Pendahuluan.
Dalam perkembangan dunia yang pesat membangun pada ketika ini, pelbagai
informasi terkini sangat mudah diperolehi, salah satunya ialah berita yang pelbagai.
Ianya disalurkan melalui pelbagai medium elektronik seperti melalui internet,
televisyen,
radio,
bahan
bercetak
seperti
akhbar,
risalah
dan
sebagainya.
Tidak dinafikan berita-berita yang telah tersebar melalui media adalah datang dari
pelbagai sumber dan sudut pendapat yang berbeza, namun begitu, pengaruhnya
terhadap
masyarakat
pendokumentasian
dilihat
sangat
isu
membimbangkan,
yang
khususnya
melibatkan
dalam
guru.
Hal ini akan membawa seribu satu persoalan, persepsi dan pandangan dari pelbagai
sudut, baik positif dan juga negatif, terutamanya terhadap profesion perguruan
khususnya dan kepada guru amnya.
Guru dan Profesion Perguruan.
Guru.
Adapun pendapat umum berkenaan definisi guru ialah seorang yang mengajarkan
sesuatu ilmu kepada murid atau pelajar di setiap peringkat usia dan tingkat tahap
pendidikan itu sendiri. Ragbir Kaur (2007), mendefinisikan guru adalah sebagai insan
yang mendidik murid dalam pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran daripada
pelbagai disiplin dalam kurikulum sekolah, manakala Mok Soon Sang (2007)
menarifkan guru adalah pendidik dan pengasuh kanak-kanak yang akan menjadi
warisan kebudayaan dan ilmu pengetahuan untuk kemajuan Negara pada masa
depan.
Profesion Perguruan.
Merujuk kepada Kamus Dewan (1989), perkataan Perguruan yang diertikan dalam
konteks pendidikan ialah pengajaran, contohnya perguruan kepada guru, murid dan
sebagainya, manakala perkataan keguruan pula diertikan sebagai perkara yang
berkaitan dengan guru, seperti peranan, tugas, kelayakan, sifat dan lain-lain perkara
sebagai guru, misalnya masyarakat memandang tinggi kepada nilai keguruan yang
ada pada seorang guru, yang menjelaskan tentang ciri-ciri serta sahsiah yang dimiliki
oleh guru pada perkataan keguruan yang dinyatakan.
Profesion memiliki maksud yang sangat luas khususnya dalam aspek pekerjaan.
Ianya membawa dimensi dan penilaian yang berbeza antara suatu pekerjaan dengan
pekerjaan yang lain dalam konteks standard dan impak terhadap individu yang terlibat
dalam pekerjaan tersebut.
Dalam menghuraikan sama ada sesuatu pekerjaan itu boleh diklasifikasikan sebagai
profesion
atau
tidak,
menggariskan
-Pekerjaan
tokoh
beberapa
itu
ciri-ciri
merupakan
-Banyak
pendidikan
Amerika
tertentu,
perkhidmatan
menggunakan
Syarikat,
Lieberman
seperti
yang
berikut:
dan
penting.
yang
unik
keupayaan
telah
intelek.
latihan
-Mementingkan
-Merupakan
mutu
ahli
-Mematuhi
kod
perkhidmatan
kepada
etika
autonomi
yang
khusus.
serta
yang
dedikasi
terhadap
menentukan
ditentukan
oleh
kerja.
nilaitaranya.
organisasi.
etika
yang
ditentukan
oleh
organisasinya.
Harold Koontz & Heinz Weihrich (1990) menjelaskan etika adalah sebagai satu cabang
ilmu pengetahuan yang meliputi perkara yang baik dan tidak baik seiring dengan
kewajiban dan tanggungjawab moral.
Dalam erti kata yang lain,etika adalah panduan dan ketetapan yang telah digariskan
terhadap setiap perlakuan untuk memastikan matlamat yang ingin dicapai dapat
diperolehi seperti yang telah ditetapkan. Sebagai contoh, dalam konteks ingin
membentuk sahsiah yang terpuji dalam diri seorang guru, adalah menjadi satu
tenggungjawab bagi seorang guru untuk mempraktikkan etika keguruan dalam diri
masing-masing bagi dalam usaha untuk mencapai hasrat untuk menjadi guru yang
mempunyai sahsiah yang terpuji.
