Anda di halaman 1dari 6

HBEF2803 PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN

NURUL AMINI BIN JABASUTAMI


761108017573001

SEM JAN 2015


OUM TERENGGANU

FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGES

HBEF2803
PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN

LAPORAN AKTIVITI 2
RUMUSAN CERAMAH TAJUK 1 ( T2A2 )

Name : NURUL AMINI BIN JABASUTAMI


Matric number : 761108017573001
NRIC : 761108-01-7573
Telephone number : 010-988 2021
E-mail address : noruleamin@g.mail.com

EOS : ROSNAM BIN ALI


Learning Centre: TERENGGANU LEARNING CENTRE
SEMESTER JAN 2015

HBEF2803 PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN


NURUL AMINI BIN JABASUTAMI
761108017573001

SEM JAN 2015


OUM TERENGGANU

SEMINAR PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN


PEMBANGUNAN PROFESIONALISME BERTERUSAN :
KEBERTANGGUNGJAWABAN INISIATIF KENDIRI
Oleh :
Dr. Nasaruddin Bin Basar
Ketua Penolong Pengarah, Sektor Peningkatan Ilmu, Bahagian Pendidikan Guru,
Kementerian Pendidikan Malaysia
Program Pensiswazahan Guru telah bermula sejak tahun 2002 lagi, ramai
graduan yang telah mengikuti program tersebut dengan jayanya.

Ada yang berpendapat

bahawa program tersebut perlu diteruskan. Kumpulan yang mengikuti program ini menyatakan
bahawa, program Open University Malaysia (OUM)

memang memberi banyak manfaat

kepada guru-guru yang mengikutinya. Pihak OUM telah memberi bantuan sepenuhnya dari
segi modul, syarahan dan segala keperluan melalui forum yang mudah untuk mendapatkan
markah yang baik serta membolehkan para guru berkongsi pendapat dalam perbincangan atas
talian. Oleh itu , program PPG perlu diteruskan lagi dengan beberapa penambah baikan
dilaksanakan bagi memantapkan lagi program yang dijalankan.
Kehadiran guru-guru dalam institusi ini memberikan impak yang besar kepada guru
mahupun sistem pendidikan yang telah sedia ada . Ruang dan peluang yang diberikan oleh
pihak institusi bukan sekadar untuk lulus sahaja tetapi kehendak OUM lebih menumpukan
kepada cara berfikir sebagai seorang guru. Penguasaan dalam bidang ICT wajar diaplikasikan
dalam bilik darjah bersama murid-murid, rakan sekerja agar budaya abad ke -21 dapat
dilaksanakan. Selain itu, pengetahuan intelek sebagai seorang guru dapat dikembangkan.
Guru perlu mencari inisiatif sendiri seperti melanjutkan pelajaran dan bersemangat
untuk terus belajar. Pilihan yang tepat untuk terus belajar adalah punca kecemerlangan dalam
profesion yang diceburi. Berikut merupakan 4 aspek yang ditekankan dalam seminar ini:

HBEF2803 PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN


NURUL AMINI BIN JABASUTAMI
761108017573001

SEM JAN 2015


OUM TERENGGANU

Empat aspek kebertanggungjawaban inisiatif kendiri yang diutarakan:


1. Konsep pembangunanan profesionalisme keguruan berdasarkan trend terkini dalam
pembangunan profesionalisme.
2. Perkaitan inisiatif guru, iaitu peranan dan sumbangan seorang guru dalam profesion
keguruan. Guru perlu berfikir lebih jauh tidak memadai dengan satu kepakaran sahaja.
Dalam pelan pembangunan pendidikan , guru perlu berubah dan menguasai bidangbidang lain. Kompetensi guru pada zaman ini perlu meluas agar lebih mantap.
3. Kebertanggungjawaban seorang guru dan kesan atas pembangunan pelajar, diri dan
kerjaya.
4. Potensi dalam peluang kerjaya seperti yang termaktub dalam pelan pembangunan
pendidikan Malaysia.
Mentransformasi keguruan sebagai profesion pilihan dalam Pelan Pembangunan
Pendidikan adalah anjakan Ke-4 menjadi visi yang perlu ditafsirkan dan diaplikasikan oleh
guru pada masa kini. Sejajar dengan perubahan semasa, kualiti yang sedia ada belum pasti
dapat menjamin survival negara pada masa akan datang.
Jika dilihat pada masa ini, ramai pelajar mampu menunjukkan pencapaian cemerlang
dalam peperiksaan awam seperti UPSR, PMR, SPM dan STPM, namun masih ada lagi
kumpulan yang gagal dalam ukuran pencapaian akademik mereka. Oleh itu, kemahiran guru
masih perlu ditambahbaik serta dibangunkan. Kompetensi sebagai seorang guru perlu
menghubungkaitkan diri kita dengan kemenjadian anak didik kita. Keberhasilan terhadap
murid perlu berlaku kerana golongan inilah yang akan membentuk negara kita pada masa
hadapan. Peneraju utama negara kelak adalah modal insan yang kita didik pada masa ini.

Trend para majikan hari ini dalam mencari pekerja lepasan universiti
Berdasarkan kajian yang telah dibuat. Pihak majikan biasanya menilai pengambilan pekerjanya
berdasarkan beberapa kriteria.

1. Pekerja yang boleh berkomunikasi dengan berkesan .

HBEF2803 PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN


NURUL AMINI BIN JABASUTAMI
761108017573001

SEM JAN 2015


OUM TERENGGANU

Komunikasi yang berkesan akan memberi keyakinan kepada pelanggan majikan.


Graduan mahir dalam pelbagai bahasa merupakan kelebihan yang ada untuk bersaing
bersama merebut pekerjaan yang diingini.
2. Pekerja boleh berkolaborasi dengan semua pihak.
Bekerja dalam suasana penuh kolaborasi untuk menghasilkan produk yang berkualiti
dan terbaik. Secara tidak langsung pekerja ini mampu meningkatkan komitmen dan
boleh bekerjasama tanpa perasaan pilih kasih.
3. Mahir dalam bidang yang dipilih.
Memiliki kemahiran dalam bidang yang diceburi. Kemahiran yang tinggi dalam satusatu bidang juga adalah aset utama serta boleh menjadi penanda aras dalam pemilihan
pekerja. Contohnya kursus yang diambil di universiti bersesuaian dengan pekerjaan
yang bakal diceburi.
Ramai majikan di Malaysia kini memilih graduan yang memiliki ijazah kepujian
sahaja berbanding graduan

yang memiliki ijazah yang cemerlang. Ini kerana majikan

mempunyai mentaliti bahawa graduan yang terlampau cemerlang akan lebih cenderung kepada
menghafal daripada mengaplikasi . Selain itu, mereka juga lebih mementingkan diri sendiri
dan kurang bekerjasama dengan rakan-rakan yang lain. Graduan seperti ini biasanya tidak
tahan pada cabaran persekitaran. Oleh itu perlu ada transformasi dalam profesion keguruan
untuk menghasilkan modal insan yang seimbang dan mampu bekerjasama bersama rakan
sekerja yang lain.
Kualiti guru sering menjadi perbincangan umum pada masa ini. Kualiti adalah bersifat
dinamik dan berubah mengikut peredaran zaman. Profesion perlu penambahbaikkan agar
murid yang dididik dapat bukan setakat lulus peperiksaan sahaja. Sebaiknya penguasaan dan
teknik guru perlu lebih ke hadapan dan berkesan kerana generasi masa ini lebih moden dan
mudah terdedah dengan dunia teknologi dan komunikasi . Kaedah dan pendekatan yang lebih
kreatif dan kritis perlu diterapkan dalam bilik darjah agar bersesuaian dengan kualiti pada masa
akan datang.
Kemahiran yang kita sampaikan pada masa kini adalah untuk anak didik meneruskan
kehidupan pada masa akan datang. Inovasi dan alternatif lain perlu difikirkan oleh guru dan
bersedia mengharungi cabaran dari segi kemudahan yang serba tidak lengkap. Guru merupakan

