Anda di halaman 1dari 7

KESAN PEMBALAKAN TERHADAP ALAM

SEKITAR FIZIKAL
Isi:

Kemusnahan habitat,ekosistem dan biodiversiti


Memusnahkan edaran nutrien tanah
Mengubah cuaca dunia atau pemanasan setempat
Meningkatkan kadar hakisan
Kesan keatas system hidrologi
Kesan keatas sistem geomorfologi

Huraian:-

: pelbagai spesies fauna


dan flora diancam kepupusan dan kemusnahan akibat daripada pembalakan yang
melampau. Apabila hutan dimusnahkan,fungsi pokok sebagai pengeluar utama akan
turut mengalami kemusnahan. Hidupan yang bergantung kepada tumbuh-tumbuhan
seperti herbivor akan kehilangan sumber-sumber makanan. Contohnya
,gajah,rusa,monyet dan lain-lain. Kerosakan ekosistem seperti kemusnahan
rantaian makanan, kitar tenaga komponen biotik dan abiotik yang kelak
menganggu keseimbangan ekologi setempat. Gangguan ekologi secara menyeluruh
akan berlaku apabila hutan-hutan dimusnahkan

: selain itu, kesan akibat aktiviti


pembalakan juga akan memusnahkan edaran nutrien dalam tanah. Dalam
keadaan semula jadi edaran nutrien akan berlaku dengan lengkap dan
sempurna di bawah pokok hutan. Namun begitu, jika berlaku penebangan
hutan, rantaian dan nutrien tanah akan hilang dengan cepat kerana larian
air permukaan bertambah dengan mendadak di kawasan hutan gondol.
Proses fotosintesis juga akan turut terganggu yang sekaligus
memusnahkan edaran nutrien.

Mengubah cuaca dunia atau pemanasan setempat : peningkatan suhu


sekitar disebabkan ketiadaan pelindung yang menghalang pancaran
matahari, dan lebihan gas karbon dioksida dalam atmosfera. Seterusnya
akan mengurangkan hujan atau mengubah corak hujan yang lazimnya
berlaku sehingga mewujudkan fenomena kemarau. Pengurangan
kelembapan udara ekoran daripada fungsinya untuk membebaskan wapwap air ke udara melalui proses transpirasi sudah hilang atau
berkurangan. Udara sekitar menjadi kering dan cuaca menjadi panas.
Hutan tidak lagi mampu berfungsi untuk menyederhanakan suhu dengan
cara memerangkap bahangan matahari dan membebaskan wap-wap air
menerusi proses perpeluhan.

Kemusnahan habitat,ekosistem dan biodiversiti

Memusnahkan edaran nutrien tanah

Meningkatkan kadar hakisan:

kesan pembalakan turut menyumbang


kepada berlakunya hakisan tanah. Apabila hutan ditebang, akar-akar
pokok tidak lagi mencengkam tanah di bawah permukaan bumi. Apabila
tiada akar untuk mencengkam tanah, menyebabkan struktur tanah
menjadi longgar. Apabila hujan turun, aliran air hujan akan menyebabkan
struktur tanah menjadi lembut dan lincin. Tanah yang lembut dan lincin
akan bergerak menuruni cerun-cerun bukit dan berlakulah tanah runtuh.
Kejadian tanah runtuh bukan sahaja merosakkan ekosistem hutan, tetapi
turut membahayakan nyawa manusia seperti yang berlaku di Bukit
Antarabangsa.

pembalakan juga menyebabkan


kitaran hidrologi menjadi tidak stabil. Pembalakan juga mengurangkan
kadar susupan air ke dalam tanah dan seterusnya menurunkan paras air
dalam tanah. Hal ini akan menjejaskan kawasan tadahan air dan bekalan
air kepada sungai,tasik,kolam dan paya. Pembalakan juga menyumbang
kepada kadar larian air permukaan yang membawa banyak kelodak dan
lumpur ke dalam sungai yang seterusnya menggalakkan kejadian banjir.

