Anda di halaman 1dari 13

Cara Menguruskan Tekanan

Cara- Cara untuk Menghadapi dan M\engatasi Tekanan Tekanan atau stress
merupakan sebarang jenis perubahan yang menyebabkan rasa tegang fizikal,
emosional dan psikologi. Semua insan mengalami tekan yang berkaitan dengan
kerja, keluarga, keputusan , masa depan, dan lain-lain.
Tekanan adalah fizikal serta mental. Ia disebabkan oleh kejadian utama
kehidupan seperti kesakitan, kematian orang yang kita sayangi, sesuatu perubahan
dalam tanggungjawab atau dugaan di tempat kerja, kenaikan pangkat, kerugian,
masalah kewangan atau perubahan yang tiba-tiba atau yang tidak dijangka. Sebagai
respons kepada tekanan harian , badan kita secra automatik menambahkan tekanan
darah, denyutan jantung, pernafasan, metabolisme dan aliran darah ke otot anda.
Respons ini bertujuan untuk membantu badan anda bereaksi secara pantas dan
berkesan terhadap sesuatu keadaan yang tegang.
Bagaimanapun, apabila anda sentiasa bereaksi terhadap kedaan yang
banyak tekanan (stressful), sama ada kecil atau besar, tanpa membuat penyesuaian
fizikal, mental, dan emosional bagi menangani kesannya, maka anda boleh
mengalami tekanan yang boleh menjejaskan kesihatan, kesejahteraan, tenaga,
kecerdasan dan hubungan peribadi dan profesional anda. Lantaran itu, anda perlu
memahami unsur-unsur utama yang boleh membawa tekanan dalam kehidupan
anda dan mengambil tindakan untuk mencegahnya. Perlu diingatkan tekanan boleh
membawa kesan positif. Anda perlu sedikit tekanan untuk membuat kerja anda
dengan cemerlang. Kunci untuk mengurus tekanan ialah untuk memastikan tahap
tekanan yang sesuai yang boleh memberi anda tenaga, keghairahan dan motivasi
dan juga tahap tekanan yang boleh menjejaskan kesihatan dan kesejahteraan anda.
Antara isu dan peristiwa yang menyebabkan tekanan jiwa ialah perasaan
tidak mempunyai arah haluan; perasaan tidak dapat mengawal sesuatu keadaan;
rasa bersalah terhadap kelewatan atau kegagalan untuk menyempurnakan
komitmen; terlalu banyak komitmen berbanding dengan masa yang ada; perubahan,
terutamanya perubahan yang anda sendiri tidak buat; sesuatu keadaan yang tidak
menentu dan dugaan tinggi terhadap diri anda. Kesan tekanan bergantung kepada
bagaimana kita memandangnya - sikap . kita terhadap sesuatu keaddan. Misalnya,
berpindah rumah merupkan keadaan tekanan yang tinggi. Tetapi sama ada tekanan
yang anda alami itu melemahkan atau sangat menggembirakan bergantung kepada
bagaimana anda bereaksi terhadap situasi yang tertentu itu. Adakah ia satu
pengalaman pahit atau satu cabarang yang merangsang? Cara yang terbaik untuk
menangani tekanan ialah untuk membasminya. Misalnya, jika anda tahu anda
mempunyai alergi terhadap kain bulu biri, anda harus hentikan memakai pakaian itu.
Maka dengan itu tekanan anda akan hilang.
Jika tekanan anda adalah disebabkan oleh sesuatu keadaan, anda perlu
memilih sesuatu teknik yang boleh digunakan dengan serta merta apabila
dihadapinya pada saat itu juga. Ubah tekanan anda kepada satu motivatordengan
memandang sesuatu keadaan secara positif. Terdapat beberapa cara untuk
mengurangkan tekanan dan tegangan dan berasa senang dan tenang. Berikut ialah
tujuh cara yang pada pendapat saya merupakan cara yang paling berkesan bagi

