Anda di halaman 1dari 66

Kajian Pengurusan Masjid Negeri Perlis

PENDAHULUAN
1.1 Mukadimah.
Menerusi bab ini penyelidik akan membicarakan beberapa tajuk
berhubung dengan penyelidikan ini seperti latar belakang kepada
permasalahan kajian ini, pengertian tajuk, skop kajian, pernyataan
masalah, objektif kajian, metodologi penyelidikan serta definisi
terma / konsep dalam objektif dan kesimpulan.
1.2 Latar Belakang Masalah.
Jika dibandingkan dengan institusi-institusi lain, didapati institusi
masjid seolah-olah agak ketinggalan. Amnya masjid hanyalah
dijadikan tempat solat oleh segelintir jemaah yang terlalu rendah
peratusan kehadirannya berbanding dengan jumlah anak-anak
kariah. Fungsi masjid sebagai tempat solat perlu dihakis daripada
tanggapan masyarakat umum. Oleh itu suatu sistem pentadbiran
dan pengurusan masjid yang efektif dan efisyen perlu diwujudkan
bagi mengembalikan peranan masjid sebagai pusat kegiatan ilmu,
dakwah, bimbingan, ukhuwah, penyatuan ummah dan sebagainya.
Selama ini masjid tidak diperkenalkan dengan suatu bentuk sistem
pentadbiran dan pengurusan yang tersusun dan bersistematik.
Pengamalan sistem urusan pentadbiran hanya dilaksanakan secara
tradisional tanpa melakukan sebarang pindaan atau perubahan.
Perubahan semata-mata berlaku dari segi bangunan dan segala
kelengkapan prasarana sahaja telah menyebabkan fungsi institusi
masjid tidak berkembang. (Sidi Gazalba, 1975 : 323).
Maka wajarlah sesebuah masjid ditadbir dan diurus secara teratur
oleh yang berkelayakkan berdasarkan kepada hadith Rasulullah
(s.a.w) yang telah diriwayatkan oleh Abu Hurairah seperti berikut :
Daripada Abu Hurairah (r.a) telah berkata : Seorang Arab Badwi
telah bertanya kepada Rasulullah (s.a.w) berhubung dengan hari
kiamat, dan Rasulullah (s.a.w) pun memberitahukan kepadanya :
Apabila amanah itu telah dikhianati maka tunggulah hari
kiamatArab Badwi itu bertanya lagi : Bagaimana amanah itu
dikhianati?Jawap baginda (s.a.w) : Apabila sesuatu urusan itu
diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya, maka tunggulah
kiamat. (Hadith riwayat al-Bukhari).

Hadith ini menjelaskan bahawa segala urusan perlulah diserahkan


kepada mereka yang benar-benar berkebolehan dalam urusan itu
untuk mengelakkan bencana kemusnahan yang akan menimpa.
Ini kerana tugas seorang pengurus adalah bertanggung jawab untuk
merancang, membentuk polisi, strategi, mengkoordinasi dan
mengawal segala gerak kerja organisasi supaya objektif organisasi
berkenaan tercapai (al-Habshi, 1989 : 65). Sekiranya tugas yang
sebegini berat diserahkan kepada yang tidak berkebolehan sudah
pasti objektif organisasi tersebut tidak tercapai.
Pada umumya tidak terdapat nas-nas al-Quran mahupun al-Hadith
secara langsung menuntut supaya diwujudkan suatu sistem tertentu
untuk mentadbir dan mengurus masjid. Walau pun begitu telah
menjadi suatu tanggung jawab ke atas umat Islam untuk
memperbaiki segala kelemahan yang wujud seterusnya memikirkan
bagaimanakah institusi masjid ini boleh dimakmurkan semula.
Pelbagai kajian telah dilakukan untuk memastikan masjid kembali
berfungsi sebagai pusat ibadah dan kebudayaan Islam. Zainal
Abidin Jamaris telah membuat kajian di Sumatera Utara untuk
menyatu padukan antara masjid-masjid. Menurut beliau bagi
mencapai objektif berkenaan perlulah diwujudkan pengurusan
dakwah yang cekap dan bersistematik bagi sesebuah masjid,
menerusi cita-cita ini beliau telah mewujudkan suatu metodologi
yang diistilahkan sebagai persaudaraan masjid. Melalui kaeadah
ini suatu sistem pengurusan yang bertanggung jawab ke atas
usaha-usaha dakwah ke setiap buah masjid telah diwujudkan. (1986
: 18).
Selain daripada itu segala objektif yang diinginkan perlulah
mendapat sokongan dan kerjasama sepenuhnya dari anggotaanggota organisasi dan masyarakat. (Sidi Gazalba, 1975 : 326).
Sementara itu suatu kajian yang telah dilakukan di negeri Perlis ada
menyatakan tentang wujudnya pentadbiran dan pengurusan masjid
di seluruh negeri Perlis. Walau bagaimana pun kajian tersebut tidak
menjelaskan tentang kaedah-kaedah atau metodologi-metodologi
yang diamalkan oleh pihak pentadbiran dan pengurusan masjid.
Sebaliknya kajian tersebut lebih terarah kepada aspek-aspek asas
pengurusan pengimarahan masjid. (Idris, 1998 : 35).
Kesimpulannya terdapat kajian-kajian lalu yang menyentuh peranan

masjid dan pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh umat Islam


untuk mengembalikan semula fungsi institusi masjid. Walau
bagaimanapun ianya masih diperingkat awal dan tetap memerlukan
suatu usaha pengorbanan yang besar untuk memastikan institusi
masjid kembali kepada kedudukan dan fungsinya yang sebenar.
1.3 Pengertian Tajuk.
Untuk menjamin penyelidikan ini mudah difahami beberapa
perkataan yang terkandung dalam tajuk Pengurusan Masjid Negeri
Perlis : Suatu Tinjaun perlu didefinisikan terlebih dahulu. Perkataanperkataan tersebut adalah pengurusandan masjid.
Pengurusan : Perkataan pengurusan dari segi etimologinya adalah
berasal daripada perkataan urus yang bererti menyelenggarakan
sesuatu dengan baik atau secara teratur. Apabila penggunaan
imbuhan peng dan an digunakan pada perkataan urus ia
bereti perihal (kerja dan sebagainya) mengurus (syarikat, badan
perniagaan dan lain-lain). (Kamus Dewan, 1997 : 1529).
Manakala perkataan pengurusan secara terminologinya sehingga
kini tiada suatu pun definisi tentang pengurusan telah disepakati
oleh ahli-ahli pengurusan. Oleh itu penyelidik telah mengambil
inisiatif untuk memilih beberapa definisi tentang pengurusan yang
dirasakan dapat membantu memahami kajian ini. Berikut adalah
definisi-definisi tersebut :
1. Mary Parker Follet mendefinisikan pengurusan sebagai seni
melakukan perkara-perkara tertentu melalui orang lain. (James A.F.
Stoner dan Charles Wankel, 1994 : 4).
2. Pengurusan didefinisikan oleh Taji (sarjana India) sebagai
melaksanakan perintah dan menyelaraskan kegiatan bersama
kelompok. (Mustafa Hj Daud,1994 : 2).
3. Muhammad A. al-Buraey mendefinisikan pengurusan pula
sebagai menyelaraskan tenaga manusia untuk mencapai matlamat
kelompok sebagai makhluk sosial yang perlu berinteraksi antara
satu sama lain. (Ibid).
4. I.D. White pula menyatakan pengurusan ialah menyelaraskan
tenaga kerja untuk mencapai matlamat negara. (Ibid).
Berdasarkan kepada definisi-definisi tersebut di atas bolehlah
disimpulkan bahawa perkataan pengurusan bermaksud suatu
usaha atau proses mengorganisasi, memimpin dan mengawal daya

usaha anggota-anggota organisasi, merancang dan menggunakan


sumber-sumber lain organisasi (kewangan, masyarakat dan lainlain) bagi mencapai matlamat-matlamat organisasi yang ditetapkan.
Masjid : Secara etimologi perkataan masjid adalah berasal
daripada bahasa Arab yang diambil dari kata pokoknya iaitu
sajada, yasjudu dan sujudan bererti hal atau keadaan
meletakkan dahi ke bumi. Apabila dimasukkan huruf mim pada
permulaan perkataan tersebut ia berubah menjadi nama tempat.
Oleh itu perkataan masjid bererti sebagai tempat untuk sujud
ataupun sebagai tempat melakukan ibadah. (Ibn Manzur, Tanpa
tarikh : 204).
Menurut Kamus Dewan perkataan masjid amnya telah
diistilahkan kepada bangunan khas tempat umat Islam melakukan
solat jumaat dan ibadah-ibadah lain. (Kamus Dewan, 1997 : 864).
Sidi Gazalba pula telah mendefinisikan perkataan masjid secara
terminologi sebagai pusat ibadah dan kebudayaan Islam. (Sidi
Gazalba, 1975 : 116).
Berdasarkan kepada definisi-definisi tersebut di atas perkataan
masjid boleh diertikan sebagai bangunan khas tempat umat Islam
melakukan ibadah-ibadah keagamaan serta menjalankan aktivitiaktiviti kebudayaan Islam.
Kesimpulannya tajuk Pengurusan Masjid Negeri Perlis : Suatu
Tinjauan bererti suatu usaha untuk mengkaji, meneliti dan menilai
apakah kaedah atau metodologi yang digunakan oleh sesebuah
masjid di dalam usaha mengorganisasi, memimpin dan mengawal
daya usaha anggota-anggota organisasi, merancang dan
menggunakan sumber-sumber lain organisasi (kewangan,
masyarakat dan lain-lain) dan sejauhmanakah keberkesanannya
dalam mencapai matlamat pengimarahan masjid dari segi
kerohanian dan kebudayaan Islam.
1.4 Skop Kajian.
Ruang lingkup kajian adalah seluruh masjid di Negeri Perlis, dan
untuk memastikan kajian ini lebih menjurus dan terarah serta
mencapai matlamatnya penyelidik telah membahagikan kajian ini
kepada enam aspek pengurusan :

1.4.1 Pengurusan Kepegawaian.


Kajian ini bertujuan untuk mengetahui apakah kaedah yang
digunakan untuk memilih, melantik dan mengorganisasikan ahli
jawatan kuasa bagi sesebuah masjid, di samping itu cuba mengenal
pasti tugas-tugas dan tanggung jawab pegawai-pegawai masjid
sebenarnya serta masalah-masalah yang berlaku dalam sistem
pentadbiran sesebuah masjid.
1.4.2 Pengurusan Kebersihan.
Hampir kebanyakkan masjid menghadapi masalah kebersihan
terutamanya tandas yang kotor dan harta benda masjid tidak
disusun dengan teratur. Melalui kajian ini segala punca masalah
akan dapat dikenal pasti.
1.4.3 Pengurusan Waktu.
Dewasa ini kita dapati sebahagian daripada masjid gagal berfungsi
sebagai pusat kebudayaan bagi masyarakat setempat hasil
kegagalan pihak pengurusan masjid memanfaatkan waktu-waktu
yang terluang. Oleh itu kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti
punca masalah tersebut.
1.4.4 Pengurusan Kewangan.
Hasil daripada sistem pengurusan kewangan yang lemah hampir
kebanyakkan masjid gagal menjana program-program
pengimarahan serta pembangunan dari pelbagai aspek. Kajian ini
bertujuan untuk melihat bagaimanakah pihak pentadbiran sesebuah
masjid menguruskan tabung kewangan mereka samada dari segi
pengurusan sumber kewangan atau pun perbelanjaannya serta
mengenal pasti masalah-masalah yang berlaku dalam hal ini.
1.4.5 Pengurusan Perkaderan.
Sehingga kini pihak masjid tidak pernah merancang untuk
membimbing dan melatih bakal-bakal peneraju masjid pada masa
akan datang, hal ini telah menyebabkan hampir keseluruhan masjid
diterajui oleh golongan yang tidak berkebolehan. Sewajarnya kajian
ini dilakukan agar segala masalah dapat dikenal pasti.
1.4.6 Pengurusan Kemudahan Asas.

Kajian tentang pengurusan kemudahan asas berhubung dengan


beberapa masalah yang dihadapi oleh jemaah masjid iaitu dari segi
tempat berwuduk, bilik mandi, tandas, bilik persalinan pakaian, bilik
penginapan sementara untuk musafir, ruang sembahyang dan
sebagainya sewajarnya dilakukan untuk mengenal pasti masalahmasalah yang berlaku dalam hal ini.
1.5 Pernyataan Masalah.
Kajian lalu mendapati bahawa jabatan Agama Islam Negeri Perlis
telah pun mempunyai satu struktur pengurusan masjid untuk
seluruh negeri Perlis. Walau bagaimana pun tidak diketahui apakah
kaedah-kaedah yang diguna pakai untuk mentadbir dan
menguruskan masjid. Apa yang jelas ialah jawatan kuasa
pengurusan masjid adalah terdiri daripada mereka yang dilantik
oleh ahli kariah. Perkara yang menjadi masalah ialah pemilihan
jawatan kuasa adalah lebih cenderung kepada memilih calon-calon
tertentu sahaja. (Idris, 1998 : 18). Pada hal calon-calon yang dipilih
adalah mereka yang berkelulusan rendah berdasarkan kepada
kajian tersebut mendapati tahap pencapaian akademik 58.6 %
daripada para imam dan ahli jawatan kuasa masjid adalah setakat
darjah enam. (Ibid : 22).
Kajian tersebut juga mendapati pihak jabatan Agama Islam Negeri
Perlis menghadapi masalah pentadbiran khususnya mengenai
kawalan orang bawahan (Idris, 1998 : 20). Tanpa pengawalan yang
rapi, apa-apa penyelewengan yang berlaku mungkin tidak dapat
dikesan. Ini tentulah amat berbahaya kerana dalam segala proses
bermatlamat penyelewengan adalah pembaziran yang merugikan
dan akhirnya mungkin menjejaskan matlamat (Abdul Rahim Said,
1986 : 6).
Daripada kenyataan di atas jelas memberi gambaran kepada kita
bahawa sewajarnya suatu kajian perlu dijalankan untuk mengenal
pasti sejauh manakah keberkesanan metodologi yang digunakan
untuk mentadbir dan mengurus masjid-masjid di negeri Perlis.
1.6 Kepentingan Kajian.
Walau pun ada pihak yang mendakwa bahawa pengurusan masjid
yang ada sekarang telah ditadbir dan diurus dengan begitu baik
namun belum ada kajian dibuat untuk meninjau sejauh manakah

keberkesanan pengurusan berkenaan.


Kegagalan institusi masjid memainkan peranan sebagai pendidik
dan pembimbing kepada masyarakat sekeliling telah menjadi salah
satu daripada punca-punca kerutuhan sosial di kalangan
masyarakat. Sesungguhnya Allah telah memberi amaran kepada
umat manusia keseluruhannya berdasarkan firmanNya yang
bermaksud :
Terjemahan: Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa
(yang membawa bala bencana) yang bukan hanya akan menimpa
orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan
menimpa secara umum). Dan ketahuilah bahawa Allah maha berat
azab seksaNya. (al-Anfal, 8 : 25).
Peringatan Allah ini merupakan galakkan kepada orang-orang
beriman supaya sentiasa bergerak cergas mengatasi masalahmasalah umat Islam keseluruhannnya. Oleh itu usaha mengkaji,
menyelidik dan menilai semula sistem pengurusan masjid wajar
dilaksanakan untuk mengembalikan fungsi institusi masjid ke
kedudukan asalnya sebagai pusat pembangunan spiritual dan
jasmani demi keselamatan hidup di dunia dan akhirat.
Untuk menarik minat masyarakat setempat khasnya dan umum
supaya sentiasa mendampingi masjid akan berhasil sekiranya
usaha-usaha pengimarahan masjid dilaksanakan secara terancang
dan teratur.
Oleh itu kajian seumpama ini wajar dilakukan untuk memberi
penilaian semula terhadap sistem-sistem pentadbiran yang diguna
pakai oleh pihak-pihak pentadbiran masjid seterusnya cuba
memperbaiki kelemahan-kelemahan yang terdapat pada sistem
tersebut serta cuba menemukan suatu sistem pentadbiran dan
pengurusan yang benar-benar berkesan yang boleh dijadikan
panduan oleh semua masjid di negeri Perlis khasnya dan di seluruh
Malaysia amnya.
1.7 Objektif Kajian.
Berdasarkan kepada beberapa kenyataan yang tersebut di atas,
objektif dan tujuan kajian ini adalah untuk :
1.7.1 Mengenal pasti kaedah dan struktur pengurusan masjid.
1.7.2 Mengenal pasti masalah dalam pengurusan masjid.

1.7.3 Mengenal pasti kaedah penyelesaian dalam pengurusan


masjid.
1.8 Metedologi Penyelidikan.
Dalam usaha mengkaji, menyelidik, menyusun, menulis dan
menyiapkan kajian ini, penyelidik akan menggunakan dua asas
penyelidikkan berikut iaitu penyelidikkan kepustakaan (library
research) dan penyelidikkan lapangan (field research). Melalui dua
asas utama tersebut, penulis akan menggunakan metod-metod
berikut bagi tujuan menyiapkan kajian ini.
1.8.1 Metod dokumentasi.
Menerusi penyelidikkan kepustakaan penyelidik telah menggunakan
metod ini untuk mendapatkan data-data yang releven. Cara
penyelidikkan ini digunakan kerana sebahagian data-data adalah
berbentuk dokumentasi seperti buku, majalah, jurnal dan
sebagainya, terutamanya yang berkaitan dengan pengurusan
masjid.
Penyelidikan cara ini digunakan diperingkat awal kajian sebagai
pembuka gambaran tentang isi tajuk dan sumber-sumber rujukkan
yang releven. Metod ini juga digunakan untuk mengkaji hasil-hasil
penulisan terdahulu yang mempunyai kaitan dengan kajian ini
sebagai pembuka jalan bagi penyelidik mendapat gambaran awal
terhadap permasalahan kajian.
Amnya penyelidikkan perpustakaan ini hanya menyediakan
maklumat-maklumat yang berbentuk teori bagi kerangka teoritik
tajuk kajian penyelidik.
1.8.2 Metod penentuan subjek
Bagi melengkapkan lagi kajian dan penyelidikkan, penyelidik akan
menggunakan cara kedua yang dikenali sebagai kajian lapangan.
Dalam rangka penyelidikkan ini penyelidik telah memilih tiga metod
utama sebagai landasan menyiapkan kajian ini. Metod-metod
tersebut ialah metod penentuan subjek.
Menerusi metod ini penyelidik telah menentukan subjek
penyelidikkan bagi memudahkan kajian supaya tidak terlalu luas
skopnya dan lebih terarah. Kawasan tertentu telah dipilih sebagai

subjek penelitian. Penyelidik telah memilih negeri Perlis yang


terletak di Utara Malaysia sebagai subjek kajian.