HBEF2803 PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN


NURUL AMINI BIN JABASUTAMI
761108017573001

SEM JAN 2015


OUM TERENGGANU

pemangkin atas segala perubahan yang telah dilaksanakan dan menyahut cabaran mengikut
peredaran semasa.
Keperluan semasa mengkehendaki guru yang bersikap proaktif tanpa perlu menunggu
arahan dari Guru Besar , Jabatan mahupun kementerian untuk bergerak kerarah yang lebih
positif. Dalam PPPM, murid, ibu bapa, dan masyarakat inginkan guru menyediakan anak didik
ke arah suatu jaminan dalam menempuh cabaran di masa hadapan. Pengalaman mengajar
tidak menjamin anak didik kita untuk berjaya menempuh cabaran pada masa hadapan . Oleh
itu, perubahan baru dan penambahbaikan dari guru dalam teknik pengajaran dan pembelajaran
perlu mengikut peredaran semasa.
Dalam beberapa kajian yang telah dijalankan mendapati bahawa kursus-kursus yang
diberikan di peringkat sekolah mahupun BPG atau KPM tidak dapat memenuhi kehendak
semasa . Beberapa perubahan telah dicadangkan oleh pihak kementerian untuk memberi laluan
kepada guru-guru untuk meningkatkan prestasi kendiri. Melalui bahan bacaan, dialog prestasi
bersama rakan sekerja dan kajian tindakan yang dibuat bukan setakat jaminan lulus
peperiksaan OUM sahaja tetapi boleh diterapkan dalam profesion keguruan kita.
Potensi dalam diri murid boleh ditingkatkan dengan kaedah yang releven dan terkini
serta bermakna dalam usaha menyediakan kemenjadian modal insan yang berguna dan positif
di masa akan datang. Dalam era globalisasi yang moden ini segala maklumat ibarat di hujung
jari kita, dengan itu kemudahan yang dimiliki perlu diguna pakai dengan sepenuhnya dalam
usaha memajukan diri para pendidik . Hasilnya murid dapat menguasai ilmu yang berkesan
dan bermakna berdasarkan komitmen guru pada tahap yang maksima. Inovasi yang guru
ciptakan boleh dikongsi bersama melalui media sosial yang sedia ada dengan menyalurkan
maklumat yang bermanfaat untuk semua pihak.
Kesimpulannya, sebagai seorang guru kita harus sentiasa membangunkan diri yang sedia ada
mengikut perubahan semasa. Sekarang anak didik kita memerlukan inisiatif kita untuk
membawa kejayaan pada kita dalam masa yang sama untuk kejayaan anak murid kita. Ilmu
yang sedia ada perlu selalu ditambah baik atau ditambah nilai. Pelan Pembangunan Pendidikan
menjelaskan kepada guru untuk mendidik pelajar-pelajar kita untuk bersaing di persada dunia
pada masa sekarang dan masa akan datang. Kaedah dan pendekatan yang kita guna pada hari
ini boleh menjamin survival anak didik kita pada masa hadapan.

HBEF2803 PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN


NURUL AMINI BIN JABASUTAMI
761108017573001

SEM JAN 2015


OUM TERENGGANU

Akhir kata, guru juga perlu sentiasa mengemaskinikan diri dengan perkembangan
semasa dan sentiasa berusaha kekal relevan dengan kehendak semasa kerana guru yang
berkualiti akan sentiasa membawa anak-anak didiknya maju seiring dengan kemajuan dirinya.
Secara kesimpulannya, para guru perlu sentiasa berusaha untuk meningkatkan kompetensi dan
kualiti kendiri seiring dengan kehendak serta keperluan masa kini yang semakin mencabar.

Anda mungkin juga menyukai