Anda di halaman 1dari 15

Pengenalan

KSSR (Kurikulum Standard Sekolah Rendah) telah diperkenalkan pada tahun


2011 dengan subjek yang lebih sedikit tetapi menggunakan pendekatan yang lebih
interaktif. Kurikulum tersebut bakal menggabungkan beberapa subjek menjadi satu
selain turut akan memperkenalkan satu subjek baru yang bertema semangat
kenegaraan dan patriotik. Mata pelajaran Sejarah menjadi mata pelajaran teras yang
wajib dipelajari oleh semua murid mulai Tahun Empat di Tahap II.
Pada 14 Jun 2009, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Alimuddin Mohd
Dom mengumumkan hasrat kerajaan menjadikan mata pelajaran Sejarah sebagai salah
satu mata pelajaran wajib di sekolah rendah. Kandungan Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan (PIPP) 2006-2010 telah menyenaraikan mata pelajaran Sejarah akan
dimulakan di 500 buah sekolah perintis diseluruh negara bermula tahun 2010 atau 2011
yang belum dimuktamadkan. Mata pelajaran Kajian Tempatan te;ah diperkenalkan
sebagai mata pelajaran baru dalam KBSR pada tahun 1994 1. Mata pelajaran Sejarah
akan diajar bermula dari Tahun Satu dan akan menggantikan mata pelajaran Kajian
Tempatan. Tidak boleh dinafikan bahawa subjek Sejarah juga diubahsuai dan menjadi
subjek yang mampu memupuk sikap patriotisme dengan lebih berkesan berbanding
dengan KBSR.
Dengan pengubahsuaian KBSR ke KSSR, pendekatan teknik pengajaran dan
pembelajaran (P&P) akan menjadi lebih menarik dan berkesan. Terdapat banyak
perbezaan antara KBSR dan KSSR. Kerja tugasan ini telah menyenaraikan perbezaan
antara KBSR dan KSSR serta menerangkan bagaimana KSSR mampu meningkatkan
kualiti sejarah. Perbezaan antara KBSR dan KSSR adalah soalan KBAT, reka bentuk
kurikulum KSSR, fokus kurikulum, bahan kurikulum , elemen merentas kurikulum serta
organisai kurikulum. Persoalannya, bagaimana KSSR mampu meningkatkan kualiti
sejarah?
Tidak boleh dinafikan bahawa subjek Sejarah telah memikul tanggungjawab
untuk menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan murid-murid. Kerja
1 Salleh, Ikhsan Othman Norila Md. Kurikulum dan Pengajaran Sekolah
Rendah. Tanjung Malim, Perak: Quantum Books, 2005. hlm 86
1

tugasan ini telah menyenaraikan bagaimana mata pelajaran sejarah mampu melahirkan
individu, masyarakat dan negara yang berjiwa patriotik.

Tajuk Tugasan: Kurikulum Standard Sekolah Rendah mata pelajaran Sejarah


mendukung cita-cita murni bagi menyediakan kurikulum yang relevan dan terkini
untuk melahirkan generasi cemerlang selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.

2.0 Berdasarkan pernyataan di atas, bincangkan sejauhmanakah Kurikulum


Standard Sejarah Rendah (KSSR) meningkatkan kualiti pendidikan Sejarah
sekolah rendah.
2.1 Soalan KBAT
Tidak boleh dinafikan, KSSR memang bawa banyak faedah dalam bidang
pendidikan. KSSR bertujuan untuk melahirkan modal insan yang kreatif, kritis, inovatif
dan memiliki kemahiran berfikir aras tinggi. Sejarah merupakan salah satu subjek yang
agak penting dalam mata pelajaran sekolah rendah. Ia bukan sahaja dapat memupuk
sikap patriotism kanak-kanak, malah ia juga dapat melatih murid-murid berfikir aras
tinggi. Contohnya, guru sejarah boleh menanya soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
( KBAT ) yang boleh melatih murid-murid berfikir dan mengaplikasikan pengetahuan,
pengalaman dan kemahiran berfikir secara lebih praktik sama ada di dalam atau di luar
sekolah. Misalnya, guru boleh tanya Jika Tunku Abdul Rahman dan pejuang-pejuang
pada zaman dahulu tidak menuntut kemerdekaan, apa yang akan terjadi di tanah air
negara kita? . Dengan soalan yang begini, murid-murid pasti akan fikir lebih banyak
sambil memupuk nilai cinta akan negara di minda mereka. Mereka pasti akan lebih
menghargai kemerdekaan yang dituntut oleh pejuang-pejuang pada zaman dahulu.
Tegasnya, dengan soalan KBAT yang diperkenalkan dalam KSSR dalam mata pelajaran
Sejarah, pastilah murid-murid dapat berfikir dengan lebih banyak dan di samping itu,
kualiti pendidikan Sejarah pastilah akan dipertingkatkan.