1.8.3 Metod pengumpulan data


Tujuan metod ini digunakan adalah untuk memperolehi maklumatmaklumat tepat, konkrit dan bernilai dari aspek objektivasi dan
validitasinya. Menerusi metod ini penyelidik akan menggunakan
beberapa metod untuk mendapatkan maklumat-maklumat yang
diperlukan, antaranya ialah :
Metod wawancara ; Kaedah ini merupakan usaha untuk
mendapatkan keterangan secara lisan dari responden atau infomer.
Metod soal selidik ; Melalui metod ini satu daftar berisi soalansoalan yang perlu dijawab oleh responden akan disediakan oleh
penyelidik. Solan-solan yang telah dijawab akan dianalisis oleh
penyelidik.
1.8.4 Metod analisis data.
Metod ini merupakan metod terakhir yang digunakan dalam kajian
ini setelah semua data-data berjaya dikumpulkan. Penyelidik akan
menganalisis dan melihat hubung kait antara fakta-fakta,
menginterpretasi data dan seterusnya membuat kesimpulan dan
saranan sebagai hasil penemuan kajian.
Akhirnya penyelidik berharap metod-metod tersebut di atas benarbenar dapat membantu penyelidik mencapai tujuan dan objektif
kajian ini.
1.9 Definisi Terma / Konsep Dalam Objektif.
Berikut adalah beberapa istilah penggunaan bahasa yang akan
digunakan dalam penulisan kajian ini :
1.9.1 Masjid.
Masjid ertinya tempat sujud. Iaitu tempat umat Islam mengerjakan
solat, zikir kepada Allah (s.w.t) dan untuk hal-hal yang berhubungan
dengan dakwah Islamiyah.

1.9.2 Kariah.
Berasal daripada bahasa Arab bermaksud kampung. Dalam konteks
ini bererti satu kawasan semua penduduk yang tinggal dalam kariah
itu dikehendaki bersembahyang jumaat dalam kariahnya dan tidak
boleh bersembahyang jumaat di kariah lain sekiranya bilangan
penduduk yang layak bersembahyang berjumlah empat puluh orang
sahaja.
1.9.3 Anak kariah.
Seseorang yang tetap duduk atau yang lazimnya duduk di dalam
mana-mana satu kariah masjid.

1.9.4 Jawatan kuasa masjid.


Beberapa orang yang dilantik oleh ahli kariah kemudian dipersetujui
oleh jabatan Agama Islam. Ia terdiri daripada jawatan-jawatan
pengerusi, imam, penolong imam, setiausaha, bendahari, bilal, siak,
penjaga kawasan dan beberapa orang lain sebagai ahli jawatan
kuasa biasa.
1.9.5 Pegawai masjid.
Pengerusi, imam, khatib, dan bilal bagi sesebuah masjid jika ada
pada ketika itu.
1.9.6 Bilal.
Mereka yang dilantik sebagai tukang azan.
1.9.7 Siak.
Orang yang ditugaskan menjaga kebersihan masjid, tandas dan lainlain tugas.
1.9.8 Mengimarah.
Memakmurkan masjid dengan sembahyang lima waktu dan segala
aktiviti yang boleh membawa kebajikan kepada umat Islam.
1.9.9 Pegawai takmir.

Mereka yang dilantik oleh jabatan Agama Islam bagi menyelaras


kelas-kelas takmir masjid.
1.9.10 Temubual.
Mereka yang diajukan dengan soalan-soalan khas bagi
mendapatkan maklumat tambahan selain daripada kertas soal
selidik.
1.9.11 Responden.
Individu yang dipilih secara rawak terdiri daripada ahli jawatan
kuasa masjid, pegawai jabatan Agama Islam Perlis, ahli kariah lelaki
dan wanita.
1.9.12 Populasi.
Semua ahli jawatan kuasa atau pegawai-pegawai masjid negeri
Perlis.
1.9.13 Sampel.
Kumpulan unsur populasi yang terpilih untuk pengukuran atau
pemerhatian.
1.10 Kesimpulan.
Kegagalan institusi masjid memainkan peranan sebagai pendidik
dan pembimbing kepada masyarakat sekeliling telah menjadi salah
satu daripada punca-punca kerutuhan sosial di kalangan
masyarakat. Sehingga kini pelbagai perbincangan dan persoalan
telah dikemukakan berhubung dengan kegagalan istitusi masjid
membendung gejala sosial seterusnya membentuk suatu generasi
yang seimbang dari segi rohani dan material.
Sesungguhnya kajian ini cuba mengesan di antara punca-punca
yang menyebabkan institusi masjid gagal melaksanakan tugas dan
tanggung jawabnya sebagai pusat pembangunan rohani dan
jasmani. Dan adalah sukar bagi penyelidik untuk mengkaji dan
menilai semua perkara yang menjadi penyebab kepada institusi ini
gagal melaksankankan tugasnya dalam membentuk masyarakat
persekitaran ke arah suatu kehidupan yang lebih bermakna.

Berdasarkan kepada pengalaman-pengalaman lalu, amnya kejayaan


atau kegagalan sesebuah organisasi itu adalah bergantung kepada
sistem-sistem atau kaedah-kaedah yang digunakan serta yang
diamalkan secara tersusun dan teratur.
Oleh itu kajian ini lebih menjurus untuk memberi penilaian semula
terhadap sistem-sistem pentadbiran yang diguna pakai oleh pihakpihak pentadbiran masjid seterusnya cuba memperbaiki kelemahankelemahan yang terdapat pada sistem tersebut serta cuba
menemukan suatu sistem pentadbiran dan pengurusan yang benarbenar berkesan yang boleh dijadikan panduan oleh semua masjid di
negeri Perlis khasnya dan di seluruh Malaysia amnya.
Hakikatnya kajian ini masih lagi berada diperingkat permulaan dan
kejayaan kajian ini adalah bergantung kepada segala kerjasama
yang akan diperolehi daripada pihak-pihak yang terlibat.

KONSEP PENGURUSAN MASJID


2.1 Pengenalan
Menerusi bab ini penyelidik akan cuba memperjelaskan tentang
konsep pengurusan dan pentadbiran masjid secara amnya
berdasarkan kepada al-Quran dan al-Hadith Rasulullah (s.a.w).
2.2 Pengurusan Kepegawaian.
Umat Islam dituntut supaya sentiasa bergerak dan berkerja dalam
bentuk berjamaah. Oleh itu suatu penubuhan organisasi untuk
menguruskan dan memelihara hal ehwal umat Islam adalah menjadi
suatu kewajipan ke atas umat Islam tidak kira di mana juga mereka
berada berdasarkan kepada sabda Nabi Muhammad (s.a.w) yang
telah diriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri (r.a) yang
bermaksud :
Terjemahan: Bahawasanya Rasulullah (s.a.w) telah bersabda :
Apabila tiga orang keluar rumah untuk suatu perjalanan, maka
hendaklah salah seorang di antara mereka dilantik sebagai ketua
rombongan yang mengurusi hal mereka. (Abu Daud, 1992, jil . 3 :
350).
Kepentingan wujudnya sesebuah organisasi berdasarkan kepada

hadith tersebut di atas adalah bertujuan untuk menyatupadukan


segala usaha dan tindakkan seterusnya memberi kekuatan dan
kejayaan kepada umat Islam. Dan organisasi ini mestilah ditadbir
dan diuruskan berdasarkan kepada prinsip-prinsip pengurusan yang
telah ditetapkan oleh Allah dan RasulNya.
2.2.1 Asas Pengurusan Dan Pentadbiran Islam.
Tidak terdapat sebarang nas daripada al-Quran mahupun al-Hadith
yang menjelaskan tentang suatu sistem pentadbiran yang mesti
dipatuhi oleh umat Islam, sebaliknya Islam telah menggalakkan
umat Islam mewujudkan sebuah organisasi untuk mentadbir dan
mengurus segala urusan mereka serta memberikan garis kasar
tentang konsep-konsep atau prinsip-prinsip yang mesti dipatuhi oleh
umat Islam di dalam melaksanakan sesuatu sistem pentadbiran.
Prinsip-prinsip tersebut ialah :
2.2.1.1 Kepatuhan Kepada Allah Dan RasulNya.
Asas pentadbiran Islam ialah keimanan dan tunduk kepada
peraturan Allah s.w.t. seperti mana firmanNya;
Terjemahan: Katakanlah (wahai Muhammad): "Taatlah kamu kepada
Allah dan RasulNya. Oleh itu, jika kamu berpaling (menderhaka),
maka sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang
kafir. (al-Imran, 3 : 32).
Ayat tersebut menjelaskan bahawa segala perkerjaan yang
dilaksanakan oleh umat Islam samada yang memimpin atau yang
dipimpin hendaklah didasarkan kepada perintah al-Quran dan alSunnah.
Menerusi konsep ini akan lahir pentadbir, pengurus, pekerja dan
masyarakat yang melaksanakan tugas-tugas mereka kerana Allah
semata-mata tanpa mengharapkan apa-apa kepentingan duniawi
sejajar dengan firman Allah taala yang bermaksud :
Terjemahan: Dan tidak diperintahkan melainkan supaya beribadat
kepada Allah dengan penuh keikhlasan. (al-Bayyinah, 98 : 5).
2.2.1.2 Syura (Permusyuaratan).
Syura merupakan suatu proses perbincangan, perundingan atau

permusyuaratan bagi mencapai permuafakatan dan persetujuan


dalam membuat sesuatu keputusan mengenai sesuatu polisi dan
agenda tindakkan. Sistem syura ini bertujuan untuk mendapatkan
suatu keputusan yang terbaik hasil daripada pandangan dan
pendapat daripada pelbagai pihak. Sesungguhnya Allah taala telah
memerintahkan hal ini di dalam firmanNya;
Terjemahan: Dan urusan mereka hendaklah diputuskan dengan
bermusyuarat sesama mereka. (Syura, 42 : 38).

Terjemahan: Dan bermusyuaratlah dengan mereka dalam urusan


itu. (al-Imran, 3: 159).
2.2.1.3 Persamaan (al-musawah).
Persamaan yang dimaksudkan dalam konteks pentadbiran dan
pengurusan adalah mengenai kedudukan setiap pentadbir atau
pengurus di sisi undang-undang atau peraturan, dalam hak-hak
asasi, pada taraf dan status kemanusiaan adalah sama berdasarkan
kepada firman Allah taala;
Terjemahan: Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah
bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang
bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu
beroleh rahmat. (al-Hujurat, 49 : 10)
Dan juga firmaNya yang lain;
Terjemahan: Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah
menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah
menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu
berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang
lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang
yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan
atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha
Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). (alHujurat, 49 : 13).
2.2.1.4 Keadilan.
Perintah supaya menegakkan keadilan dalam masyarakat
terkandung dalam beberapa pengertian ayat al-Quran seperti

firmanNya;
Terjemahan: Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya
menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak
menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara
manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil.
Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran
yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa
Mendengar, lagi sentiasa Melihat. (al-Nisa, 4 : 58).
Seterusnya firman Allah yang lain;
Terjemahan: Sesungguhnya Allah menyuruh kamu berlaku adil dan
berbuat kebajikan. (al-Nahl, 16 : 90).
2.2.1.5 Kebebasan.
Kebebasan yang dimaksudkan ialah seseorang individu itu diberi
hak, peluang dan pilihan untuk beragama sebagaimana yang telah
dijelaskan oleh Allah taala di dalam firmanNya;
Terjemahan: Tiada paksaan dalam beragama (memeluk agama
Islam). (al-Baqarah, 2 : 256).
Seterusnya setiap individu itu diberi hak kebebasan untuk berfikir
dan menyatakan pendapat masing-masing berdasarkan kepada
firman Allah taala;
Terjemahan: Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang
menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam),
dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang
daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang
bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya. (al-Imran, 3 :
104).
Selain daripada itu individu-individu masyarakat juga diberi
kebebasan untuk memiliki dan mengumpul harta kekayaan melalui
kaedah yang dibenarkan oleh Islam sebagaimana yang telah
dijelaskan oleh Allah taala menerusi firmanNya;
Terjemahan: Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu
makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan
yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan

perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu,


dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri.
Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu. (al-Nisa, 4 : 29).
Berdasarkan kepada ayat-ayat tersebut di atas kebebasan yang
dimaksudkan ialah seseorang individu masyarakat diberi hak,
peluang dan pilihan untuk beragama, berfikir, bersuara, memiliki
harta, menuntut ilmu, bergerak dan sebagainya mengikut batasbatas undang-undang yang telah ditetapkan.
2.2.2 Ciri-Ciri Utama Pegawai.
Selain daripada prinsip-prinsip dasar ini Islam juga telah
menggariskan beberapa keriteria-keriteria dasar yang perlu dimiliki
oleh orang-orang yang bertanggung jawab untuk mentadbir dan
mengurus. Kriteria-kriteria tersebut ialah:
2.2.2.1 Berilmu Pengetahuan.
Seorang pengurus hendaklah mempunyai ilmu pengurusan.
Jawatankuasa masjid mesti mempunyai ilmu pengurusan jika
inginkan masjid terurus dengan baik. Sesungguhnya tidak sama
masjid yang diuruskan oleh mereka yang kurang berpengetahuan
dengan yang mempunyai pengetahuan pengurusan. Hal ini dapat
diambil iktibar berdasarkan firman Allah s.w.t.;
Terjemahan: Katakanlah, Adakah sama orang-orang yang
mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui ?. (alZumar, 39 : 9).
Dan firman Allah taala lagi di dalam menjelaskan ketinggian
kedudukan orang yang berilmu berbanding dengan yang lain;
Terjemahan: ....Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman
di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan
ugama (dari kalangan kamu) - beberapa darjat. Dan (ingatlah), Allah
Maha Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan.
(al-Mujadilah, 58 : 11).
Oleh itu menurut pandangan Dr. Sidi Gazalba orang yang paling
berhak untuk menjadi imam (pemimpin) itu adalah yang paling
mendalam ilmu pengetahuannya dan memiliki sifat-sifat yang
terbaik. (Sidi Gazalba, 1975 : 178).

2.2.2.2 Amanah.
Amanah adalah sifat yang penting menjamin pengurusan masjid
berjalan dengan baik. Tanpa amanah institusi masjid tidak akan
mencapai objektif seperti yang dikehendaki dalam Islam. Firman
Allah s.w.t.;
Terjemahan: Wahai orang-orang yang beriman janganlah kamu
mengkhianati Allah dan rasulnya dan janganlah kamu mengkhianati
amanah-amanah yang diberi kepercayaan kepada kamu, sedang
kamu mengetahui. (al-Anfal, 8 : 27).
Sebuah hadith yang telah diriwayatkan daripada Anas bin Malik (r.a)
bahawasanya Rasulullah (s.a.w) telah bersabda :
Terjemahan: Tidak ada iman bagi seseorang yang tidak amanah.
(Imam Ahmad, 1994, jil. 4 : 501).
Sebuah hadith yang telah diriwayatkan dari Maqil bin Yasar alMuzani menyebut;
Terjemahan: Hadis Ma'qil bin Yasar r.a: Diriwayatkan daripada Hasan
r.a katanya: Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:
Sesiapa yang ditaklifkan oleh Allah untuk memimpin rakyatnya lalu
mati dalam keadaan menipu rakyat, nescaya Allah mengharamkan
ke atasnya Syurga. (Muslim, 1994, jil. 3 : 545)
2.2.2.3 Adil.
Selain memiliki sifat amanah, setiap orang yang dilantik untuk
menerajui negara atau mana-mana organisasi mestilah mampu
bersikap adil. Sesungguhnya Allah taala telah menegaskan tentang
kepentingan sikap ini di dalam beberapa firmanNya di antaranya;
Terjemahan: Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan
amanah kepada yang berhak menerimanya dan (menyuruh kamu)
apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya
menetapkannya dengan adil. (al-Nisa, 4 : 58).
Seterusnya firman Allah s.w.t. yang lain;
Sesungguhnya Allah menyuruh kamu berlaku adil dan berbuat
kebajikan. (al-Nahl, 16 : 90).

Firman Allah taala lagi;


Terjemahan: Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu
menjadi orang-orang yang selalu menegakkan kebenaran kerana
Allah, menjadi saksi yang dengan adil, dan janganlah sekali-kali
kebencianmu terhadap sesuatu kaum mendorong kamu untuk
berlaku tidak adil. Berlaku adillah itu lebih dekat kepada takwa. (alMaidah, 5 : 8).
2.2.2.4 Berkebolehan.
Seterusnya seseorang yang ingin dilantik sebagai peneraju atau
anggota sesebuah organisasi itu mestilah terdiri daripada mereka
yang berkebolehan (berpengetahuan) dalam bidang tersebut bagi
menjamin tugas dan tanggung jawab yang diamanahkan dapat
dilaksanakan dengan baik.
2.2.2.5 Berakhlak Mulia.
Berakhlak mulia merupakan di antara keriteria-keriteria yang harus
dimiliki oleh mana-mana pemimpin atau anggota organisasi untuk
menarik minat masyarakat setempat khasnya dan umum
seterusnya dapat memelihara keharmonia dan keutuhan sesebuah
organisasi. Dalam hal ini Allah taala telah menjelaskan menerusi
fimanNya;
Terjemahan: Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah)
dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap
lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu),
dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka
lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai
kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah
ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka
dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. (Surah alImran, 3 : 159).
2.2.2.6 Pembimbing Masyarakat.
Selain daripada itu para pemimimpin atau anggota mana-mana
organisasi mestilah berperanan sebagai pendidik dan pembimbing
kepada masyarakat sekitar ke arah kebaikkan hidup di dunia dan
akhirat. Maqil bin Yasar telah meriwayatkan sebagai berikut :

Terjemahan: Aku pernah mendengar Rasulullah (s.a.w) bersabda:


Setiap pemimpin yang menguasai urusan kaum muslimin, namun
dia tidak mahu memberikan nasihat dan tidak mahu pula berkerja
keras atau bersusah payah untuk meraka, maka dia tidak layak
untuk masuk syurga bersama mereka. (Muslim, 1994, jil .3 : 545).
2.2.3 Tugas Dan Tanggungjawab Ahli Jawatankuasa.
Keutuhan, keharmonian dan kejayaan sesebuah organisasi tidak
akan tercapai sepenuhnya sekiranya tidak mendapat kerjasama
yang secukupnya dari ahli jawatan kuasa sesebuah organisasi dan
masyarakat sekeliling. Menyedari akan kepentingan hal ini
Rasulullah (s.a.w) telah menjelaskan di dalam sabdanya
diriwayatkan daripada Ibn Umar (r.a)
Terjemahan: Sesungguhnya beliau (s.a.w) telah bersabda :
Kewajipan seorang muslim untuk mendengar dan dan taat
terhadap apa yang disukai mahupun yang tidak disukai, kecuali
kalau dia diperintah melakukan maksiat. Apabila dia diperintah
melakukan maksiat, maka tidak ada alasan sama sekali untuk patuh
dan taat. (Muslim, 1994, jil. 3 : 560).
2.2.4 Kesimpulan.
Kesimpulannya segala urusan pentadbiran dan pengurusan adalah
terletak pada diri umat Islam sendiri untuk memilih atau
menentukan sistem pentadbiran yang difikirkan perlu dan
bersesuaian dengan keadaan dan semasa, di samping itu umat
Islam perlu mematuhi segala prinsip-prinsip pentadbiran dan
pengurusan yang telah ditetapkan oleh Allah dan RasulNya. Umat
Islam juga dituntut supaya memilih dan melantik sesiapa yang
memiliki ciri-ciri kepegawaian yang telah digariskan oleh Islam.
Selain daripada itu segala kerjasama dari semua pihak adalah amat
diharapkan dalam memastikan segala objektif yang diharapkan
tercapai.
2.3 Pengurusan Kebersihan.
Memelihara kebersihan sama ada dari aspek material mahupun
spiritual merupakan suatu perkara yang dituntut oleh Islam
terhadap para pengganutnya. Rasulullah (s.a.w) telah menegaskan
bahawa kebersihan itu merupakan di antara elemen-elemen

pelengkap kepada kesempurnaan keimanan seseorang, hal ini


dijelaskan oleh Baginda (s.a.w) menerusi hadith yang telah
diriwayat oleh Abu Malik al-Asyari sebagai berikut :
Terjemahan: Rasulullah (s.a.w) telah bersabda, Kebersihan itu
setengah (sebahagian) daripada iman. (Muslim, 1994, jil.1 : 324).
2.3.1 Tuntuan Supaya Memelihara Kebersihan Masjid.
Suasana persekitaran yang bersih bagi sesuatu tempat memberi
ketenteraman dan ketenangan kepada para pengunjungnya untuk
melakukan segala bentuk aktiviti dan sebagainya, menyedari
hakikat ini Rasulullah (s.a.w) telah memerintahkan umat Islam
supaya sentiasa memelihara kebersihan masjid berdasarkan kepada
hadith yang telah diriwayatkan oleh Aishah (r.a):
Terjemahan: Nabi (s.a.w) telah memerintahkan supaya didirikan
masjid-masjid pada kabilah-kabilah dan hendaklah masjid itu
dibersihkan dan diberi wangi-wangian. (al-Tarmizi, 1993, jil. 1 :
722).
2.3.2 Tuntutan Membersihkan Masjid Dari Kekotoran.
Telah menjadi tanggung jawab ke atas umat Islam supaya
membersihkan segala kekotoran yang terdapat di masjid walaupun
kekotoran yang bukan najis, berdasarkan kepada hadith yang
diriwayatkan oleh Anas bin Malik (r.a);
Terjemahan: Nabi (s.a.w) telah bersabda, meludah dalam masjid
adalah merupakan satu kesalahan dan dendanya ialah
menimbusnya (membersihkannya). (al-Bukhari , jil. 2 : 47)
Lebih-lebih lagi kekotoran yang berbentuk najis sebagaimana yang
telah dijelaskan oleh Anas bin Malik (r.a) berhubung dengan
pengurusan yang dilaku Rasulullah (s.a.w) dalam memastikan
masjid sentiasa berada dalam keadaan bersih;
Terjemahan: Daripada Anas bin Malik telah berkata : Ketika kami
sedang berada di masjid bersama-sama Rasulullah (s.a.w) tiba-tiba
datang seorang Arab Badwi, ia berdiri lalu kencing di dalam masjid,
maka para sahabat Rasulullah berkata : Jangan, jangan. Rasulullah
(s.a.w) telah bersabda : Jangan kamu hentikan dia, biarkan sahaja.
Para sahabat membiarkannya sampai ia selelsai, kemudian

