Anda di halaman 1dari 15

PENGENALAN

Konsep kompetensi
Kompetensi merujuk kepada pengetahuan, kemahiran, dan ciri-ciri peribadi atau
personality traits yang perlu bagi melaksanakan sesuatu tugas atau tanggungjawab.
Kompetensi adalah istilah bahasa Inggeris iaitu competence yang

bermaksud

kelayakan, kemampuan, kesanggupan, dan kecekapan untuk melakukan sesuatu


tugas.
Kompetensi ditakrifkan sebagai gabungan aspek pengetahuan, kemahiran dan
ciri-ciri peribadi yang perlu dimiliki serta diamalkan bagi melaksanakan

sesuatu

pekerjaan atau jawatan. Prinsip asas model kompetensi adalah bahawa prestasi
seseorang pegawai perkhidmatan awam akan meningkat sekiranya beliau mempunyai
semua

kompetensi yang diperlukan bagi menjalankan tugas dan tanggungjawab

jawatan yang disandangnya. Sebagai contoh, pengkhususan dalam sesuatu bidang dan
kekerapan

melaksanakan sesuatu tugas yang akan membolehkan pegawai

melaksanakan tugasnya dengan berkesan dan cemerlang. Kompetensi juga ditakrifkan


sebagai kemampuan atau kecekapan yang diperlihatkan seseorang ketika melakukan
sesuatu.
Kesimpulannya kompetensi bolehlah didefinisikan sebagai;
Definisi umum
Merupakan keupayaan seseorang untuk mencapai matlamat interaktif, dalam
konteks sosial yang khusus, dengan menggunakan cara yang diterima dan
menghasilkan natijah yang positif dengan memberikan signifikan kepada unsur yang
lain. Kecekapan atau kompetensi (competency) bolehlah
kebolehan seseorang mengeluarkan sesuatu hasil yang

didefinisikan sebagai

telah dipersetujui bersama

melalui terma-terma yang telah ditentukan tahap pengukurannya.


Definisi khusus
Merupakan satu ukuran yang telah ditetapkan bagi seorang guru dalam
menguasai pelbagai peringkat kompetensi yang diperlukan untuk memenuhi aspirasi
pelajar dan masyarakat.
1

Definisi guru
Guru dalam konteks tajuk tugasan ini bermaksud ialah tenaga pengajar yang
telah mengikuti sijil perguruan, diploma pendidikan dan ijazah dari maktab-maktab dan
universiti, dilantik oleh KPM untuk berkhidmat di sekolah. Kategori guru meliputi bakal
guru, guru permulaan,

guru dan pentadbir sekolah (termasuk pengetua dan guru

penolong kanan). Bakal guru pula ialah seseorang individu yang sedang mengikuti
latihan perguruan di peringkat diploma dan ijazah pertama. Guru permulaan ialah guru
yang telah mengikuti latihan perguruan dalam mmana-mana peringkat pengajian dan
telah berkhidmat dalam jangka masa enam bulan hingga satu tahun.
Konsep kompetensi guru
Standard profesional perguruan boleh digunakan sebagai satu set kriteria dari
kompetensi minimum yang ditunjukkan dalam perlaksanaan kerja guru. Kompetensi
guru termasuklah

perkara yang berkaitan personal, profesional dan sosial seperti

pengajaran, kepakaran dalam subjek, kepakaran dalam teori yang berkaitan dengan
pengajaran dan pembelajaran,

menguruskan proses pembelajaran, adaptasi dalam

komuniti dan personaliti. Beare (2001) mengenal pasti kompetensi minimum bagi guru
terhadap lima komponen yang sepatutnya kompeten. Lima komponen itu ialah
kurikulum, pedagogi, penilaian, sumbangan kepada sekolah dan sumbangan kepada
profesion.
Dalam kurikulum, guru sepatutnya mempunyai pengetahuan tentang isi
kandungan kursus yang diajar (kepakaran subjek) dan ianya dikemas kini. Pedagogi
pula,

guru

mestilah

tahu

mengajar,

menguruskan

kelas

menggunakan

mod

pembelajaran dan kaedah pengajaran yang sesuai dan teknologi pengajaran yang
sesuai. Seterusnya penilaian, guru seharusnya tahu untuk menilai hasil kerja pelajar,
bagaimana menilai kemajuan pelajar, bagaimana melaporkan kemajuan kepada pelajar
dan ibu bapa, bagaimana menyimpan rekod kemajuan pembelajaran dan bagaimana
menetapkan tahap kemajuan. Sumbangan guru kepada sekolah seharusnya memberi
sumbangan yang kontruktif kepada sekolah secara meluas, menerima tanggungjawab
fungsi yang luas kepada sekolah secara formal, secara tidak formal mengambil berat
terhadap tugas dan budaya, mempunyai pelajar yang baik, reputasi