2.2 Reka Bentuk Kurikulum KSSR


Sebelum KSSR diperkenalkan, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah ( KBSR )
telah dilaksanakan. Jelas kami nampak banyak perbezaan telah dilaksanakan antara
KSSR dan KBSR, contohnya reka bentuk kurikulum dalam KBSR adalah linear
3

berasaskan 3 bidang iaitu komunikasi, manusia dan alam


perkembangan diri individu

kelilingnya serta

manakala reka bentuk kurikulum dalam KSSR adalah

modular berasaskan 6 tunjang iaitu: komunikasi, kerohanian, sikap dan nilai,


kemanusiaan, perkembangan fizikal dan estetika, sains dan teknologi serta keterampilan
diri. Reka bentuk kurikulum dalam KBSR tidak focus dalam nilai dan sikap. Jika ingin
melahirkan sebuah negara yang harmoni, rakyat haruslah memupuk sikap patriotism
dan nilai yang baik. Dengan memperkenalkan KSSR, kualiti mata pelajaran Sejarah
telah dipertingkatkan. Sejarah bukan sahaja dapat memupuk nilai cinta akan negara,
malah ia juga dapat memupuk nilai-nilai yang baik. Contohnya

dalam Standard

Kandungan dalam Sejarah KSSR, ia telah mengandungi Mengetahui dan Memahami


Diri Dan Keluarga dengan topik ini, pastilah murid-murid dapat mengetahui bahawa
bapa dan ibu adalah watak yang mulia. Murid-murid pasti akan lebih menghormat dan
menyayangi ibu bapa mereka. Sikap hormat-menghormati telah dipupuk. Jika nilai-nilai
yang baik telah dipupuk, pastilah kualti Sejarah dapat dipertingkatkan. Tegasnya jelas
kami nampak bagaimana reka bentuk kurikulum KSSR dapat meningkatkan kualiti
Sejarah dengan sempurna.

2.3 Fokus Kurikulum


KBSR memberi penegasan kepada penguasaan murid dalam kemahiran asas
iaitu kemahiran 3M yang membawa maksud kemahiran membaca, menulis dan
mengira, manakala dalam KSSR pula, telah ditambah satu lagi kemahiran yang perlu
dikuasai oleh murid menjadikannya empat kemahiran asas iaitu membaca, menulis,
mengira

dan

menaakul.

Kemahiran

menaakul

adalah

keupayaan

membuat

pertimbangan dan penilaian dengan menggunakan akal atau logik. Di tahap 1, tumpuan
adalah kepada penguasaan asas 4M manakala di tahap 2, fokus adalah terhadap
pengukuhan dan aplikasi 4M. Dengan memperkenalkan kemahiran menaakul, pastilah
murid-murid dapat berfikir secara logik. Persoalanya, bagaimana kemahiran menaakul
dalam KSSR dapat meningkatkan kualiti sejarah? Jawapannya ialah, menaakul dapat
membantu pelajar membuat inferens berdasarkan kemahiran memahami faktor sebab
dan akibat terhadap sesuatu peristiwa sejarah. Contohnya, murid-murid akan
mengetahui sebab dan akibat Tun Perak memperjuangkan demi mempertahankan tanah
air kita. Dengan mengetahui asal usulnya, murid-murid dapat menaakul kenapa Tun
4