Rasulullah (s.a.w) memanggilnya lalu bersabda kepadanya (Arab


Badwi): Sesungguhnya masjid-masjid itu tidak patut untuk kencing
atau kotoran lainnya. Ia hanya untuk berzikir kepada Allah Azza Wa
Jalla, sembahyang dan membaca al-Quran atau sebagaimana yang
telah disabdakan oleh Rasulullah (s.a.w).Anas berkata : Kemudian
Rasulullah (s.a.w) memerintahkan salah seorang di antara mereka
agar mengambilkan air, orang itu datang dengan membawa
setimba air, lalu beliau (s.a.w)menjiruskannya pada air kencing
tadi. (Muslim, 1994, jil. 1 : 386).
2.3.3 Tuntutan Menghindarkan Bau Busuk Dari Masjid.
Selain daripada memelihara kebersihan masjid dari segala bentuk
kekotoran umat Islam juga dituntut supaya memastikan masjid
terhindar dari bau-bauan yang kurang menyenangkan. Berdasarkan
kepada hadith yang telah diriwayatkan oleh Ibn Umar (r.a) telah
menjelaskan bahawa Nabi Muhammad (s.a.w) melarang orangorang yang memakan bawang putih dari hadir ke masjid kerana ia
mendatangkan bau yang kurang menyenangkan terhadap orang
lain.
Terjemahan: Daripada Ibn Umar (r.a) bahawa Rasulullah (s.a.w) telah
bersabda dalam peperangan Khibar : Barang siapa yang memakan
tumbuh-tumbuhan ini (dimaksudkannya bawang putih) maka
janganlah datang ke masjid. (Muslim, 1994, jil. 1 : 667).
2.2.4 Anjuran Supaya Menyegarkan Udara Masjid.
Sesungguhnya umat Islam bukan sekadar dituntut supaya
menghindarkan bau-bauan yang kurang menyenangkan di kawasan
persekitaran masjid, sebaliknya mereka juga disarankan agar
mengharumkan serta menyegarkan udara masjid sebagaimana
yang telah dijelaskan oleh Rasulullah (s.a.w) menerusi hadith yang
telah diriwayatkan oleh Aishah (r.a)
Terjemahan: Nabi (s.a.w) telah memerintahkan supaya didirikan
masjid-masjid pada kabilah-kabilah dan hendaklah masjid itu
dibersihkan dan diberi wangi-wangian. (al-Tarmizi, 1993, jil. 1 :
722).
2.3.5 Galakkan Supaya Mengindahkan Masjid.
Suasana indah, menarik, kemas dan teratur pada sesebuah tempat

menjadi daya penarik kepada masyarakat untuk mengunjunginya.


Oleh itu usaha-usaha untuk memperindahkan serta
memperkemaskan masjid harus dilaksanakan kerana ia bersesuaian
dengan kehendak Islam berdasarkan kepada hadith yang telah
diriwayatkan oleh Abdullah bin Masud (r.a) daripada Nabi
Muhammad (s.a.w);
Terjemahan: Sesungguhnya Allah itu indah (cantik)suka kepada
keindahan. (Muslim, 1994, jil. 1 : 95).
Dan firman Allah yang bermaksud :
Terjemahan: Katakanlah: Siapakah yang melarang (memakai)
perhiasan Allah dan (memakan) rezeki yang baik yang diadakan
untuk hamba-hambaNya. (al-Aaraf, 7 : 32).

2.3.6 Kesimpulan.
Tugas membersihkan masjid dari segala kekotoran, mengindahkan
serta memperkemaskannya adalah merupakan suatu tugas yang
mulia di sisi Islam. Sesungguhnya Rasulullah (s.a.w) telah
memberikan suatu kedudukan yang istimewa terhadap orang-orang
yang sentiasa berusaha untuk memastikan keadaan masjid dan
kawasan persekitarannya sentiasa berada di dalam keadaan bersih,
kemas dan teratur. Abu Hurairah (r.a) telah menjelaskan tentang
kedudukan yang diperolehi oleh golongan ini sebagai berikut :
Terjemahan: Bahawa seorang lelaki atau perempuan hitam
menyapu di dalam masjid kemudian ia meninggal dunia, maka Nabi
(s.a.w) bertanya mengenainya. Para sahabat menjawab bahawa ia
telah meninggal dunia, Bgainda (s.a.w) bersabda : Kenapa kamu
tidak memberitahu kepadaku, tunjukkan kepadaku kuburnya
(lelaki/perempuan) maka baginda ke kuburnya lalu bersembahyang.
(al-Bukhari, jil. 2 : 77).
Begitu juga dengan hadith yang telah diriwayatkan oleh Anas bin
Malik (r.a) berhubung hal ini seperti berikut :
Rasulullah (s.a.w) telah bersabda : Telah diperlihatkan bagiku
pahala umatku sampai pahala seseorang yang membuang
kekotoran dari masjid. (Abu Daud, 1992, jil. 1 : 307).

2.4 Pengurusan Waktu.


Waktu merupakan sesuatu yang amat bernilai pada diri manusia
sehingga ia diibaratkan sebagai emas oleh sesetengah manusia.
Perbicaraan dalam bahagian ini akan menyentuh bagaimanakah
Islam mengajarkan umatnya memanfaatkan waktu ke arah
kebaikkan hidup di dunia dan akhirat. Sebagaimana yang telah
dijelaskan oleh Allah taala di dalam firmanNya yang bermaksud :

Terjemahan: Demi masa, sesungguhnya manusia itu berada di


dalam kerugian, melainkan mereka-mereka yang beriman dan
beramal salih serta berpesan-pesan pada kebenaran dan kesabaran.
(Al-Asr, 103 : 1-3).
2.4.1 Pengurusan Waktu Sembahyang.
Sembahyang merupakan ibadat yang paling penting sekali di dalam
Islam sehingga ia diumpamakan sebagai tiang agama oleh
Rasulullah (s.a.w). Agama Islam telah mengarahkan umatnya agar
memelihara waktuwaktu sembahyang ini demi kebaikkan hidup
mereka di dunia dan akhirat.
2.4.1.1 Ketetapan Waktu Sembahyang.
Allah s.w.t. telah menetapkan waktu-waktu solat yang tertentu bagi
kaum muslim menerusi firmaNya;
Terjemahan: Sesungguhnya sembahyang itu adalah fardhu yang
telah ditentukan waktunya atas orang-orang yang beriman. (alNisa, 4 : 103).
Rasulullah (s.a.w) telah memberi penjelasan secara terperinci
terhadap waktu-waktu sembahyang yang wajib dipatuhi oleh setiap
umat Islam melalui amal perbuatannya sebagaimana yang telah
diriwayatkan oleh Jabir bin Abdullah;
Terjemahan: Bahawa Rasulullah (s.a.w) mengerjakan sembahyang
zohor di tengah hari (selepas gelincirnya matahari), sembahyang
asar semasa matahari masih cerah, sembahyang maghrib apabila
mathari terbenam, sembahyang isyak apabila orang ramai telah
berkumpul, maka baginda menyegerakannya dan apabila mereka

itu sedikit, maka Baginda (s.a.w) melambatkannya, dan


sembahyang subuh pula apabila masih gelap lagi. (al-Bukhari, jil. 2 :
142).
Menjadi kewajipan ke atas umat Islam untuk memelihara waktuwaktu sembahyang yang telah ditetapkan oleh Allah dan RasulNya.
2.4.1.2 Tuntutan Memelihara Waktu Sembahyang.
Penekanan terhadap umat Islam supaya memelihara waktu
sembahyang lima waktu terutamanya sembahyang fardhu asar
telah pun ditegaskan oleh Allah taala di dalam firmaNya yang
bermaksud :
Terjemahan: Peliharalah semua sembahyang (mu) dan peliharalah
sembahyang wustha (asar). Berdirilah untuk Allah dalam
sembahyang kamu dengan khusyu. (al-Baqarah, 2 : 238).
Menerusi hadith qudsi yang telah diriwayatkan oleh Abu Qatadah
bin Rabi, Rasulullah (s.a.w) telah menjelaskan bahawa Allah taala
telah menjanjikan kepada sesiapa daripada umat Islam yang
memelihara waktu sembahyang lima waktu untuk menduduki
syurga.
Terjemahan: Daripada Abu Qatadah bin Rabi (r.a) telah berkata :
Rasulullah (s.a.w) telah bersabda : Allah Taala telah berfirman :
Sesungguhnya Aku telah memfardhukan atas umatmu lima kali
sembahyang Aku telah mengikat janji iaitu barangsiapa
memeliharanya tepat pada waktunya, Aku akan masukkan dia ke
syurga, dan barangsiapa tidak memeliharanya, maka tidak ada
ikatan bagiku dengannya. (Abu Daud, 1992, jil. 1 : 228).
2.4.2 Pengurusan waktu Pembelajaran.
Kewajipan menuntut ilmu pengetahuan telah pun dijelaskan oleh
Baginda (s.a.w) di dalam hadithnya;
Terjamehan: Menuntut ilmu adalah wajib ke atas setiap muslim.
(Sunan Ibn Majah, al Muqaddimah : 220)
Kedudukan golongan yang berilmu adalah lebih tinggi dan mulia
dari golongan yang tidak berpengetahuan berdasarkan kepada
firman Allah taala;

Terjemahan: ...Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman


di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan
ugama (dari kalangan kamu) - beberapa darjat. Dan (ingatlah), Allah
Maha Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan..
(al-Mujadilah, 58 : 11).
Oleh itu umat Islam disarankan agar memanfaatkan waktu terluang
untuk mendapatkan ilmu pengetahuan.
2.4.2.1 Kelonggaran Menentukan Waktu Pembelajaran.
Islam tidak pernah menetapkan suatu waktu yang tertentu ke atas
umat Islam supaya mematuhinya untuk mendapatkan ilmu
pengetahuan, sebaliknya satu kelonggaran telah diberikan kepada
umat Islam untuk menentukan waktu yang difikirkan sesuai untuk
mereka menimba ilmu pengetahuan.
Terjemahan: Ibn Masud (r.a) telah menjelaskan sikap Rasulullah
(s.a.w) berhubung masalah pengurusan waktu pembelajaran seperti
berikut : Adalah Nabi (s.a.w) selalu mencari waktu-waktu yang
sesuai untuk memberikan pelajaran dan ilmu pengetahuan supaya
kami tidak merasa jemu dan bosan. (al-Bukhari, jil. 1 : 79).
Ini adalah bertujuan untuk mengelakkan rasa jemu dan bosan
terhadap diri umat Islam di dalam mencari serta mendapatkan ilmu
pengetahuan.
Terjemahan: Dari Mansur, dari Abu Wail telah berkata : Adalah
Abdullah memberi pengajaran kepada manusia pada tiap-tiap hari
khamis, maka berkata seorang lelaki : Wahai Abu Abd Rahman,
demi Allah aku sangat gembira sekiranya engkau dapat memberi
pengajaran kepada kami tiap-tiap hari. Jawabnya : "Tidak ada
halangan bagiku dari hal tersebut, cuma aku tidak suka ianya akan
membebankan kamu, sesungguhnya akau mencari waktu yang baik
untuk memberi pengajaran, sebagaimana pernah Nabi (s.a.w)
mencari waktu yang baik (sesuai)untuk memberi pengajaran kerana
takut kami akan ditimpa perasaan jemu dan bosan. (al-Bukhari, jil.
1 : 80).
2.4.2.2 Menentukan Hari khusus Bagi Wanita Menutut Ilmu
Sesungguhnya Agama Islam tidak pernah mengabaikan hak dan

keistimewaan bagi kaum wanita untuk mendapatkan ilmu


pengetahuan. Rasulullah (s.a.w) telah bersetuju memperuntukan
suatu hari yang khusus bagi kaum wanita mendapatkan ilmu
pengetahuan apabila diminta berbuat demikian.
Terjemahan: Daripada Abu Said al-Khudri bahawa kaum wanita
telah berkata kepada Rasulullah (s.a.w) : Orang lelaki telah
mengatasi kami dengan engkau, maka tentukanlah bagi kami suatu
hari (untuk menuntut ilmu).Rasullulah (s.a.w) telah menjanjikan
mereka suatu hari untuk menemui mereka pada hari tersebut untuk
memberi nasihat dan arahan-arahan. (al-Bukhari, jil. 1 : 109).
2.4.3 Kesimpulan.
Umat Islam diarahkan supaya memelihara waktu-waktu
sembahyang fardhu yang telah ditetapkan oleh Allah dan Rasulnya,
manakala berhubung dengan waktu memberi atau mendapatkan
ilmu pengetahuan adalah terserah kepada umat Islam untuk
menentukan waktu yang difikirkan bersesuaian. Nasib kaum wanita
untuk mendapatkan ilmu pengetahuan juga tidak boleh diabaikan
dan menjadi suatu kewajipan ke atas pihak yang bertanggung jawab
agar memperuntukkan suatu hari yang khusus bagi kaum wanita
mendapatkan ilmu pengetahuan.
2.5 Pengurusan Kewangan.
Secara konsepnya Islam telah menetapkan suatu garis panduan
bagi umat mengurusi hal ehwal pentadbiran kewangan mereka.
Oleh itu bahagian ini cuba menyingkap garis panduan tersebut
dengan berdasarkan kepada al-Quran dan al-Sunnah.

2.5.1 Konsep Pengurusan Kewangan Menurut Islam.


Pada umumnya di antara konsep-konsep yang telah ditetapkan oleh
Agama Islam dalam soal mengurus dan mentadbir sistem kewangan
ialah;
2.5.1.1 Tidak Mengambil Harta Manusia Secara Haram.
Sesungguhnya Allah taala telah mengharamkan ke atas diri umat
Islam daripada mengambil harta sesama manusia dengan jalan
yang tidak halal. Larangan ini adalah semata-mata untuk

memelihara keharmonian hidup bermasyarakat seterusnya


mengiktiraf hak-hak individu di dalam masyarakat. Firman Allah
Taala;
Terjemahan: Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu
makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan
yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan
perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu,
dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri.
Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu. (al-Nisa, 4 : 29).
2.5.1.2 Membuat Catatan.
Demi memelihara keharmonian dan kesejahteraan Islam
mengajarkan kepada manusia tentang bagaimanakah cara atau
kaedah yang terbaik di dalam mengurus serta mentadbir urusan
kewangan mereka apabila ia melibatkan banyak pihak lebih-lebih
lagi di dalam urusan muamalah sesama manusia. Firman Allah
s.w.t.;
Terjemahan: Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu
menjalankan sesuatu urusan dengan hutang piutang yang diberi
tempoh hingga ke suatu masa yang tertentu maka hendaklah kamu
menulis (hutang dan masa bayarannya) itu dan hendaklah seorang
penulis di antara kamu menulisnya dengan adil (benar) dan
janganlah seseorang penulis enggan menulis sebagaimana Allah
telah mengajarkannya. Oleh itu, hendaklah ia menulis dan
hendaklah orang yang berhutang itu merencanakan (isi surat
hutang itu dengan jelas). Dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah
Tuhannya, dan janganlah ia mengurangkan sesuatu pun dari hutang
itu. (al-Baqarah, 2 : 282).
2.5.2 Ciri-Ciri Seorang Bendahari.
Selain daripada konsep-konsep yang berhubung dalam soal urusan
kewangan Allah taala juga telah memberikan garis panduan
tentang orang-orang yang layak mengurusi urusan kewangan ini.
Oleh itu saranan Allah kepada umat Islam supaya melantik tukang
catit atau pun bendahari yang memiliki sifat-sifat seperti berikut :
2.5.2.1 Berpengetahuan.
Berilmu pengetahuan dalam bidang pengurusan kewangan adalah

merupakan di antara ciri-ciri penting yang mesti dimiliki oleh


seseorang bendahari mana-mana oraganisasi. Hal ini telah pun
dinyatakan oleh Allah taala di dalam firmaNYa ketika mengisahkan
tentang Nabi Allah Yusuf (a.s);
Terjemahan: Berkata Yusuf : Jadikanlah aku bendaharawan negara
(mesir). Sesungguhnya aku adalah orang yang pandai menjaga lagi
berpengetahuan. (Yusuf, 12 :55).
2.5.2.2 Bersikap Jujur.
Sifat jujur adalah merupakan suatu sifat yang mesti dimiliki oleh
sesiapa yang menjawat jawatan ini demi mengelakkan berlakunya
penyelewengan seterusnya menjamin keutuhan dan kemakmuran
sesebuah negara atau pun organisasi. Sesungguhnya Rasulullah
(s.a.w)telah memberi suatu gambaran yang baik terhadap golongan
bendahari yang jujur di dalam menjalankan tugas mereka.
Terjemahan: Dari Abu Musa (Abdullah bin Qais al-Asyari) (r.a) telah
berkata : Rasulullah (s.a.w) telah bersabda : Sesungguhnya
bendahari yang jujur, yang memberikan apa yang telah
diperintahkan kepadanya dengan sempurna, cukup, lagi berjiwa
bersih, lalu diserahkannya kepada orang yang diperintahkan untuk
menerimanya, maka dia adalah termasuk salah seorang yang
bersedekah juga . (Abu Daud, 1992, jil. 2 : 464).
2.5.2.3 Bersikap Amanah.
Di antara ciri-ciri yang penting yang mesti dimiliki oleh bendahari
ialah bersikap amanah di dalam menunaikan tanggung jawabnya
terhadap agama dan masyarakat. Firman Allah s.w.t.;
Terjemahan: Wahai orang-orang yang beriman janganlah kamu
mengkhianati Allah dan rasulnya dan janganlah kamu mengkhianati
amanah-amanah yang diberi kepercayaan kepada kamu, sedang
kamu mengetahui. (al-Anfal, 8 : 27).
Adalah merupakan suatu perintah kepada umat Islam terutamanya
kepada golongan yang bertanggung jawab mengurusi hal ehwal
masyarakat Islam supaya menunaikan amanah-amanah yang telah
diberikan kepada mereka dengan penuh kejujuran.
Seterusnya sifat amanah ini adalah merupakan lambang atau tanda-