mengatasi tekanan dalam jiwa kita. Senaman pernafasan. Pernafasan membawa


banyak manfaat, termasuk mengoksigenkan darah yang membangunkan otak,
melegakan otot dan menteramkan minda kita. Tarik nafas melalui lubang hidung
secara perlahan-lahan dan kuat dan hembuskan nafas melalui lubang hidung secara
perlahan-lahan dan penuh . Semasa menhadapi tekanan, pernafasan menjadi lemah
dan pantas. Bernafas dengan kuat merupakan satu cara yang efektif untuk
mengekekalkan keadaan tenang. Senaman pernafasan ialah berguna kerana ia
boleh dibuat di mana- mana sahaja dan ia membawa kesan positif dengan serta
merta. Kita hendaklah menjadikan senaman sebagai satu tabiat haraian. Tafakur
(Meditation). Apabila bertafakur bersendirian tanpa apa-apa gangguan , otak anda
menjadi tenang dan hormon tertentu yang memajukan kesihatan dibebaskan. Minda
yang senang dan lega membantu kita mengelakkan tekanan jiwa. Stiap hari kita
perlu membelanjakan sekurang-kurangnya lolima belas minit untuk bertafakur.
Penggambaran. Penggambaran atau visualization membantu anda membayangkan
anda mencapai tujuan dan cita-cita anda seperti menjadi sihat dan berasa tenang;
menjalankan tugas serta tanggungjawab dengan baik dan menangani situasi konflik
secara berkesan. Juga, membayangkan anda membuat kerja yang anda mencuba
untuk menguasai dengan cemerlang sebenarnya berfungsi sebagai latihan fizikal.
Jadi, anda boleh menambahbaikkan prestasi anda melalui penggambaran.
Pengurutan (Massage). Terapi pengurutan mengurangkan denyutan jantung dan
melegakan badan anda. Ia juga menambahkan kecerdasan minda kita. Minta
sahabat anda memberi massage atau dapatkan khidmat seorang professional bagi
membantu anda. Kelegaan otot. Berbaring, bersenang-senang dan dan membiarkan
otot anda di muka, tangan, bahu dan leher mengendur sekuarang-kurangnya tiga
minit. Latihan ini boleh dibuat mana-mana sahaja dan ini boleh membantu anda
berasa tenang dengan cepat dan mudah. Muzik. Terapi uzik mendatangkan banyak
faedah kesihatan bagi mereka yang mengalami tekanan dan juga kesakitan yang
teruk. Muzik yang sesuai boleh mengurangkan tekanan darah, melegakan badan
dan mententeramkan minda anda. Anda perlu memilih muzik ringan dan yang anda
sukai dan denganya setiap hari. Pengurusan masa. Kenalpasti kerja harian anda
mengikut keutamaan dan menetapkan satu jadual supaya anda dapat
menyiapkannya mengikut keutamaan dengan tanpa melengah-lengahkan. Kenalpast
juga kerja yang tidak mendatangkan sebarang faedah seperti gossip kosong,
perbualan telefon dan yang memebazirkan masa anda. Mebelanjakan masa yang
lebih bagi membuat kerja yang lebih penting. Selain teknik yang diterangkan di atas,
anda boleh main pelbagai aktiviti dengan anak-anak; berjalan sekurang-kurangnya
dua kilometer sehari; pergi berenang di sungai atau pantai; beri perhatian kepada
pemakanan; tidur lapan jam setiap malam; dan menuntun kartoon atau lawak jenaka
(komedi) atau baca komik (kerana mengikut pakar perubatan gelak ketawa dan
kelucuan melegakan otot, mengurangkan tekanan darah, menambahkan tahap
tenaga, dan menyegarkan sistem pernafasan dan darah kita).