Perak ingin membuat demikian. Proses menaakul ini akan membantu murid-murid
menerap ilmu dan berfikir secara logik secara tidak langsung. Mereka akan mengetahui
bahawa adakah Tun Perak membuat demikian adalah salah atau betul. Malahan, proses
ini juga akan membantu pelajar menerap nilai cinta akan negara. Jelaslah kami nampak
bagaimana kemahiran menaakul yang baru diperkenalkan dalam KSSR dapat
membantu murid-murid menerap ilmu sejarah dan meningkatkan kualiti mata pelajaran
Sejarah.

2.4 Bahan Kurikulum


Terdapat juga perbezaan dalam bahan kurikulum antara KBSR dan KSSR. dalam
KBSR, bahan kurikulum yang digunakan ialah Sukatan Pelajaran manakala KSSR telah
ubahsuai dan menggunakan Dokumen Kurikulum sebagai bahan kurikulum. Dokumen
kuriulum boleh dibahagi kepada dua iaitu Standard Kandungan dan Standard
Pembelanjaran. Kedua-dua atandard ini memang mampu meningkatkan kualiti mata
pelajaran Sejarah dalam sekolah rendah. Standard kandungan adalah kenyataan umum
tentang domain kognitif (pengetahuan) dan efektif (sikap dan nilai) yang boleh dicapai
oleh murid. Contohnya, guru boleh menjelaskan cerita Parameswara yang ingin
dipelajari oleh murid-murid secara jelas. Melalui proses ini, murid-murid pasti dapat
berfikir secara kognitif dan sikap dan nilai juga dapat diterap oleh murid-murid, bah kata
pepatah sambil menyelam sambil minum air. Standard pembelajaran pula ialah
kenyataan khusus kepada murid agar mereka tahu dan boleh melakukan dari segi
konsep dan pengetahuan. Keupayaan melakukan sesuatu membolehkan murid
mendapat pengetahuan,kemahiran dan nilai dalam bentuk yang boleh diukur.
Contohnya, guru boleh menerangkan cerita Maharaja Lela dengan menggunakan satu
penetapan kriteria atau petunjuk (indicator) kualiti pembelajaran dan pencapaian yang
boleh diukur bagi setiap standard kandungan. Dengan cara ini, pastilah murid-murid
dapat mendapat ilmu pengetahuan dengan lebih jelas dan teliti. Jelaslah kami nampak
bahawa kedua-dua standard ini dapat memperkasakan kualiti sejarah.
2.5 Elemen Merentas Kurikulum
Elemen Merentas Kurikulum (EMK) ialah unsur nilai tambah yang diterapkan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran selain yang diterapkan dalam proses
5

pengajaran dan pembelajaran. EMK ini bertujuan untuk memberi lebih fokus bagi
pembangunan modal insan yang berfikiran kreatif, kritis dan inovatif mempunyai ciri dan
sikap keusahawanan serta dapat menguasai kemahiran TMK. EMK diperkenalkan
semasa dalam perlaksanaan KBSR yang mana hanya menerapkan kemahiran berfikir
secara kreatif dan kritis. Berbeza pula dalam perlaksanaan KSSR yang mempunyai
penyepaduan tiga elemen iaitu Elemen Kreatif dan Inovasi, Keusahawanan dan
Teknologi Maklumat dan Komunikasi.

2.5.1 Elemen Kreaktif dan Inovasi


Mengikut Dewan Buku Dan Pustaka, maksud kreaktitif dan inovasi ialah
kemampuan atau kebolehan mencipta sesuatu yang asli dan sesuai (DBP 1997).
Tujuan memperkenalkan elemen ini ialah untuk menghasilkan modal insan berdaya
cipta dan berkeupayaan menghasilkan idea dan ciptaan yang berkualiti yang menjadi
amalan dan

