Cerita Pendek
Cerita Pendek
Keesokan pagi, cuaca sungguh baik. Tupai mengajak arnab menbuat sarang.
Lebih baik kita pergi cari kayu untuk membuat sarang, kata tupai. Tapi bukan
sekarang, jawab arnab. Kita masih ada banyak masa lagi. Marilah kita pergi cari
makanan. Saya sungguh lapar! Tupai menggeleng-geleng melihat sikap
sahabatnya itu. Pada petang itu, hujan turun lagi. Tupai dan arnab basah kuyup
kerana tiada tempat berteduh. Alangkah baiknya jika kita ada sarang, kata
tupai. Esok kita mesti buat sarang. Saya tak mahu terus basah seperti ini
sewaktu hujan. Arnab yang pemalasitu tidak menghiraukan rungutan
sahabatnya. Kita tunggu esok sahajalah, kata arnab.
KERBAU BALAR
Dalam sekumpulan kerbau, ada sepasang kerbau balar. Warna kulitnya merah,
tidak hitam seperti kerbau-kerbau yang lain. Oleh kerana kulit yang berbeza
warnanya itu, kerbau balar selalu dihalau oleh kerbau lain. Kedua-duanya tidak
dibenarkan makan bersama dan tidur sekandang.
"Rupa kamu tidak sama dengan kami," kata kerbau yang lain itu.
Kedua-dua kerbau balar itu sangat sedih kerana mereka selalu disisihkan.
Pada suatu musim ,kerbau hitam dan kerbau balar itu mendengar tuan mereka
akan menangkap mereka. Semuanya akan dihantar dan akan dipakaikan gelang
merah.
Pada suatu hari, kedua-dua kerbau merah itu tersesat ke tempat orang
menyembelih kerbau. Kerbau balar melihat beberapa kepala dan kaki kerbau
bergelimpangan di kawasan itu. Lalu selepas itu tahulah mereka apa yang
sebenarnya terjadi.
Ketika kerbau-kerbau lain di tangkap , kedua-dua ekor kerbau balar itu
melarikan diri ke hutan. Kerbau-kerbau yang lain semuanya di sembelih.
Selamatlah kedua-dua kerbau balar itu. Lalu kedua-duanya menjadi kerbau liar
yang susah untuk ditangkap lagi.
LABAH-LABAH BUNCIT
Dalam sebuah belukar tinggal seekor labah-labah. Sarangnya lebih besar
daripada sarang labah-labah lain. Dahulu bapanya yang membuat sarang itu.
Kemudian ia menambah di sekeliling sarang itu.
Labah-labah itu berlari dengan pantas dari tengah ke tepi sarang. Ia menangkap
mangsanya. Binatang yang ditangkap segera dimakan. Badannya semakin hari
semakin besar. Perutnya buncit. Ia memang kuat makan. Perutnya sentiasa
berasa lapar.
Pada suatu hari, datang dua ekor labah-labah. Satu dari arah timur dan satu lagi
dari arah barat. Kedua-dua labah-labah mahu menjemput labah-labah buncit
makan kenduri. Kenduri itu diadakan pada waktu yang sama. Ia menjadi serba
salah. Labah-labah buncit bertanya jiran-jirannya. Mereka juga mendapat
jemputan. Jiran di kiri pergi ke jemputan arah barat. Jiran di kanan pergi ke
jemputan arah timur. Labah-labah buncit mendapat akal. Ia meminta kerjasama
jiran-jirannya.
Labah-labah buncit memberi tali kepada jiran-jirannya. Sesiapa yang makan
dahulu tarik tali itu. Ia akan pergi ke sana dahulu. Tali itu diikatkan pada
perutnya supaya tidak terlepas.
Kedua-dua labah-labah itu pun pergi. Apabila jamuan dihidang, jiran kanan pun
menarik tali dari arah timur. Pada masa yang sama jiran kiri menarik dari arah
barat pula. Labah-labah buncit tidak dapat mengikut ke barat. Ia tidak sempat
membuka ikatan perutnya.
Kedua-dua jiran labah-labah buncit terus menarik tali masing-masing. Perut
labah-labah buncit semakin tercerut. Setelah tidak berjaya menarik, kedua-dua
jirannya pun terhenti. Mereka menikmati hidangan. Selepas makan mereka pun
pulang.
Mereka mendapati labah-labah buncit pengsan. Mereka cuba membuka tali yang
tercerut di perut labah-labah buncit. Sayangnya mereka tidak dapat membuka
ikatan itu.
Beberapa hari kemudian labah-labah buncit sedar. Ia berjaya membuka ikatan di
perutnya. Sejak itu ia tidak hiraukan makan. Perutnya tidak berasa lapar seperti
selalu. Pinggangnya pun ramping bekas kene cerut. Hingga sekarang pinggang
labah-labah kecil dan genting.