stres di kalangan guru- faktor dan cara menangani

1.0

PENGENALAN

Peranan guru amat penting dewasa ini, ia adalah domain utama yang perlu dilaksanakan
dengan penuh amanah dalam proses penerapan dan penyampaian ilmu kepada anak
bangsa. Ledakan era globalisasi turut mengheret kemajuan pesat bidang pendidikan
negara. Hal ini menuntut warga pendidik untuk membangunkan diri, sama ada secara rela
atau tidak supaya selari dengan bidang pendidikan yang sememangnya sentiasa berubah
dan mengalami pembaharuan dari masa ke semasa. Situasi inilah secara umumnya telah
mengakibatkan warga pendidik terpaksa berhadapan dengan pelbagai tugas dan
tanggungjawab yang lebih mencabar, lebih berat dan semakin terbeban. Situasi inilah
menyebabkan guru-guru dikatakan sangat terdedah kepada risiko tinggi untuk mengalami
stres.
Dipetik daripada Utusan Online ruangan Gaya Hidup bahagian pendidikan oleh Noor
Hamizah Abu Bakar di dalam artikelnya yang bertajuk; Guru Lebih Stes, menyatakan hasil
kajian mendapati bahawa guru berada di kedudukan keempat dalam kerjaya yang paling
mencetuskan tekanan atau stres terutama dari segi fizikal selepas polis, pegawai penjara
dan jururawat. Malah, kedudukan itu berada di atas daripada profesion tentera yang
menduduki tempat ke lima.
Stres di kalangan guru merupakan topik popular yang tidak asing lagi dibincangkan
oleh media massa mutakhir kini. Di Malaysia, stres di kalangan guru dilaporkan meningkat
pesat selari dengan kepesatan pembangunan pendidikan di Malaysia. Laporan berkenaan
masalah dan salah laku guru di dada-dada akhbar, hampir kesemuanya adalah kesan
daripada kegagalan guru-guru berkenaan menguruskan stres dalam diri. Masalah stres
dikalangan guru haruslah dikenal pasti dan diketahui punca sebenar seterusnya ditangani
sewajarnya. Sekiranya tidak ditangani masalah ini akan merebak sehingga mengakibatkan
permasalahan-permasalahan yang serius yang berhubung kait rapat dengan gangguan
emosi, perubahan dalam tingkah laku seterusnya burn out yang menghalang mereka
daripada melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan lebih berkesan (Kyriacou dan
Sutcliffe, 1978).
2.0

DEFINISI STRES

Stres merupakan perkataan pinjaman yang bersal daripada perkataan bahasa Inggeris;
stress yang membawa maksud tekanan, titik berat, dan ketegangan.

Kamus Oxford pula mendefinisikan stres sebagai satu tekanan atau desakan, usaha,
tuntutan ke atas keupayaan fizikal atau mental.Ini bermaksud stres adalah suatu keadaan
dimana kekuatan fizikal, mental dan emosi seseorang individu teruji melampaui keupayaan
tubuh dan mindanya yang tidak mampu menahan dan menanggungnya lagi.
Menurut Statt (1981), stres ialah ketegangan fizikal dan psikologi yang berpanjangan
untuk suatu masa, yang boleh menggugat keupayaan seseorang untuk mengendali suatu
situasi.
Hans Selye (1963), telah memberikan maksud yang berbeza mengenai stres dengan
membuktikan di dalam kajiannya terhadap binatang. Beliau menunjukkan bahawa stres
boleh menyebabkan penyakit, seterusnya penyakit yang dihidapi akibat daripada stres yang
berlebihan boleh membawa maut. Daripada kajian beliau juga mendapati stres juga boleh
berlaku ke atas manusia.
Secara keseluruhannya stres adalah :

Ketidakupayaan memenuhi tuntutan persekitaran.

Gangguan fungsi kehidupan.

Perubahan dinamik yang menyebabkan individu berdepan dengan masalah, kekangan dan
desakan hidup.

Peristiwa atau keadaan persekitaran yang mendatangkan akibat yang negatif.

Tekanan yang mengakibatkan kebimbingan, keletihan dan ketegangan kepada individu.

Tindak balas luaran yang mengganggu mental dan fizikal atau tindak balas kimia dalam
tubuh.

3.0

FAKTOR-FAKTOR STRES DI KALANGAN GURU

Terdapat banyak punca berlakunya stres dikalangan guru. Faktor-faktor ini dapat
dibahagikan kepada lima faktor utama;

Faktor diri.

Faktor interpersonal.

Faktor organisasi.

Faktor kekurangan sumber.

3.1

Faktor diri
Pada zaman yang sangat mencabar, pekerjaan yang diimpikan amat sukar untuk

diperolehi.