Isu Etika Keguruan.
Namun begitu, sejak kebelakangan ini, kita telah banyak menyaksikan pelbagai isu
negatif yang telah menafikan akauntibiliti dan etika keguruan dalam kalangan guru
pada masa kini.
Bukan sekali berita yang telah memaparkan kes tindakan salah laku guru disiarkan.
Lebih membimbangkan lagi, peratus berlakunya isu yang melibatkan etika keguruan
yang tidak menyenangkan tidak menunjukkan tanda-tanda penurunan, malah graf
pada statistik kajian ke atas perkara ini memaparkan lonjakan angka yang
menggambarkan betapa parahnya isu etika keguruan yang sedang berlaku.
Sepanjang tempoh bermula dari bulan Januari hingga Mei dalam tahun 2007, lebih 200
aduan telah diterima oleh pihak Kementerian Pelajaran berkenaan kes salah laku yang
melibatkan guru. Terdapat beberapa jenis kesalahan utama yang telah dikenalpasti
dalam aduan-aduan yang telah dibuat, seperti rasuah, tidak hadir bertugas, gangguan
seksual, pecah amanah, penyalahgunaan dadah dan sebagainya. Berikut merupakan
analisis jumlah peratus kesalahan yang telah dilaporkan.
Rajah 1 : Peratus bilangan kesalahan pelbagai guru yang dilaporkan dalam bulan
Januari hingga Mei 2007.
200 aduan yang diterima dalam tempoh 5 bulan bukanlah jumlah yang sedikit, kerana
mungkin masih terdapat lebih banyak lagi kes yang melibatkan isu etika keguruan
yang negatif tidak diadukan kepada pihak yang berkenaan seperti pihak Kementerian
Pelajaran dan juga Polis Diraja Malaysia. Besar kemungkinan peratus angka yang
dicatatkan dalam Rajah 1 akan meningkat sekiranya tidak ada usaha untuk cuba
mengatasi dan mengurangkan kadar berlakunya kes salah laku yang membabitkan
etika keguruan yang tidak baik.
Dalam akhbar-akhbar harian tempatan, baik dalam bentuk akhbar bercetak dan juga
akhbar yang diakses melalui internet, setiap terbitan yang terkini tidak pernah lekang
dengan topik kebejatan etika keguruan. Berkesinambungan dengan analisis aduan
yang terdapat di dalam Rajah 1. Berikut merupakan tajuk-tajuk utama berita,
melibatkan etika keguruan yang terdapat di media massa dari tahun 2008 sehingga ke
hari ini :
Gambar 1 : Perbezaan antara dua zaman berkenaan tindakan guru dan ibu bapa murid
Contoh-contoh berita yang telah disiarkan dan juga berdasarkan pengalaman saya
sendiri berada di sekolah adalah merpuakan bukti yang kukuh, bahawa isu etika
keguruan yang semakin membarah dan berpotensi tinggi untuk menularkan kesankesan sampingan yang pelbagai kepada pelbagai pihak, khususnya terhadap
akauntabiliti dan integriti keguruan, ekoran daripada tindakan guru yang menyalahi
etika keguruan.
Komik yang dipaparkan dalam Gambar 1 menunjukkan dua situasi dan latar belakang
masa yang berbeza, namun mempunyai tema yang sama, iaitu tindakan guru terhadap
murid serta respon dari ibu bapa murid terhadap tindakan guru. Apa pun tindakan
yang dilakukan oleh seorang guru, ianya tidak boleh dipisahkan dengan akauntabiliti
keguruan.
Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, akauntabiliti bermaksudsifat bertanggungjawab
terhadap seseorang atau sesuatu keputusan atau tindakan manakala Kamus Dewan
Edisi Keempat menerangkan maksud integriti, iaitu kejujuran, ketelusan dan menjaga
sesuatu daripada perkara yang melibatkan penyelewengan.
Dalam konteks akauntabiliti keguruan dan integriti guru pula, ianya merujuk kepada
tanggungjawab dan komitmen yang tinggi terhadap profesion perguruan dalam
beberapa komponen utama, iaitu akauntabiliti terhadap murid, ibu bapa, rakan
sejawat, masyarakat dan negara serta profesion perguruan, serta pembudayaan nilai
integriti keguruan dalam kalangan guru.