tanda kepada golongan yang beriman kepada Allah,dan golongan


seumpama ini adalah di antara golongan-golongan yang layak
mentadbir dan memakmurkan rumah Allah berdasarkan kepada
firmanNya;
Terjemahan: Hanyasanya yang layak memakmurkan
(menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang
beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan
sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan
kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka
adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat
petunjuk. (al-Taubah, 9 : 18).
Dan firman Allah di dalam menerangkan sifat-sifat orang mukmin itu
seperti berikut :
Terjemahan: Dan orang-orang yang memelihara amanah-amanah
yang dipikulnya dan janjinya. (al-Mukminun, 23 : 8).
Manakala bagi golongan yang mengkhianati amanah atau janji yang
telah diberikan kepada mereka adalah termasuk ke dalam golongan
munafik sebagaimana yang telah dijelaskan oleh Rasulullah (s.a.w)
berdasarkan kepada hadith yang telah diriwayatkan oleh Abu
Hurairah (r.a) yang bermaksud :
Terjemahan: Rasulullah (s.a.w) telah bersabda : Di antara tanda
orang munafik itu ada tiga : Apabila berbicara ia berbohong, apabila
berjanji ia menyalahi (tidak menepati)dan apabila dipercayai ia
berkhianat. (Muslim, 1994, jil. 1 : 72).
2.5.3 Kesimpulan.
Berdasarkan kepada ayat-ayat al-Quran dan al-Hadith-al-Hadith
Rasululah (s.a.w) tersebut di atas urusan kewangan umat Islam
mestilah ditadbir dan diuruskan oleh orang-orang yang mempunyai
kelayakkan sebagaimana yang telah digariskan oleh syariat Islam
bagi menjamin keutuhan, keharmonian dan kesejahteraan
masyarakat umum amnya dan masyarakat Islam khasnya.
2.6 Pengurusan Perkaderan.
Allah taala menerusi firmanNya yang terkandung di dalam kitab
suci al-Quran telah menimbulkan suatu persoalan penting tentang

kedudukan golongan yang berkebolehan dari segi ilmu pengetahuan


berbanding dengan golongan yang tidak memilikinya :
Terjemahan: Katakanlah, Adakah sama orang-orang yang berilmu
(yang mengetahui) dengan orang-orang yang tidak mengetahui.
(al-Zumar, 39 : 9).
Dan di samping itu golongan yang memiliki ilmu pengetahuan
adalah merupakan golongan yang mempunyai suatu kedudukan
istimewa di sisi Allah taala berdasarkan kepada firman Allah s.w.t.;
Terjemahan: Nescaya Allah akan meninggikan orang-orang yang
beriman di antaramu dan orang-orang yang di beri ilmu
pengetahuan beberapa darajat (kedudukan). (al-Mujadilah, 58 : 11).

2.6.1 Kepentingan Perkaderan.


Usaha-usaha untuk melatih dan mendidik umat Islam supaya
mereka benar-benar berkemahiran di dalam sesuatu bidang adalah
perlu. Bakal-bakal pengganti pengurus masjid hendaklah difikirkan.
Bakal pengganti hendaklah dilantik dan diberi latihan dengan ilmu
pengetahuan yang cukup dalam selok-belok pengurusan masjid di
samping kemahiran dalam bidang fardhu ain.
Kepentingan memberi tumpuan dalam perkaderan ini dapat kita
mengambil iktibar daripada firman Allah s.w.t. terhadap mereka
yang semua turun ke medan peperangan, pada hal mereka tidak
perlu turun semua ke medan peperangan, sebaliknya beberapa
orang hendaklah menuntut ilmu pengetahuan yang boleh
disumbangkan kepada masyarakat apabila mereka kembali kelak.
Seperti firman Allah s.w.t.
Terjemahan: Dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang yang
beriman keluar semuanya (pergi berperang); oleh itu, hendaklah
keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka,
supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara
mendalam ilmu yang dituntut di dalam ugama, dan supaya mereka
dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orangorang itu kembali kepada mereka; mudah-mudahan mereka dapat
berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah). (al-Taubah, 9 : 122).
Ayat tersebut di atas menjelaskan serta memerintahkan kepada

umat Islam supaya sentiasa berusaha ke arah mencapai kebaikkan


hidup di dunia dan akhirat. Untuk tujuan itu mereka telah dituntut
supaya melatih sebahagian daripada umat Islam supaya mahir
dalam sesuatu urusan. Semoga kemahiran itu dapat dimanfaatkan
kepada seluruh umat Islam.
2.7 Pengurusan Kemudahan Asas.
Masjid merupakan tempat tumpuan masyarakat Islam bagi
menunaikan sembahyang fardhu lima waktu serta sebagai tempat
untuk mendapatkan ilmu pengetahuan secara tidak formal. Selain
itu ia juga sebagai tempat persinggahan para musafir yang ingin
menunaikan ibadat sembahyang mahupun untuk beristirehat.
Oleh itu untuk menarik minat masyarakat Islam supaya
mendampingi masjid sentiasa, setiap masjid yang ingin dibina perlu
mengambil kira soal-soal kemudahan asas, manakala masjid-masjid
yang telah dibina perlulah melengkapkan atau memperbaiki segala
kekurangan-kekurangan tersebut.
Dari Anas bin Malik (r.a) Nabi (s.a.w) telah bersabda :
Terjemahan: Hendaklah kamu menggembirakan (menyenangkan)
dan jangan menjauhkan (menyusahkan) . (al-Bukhari, jil. 1 : 80).
2.7.1 Kemudahan Asas.
Jika ditinjau kepada perubahan-perubahan yang terjadi kepada
masjid Rasulullah (s.a.w) jelas membuktikan bahawa segala
perubahan dan penambahan yang berlaku kepada masjid Nabi
(s.a.w) adalah berdasarkan kepada perubahan zaman dan kehendak
semasa sebagaimana yang telah dijelaskan oleh Abdullah bin Umar
dalam hal ini seperti berikut :
Terjemahan: Masjid pada zaman Nabi (s.a.w) telah dibina daripada
batu-bata dan atapnya daripada pelepah tamar, manakala tiangtiangnya daripada batang tamar, saidina Abu Bakar (r.a) tidak
membuat sebarang perubahan sedangkan umar (r.a) telah
melakukan sedikit perubahan iaitu beliau membinanya dengan batu
bata dan pelepah tamar di atas binaan yang ada pada zaman
Rasulullah (s.a.w) beliau juga telah menggantikan tiang-tiangnya
dengan kayu, selepas itu Othman (r.a) telah mengubah suai dengan
membuat beberapa perubahan yang banyak, beliau telah membina

dindingnya dengan batu berukir dan kapur dan tiangnya daripada


batu berukir manakala atapnya daripada sejenis kayu dari India.
(Diriwayatkan oleh Bukhari, jil 2 : 69).
Berdasarkan kepada hadith tersebut ciri-ciri kemudahan-kemudahan
asas yang melengkapi sesebuah masjid adalah bergantung kepada
keadaan dan suasana sesuatu tempat. Berikut adalah beberapa ciriciri kemudahan asas yang di dapati pada masjid-masjid yang
terdapat pada zaman Rasulullah (s.a.w) :
2.7.1.1 Tempat Berwuduk.
Berdasarkan kepada masjid Quba yang telah dibina oleh Rasulullah
(s.a.w) dan para sahabat mempunyai telaga untuk tujuan berwuduk
telah disediakan di suatu tempat yang lapang. (Sidi Gazalba, 1975 :
276).
2.7.1.2 Bilik Air.
Tentang kemudahan bilik air ini kita boleh mengambil iktibar dari
peristiwa baginda Rasulullah s.a.w. masih berada dalam hadath
kemudian meminta izin kepada jamaah supaya menunggu baginda
untuk mengangkat hadath. Oleh kerana bilik air berhampiran masjid
maka ini memudahkan baginda berbuat demikian. Berikut hadith
berkenaan perkara tersebut;
Terjemahan: Dari Abu Hurairah (r.a) katanya : Pada suatu ketika
bilal telah iqamah dan Rasulullah (s.a.w) telah berada di tempat
sembahyangnya, tiba-tiba beliau teringat bahawa beliau belum
bersuci. Beliau berkata pada para jemaah : Tetaplah kalian di
tempat kalian masing-masing. Kemudian beliau segera masuk ke
rumahnya untuk mandi, ketika beliau keluar kami lihat rambut
beliau masih basah dan kami masih tetap berdiri di dalam saf-saf
kami. (al-Nasai, 1992, jil. 1 : 419).
2.7.1.3 Tandas.
Tandas merupakan keperluan yang penting bagi manusia. Masjid
yang merupakan tempat awam yang sewajarnya menyediakan
kemudahan tandas untuk menjamin keselesaan para jamaah.
Baginda Rasul s.a.w telah memberi garis panduan pembinaan
tandas iaitu suatu tempat yang dapat melindungi aurat seseorang
sebagai mana dalam sebuah hadith;

Terjemahan: Dari Abdullah bin Jafar telah berkata : Pada suatu hari
aku ditumpangkan oleh Rasulullah (s.a.w) kemudian beliau
menceritakan sesuatu yang tidak boleh aku ceritakan kepada
sesiapa pun. Dan yang paling disukai beliau ialah berlindung pada
waktu qada hajat dengan sesuatu yang tinggi atau di kebun
kurma. (Muslim, 1994, jil. 1 : 438).
Oleh itu dalam pengurusan kemudahan asas pihak pentadbir wajar
memandang serius tentang keadaan tandas dari segi kerosakan
yang boleh menampakkan aurat, keadaan tandas yang kurang
selamat dari segi pembinaan dan penyediaan kemudahan alat
istinjak yang mencukupi.
2.7.1.4 Menyediakan Laluan Khusus Untuk Kaum Wanita.
Rasulullah s.a.w. tidak melarang kaum wanita yang ingin
mengerjakan ibadah di masjid walaupun mereka lebih afdal
beribadah di rumah. Oleh itu kemudahan untuk mereka wajar
disediakan seperti kemudahan bilik air, tanda, ruang bersalin
pakaian dan sebagainya. Ruang ibadah juga perlu disediakan
kepada mereka. Demikian juga ruang lalu lintas supaya tidak ada
percampuran antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram
sebagaimana dalam sebuah hadith menyebut;
Terjemahan: Dari Ibn Umar (r.a) berkata : Rasulullah (s.a.w)
bersabda : sebaiknya pintu ini kita biarkan untuk kaum wanita
sahaja. (Abu Daud, 1992, jil. 1 : 308).
2.7.1.5 Menyediakan Mimbar.
Terjemahan: Hadis Sahl bin Saad r.a: Diriwayatkan daripada Abdul
Aziz bin Abu Hazim r.a katanya: Beberapa orang telah datang
menemui Sahl bin Saad. Mereka bertelingkah mengenai mimbar dari
jenis kayu apakah ianya diperbuat. Sahl berkata: Demi Allah! Saya
tidak tahu kayu dari jenis apakah mimbar tersebut diperbuat dan
siapakah yang membuatnya. Tetapi aku pernah melihat Rasulullah
s.a.w pada hari pertama baginda duduk di atas mimbar tersebut.
Aku berkata kepadanya: Wahai Ibnu Abbas ceritakanlah kepada
kami. Ibnu Abbas berkata: Rasulullah s.a.w telah mengutus kami
kepada isteri Abu Hazim. Sesungguhnya beliaulah yang akan
menamakannya suatu hari nanti, panggil tukang kayumu supaya dia
membuatkan untukku satu mimbar yang akan aku gunakan untuk

berkhutbah di hadapan orang ramai. Maka dibuat satu mimbar yang


mempunyai tiga anak tangga. Kemudian Rasulullah s.a.w
memerintahkan supaya mimbar tersebut diletakkan pada
tempatnya, mimbar tersebut diperbuat dari kayu Cemara hutan.
Sesungguhnya aku melihat Rasulullah s.a.w berdiri di atasnya dan
bertakbir, lalu orang ramai pun bertakbir selepas baginda bertakbir,
baginda masih berada di atas mimbar, kemudian baginda bangun
dari rukuk dan turun dari mimbar sambil berundur ke belakang
sehinggalah baginda sujud di kaki mimbar, kemudian baginda
kembali semula ke atas mimbar hinggalah selesai sembahyang.
Setelah itu baginda menghadap ke arah orang ramai sambil
berkata: Wahai umatku! Aku melakukan begini supaya kamu
mengikuti aku dan kamu dapat mempelajari bagaimana cara aku
sembahyang (Muttafaq alaih).
2.7.1.6 Menyediakan hamparan.
Sudah menjadi kebiasaan di mana-mana masjid seluruh dunia ada
menyediakan hamparan untuk para jamaah menunaikan
sembahyang dengan selesa. Tidak ada larangan atau perintah
supaya menyediakan hamparan. Apa yang utama ialah tempat itu
hendaklah bersih dari sebarang kekotoran najis. Namun begitu demi
menjaga kebersihan dan keselesaan para jamaah mengerjakan
sembahyang maka masjid dilengkapi dengan hamparan. Baginda
Rasulullah s.a.w. sendiri biasa menghamparkan hamparan atau tikar
seperti hadith berikut;
Terjemahan: Diriwayatkan daripada Zaid bin Thabit r.a katanya:
Rasulullah s.a.w mengalas sesuatu tempat dengan alas atau tikar.
Lalu baginda sembahyang di situ. Beliau berkata: Perbuatan
baginda itu diperhatikan oleh beberapa orang Sahabat, lalu mereka
datang untuk melakukan sembahyang di tempat baginda itu...
(Muttafaq alaih).
2.7.1.7 Mewujudkan Mihrab.
Mihrab merupakan suatu bahagian yang terdapat dalam masjid
berfungsi menunjukkan arah kiblat atau sebagai tempat imam
mengimamkan makmum.(sidi Gazalba, 1975 : 282).
2.7.1.8 Penyedian Ruangan Untuk Beristirehat.
Rasulullah s.a.w. telah menyediakan satu ruang di Masjid untuk

menempatkan mereka yang datang dari jauh. Di situlah tempat


penginapan para musafir dan mereka yang tidak mampu memiliki
rumah. Hal ini dapat dilihat melalui sebuah hadith berikut;
Terjemahan: Daripada Anas bin Malik (r.a) menceritakan :
Sekumpulan orang ramai dari daerah Ukl datang berjumpa Nabi
(s.a.w). Mereka itu ditempatkan di Suffah (serambi atau sudut dalam
masjid). (al-Bukhari, jil. 2 : 65).
2.7.1.9 Penyedian Ruangan Untuk Tidur.
Rasulullah s.a.w. tidak pernah melarang para sahabat untuk tidur
dalam masjid baginda. Lebih-lebih lagi para musafir atau para fakir
miskin yang tidak ada tempat tinggal menjadi kebiasaan mereka
tidur dalam masjid. Rasulullah s.a.w. sendiri berehat dan berbaring
dalam masjid begitulah juga sahabat-sahabat baginda seperti yang
terdapat dalam sebuah hadith;
Terjemahan: Daripada Abad bin Tamin daripada bapa saudaranya :
Bahawa beliau lihat Rasulullah (s.a.w) tidur terlentang dalam masjid,
dengan meletakkan (melunjurkan) kaki atas kakinya, dan daripada
Ibn Syihab daripada Said bin Musaiyab katanya : Kedua-dua iaitu
Umar dan Othman juga berbuat begitu. (al-Bukhari, jil. 2 : 89).
Hadith di atas memberi pengertian kepada kita bahawa sewajarnya
di masjid disediakan ruang untuk para jamaah untuk tidur atau
menginap terutamanya kepada musafir yang terlantar dan fakir
miskin yang ingin berteduh di masjid.
2.7.1.10 Menyediakan Tempat Riadah.
Untuk memakmurkan masjid disediakan pula ruang untuk riadah
dan membuat latihan-latihan senaman untuk tujuan kesihatan
badan atau latihanan pertahanan perang. Ini dapat diambil iktibar
dari sebuah hadith;
Terjemahan: Daripada Aishah (r.a) telah berkata: Sesungguhnya
aku lihat Rasulullah (s.a.w) pada suatu hari berada di pintu bilikku,
sementara orang-orang Habsyah sedang bermain senjata dalam
masjid dan Rasulullah (s.a.w) melindungku dengan selendangnya
supaya aku melihat permainan mereka. (al-Bukhari, jil. 2 : 72).
2.7.1.11 Menyediakan Pusat Rawatan.

Terjemahan: Daripada Aishah (r.a) telah berkata : Saad telah


terkena anak panah di pembuluh lengannya dalam peperangan
Khandak. Maka Nabi (s.a.w) mendirikan sebuah khemah dalam
masjid supaya Baginda dapat menziarahinya dari dekat (hal itu)
tidak mencemaskan para sahabat kerana dalam masjid itu terdapat
juga sebuah khemah lagi untuk Bani Ghaffar, melainkan setelah
darah (Saad) mengalir kepada mereka (Bani Ghaffar) mereka pun
berkata : Wahai orang dalam khemah apa yang datang dari tempat
kamu kepada kami ini ?Tiba-tiba Saad dapati darah mengalir dari
tempat lukanya lalu ia mati di dalamnya. (al-Bukhari, jil. 2 : 81).
2.7.1.12 Penyediaan Ruangan Beriktikaf.

Terjemahan: Daripada Abdullah bin Umar (r.a): Bahawa Rasulullah


(s.a.w) melakukan iktikaf pada sepuluh hari yang terakhir di bulan
ramadhan. Nafi mengatakan : Sesungguhnya aku pernah
ditunjukkan oleh Abdullah ruangan atau tempat di dalam masjid
yang biasa digunakan oleh Rasulullah (s.a.w) melakukan iktikaf.
(Muslim, 1994, jil. 2 : 419).
2.7.1.13 Menyediakan Ruang Serbaguna.
Imam Malik dan al-Baihaqi meri
atkan daripada Salim bin Abdullah bahawa Umar bin al-Khatab telah
membina satu ruang dinamakan Al-Butaiha, yang dibina bersebelahan
masjid Rasulullah (s.a.w). (setelah siap) beliau berkata : Barang siapa
yang ingin berucap atau mendeklimasikan sajak atau meninggikan suara,
maka silalah keluar daripada masjid dan masuklah ke tempat ini. (Shaikh
Ali
Mohammad
Mokhtar,
1997
:
38).
2.7.1.14

Menyediakan

Ruang

Perniagaan.

Daripada Aisah (r.a) telah berkata : Barirah telah datang kepadaku,


bertanyakan tentang kemerdekaannya. Aku berkata (Aishah) jika
engkau mahu aku boleh membayar kepada tuan engkau (dengan
syarat) kuasa pemilikan bagiku. Kemudian tuannya berkata kepada
Aishah : Jika engkau mahu, engkau boleh jelaskan bakinya (yang
belum dijelaskan oleh Barirah). Sufiyan berkata (pada satu riwayat
yang lain) jika engkau hendak merdekakanlah dia, dan hak
pemilikan itu bagi kami.Apabila Rasulullah (s.a.w) datang lalu Aishah
memberitahu akan hal itu kepada rasulullah (s.a.w), maka
Rasulullah (s.a.w) bersabda : Belilah dia dan merdekakan dia,
sesungguhnya
hak
pemilikan
itu
bagi
orang
yang

memerdekakannya. Selepas itu Rasulullah (s.a.w) berdiri di atas


mimbar.
(al-Bukhari,
jil.
2
:75).
2.7.2

Kesimpulan.