Kebanyakan mahasiswa

keluaran

universiti-unversiti

tempatan

terpaksa

mengangur begitu lama untuk mencari pekerjaan yang selesea, mudah, dan menjanjikan
gaji yang lumayan.
Profesion keguruan sering dilihat sebagai pilihan terakhir. Sering kali profesion ini
dianggap sebagai profesion peringkat pertengahan di bawah profesion professional yang
lain seperti doktor, jurutera, peguam dan lain-lain. Ini menyebabkan ramai dikalangan guru
yang tidak ikhlas semasa memilih profesion ini. Mereka meramalkan profesion ini begitu
selesa dan tidak menyusahkan kerana beranggapan tanpa latihan asas pun mereka masih
boleh menjadi guru dan menerima gaji bulanan yang lumayan disamping cuti yang banyak.
Hal ini menyebabkan golongan guru seperti ini menghadapi tekanan sebaik sahaja
menjalani kehidupan sebagai seorang guru kerana realiti situasi yang dihadapi tidak seperti
apa yang diramalkan. Menjadi seorang guru bukanlah sesuatu yang mudah. Insan guru
mestilah insan yang ikhlas dan sanggup berkorban.

3.2

Faktor Interpersonal
Daripada kajian yang telah dijalankan, Azizi Yahya (2007) mendapati diantara faktor

interpersonal stres dikalangan guru ialah meraka merasakan diri mereka tersisih daripada
rakan sekerja. Selain daripada itu, rakan guru juga mementingkan diri serta tidak
menghormati tindakan, perasaan serta pendapat dari rakan guru yang lain.
Hal ini sepatutnya tidak berlaku kerana setiap insan guru perlulah meningkatkan
motivasi diri, menanam sikap tolong menolong, bekerjasama dalam menyelesaikan sesuatu
tugasan yang ditetapkan. Di samping menghormati perasaan dan pendapat rakan sekerja
dengan hati yang terbuka dan cuba mempertingkatkan kelemahan yang ada pada diri.

3.3

Faktor Organisasi
Faktor organisasi merupakan antara faktor yang terbesar menyebabkan stres

dikalangan guru. Faktor ini juga merupakan faktor yang utama dalam sektor awam selain
guru. Antara faktor-faktor stres yang dikategorikan sebagai faktor organisasi ialah;

Semua kerja perlu segera - kesuntukan masa.

Tugasan kerja berterusan (kronik).

Perbezaan persediaan tugas dengan ketetapan tugas.

Tugasan kerja kerana kuantitatif dan kualitatif.

Perubahan dasar yang drastik.


Faktor-faktor yang diatas secara umumnya terus menerus berlaku dalam profesion
keguruan dan telah menambah beban guru. Dipetik daripada arkib Utusan Online bertarikh
18 Mei 2009, Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim
Anang di dalam laporan yang bertajuk; Beban Tugas boleh Bawa Tekanan Perasaan Guru,
menegaskan bahawa peningkatan beban tugas dan tekanan kerja menyebabkan semakin
ramai kalangan guru terdedah kepada risiko mengalami tekanan perasaan.
3.4

Faktor kekurangan Sumber.


Kekurangan sumber terutamanya sumber tenaga manusia merumitkan lagi masalah

stres yang dihadapi dalam bidang keguruan. Kekurangan guru sememangnya diakui
merupakan faktor yang rumit dan sukar diatasi. Hal ini menabahkan lagi bebanan kerja
guru-guru sedia ada secara terus menerus. Tahap stres guru sememangnya bertambah
berikutan keadaan jumlah guru yang kurang dan tidak seimbang serta peningkatan jumlah
murid tahun, guru-guru seringkali memikul tanggung jawab dan bebanan yang banyak.
Aziz Yahya (2007) menegaskan diantara faktor stres dikalangan guru ialah mereka
terpaksa melakukan tugas yang bertentangan dengan bidang, kemahiran dan kehendak
mereka. Hal ini sama sekali tidak akan berlaku sekiranya bilangan guru di sekolah
mencukupi.

4.0

MENGENDALIKAN STRES DI KALANGAN GURU


Kesemua faktor yang menyumbang kepada masalah stres di kalangan guru

seharusnya diambil perhatian sepenuhnya oleh semua pihak seterusnya di atasi dengan
cara yang palin sesuai dan berkesan. Sebagai tunggak pendidikan negara, guru
sememangnya perlu bijak menangani segala isu pendidikan agar dapat mengawal stres.
Oleh itu, guru perlu bijak dalam mengendalikan stres. Kegagalan guru untuk mengendalikan
stres memberikan kesan negatif kepada kesejahteraan fizikal, mental dan emosi guru
sekaligus menjejaskan profesion keguruan dan bidang pendidikan negara.
Stress dalam kalangan guru dapat dikendalikan dengan strategi berikut:
4.1

Kenal pasti reaksi emosional.


