Anda di halaman 1dari 17

Resepi Biskut Sarang Semut

Bahan-bahan :
250 gm butter
100 gm gula halus
350 gm tepung gandum.....]
100 gm tepung jagung.......] di ayak
1 biji kuning telur
1 s/teh esen vanilla
Hiasan:
Sedikit coklat rice
secukupnya papercup kecil
Cara membuat:
1. Pukul kembang butter dan gula.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul rata.
3. Masukkan tepung dan susu tepung yg dah diayak dan gaul rata.
4. Parutkan adunan kedalam mangkuk kecil dan sudukan kedalam papercup.
(Eryne parut gune pemarut yg sederhana tu kat atas pinggan pastu sudukan dlm
papercup)
5. Taburkan coklat rice.
6. Bakar dalam oven dgn suhu 180C sampai masak (anggaran 15 minit).
7. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.

Resepi Biskut Tat Epal


Bahan-bahan:
250 gm mentega
50 gm gula halus
480 gm tepung gandum
1 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
Sedikit pewarna hijau dan cengkih secukupnya
1 sudu kecil tepung jagung
1 biji kuning telur - untuk disapu di atas
Cara Menyediakan:
1. Pukul mentega dengan gula hingga kembang, masukkan telur dan esen vanila,
gaul rata. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung serta pewarna hijau. Uli
hingga menjadi doh lembut.
2. Ambil sedikit adunan isi inti dan bentuk seperti epal, cucukkan cengkih
sebagai tangkainya. Sapukan kuning telur di atasnya. Bakar dalam ketuhar pada
suhu 150 darjah Celsius hingga masak.
Bahan Inti Epal Hijau:
5 biji epal hijau - diparut
1.2 cawan gula pasir
* Masak kedua-dua bahan hingga kering

Blueberry crepe
Bahan-bahan- Adunan Crepes
-

3 sudu besar rata tepung Hong Kong/tpng gandum


4 sudu besar rata tepung kastard
4 sudu besar rata tepung jagung
2 sudu besar rata tepung ubi
3 biji telur-di kocok2 je
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu besar gula halus
1/4 sudu teh garam
250 ml susu cair- suhu bilik
1 sudu besar mentega cair/minyak masak
Pewarna purple- optional

Cara-cara
- Satukan semua bahan adunan dadar, kacau rata dan tapis. Rehatkan selama 20
minit. Adunan yang agak cair hasilkan dadar yang tipis.
- Panaskan kuali non-stick dengan api sederhana, sapukan pan dengan minyak
makan atau butter dengan menggunakan kitchen tisu.
- Ambil satu senduk kecil adunan dan lenggangkan kuali ke kiri dan kanan hingga
mendapat dadar yang nipis. Masak hingga atasnya mengering. Tidak perlu
diterbalikkan.
- Angkat dan ulangi membuat dadar hingga habis.
- Untuk mengelakkan crepe kering lapis crepe dengan plastik Jangan di tindihtindih semasa panas nanti ia tak cantik!
-Tunggu dia benar-benar sejuk baru boleh ditindih satu persatu
Bahan utk Inti
- 1 cawan non dairy whip cream
- Blueberry filling secukupnya
Caranya.
- Ambil 1 cwn/ 250ml non dairy whip cream dan pukul hingga kental.
- Masukkan dlm bekas dan simpan dlm petiais sementara menyediakan crepe.
Cara Penyediaan
- Kepingan crepe ~ secukupnya
- Non dairy whip cream- yg telah di pkl kental-(masukkan dlm piping bag senang
di gunakan)
- Blueberry filling- secukupnya~ s
- Letakkan sekeping crepe
- Letakkan non dairay whip cream di atasnya
- Kemudian letakkan 1 sudu kecil blueberry filling
- Tutup kembali denga non dairy whip cream

- Lipat kiri dan kanan, atas dan bawah.


- Buat sehingga habis. Simpan dalam peti ais dan sangat sedap di makan dingin

Resepi biskut tart bunga teratai


Bahan-bahan ( 150 biji )
325g mentega
1 cwn icing sugar
2 biji kuning telor
4 sudu besar kastard
3 sudu besar tepung jagung
1 cwn susu tepung
250gm tepung gandum - boleh di tambah jika adunan lembik
1 biji nanas di parut atau kisar dan 300g gula dimasak bersama bersama nenas
untuk membuat jem
Cawan kertas kecil
Cara-cara
1. Mula - mula pukul mentega dan gula sehingga gebu kemudian masukkan telor
satu persatu dan di pukul lagi.
2. Setelah itu masukkan tepung kastrad di kacau lagi kemudian susu tepung di
kacau sehingga semua sebati baru la di masukkan tepung gandum.
3. Uli sehingga menjadi doh jangan terlampau lembut dohnya
4. Canai doh ikut ketebalan yang dikehendaki.Jangan terlalu tebal dan terlalu
nipis.
5. Cetak dengan acuan bungai teratai.Letak jem dan masukkan dalam cawan
kertas.
6. Setelah siap semuanya, bakar selama 20 atau 25 minit