Walaupun begitu, isu-isu yang melibatkan etika keguruan yang sangat banyak berlaku
pada hari ini telah menjejaskan akautabiliti guru. Secara amnya, isu yang
membabitkan etika keguruan telah melunturkan akauntabiliti yang ada dalam diri guru
yang tidak terlibat dengan sebarang kes salah laku tersebut atas persepsi umum yang
dibuat oleh masyarakat.
Apabila persepsi negatif ditujukan kepada akauntabiliti keguruan, maka segala
tindakan yang dilakukan oleh guru akan mendapat respon yang pelbagai khususnya
daripada ibu bapa dan masyarakat amnya.
Sebagai contoh, apabila seorang guru yang sangat mematuhi kod etika profesion
perguruan dan melaksanakan akautabilitnya sebagai guru memberikan teguran dan
nasihat dengan tegas kepada muridnya supaya menyiapkan latihan secara lisan.
Apabila hal itu sampai kepada pengetahuan penjaga murid berkenaan, maka guru
tersebut telah didakwa atas kesalahan melakukan kekasaran terhadap anaknya, atas
persepsinya yang tidak begitu baik terhadap akautabiliti keguruan yang ada pada guru
secara amnya.
Di samping itu, lunturnya integriti yang ada pada seorang guru kesan daripada isu
seperti hadir lewat ke sekolah. Ianya bukan sahaja akan mengakibatkan hilangnya
kepercayaan dan rasa hormat terhadap rakan sejawat dan murid-murid, bahkan
secara tidak langsung akan melambatkan aspek pengurusan dan pengelolaan. Pelan
Integriti Nasional telah menggariskan 5 objektif khusus, salah satu darinya ialah
menggalakkan semangat bertanggungjawab di kalangan anggota masyarakat serta
mendorong perkembangan masyarakat sivil yang menjunjung prinsip integriti dan
bergerak cergas menegakkan integriti.
Selain itu, kualiti pembelajaran murid juga akan turut terkesan akibat daripada etika
guru yang telah menjejaskan akauntabiliti keguruan itu sendiri. Sebagai contoh, murid
yang menjadi mangsa kepada guru yang tidak mengamalkan kod etika keguruan serta
menjalankan akauntabilitinya sebagai guru akan merasa mereka seolah-olah guru
berkenaan garang dan susah untuk didekati.
Maka, sekiranya murid berkenaan mengalami masalah, murid tersebut tidak berani
untuk berjumpa dengan guru itu kerana takut kepada guru tersebut.
Harus diingat bahawa, hal seperti ini adalah penyumbang utama kepada jatuhnya
akauntibiliti profesion perguruan dalam kaca mata masyarakat pada hari ini, lebihlebih lagi dengan tersiarnya berita-berita negatif berkenaan isu keguruan di segenap
sumber media massa.
Gambar 2 : Kes salah laku guru berada di tempat tertinggi dalam Google Search
Engine.
Marshall Mc Luhan (1983) yang menulis buku Media is the Message menjelaskan
bahawa media lebih berkesan dalam menentukan isi kandungan maklumat, kerana
media itu sendiri yang berperanan dalam menyampaikan maklumat. Sejauh mana
maklumat itu dapat disebarkan, sejauh itulah luasnya masyarakat akan menerimanya
dan bagaimana impaknya pada masyarakat itu, ditentukan oleh media itu sendiri.
Maka dalam konteks ini, masyarakat yang menerima maklumat secara cepat dan
meluas secara tidak langsung akan dipengaruhi oleh kandungan media itu sendiri.
Melihat kepada jumlah kes jenayah dan salah laku berkenaan isu etika keguruan yang
disiarkan di media massa, sedikit sebanyak ianya mampu mengubah persepsi
masyarakat terhadap profesion perguruan, daripada persepsi yang baik, kepada yang
sebaliknya.
Media massa lebih banyak dan kerap memaparkan kes-kes negatif yang melibatkan
etika keguruan berbanding menyiarkan perkara-perkara yang positif. Hal ini perlu
dipandang serius oleh pihak-pihak yang berkenaan, seperti pihak media, pihak
kementerian dan organisasi di sekolah itu sendiri untuk cuba menggiatkan usaha
untuk mengangkat dan meningkatkan semula martabat profesion perguruan yang kian
terjejas dari hari ke hari.
atau
garis
panduan
yang
Kesimpulan
tertentu.
