Anda di halaman 1dari 16

1.

0 PENGENALAN
Kesihatan dan keselamatan pekerjaan merupakan satu bidang yang bertujuan melindungi
kesihatan, keselamatan dan kebajikan pekerja. Keselamatan tempat kerja merupakan suatu
aspek penting di dalam sesebuah organisasi syarikat. Ia merupakan salah satu tanggungjawab
majikan di bawah Akta Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan 1994 Malaysia untuk
mengambil berat tentang kesihatan dan keselamatan para pekerja ketika bekerja di dalam
sesebuah syarikat. Akta ini dikawalselia oleh Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan
dari Kementerian Sumber Manusia.

1.1 SEJARAH
Isu keselamatan dan kesihatan pekerja di tempat kerja telah lama diberi penekanan di
Malaysia iaitu semenjak 120 tahun lalu. Perkembangan keselamatan dan kesihatan pekerjaan
di Malaysia boleh dibahagikan kepada lima tahap.
i. Tahap pertama

Era Keselamatan Dangdang (sebelum 1914)

ii. Tahap Kedua

Era Keselamatn Jentera (1914 1962)

iii. Tahap Ketiga

Era Keselamatan Industri (1962 1970)

iv. Tahap Keempat

Era Keselamatan dan Kesihatan Industri (1970 1974)

v. Tahap Kelima

Era Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (selepas 1994)

Pada tahap kelima, parlimen telah menggubal undang-undang yang dikenali sebagai Akta
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (AKKP) 1994. Penggubalan akta ini adalah rentetan
daripada peristiwa letupan kilang mercun Bright Sparkler di Sungai Buloh yang berlaku
pada 1991. Ketika berlakunya kejadian tersebut, berpuluh-puluh pekerja terperangkap dan
seramai 26 orang terkorban di dalam insiden tersebut.

Perundangan yang baru ini digubal bagi memberi liputan yang menyeluruh kepada isu
keselamatan dan kesihatan pekerjaan kerana Akta Kilang dan Jentera 1967 hanya meliputi
keselamatan dan kesihatan pekerja di sektor perkilangan, perlombongan, penguarian dan
pembinaan yang mana keselamatan dan kesihatan di sektor industri tidak diliputi
(JKKP,1998). Akta ini tidak melupuskan akta sebelumnya sebaliknya melengkapi undangundang yang sedia ada. Walau bagaimanapun, sekiranya terdapat percanggahan, AKKP 1994
akan mengatasinya.

2.0 AKTA KESIHATAN DAN KESELAMATAN PEKERJAAN 1994 (AKTA 514)


Akta Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan 1994 (Akta 514) yang telah dikuatkuasakan pada
tahun 1994 memfokuskan kepada pembentukan sistem pengurusan keselamatan dan
kesihatan pekerjaan. Ia menyediakan rangka perundangan untuk memupuk, merangsang, dan
menggalakkan mutu keselamatan dan kesihatan yang tinggi di tempat kerja dengan
meletakkan tanggungjawab memelihara keselamatan dan kesihatan pekerjaan kepada pihakpihak tertentu.
Peruntukan utama akta ini menghendaki setiap majikan sama ada sektor swasta, awam atau
pihak berkuasa berkanun melindungi kesihatan, keselamatan dan kebajikan orang-orang yang
bekerja untuk mereka. Aspek keselamatan tidak boleh dipandang remeh oleh majikan,
sebaliknya perlu dititik beratkan kerana penjimatan kos boleh dilakukan jika sekiranya
jumlah kemalangan ditempat kerja dapat dikurangkan.

2.1 TUJUAN AKTA 1994


1. Untuk memupuk sikap prihatin pekerja dan majikan terhadap keselamatan dan
kesihatan pekerjaan melalui konsep pengaturan kendiri. Konsep ini menekankan
tanggungjawab dalam memastikan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja adalah
terletak pada mereka yang mewujudkan risiko di tempat kerja dan mereka yang
bekerja dengan risiko tersebut. Justeru,matlamat utama jangka panjang ialah untuk
menghasilkan budaya kerja yang sihat dan selamat di kalangan pekerja dan majikan
di Malaysia.
2. Untuk melindungi orang selain daripada orang yang sedang bekerja yang menghadapi
risiko keselamatan dan kesihatan. Orang lain yang dimaksudkan termasuklah
pelanggan, pelawat, dan orang ramai.
3. Untuk menggalakkan suasana kerja yang sesuai yang dapat memenuhi setiap
keperluan orang-orang yang sedang bekerja. Ia juga bertujuan untuk menyesuaikan
proses dan stesen kerja dengan keperluan fisiologi dan psikologi mereka.
3