Kesan keatas sistem geomorfologi: penebangan hutan akan


mendedahkan permukaan bumi secara langsung kepada pelbagai proses
geomorfologi seperti luluhawa, hakisan, larian air permukaan, serta
pelbagai jenis pergerakan jisim. Permukaan bumi yang kehilangan
pelindung, daya pengikat, dan cengkaman tanah oleh akar-akar pokok
menyebabkan struktur tanah menjadi longgar dan cerun-cerun bukit
menjadi tidak stabil.

Kesan

keatas

sistem

hidrologi:

~NIEDA 6AK~
~2010~

DEFINISI PEMBALAKAN
Pembalakan adalah penebangan, seretan, pemprosesan di tempat, dan memuatkan pokok atau
balak di atas lori.[1] Dalam bidang perhutanan, istilah pembalakan kadang kala digunakan dalam
bentuk terhad berkait dengan logistik memindahkan kayu dari tunggul kepada kawasan di luar
hutan, biasanya kilang gergaji atau kilang papan. Bagaimanapun, secara biasa, istilah ini boleh
digunakan bagi menunjukkan banyak aktiviti perhutanan atau silvikultur.
Pembalakan haram merujuk kepada apa yang dalam perhutanan digelar pencuri balak. [2][3]Ia juga
boleh merujuk kepada penuaian, pengangkutan, pembelian atau penjualan balak yang
menyalahi undang-undang. Prosedur penuaian itu sendiri mungkin haram, termasuk
menggunakan cara salah bagi memasuki hutan; pengeluaran tanpa kebenaran atau dari
kawasan dilindungi; penebangan spesies dilindungi; atau pengeluaran balak melampaui had
yang dipersetujui. [4]

KEGIATAN EKONOMI: PEMBALAKAN

FAKTOR-FAKTOR YANG MENGGALAKKAN PEMBALAKAN


1

Hutan Khatulistiwa
Malaysia merupakan negara yang mempunyai kawasan hutan hujan khatulistiwa yang
luas.Contohnya semenanjung Malaysia meliputi 29%, Sabah 22% dan Sarawak 49%.Kawasan
hutan ini banyak membekal kayu yang berharga.misalnya, cengal, meranti, keruing dan
merbau.

1.

Permintaan yang tinggi


Pasaran dalam negeri digunakan untuk kilang papan, industri perabot, kilang membuat
kertas dan sebagainya.Contoh, kilang yang terdapat di Malaysia ialah Pahang, Sabah dan
Sarawak.selain itu, pasaran luar negara yang tinggi dalam bentuk papan lapis,kayu balak
dan kayu gergaji.Kayu-kayu ini dieksport ke negara luar seperti Jepun,Thailand dan
Singapura.

2.

Dasar kerajaan
Kerajaan menggalakkan kegiatan pembalakan dengan menubuhkan agensi-agensi
seperti Lembaga Industri Kayu Balak yang bertujuan untuk mempromosikan dan mencari
pasaran baru.Terdapat juga FRIM yang menjalankan Penyelidikan dan pembangunan
rawatan pokok.Misalnya, pokok seperti pain, batai dan akarsia.Selain itu Jabatan
Perhutanan ditubuhkan untuk memantau kegiatan pembalakan haram dan melakukakan
aktiviti penanaman semula.

3.

Peluang pekerjaan
Terdapat 2.4juta penduduk di Malaysia yang mempunyai peluang pekerjaan dalam
sektor pembalakan.Selain itu, wujud peluang-peluang pekerjaan seperti pekerja kilang,
pemorosesan kayu balak, pekerja kilang perabot dan pemandu di sektor pengankutan dan
sebagainya.Peluang bekerja
dalam industri ini akan mengurangkan kadar
pengangguran.Apabila penduduk mempunyai pekerjaan yang tetap, sumber pendapatan
meningkat menyebabkan kuasa beli tinggi dan secara tidak langsung meningkatkan taraf
hidup penduduk.

4.

