Anda di halaman 1dari 3

Tugasan Penilaian Prestasi

Soalan 1:
Senaraikan tiga isu yang dihadapi dalam pelaksanaan penilaian prestasi di sekolah/organisasi anda.
Soalan 2:
Huraikan bagaimana isu-isu tersebut boleh ditangani di sekolah/organisasi anda.
Soalan 1:
a. Guru yang tidak hadir hadir bertugas tanpa cuti atau tanpa kebenaran atau tanpa sebab yang
munasabah, datang lewat, tidak menandatangani kehadiran dan tidak masuk ke kelas.
b. Guru yang menghadapi masalah kesihatan mental dan fizikal, di mana pada fizikalnya
memperlihatkan seorang yang normal. Guru yang tidak berinteraksi dengan rakan sejawat dan
murid.
c. Guru telah tidak hadir bertugas tanpa cuti atau tanpa kebenaran terlebih dahulu atau tanpa sebabsebab yang munasabah.

Soalan 2:
a. Perbincangan dengan guru tersebut untuk mencari punca masalah yang dihadapi.
Punca-punca:
i. Keadaan keluarga yang tidak stabil-suami telah mengganggur setengah tahun, pendapatan
perkapita keluarga rendah kerana anak seramai 5 orang. Beban sekeluarga bergantung pada
guru seorang diri. Tidak ada sumber pendapatan tambahan.
ii. Merungut tidak mendapat BISP kerana tidak mengajar Sains dan Matematik
iii. Perhubungan dengan staf tidak mesra kerana rakan sejawat tidak menerima kelakuannya
yang bermasalah.
Cara penyelesaian:
i. Tindakan perlu diambil guru telah melanggar P.U. (A) 246 Peraturan-peraturan Pegawai Awam
(Kelakuan Dan Tatatertib) (Pindaan) 2002. Guru Besar telah memberi amaran lisan setelah
amaran lisan tidak berkesan dan diambil perhatian oleh pegawai. Amaran Bertulis Secara

Pentadbiran terpaksa diberi supaya guru tersebut mengambil tindakan yang sewajarnya untuk
menyelesaikan masalahnya sendiri dan bersedia berubah demi kebaikan diri dan sekolah.
ii. Guru Besar telah cuba membantu mengatasi masalah kewangan guru bermasalah tersebut dengan
mencari pekerjaan kepada suami guru. Di samping itu, Guru Besar berjanji akan cuba
mengaturkan supaya guru tersebut mengajar Matematik tahun depan.
iii. Pihak atasan telah menganjurkan pelbagai aktiviti yang memberi peluang kepada semua staf
melibatkan diri seperti Hari Keluarga, lawatan dan Hari Terbuka untuk mengeratkan hubungan
mesra dalam kalangan staf.
iv. Jika Guru Besar mendapati guru tersebut lewat masuk kelas, beliau akan masuk kelas dan mula
mengajar sehingga guru tersebut masuk kelas. Guru Besar tidak pernah menegur guru tersebut di
depan murid-murid. Guru Besar akan mengarahkan guru tersebut berjumpa beliau selepas waktu
mengajar. Perbincangan akan diadakan untuk mengetahui faktor lewat masuk kelas. Setelah
beberapa kali, guru tersebut berasa segan atas tindakannya dan masuk kelas dengan waktu tepat.
b. i.

Berbincang dengan ahli keluarga guru tersebut untuk mencari cara penyelesaian.

ii. Merujuk Pegawai Kepada Psikiatrik/Hospital


Guru Besar telah merujuk kes guru tersebut kepada Unit Perkhidmatan Psikologi, Jabatan
Perkhidmatan Awam. Guru tersebut memerlukan rujukan kepada pakar psikiatrik/Hospital.
Kriteria-kriteria dan simptom seseorang pegawai itu perlu dirujuk ke psikiatrik/Hospital
adalah seperti gangguan mental (mental disorders), tingkah laku ganas (violent),
sering bercakap bersendirian atau menunjukkan emosi yang tidak dapat diramal
atau berubah-ubah.
Penyelia Sekolah Rendah dari Jabatan Pelajaran telah mengadakan perbincangan dengan
pihak atasan sekolah dan ahli keluarga guru tersebut. Seterusnya tindakan telah dibuat
dengan mengkategorikan guru tersebut dalam Pool dan menempatkan guru tersebut
sebagai guru pemulihan dan dibantu oleh seorang pembantu.
iii. Merujuk Pegawai Kepada Perkhidmatan Kaunseling
Kadangkala permasalahan yang dihadapi oleh seseorang pegawai itu memerlukan rujukan
kepada perkhidmatan kaunseling.

c. Ketua Pembantu Tadbir(PT) Gred N22 telah tidak hadir bertugas tanpa cuti atau tanpa kebenaran
terlebih dahulu atau tanpa sebab-sebab yang munasabah.
Perbuatan PT tersebut membolehkannya dikenakan tindakan tatatertib selaras dengan peraturan 24,
Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 dan boleh diertikan sebagai tidak
bertanggungjawab iaitu bertentangan dengan peraturan 4(2)(g), Peraturan-Peraturan Pegawai awam
(Kelakuan dan Tatatertib) 1993 seperti berikut:
4(2) Seseorang pegawai tidak boleh(g) tidak bertanggungjawab.
Keputusan Lembaga Tatatertib:Turun Pangkat Dari Gred N22 Kepada N17
i.

Setelah perbincangan dengan Guru Besar, PT tersebut telah mengaku bersalah atas kesilapan
dan berjanji tidak akan mengulangi kesilapan kerana menyesali akan perbuatannya.

ii.

PT tersebut telah mohon maaf dan merayu agar tidak dikenakan tindakan kerana beliau telah
dikenakan pemotongan gaji, penahanan gaji, tidak mendapat bonus dan tidak mendapat kenaikan
gaji tahunan.

iii.

PT tersebut telah menerima perkhidmatan kaunseling oleh Kaunselor Jabatan Pelajaran Negeri
dan berubah menjadi pekerja yang lebih baik dan bertanggungjawab di atas segala pekerjaannya.

Anda mungkin juga menyukai