Segala kelengkapan kemudahan asas yang tersebut di atas


bukanlah merupakan suatu kemestian yang mesti dimiliki oleh
setiap buah masjid tetapi kelengkapan ini adalah bergantung
kepada keadaan persekitaran masyarakat muslim. Perkara
seumpama ini bertujuan untuk memudahkan dan menyenangkan
mereka
melakukan
ibadat
kepada
Allah
taala
2.8

Penutup

Umat Islam diberikan kebebasan untuk memikirkan serta


menentukan cara yang difikirkan sesuai dan terbaik untuk
mentadbir urusan kehidupan mereka, tetapi mereka diwajibkan
berpegang kepada beberapa prinsip-prinsip yang telah ditetapkan
oleh Islam sebagaimana yang telah dijelaskan oleh Rasulullah
(s.a.w)
di
dalam
sabdanya;
Terjemahan: Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia, jika aku
memerintahkan tentang urusan agama kalian maka ikutilah, tetapi
kalau aku memerintahkan kepada kalian tentang urusan kehidupan
dunia, sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia. (Muslim,
1994,
jil.
4
:
224)

PENGURUSAN

MASJID

3.1

NEGERI

PERLIS.
Pendahuluan

Bab ini merupakan penjelasan kepada latar belakang sistem


pentadbiran masjid-masjid bagi negeri Perlis secara am.
3.2

Pengurusan

Kepegawaian.

Umumnya setiap masjid di negeri Perlis diarahkan supaya


mewujudkan Jawatankuasa Kariah Masjid. Jawatankuasa tersebut
hendaklah mengandungi seorang pengerusi, seorang timbalan
pengerusi, seorang setiausaha, seorang penolong setiausaha,
seorang bendahari, pegawai-pegawai masjid yang dianggotai oleh
dua orang imam, dua orang bilal, seorang siak, seorang penjaga
kawasan dan mestilah tidak kurang daripada tiga orang ahli lain
yang dilantik untuk menganggotai Jawatankuasa Kariah Masjid
daripada penduduk-penduduk kampung yang termasuk dalam
kariah berkenaan (Undang-undang pentadbiran agama Islam 1963
pindaan
1995
fasal
3
dan
4).

Bagi mana-mana ahli kariah yang menyetujui pegawai-pegawai


masjid memegang jawatan sebagai pengerusi, timbalan pengerusi,
setiausaha, penolong setiausaha dan bendahari maka bilangan
keanggotaan AJK Kariah Masjid hanya terhad kepada sepuluh orang
sahaja termasuk tiga orang ahli lain yang dilantik daripada kalangan
anak-anak kariah berkenaan. Sekiranya pegawai-pegawai masjid
berkenaan tidak mempunyai kelayakkan atau berkemampuan untuk
mentadbir masjid maka jawatan pengerusi, setiausaha dan
bendahari hendaklah diberikan kepada tiga orang ahli yang
berkelayakkan daripada anak-anak kariah berkenaan untuk
menduduki jawatan ini atau pun melantik sesiapa yang difikirkan
layak untuk menyandang jawatan tersebut selain daripada sepuluh
orang AJK Kariah Masjid berkenaan. (Ustaz Yusuf bin Abdul Hamid).
Dan bagi pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis pula
bertindak sebagai penyelia dan penyelaras kepada masjid-masjid
tersebut dalam memastikan kekemasan dan kelancaran sistem
pentadbiran dan pengurusan bagi setiap buah masjid di negeri
Perlis.
Bagi tujuan ini pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis
telah melantik enam orang pegawai yang bertanggung jawab untuk
melaksanakan
tugas
ini.
(Ustaz
Farid
bin
Noh).
Pegawai
2
2
1
1
3.3.1

Masjid
orang

Perlis
Imam
Bilal
Siak
kawasan

Penjaga
Sistem

Perlantikkan

AJK

Kariah

Masjid.

Sesebuah kariah yang ingin melantik AJK Kariah Masjid masingmasing perlulah mencalonkan terlebih dahulu senarai nama-nama
calon yang difikirkan layak untuk mentadbir dan mengurus masjid
kepada pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis.
Seterusnya calon-calon yang mempunyai syarat-syarat yang telah
ditetapkan untuk menduduki jawatan ini akan dipanggil untuk
menghadiri sesi temuduga, setelah itu senarai nama calon-calon
yang telah dipilih akan dikemukakan pula kepada pihak Majlis
Agama Islam Perlis untuk mendapatkan surat perlantikkan dan
pentauliahan sebagai AJK Kariah Masjid bagi sesebuah kariah. (Ustaz
Farid
bin
Noh).
3.3.2

Syarat

Kelayakkan

Sebagai

AJK

Kariah

Masjid.

Di antara syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Jabatan Hal


Ehwal Agama Islam Perlis sebagaimana yang terkandung di dalam
borang pencalonan bagi menduduki jawatan pegawai masjid setiap

calon-calon
kelayakkan

yang

berminat mestilah
seperti

mempunyai
berikut

kelayakkan:

Mempunyai
pengetahuan
dalam
bidang
agama.

Mempunyai
keperibadian
/
syakhsiah
yang
baik.
Umur tidak melebihi 60 tahun dan mempunyai kesihatan yang
baik.

Boleh
membaca
al-Quran
dengan
baik
dan
betul.
Boleh membaca dan menulis rumi dan jawi dengan baik.
Anak kariah dan mempunyai minat serta kesungguhan untuk
berkhidmat.

Yang
berpengalaman
akan
diberikan
keutamaan.
Bersedia mematuhi dasar-dasar MAIPs dan arahan JAIPs dari masa
ke
semasa.
Memohon melalui borang pencalonan yang telah disediakan.
Mendapat / memperolehi surat perlantikkan daripada MAIPs.
3.3.3

Sistem

Pentadbiran

Masjid.

Berdasarkan keterangan yang diterima daripada Ustaz Farid bin Noh


masjid-masjid yang terdapat di negeri Perlis selain daripada masjid
Arau dan masjid Kangar adalah ditadbir dan diurus secara langsung
oleh AJK Kariah Masjid tersebut dan kuasa penuh pentadbiran
adalah terletak pada pengerusi Jawatankuasa Kariah Masjid
berkenaan. Manakala pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam negeri
Perlis memainkan peranan sebagai penaung dan penasihat kepada
masjid-masjid
tersebut.
3.3.4

Tanggung

Jawab

Pegawai

Masjid.

Berdasarkan kepada enekmen Undang-Undang Pentadbiran Agama


Islam Perlis tahun 1963 seksyen 79(3) menyatakan bahawa tugastugas dan tanggung jawab am Jawatankuasa Kariah Masjid bagi
negeri
Perlis
seperti
berikut
:
1. Bertanggung jawab bagi menjaga masjid-masjid dan tanah-tanah
perkuburan
di
dalam
kariah
masjidnya.
2. Bertanggung jawab atas kelakuan baik anak-anak mukim itu di
dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan agama Islam.
3. Memberitahu dengan serta merta di atas sebarang perubahan
dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan mana-mana masjid
di
dalam
mukimnya.
Manakala tugas-tugas khas bagi pegawai-pegawai masjid adalah
sebagaimana
berikut:
Imam
1.
2.

Mengetuai
Menjadi
imam

Satu
pentadbiran
solat
dan

:
masjid.
khatib.

3. Menyedia / mengatur dan menyelia tugas-tugas pegawai-pegawai


masjid.
4. Bertanggung jawab terhadap masjid, surau, tanah-tanah
perkuburan dan tanah-tanah simpanan / wakaf di dalam kariah.
5. Melaksanakan tugas yang diarahkan oleh Jabatan Agama Islam
Perlis
dari
semasa
ke
semasa.
Imam
Dua
:
1. Membantu imam satu menguruskan pentadbiran masjid.
2. Membantu imam satu menjadi imam solat dan khatib.
3.
Membantu
menyelia
tugas-tugas
pegawai
masjid.
4. Membantu imam satu menjaga masjid, surau, tanah-tanah
perkuburan dan tanah-tanah simpanan / wakaf di dalam kariah.
5. Melaksanakan tugas yang diarahkan oleh Jabatan Agama Islam
Perlis
dari
semasa
ke
semasa.
Bilal
:
1. Melakukan / melaungkan azan setiap kali masuk waktu solat.
2. Bertanggung jawab menjaga alat siaraya masjid supaya sentiasa
berfungsi
dengan
baik.
3. Mengatur susun dan mengemas sejadah / hamparan / al-Quran /
buku
/
kitab
di
dalam
masjid.
4. Membantu menjadi imam solat sewaktu ketiadaan imam satu dan
imam
dua.
5. Melaksanakan tugas yang diarahkan oleh Jabatan Agama Islam
Perlis
dari
semasa
ke
semasa.
Siak
:
1. Menjaga dan menyelia kebersihan di dalam masjid.
2. Membuka / menutup pintu / tingkap, lampu-lampu dan kipaskipas
di
dalam
masjid.
3. Menjaga ketenteraman dan mengawasi anak-anak jemaah
terutamanya kanak-kanak ketika hendak mendirikan solat / khatib
membaca
khutbah.
4. Menjaga dan menyelia kebersihan tempat wuduk dan tandas
masjid.
5. Melaksanakan tugas yang diarahkan oleh Jabatan Agama Islam
Perlis
dari
semasa
ke
semasa.
Penjaga
Kawasan
:
1. Menjaga dan menyelia kebersihan di luar / persekitaran masjid.
2. Menjaga dan menyelia tanaman / pokok-pokok bunga kawasan
masjid.
3.
Menjaga
peralatan
kerja
dan
harta
benda
masjid.
4. Melaksanakan tugas yang diarahkan oleh Jabatan Agama Islam
Perlis
dari
semasa
ke
semasa.
Selain daripada tanggung jawab khas Pihak Jabatan Hal Ehwal
Agama Islam Perlis juga telah menggariskan tugas-tugas sampingan

yang harus dipatuhi dan dilaksanakan oleh para pegawai masjid.


Tugas-tugas
tersebut
adalah
:
a)
Menjadikan
masjid
sebagai
tempat
ibadah.
1.
Mendirikan
solat
fardhu
berjemaah
setiap
waktu.
2. Menggalakkan anak-anak kariah menghadiri solat berjemaah di
masjid.
b)
Menjadikan
masjid
sebagai
pusat
pendidikan.
1. Mengadakan kelas-kelas pengajian untuk semua peringkat.
2. Mengadakan ceramah umum dari semasa ke semasa.
c)
Menyelenggarakan
masjid.
1. Membuat pembaikkan kerosakkan kecil yang berlaku.
2.
Membuat
laporan
kerosakkan
besar
dengan
segera.
3. Menganjurkan gotong royong membersihkan masjid dari semasa
ke
semasa.
d)
Menyelenggarakan
tanah-tanah
perkuburan.
1.
Menjaga
kebersihan
tanah
perkuburan.
2. Memastikan tanah perkuburan mempunyai pagar yang kemas.
3. Mengawasi tanah perkuburan supaya tidak dicerobohi.
4.
Menyediakan
papan
tanda
tanah
perkuburan.
5. Menganjurkan gotong royong membersihkan tanah perkuburan
dari
semasa
ke
semasa.
e)
Menyelia
surau-surau.
1.
Membuat
penyeliaan
surau-surau
di
dalam
kariah.
2. Memastikan setiap surau mempunyai Jawatankuasa surau yang
bertanggung
jawab
khusus
terhadap
surau
tersebut.
3. Berusaha memanfaatkan surau yang ada dengan aktiviti
keagamaan.
4. Mengawasi agar tidak ada pembinaan surau yang baru tanpa
kebenaran
Jabatan
Agama
Islam
negeri
Perlis.
f) Menyelia tanah-tanah simpanan / tanah-tanah wakaf.
1. Sentiasa membuat penyeliaan terhadap tanah-tanah simpanan /
tanah-tanah
wakaf
yang
ada
di
dalam
kariah.
2. Mengawasi supaya tanah-tanah tersebut tidak dicerobohi.
3. Melarang sebarang pembinaan di atas tanah-tanah tersebut yang
dibuat tanpa kebenaran Jabatan Agama Islam negeri Perlis.
g)
Menguruskan
jenazah
(tajhizul
mayyit).
Membantu menguruskan jenazah apabila berlaku kematian di dalam
kariah.
h)

Menyimpan

maklumat

anak-anak

kariah.

Mendaftar dan menyimpan maklumat anak-anak kariah termasuk


anak-anak
yatim,fakir
miskin
dan
saudara
baru.
3.3.5

Tempoh

perkhidmatan

AJK

Kariah

Masjid.

Berdasarkan kepada keterangan yang telah diberikan oleh Ustaz Md


Akhir bin Majid bahawa tiada tempoh tamat perkhidmatan bagi
pegawai-pegawai masjid di negeri Perlis, tetapi apa yang telah
dipersetujui oleh Jamiyah Imam-Imam Masjid Perlis (Persatuan
Imam-Imam Masjid Perlis) ialah pada tahap umur 65 tahun, tetapi
sekiranya tiada menghadapi apa-apa masalah kesihatan dan
sebagainya jawatan ini boleh dilanjutkan selama mana pegawai itu
mampu
berkhidmat.
3.3.6

Elaun

dan

kebajikkan

Pegawai

Masjid.

Berdasarkan kepada penyata kewangan yang dikeluarkan oleh


Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis bagi pembayaran elaun
perkhidmatan kepada pegawai-pegawai masjid negeri Perlis adalah
terbahagi kepada dua bentuk pembayaran iaitu pembayaran yang
dibuat oleh kerajaan negeri dan pembayaran yang dibuat oleh
Baitulmal negeri Perlis. Nilai kadar elaun-elaun tersebut adalah
bergantung kepada jawatan-jawatan pegawai-pegawai masjid dan
dibayar pada kadar tiga bulan sekali. Berikut adalah kadar-kadar
yang diperuntukkan oleh kerajaan negeri dan Baitulmal negeri perlis
untuk
jawatan-jawatan
seperti
berikut
:
Peruntukkan
Kerajaan
Negeri
Untuk
Sebulan.
Imam
satu.
RM
50.00
Imam
dua.
RM
38.33
Bilal.
RM
30.00
Siak.
RM
30.00
Penjaga
Kawasan
RM
23.33
Peruntukkan
Untuk
Imam
Imam
Bilal.
Siak.
Penjaga

Satu
satu.
dua.

RM
RM
RM
RM

Kawasan.

Rm

Baitulmal
Bulan.
93.33
67.78
56.39
56.39
50.00

Selain daripada memperolehi elaun perkhidmatan para pegawai


masjid juga dibekalkan dengan pakaian rasmi bertugas masingmasing yang diberikan pada setiap tahun kepada imam satu,
manakala imam dua, bilal dan siak hanya diberikan pada kadar dua
tahun sekali, tetapi tiada peruntukkan pakaian bagi jawatan penjaga
kawasan.
(Ustaz
Md.
Akhir
bin
Majid).

3.4

Pengurusan

Kebersihan.

Menurut penjelasan yang diberikan oleh Ustaz Md Akhir bin Majid


tugas dan tanggung jawab untuk memastikan kawasan keseluruhan
masjid berada di dalam keadaan bersih, kemas dan teratur adalah
terserah kepada pegawai-pegawai masjid yang telah dilantik. Beliau
juga menyatakan sehingga kini tiada usaha-usaha yang dijalankan
oleh pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis secara rasmi untuk
memastikan keseluruhan kawasan masjid-masjid di negeri Perlis
berada di dalam keadaan bersih. Pemantauan kebersihan hanyalah
dilakukan secara tidak rasmi oleh petugas-petugas Jabatan Agama
Islam Perlis ketika membuat pemantauan terhadap kelas-kelas
takmir
yang
diadakan
di
masjid-masjid
negeri
Perlis.
3.5

Pengurusan

Waktu.

Masjid merupakan tempat beribadat dan sebagai tempat untuk


mendapatkan ilmu pengetahuan, oleh itu amnya pihak pentadbiran
masjid akan menguruskan waktu-waktu yang berkait rapat dengan
institusi masjid seperti menguruskan waktu sembahyang dan waktu
bagi
kuliah-kuliah
agama.
3.5.1

Pengurusan

Waktu

Sembahyang.

Berdasarkan kepada kenyataan yang diberikan oleh Ustaz Md. Akhir


bin Majid berhubung dengan pengurusan waktu sembahyang bagi
seluruh masjid di negeri Perlis adalah tertakluk kepada jadual waktu
atau taqwim sembahyang yang telah dibekalakan oleh Jabatan Mufti
negeri Perlis. Manakala jam penunjuk waktu sembahyang samada
berbentuk manual ataupun elektronik yang terdapat di masjidmasjid
adalah
hasil
iniasitif
masjid-masjid
berkenaan.
3.5.2

Pengurusan

Waktu

Pembelajaran.

Ustaz Abu Hassan bin Jusoh telah menjelaskan bahawa setiap


masjid di negeri Perlis ini amnya mempunyai kelas pembelajaran
sekurang-kurangnya satu kali dalam seminggu dan waktu bagi kelas
pembelajaran tersebut adalah ditentukan oleh pihak pentadbiran
masjid berkenaan. Untuk tujuan ini pihak Jabatan Agama Islam
negeri Perlis dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
(JAKIM) telah memperuntukkan seramai 94 orang guru takmir bagi
tujuan tersebut. Dan bagi mana-mana masjid yang ingin menambah
hari dan waktu pembelajaran serta mengadakan kelas-kelas
pengajian bagi kaum wanita dan kanak-kanak di masjid-masjid
mereka adalah terpulang kepada inisiatif mereka sendiri tetapi
mestilah mendapatkan kebenaran terlebih dahulu daripada pihak
Jabatan
Agama
Islam
Perlis.
Berhubung dengan kelas pengajian khusus bagi kaum wanita

menurut Ustaz Abd Malik bin Hussin pihak Jabatan Agama Islam
negeri Perlis tidak mengadakan kelas pengajian seumpama ini di
masjid-masjid sebaliknya hanya diadakan di surau-surau yang
terletak dalam kariah masing-masing. Dan sekiranya mana-mana
masjid yang ingin mengadakan kelas pengajian khas bagi kaum
wanita adalah terpulang kepada inisiatif masjid berkenaan dan
hendaklah mendapatkan kebenaran terlebih dahulu daripada pihak
Jabatan
Agama
Islam
Perlis.
3.6

Pengurusan

Kewangan.

Berdasarkan kepada keterangan yang diperolehi daripada Ustaz Md


Akhir bin Majid segala urusan kewangan masjid adalah ditadbir dan
diurus sepenuhnya oleh AJK Kariah. Sebaliknya AJK Kariah hanya
dituntut supaya menyatakan apa-apa juga bentuk aktiviti-aktiviti
masjid yang melibatkan jumlah tabung kewangan masjid yang
besar. Selain daripada itu segala usaha-usaha untuk menambah duit
tabung kewangan masjid adalah terletak pada inisiatif masjid
tersebut tetapi ianya hendaklah dilaporkan terlebih dahulu kepada
pihak Jabatan Agama Islam Perlis. Manakala hal-hal yang
bersangkutan dengan kutipan derma dan sebagainya perlulah
terlebih dahulu mendapat surat kebenaran bertulis daripada pihak
Jabatan Agama Islam Perlis sebelum ianya dilaksanakan.
Berdasarkan kepada Enekmen Undang-Undang Pentadbiran Agama
Islam 1963 bagi Peraturan-Peraturan Jawatankuasa Kariah 1990
(pindaan 1995) menjelaskan dalam fasal 11. 1 dan 11. 2 bahawa
Jawatankuasa Kariah hendaklah melantik dua orang yang bukan AJK
sebagai pemeriksa kira-kira bagi sesuatu tahun. Dan pemeriksa
kira-kira ini hendaklah memeriksa buku kira-kira kewangan
Jawatankuasa. Selain daripada itu mana-mana pegawai daripada
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis atau mana-mana orang yang
diberi kuasa dengan surat oleh Yang Dipertua boleh pada bila-bila
masa menyemak, mengurus perjalanan Jawatankuasa dan
memeriksa kira-kira, buku-buku atau dokumen-dokumen lain yang
disimpan
oleh
Jawatankuasa.
(Enekmen
Undang-Undang
Pentadbiran Agama Islam 1963 pindaan 1995 fasal 21).
3.7

Pengurusan

Perkaderan.

Menurut keterangan yang diperolehi daripada Ustaz Yusuf bin Abdul


Hamid pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis akan
melancarkan kursus perkaderannya yang pertama yang dijangkakan
akan diadakan pada 16 dan 17 haribulan 7 tahun 2001. Menurut
beliau pada peringkat permulaan kursus ini akan disertai oleh tiga
puluh orang pelatih-pelatih yang telah dipilih dari seluruh negeri
Perlis. Manakala berhubung dengan syarat-syarat yang dikenakan
kepada
pelatih-pelatih
tersebut
ialah
:

1.
Umur
tidak
melebihi
daripada
lima
puluh
tahun.
2.
Mempunyai
pengetahuan
dalam
bidang
agama.
3.
Boleh
membaca
al-Quran
dengan
baik.
4. Boleh membaca dan menulis tulisan jawi dan rumi dengan baik.
Sebagai permulaannya kursus ini akan lebih menumpukan kepada
latihan-latihan tertentu seperti latihan berkhutbah dan cara
membaca al-Quran dengan baik di samping itu peserta juga akan
diberi pendedahan berhubung dengan hal-hal pentadbiran.
3.8

Pengurusan

Kemudahan

Asas.

Amnya setiap masjid yang terdapat di negeri Perlis ini mempunyai


ciri-ciri kemudahan asas seperti tempat berwuduk, tandas, mimbar,
sistem siaraya, karpet, lampu dan kipas, manakala bagi masjidmasjid yang akan didirikan akan diberi penambahan dari segi
kemudahan asasnya iaitu satu bilik pentadbiran dan satu bilik stor.
Dan segala kelengkapan masjid yang lain seperti alatan membersih,
mencuci, buku-buku dan sebagainya adalah terpulang kepada
inisiatif masjid berkenaan. Tugas menyelengara dan memelihara
segala kelengkapan kemudahan asas ini adalah menjadi tanggung
jawab AJK masjid masing-masing. (Encik Omar bin Adnan).
Bagi mana-mana masjid-masjid yang ingin memperbaiki apa-apa
kerosakkan perlulah menghantar satu laporan bertulis kepada pihak
pentadbiran Jabatan Agama Islam Perlis terlebih dahulu, seterusnya
pihak Jabatan Agama Islam Perlis akan membuat siasatan terlebih
dahulu sebelum meluluskan permohonan tersebut berdasarkan
kepada wang peruntukkan kerajaan negeri untuk membaik pulih
mana-mana masjid yang mengalami kerosakkan. (Encik Omar bin
Adnan). Sekiranya sesebuah masjid memerlukan kerja-kerja
kecemasan untuk membaik pulih kerosakkan yang nilainya tidak
melebihi lima ribu Ringgat Malaysia perlulah mengikuti prosuder
yang tersebut di atas, seterusnya pihak Jabatan Agama Islam Perlis
akan membuat rundingan dengan mana-mana kontraktor yang
berdaftar di kawasan tersebut bagi tujuan pembaik pulihan
kerosakkan. Dan segala usaha-usaha pembaik pulihan adalah
bergantung kepada wang peruntukkan yang disediakan oleh
kerajaan
negeri.
(Encik
Omar
bin
Adnan).
Mana-mana masjid yang ingin membuat penambahan pada reka
bentuk bangunan perlulah membuat permohonan peruntukkan
kepada pihak Jabatan Agama Islam Perlis dalam tempoh satu tahun
sebelum ianya dilaksanakan. Kejayaan atau kegagalan permohonan
ini adalah bergantung kepada wang peruntukkan kerajaan negeri
juga. Dan Keluasan sesebuah masjid adalah bergantung kepada
keluasan tanah yang diwakafkan bagi tujuan tersebut. (Encik Omar
bin
Adnan).

3.9

Kesimpulan

Secara kesimpulannya masjid Perlis adalah diurus dan ditadbir oleh


Ahli Jawatankuasa yang dipilih dan dilantik oleh Jabatan Hal Ehwal
Agama Islam Negeri Perlis. Mereka yang menyandang jawatan
dalam masjid adalah mengikut pandangan JAIPs mempunyai
kelayakan setelah ditemuduga. Mereka yang dilantik akan
diamanahkan tugas dan tanggung jawab tertenu dalam mengurus
dan
mentadbirkan
masjid.
PENGURUSAN

KEPEGAWAIAN.

4.1

Pendahuluan

Setiap masjid di negeri Perlis mempunyai Jawatankuasa Kariah


Masjid. Jawatankuasa tersebut terdiri daripada seorang pengerusi,
seorang timbalan pengerusi, seorang setiausaha, seorang penolong
setiausaha, seorang bendahari, pegawai-pegawai masjid yang
dianggotai oleh dua orang imam, dua orang bilal, seorang siak,
seorang
penjaga
kawasan.
Bagi mana-mana ahli kariah yang menyetujui pegawai-pegawai
masjid memegang jawatan sebagai pengerusi, timbalan pengerusi,
setiausaha, penolong setiausaha dan bendahari maka bilangan
keanggotaan AJK Kariah Masjid hanya terhad kepada sepuluh orang
sahaja termasuk tiga orang ahli lain yang dilantik daripada kalangan
anak-anak kariah berkenaan seperti mana yang telah dijelaskan
dalam
bab
tiga
yang
lalu.
Sekiranya pegawai-pegawai masjid berkenaan tidak mempunyai
kelayakkan atau berkemampuan untuk mentadbir masjid maka
jawatan pengerusi, setiausaha dan bendahari hendaklah diberikan
kepada tiga orang ahli yang berkelayakkan daripada anak-anak
kariah berkenaan untuk menduduki jawatan ini atau pun melantik
sesiapa yang difikirkan layak untuk menyandang jawatan tersebut.
4.2

Latarbelakang

Responden.

Penyelidik telah membuat kajian ke atas 403 orang pegawai masjid


lihat jadual berikut di bawah. Ia menunjukkan pegewai yang terdiri
daripada bilal dan penjaga kawasan adalah jumlah responden yang
tertinggi
sekali.
Jadual

Graf

Sebanyak 99 buah masjid Pelis telah diedarkan soal selidik setiap


masjid dibekalkan 8 naskah soalan iaitu berjumlah 792 naskah
soalan untuk dijawab oleh pegawai masjid. Didapati hanya 403
sahaja yang menjawab soalan berkenaan. Kebanyakan adalah bilal
dan penjaga kawasan. Ini menunjukkan mereka yang sering berada
di masjid adalah terdiri daripada bilal, penjaga kawasan dan imam.
4.3

Pencapaian

akademik

pegawai

masjid

Jadual berikut menjelaskan tentang pencapaian akademik pegawai


masjid negeri Perlis. Sebanyak 53.1% adalah pegawai masjid tidak
mempunyai pendidikan atau hanya tamat sekolah darjah enam
sahaja. Jadual berikut menunjukkan golongan yang tidak
mempunyai pendidikan lebih ramai sebagai pegawai masjid diikuti
oleh
mereka
yang
berkelulusan
pondok
sahaja.
4.4 Hubungan
akademik

Jawatan

yang

disandang

dengan

Pencapaian

Pada umumnya tahap pencapaian akademik pegawai-pegawai


masjid adalah terlalu rendah seperti 41.7% setiausaha masjid tidak
ada kelulusan akademik hanya tamat sekolah rendah sahaja.
Begitulah juga dengan bilal 58.1% tidak mempunyai pendidikan. Ini
membuktikan kepada kita masjid negeri Perlis diuruskan dan
ditadbir oleh mereka yang kurang berpendidikan. Disarankan agar
pihak JAIPs lebih menumpukan kepada kelulusan akademik dalam
melantik
pegawai-pegawai
masjid
akan
datang.
4.5

Hubungan

Jawatan

yang

disandang

dengan

pekerjaan

Bila membincangkan tentang hubungan jawatan dengan pekerjaan


didapati hampir separuh iaitu 48.8% pengerusi adakah bekerja
sendiri iaitu sawah padi. Begitu juga dengan imam sebanyak 66.2%
adalah bekerja sendiri. Sementara kaki tangan kerajaan yang
terlibat
sebagai
pegawai
masjid
adalah
terlalu
kurang.
Hubungan pekerjaan dengan kelulusan akademik mendapati ramai
pegawai masjid yang tiada berpendidikan adalah bekerja sendiri
iaitu kerja buru dan sawah padi. Sementara kaki tangan kerajaan
kurang
berperanan
sebagai
pegawai
masjid.
4.6 Hubungan Pekerjaan Utama
akademik

Pegawai dengan Pencapaian

Jadual di bawah menggambarkan keadaan sebenar pegawaipegawai masjid dari segi hubungan pekerjaan utama mereka
dengan kelulusan yang mereka miliki. Terdapat 83.3% mereka yang

tiada kelulusan dan tidak mempunyai pekerjaan tetap menyandang


sebagai pegawai masjid. Walaupun terdapat 50% pegawai masjid
yang bekerja sebagai kakitangan kerajaan tetapi hanya jawatan
peringakat rendah kerana tidak mempunyai pendidikan. Ini
menunjukkan kepada kita pegawai-pegawai yang ada di semua
peringkat tidak mempunyai pendidikan tinggi hanya perpendidikan
sekolah
rendah
sahaja.
Oleh itu tidak hairanlah ramai daripada kalangan mereka yang ingin
menambah ilmu penetahuan dari masa kemasa. Hanya sedikit
sahaja daripada mereka yang tidak berminat untuk menambah ilmu
pengetahuan. Jadual berikut menjelaskan tentang minat belajar
mereka.
4.7 Hubungan Jawatan dalam Masjid dengan tempoh berkhidmat
Dari segi tempoh perkhidmatan memperlihatkan kebanyakan masjid
ditadbir oleh seseorang pengerusi terlalu lama berbanding dengan
jawatan lain. Terdapt 51.2% pengerusi memegang jawatan melebihi
15
tahun.
4.8

Hubungan

jawatan

dengan

tugas

pegawai

Pandangan pegawai masjid terhadap tugas dan tanggung jawab


mereka.
Jadual
berikut
menyatakan
pendapat
mereka.
Kita melihat sejauh manakah pegawai menjalankan tugas. Adakah
mereka menjalan tugas dengan baik seperti yang diamanahkan
kepada mereka. Berikut jadual pendapat pegawai masjid. Pendapat
pegawai tentan soalan Adakah semua pegawai masjid telah
menjalan
tugas
dengan
baik?
4.9
4.10

Cara

pegawai

mengendalikan
Kekerapan

urusan

masjid.
mesyuarat.

Dari
segi
kekerapan
pegawai
mengadakan
mesyuarat
menyelesaikan perkara berkaitan dengan masjid pada umumnya
kita dapat melihat bahawa ia diadakan pada tiga bulan sekali atau
bergantung kepada keadaan. Namun begitu tidaklah wajar kita
diabaikan data yang menunjukkan bahawa mesyuarat tidak pernah
diadakan.
4.11

Peranan

JAIPs

Bagaimana peranan JAIPs dalam pelantikan dan kebajikan pegawaipegawai masjid. Pengkaji membuat kajian pandangan pegawaipegawai yang dilantik tentang peranan JAIPs terhadap kebajikan
mereka.
Jadual
berikut
menjelaskan
hal
berkenaan.

Jadual di atas mengambarkan pada keseluruhannya pegawaipegawai masjid rasa senang hati atas pelantikan dan kebajikan
untuk pegawai masjid. Namun begitu tidak pula boleh diabaikan
tentang ada data ketidakpuasan hati pegawai terhadap JAIPs
menangani
kebajikan
mereka.
4.12

Kursus

Kepegawaian.

Kita dapat melaihat melalu tinjauan tentang kecederungan pegawai


untuk mengikuti kursus pengurusan kepegawaian, hanya sedikit
sahaja yang ingin mendalami pengetahuan sedangkan ramai
pegawai lain kurang berminat untuk diberi input tentang
pengurusan dan pentadbiran masjid. Oleh itu pihak JAIPs wajar
mengadakan siri kursus seumpama itu untuk memastikan corak
pengurusan dan pentadbiran masjid berjalan dengan baik pada
masa
hadapan.
4.13

Kesimpulan

Daripada pemerhatian penyelidik mendapati bahawa pegawaipegawai masjid yang sering hadir ke masjid adalah terdiri daripada
tiga golongan iaitu bilal, siak dan imam. Kebanyakan pegawai
masjid adalah tidak berpelajaran atau berkelulusan rendah sekadar
tamat darjah enam sekolah rendah sahaja. Walaupun mereka
menjawat jawatan yang penting dalam masjid, peratusan mereka
yang tidak berpelajaran masih tinggi. Namun begitu minat mereka
untuk mendapatkan ilmu sememangnya tinggi. Kajian mendapati
mereka lebih berminat jika JAIPs sendiri memperbanyakkan kursus
untuk meningkatkan tahap ilmu pengetahuan mereka dalam
mengurus
dan
mentadbir
masjid.
Supaya pentadbiran masjid bertambah baik dari masa ke semasa
eloklah dicadangkan supaya setiap pengerusi yang dilantik
hendaklah jangan terlalu lama kerana jawatan yang terlalu lama
akan mengurangkan kualiti pentadbiran. Kadang kala seseorang
pengerusi yang terlalu lama berkhidmat akan merasakan keputusan
berada di tangannya tanpa melalui keputusan mesyuarat. Kalau
boleh disarankan supaya adakan giliran memegang jawatan
pengerusi
masjid.
Bagi memantapkan lagi pentadbiran dan pengurusan masjid
wajarlah pihak JAIPs terutamanya mengadakan siri kursus untuk
pegawai-pegawai masjid supaya masjid berfungsi dengan baik
selaras
dengan
kehendak
Islam.
PENGURUSAN

KEBERSIHAN

5.1

Pendahuluan

Tanggung jawab menjaga kebersihan adalah kewajipan bersama.


Untuk memastikan kawasan keseluruhan masjid berada di dalam
keadaan bersih, kemas dan teratur wajar diserahkan kepada
pegawai tertentu yang telah dilantik. Hingga kini tiada usaha-usaha
yang dijalankan oleh pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis
secara rasmi untuk memastikan keseluruhan kawasan masjid-masjid
di
negeri
Perlis
berada
di
dalam
keadaan
bersih.
Pemantauan tentang kebersihan masjid hanyalah dilakukan secara
tidak rasmi oleh petugas-petugas Jabatan Agama Islam Perlis ketika
membuat pemantauan terhadap kelas-kelas takmir yang diadakan
di
masjid-masjid
negeri
Perlis.
5.2

Kekerapan

membersih

masjid

Pengkaji telah membuat tinjauan terhadap pegawai-pegawai masjid


untuk mendapatkan maklumat tentang kekerapan mereka
membersihkan masjid. Jadual di bawah menjelaskan kekerapan
membersihkan masjid adalah bergantung kepada keadaan. Terdapat
15.5% daripada siak yang ditugaskan untuk memastikan masjid
berada dalam keadaan bersih memberi respon bahawa mereka
membersihkan masjid sekali dalam satu minggu. Ini memberi
gambaran bahawa kebersihan masjid masih berada di tahap yang
kurang
memuaskan.
Begitu juga dengan tinjauan pengkaji di beberapa masjid mendapati
masih terdapat kekotoran dalam masjid terutamanya ruang solat
dengan tahi cicak dan burung. Tambahan pula kebanyakan masjid
Perlis tidak menyediakan sepatu antara bilik air dengan tangga
masjid. Tidak ada penghubung antara bilik wuduk dengan tangga
masjid. Bagi mereka yang tidak ada sepatu terpaksa berjengkekjengkek antara bilik wuduk dengan tangga masjid. Ini menyebabkan
tangga masjid menjadi kotor dan terus membawa kotoran ke dalam
masjid. Maka wajar pihak tertentu memastikan setiap masjid
mempunyai titi atau lorong bersih menghubungkan antara bilik
wuduk
atau
bilik
air
dengan
tangga
masjid.
Berikut adalah tentang kebersihan bilik air dan tempat mengambil
wuduk. Tempat ini perlu diberi keutamaan kerana ia merupakan
punca
berlaku
kekotoran
dan
najis.
Jadual
di
bawah
menggambarkan kekerapan pegawai membersihkan tempat
berwuduk dan tandas. Ia menjelaskan bahawa tempat berkenaan
dibersihkan mengikut keadaan. Namun begitu terdapat peratusan
yang tinggi dalam kalangan pegawai yang menganggapkan tugas
membersihkan bilik air dan tempat wuduk bukan tugas mereka.
Oleh itu jadual di atas menjelaskan bahawa seramai 124 orang

daripada 403 orang pegawai masjid tidak mengambil berat tentang


kebersihan
tandas
dan
tempat
mengambil
wuduk.
5.3

Gotong-royong

Membersihkan masjid adalah tugas bersama. Membersihkan


persekitaran masjid perlu dilakukan secara bersama iaitu gotong
royong. Selain daripada menjaga kebersihkan, budaya gotongroyong wajar dihidupkan dan diabadikan kerana ia dapat
merapatkan
ukhuwah
atau
ikatan
persaudaraan
Islam.
5.4

Keutamaan

Menjaga kebersihan tempat solat adalah tanggung jawab bersama.


Seorang yang mendirikan solat hendaklah memastikan tempat itu
bebas daripada sebarang najis supaya solatnya itu sah. Tempattempat yang perlus dijanga kebersihannya iaitu termasuklah ruang
solat, tangga masjid, bilik air, bilik wuduk dan sebagainya.
Pada keseluruhannya semua pegawai masjid memberi pandangan
bahawa keutamaan menjaga kebersihan adalah di semua tempat.
Walau bagaimana pun seramai 57 iaitu 14.1% lebih menumpukan
kepada
ruang
mendirikan
solat.
5.5

Punca

kekotoran

Terdapat beberapa punca kelotoran masjid termasuklah seperti najis


manusia yang berkumpul di bilik air, najis jalanan yang berkumpul di
tangga masjid dan najis cicak dan burung yang berkumpul atas
ruang
solat.
5.6

Kecenderungan

Untuk menjamin kebersihan pegawai-pegawai hendaklah dibekalkan


dengan ilmu pengetahuan tentang pengurusan kebersiahan. Apabila
ditanya tentang minat pegawai untuk mempelajari tentang
pengurusan kebersihan nampaknya hanya separuh sahaja yang
berminat. Jadual berikut menjelaskan tentang minat mereka.
Kalau dilihat hubungan tempoh lama bertungas dengan kawasan
mana dalam masjid yang perlu diberi keutamaan mendapati tempoh
lama tidak memberi kesan kepada kesedaran terhadap
membersihkan
masjid.
Lihat
jadual
di
bawah.
5.7

Kesimpulan

Pada keseluruhannya tahap kebersihan masjid Perlis masih kurang


memuaskan terutama jalan penghubung antara bilik air dengan
tangga masjid di kebanyakan masjid tidak disediakan. Ramai

jamaah yang terpaksa berjengket-jengket antara bilik air dengan


tangga masjid kerana lorong yang bersih tidak disediakan.
Terdapat bilangan yang agak ramai dalam kalangan pegawaipegawai masjid tidak memperdulikan kebersihan tempat mengambil
wuduk dan tandas. Di samping itu persekitaran masjid juga patut
diberi tumpuan melalui aktiviti gotong-royong. Amalan gotongroyong bukan sahaja masjid kelihatan bersih malah ia dapat
menghubungkan
silatur
rahim
sesama
jamaah.
Berlalukunya kekotoran di masjid adalah berpunca daripada tidak
ada kerja sama antara sesama pegawai dan juga ahli kariah. Mereka
wajar diberi kesedaran supaya sama-sama bertanggung jawab
menjaga kebersihan masjid. Tidak harus meletakan tanggung jawab
menjaga kebersihan itu kepada orang-orang tertentu sahaja.
PENGURUSAN

WAKTU.

