Anda di halaman 1dari 2

PK07 Pengurusan Mesyuarat

PK 07/3
SEKOLAH KEBANGSAAN SERI BALI, SEGAMAT JOHOR
MINIT MESYUARAT PANITIA MATEMATIK BIL 4/(2013)
Tarikh

: 7 OKTOBER 2013

Masa

: 1.15 PETANG

Tempat

: BILIK MESYUARAT AR-RAYYAN

Pengerusi

: PN LATIFAH BT ABDUL RAHIM

Kehadiran

: 7/7 ORANG

Turut Hadir (Jika ada) : TIADA


1

PERUTUSAN PENGERUSI
Pengerusi mengalu-alukan kehadiran AJK dalam mesyuarat kali keempat bagi sesi
2013. Ribuan terima kasih kepada yang hadir

PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU


Dicadang untuk disahkan oleh En Muhammad Mukhtarudin b Harun
Disokong untuk pengesahan oleh En Faeiz Errfaei b Reffah

PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
3.1. Pengerusi menyatakan aktiviti-aktiviti panitia yang telah dirancang perlu
dilaksanakan sebelum akhir persekolahan 2013. Contohnya pertandingan bacaan
sifir dan congak
3.2. Minta kerjasama guru-guru matapelajaran agar memberi senarai prestasi murid
bagi kelas yang diajar pada tahun 2013
Tindakan: Guru
Matapelajaran

FOKUS MESYUARAT
4.1. Puan Zaiton menyarankan agar mengemaskini fail panitia sebelum sesi
persekolahan berakhir
4.2. Semua guru berbincang mengenai buku aktiviti yang bersesuaian untuk diguna
pakai untuk tahun 2014
4.3. Guru tahun 4 dan 5 di ingatkan agar tidak lepas tangan dan mengajar murid
sambil lewa agar prestasi tahun 2014 meningkat kerana laporan prestasi tahun 2013
adalah sangat rendah.

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00

PK07 Pengurusan Mesyuarat

4.4. Pembentangan keseluruhan keputusan peperiksaan setengah tahun oleh


pengerusi.
Tahun
4
5
6

% menguasai
64.00 %
70.37 %
86.54 %

% tidak menguasai
36.00 %
29.63 %
13.46 %

GPMP
3.32
3.11
2.81

4.5. Keputusan peperiksaan akhir tahun masih belum diperolehi kerana guru belum
memasukkan keputusan dalam SAPS.
Tindakan:Semua guru
5

HAL-HAL LAIN
5.1. En Ahmad meminta agar satu bengkel kaedah pengajaran dan pembelajaran
diadakan bagi memberi pendedahan dan pengetahuan untuk guru memperolehi ilmu
pengetahuan terutama KSSR yang menekankan aspek pelbagai strategi pengajaran
untuk mencapai band 5 atau 6.
Tindakan: Ketua Panitia
5.2. Pengerusi menyatakan bahawa wang Panitia 2013 telah digunakan sepenuhnya
untuk membeli bahan bantu mengajar. Bagi tahun hadapan semua guru boleh
merancang dan memberi senarai alatan atau bahan yang diperlukan.
Tindakan: Guru Matapelajaran

PENUTUP
a. Ucapan penangguhan oleh Pengerusi Mesyuarat dan penetapan tarikh mesyuarat yang
berikutnya.
b. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.15 petang
Disediakan oleh,

Disemak Oleh,

..........................................
(PN NOORFAIZA BT ZABAR)
Setiausaha
Tarikh : 8 OKTOBER 2013

................................
(PN LATIFAH BT ABDUL RAHIM)
Pengerusi / Ahli Mesyuarat
Tarikh : 9 OKTOBER 2013

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00