4. Untuk memperuntukkan cara yang menurut perundangan keselamatan dan kesihatan


yang berkaitan boleh digantikan dengan peraturan dan tata amalan industri dengan
cara bergabung dengan peruntukan Akta ini. Ia bertujuan untuk memansuhkan
pendekatan tradisi yang ketat dan kurang fleksibel dengan suatu undang-undang yang
fleksibel dan mampu menghadapi perubahan teknologi yang pesat.

2.2 PRINSIP
Akta Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan 1994 dirangka berdasarkan enam prinsip iaitu:
1. Pencegahan kemalangan adalah sebahagian daripada aspek penting pengurusan dan
kemahiran yang baik.
2. Pihak pengurusan dan pekerja mestilah bekerjasama dalam memastikan tempat kerja
bebas daripada sebarang kemalangan.
3. Penglibatan pihak atasan adalah diutamakan dalam memimpin perlaksanaan
keselamatan di tempat kerja.
4. Dasar keselamatan dan kesihatan pekerjaan hendaklah dirangka dan diketahui oleh
semua pekerja di tempat kerja.
5. Organisasi dan sumber yang perlu hendaklah dibangun dan disediakan bagi
menyokong ke arah kesihatan dan keselamatan pekerjaan.
6. Pengetahuan dan kaedah tersedia yang terbaik digunakan.
Keenam-enam prinsip di atas merupakan asas di dalam pembinaan dan perangkaan Akta
Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan 1994.

2.3 PEMAKAIAN AKTA


Akta ini terpakai di seluruh Malaysia bagi industri-industri seperti berikut:
1. Pembuatan
2. Perlombongan dan kuari
4

3. Pembinaan
4. Pertanian, pembalakan dan perikanan
5. Industri elektrik, gas, air dan perkhidmatan kebersihan
6. Pengangkutan, penyimpanan dan komunikasi
7. Perniagaan runcit dan borong
8. Hotel dan restoran
9. Kewangan, insurans, hartanah dan khidmat perniagaan
10. Perkhidmatan awam dan badan-badan berkanun

2.4 KEWAJIPAN MAJIKAN


Seksyen 15 dalam akta ini menyatakan kewajipan majikan kepada pekerja-pekerja seperti
yang disenaraikan di bawah:
1. Penyediaan dan penyenggaraan loji dan sistem kerja yang selamat dan tanpa risiko
2. Membuat penyelarasan bagi memastikan keselamatan dan ketiadaan risiko kepada
kesihatan berkaitan dengan penggunaan, penyimpanan, pengangkutan, operasi dan
pengendalian loji dan bahan
3. Menyediakan maklumat, arahan, latihan dan penyeliaan yang perlu bagi menjamin
keselamatan dan kesihatan pekerja
4. Memastikan penyenggaraan premis dalam keadaan selamat dan tanpa risiko kepada
kesihatan dan mempunyai akses keluar/masuk yg selamat dan tanpa risiko
5. Penyediaan dan penyenggaraan persekitaran kerja yang selamat tanpa risiko kepada
kesihatan dan cukup kemudahan untuk kebajikan pekerja

Manakala Seksyen 17 dalam Akta ini turut menyatakan kewajipan majikan terhadap mereka
yang bukan pekerja. Antara kewajipan tersebut:
1. memastikan, setakat yang praktik, mereka yang bukan pekerja tidak terdedah kepada
risiko keselamatan atau kesihatan
2. Memberikan maklumat yang sepatutnya tentang kemungkinan yang boleh
menjejaskan keselamatan atau kesihatan mereka

2.5 DASAR KESELAMATAN


Majikan yg mempunyai lebih 5 pekerja perlu menyediakan kenyataan bertulis berhubung
dasar keselamatan dan kesihatan dan memaklumkan kepada pekerja.
Majikan perlu maklumankan kepada pekerja antaranya dengan:
1.
2.
3.
4.

Bingkaikan dan gantung di tempat yg boleh dilihat pekerja;


Membuat salinan utk setiap pekerja;
Mencetak dalam CA & company handbook;
Buat perbincangan ketika program induksi

2.6 KEWAJIPAN PEKERJA


Menjadi kewajipan setiap pekerja di tempat kerja:
1. Mengambil langkah munasabah untuk tujuan keselamatan dan kesihatan diri sendiri
dan orang lain yang mungkin terkesan dari tindakannya
2. Bekerjasama dengan majikan atau mana-mana orang dalam pelaksanaan tugas atau
keperluan seperti yang ditetapkan oleh Akta
3. Memakai atau menggunakan pada setiap masa, peralatan

atau

pakaian yang

disediakan oleh majikan untuk tujuan menghalang risiko kepada keselamatan dan
kesihatan
4. Mematuhi apa-apa arahan majikan, mana-mana orang

atau mematuhi Akta dan

peraturannya, berhubung keselamatan dan kesihatan pekerjaan

3.0 LANGKAH KESELAMATAN DAN KESIHATAN DI TEMPAT KERJA


Antara langkah keselamatan dan kesihatan di tempat kerja yang perlu dilakukan oleh pihak
pengurusan sesebuah organisasi;
1. Membentuk satu dasar keselamatan dan kesihatan yang bertulis
2. Menubuhkan satu jawatankuasa keselamatan dan kesihatan pekerjaan

yang

merangkumi wakil pihak pengurusan dan wakil pekerja


3. Melatih pekerja dalam aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan (contoh: latihan
kebakaran, mengangkat beban secara manual)
4. Menyediakan buku panduan keselamatan dan kesihatan pekerjaan untuk kakitangan
5. Menyediakan prosedur kerja selamat (SOP) bagi aktiviti berisiko tinggi
6. Memeriksa dan memantau keadaan tempat kerja dengan menggunakan senarai semak
dari semasa ke semasa
7. Mengadakan pelan tindakan kecemasan
8. Menubuh dan melatih pasukan tindakan kecemasan
9. Mempertingkatkan kekemasan (housekeeping) tempat kerja
10. Menyusun atur kelengkapan pejabat/bengkel/makmal dengan baik
7

11. Menyediakan peraturan keselamatan dan kesihatan serta penguatkuasaan (contoh:


larangan merokok, menyediakan ruang khas untuk menyimpan bahan berbahaya serta
melabelkan setiap bekas bahan)
12. Menyediakan peralatan kecemasan (alat pemadam api, hose reel, penggera, kotak
pertolongan cemas)
13. Menganjur kempen keselamatan dan kesihatan pekerjaan
14. Menghantar kakitangan untuk pemeriksaan kesihatan dan kaunseling
15. Memberi latihan induksi kepada kakitangan baru
16. Mendapatkan komitmen sepenuhnya daripada majikan dan pekerja

3.1

KESELAMATAN DAN KESIHATAN DI TEMPAT KERJA

Tempat kerja mempunyai pelbagai hazard yang boleh menyebabkan kemalangan dan penyakit.
Kejadian ini boleh dicegah dengan mengambil langkah-langkah keselamatan dan kesihatan yang
telah dinyatakan di atas.
Terdapat empat kategori hazard yang utama:
1.
2.
3.
4.

Fizikal
Kimia
Biologi
Ergonomik

3.1.1

JENIS HAZARD FIZIKAL

Elektrik
Peralatan/mesin
Pengalihudaraan
Pencahayaan
Sinaran
Suhu
Kebakaran

3.1.2

JENIS HAZARD KIMIA


8

Gas dan wasap


Penjanaan gas ozon daripada peralatan fotokopi dan pencetak laser
Asap rokok
Perabot baru
3.1.4 JENIS HAZARD BIOLOGI

Dari sistem pendinginan udara (air-conditioning system)


Bakteria / virus

3.1.5

JENIS HAZARD ERGONOMIK

Tegasan fizikal (physical stress)


Tekanan mental (mental stress)
Penggunaan peralatan seperti komputer, meja, kerusi yang tidak sesuai.
Mengangkat beban

3.2 KEMALANGAN DAN PENYAKIT


Pelbagai risiko kemalangan dan penyakit yang memudaratkan keselamatan dan kesihatan pekerja
boleh berlaku sekiranya langkah-langkah keselamatan dan kesihatan yang dinyatakan seperti di
atas tidak diamalkan, kemalangan dan penyakit seperti di bawah mungkin berlaku;

Terjatuh dari tempat tinggi(semasa menyusun atau menurunkan fail dari rak yang tinggi)
Terjatuh pada aras yang sama (tergelincir atau tersangkut pada halangan seperti wayar

elektrik atau permaidani rosak di lantai )


Kebakaran (litar pintas, puntung rokok)
Tersentuh dengan permukaan panas atau arus elektrik (wayar terdedah)
Terdedah pada bahan kimia(gam, pelarut)
Terdedah pada sinaran [ultra ungu (Ultra Violet), cahaya matahari yang berlebihan dan

Unit Paparan Visual (Video Display Unit)]


Masalah biologi [sick building syndrome, virus, bakteria, binatang/serangga yang

merayap (lipas, tikus), tumbuhan perhiasan yang hidup]


Masalah organ deria (senses) [penglihatan (glare), bau, pendengaran (pekak), getaran]
Tersepak barangan di laluan kerja (laci kabinet yang terbuka, kotak di lantai)

4.0 CONTOH PERSEKITARAN KERJA YANG TIDAK MENEPATI LANGKAH


KESELAMATAN DAN KESIHATAN DI TEMPAT KERJA
9

Gambar 1.0: Peralatan tidak disusun dengan kemas dan teratur

Gambar 2.0: Peralatan disimpan di tempat yng tidak sesuai

10

Gambar 3.1

Gambar 3.2
Gambar 3.1 & 3.2: Susun atur peralatan bengkel yang tidak teratur

11

4.1 CONTOH PERBANDINGAN PEMATUHAN KEPADA AKTA KESELAMATAN DAN


KESIHATAN
AMALAN YANG SALAH

AMALAN YANG BETUL

Alat pemadam kebakaran


-

perlu diletakkan di kawasan yang mudah untuk dicapai dan tanpa sebarang halangan
perlu dilabel
perlu diselenggara mengikut masa yang di tetapkan

AMALAN YANG SALAH


AMALAN YANG BETUL

12

PERALATAN MAKMAL
-

perlu ditempatkan di kawasan yang selamat, jauh dari laluan pekerja/pelajar


perlu dibuat petak pemisah dengan menggunakan garisan kuning

13

AMALAN YANG SALAH

AMALAN YANG BETUL

Peralatan makmal
-

Peralatan yang telah digunakan perlu disimpan kembali ke tempat asal

5.0 KESIMPULAN

14

Pekerja merupakan aset penting kepada setiap organisasi. Kerjasama erat antara pekerja, majikan
dan

pihak

kerajaan amat diperlukan bagi memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja

terjamin di tempat kerja. Keselamatan dan kesihatan pekerja yang terjamin menyumbang kepada
tahap kepuasan dalam menjalankan tanggungjawab. Justeru, ia turut menyumbang kepada
peningkatan produktiviti serta motivasi di kalangan pekerja.

BIBLIOGRAFI

1. Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. http://www.dosh.gov.my


2. Laman Web NIOSH: http://www.niosh.com.my
3. https://docs.google.com/viewer?
a=v&q=cache:QWgLFuPQ08kJ:wsuzana.files.wordpress.com/2009/02/garispanduan
2006bm.pdf+pengaturan+sendiri+di+dalam+pengurusan+keselamatan+dan+kesihata
n+pekerjaan&hl=en&gl=my&pid=bl&srcid=ADGEEShU4MfG5XuK-3eVv9JEQ0ZGiAzVBSt7aMc41DfQKT_rVNwsG-0s9OqKKWyVQ52EfPqTB2Mxn6VGTRRBZiBGuHJsmZ6Cks69IM4Hy6pAhev2o4v4A2qUu0QzEFC
MzuPJmQFKCU&sig=AHIEtbRvdHTNse8094pz_iKYkY2N7U8SB

15

16