dan pendirian

komuniti serta hubungan ibu bapa dan seluruh komuniti. Yang terakhir, sumbangan
profesional. Setiap guru diharapkan dapat mengamalkan profesion pergurun dengan
2

menyertai perkembangan profesional, aktif dalam aktiviti profesional, menyumbangkan


pembangunan dalam profesion perguruan dan asas

kemahiran dan bersedia untuk

membantu rakan secara profesional. Guru sepatutnya berfikir dan berkelakuan sebagai
profesional.
Perkara asas bagi menggariskan standard guru profesional ialah apa yang perlu
diketahui dan boleh dilakukan. Formula asas kebolehan guru perlu ditunjukkan dalam
bidang

berikut: penilaian, komunikasi, pembaikan berterusan, pemikiran kritikal,

kepelbagaian, etika, perkembangan insan dan pembelajaran, pengetahuan mengenai


subjek, suasana pembelajaran, perancangan dan peranan guru dan teknologi.
Model Kompetensi Guru
Prinsip asas model kompetensi adalah bahawa prestasi seseorang pegawai
perkhidmatan awam akan meningkat sekiranya beliau mempunyai semua kompetensi
yang diperlukan bagi
disandangnya. Contohnya,

menjalankan tugas dan tanggungjawab jawatan yang


pengkhususan dalam sesuatu bidang dan kekerapan

melaksanakan sesuatu tugas yang akan

membolehkan pegawai melaksanakan

tanggungjawabnya dengan berkesan dan cemerlang.


Komponen Kompetensi
Tiga komponen kompetensi yang utama adalah pengetahuan iaitu kebolehan
pegawai meningkatkan pengetahuan secara berterusan bagi memperbaiki prestasi diri
dengan berkesan. Komponen seterusnya ialah kemahiran iaitu kebolehan pegawai
mengguna dan memanfaatkan (ability to use in practice) pengetahuan dan kemahiran
yang diperoleh bagi melaksanakan tugas dengan cemerlang untuk mencapai objektif
organisasi. Ketiga ialah ciri-ciri peribadi iaitu nilai-nilai peribadi dan perlakuan (personal
attributes and behaviours) yang perlu dihayati

dan diamalkan oleh pegawai

perkhidmatan awam.

Kualiti kompetensi guru yang berkesan dalam mengurus sesebuah bilik darjah
Murid merupakan sumber manusia yang akan dijelmakan menjadi murid yang
berpengetahuan, berkemahiran dan berketrampilan memerlukan pengurusan serta
perancangan strategik yang berkesan. Gurulah yang berperanan sebagai pencetus idea,
pembimbing, fasilitator bagi melahirkan suasana pembelajaran yang mencakupi semua
bidang kemahiran sebagai sumber kepada pembinaan modal insan. Suasana
pembelajaran

yang

kondusif,

menyeronokkan,

bermotivasi,

bermoral,

kreatif,

menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih berfokus. Kejayaan guru mengurus


fizikal, sumber dan suasana bilik darjah yang kondusif, bermakna guru telah berjaya
membentuk budaya berdisiplin, kerjasama, sayang kepada keindahan alam sekitar,
mematuhi setiap arahan, kehidupan berkualiti, yang melambang sebahagian daripada
keimanan.
Kualiti kompetensi guru dapat dilihat melalui persediaan untuk menghasilkan
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan merupakan sebahagian daripada
pengurusan bilik darjah. Persediaan yang merangkumi pelbagai alatan dan bahan untuk
kegunaan guru dan murid. Ada kalanya murid tidak memberi perhatian atau berkelakuan
di luar daripada nilai-nilai murni yang hendak digarap boleh dilihat berpunca daripada
tidak terdapat kesinambungan dalam pelajaran disebabkan persediaan guru dari aspek
bahan, peralatan, pengetahuan dan kemahiran yang kurang mantap. Melalui usaha
tersebut, guru akan memastikan anak muridnya telah menguasai sepenuhnya ilmu yang
telah diajar melalui latihan pengayaan atau pengukuan.
Seorang guru yang berkompetensi akan prihatin kepada anak muridnya dengan
menguruskan hal ehwal murid dalam bilik darjah melalui pendekatan penyayang yang
ditunjukkan oleh guru, dapat menjinakkan mereka, bercakap dengan bahasa yang
lembut dan bersopan, menegur dan membetul kesilapan dengan cara yang berhemah,
di samping menggunakan segala sifat mahmudah, akan mempercepatkan proses
kecintaan dan kesetiaan murid terhadap gurunya, dan kemujaraban pemindahan
maklumat daripada guru kepada muridnya. Maka dengan itu, keadaan bilik darjah akan
menjadi lebih kondusif dan murid-murid akan mengalami pembelajaran yang selesa
dengan gurunya. Jika hari-hari guru tengking dan marah murid-murid, maka suasana