Sumber pendapatan negara


Sektor pembalakan merupakan salah satu industri primer yang berpotensi
meningkatkan sumber pendapatan negara.Hal ini, kerana hasil-hasil pembalakn dieksport
ke luar negara seperti Jepun, Singapura dan Thailand.harga hasil pembalakn yang tinggi
dalam pasaran antarabangsa menyumbangkan sumber pendapatan negara melalui
pengaliran masuk mata wang asing.

5.

Perkembangan Bandar

Aktiviti pembalakan membawa kepada kewujudan sesuatu kawasan menjadi bandar


baru.Dengan pembinaan kilang-kilang menggalakkan sesuatu Bandar menjadi tumpuan
penduduk dengan menyediakan peluang pekerjaan.Contohnya kilang papan di Kuantan
(Pahang), Sandakan (Sabah), Kuala lipis (Pahang) dan Gua Musang (Kelantan).

KESAN-KESAN PEMBALAKAN TERHADAP ALAM SEKITAR FIZIKAL

1.

Peningkatan suhu
Penebangan hutan daripada aktiviti pembalakn menyebabkan peningkatan suhu.Hal
ini disebabkan ketiadaan pelindung yang menghalang bahangan matahari dan lebihan gas
karbon dioksida dalam atmosfera.Contohnya pengurangan kelembapan udara akan
membebaskan wap-wap air ke udara melalui proses transpirasi dan udara sekitar menjadi
kering (Dry Air) serta cuaca menjadi panas.

2.

Kepupusan flora dan fauna


Apabila hutan dimusnahkan untuk tujuan pembalakan pelbagai sepsis flora dan fauna
kehilangan habitat.Selain itu, ekosistem terganggu menyebabkan rantaian makanan
terjejas.Contohnya kepupusan haiwan seperti harimau, gajah dan monyet.Manakala
kepupusan fauna seperti merbau.

3.

Hakisan tanah
Apabila aktiviti pembalakan dilakukan secara berlebihan, berlakunya hakisan tanah
dan tanah runtuh.hal ini disebabkan permukaan telah terdedah kepada hakisan air semasa
hujan.Hujan yang lebat akan menyebabkan larian air permukaan akan menghakis lapisan
permukaan tanah kelodak, lumpur akan masuk ke dalam sungai.Oleh itu, sungai menjadi
cetek, keruh dan berlakunya banjir lumpur di kawasan rendah.

4.

Pencemaran air
Penebangan hutan untuk aktiviti pembalakan menyebabkan hakisan larian air
permukaan berlaku dan membawa masuk kelodak dan lumpur ke dalam sungai.Oleh itu, air
sungai menjadi cetek dan ekosistem akuatik terganggu.Contohnya Sungai Pahang dan
Sungai Kelantan.

5.

Kemusnahan kawasan tadahan air


Penebangan hutan untuk pembalakan telah mengurangkan kadar susupan air ke
dalam tanah dan menurunkan paras air dalam tanah.Hal ini akan menjejaskan kawasan
tadahan air dan bekalan air kepada sungai, tasik, kolam dan paya.Contohnya hutan
sebagai span menyerap air dan mengalirkan air.

6.

Perubahan landskap
Kawasan pembalakan yang dijalankan secara berleluasa menyebabkan tanah
menjadi gondola.Selain itu, wujudnya kawasan yang agak kering dan menjadi

tandus.Contohnya hutan primer bertukar kepada hutan sekunder dan seterusnya menjadi
kawasan yang lapang.

LANGKAH-LANGKAH MENGAWAL AKTIVITI PEMBALAKAN

1.

Langkah perundangan
Mewartakan hutan simpan kekal dan menguatkuasakan akta perhutanan negara
terhadap sebarang bentuk pencerobohan hutan simpan seperti denda atau kompaun,
penjara dan sebagainya.Contohnya dikuatkuasakan di bawah Akta Perhutanan Negara 1984
dan Akta Kualiti Alam sekitar 1974.Misalnya, kawasan hutan simpan kekal ialah Taman
Negara di Pahang, Taman Negara Bako di Sabah dan Hutan Simpan Belum di Perak.

2.

Langkah pengurusan

I.