budaya

dalam

kehidupan serta mampu menyumbang ke arah

pembangunan masyarakat, bangsa, negara dan agama. Pertukaran dan penambahan


eleman ini mampu membantu murid mempunyai keterampilan diri dan personaliti
individu kreatif. Misalnya murid-murid mampu menguasai kemahiran dalam proses
kreatif, menghasilkan idea kreatif dan inovatif, menguasai kemahiran komunikasi dan
lain-lain. Tidak boleh dinafikan bahawa elemen ini juga mampu meningkatkan kualiti
Sejarah, sebagai contoh, cikgu boleh menanya soalan kepada murid-murid dengan
pembahagian kumpulan. Soalan yang akan ditanya oleh cikgu haruslah berfreaktif,
misalnya Jika tokoh pada zaman dahulu tidak menentang penjajah asing, apa yang
akan terjadi terhadap penduduk pada masa itu? . Dengan yang sebegini, pastilah
murid-murid

dapat

berfikir

dengan

lebih

berkreaktif

dan

dapat

belajar

cara

berkomunikasi dengan rakan sekumpulannya. Kejadian ini mampu membantu mereka


berkomunikasi dengan kaum lain. Satu daripada matlamat belajar sejarah adalah
menyatupadukan rakyat Malaysia. Jelaslah nampak bagaimana elemen ini mampu
meningkatkan kualiti Sejarah di Malaysia.

2.5.2 Keusahawan
Tujuan memperkenalkan elemen keusahawan adalah untuk membentuk ciri-ciri
dan amalan keusahawanan sehingga menjadi satu budaya dalam kalangan murid. Sikap
ini akan diterapkan melalui aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.
Objektif memperkenalkan elemen ini adalah untuk mengamalkan cara berfikir ke arah
keusahawanan dalam situasi yang diperlukan, mengamalkan sikap keusahawanan
kemahiran pengurusan asas jual beli yang mudah dalam aktivitike hidupan seharian
yang relevan. Cikgu boleh menggunakan contoh sistem barter dalam zaman dahulu
supaya murid-murid dapat mengetahui kenapa orang zaman dahulu ingin menggunakan
cara sistem barter untuk menukar barang yang dingini. Selain itu, cikgu juga boleh
meneraangkan kenapa penduduk pada zaman kesultanan Melaka dapat memajukan
pelabuhan Melaka menjadi pelabuhan antarabangsa. Kedua-dua contoh ini memang
dapat membantu murid-murid untuk mangaitkan hubungan keusahawan dengan mata
pelajaran Sejarah. Dalam proses mengajar Sejarah dengan menggunakan elemen
keusahawan, cikgu boleh sambil menerapkan nilai dan etika yang disenarai dalam
KSSR EMK. Tegasnya, cikgu harus menerapkan 5 prinsip yang disenarai dalam elemen
keusahawan ini. Antara 5 prinsip ini adalah prinsip keadilan, prinsip hak manusia, prinsip
autonomi, prinsip ketelusan dan prinsip tanggungjawab sosial. Lima prinsip ini harus
diterap oleh setiap pelajar supaya matlamat Sejarah dapat dicapai. Jelaslah, betapa
pentingnya elemen keusahawan memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan
kualiti sejarah.

2.5.3 Teknologi Maklumat dan Komunikasi


Proses pengajarandan pembelanjaran di bilik darjah masa kini telah banyak
berubah. 2Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) adalah teknologi yang digunakan
khasnya dalam penggunaan komputer, peralatan komunikasi dan perisian aplikasi untuk
memperoleh, memproses, menyimpan, menghantar,mendapatkan semula, menukar dan
melindungi maklumat di mana saja dan bila-bila masa. Matlamat-matlamat TMK
2 Kurikulum Sejarah. Selangor Darul Ehsan: Penerbitan Multimedia, 2014.
hlm 67
7

merentas kurikulum

adalah bagi memastikan

murid dapat

mengaplikasi

dan

mengukuhkan pengetahuan dan kemahiran asas TMK yang dipelajari, menggalakkan


kreativiti dan menyediakan pembelajaran yang menarik dan menyeronokkan serta
menjana

pemikiran

kritis

dan

kreatif,

berinovatif

serta

meningkatkan

kualiti

pembelajaran. Tuntasnya, bagaimana TMK dpat memainkan peranan yang utama dalam
meningkatkan kualiti sejarah? Tidak boleh dinafikan bahawa TMK memang memainkan
watak yang penting pada zaman ini. Hampir semua pekerjaan dalam pelbagai bidang
memerlukannya untuk menjalankan pekerjaan seharian,termasuklah sejarahwan dan
guru. TMK dapat melatih murid-murid untuk merekod dan menyimpan data-data. Mata
pelajaran subjek Sejarah juga menerangkan bagaimanakah orang pada zaman dahulu
menyimpan rekod mereka, contohnya batu lisan, batu bersurat dan lain-lain. Sejarawan
juga menggunakan TMK untuk menyimpan data-data yang telah dikaji. Untuk
meningkatkkan kualiti sejarah, murid-murid haruslah mengetahui betapa pentingnya
pengurusan data dalam Sejarah. Jika murid-murid telah mengetahui penting
menguruskan data, maka mereka pasti akan mempelajari cara mengurusnya. Tegasnya,
demi meningkatkan kualiti sejarah, elemen TMK memang memainkan watak yang
penting.

2.6 Organisasi Kurikulum


Mengikut berita dari Utusan pada 31 December 2013, ia menyatakan Dari segi
pentaksiran, KSSR Tahap I menggunakan Dokumen Standard Kurikulum (DSK).
Sementara itu KSSR Tahap II menggunakan Dokumen Standard Kurikulum dan
Pentaksiran (DSKP) yang mana kurikulum dan pentaksiran dilaksanakan seiring bagi
setiap unit pembelajaran. Dengan pernyataan di atas, jelas kami nampak organisasi
KSSR ini bertujuan supaya murid berupaya menguasai ilmu dan kemahiran yang telah
ditetapkan sebelum mereka melangkah ke tahun persekolahan seterusnya. Ini mampu
membantu murid-murid menguasai ilmu pengetahuan dengan sepenuh-penuhnya.
Dalam mata pelajaran Seharah pula, murid-murid dapat menguasai aliran cerita sejarah
dengan baik. Contohnya, mereka dapat menguasai kenapa pekara ini berlaku dan
bukannya hafal dengan tanpa memahami. Organisasi kurikulum KSSR dapat membantu

murid-murid memahami pengetahuan Sejarah dengan lebih jelas 3. Tegasnya, kita boleh
nampak dengan jelas bagaimana organisasi kurikulum KSSR memainkan peranan yang
peting dalam meningkatkan kualiti mata pelajaran Sejarah.

2.7 Kesimpulan
Jelaslah kami nampak dengan jelas bagaimana KSSR mampu meningkatkan kualiti
Sejarah. Akhirnya, haraplah KSSR dapat berjalan dengan lancar dan berkesan supaya
dengan bantuan sejarah, kami dapat melahirkan individu, masyarakat dan negara yang
berjiwa patriotik dan harmonis.

3 Dr.IsmailbinSaid. Kaedah Pengajaran Sejarah. Selangor Darul Ehsan:


Penerbitan Multimedia, 2014. hlm 55
9

3.0 Hubungkaitkan bagaimana kurikulum sejarah melahirkan individu, masyarakat


dan negara yang berjiwa patriotik.

3.1 Pengenalan
Di Malaysia, mata pelajaran Sejarah bukanlah satu persoalan baru di negara ini.
Sejak kemerdekaan hingga kini, isu sejarah dalam melahirkan individu, masyarakat dan
negara terus dibahaskan sebagai agenda utama negara.
Menurut hujahan Ghazali Shafie pada tahun 1980, Every person, society or
nation has a past which has moulded his or its present stature and together the past and
the present mould his future. But the choice of his future image depends on his present
beliefs of his history, of what he reckons he is and what he believes others believe of
him.
Beliau juga menegaskan hujahan beliau dengan huraian, When people have
lost their confidence and faith in their history because of oversimplistic historicism or
intense subjectivism or for whatever reasons then story become wearisome and its study
irrelevent.
Jelas kami nampak Sejarah memang memainkan peranan yang agak penting
dalam melahirkan individu, masyarakat dan negara yang mempunyai sikap cinta akan
negara. Persoalannya, bagaimana kurikulum sejarah melahirkan individu, masyarakat
dan negara yang berjiwa patriotik?