Apabila keperluan emosi dapat dikenal pasti maka seseorang guru boleh menangani

stress dengan cara yang lebih positif. Contoh situasi, seorang guru perempuan tidak

bersefahaman dengan pengetua di sekolahnya. Guru tersebut telah menangani stress


dengan cara yang negatif, iaitu menengking pengetua itu. Setelah guru tersebut mengetahui
keperluan emosi dalam dirinya, guru tersebut sedar bahawa tindakannya adalah kerana
suatu masa dahulu ayahnya telah menggunakan pendekatan yang sama oleh pengetua itu,
iaitu lagak bapa yang menghukum anaknya. Guru tersebut sedar bahawa dia inginkan
pengetua itu menghargai beliau. Guru tersebut telah berhadapan dengan pengetua dan
memberitahu perasaannya itu. Akhirnya, hubungan mereka berjaya dipulihkan.

4.2

Komitmen sosial.
Apabila berhadapan dengan stress, guru memerlukan sokongan daripada orang-

orang di sekelilingnya. Oleh itu, komitmen sosial amatlah penting.

4.3

Kehidupan fizikal.
Stress menjejaskan kesihatan dari segi imunisasi tubuh. Oleh itu, seseorang guru

harus tahu teknik yang berkesan untuk menangani stress terutamanya menjelang waktuwaktu tekanan memuncak seperti musim peperiksaan pelajar dan pertukaran pentadbiran di
sekolah.
Pengetahuan dalam senaman rutin dan pelan makanan seimbang boleh membantu
guru menangani stress. Seorang guru perlu memberi perhatian kepada penjagaan kesihatan
dan kecergasan diri. Perbanyakkan melakukan dan menyertai aktiviti yang menjurus kepada
senaman berbentuk fizikal seperti aerobik dan bermain badminton serta melakukan secara
beramai-ramai bagi menimbulkan suasana yang harmoni dan penuh gelak-ketawa.
Selain dari menjaga kecergasan diri, guru juga boleh bersosial dengan teman-teman
rapat dalam masa yang sama untuk bertukar-tukar pandangan dan pendapat tentang
sesuatu isu.
Semua guru haruslah mengamalkan gaya hidup yang sihat dalam kehidupan
seharian. Ini termasuklah menjaga soal pemakanan dengan pengambilan makanan yang
seimbang serta banyak menghabiskan masa dengan keluarga dan mengelakkan gaya hidup
yang negatif seperti merokok, minum arak, berhibur di kelab malam dan sering tidur lewat.

4.4

Intelek

Guru hendaklah bergaul dengan golongan yang memiliki tahap intelek yang serupa
dengan mereka kerana aspek intelek boleh membantu guru menangani stress (Gold Yvonne
dan A. Roth Robert, 1993).
Dengan menjadi guru tidak semestinya kita tidak perlu menambah ilmu pengetahuan
terutamanya

dalam

mengetehui

cara

mengatasi

stres.

Guru

seharusnya

terus

memperbanyakkan maklumat mengenai pengurusan tekanan dari pembacaan buku ataupun


rencana akhbar mahupun menonton rancangan-rancangan berkaitan di televisyen. Lebih
banyak maklumat yang diperolehi maka lebih mudahlah untuk seseorang guru mengurus
tekanannya.
Stress jika dibiarkan, boleh mendatangkan kesan sampingan yang tidak baik. Justeru
adalah penting untuk mengubah diri individu untuk menangani stress dengan cara yang
terbaik. Kenal pasti punca yang menyebabkan masalah tersebut dan ubah. Dengan
mengetahui punca stress tersebut, individu bukan hanya meringankan masalah kini malah
menghindarkan berulangnya masalah serupa pada masa akan datang. Contohnya, jika
seseorang guru kecewa dengan perbalahan dengan pelajarnya, guru tersebut mungkin
menyedari bahawa punca kekecewaannya itu bukan disebabkan oleh tingkah laku pelajar
tetapi harapan yang tidak realistik guru berkenaan. Dengan mengubah standard yang ingin
dicapai, guru tersebut akan mendapati bahawa tingkah laku pelajar tidak lagi
mengganggunya.