Melaksanakan program perhutanan semula dan penanaman semula hutan yang diuruskan
secara sistematik,sainstifik dan terkawal.Hal ini, dinamakan sebagai projek perladangan
hutan kompensatori.Sebagai contohnya perladangan hutan di Kemasul, Pahang.Pokok balak
yang cepat membesar dan matang dalam tempoh 15 tahun ditanam seperti Batai, Yamane,
Akasia dan lain-lain.
II. Melaksanakan system penebangan hutan terpilih bukannya tebangt-bersih.Pokok yang
cukup matang dan cukup ukur lilitnya sahaja yang ditebang.Misalnya, bagi pokok kayu
keras yang berukur lilit 45cm ke atas sahaja yang layak ditebang.
III. Melaksanakan usaha R&D secara berterusan khususnya dalam konteks sivilkultur,
penjagaan dan perawatan hutan daripada perosak dan penyakit, teknologi pembiabakaan
pokok serta teknologi moden pencegahan kebakaran hutan.
IV. Mengelakkan penggunaan sumber-sumber gantian agar tidak terlalu bergantung kepada
sumber hutan khususnya kayu.Contohnya penggunaan simen dan batu bata dalam industri
pembinaan, penggunaan kayu getah dalam industri perabot, termasuk dikitar semula
bahan terbuang.

3.

Langkah kempen kesedaran


Kempen menyedarkan masyarakat tentang kepentingan hutan sebagai warisan kita
menerusi pelbagai media seperti kempen Cintailah Hutan Kitatermasuk juga program
pendidikan alam sekitar yang dilaksanakan melalui matapelajaran geografi dan alam
sekitar di peringkat sekolah dan universiti seperti UPM.

6.

Teknologi
Penggunaan teknologi yang canggih seperti mesin gergaji, mesin berantai, jentera
penarik dan lori pengangkut.Penggunaan mesin dan jentera ini memudahkan kegiatan
pembalakan dijalankan.Selain itu, penggunaan baja-baja kimia membantu meningkatkan
kualiti kayu balak.mnakala penggunaan biji benih menghasilkan baka yang bermutu tinggi.

SUMBANGAN /PERANAN/KEPENTINGAN SEKTOR PEMBALAKAN

1.

Peluang pekerjaan
Wujudnya peluang-peluang pekerjaan seperti kilang pemprosesan kayu balak,
pekerja kilang perabot dan pemandu di sektor pengangkutan dan sebagainya.peluang
pekerjaan dalam industri ini akan mengurangkan kadar pengangguran.Apabila penduduk
mempunyai pekerjaan yang tetap, sumber pendapatan meningkat menyebabkan kuasa beli
tinggi dan secara langsung meningkatkan taraf hidup penduduk.

2.

Sumber pendapatan negara


Sektor pembalakn merukan salah satu industri primer yang berpotensi
meningkatkan sumber pendapatan negara.Hal ini kerana hasil-hasil pembalakn dieksport
keluar negara seperti Jepun, singapura dan Thailand.Harga hasil pembalakan yang tinggi
dalam pasaran antarabangsa menyumbangkan sumber pendapatan negara melalui
pengaliran masuk mata wang asing.

3.

Sumber bahan mentah


Pembalakan membekalkan sumber bahan mentah kepada negara.Contohnya
cengal, meranti, seraya, balau dan akarsia.Kayu-kayu berharga ini digunakan oleh industri
sekunder untuk dijadikan perabot dan papan lapis yang bermutu tinggi.Sumber bahan
mentah ini juga dieksport ke luar negara seperti Jepun,Thailand dan Singapura.

4.

Pembangunan infrastruktur
Aktiviti pembalakan membawa perkembangan kepada pembangunan
infrastruktur.Contohnya penebangan hutan dilakukan untuk pembinaan jalan raya, lebuh
raya Utara-Selatan, hospital,sekolah dan sebagainy.Dengan pembinaan infrastruktur ini
system pengangkutan dapat mempergiatkan lagi aktiviti pembalakn untuk tujuan
pengeksportan ke luar negara.Contohnya Jepun,Singapura dan Thailand.

Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook


0 comments: