Anda di halaman 1dari 31

1.

0 PENGENALAN
Media

pengajaran

sering

digunakan

dalam

proses

pengajaran

dan

pembelajaran bertujuan untuk memudahkan para pelajar memahami isi pengajaran


dan menghasilkan pembelajaran misalnya untuk subjek berkenaan literasi nombor.
Penggunaan media pengajaran secara betul dan bervariasi akan mudah
untuk menarik minat, meningkatkan kefahaman pelajar, memberi penjelasan yang
kukuh, serta boleh diulang-ulang penggunaanya. Selain itu, menurut Mok Soon
Sang (1996), mengatakan bahawa penggunaan media pengajaran dalam proses
pengajaran adalah amat penting. Ini kerana ia dapat membantu guru menyampaikan
pengajaran dengan mudah, cepat serta menarik. Media pengajaran yang disediakan
mestilah bersesuaian dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Kemudian, untuk menghasilkan satu media pengajaran yang berkesan, ianya
haruslah dapat membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu,
sebagai seorang guru, adalah amat penting untuk menjana idea serta memupuk
kreativiti dalam usaha mencipta sebuah mendia pengajaran untuk digunakan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran.
Selain itu, antara subjek yang paling memerlukan media pengajaran adalah
Matematik. Hal ini disebabkan dalam tahap perkembangan pengetahuan kanakkanak, mereka akan mempelajari bentuk, saiz, ruang, jarak, pola, warna dan masa
dalam matematik (Noraini idris, 2005). Kesemua ini sekiranya menggunakan media
pengajaran, konsep yang harus dipelajari pasti akan lebih mudah difahami. Buktinya,
melalui Rosazizi Abdul Rahim dan Nani Meron, 2003, ada menekankan bahawa
kurikulum pengajaran matematik kanak-kanak memberi penekanan ke atas proses
memahami konsep matematik, penaakulan dan penyelesaian masalah semasa
proses pembelajaran dengan menggunakan pelbagai rangsangan media, kaedah
dan aktiviti. Pendapat ini menunjukkan bahawa mereka juga bersetuju untuk
menggunakan media sebagai rangsangan dalam pengajaran matematik.
Seterusnya, kurikulum matematik adalah bertujuan untuk memberi peluang
murid

untuk

mengembangkan

kemahiran

mengelas,

membanding,

turutan,

menyukat, graf, membilang dan operasi nombor (Rosazizi Abdul Rahim et al., 2003),
maka, untuk salah satu komponen dalam topik literasi nombor iaitu operasi dan
pengiraan, merupakan antara topik yang amat sesuai dan perlu untuk dicipta satu
media pengajaran yang kreatif untuk membantu murid lebih mudah memahami
1

operasi seperti tambah, tolak, bahagi dan darab dalam membuat pengiraan.
Misalnya

dalam

operasi

bahagi,

kesediaan

murid

mempelajari

cara-cara

menyelesaikan masalah yang melibatkan operasi bahagi tertakluk kepada tahap


pencapaian atau penguasaan mereka mempelajari tentang operasi tambah, tolak
dan darab. Swenson (1973) berpendapat kemahiran membahagi tidak digunakan
sekerap kemahiran tambah, tolak dan darab serta diperkenalkan lewat maka kurang
peluang untuk kemahiran membahagi diamalkan. Inilah menyebabkan murid
menghadapi kesulitan menyelesaikan masalah bahagi. Maka, untuk tujuan
memudahkan pengajaran mengenai komponen operasi dan pengiraan, satu media
pengajaran diberi nama Calculation Box telah dicipta.
Calculation Box merupakan satu ciptaan yang dapat memenuhi keperluan
guru dalam subjek literasi nombor. Pelbagai faedah yang dapat diterima sekiranya
Calculation Box ini dimanfaatkan. Selain itu, Calculation Box ini juga mempunyai
keistimewaan yang tersendiri.

2.0 PROSES PEMBINAAN

Memahami Kehendak Tugasan

Membuat Rujukan dan Pemerhatian

Mengumpul Maklumat

Penjanaan Idea-idea

Lakaran Idea-idea

Pemilihan Idea Terbaik

Mencari dan Mengumpul Bahan Pembinaan

Pembinaan Media Pengajaran

Modifikasi

Menghias

Selesai

3.0 BAHAN PEMBINAAN


2
3

Bahan-Bahan Pembinaan:
1. Penutup Kotak
Digunakan sebagai tapak
2. Batu Kerikil
Digunakan sebagai bahan untuk membilang
3. Polystrene
Digunakan sebagai pembahagi dalam kotak
4. Kadbod Putih
Digunakan untuk melekat nombor yang telah dicetak
5. Kertas yang telah dicetak nombor
Dilekat pada kadbod dan kemudian digunakan untuk mewakili nombor jumlah
nombor
6. Bahan-bahan Perhiasan (Kertas Warna dan Sticker)
Digunakan untuk menghias.

Bahan-bahan Lain yang tidak disertakan dalam gambar termasuklah:


1. Gunting
Digunakan untuk menggunting segala yang perlu digunting seperti kotak dan
kertas warna
2. Pisau
Digunakan untuk memotong Polysterene
3. Gam
Digunakan untuk melekat nombor pada kadbod dan melekat kertas warna
pada kotak.
4. Pewarna Poster
Digunakan untuk mewarnakan batu kerikil.

4.0 KESESUAIAN MEDIA PENGAJARAN


Sesuatu media dianggap sesuai digunakan jika memenuhi syarat-syarat yang
ditetapkan. Antara syarat yang dimaksudkan adalah:
i)

Memenuhi kehendak isi dan objektif murid, memudahkan kefahaman


murid.
Calculation Box dicipta untuk memenuhi komponen dalam literasi nombor
iaitu operasi dan pengiraan. Ianya dicipta untuk menerangkan dengan
jelas bagaimana operasi tambah, tolak, darab dan bahagi terjadi. Setelah
murid memahami proses operasi maka dia akan mampu untuk membuat
pengiraan hasil daripada pemahaman bagaaimana sesuatu operasi itu
terjadi. Maka, penghasilan Calculation Box sesuai dijadikan media
pengajaran yang mampu memudahkan kefahaman murid terhadap proses
operasi dan pengiraan.

ii)

Memerlukan latihan yang minimum untuk menggunakannya.


Calculation Box merupakan satu ciptaan yang ringkas tetapi bermakna
agar

ianya

mudah

untuk

dikendalikan.

Penggunaan

juga

tidak

memerlukan latihan dan senang difahami cara penggunaanya. Oleh itu,


adalah amat sesuai untuk para guru menggunakannya di dalam bilik
darjah dan murid juga boleh menggunakannya untuk menyelesaikan
masalah Matematik.
iii)

Menimbulkan

suasana

pengajaran

pembelajaran

yang

menyeronokkan.
Selain itu, Calculation Box juga mampu mewujudkan suasana pengajaran
pembelajaran yang menyeronokkan. Hal ini adalah kerana Calculation
Box terdiri daripada bahan-bahan yang berwarna-warni. Buktinya, batu
yang kami gunakan terdiri daripada warna hijau, merah, biru dan ungu.
Begitu juga dengan nombor serta simbol, ianya terdiri daripada warna
yang sama dengan batu. Warna batu serta nombor yang pelbagai bukan
sahaja dapat mengajar murid memahami operasi pengiraan tetapi di
samping itu, mengukuhkan lagi ingatan mereka terhadap operasi
pengiraan yang dipelajari kerana warna yang pelbagai boleh membantu
untuk merangsang pemikiran dan ingatan murid.
6

iv)

Mudah diubahsuai dari segi penggunaan serta juga senang


dipindahkan dari satu tempat ke satu tempat yang lain.
Kemudian, Calculation Box ini juga dicipta agar mudah diubahsuai
penggunaanya. Buktinya, Calculation Box bukan sahaja digunakan untk
mengajar operasi tambah, tetapi juga operasi tolak, darab dan bahagi.
Selain itu, saiz Calculation Box tidak besar dan ringan mudah untuk
dibawa ke mana-mana sahaja.

v)

Selamat digunakan oleh murid.


Seterusnya, Calculation Box ini juga terjamin keselamatannya kerana ia
diperbuat daripada bahan-bahan yang tidak keras iaitu kotak. Maka, jika
digunakan dengan betul, penggunaan Calculation Box tidak mudah
mendatangkan kecederaaan.

Selain itu, Calculation Box ini juga sesuai digunakan oleh pelbagai individu dan
situasi. Antaranya adalah untuk murid yang berada di tahap 1, tahap 2 dan
Pendidikan Khas.
Murid yang berada di tahap 1 terdiri daripada murid yang darjah 1, 2 dan 3.
Pada tahap ini, pengetahuan mereka terhadap nombor adalah amat asas. Oleh itu,
adalah amat penting untuk membina satu media pengajaran untuk membantu
mereka dalam menguasai nombor. Maka, dengan Calculation Box, ia merupakan
satu ciptaan yang dibentuk agar murid mudah untuk memahami konsep tambah dan
bahagi. Mereka akan dapat memahami bagaimana proses tambah dan tolak terjadi
dengan menggunakan Calculation Box untuk membilang.
Seterusnya, selain tahap 1, Calculation Box juga sesuai digunakan untuk
murid tahap 2 iaitu darjah 4. Hal ini adalah kerana Calculation Box juga mampu
untuk membantu murid memahami operasi darab dan bahagi bagi nombor yang
mudah.
Bukan itu sahaja, Calculation Box yang berwarna warni juga boleh
digunakan untuk mengajar murid pendidikan khas. Untuk mengajar murid pendidikan
khas, guru lazimnya akan menggunakan pendekatan secara individu, maka dengan
Calculation Box ini, adalah amat sesuai digunakan untuk interaksi antara individu.
Selain itu, warna batu serta nombor yang terdiri daripada warna yang berbeza boleh
membantu murid pendidikan khas untuk mudah menumpukan perhatian dan tidak
7

cepat bosan. Penggunaanya serta penjelasan yang mudah juga membantu murid
pendidikan khas untuk memahami operasi yang melibatkan nombor mudah.
Tuntasnya, Calculation Box ini amat sesuai digunakan oleh para guru dan
juga para murid. Penggunaan dan bentuk yang ringkas sesuai digunakan dan
mampu untuk menjelaskan sesuatu operasi dengan mudah.

4.0 PROSEDUR PENGGUNAAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


1. Meletakkan Calculation Box di hadapan kelas. Kotak berisi kad nombor dan
batu yang berwarna merah jambu, hijau, ungu dan biru diletakkan di atas meja.
2. Selepas itu, guru menerangkan nama media pengajaran, apa kegunaannya, dan
bagaimana cara menggunakannya dalam operasi tambah, tolak, darab dan
bahagi serta pengiraannya.
3. Kemudian, guru membuat demonstrasi sebelum menyuruh murid untuk
mencubanya. Ia supaya memudahkan murid untuk faham, dan tahu bagaimana
cara

untuk

menggunakannya

serta

mengaplikasinya

dalam

proses

pembelajaran.
4. Akhir sekali, setelah murid dapat memahaminya, guru memberikan soalan dan
meminta murid-murid mencuba untuk menjawabnya menggunakan media
pengajaran yang disediakan.

Set soalan :
Operasi Tambah
Contoh 1 :
Di dalam sebuah reban ada 4 ekor ayam kemudian 6 ekor ayam telah dimasukkan
ke dalam reban tersebut. Berapa jumlah kesemua ayam yang ada dalam reban itu?
Penyelesaian :

Bilangan Ayam

00 00

Jumlah ayam yang baru dimasukkan

Operasi

Atau

0000

10 ekor ayam

00 00 00

00 00 00
=

10

Gambar:

10

Contoh 2 :
Di dalam sebuah kotak terdapat 12 buku, kemudian pekerja itu meletak lagi 3 buah
buku di dalam kotak tersebut. Berapakan jumlah buku yang ada di dalam kotak itu?
Penyelesaian :

Bilangan Buku

00000 00000 00

Jumlah buku yang baru dimasukkan

Operasi

000

00000 00000 00

15 buah buku

12

000
Atau

15

Gambar:

11

Operasi Tolak
Contoh 1 :
Ali mempunyai 10 biji epal. Tetapi adiknya telah memakan 5 biji epal kepunyaan Ali.
Berapakah baki epal yang dimiliki oleh Ali ?
Penyelesaian :

00000 00000
-

10 biji batu

00000 00000
00000

tolakkan 5 biji batu

baki yang tinggal ialah 5

10

Gambar:

12

Contoh 2 :
Pak Rahmat memiliki 100 ekor lembu. Pada musim Hari Raya Aidilfitri, beliau telah
berjaya menjual 70 ekor lembu. Berapakah ekor lembu yang masih dimiliki oleh Pak
Abu selepas menjual sebahagian lembunya ?
Penyelesaian :

00000 00000 = 1 biji batu mewakili 10


-

70

00000 00000
000
100

=
-

tolakkan 7 biji batu

baki yang tinggal ialah 3

70

30

Gambar:

13

14

Operasi Darab
Proses pendaraban merupakan operasi yang penting dan mempunyai kaitan
yang rapat dengan operasi tambah. Pendaraban sebenarnya adalah proses
penambahn sesuatu angka yang sama secara berulang-ulang.
Contoh 1 :
Bayangkan selonggok batu yang mengandungi

4 biji batu. Sekiranya seorang

kanak-kanak mengambil 4 longgok batu, berapa biji batu yang dimilikinya?


Penyelesaian :
Sekotak Batu

0000

Bilangan Kotak

0000

Jumlah Biji batu

0000

0000

0000

0000

Atau

16 biji batu

16

Gambar:

15

Contoh 2 :
Bayangkan sekotak

gula-gula yang mengandungi

7 biji gula-gula. Sekiranya

seorang penjual menjual 3 kotak gula-gula sehari, berapa biji gula-gulakah yang
telah dijualnya?
Penyelesaian :

Sekotak Batu

000

Bilangan Kotak

0000000

Jumlah Biji Gula-gula

000 000
+

000

000 000
+

000

Atau

000

21 biji batu

21

16

Gambar:

17

Operasi Bahagi
Operasi bahagi boleh dikatakn sebagai lawan kepada operasi pendaraban.
Bagaimanapun kita lihat ini secara dekat untuk mendapatkan pemahamana yang
lebih tepat menegani operasi ini.

Contoh 1 :
6

00000 0

00

6 biji batu

00

00 Bahagi 3 kumpulan
00
6

Setiap kumpulan ada dua kotak

Dapat diperhatikan nombor yang dibahagi (6) jumlah dibahagi (3) dan hasil = 2. Ia
kelihatan seolah-olah lawan kepada operasi darab kerana 3 2 = 6.

Gambar:

18

Contoh 2 :
12

00000 00000 00

12 biji batu

000 000 000 000


000

Bahagi 4 kumpulan

Setiap kumpulan ada dua

kotak

12

Dapat diperhatikan nombor yang dibahagi (12) jumlah dibahagi (4) dan hasil = 3. Ia
kelihatan seolah-olah lawan kepada operasi darab kerana 4 3 = 12.

Gambar:

19

6.0 RUMUSAN

Kebanyakan media yang ada di pasaran adalah dipasarkan untuk mencari


keuntungan tanpa memenuhi kehendak dan keperluan tertentu guru dan murid. Oleh
itu untuk menyediakan media yang sesuai, guru perlulah membuat sendiri. (Dr. Siti
Fazlili Abdullah, 2007) Banyak sekali faedah yang diperolehi dari penghasilan media
oleh guru seperti isi kandungan yang sesuai dengan sukatan sekolah, objektif
pengajaran pembelajaran disusun dengan lebih tepat. Selain itu, jika melibatkan
murid dalam penghasilan media, akan dapat mengukuhkan lagi daya ingatan dan
meberikan pengalaman yang berguna kepada murid (Mokhtar Hj Nawawi, 2008).
Dan, akhir sekali, penghasilan media pengajaran sendiri oleh guru juga dapat
menambahkan koleksi pusat sumber sekolah di samping menjimatkan kos.

20

BIBLIOGRAFI
Buku
Noraini Idris (2005). Pedagogi Dalam Pendidikan Matematik. Kuala lumpur: Utusan
Publications.
Rohani Abdullah, Nani Menon & Mohd. Sharani Ahmad (2003), Panduan Kurikulum
Prasekolah. Selangor: PTS Professional.
Jurnal
Safinaz Bt M. Annuar, Nellie Gan Hong Suan & Oon Boey Lay. 1988. Jurnal Satu
Tinjauan Kesilapan Murid Dalam Penyelesaian Masalah Operasi Bahagi Di
Dua Buah Sekolah. m/s 2.
Internet
http://cikgu-zaki.blogspot.com/2011/08/media-pengajaran-dan-pelajar.html
http://deriakacamata.blogspot.com/2008/10/mengapa-guru-perlu-menggunakanmedia.html
http://www.ehow.com/how_2301353_teach-first-grade-math-subtraction.html

21

REFLEKSI DIRI
Oleh: Mathilda Chung
Literasi nombor merupakan salah satu subjek yang wajib diambil untuk para
guru semester 2 peringkat Ijazah. Dalam subjek, pelbagai ilmu matematik yang
pernah dipelajari dari peringkat sekolah rendah sehinggalah peringkat sekolah
menengah diajar semula dan ianya membantu saya membentuk kembali ingatan
terhadap ilmu matematik.
Untuk kerja kursus bagi subjek Literasi Nombor, ianya memerlukan kami
untuk menghasilkan sebuah projek berkenaan dengan media pengajaran.
Pengalaman ketika menghasilkan projek ini amat bermakna bagi saya kerana
pelbagai masalah serta persoalan timbul dan proses menghasilkan projek ini.
Masalah utama yang dihadapi adalah ketika proses mencari idea bentuk
media pengajaran yang hendak dibina. Selain itu, media pengajaran yang perlu
dibina pula hendaklah mengenai operasi dan pengiraan. Pada mulanya, kami
memikirkan sebuah media pengajaran yang berbentuk seakan-akan sempoa yang
menggunakan manik serta kayu lidi, namun, kami sedari bahawa nombor yang boleh
digunakan akan terhad serta operasi yang terlibat juga hanya tambah dan tolak.
Namun, setelah saya dan rakan sekumpulan berbincang untuk beberapa kali,
akhirnya kami mendapat ilham daripada seorang guru pendidikan khas yang
mengajar subjek Matematik. Kami masih ingat ketika kami kali pertama melakukan
amali di kelas Pendidikan Khas SK Hulu Kinta, kami melihat seorang budak Autisme
menggigit sebatang kayu ketika guru mengajar Matematik, dan dari situ lah kami
memerhati guru tersebut mengajar murid Autisme tersebut menggunakan kayu yang
pelbagai warna agar murid tersebut mudah untuk melakukan bilangan mengikut
warna. Maka, dari situ lah, ilham Calculation box kami datang. Tetapi, kami
menggantikan kayu dengan batu kecil, dan kami sertakan nombor sekali. Sekaligus,
saya dan rakan sekumpulan juga bermatlamat untuk menjadikan Calculation Box
sebagai sebuah ciptaan bertujuan untuk membantu memudahkan pemahaman
terhadap operasi dan pengiraan serta menjadikan sesuatu pengajaran dan
pembelajaran itu menarik.
Seterusnya, penghasilan tugasan projek ini juga mampu untuk meningkatkan
kefahaman saya terhadap perkembangan kognitif individu. Hal ini adalah kerana,

22

melalui projek ini, saya sedari bahawa penggunaan kognitif secara maksimum harus
digunakan dalam menjana idea menghasilkan projek ini.
Melalui tugasan ini, saya dapat mengerti bahawa kognitif seseorang
berkembang ketika mereka menyelesaikan masalah yang memerlukan pemikiran
aras tinggi melibatkan otak kiri. Umum mengetahui bahawa otak bahagian kiri
merupakan bahagian yang melibatkan pengetahuan sains, matematik dan logik.
Sekiranya, seseorang individu tersebut menyelesaikan masalah rutin yang
berkenaan dengan matematik dan sains dan sentiasa mengkaitkan penyelesaian
masalah dengan teori matematik dan sains, maka, hari demi hari, kognitif individu
tersebut akan terus berkembang.
Seterusnya, melalui tugasan ini juga, saya memahami bahawa pemikiran
yang kreatif juga mampu untuk memperkembangkan kognitif seseorang individu.
Pemikiran yang kreatif melibatkan otak kanan, ianya berkenaan dengan seni seperti
lukisan dan muzik. Misalnya, ketika menghasilkan projek ini, iaitu dalam proses
membina media pengajaran, pemikiran yang kreatif harus ada untuk mencipta
sebuah media pengajaran yang menarik, tidak membosankan, ceria dan kemas.
Begitulah pengalaman saya dalam meghasilkan Calculation Box, saya dan rakan
sekumpulan saya mencari idea untuk menarikkan lagi Calculation Box kami, maka
kami pun mewarnakan batu dan tulisan agar ia menjadi warna warni, serta kotak
juga kami hiaskan agar mampu menarik minat murid untuk belajar.
Selain itu, dalam menghasilkan projek ini, ianya memerlukan pembacaan
ilmiah. Maka, melalui pembacaan ilmiah, saya memahami bahawa kognitif
seseorang dapat berkembang sekiranya individu tersebut mempunyai minat untuk
membaca dan menjadikan bahan yang dibaca sebagai ilmu pengetahuan yang
diserap di dalam otak. Maka, dengan mengembangkan ilmu pengetahuan melalui
pembacaan yang bersifat ilmiah, uianya mampu utuk memperkembangkan kognitif
individu.
Kemudian, dalam melaksanakan projek ini, saya juga memahami bahawa
melalui perbincangan dan kolaborasi bersama orang yang berilmu. Ianya mampu
untuk memperkembangkan kognitif seseorang individu. Orang yang berilmu adalah
seperti cikgu dan pensyarah. Melalui perbincangan bersama mereka, ianya akan
membantu kita untuk berfikir melalui ilmu-ilmu yang disampaikan oleh mereka.
Selain itu, mereka juga akan memberi kita petunjuk dalam sesuatu masalah dan ada
kalanya membantu kita penyelesaian masalah. Maka, melalui ilmu serta tunjuk ajar
23

yang diberi oleh orang yang berilmu serta berpengalaman, akan membantu untuk
merangsang pemikiraan kognitif.
Bukan itu sahaja, melalui tugasan projek ini, saya juga mamahami bahawa
kognitif seseorang juga mampu berkembang melalui pemerhatian terhadap
sekeliling. Dalam menyelesaikan sesuatu masalah, ianya akan membuat kita untuk
melakukan pemerhatian terhadap sekeliling. Seperti projek ini, dalam mencari idea
mencipta sebuah media pengajaran, ianya mendorong saya untuk memerhati guru
pendidikan khas mengajar matematik di dalam bilik darjah. Cubaan untuk kaitkan
masalah serta perkara yang dilakukan pemerhatian akan menjana pemikiran kita
untuk mencari solusi melalui pemerhatian yang dilakukan. Hal ini secara tidak
langsung akan merangsang pemikiran dan seterusnya memperkembangkan lagi
kongitif.
Akhir sekali, tugasan projek ini juga memerlukan imaginasi terhadap situasi
sebenar. Maka, melalui imaginasi, saya memahami bahawa ianya mampu untuk
merangsang perkembangan individu. Misalnya, dalam melaksanakan tugasan projek
ini, ianya memerlukan saya untuk berimaginasi suasana pengajaran dan
pembelajaran matematik menggunakan media pengajaran yang dicipta oleh saya
dan rakan saya iaitu Calculation Box, seterusnya melalui imaginasi ini, baru lah
saya dapat membuat keputusan bahawa sama ada Calculation Box yang dicipta ini
memenuhi kriteria atau tidak dalam menghasilkan pembelajaran. Maka, terbuktilah
bahawa

melalui

imaginasi,

otak

juga

telah

berfikir

dan

seterusnya

memperkembangkan lagi kognitif individu.


Tuntasnya, penghasilan tugasan projek ini amat bermakna kerana ia memberi
pengalaman dalam proses menyediakan sebuah media pengjaran serta memberi
banyak ilmu pengetahuan tambahan kepada saya mengenai media pengajaran yang
melibatkan literasi nombor. Bukan itu sahaja, tugasan projek ini juga bermakna
kerana

ia

telah

mampu

untuk

meningkatkan

kefahaman

saya

terhadap

perkembangan kognitif individu.

24

REFLEKSI DIRI
Oleh: Florensiah Bruno
Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya dapatlah juga
saya

menyiapkan

tugasan

WAJ

3105

(Literasi

Nombor)

ini

dan

dapat

menghantarnya pada tarikh yang telah ditetapkan, walaupun berdepan dengan


pelbagai masalah.
Dalam menyiapkan tugasan yang diberikan ini memerlukan pengorbanan
yang tinggi untuk melaksanakannnya. Bagi saya, kekuatan dalam menghasilkan
tugasan ini perlu mendapat keterangan ataupun kefahaman mengenai konsep
operasi dan pengiraan terlebih dahulu. Walaupun operasi dan pengiraan ini
digunakan dalam kehidupan seharian tetapi penekanan pembelajaran masih pada
tahap sederhana. Selain itu, memahami ciri dan apa operasi yang ada dalam
matematik seperti operasi tolak, tambah, darab dan bahagi. Tahu bagaimana
pengiraan dilakukan dan dapat menunjukkan kepada murid-murid ketika proses
pengajaran dan pembelajaran. Dengan pendedahan ini, saya dapat ilmu yang
berguna untuk digunakan di dalam pengajaran dan pembelajaran.
Bukan itu sahaja, saya juga merasakan satu pengalaman baru dalam
pembinaan bahan bantu mengajar yang sesuai untuk operasi dan pengiraan ini.
Kami telah sepakat untuk membina Calculating Box setelah mendapat inspirasi
ketika membuat amali di Sekolah Polis Hutan. Kerjasama yang diberikan oleh rakan
saya juga memainkan peranan dalam melaksanakan tugasan ini. Selain itu,
kekuatan tugasan ini terletak pada cara olahan saya sendiri dengan berdasarkan
beberapa bahan ilmiah sebagai rujukan, ia secara tidak langsung membimbing saya
untuk berfikir lebih kreatif dalam mengemukakan idea yang bernas.
Dalam menyiapkan tugasan ini terdapat beberapa kelemahan yang boleh
diperbaiki lagi pada masa akan datang. Bagi saya masalah pertama yang dihadapi
ialah kesukaran mendapat maklumat yang berkaitan dengan operasi dan pengiraan.
Pelbagai jurnulis memberi ulasan yang pelbagai mengenai operasi dan pengiraan.
Kebarangkalian ini timbul mungkin disebabkan pelbagai sumber yang mempunyai
berbagai-bagai pendapat dan idea yang memerlukan saya untuk mengolah semula
mengikut pengetahuan ilmu yang diperolehi dan sedia ada.

25

Segala kesulitan, kelemahan yang saya hadapi pasti ada langkah


penyelesaiannya. Di sini, antara langkah-langkah dalam menangani kelemahan
yang ada dalam diri saya adalah dengan bersikap lebih yakin, lebih bersemangat
dan bertolak ansur dalam kumpulan, selain itu, meminta tunjuk ajar daripada kawankawan yang lebih mahir dalam sesuatu bidang tersebut.
Kini, saya ketahui bahawa untuk membantu murid membina konsep atau
pengetahuan baru, sebagai guru, guru harus mengambil kira struktur kognitif yang
sedia ada pada mereka. Apabila maklumat baru telah disesuaikan dan diserap untuk
dijadikan sebahagian daripada pegangan kuat mereka, barulah kerangka baru
tentang sesuatu bentuk ilmu pengetahuan dapat dibina. Misalnya dalam pengajaran
operasi darab, guru perlu menerangkan terlebih dahulu operasi tambah dan tolak,
apabila murid dapat menguasainya barulah beralih kepada operasi darab. Ia
memudahkan murid untuk memahaminya dengan lebih jelas. Guru akan memahami
bahawa proses pembinaan dan pengubahsuaian konsep merupakan satu proses
berterusan dalam kehidupan. Oleh itu dapat dinyatakan pembelajaran yang
bermakna adalah yang bersistematik dengan kreativiti guru.
Melalui tugasan ini, ia banyak membantu saya dalam mempelajari dan
memahami situasi murid ataupun keadaan murid mengikut tahap keupayaan kognitif
murid. Hal ini kerana sebagai seorang bakal guru, saya akan menghadapi pelbagai
kerenah dan tahap keupayaan murid yang berbeza, jadi melalui tugasan ini saya
dapat bersedia dengan keadaan ini iaitu dengan penyediaan bahan bantu mengajar
agar dapat memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran supaya dapat
mengatasi masalah yang timbul kelak.
Saya akui sebagai seorang guru perlu menggunakan kepakarannya untuk
menyampaikan ilmu kepada murid-murid. Murid-murid perlu dilibatkan secara aktif
untuk mengambil bahagian di dalam proses pembelajaran di dalam kelas. Untuk
memastikan pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan, lembaran kerja juga perlu
disediakan oleh guru di samping nota belajar. Lembaran kerja itu boleh disiapkan
oleh murid samada secara individu ataupun berkumpulan. Selain itu, guru perlu
menggunakan penilaian yang difikirkan sesuai untuk menguji kefahaman muridmurid di akhir pengajaran pembelajaran. Penilaian ini amat penting untuk menguji
kefahaman murid terhadap perkara yang dipelajari.
Penggunaan BBM juga perlu diambil berat oleh guru untuk melancarkan
proses pengajaran di dalam kelas. BBM yang menarik perlu dibuat agar pengajaran
26

menjadi lebih menarik dan diminati oleh murid. Guru boleh menggunakan ICT untuk
membuat BBM yang canggih. Guru tidak boleh hanya menggunakan buku teks
sahaja kerana bahan dalam buku teks tidaklah lengkap dan kurang menarik minat
murid.
Berbagai maklumat dan input yang berguna dapat kami perolehi melalui
tugasan yang diberikan ini .Sebagai seorang pendidik, ianya amat penting dan
berguna sekali dalam proses melahirkan murid yang kreatif dan berilmu
pengetahuan. Sebagai guru, tugasan ini akan saya jadikan sebagai panduan untuk
meningkatkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.
Pada masa akan datang, saya mencadangkan beberapa langkah
penambaikan menyiapkan sesuatu tugasan. Terdapat 2 cadangan penambahbaikan
dalam menyiapkan sesuatu tugasan. Pertama, perlunya mengurus masa dengan
tepat. Pandangan peribadi saya menyatakan bahawa masa memainkan peranan
penting dalam menyiapkan sesuatu tugasan. Kegagalan mengurus masa dengan
tepat telah menyebabkan saya terpaksa berulang alik ke sana sini bertemu dengan
rakan sekumpulan. Kedua, dengan jaringan internet pada masa sekarang harus
digunakan optimum yang mungkin. Tidak semestinya kita mencedok semua
maklumat tersebut tetapi kita mengolah kembali mengikut kefahaman kita sendiri.
Dengan cara demikian penguasaan ilmu dapat dipelbagaikan.
Secara tuntasnya, saya berasa puas hati dan gembira kerana menerima
pengajaran yang disampaikan oleh pensyarah pembimbing, walaupun agak sukar
tetapi cukup memberi kesan kepada saya. Saya berharap semoga dapat terus
berfikiran positif dan dapat mengaplikasikan kelak dalam melahirkan suasana
pembelajaran yang kondusif. Masalah-masalah yang timbul hanyalah sekadar ujian
mahupun dugaan yang harus ditempuh oleh setiap manusia yang bergelar pelajar.
Ibarat ungkapan sebuah kata-kata hikmat bukan senang hendak senang, bukan
susah hendak susah. Kata-kata ini sentiasa disematkan dalam meniti kehidupan ini.
Daripada tugasan Literasi Nombor ini, saya dapat banyak input yang berguna
untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian saya khususnya dalam bidang
keguruan ini. Saya dapat mengaplikasikan semua kemahiran saya membuat soalansoalan soal selidik ini di sekolah nanti apabila dipostingkan. Saya juga dapat
menyediakan bahan bantu mengajar yang menarik untuk sesuatu perkara apabila
diminta oleh guru besar di sekolah nanti. Terlalu banyak perkara positif yang saya
dapat daripada tugasan ini dan saya berasa amat bertuah kerana diberi peluang
27

untuk menyiapkan tugasan ini. Segala pengalaman yang ada tidak akan saya siasiakan kerana ia sangat berharga untuk dikenang dan diaplikasikan dalam
kehidupan seharian kelak.
Akhir kata, mata pelajaran Literasi Nombor ini sangat penting untuk dipelajari
oleh oleh bakal guru kerana ia akan memberi manfaat dan banyak membantu saya
dalam menghadapi situasi pengajaran dan pembelajaran yang lebih mencabar pada
masa akan datang.

28

LAMPIRAN

29

30

31

Anda mungkin juga menyukai