Bagi mengatasi masalah tersebut juga, Goleman (1999) telah menyarankan lima
faktor atribusi terhadap masalah stress atau burnout. Faktor- faktor tersebut ialah:
a) Kesedaran Kendiri (self-awareness)
b) Pengawalan Kendiri (self-regulation)
c) Motivasi Kendiri (self-motivation)
d) Empati
e) Kemahiran Sosial (social skills)
Faktor atribusi pertama iaitu kesedaran kendiri bermaksud kebolehan seseorang
guru untuk mengetahui perasaan mereka dalam satu-satu situasi dan keupayaan mereka
untuk memilih keutamaan panduan dalam membuat keputusan. Seseorang guru yang
mempunyai kesedaran kendiri juga mempunyai penilaian yang realistik tentang keupayaan
diri dan mereka mempunyai keyakinan diri yang utuh.
Pengawalan kendiri (self-regulation) dimaksudkan sebagai kebolehan mengurus
emosi agar ianya memudahkan dan bukannya mengganggu dalam menyelesaikan sesuatu
tugasan. Guru yang boleh mengawal diri mereka sentiasa berhemah dan boleh

menangguhkan sementara perasaan negatif mereka. Guru sedemikian juga cepat pulih
daripada tekanan emosi.
Guru yang mempunyai motivasi kendiri (self-motivation) berupaya menggunakan
kehendak diri dalam menggerak dan memandu arah mereka untuk mencapai sesuatu
tujuan. Motivasi kendiri boleh membantu seseorang dalam mengambil inisiatif dan
bersungguh-sungguh untuk memperbaiki diri. Individu dengan motivasi kendiri yang tinggi
sentiasa tabah apabila menghadapi masalah atau dalam keadaan kekecewaan yang tinggi.
Empati merupakan faktor atribusi yang boleh membantu seseorang mengesan
perasaan orang lain. Sifat berempati juga membolehkan seseorang guru melihat atau
memahami sudut pandangan orang lain. Sifat ini juga boleh menjadi faktor pencetus dan
penyubur kemesraan dan keserasian dengan individu dari pelbagai latar belakang. Individu
yang mempunyai sifat empati boleh menyelami keperitan, kesusahan, kekecewaan atau
keraguan seseorang terhadap sesuatu perkara. Rogers (dalam Corey, Corey & Callahan
1998) menyatakan bahawa seseorang yang boleh menunjukkan sifat berempati akan lebih
mudah berinteraksi dengan orang lain terutama dalam proses membantu seseorang. Guru
perlu memiliki sikap ini supaya dengan mudah memahami dan mendekati murid. Murid akan
berasa selesa bersama guru dengan adanya kemahiran tersebut.
Faktor atribusi terakhir yang dicadangkan oleh Goleman (1999) ialah kemahiran
bersosial (social skills). Beliau menyatakan bahawa faktor kemahiran bersosial ini
membolehkan seseorang mengurus pelbagai emosi secara efektif dalam perhubungan.
Mereka juga mampu mentafsir dengan tepat situasi sosial dan jaringannya selain daripada
mahir memujuk dan memimpin. Seseorang guru yang mempunyai kemahiran bersosial yang
berkesan juga mampu menjadi pakar runding yang baik disamping berkebolehan
menyelesaikan konflik bagi mewujudkan kerjasama dan semangat berpasukan dalam bilik
darjah.
Selain itu hubungan interpersonal yang baik juga perlu bagi guru antaranya
berkongsi masalah dengan rakan sekerja, rakan sekerja sentiasa memberi kerjasama dan
sentiasa mendapat galakan daripada pentadbir atau pengetua. Guru juga telah dibebankan
dengan pelbagai tugasan pentadbiran yang telah menjadi rutin pekerjaan mereka,
umpamanya mengisi borang, mengutip yuran, mengemas kini kedatangan pelajar,
menyediakan laporan prestasi, menyediakan soalan ujian dan peperiksaan, memberi
bimbingan dan pelbagai lagi bagi memajukan pelajarnya.
Kyriacou (1987) juga menekankan bahawa stres yang berpanjangan boleh
melemahkan mental dan fizikal serta berupaya melemahkan secara signifikan kerjaya guru
dan prestasi pelajarnya kerana stress menjejaskan kualiti pengajaran dan komitmen para
guru. Keberkesanan sesuatu pendidikan adalah bergantung kepada pengerak utama sistem
ini iaitu guru-guru. Prestasi guru dan komitmen adalah penting bagi seseorang guru untuk
membantu anak bangsa dalam memperolehi kejayaan.