pembelajaran menjadi suram dan murid-murid tidak berani untuk menyuarakan


pendapat mereka.
Kemahiran

berkomunikasi

juga

memainkan

peranan

penting

ke

arah

pembentukan budaya penyayang, komunikasi berkesan dalam dijelmakan dalam cara


bertutur, penggunaan bahasa badan, penulisan, juga melalui penggunaaan alat-alat
tertentu seperti komputer, telefon dan sebagainya. Maka dengan itu, seorang guru perlu
mempunyai kemahiran berkomunikasi terhadap muridnya, dapat menghasilkan suasana
pembelajaran yang lebih dinamik, pembentukan akhlak, kemahiran-kemahiran tertentu
dapat diterap dengan lebih mudah dan berkesan. Komunikasi berkesan menghasilkan
motivasi yang berkesan, murid mudah menerima motivasi yang disampaikan secara
berhemah dan berhikmah, nilai-nilai murni yang hendak ditanam dalam diri murid akan
melalui laluan yang lebih mudah dan berkesan. Justeru itu suasana pembelajaran akan
lebih kondusif dan dapat memotivasikan murid-murid.
Guru juga perlu berwibawa dengan sentiasa melihat pembelajaran sosial
sebagai satu aspek penting dalam pengurusan bilik darjah yang kondusif. Setiap yang
dipimpin perlukan penghargaan dan pengiktirafan, dan guru seharusnnya bijak
menggunakan kebijaksanaan komunikasi serta pendekatan penyayang dengan
menghadiahkan senyuman, memberikan penghargaan apabila mereka mempamerkan
sesuatu yang lebih baik daripada sebelum, misalnya, kelas yang lebih teratur, kemas
dan bersih. Menghabiskan ayat hafazan sebelum jangka masa yang ditentukan, markah
yang semakin baik. Sekeping kertas berbentuk surat penghargaan, atau sebatang pen
sebagai tanda penghargaan sudah cukup menunjukkan keikhlasan guru bagi
meningkatkan prestasi mereka.
Selain itu, guru harus menunjukkan teladan sebagai seorang profesional iaitu
dengan membentuk program-program yang bertujuan membangunkan murid, dengan
peraturan dan arahan yang jelas, seterusnya bagi mengurangkan segala tingkahlaku
negatif menunjukkan pengurusan bilik darjah yang kondusif. Ini kerana guru lebih mudah
mengawal kelasnya melalui aktiviti yang menyeronokkan murid-murid. Minat mereka
akan teransang dengan unsur-unsur aktiviti yang melibatkan bermain. Melalui
penglibatan murid-murid, guru perlu menjadikan suasana di bilik darjah lebih ceria
dengan menggunakan pendekatan yang sesuai dengan situasi bilik darjah.
5

