-dua kemahiran mendengar dan bertutur adalah
terlibat. Walaupun kemahiran ini berhubung rapat namun, ia
merupakan kemahiran yang berbeza.
Kemahiran mendengar hendaklah dijalankan bersama-sama
kemahiran

lain.

Murid-murid

tidaklah

diminta

untuk

mendengar sahaja sepanjang masa tanpa bertindak balas


daripada apa yang didengar.
( Kamarudin Hj. Husin. (1999) )

Sambungan
Kemahiran

mendengar

merupakan

keupayaan

murid

mendengar dengan teliti, memahami perkara yang didengar


dalam pelbagai situasi pengucapan, serta dapat memberikan
maklum balas.
Kemahiran mendengar adalah kemahiran bahasa yang penting
dan perlu dipelajari secara intensif terutama ketika murid-murid
berada di sekolah rendah.
Aktiviti

mendengar

penting

dikuasai

disebabkan

penggunaannya yang begitu meluas dalam kehidupan.


( Tuan Jah Tuan Yusuf dan Faridah Nazir (2011) )

Rujukan
Kamarudin Hj. Husin. (1999). Siri Pendidikan Perguruan Perkaedahan
Mengajar. Selangor Darul Ehsan : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2011). Kemahiran Mendengar dan
Bertutur. Putrajaya : Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK).
Tuan Jah Tuan Yusof dan Faridah Nazir. (2011). Pengajaran
Kemahiran Bahasa Melayu. Selangor Darul Ehsan : Penerbitan
Multimedia Sdn.Bhd.

Anda mungkin juga menyukai