5.0

KAEDAH ISLAM DALAM MENANGANI STRES

Islam merupakan agama yang sempurna. Cara yang terbaik dalam menangani stres
ialah dengan mendekatkan diri kepada Allah. Hashim Anang (2009) menyatakan pendidikan
dan pengamalan Islam yang sepenuhnya akan membantu mengatasi masalah stres
dikalangan guru.
Seorang guru yang beragama Islam seharusnya memainkan peranannya sebagai
agen dakwah dengan melakukan segala perintah di dalam agama Islam terlebih dahulu. Di
dalam ajaran Islam misalnya, amalan solat yang khusyuk lima waktu sehari semalam
sebenarnya merupakan kaedah terbaik untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan
sekaligus menangani segala masalah. Allah SWT berfirman dalam surah al-Mukminun, 23:
1&2 yang bermaksud: "Sesungguhnya berjayalah orang-orang Yang beriman, Iaitu mereka
Yang khusyuk Dalam solatnya".
Perkataan aflaha atau berjaya di sini bukan sekadar berjaya di dunia malah berjaya
juga di akhirat. Mereka yang beroleh khusyuk dalam solat, akan juga beroleh khusyuk dan
ketenangan dalam kehidupan dan minda mereka. Malah seruan azan juga turut mengaitkan
solat dengan kejayaan. Marilah bersolat dan marilah menuju kejayaan.
Abu Darda' di dalam kitab al-Asas fi Tafsir menyatakan bahawa khusyuk itu ialah
pengagungan terhadap Tuhan, keikhlasan dalam perkataan, kesempurnaan dalam
keyakinan, memberikan sepenuh perhatian dan tidak berpaling ke kiri dan kanan kerana ia
adalah dari syaitan. Faedah khusyuk ini akan membina jati diri seseorang muslim yang taat
dan soleh, yang tenang dan aman jiwanya dan yang ikhlas dalam tindak-tanduk amalnya.
Ketenangan jiwa merupakan penawar utama bagi masalah stres.
Berzikir

juga

merupakan

amalan

yang

mampu

menenangkan

jiwa

dan

menghilangkan stres. Dalam hal ini, Allah SWT memberi jaminan bahawa mereka yang
senantiasa mengingati-Nya akan beroleh ketenangan hati. Allah SWT berfirman dalam
surah al-Rad, 13: 28 yang bermaksud, "(Iaitu) orangp-orang yang beriman dan tenang
tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah Dengan "zikrullah" itu, tenang
tenteramlah hati manusia". Allah SWT juga berfirman dalam surah al-Baqarah, 2:152 yang
bermaksud; "Maka berzikirlah (ingatlah) kepada-Ku, nescaya Aku akan mengingati kamu
sekelian".
Amalan membaca, mendengar dan menghayati al-Quran juga mampu menjadi
penenang kepada jiwa. Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Al-Quran adalah penawar kepada kesakitan minda". (Hadis riwayat Bukhari). Rasulullah

SAW juga pernah bersabda: "Didiklah anak-anak kamu atas tiga sifat iaitu: Cintakan nabi
mereka, cintakan keluarga nabi dan membaca al-Quran".
Jelas di sini berdasarkan pencerahan beberapa amalan di atas, Islam mempunyai
kaedah tersendiri dalam menjaga kesihatan jiwa dan menangani stres. Mereka yang
mengalami stres khususnya di kalangan guru seharusnya berusaha mencapai solat yang
khusyuk, sentiasa berzikir dan menghayati isi kandungan al-Quran. Amalan-amalan ini
terbukti mampu menjadikan diri kita sihat zahir dan batin.

