Anda di halaman 1dari 1

Pra Syarat Kemenangan Kita.

Siri 01

1. Kemenangan amat bermakna bagi sebuah perjuangan. Apatah lagi perjuangan yang gigih berusaha
untuk mendaulatkan syariat Allah swt. Namun ianya tidak mudah dicapai. Kemenangan adalah
anugerah Allah swt. Ia dikurniakan hanya kepada yang layak dan berpotensi. Kelayakan dan potensi
itu pula dinilai setelah kita berjaya menepati pra syarat sebuah kemenangan.

2. Pra syarat kemenangan ini boleh dimiliki melalui proses pembinaan dalaman dan luaran dengan
sistem pentarbiyahan yang efektif dan istiqamah. Tanpa melalui proses ini, terlalu sukar untuk
memiliki para syarat kemenangan tersebut, sementara tanpa pra syarat ini pula kemenangan tidak
akan dapat dicapai sekalipun kita mempunyai pengaruh yang luas dan kekuatan fizikal yang hebat.

3. Ingat dan hayati apa yang telah ditegaskan melalui firman Allah swt :

Sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam banyak medan-medan
perang dan di medan perang Hunain, iaitu semasa kamu merasa megah dengan sebab bilangan kamu
yang ramai; maka bilangan yang ramai itu tidak mendatangkan faedah kepada kamu sedikitpun; dan
(semasa kamu merasa) bumi yang luas itu menjadi sempit kepada kamu; kemudian kamu berpaling
undur melarikan diri.

Surah At Taubah : 2

Nasrudin bin Hassan


Timbalan Pengerusi 1
Lajnah Dakwah PAS Pusat

Anda mungkin juga menyukai