3.1 Sukatan Pelajaran


Sikap patriotisme adalah perasaan sayang kepada tanah air dan sikap ini
haruslah wujud di hati setiap individu rakyat Malaysia walaupun berbilang kaum, budaya
dan bangsa. Sehubungan itu , semangat patriotik dapat membentuk rakyat Malaysia
10

yang bersatu padu dan harmoni. Contohnya, mata pelajaran Sejarah telah menerangkan
cerita tokoh penjuang kemerdekaan. Dengan cerita-cerita tersebut, kami boleh
mengetahui dengan jelas betapa susahnya pejuang-pejuang kemerdekaan pada masa
itu. Tegasnya, murid-murid pasti akan lebih menyayangi tanah air kita dan sikap
patriotisme dapat dipupuk.
Natijahnya, melalui isi kandungan mata pelajaran Sejarah, guru boleh memupuk
semangat patriotik dan menimbulkan perasaan bangga tentang sejarah negara.
Misalnya semasa guru mengajar tentang Kesultanan Melayu Melaka, pelajar dapat
mengkaji bagaimana empayar Melaka menjadi gemilang dengan kedudukan ekonomi
yang mantap, sistem pentadbiran yang cekap dan teratur, keselamatan yang terjamin
dan dasar luar yang bijak pada abad ke-15 dan ke-16.
Kandungan teks juga

ditulis dengan menggunakan bahasa yang dapat

menyemarakkan semangat patriotik, perpaduan antara kaum dan integrasi wilayah dan
nasional.Penerapan nilai boleh berlaku semasa pelajar membuat rasionalisasi mengenai
peristiwa sejarah yang dipelajari. Murid-murid dapat belajar kemahiran mengenal pasti
isu dan masalah masa lalu dengan mengkaji sebab musabab, melihat perubahan dan
kesinambungan dan melihat kesan dan akibat.4
Justeru , berdasarkan pengetahuan dan pemahaman aspek-aspek sejarah
negara, murid dibimbing untuk menganalisis dan menilai fakta-fakta sejarah secara
rasional. Dengan penyataan di atas, cikgu-cikgu boleh menceritakan kezaliman
penjajahan Jepun. Dengan cerita ini, pastilah murid-murid dapat membuat analisis dan
menilai kepentingan menuntut kemerdekaan. Natijah daripada pemahaman dan
penghayatan sejarah negara , para pelajar dapat membina kekuatan semangat cinta
akan negara. Tegasnya sukatan pelajaran memang dapat melahirkan individu,
masyarakat dan negara yang berjiwa patriotik.

3.2 Pemikiran Sejarah


Patriotisme bukan sekadar semangat perjuangan menentang penjajah tetapi
lebih luas daripada itu dan lebih besar lagi. Rakyat Malaysia haruslah berusaha untuk
4 TanSriAlimuddinMohdDom. "Kurikulum Baharu KSSR Meningkatkan Kualiti
Pendidikan." n.d. hlm 47
11