Untuk menjadikan pengurusan bilik darjah menjadi lebih kondusif, guru boleh
membuat jangkaan terhadap pelajar, seperti mengurangkan kadar ponteng dan
permasalahan disiplin melalui pendekatan pengurusan bilik darjah yang berkesan.
Kadar bilangan murid yang terlalu ramai dalam sesebuah bilik darjah, bukan satu ukuran
yang subjektif untuk dibuat satu kesimpulan bahawa kelas tersebut tidak dapat
dibangunkan, tetapi bagaimana guru menyusun kedudukan meja, mengorganisasikan
murid sebagai sebuah pasukan yang mantap, melalui tindakan guru sebagai fasilitator,
pembimbing, penyelia, pengawal dan penggerak serta menggunakan pelbagai
pendekatan kaedah dalam pengajaran dan pembelajaran yang disertai dengan
semangat, minat, dan komitmen guru bagi menjayakan visi dan misi. Kecekapan yang
ditunjukkan akan menjadikan guru lebih berkompetensi bagi menghasilkan bilik darjah
sebagai sebuah rumah dalam slogan, bilik darjah ku, rumah ku.
Sehubungan dengan itu, guru perlu mempunyai cita-cita untuk menjadi pengurus
bilik darjah yang berkesan yang dapat memahami perasaan dan kehendak hati nurani
murid-murid, guru perlu cekap mencorak iklim yang memberansangkan, kecekapan
dalam kemahiran pengajaran, pengurusan masa, produktiviti dan tugas pengajaran dan
pembelajaran serta mencorakkan tingkahlaku yang memudahkan pengawalan disiplin
murid. Oleh sebab itu, guru berperanan sebagai pendidik, pemudah cara, pemimpin,
pembimbing, penilai, perancang, perunding dan pendorong ke arah kecemerlangan
murid serta pengurusan bilik darjah yang lebih kondusif.
Kesimpulannya, guru perlu memiliki beberapa kemahiran penting, kerana
kemahiran mengajar menjadi instrumen untuk kejayaan dalam mengurus bilik darjah.
Antara kemahirannya adalah dalam pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran
yang boleh diambil dari modul, model, kaedah dan teknik yang sedia ada atau
menggunakan daya inovasi dan kreativiti membina model-model tersendiri, kemahiran
berkomunikasi, kemahiran interpersonal, kemahiran dalam bimbingan dan kaunseling,
kemahiran dalam menawan emosi atau kesedaran emosi juga menjadi pemangkin
dalam pengajaran dan pembelajaran murid-murid.

Pengenalan sekolah kurang murid


Salah satu jenis sekolah yang sentiasa menghadapi masalah kekurangan
kemudahan asas dan sumber pendidikan adalah sekolah kurang murid (SKM). SKM
adalah satu jenis sekolah yang dikategorikan sebagai sekolah yang mempunyai murid
seramai kurang daripada 150 orang. Sekolah-sekolah ini sering menghadapi masalah
iaitu kekurangan kemudahan asas, kekurangan sumber guru, sumber buku dan rujukan
dan lain-lain aspek pendidikan.
Pembangunan pendidikan di Malaysia pada peringkat awal tertumpu kepada
pembinaan sekolah di bandar dan kawasan pertumbuhan ekonomi utama negara.
Sebaliknya, peluang menikmati pendidikan bagi penduduk di luar bandar dan
pedalaman amat terhad. Malah sekolah luar bandar mengalami pelbagai kekurangan
daripada segi infrastruktur dan peralatan, kemudahan asas, guru serta sokongan ibu
bapa dan masyarakat. Ketidaksamarataan dan jurang pendidikan ini wujud disebabkan
keutamaan pada masa itu tertumpu kepada usaha memastikan lebih ramai pelajar
mendapat pendidikan berbanding dengan kualiti pendidikan yang disediakan.
Selaras dengan dasar ini, Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan (PIPP) menyasarkan matlamat untuk memastikan semua
sekolah dan pelajar mempunyai peluang dan keupayaan yang sama untuk cemerlang
termasuklah daripada Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK).
Justeru itu, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengenal pasti jurang
pendidikan yang perlu dirapatkan supaya akses, ekuiti dan kualiti dapat ditingkatkan. Di
antaranya ialah jurang pendidikan antara bandar dan luar bandar yang merujuk kepada
ketidaksamarataan daripada segi penyediaan infrastruktur dan penempatan guru
terutama di Sekolah Kurang Murid (SKM). Kebanyakannya, Sekolah Kurang Murid ini
berada dalam keadaan daif dan menghadapi masalah kekurangan peruntukan,
kemudahan dan guru terlatih. Norma perjawatan sedia ada tidak bersesuaian dengan
keperluan Sekolah Kurang Murid seperti ketiadaan perjawatan guru pemulihan. Selain
itu, penempatan guru di Sekolah Kurang Murid sukar dilakukan kerana kebanyakannya
berada jauh di pedalaman.

Menambahbaik kualiti pengurusan bilik darjah sekolah kurang murid di


pedalaman
Sepertimana yang telah kita ketahui sekolah kurang murid memiliki prasarana
sekolah yang serba kekurangan kerana jumlah pelajarnya yang kurang. Namun,
pengajaran dan pembelajaran berjalan seperti biasa. Situasi ini telah menimbulkan
masalah lain dari segi pengurusan bilik darjah yang tidak kondusif dan selesa. Walaupun
pengajaran dan pembelajaran berlaku, adakah pembelajaran yang dialami oleh murid
tersebut berkualiti atau tidak. Maka dengan itu, semua pihak yang berkenaan harus
memastikan masalah ini dapat diselesaikan melalui cadangan penambahbaikan
pengurusan bilik darjah.
Antara penambahbaikan yang boleh dibuat ialah mengadakan kelas bercantum
iaitu merupakan kelas yang diwujudkan kerana bilangan murid dalam tahun
persekolahan adalah kurang daripada 15 orang dan bilangan ini tidak mencukupi untuk
membentuk sebuah kelas biasa. Perlaksanaan kelas bercantum mengajar sebuah kelas
yang terdiri lebih daripada satu tahun persekolahan yang diamalkan di Sekolah Kurang
Murid di sekolah-sekolah kawasan terpencil dan pedalaman, terutamanya di Sabah dan
Sarawak yang bilangan penduduknya kurang ramai dan menyebabkan bilangan
muridnya juga kurang.
Kelas bercantum merupakan kelas yang unik yang mempunyai ciri-ciri yang
tersendiri. Di antara konsep dan ciri-ciri kelas bercantum yang dilaksanakan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia adalah umur murid-murid dalam sesebuah kelas
bercantum berlainan mengikut tahun persekolahan mereka. Sebagai contoh, sebuah
kelas yang mencantumkan murid-murid Tahun 1 dan 2 adalah dalam lingkungan tujuh
hingga lapan tahun. Percantuman murid-murid mengikut umur yang hampir sama ini
dilakukan bagi memudahkan guru melaksanakan proses pengajaran dan pelajaran di
dalam kelas bercantum.
Seterusnya ialah penambahbaikkan dari segi pengurusan alat bantu mengajar
bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan
berkesan. Alat membantu mengajar boleh dijadikan medium utama dalam pembelajaran
dengan melibatkan penggunaan alat membantu mengajar dengan banyak. Ini kerana
8

sekolah di pedalaman kebanyakannya tidak memiliki fasiliti pendidikan yang mencukupi.


Melalui alat membantu mengajar ini sedikit sebanyak dapat memberikan mereka
pendedahan kepada dunia luar. Justeru, pelbagai alat bantu mengajar perlu disediakan
dan kekurangan alat bantu mengajar boleh menjejaskan pencapaian yang diharapkan.
Guru juga perlu tahu menggunakan alat bantu mengajar dengan cekap kerana
kegagalan

guru

menguruskan

alat

bantu

mengajar

dengan

berkesan

boleh

menimbulkan masalah disiplin di kalangan murid.


Seterusnya, guru mestilah memastikan setiap murid mematuhi semua peraturan
yang telah ditetapkan agar pengurusan bilik darjah lebih terkawal dan berdisiplin.
Pengurusan murid-murid dilakukan dengan melantik ketua-ketua darjah bagi membantu
guru mengawal disiplin kelas. Secara tidak langsung dapat memupuk kepimpinan di
kalangan ketua-ketua darjah yang dilantik dan murid-murid yang lain juga akan belajar
cara menghormati ketua. Tugas guru pula dapat dijalankan dan dilaksanakan dengan
lebih lancar sebagaimana dirancang dengan bantuan ketua-ketua darjah yang dilantik.
Tugas mereka bukan hanya untuk mempermudahkan kerja guru malah memberikan nilai
tambah dalam diri mereka iaitu keberanian dan bertanggungjawab melaksanakan tugas.
Melalui pengalaman, mereka akan menjadi lebih yakin pada masa yang akan datang
untuk bergaul dengan masyarakat diluar setelah mereka tamat alam persekolahan
rendah.
Oleh kerana sekolah tersebut sekolah kurang murid, pendekatan keadah
pengajaran individu amat sesuai dilaksanakan untuk memastikan murid-murid
mengambil bahagian dalam setiap sesi pembelajaran guru. Ini bertujuan untuk
menambahbaik kualiti pengurusan bilik darjah dari segi kawalan kelas dan tumpuan
murid-murid. Dengan itu, guru lebih fokus kepada murid-murid yang mengalami masalah
seperti tidak tahu membaca, mengeja dan masalah disiplin. Maka guru akan membantu
serta membimbing murid-murid tersebut. Pada sesi pembelajaran yang akan datang,
guru lebih mudah untuk menguruskan kelas kerana guru tahu mana satu murid yang
akan mengalami masalah ketika pembelajaran. Melalui itu, guru tahu strategi
pengajarannya untuk mencuri perhatian murid-muridnya.
Kaedah Kumpulan juga boleh digunakan dalam sebuah kelas bercantum di
mana murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut kebolehan murid
9

dan guru menyampaikan pelajaran secara bergilir-gilir, kumpulan demi kumpulan.