6.1

Pendahuluan

Masjid akan menguruskan waktu-waktu yang berkait rapat dengan


institusi masjid seperti menguruskan waktu sembahyang dan waktu
bagi kuliah-kuliah agama. Pengurusan waktu sembahyang bagi
seluruh masjid di negeri Perlis adalah tertakluk kepada jadual waktu
atau taqwim sembahyang yang telah dibekalakan oleh Jabatan Mufti
negeri Perlis. Manakala jam penunjuk waktu sembahyang samada
berbentuk manual ataupun elektronik yang terdapat di masjidmasjid adalah hasil iniasitif masjid-masjid berkenaan. Waktu
Pembelajaran masjid di negeri Perlis ini amnya diadakan sekurangkurangnya satu kali dalam seminggu dan waktu bagi kelas
pembelajaran tersebut adalah ditentukan oleh pihak pentadbiran
masjid
berkenaan.
Jadual waktu solat dan waktu pengajian hendaklah dihebah kepada
semua ahli kariah supaya mereka dapat mengikut solat dan
pengajian dengan baik. Selain itu jadual tentang rancangan untuk
mengimarahkan masjid seperti program sambutan maal hijrah,
maulid al rasul, nisfu saban, sepuluh muharam, nuzul al quran,
gotong-royong masjid dan sebagainya hendaklah diiklankan untuk
pengetahuan
umum.
6.2

Pengurusan

Waktu

solat

Solat awal waktu dan secara berjamaah adalah digalakkan dalam


ajaran Islam. Demi mencapai hasrat berkenaan maka pihak masjid
hendaklah memaklumkan kepada ahli kariah tentang masuknya
waktu solat dan waktu mendirikan solat secara berjamaah. Jika
ianya diuruskan dengan baik maka solat dapat dilaksanakan tepat

pada waktunya dan jumlah jamaah yang lewat atau masbuq


berkukrangan.
6.3

Pengurusan

waktu

pengajian

Waktu pengajian juga perlu diurus supaya kelas pengajian dapat


berjalan dengan lancar seperti yang dikehendaki. Supaya tenaga
pengajar dan pelajar datang tepat pada masa. Ini mengelak
daripada pembaziran masa saling tunggu menunggu antara satu
sama lain sebelum memulakan kelas pengajian. Faktor saling
menanti antara guru dengan pelajar menjadikan kelas tidak menarik
dan akhirnya kelas akan tergendala dan terbengkalai. Ini semua
berpunca daripada pengurusan waktu yang tidak cekap.
Pada keseluruhannya pemberitahuan tentang program kelas agama
ada dipaparkan di papan kenyataan masjid. Walau bagaimana pun
masih ada rungutan tentang tidak dipaparkan jadual pengajian di
papan kenyataan iaitu terdiri daripada 20.1% responden. Selain
daripada itu jadual waktu pengajian juga patut diedarkan oleh pihak
masjid kepada rumah-rumah kediaman ahli kariah, di samping itu
dapat merapatkan hubungan silatur rahim pegawai masjid dengan
ahli
kariah.
Jika ditinjau tentang pendapat pegawai-pegawai masjid tentang
kekeprapan mengadakan kelas pengajian agama. Jadual berikut
menerangkan
tentang
pendapat
mereka.
Tentang kelas pengajian agama untuk kaum wanita kita dapati
kurang diberi perhatian. Jadual di atas menunjukkan 48.1%
responden daripada 403 yang memberi maklumat bahawa tidak ada
kelas pengajian agama untuk kaum wanita. Oleh itu patut diadakan
kelas pengajian berkenaan kerana mereka ada pembantuk umat
masa
depan.
Pihak JAIPs ada juga menjalankan program kelas agama. Jadual
berikut adalah tentang pandangan pegawai tentang penglibatan
JAIPs
dalam
mentakmirkan
masjid.
Pada keseluruhannya peranan JAIPs dalam mentakmir masjid adalah
memuaskan.
Sila
lihat
jadual
di
atas.
Pegawai juga perlu didedahkan dengan bagaimana untuk menyusun
program masjid. Setelah dikaji didapati pegawai kurang berminat
untuk mengikuti apa-apa kursus untuk mengadakan program
masjid.
Jadual
berikut
menjelaskan
hal
demikian.
6.4

Kesimpulan

Pada keseluruhannya semua masjid Perlis menggunakan takwim

yang dibekalkan oleh JAIPs sebagai panduan masuknya waktu solat,


tetapi jadual mendirikan solat bergantung kepada keadaan. Dari
segi pengurusan waktu kelas pengajian, pihak Jawatankuasa pada
umumnya mengiklankan kepada ahli kariah melalui papan
kenyataan
masjid.
Wajar juga jika pihak pegawai masjid memikirkan secara serius
supaya menetapkan waktu khusus untuk golongan wanita menimba
ilmu pegetahuan. Walaupun kehadiran mereka kurang memuaskan
atau kurang mendapat sambutan, namun kelas pengajian untuk
mereka hendaklah ditentukan, lebih-lebih lagi mereka sebagai
individu yang berpengaruh dalam keluarga bertanggung jawab
mendidik anak-anak amat memerlukan bekalan ilmu pengetahuan
agama
yang
cukup.
Selain daripada itu masjid Perlis kurang memberi tumpuan kepada
pengajian fardhu ain kepada kanak-kanak. Sewajarnya pihak masjid
wajar memikirkan agar menetapkan satu waktu untuk kelas
pengajian
fardhu
ain
untuk
kanak-kanak.
JAIPs telah banyak memberi sumbangan kepada masjid menjayakan
berbagai aktiviti mentakmirkan masjid seperti mengadakan kelaskelas agama. Seterusnya pihak JAIPs juga wajar menganjurkan
kursus pengendalian program masjid kepada pegawai-pegawai.
PENGURUSAN
7.1

KEWANGAN
Pendahuluan

Kewangan masjid adalah ditadbir dan diurus sepenuhnya oleh AJK


Kariah. Mereka hanya dituntut supaya menyatakan apa-apa juga
bentuk aktiviti-aktiviti masjid yang melibatkan jumlah tabung
kewangan masjid yang besar. Segala usaha-usaha untuk menambah
duit tabung kewangan masjid adalah terletak pada inisiatif masjid
berkenaan.
Dari segi undang-undang Pentadbiran Agama Islam 1963 bagi
Peraturan-Peraturan Jawatankuasa Kariah 1990 (pindaan 1995)
menjelaskan dalam fasal 11. 1 dan 11. 2 bahawa Jawatankuasa
Kariah hendaklah melantik dua orang yang bukan AJK sebagai
pemeriksa kira-kira bagi sesuatu tahun. Dan pemeriksa kira-kira ini
hendaklah memeriksa buku kira-kira kewangan Jawatankuasa.
Selain daripada itu mana-mana pegawai daripada Jabatan Hal Ehwal
Agama Islam Perlis atau mana-mana orang yang diberi kuasa
dengan surat oleh Yang Dipertua boleh pada bila-bila masa
menyemak, mengurus perjalanan Jawatankuasa dan memeriksa
kira-kira, buku-buku atau dokumen-dokumen lain yang disimpan
oleh Jawatankuasa. (Enekmen Undang-Undang Pentadbiran Agama
Islam
1963
pindaan
1995
fasal
21).

Walau bagaimana pun sifat amanah adalah mengatasi segalagalanya. Pengkaji hanya ingin meninjau kedudukan pengurusan
kewangan masjid yang kendalikan oleh jawatan kuasa masjid
khususnya bendahari masjid dari segi penggunaan tabung masjid
dan
sumber
pendapatan
masjid.
7.2

Latarbelakang

bendahari

Seorang bendahari wajar mempunyai ilmu asas kira-kira kewangan.


Penyelidik ingin melihat respon mereka tentang perkara-perkara
yang berkaitan dengan simpan kira-kira. Dalam jadual di bawah
didapati 88.9% bendahari mempunyai pengetahuan dalam kira-kira
kewangan. Ini menunjukkan bahawa pendedahan tentang ilmu kirakira kewangan memang kepada bendahari memang ada.
Walau bagaimana pun jawatan kuasa yang lain khususnya
pengerusi dan setiausaha harus juga didedahkan tentang ilmu
menyimpan kira-kira supaya dapat dimanfaatkan bersama.
Selain daripada itu bendahari hendaklah didedahkan tentang ke
arah manakah wang itu boleh dibelanjakan. Kadang-kadang
bendahari keliru adakah mereka boleh mengambil wang masjid
sebagai upah mereka menjaga akaun. Kita lihat pendapat pegawaipegawai masjid tentang adakah mereka layak menerima
sebahagian daripada wang masjid. Jadual berikut menjelaskan.
Terdapat 27.3% daripada kalangan pegawai menganggapkan
bahawa pegawai masjid layak menerima 1/8 wang masjid untuk
kegunaan peribadi mereka. Pada hal mereka tidak layak menerima.
7.3

Pelaksanaan

tugas

Di antara tugas bendahari ialah menyediakan penyata kewangan


masjid, wang masuk dan keluar serta mempamerkan kepada
jamaah melalui papan kenyataan atau melalui risalah. Jadual di
bawah
menerangkan
tentang
peranan
bendahari
dalam
menghebahkan
kedudukan
kewangan
masjid.
Seterusnya
pengkaji
akan
melihat
kekerapan
bendahari
membentangkan penyata kewangan dalam mesyuarat. Jadual
berikut menerangkan persoalan di atas. Seramai 83.3% Bendahari
mendakwa mereka membentang kira-kira kewangan pada setiap
kali mesyuarat diadakan. Terdapat 18.6% mengatakan bendahari
akan melaporkan penyata kewangan jika diminta. Namun begitu
rungutan pegawai seramai 1.2% tentang bendahari tidak pernah
melaporkan penyata kewangan tidaklah boleh diabaikan.
7.4

Penggunaan

wang

masjid

Wang masjid adalah amanah Allah s.w.t. daripada ahli kariah untuk
kegunaan masjid. Bendahari wajarlah amanah dalam menjalankan
tugas. Setiap penggunaan wang masjid hendaklah mendapat
persetujuan daripada semua pihak. Pengkaji ingin melihat
keutamaan
penggunaan
wang
masjid
dibelanjakan.
Amanah dan berpengetahuan menguruskan wang adalah tanggung
jawab bendahari. Jadual di atas memaparkan 7 responden iaitu
1.9% berpendapat wang masjid untuk kebajikan pegawai masjid.
Sementara 180 responden iaitu 48.9% mengatakan wang masjid
adalah untuk kegunaan semua di atas termasuklah untuk
membantu kebajikan pegawai masjid. Oleh itu wajar diberi
penerangan tentang bagaimana penggunaan wang masjid yang
sepatutnya.
7.5

Kursus

Pengurusan

Kewangan

Menyebut tentang kursus kewangan, tidak ramai pegawai berminat


untuk mempelajari bagaimana pengurusan kewangan. Tetapi
peratusan tinggi dalam kalangan bendahari untuk mempelajari
tentang pengurusan kewangan. Sekali gus memperlihatkan
bendahari masih memerlukan ilmu menyimpan kira-kira. Jadual
berikut menjelaskan tentang minat mereka untuk mempelajari
pengetahuan
asas
kawangan.
7.7

Kesimpulan

Pada keseluruhannya bendahari masjid Perlis mempunyai asas-asas


pengetahuan tengan menyimpan kira-kira kewangan. Namun begitu
jawatan kuasa yang lain seperti Pengerusi dan setiausaha
hendaklah didedahkan pengetahuan ini semoga masalah kewangan
masjid
dapat
diselesaikan
bersama.
Selain daripada itu setiap pegawai khusunya bendahari hendaklah
diberi penerangan oleh JAIPs tentang wajib melakukan amanah
terhadap wang masjid. Mereka tidak dibenarkan menggunakan
wang masjid untuk tujuan peribadi kerana ia adalah amanah untuk
kegunaan
masjid
sahaja.
Ramai daripada kalangan bendahari masjid tidak memaparkan
jumlah wang masuk keluar untuk pengetahuan ahli kariah. Oleh itu
disarankan supaya pihak JAIPs hendaklah memantau setiap masjid
supaya dipamerkan wang masuk keluar masjid pada papan-papan
kenyataan
masjid.
Pihak JAIPs hendaklah menerangkan kepada pegawai-pegawai
masjid tentang bagaimana cara menggunakan wang tabung masjid.
Supaya jangan ada kalangan pegawai yang menganggap wang
tabung masjid boleh dibelanjakan sewenang-wenangnya seperti

membantu

kewangan

pegawai-pegawai

masjid.

Kajian memperlihatkan bahawa ramai kalangan pegawai masjid


kurang berminat menghadiri kursus berkaitan dengan pengurusan
dan pentadbiran kewangan. Hanya kalangan bendahari yang agak
berminat untuk berkursus. Oleh itu pihak berwajib haruslah
meningkatkan kesedaran kalangan pegawai melalui kursus-kursus
supaya mereka dapat mengetahuai bagaimana kewangan itu diurus
dan
ditadbir.
PENGURUSAN

PERKADERAN

8.1

Pendahuluan

Masjid perlu ada program untuk melatih pegawai-pegawai yang


bakal menerajui pentadbiran masjid pada masa hadapan. Penyelidik
telah membuat kajian mendapati ramai responden yang memberi
mengatakan tidak ada aktiviti melatih bakal-bakal pegawai masjid.
Kita melihat adakah faktor lama tempoh berkhidmat sebagai
pegawai masjid lebih mempengaruhi pegawai supaya berminat
untuk mengadakan program melatih bakal pegawai-pegawai. Jadual
berikut mendapati bahawa tempoh berkhidmat sebagai pegawai
masjid tidak mempengaruhi mereka untuk mengadakan kursus
kepada
bakal-bakal
pegawai
masjid.
Seterusnya pengkaji ingin melihat adakah faktor kelulusan
akademik boleh mempengaruhi mereka supaya mengadakan kursus
kepada bakal-bakal pegawai masjid. Jadual berikut menerangkan
bahawa tidak ada perbezaan sama ada pegawai itu berkelulusan
atau tidak berkelulusan mereka tidak berminat untuk mengadakan
kursus perkaderan. Ini memperlihatkan bahawa tidak ada langsung
usaha-usaha ke arah meningkatkan kualiti pentadbiran masjid pada
masa yang akan datang. Oleh itu pihak JAIPs wajarlah memainkan
peranan dalam hal ini untuk melatih bakal-bakal pegawai masjid
akan
datang.
Seterusnya pengkaji melihat bahawa pegawai-pegawai memanglah
berminat untuk mengikuti kursus, tetapi untuk menyediakan kursus
untuk orang lain amat kurang. Jadual berikut menjelaskan minat
pegawai masjid untuk mengikuti sebarang kursus. Didapati pada
umumnya minat untuk mengikuti kursus sebanyak 94.3%. Ini
merupakan perkembangan yang baik dalam kalangan pegawai
masjid.
Pegawai-pegawai masjid hendaklah didedahkan dengan berbagaibagai kursus untuk mendedahkan kepada mereka berbagai-bagai
ilmu pegetahuan terutamanya tentang pengurusan masjid. Jika

mereka kesedaran melalui kursus yang dihadiri, mungkin mereka


juga akan memikirkan tentang perlu ada bakal-bakal pegawai yang
bakal
menggantikan
mereka
pada
satu
hari
nanti.
Jadual

43

Kebanyakan mereka yang terdiri daripada pegawai masjid kurang


berminat mengikuti kursus perkaderan. Jadual di bawah ini
memperlihatkan kepada kita bahawa didapati kebanyakan pegawai
ingin mengikuti kursus selain daripada kursus perkaderan. Walaupun
ramai pegawai yang ingin berkurus tetapi tidak ramai yang ingin
menghadiri kursus tentang perkaderan. Oleh itu pihak JAIPs haruslah
memberi kesedaran kepada pegawai-pegawai masjid bahawa pada
suatu hari nanti masjid itu perlu diganti dengan pentadbir baru.
Pegawai hendaklah mempunyai bekalan yang cukup untuk
membimbing
bakal-bakal
pegawai.
Jadual di atas menerangkan 235 orang pegawai lebih berminat
mengikuti kursus yang dianjurakan oleh JAIPs, 94.9% tidak berminat
mengikuti kursus perkaderan. Hanya 5.1% sahaja berminat
menghadiri kursus perkaderan. Terdapat 105 orang yang berminat
menghadiri apa-apa kursus yang dianjurkan oleh UiTM dan JAIPs,
tetapi hanya 14.3% sahaja yang ingin mengikuti kursus perkaderan.
8.2

Kesimpulan

Secara kesimpulannya pengkaji mendapati pihak pegawai masjid


pada umumnya kurang berminat mengadakan kursus atau program
untuk melatih bakal-bakal yang akan menjawat jawatan pegawai
masjid. Tidak ada perbezaan sama ada mereka itu berkelulusan
tinggi atau tidak ada pelajaran, sama ada mereka yang telah lama
berkhidmat atau yang baru berkhidmat, sama sahaja iaitu tidak
berminat
untuk
melatih
bakal-bakal
pegawai
masjid.
Didapati pegawai kurang berminat untuk mengikuti kursus
perkaderan. Oleh itu pihak JAIPs hendaklah menanamkan kesedaran
kepada pegawai-pegawai supaya mengambil perhatian terhadap
peganti mereka. Jika pihak JAIPs memberi pendedahan kepada
pegawai-pegawai masjid tentang perlunya bakal-bakal pengganti
mereka, maka insyaallah pegawai-pegawai dapat mengadakan lebih
banyak aktiviti-aktiviti melatih pegawai-pegawai baru dalam
pengurusan dan pentadbiran masjid. Antaranya pegawai-pagawai
masjid boleh mengadakan biro-biro tertentu untuk melatih mereka
dan
menjinakkan
mereka
dengan
insitusi
masjid.
PENGURUSAN
9.1