memajukan negara dan berfikir bagaimana untuk menjaga , memelihara dan


mengekalkan kemerdekaan. Tidak boleh dinafikan, pemikiraan dalam sejarah mampu
untuk melahirkan semangat patriotisme. Murid-murid harus mengetahui bahawa bukan
sekadar kefahaman guru bahawa untuk menjadikan seseorang itu patriotik ia mestilah
menyanyikan dan menghormati lagu-lagu patriotik atau lagu kebangsaan, menaikkan
bendera serta menyertai dan menyambut bulan kemerdekaan semata-mata .Dengan
belajar sejarah, murid-murid pasti dapat mengetahui sebab dan cara menyayangi tanah
air ini.
Contohnya, kandungan sejarah yang asyik menyeru rakyat Malaysia haruslah
saling hormat-menghormati dan elakan berlakunya pergaduhan dan pertelingkahan.
Dengan penerapan sikap dan nilai tersebut, pastilah kurikulum Sejarah mampu
melahirkan sebuah masyarakat yang harmoni. Pembentukan masyarakat harmoni akan
memyebabkan rakyat berasa selasa dan bahagia. Kejadian ini pastilah akan membantu
wujudnya pemupukan nilai patriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia. Tegasnya,
pemikiran sejarah mampu untuk melahirkan sikap patriotisme dalam kalangan individu,
masyarakat dan negara yang berjiwa patriotik.

3.3 Kajian Masa Depan


Pengajaran guru yang menjurus kepada tahap pemikiran tinggi dapat membantu muridmurid untuk membuat analisis dan tafsiran tentang unsur patriotisme secara mendalam ,
rasional dan prakmatik. Selain itu, guru yang membuat andaian dapat membantu muridmurid faham apakah unsur patriotisme yang kita hendak pupukkan Mereka sendiri boleh
faham dan mentafsirkan daripada contoh yang kita berikan . Adakah semua pelajar kita
berkemampuan membuat sedemikian? Kalaupun mampu di tahap pemikiran mana
mereka berada? Adakah hanya sekadar di aras pengetahuan atau kefahaman sahaja.
Peranan penting seorang guru sejarah ialah untuk membentuk, mengasah dan
menajamkan pemikiran pelajar melalui proses pengajaran dan pembelajaran sejarah.
Sejarah sebenarnya membantu kita membentuk dan membina satu kerangka pemikiran
dan menanam ingatan bersama berkaitan sesuatu peristiwa yang telah berlaku dan
menjadikannya satu pengajaran dan pengalaman berguna di masa hadapan bukan
sekadar maklumat semasa sahaja tetapi juga sejarah masa hadapan. Jadi, jelas kami
12

nampak bagaimana kurikulum sejarah dapat melahirkan individu, masyarakat dan


negara yang berjiwa patriotik.

3.4 Sumbangan Raja-raja


Sejarah membuktikan bahawa di dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu
1948,Majlis Raja-Raja diberi kuasa untuk meneliti pelbagai perkara berkenaan
pentadbiran Kerajaan Persekutuan ketika itu. Raja juga ketika itu turut bertindak sebagai
wakil kepada rakyat untuk mengimbangi kuasa British agar tidak melampaui batasnya.
Perlembagaan yang ada hari ini juga meletakkan peranan Majlis Raja-Raja mempunyai
kuasa tertentu berdasarkan bidang kuasa diperuntukkan di bawah Perlembagaan
Persekutuan, khususnya perkara 38(2) dan beberapa peruntukan lain.
Dengan

mengetahui

peranan

raja-raja,

pastilah

rakyat

Malaysia

akan

menghargai jasa-jasa baginda. Jika setiap rakyat Malaysia taat setia terhadap raja-raja
dan Yang di-Pertuan Agong, pastilah tidak akan wujudnya pertelingkahan dan setiap
warganegara Malaysia akan menghormati pentadbiran tertinggi dan cinta tanah air ini
dengan tanpa mengira agama, bangsa dan budaya. Jadi, taat kepada raja-raja dan
sultan pasti dapat membantu melahirkan individu, masyarakat dan negara yang berjiwa
patriotik.
3.5 Mengetahui kesan buruk pertelingkahan antara kaum
Pada tanggal 13 Mei 1969 keharmonian negara telah dikejutkan dengan
peristiwa yang hampir meragut dan menghancurkan keutuhan negara. Lebih-lebih lagi
baru enam tahun usia pembentukan Malaysia. Tragedi ini berlaku ekoran daripada
pelbagai isu-isu sensitif telah disentuh bagi mencapai kemenangan dan untuk
kepentingan diri sendiri. Usia Malaysia yang masih muda sudah tentunya belum matang
dalam membuat keputusan dan mengatur perjalanan pentadbiran yang sebenar telah
menjadialasan kepada pihak-pihak tertentu dan akhirnya membawa kepada berlakunya
masalah ini.
Sesungguhnya faktor-faktor tersebut telah membawa kepada ketegangan kaum
di Malaysia. Tragedi hitam 13 Mei 1969 sepatutnya menjadi ingatan kepada anggota
13