Penambahbaikkan yang dilakukan ialah pembahagian kumpulan adalah berbeza-beza
setiap kali sesi pembelajaran. Kaedah ini sesuai digunakan untuk mengajar kemahiran
asas atau menjalankan aktiviti pengayaan dengan pemulihan. Bagi pengajaran aktiviti
pembelajaran lain seperti kerja projek, permainan, simulasi dan sebagainya pula, muridmurid dibahagikan mengikut kumpulan dengan pelbagai kebolehan dalam setiap
kumpulan. Pengurusan bilik darjah lebih mudah jika berkumpulan dengan melantik ketua
kumpulan dan tanggungjawab ketua kumpulan memastikan kumpulannya menyiapkan
tugasan yang diberikan atau membuat latihan yang diberikan oleh guru. Dengan itu,
guru lebih senang mengurus dengan memanggil ketua kumpulan sahaja untuk
mengagihkan latihan yang diberikan kepada mereka.
Sehubungan dengan itu, guru juga boleh menambahbaik kualiti pengurusan bilik
darjah dengan mengadakan sistem pemarkahan sahsiah dan pencapaian akademik.
Seterusnya memberikan habuan kepada murid-murid tersebut seperti hamper atau alat
keperluan dalam pembelajaran sekolah seperti beg, kasut dan pakaian. Cara ini bukan
sahaja dapat meningkatkan pencapaian murid-murid malah murid-murid akan menjadi
lebih tekun untuk belajar dan bersaing secara dengan sihat dengan rakan-rakannya
yang lain. Maka dengan itu, kualiti pengurusan bilik darjah akan bertambah baik kerana
masing-masing akan menunjukkan yang terbaik kepada guru mereka. Ini bukan kerana
untuk membuatkan mereka berpura-pura atau berlakon apabila berhadapan dengan
guru tetapi untuk membudayakan mereka menjadi insan yang sentiasa menjaga tingkah
lakunya dalam kelas dan seterusnya meningkatkan pencapaiannya dalam akdemik dan
kokurikulum.
Strategi penggabungjalinan, penyerapan dan pemulihan juga boleh diubahsuai
dan ditambahbaik untuk digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran kelas
bercantum. Namun, pengubahsuaian tersebut haruslah mengambil kira kesesuaian
pendekatan penyampaian guru, peringkat pencapaian murid dan kebolehan sedia ada
murid. Melalui penambahbaikan ini, pembelajaran dan pengajaran guru akan
memperkembangkan kemahiran berfikir murid-murid. Kemahiran berfikir murid-murid
akan membuatkan mereka mengenali mana yang buruk dan mana yang baik.
Kecenderungan murid-murid adalah untuk menjadi orang yang baik jika pendedahan
yang digunakan oleh guru yang melibatkan nilai-nilai murni yang baik dan cara guru itu
10

sendiri yang baik hati. Ini kerana dalam perkembangan murid-murid, mereka akan
cenderung meniru tingkahlaku guru-guru disekolah.
Sebagai kesimpulannya, untuk memastikan pengurusan bilik darjah berjalan
dengan lancar dan berkesan, guru perlulah memilih pendekatan, strategi dan kaedah
yang sesuai untuk menyelenggara sesebuah bilik darjah dan menyampaikan sesuatu
pelajaran. Dengan pemilihan pendekatan dan strategi yang sesuai dan berkesan,
objektif pelajaran akan tercapai dan jurang pendidikan antara bandar dan luar bandar
dapat dikurangkan sekaligus matlamat Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)
yang ingin menjadikan pendidikan di negara kita bertaraf dunia akan tercapai.

11

Contoh gambar bilik darjah yang kondusif

Gambar 1: Susunan meja dan kerusi


yang kemas.

Gambar 2: Pencahayaan bilik darjah


yang sesuai.