6.0

PENUTUP

Profesion perguruan adalah profesion yang tidak mempunyai pembahagian masa


yang jelas antara masa bekerja dan masa tidak bekerja. Keadaan sedemikian
sememangnya mewujudkan stres kepada guru-guru.
Profesion keguruan dan tugas guru merupakan bidang yang kompleks dan
mencabar. Guru bukan sahaja perlu mengajar, malah perlu melakukan kerja-kerja
pengkeranian dan pentadbiran, menjalankan aktiviti kokurikulum dan juga melibatkan diri
secara aktif dalam Persatuan Ibu-Bapa dan Guru. Disamping kerja-kerja yang dinyatakan,
guru juga perlu memastikan tanggung jawab utama iaitu berinteraksi dengan pelajar-pelajar
secara fizikal, dan emosi semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung dalam
keadaan yang kodusif.

Boleh dikatakan stres dapat dikawal dengan baik oleh guru sekiranya mereka
mementingkan kepada cara-cara untuk menguruskan stres tersebut. Pengurusan stres amat
kritikal atau diperlukan oleh guru bagi memastikan mereka sentiasa bersedia untuk
menghadapi segala cabaran dalam profesion keguruan dan dunia pendidikan yang
mendatang. Hal ini seterusnya akan membantu pemecutan kemajuan bidang pendidikan
negara.

Stress dalam kalangan guru dapat dikendalikan dengan strategi berikut:

1. Kenal pasti reaksi emosional


Apabila keperluan emosi dapat dikenal pasti maka seseorang guru boleh menangani stress dengan
cara yang lebih positif. Contoh situasi, seorang guru perempuan tidak bersefahaman dengan
pengetua di sekolahnya. Guru tersebut telah menangani stress dengan cara yang negatif, iaitu
menengking pengetua itu. Setelah guru tersebut mengetahui keperluan emosi dalam dirinya, guru
tersebut sedar bahawa tindakannya adalah kerana suatu masa dahulu ayahnya telah menggunakan
pendekatan yang sama oleh pengetua itu, iaitu lagak bapa yang menghukum anaknya. Guru tersebut
sedar bahawa dia inginkan pengetua itu menghargai beliau. Guru tersebut telah berhadapan dengan
pengetua dan memberitahu perasaannya itu. Akhirnya, hubungan mereka berjaya dipulihkan.
2. Komitmen sosial
Apabila berhadapan dengan stress, guru memerlukan sokongan daripada orang-orang di
sekelilingnya. Oleh itu, komitmen sosial amatlah penting.
3. Kehidupan fizikal
Stress menjejaskan kesihatan dari segi imunisasi tubuh. Oleh itu, seseorang guru harus tahu teknik
yang berkesan untuk menangani stress terutamanya menjelang peperiksaan pelajar dan pertukaran
pentadbiran di sekolah. Pengetahuan dalam senaman rutin dan pelan makanan seimbang boleh
membantu guru menangani stress.
4. Intelek
Guru hendaklah bergaul dengan golongan yang memiliki tahap intelek yang serupa dengan mereka
kerana aspek intelek boleh membantu guru menangani stress (Gold Yvonne dan A. Roth Robert,
1993).
Stress jika dibiarkan, boleh mendatangkan kesan sampingan yang tidak baik. Justeru adalah penting
untuk mengubah diri individu untuk menangani stress dengan cara yang terbaik. Kenal pasti punca
yang menyebabkan masalah tersebut dan ubah. Dengan mengetahui punca stress tersebut, individu
bukan hanya meringankan masalah kini malah menghindarkan berulangnya masalah serupa pada
masa akan datang. Contohnya, jika seseorang guru kecewa dengan perbalahan dengan pelajarnya,
guru tersebut mungkin menyedari bahawa punca kekecewaannya itu bukan disebabkan oleh tingkah
laku pelajar tetapi harapan yang tidak realistik guru berkenaan. Dengan mengubah standard yang
ingin dicapai, guru tersebut akan mendapati bahawa tingkah laku pelajar tidak lagi mengganggunya.

Anda mungkin juga menyukai