masyarakat Malaysia agar menanamkan tekad dan semangat untuk meningkatkan nilai
kewarganegaraan dan patriotisme agar tidak akan berulangnya peristiwa yang
sepatutnya menjadi iktibar dalam sejarah keharmonian Malaysia 5. Sejarah yang buruk
pada masa lampau dapat mengingatkan rakyat supaya elak berlaku pertelingkan kerana
akan membawa impak yang buruk. Tegasnya, kurikulum sejarah mampu melahirkan
individu, masyarakat dan negara yang berjiwa patriotik.

3.6 Kesimpulan
Dengan penerapan nilai dalam pendidikan sejarah sudah tentunya akan dapat
melahirkan modal insan dalam negara kita. Golongan pelajar inilah yang akan dapat
menyedari bahawa pemerintah Malaysia hari ini memberi jaminan bahawa kerajaan
akan tetap mempertahankan perlembagaan sedia ada yang mengiktiraf kebebasan
beragama di samping menjaga hak-hak rakyat dengan saksama. Oleh itu tidak mungkin
timbul lagi kekeliruan berkaitan dengan peruntukan dalam perlembagaanMalaysia.
Akhirnya, harap kurikulum Sejarah dapat memupuk sikap patriotisme dalam kalangan
rakyat Malaysia supaya satu masyarakat yang harminis dapat diwujudkan.

5 Dr.IsmailbinSaid. Kaedah Pengajaran Sejarah. Selangor Darul Ehsan:


Penerbitan Multimedia, 2014. hlm 94
14

4.0 Kesimpulan
Kekuatan bagi sesebuah negara bergantung kepada nilai-nilai murni yang ada
dalam kalangan rakyatnya. Nilai kewarganegaraan dan patriotisme merupakan nilai
yang begitu erat dan saling bergantungan antara satu sama lain. Tanpa nilai
kewarganegaraan tiada maknanya nilai patriotisme begitulah sebaliknya. Kedua-dua
nilai ini mesti disepadukan barulah dapat membentuk kekuatan kukuh dalam
mempertahankan

kedaulatan

dan

kemakmuran

negara.

Kepentingan

nilai

kewarganegaraan dan patriotisme tidak dapat disangkal dalam membawa kemajuan,


keharmonian serta kemakmuran kepada negara. Nilai-nilai inilah yang wajib ada dalam
diri setiap warganegara yang mengakui berada di tanah tumpah darahnya.
Kekuatandan kualiti sesebuah negara bergantung kepada semarak rakyatnya
untuk bersama-samamencapai kemajuan dalam bidang ekonomi, politik dan sosial
tanpa mengira warna kulit. Adalah diingatkan kekuatan bangsa juga hendaklah berani
mengakui sebagai satu bangsauntuk membentuk negara bangsa yang unggul.
Kewajiban setiap warganya mengakuikepercayaan kepada tuhan, kedaulatan undangundang, kesetiaan kepada raja dan negara,keluhuran perlembagaan dan kesopanan
dan kesusilaan. Maka dengan adanya pegangankukuh terhadap ideologi negara ini dan
disulam indah nilai kewarganegaraan dan patriotismeyang ampuh adalah tidak mustahil
Malaysia akan menjadi negara maju dalam tempoh yangdirencanakan.
Pendidikan sejarah ternyata menjadi satu agen penting yang memantapkan lagi
nilai-nilai ini agar tidak akan terlerai lagi dan menjadi pegangan kukuh sebagai waris
negara merdeka. Akhirnya, harap rakyat Malaysia mampu menyayangi tanah air sendiri
supaya negara kita dapat berkembang dengan maju.

15

Anda mungkin juga menyukai