KEMUDAHAN

ASAS
Pendahuluan

Pada umumnya setiap masjid negeri Perlis mempunyai kemudahan


asas seperti tempat letak kenderaan, tempat berwuduk, tandas,
mimbar, sistem pembesar suara, tikar sembahyang, karpet, lampu
dan kipas. Segala kelengkapan lain seperti alat pembersih, bahan
bacaan dan sebagainya adalah terpulang kepada inisiatif masjid
berkenaan. Tugas mengurus segala kelengkapan kemudahan asas
ini
adalah
menjadi
tanggung
jawab
AJK
masjid.
Segala kerosakkan yang ingin dibaik-pulih perlulah menghantar satu
laporan bertulis kepada pihak pentadbiran JAIPs terlebih dahulu dan
pihak JAIPs akan membuat siasatan sebelum meluluskan
permohonan tersebut berdasarkan kepada wang peruntukkan
kerajaan negeri yang nilainya tidak melebihi RM5,000.00 (lima ribu
Ringgat
Malaysia).
Jika masjid ingin membuat penambahan pada reka bentuk
bangunan perlulah membuat permohonan peruntukkan kepada
pihak JAIPs dalam tempoh satu tahun sebelum ianya dilaksanakan.
Kejayaan atau kegagalan permohonan ini adalah bergantung
kepada
wang
peruntukkan
kerajaan
negeri
juga.
9.2

Laporan

kerosakan

Pengkaji ingin melihat apakah yang dilakukan oleh pegawai masjid


apabila mereka mendapati mana-mana bahagian mengalami
kerosakan. Kepada siapakah mereka melaporkan kerosakan yang
berlaku. Adakah mereka membiarkan sahaja atau mengambil
langkah-langkah tertentu. Hasil daripada jawapan responden
mendapati bahawa kebanyakan Pengerusi lebih berminat
melaporkan kepada JAIPs, sementara pegawai-pegawai lain lebih
berminat melaporkan kepada pengerusi. Ini menunjukkan ada kerja
sama yang baik dalam kalangan pegawai masjid dari segi mengurus
dan
mentadbir
kemudahan
asas.
Terdapat 83.3% setiausaha cenderung berunding dengan pengerusi
dalam
menangani
masalah
kerosakan
kemudahan
asas.
Demikianlah juga dengan bendahari yang lebih berminat
melaporkan kerosakan kepada pengerusi. Sementara imam pula
lebih berminat melaporkan kerosakan kepada JAIPs iaitu sebanyak
44.1%. Bilal dan siak pula akan merujuk kepada imam dan
pengerusi. Oleh itu kita dapat melihat bahawa Pengerusi dan Imam
adalah yang paling berpengaruh dalam kalangan pegawai masjid
dari segi menyelesaikan permasalahan yang berhubung dengan
pengurusan
kemudahan
asas.
9.3

Rekod

kerosakan

Persoalan yang timbul adakah mereka merekodkan jika berlaku


kerosakan. Pengkaji mendapati bahawa ramai daripada kalangan

pegawai merekodkan segala kerosakan yang berlaku. Terdapat


100% setiausaha mengatakan mereka memang merekodkan segala
kerosakan yang berlaku. Empat golongan iaitu Pengerusi,
Setiausaha, Bendahari dan Imam amat perihatin terhadapan
kemudahan asas masjid. Namun begitu pegawai-pegawai lain
kurang memberi perhatian. Jadual berikut menjelaskan pandangan
responden.
Pada umumnya jadual di atas juga memberi gambaran kepada
hanya 59.6% merekodkan segala kerosakan sementara selebihnya
tidak memberi perhatian terhadap kemudahan asas masjid.
Munkin ada daripada kalangan jamaah kariah yang berasa kurang
selesa tentang keadaan kemudahan asas. Jika mereka melaporkan
kepada pegawai-pegawai masjid tentang kerosakan yang berlaku,
adakah aduan itu diberi perhatian. Pengkaji ingin melihat adakah
pegawai mengambil berat terhadap aduan kerosakan. Berikut jadual
menjelaskan pandangan responden. Terdapat 57.8% daripada
kalangan pegawai mengatakan mereka merekodkan kerosakan jika
ada ahli kariah yang membuat aduan mengenai kerosakan masjid.
Walau bagaimana pun peratusan yang agak tinggi, tidak memberi
layanan
terhadap
aduan
berkenaan.
Pengkaji juga tertanya-tanya adakah faktor lama bertugas itu
mempengaruhi sikap pegawai mengambil berat terhadap kerosakan
masjid. Jadual berikut mungkin dapat menjelaskan keadaan sebenar.
Seterusnya pengkaji ingin melihat hubungan antara pekerjaan asasi
mereka dengan tanggung jawab terhadap kemudahan asas. Adakah
pekerjaan mereka mempengaruhi sikap mereka perihatin terhadap
kesempurnaan
peralatan
masjid.
Daripada soalselidik yang diterima didapati bahawa tidak ada
perbezaan antara mereka yang bersara, bekerja dengan kerajaan,
kerja sendiri dan kerja dengan swasta dari segi tanggung jawab
mereka terhadap kemudahan asas masjid. Ini memperlihatkan
bahawa tanggung jawab mereka terhadap masjid dan tanggung
jawab terhadap masyarakat tidak dipengaruhi oleh pekerjaan asasi
mereka.
9.4

Peranan

JAIPs

Pihak JAIPs dikatakan amat memberi perhatian yang baik dalam


membaik pulih segala kerosakan yang berlaku pada masjid. Ramai
pegawai masjid yang memberi laporan bahawa JAIPs telah memberi
bantuan yang banyak dalam mengatasi masalah kemudahan asas di
masjid.
Jadual
berikut
menyatakan
hal
demikian.

Seramai 250 orang pegawai masjid atau 62% berpuas hati dengan
pernanan JAIPs dalam hal penyelenggaraan masjid. Sebanyak 10.4%
mengatakan
peranan
JAIPs
amat
memuaskan
dalam
penyelenggaraan masjid. Sementara 21.8% menyatakan tidak puas
hati. Secara keseluruhannya peranan JAIPs adalah memuaskan.
9.5

Kesimpulan

Pengkaji mendapati bahawa apabila pegawai masjid mendapati


sebarang kerosakan terhadap kemudahan asas masjid meraka akan
berbincang dan merujuk kepada yang lebih tinggi. Jika Bilal dan Siak
mendapati kerosakan kemudahan asas mereka akan merujuk
kepada Imam dan Pengerusi. Sementara Imam pula akan merujuk
kepada Pengerusi. Pengerusi akan merujuk kepada JAIPs. Ini
menunjukkan satu sistem bagaimana pegawai-pegawai masjid perlis
menangani
kerosakan
kemudahan
asas
masjid.
Pengkaji mendapati juga terdapat kalangan pengerusi, setiausaha,
bendahari dan imam amat memberi perhatian terhadap kemudahan
masjid. Mereka merekodkan segala kerosakan dan seterusnya
membuat laporan. Pengkaji mendapati bahawa faktor lama bertugas
juga menjadikan pegawai lebih bertanggung jawab terhadap
kemudahan
asas
masjid.
Pegawai-pegawai masjid pada umumnya melaporkan bahawa JAIPs
adalah berperanan penting dalam penyelenggaraan kemudahan
asas masjid. Mereka memang berasa puas hati terhadap peranan
JAIPs
selama
ini.
Untuk kemudahan semua
perlu membuat kotak atau
di bahagian hadapan atau
jamaah membuat aduan

pihak dicadangkan supaya pihak masjid


borang aduan kerosakan yang diletakkan
anjung masjid supaya memudahkan ahli
kerosakan untuk tindakan selanjutnya.

Selain daripada itu pengkaji mendapati bahawa sikap pegawai


dalam menangani masalah kemudahan asas masjid tidaklah
dipengaruhi oleh tugas hakiki mereka. Sikap semua pegawai masjid
terhadap kebajikan masjid dan ahli kariah adalah sama tidak
mengira mereka pesara, kakitangan kerajaan, pekerja sendiri atau
swasta.
PENUTUP
10.1

Pendahuluan

Umat Islam diberikan kebebasan untuk memikirkan serta


menentukan cara yang difikirkan sesuai dan terbaik untuk
mentadbir urusan kehidupan mereka, tetapi mereka diwajibkan
berpegang kepada beberapa prinsip-prinsip yang telah ditetapkan

oleh
10.2

Islam.
Pengurusan

masjid

Perlis

Masjid Perlis adalah diurus dan ditadbir oleh Ahli Jawatankuasa yang
dipilih dan dilantik oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri
Perlis. Mereka yang menyandang jawatan dalam masjid adalah
mengikut pandangan JAIPs mempunyai kelayakan setelah
ditemuduga. Mereka yang dilantik akan diamanahkan tugas dan
tanggung jawab tertenu dalam mengurus dan mentadbirkan masjid.
10.3

Pengurusan

kepegawaian

Keseluruhannya penyelidik mendapati bahawa pegawai-pegawai


masjid yang sering hadir ke masjid adalah terdiri daripada tiga
golongan iaitu bilal, siak dan imam. Kebanyakan pegawai masjid
adalah tidak berpelajaran atau berkelulusan rendah sekadar tamat
darjah enam sekolah rendah sahaja. Walaupun mereka menjawat
jawatan yang penting dalam masjid, peratusan mereka yang tidak
berpelajaran masih tinggi. Namun begitu minat mereka untuk
mendapatkan ilmu sememangnya tinggi. Kajian mendapati mereka
lebih berminat jika JAIPs sendiri memperbanyakkan kursus untuk
meningkatkan tahap ilmu pengetahuan mereka dalam mengurus
dan
mentadbir
masjid.
Supaya pentadbiran masjid bertambah baik dari masa ke semasa
eloklah dicadangkan supaya setiap pengerusi yang dilantik
hendaklah tidak terlalu lama kerana jawatan yang terlalu lama akan
mengurangkan kualiti pentadbiran. Kadang kala seseorang
pengerusi yang terlalu lama berkhidmat akan merasakan keputusan
berada di tangannya tanpa melalui keputusan mesyuarat. Kalau
boleh disarankan supaya adakan giliran memegang jawatan
pengerusi
masjid.
Bagi memantapkan lagi pentadbiran dan pengurusan masjid
wajarlah pihak JAIPs terutamanya mengadakan siri kursus untuk
pegawai-pegawai masjid supaya masjid berfungsi dengan baik
selaras dengan kehendak Islam. Antaranya diadakan kursus
pengurusan
masjid
peringkat
sijil
atau
diploma.
10.4

Pengurusan

kebersihan

Pada keseluruhannya tahap kebersihan masjid Perlis masih kurang


memuaskan terutama jalan penghubung antara bilik air dengan
tangga masjid di kebanyakan masjid tidak disediakan. Ramai
jamaah yang terpaksa berjengket-jengket antara bilik air dengan
tangga masjid kerana lorong yang bersih tidak disediakan.
Terdapat bilangan yang agak ramai dalam kalangan pegawai-

pegawai masjid tidak memperdulikan kebersihan tempat mengambil


wuduk dan tandas. Di samping itu juga persekitaran masjid patut
diberi tumpuan melalui aktiviti gotong-royong. Amalan gotongroyong bukan sahaja masjid kelihatan bersih malah ia dapat
menghubungkan
silatur
rahim
sesama
jamaah.
Punca berlalukunya kekotoran di masjid adalah berpunca daripada
tidak ada kerja sama antara sesama pegawai dan juga ahli kariah.
Mereka wajar diberi kesedaran supaya sama-sama bertanggung
jawab menjaga kebersihan masjid. Tidak harus meletakan tanggung
jawab menjaga kebersihan itu kepada orang-orang tertentu sahaja.
10.5

Pengurusan

waktu

Pada keseluruhannya semua masjid Perlis menggunakan takwim


yang dibekalkan oleh JAIPs sebagai panduan masuknya waktu solat,
tetapi jadual mendirikan solat bergantung kepada keadaan.
Dicadangkan pihak jawatan kuasa masjid menetapkan waktu
mendirikan solat secara berjamaah secara tetap supaya menarik
lebih
ramai
ahli
kariah
solat
berjamaah.
Dari segi pengurusan waktu kelas pengajian, pihak Jawatankuasa
pada umumnya mengiklankan kepada ahli kariah melalui papan
kenyataan masjid. Disarankan juga agar jadual kelas pengajian
untuk wanita, kanak-kanak, remaja dan sebagainya diedarkan ke
rumah-rumah
ahli
kariah.
Wajar juga jika pihak pegawai masjid memikirkan secara serius
supaya menetapkan waktu khusus untuk golongan wanita menimba
ilmu pegetahuan. Walaupun kehadiran mereka kurang memuaskan
atau kurang mendapat sambutan, namun kelas pengajian untuk
mereka hendaklah ditentukan, lebih-lebih lagi mereka sebagai
individu yang berpengaruh dalam keluarga bertanggung jawab
mendidik anak-anak amat memerlukan bekalan ilmu pengetahuan
agama
yang
cukup.
Selain daripada itu masjid Perlis kurang memberi tumpuan kepada
pengajian fardhu ain kepada kanak-kanak. Sewajarnya pihak masjid
wajar memikirkan agar menetapkan satu waktu untuk kelas
pengajian
fardhu
ain
untuk
kanak-kanak.
JAIPs telah banyak memberi sumbangan kepada masjid menjayakan
berbagai aktiviti mentakmirkan masjid seperti mengadakan kelaskelas agama. Seterusnya pihak JAIPs juga wajar menganjurkan
kursus pengendalian program masjid kepada pegawai-pegawai agar
pegawai-pegawai dapat mengadakan program untuk masjid mereka
secara
bersiri.

10.6

Pengurusan

kewangan

Pada keseluruhannya bendahari masjid Perlis mempunyai asas-asas


pengetahuan tengan menyimpan kira-kira kewangan. Namun begitu
jawatan kuasa yang lain seperti Pengerusi dan setiausaha
hendaklah didedahkan pengetahuan ini semoga masalah kewangan
masjid
dapat
diselesaikan
bersama.
Selain daripada itu setiap pegawai khusunya bendahari hendaklah
diberi penerangan oleh JAIPs tentang wajib melakukan amanah
terhadap wang masjid. Mereka tidak dibenarkan menggunakan
wang masjid untuk tujuan peribadi kerana ia adalah amanah untuk
kegunaan
masjid
sahaja.
Ramai daripada kalangan bendahari masjid tidak memaparkan
jumlah wang masuk keluar untuk pengetahuan ahli kariah. Oleh itu
disarankan supaya pihak JAIPs hendaklah memantau setiap masjid
supaya dipamerkan wang masuk keluar masjid pada papan-papan
kenyataan
masjid.
Pihak JAIPs hendaklah menerangkan kepada pegawai-pegawai
masjid tentang bagaimana cara menggunakan wang tabung masjid.
Supaya jangan ada kalangan pegawai yang menganggap wang
tabung masjid boleh dibelanjakan sewenang-wenangnya seperti
membantu
kewangan
pegawai-pegawai
masjid.
Kajian memperlihatkan bahawa ramai kalangan pegawai masjid
kurang berminat menghadiri kursus berkaitan dengan pengurusan
dan pentadbiran kewangan. Hanya kalangan bendahari yang agak
berminat untuk berkursus. Oleh itu pihak berwajib haruslah
meningkatkan kesedaran kalangan pegawai melalui kursus-kursus
supaya mereka dapat mengetahuai bagaimana kewangan itu diurus
dan
ditadbir.
10.7

Pengurusan

perkaderan

Pengkaji mendapati pihak pegawai masjid pada umumnya kurang


berminat mengadakan kursus atau program untuk melatih bakalbakal yang akan menjawat jawatan pegawai masjid. Tidak ada
perbezaan sama ada mereka itu berkelulusan tinggi atau tidak ada
pelajaran, sama ada mereka yang telah lama berkhidmat atau yang
baru berkhidmat, sama sahaja iaitu tidak berminat untuk melatih
bakal-bakal
pegawai
masjid.
Pengkaji juga mendapati pegawai kurang berminat untuk mengikuti
kursus perkaderan. Oleh itu pihak JAIPs hendaklah menanamkan
kesedaran kepada pegawai-pegawai supaya mengambil perhatian

terhadap peganti mereka. Jika pihak JAIPs memberi pendedahan


kepada pegawai-pegawai masjid tentang perlunya bakal-bakal
pengganti mereka, maka insyaallah pegawai-pegawai dapat
mengadakan lebih banyak aktiviti-aktiviti melatih pegawai-pegawai
baru dalam pengurusan dan pentadbiran masjid. Antaranya
pegawai-pagawai masjid boleh mengadakan biro-biro tertentu untuk
melatih mereka dan menjinakkan mereka dengan insitusi masjid.
10.8

Pengurusan

kemudahan

asas

Pengkaji mendapati bahawa apabila pegawai masjid mendapati


sebarang kerosakan terhadap kemudahan asas masjid meraka akan
berbincang dan merujuk kepada yang lebih tinggi. Jika Bilal dan Siak
mendapati kerosakan kemudahan asas mereka akan merujuk
kepada Imam dan Pengerusi. Sementara Imam pula akan merujuk
kepada Pengerusi. Pengerusi akan merujuk kepada JAIPs. Ini
menunjukkan satu sistem bagaimana pegawai-pegawai masjid perlis
menangani
kerosakan
kemudahan
asas
masjid.
Pengkaji mendapati juga terdapat kalangan pengerusi, setiausaha,
bendahari dan imam amat memberi perhatian terhadap kemudahan
masjid. Mereka merekodkan segala kerosakan dan seterusnya
membuat laporan. Pengkaji mendapati bahawa faktor lama bertugas
juga menjadikan pegawai lebih bertanggung jawab terhadap
kemudahan
asas
masjid.
Pegawai-pegawai masjid pada umumnya melaporkan bahawa JAIPs
adalah berperanan penting dalam penyelenggaraan kemudahan
asas masjid. Mereka memang berasa puas hati terhadap peranan
JAIPs
selama
ini.
Untuk kemudahan semua
perlu membuat kotak atau
di bahagian hadapan atau
jamaah membuat aduan

pihak dicadangkan supaya pihak masjid


borang aduan kerosakan yang diletakkan
anjung masjid supaya memudahkan ahli
kerosakan untuk tindakan selanjutnya.

Selain daripada itu pengkaji mendapati bahawa sikap pegawai


dalam menangani masalah kemudahan asas masjid tidaklah
dipengaruhi oleh tugas hakiki mereka. Sikap semua pegawai masjid
terhadap kebajikan masjid dan ahli kariah adalah sama tidak
mengira mereka pesara, kakitangan kerajaan, pekerja sendiri atau
swasta
10.9

Kesimpulan

Islam menggalakkan umatnya memakmurkan masjid. Masjid yang


baik adalah masjid yang diurus dan ditadbirkan dengan secara
sistematik. Tidak mungkin institusi masjid ini dapat berfungsi
dengan baik jika tidak ditadbir dengan teliti. Masjid adalah anugerah

Allah s.w.t. untuk umat manusia yang beriman. Jika masjid


dimanfaatkan dengan sepenuhnya maka faedahnya adalah untuk
mereka
juga.
Masjid Perlis yang berjumlah 100 buah adalah merupakan lambang
kemegahan masyarakat Perlis. Setiap waktu berkumandang azan
mengajak manusia mendirikan solat secara berjamaah. Seperti
mana biasa begitulah masjid-masjid di negeri-negeri lain jamaahnya
tidak sampai satu saf kecuali waktu magrib dan isya mungkin dua
atau tiga saf. Demikainlah keadaannya keseluruhan masjid negeri
Perlis.
Hasil daripada tinjauan pengkaji di masjid-masjid Perlis,
perbincangan dengan ahli jawatan kuasa masjid dan pegawaipegawai di Jabatan Agama Islam Perlis banyak perkara yang ditemui
dan beberapa cadangan telah diselitkan sebelum ini. Semoga
penemuan dan cadangan-cadangan yang disarankan menjadi suatu
idea untuk memantapkan lagi pengurusan dan pentadbiran masjid
negeri Perlis khususnya dan umumnya masjid-masjid lain umumnya.

Anda mungkin juga menyukai