Gambar 3: Ruang tengah yang luas


sesuai untuk aktiviti berkumpulan.

Gambar 4: Ruang menampalkan


maklumat dan isi pembelajaran

Gambar 5: Ruang menampal hasil


kerja murid-murid.

Gambar 6: Pendidikan keselamatan


di sekolah.

12

Gambar 7: Jadual waktu yang jelas


dan ruang menyimpan latihan.

Gambar 8: Meja guru yang luas dan


tidak sempit serta selesa.

Gambar 9: Meja digandingkan dan


Jarak yang selesa untuk murid bergerak

Gambar 10: Luar kelas yang bersih dan


tidak mengganggu.

REFLEKSI
Sebagai seorang bakal guru, banyak input perlu saya terapkan dalam diri saya
sebelum menghadapi duni sebenar alam perguruan. Input itu juga harus melibatkan ilmu
13

serta strategi yang berkesan untuk memastikan pengurusan bilik darjah dapat
dilaksanakan dengan berkesan. Melalui refleksi ini, banyak pengalaman yang dilisankan
dapat menjadi panduan semula kepada kami untuk menambahbaik kekurangan dalam
diri ini.
Untuk

permulaan,

dikembangkan

melalui

guru

pelbagai

merumuskan
kaedah

yang

hasil

pembelajaran

menarik,

bukan

yang

telah

sekadar

guru

menggambarkan sepintas lalu isi kandungan, tetapi guru boleh menggerakkan murid
memberi rumusan berdasar pengalaman pembelajaran tersebut, rumusan juga boleh
dipindah dalam pelbagai bentuk seperti susunan dalam bait-bait puisi, sajak, pantun,
soal jawab dan main peranan. Permulaan ini dapat membantu guru mengesan
kelemahan diri dan memperbaikinya.
Sehubungan dengan itu, tugasan yang disediakan kepada murid adalah untuk
pemulihan dan pengukuhan, bergantung kepada pencapaian hasil pembelajaran,
tugasan boleh dijelmakan dalam bentuk pemantapan isi seperti meminta murid
menyedia peta minda lengkap, menjawab soalan-soalan yang diberi atau untuk tujuan
pengukuhan seperti membuat rujukan di perpustakaan, menyediakan folio, atau buku
skrap, membuat kajian-kajian luaran, menulis dalam bentuk karangan dan sebagainya.
Ini juga boleh membantu guru atau diri saya sendiri untuk menyelesaikan masalah yang
dihadapioleh murid-murid.
Selain itu, guru perlu mencatatkan kemajuan dan kelemahan yang terdapat
dalam pengajaran dan pembelajaran tersebut dan mencari peluang-peluang bagi
pengubahsuaian serta mengemuka pandangan atau cadangan bagi menyelesaikan
beberapa masaalah pembelajaran supaya pengajaran dan pembelajaran berikut dapat
dilaksanakan dengan lebih sempurna dan terdapat penambahbaikan. Ini akan
menjadikan diri saya sendiri sentiasa bertanggungjawab dengan tugasan sebagai
tenaga pengajar.
Melalui ini, saya telah munasabah diri sendiri untuk menjadi guru yang berkualiti
mempunyai wawasan yang jelas, daya kreativiti, serta peka terhadap segala perubahan
yang dikehendaki oleh pengurusan atasan supaya tidak berlaku pembaziran waktu
disebabkan berbagai pemantauan yang penyeliaan yang terpaksa dijalankan.
14

Untuk menjadi guru yang berwibawa, saya perlu sentiasa memikir kaedah bagi
mencapai pengurusan yang cemerlang, saya perlu mengambil penjagaan yang rapi bagi
memastikan objektif-objektif tercapai, meletakkan keutamaan dalam tugasan. Saya juga
perlu meletakkan kemampuan diri untuk membuat pemantauan atau refelkesi di atas
kerja-kerja yang telah dilakukan untuk tujuan penambahbaikan, di samping memiliki
sahsiah sebagai seorang guru yang boleh mempamerkan teladan yang baik kepada
semua orang.
Guru adalah segala-galanya. Penambahbaikan pengurusan bilik darjah yang
berkualiti bergantung kepada kebijaksanaan guru memainkan peranan sebaik mungkin
bagi menghasil bilik darjah harmonis, kondusif dan perlaksanaan pengajaran dan
pembelajaran yang memberansangkan serta mencapai objektif.

15

Anda mungkin juga menyukai