Penting.
Perlu difahami dengan jelas bahawa, kerjaya guru bukanlah suatu kerjaya yang
sembarangan. Ia merupakan ibadah yang tinggi darjatnya di sisi Allah SWT dan
sebahagian daripada modal yang paling kukuh untuk menjadi syarat melangkahkan
kaki ke dalam syurga yang dijanjikan kepada hamba Allah yang benar-benar layak
atas
amalan
yang
telah
dilakukan.
Pendidik, kontribusinya kepada umat tidak dapat dikira dengan angka, tidak dapat
diukur dengan nilaian manusia, sekalipun adanya anugerah-anugerah khusus yang
diberikan. Dari hidup sehingga matinya pun, pahala kepada amal kebaikannya terus
dikira, apabila ilmu yang telah dicurahkan kepada murid-murid dan segala
kebaikannya
kepada
masyarakat
dan
umat
terus
dimanfaatkan.
Jika anak Adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara, sedekah
jariyah , ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang berdoa kepadanya.''
(HR Muslim).
Dalam riwayat Ibnu Majah, Rasulullah SAW menambahkan tiga amal di atas,
Rasulullah SAW bersabda,
"Sesungguhnya amal dan kebaikan yang terus mengiringi seseorang ketika
meninggal dunia adalah ilmu yang bermanfaat, anak yang dididik agar menjadi orang
shaleh, mewakafkan Alquran, membangun masjid, membangun tempat penginapan
bagi para musafir, membuat irigasi, dan bersedekah".
(HR Ibn Majah).
Oleh yang demikian, seharusnya, seorang guru itu, memiliki sifat yang sebenarbenarnya selayak seperti seorang pendidik, mempunyai nilai dan sahsiah yang tinggi.
Rujukan.
1) Awang Had Salleh (1980). Keguruan dan Perguruan di Malaysia : Keperihalan Kini
dan Arah yang dituju. Johor Bahru, KONPEN V Publications.
2) Dr. Ragbir Kaur a/p Joginder Singh, (2007) Panduan Ulangkaji Pendidikan Untuk
KPLI Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah, Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman
Sdn. Bhd.
3) Haliza Hamzah (2009), Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku, Shah Alam:
Oxford Fajar Sdn Bhd.
4) Harold Koontz & Heinz Weihrich (1990), Pethinking The Professional of Teaching in
Teacher Education Journal Vol XII, No.1.
5) Howard, G. R. (2007), Dispositions for Good Teaching,Journal of Educational
Controversy, Ogos 2007.
6) Mok Soon Sang (2007), Pengantar Teras Pendidikan, Kuala Lumpur, Kumpulan
Budiman Sdn. Bhd.
7) Myint, S.K (2005), Classroom Management : Facilating and Learning, Singapura :
Pretince Hall.
8) Noriati A. Rashid (2010) Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional
Guru, Shah Alam: Oxford Fajar Sdn Bhd.
9) Stewart, P. & Davis, S. (2005), Developing Dispositions of Preservice Teachers
Through Membership in Professional Organizations, Journal of Authentic Learning,
Vol.2 (1),September 2005.
10) Syed Ismail & Ahmad Subki (2013) Asas Kepimpinan & Perkembangan
Profesional, Selangor, Penerbitan Multimedia Sdn Bhd.
11) Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 7 Tahun 2013,Pelaksanaan Standard Operating
Procedure (SOP) 1:3:7, Pelaporan dan Tindakan Menangani Isu Disiplin Murid.
12)
http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?
file=/2007/11/15/TERKINI/Mutakhir/Ibu_bapa_digesa_tidak_saman_guru&sec=mstar_b
erita
13)
http://www.sinarharian.com.my/jenayah/guru-rogol-murid-dapat-padah-1.20359
14)
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?
y=2012&dt=0127&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm
15)
http://www.theborneopost.com/2011/12/24/guru-ponteng-isu-serius/
16)
http://perkhidmatanpelajaran.blogspot.com/2008/05/guru-ponteng-tindakan-tegasakan.html
17)
http://perkhidmatanawam.blogspot.com/2007/06/dewan-rakyat-200-aduan-salah-lakuguru.html
18)
http://greenboc.blogspot.com/2011/04/kes-murid-mati-dipukul-guru-hukuman.html