Resepi Biskut Makmur


Bahan-bahan ( 1 Balang saiz sederhana )
Tepung Gandum ( 1 kg )
Minyak Sapi Tulen ( Ikut lembut adunan )
Kacang Tanah ( Di goreng tanpa minyak )
Telur ( 3 Biji )
Gula Aising
Cara-cara
1. Panaskan tepung dalam kuali. Kaedah ini dilakukan supaya biskut yg dibuat
nanti tidak melekat di lelangit apabila dimakan.
2. Ayak tepung sebentar tadi,supaya tiada ketulan kecil.
3. Kacang digoreng tanpa minyak sehingga masak. Kemudian buang kulitnya.
4. Kacang tanah yang sudah dibuang kulitnya dikisar halus.
5. Cairkan minyak sapi
6. Gaul tepung gandum bersama kacang tanah, telur dan minyak sapi sehingga
sebati.
7. Apabila adunan suda sebati dan sesuai untuk dibulatkan. Bolehlah mula
membulat adunan kecil-kecil sedikit demi sedikit.
8. Setelah siap,bolehlah dimasukkan kedalam ketuhar untuk dimasak.
9. Biskut yang suda masak, bolehlah digulingkan kedalam gula aising.
Siap untuk dimakan.

Resepi Biskut Coklat


Collata
BAHAN A:
250 gm tepung gandum
75 gm gula aising

110 gm mentega
BAHAN B:
1 biji telur
CARA MENYEDIAKAN:
1. Bahan A digaul hingga sebati (menjadi serbuk roti).
2. Masukkan bahan B, gaul hingga menjadi doh. Rehatkan adunan 15 minit,
selepas itu, canaikan doh dan masukkan ke dalam acuan tat yang kecil.
3. Bakar pada suhu 150 0C hingga masak. Apabila masak, sejukkan dan celup
biskut ke dalam coklat collata yang telah dicairkan secara double boiler. Hiaskan
dengan coklat putih.
BAHAN BISKUT:
BAHAN A:
140 gm mentega
20 gm crisco
40 gm gula kastor
1 biji kuning telur
1 sudu kecil cappucino emulco
BAHAN B:
180 gm tepung gandum
Secubit serbuk penaik
20 gm tepung jagung
20 gm tepung kentang
1 sudu kecil susu tepung
BAHAN C:
50 gm coco crunch (kisar halus)
20 gm kacanga tanah (kisar halus)
50 gm coklat urai (kisar halus)
BAHAN HIASAN:
Kacang hazel untuk inti (bakar dan buang kulit) Coklat collata
CARA MENYEDIAKAN:
1. Putar bahan A selama 5 minit. Ayak bahan B dan satukan dengan bahan C.
2. Masukkan kesemua bahan dan gaul hingga sebati. Rehatkan selama 20 minit,
bulat-bulatkan dan masukkan kacang hazel dan bakar hingga masak.

3. Sejukkan dan celupkan biskut dengan coklat collata dan letakkan atas pastri
yang dibentuk seperti kulit tat.

BISKUT COKLAT COMOT


Bahan-bahan :
2 cawan mentega
2 cawan gula halus
2 biji kuning telur
3 cawan tepung jagung
3 cawan tepung gandum 1 sudu kecil esen vanilla

cooking chocolate
sekilo kacang tanah digoreng dan ditumbuk
Cara-cara :
1) Pukul mentega dan gula hingga sebati
2) Masukkan telur dan kacau rata.
3) Masukkan esen vanilla dan kacau lagi
4) Masukkan tepung jagung dan tepung gandum, kacau sebati hingga menjadi doh
5) Bentukkan bulat-bulat dan bakar hingga kekuningan suhu tu agak2 la ya...dalam 150' 160' selama 15 - 20 minit @ bergantung pada oven memasing
6) Masakkan cooking chocolate ke dalam periuk dan dipanaskan di atas air yang mendidih
7) Setelah cooking chocolate cair, masukkan biskut yang telah dibakar tadi ke dalam periuk
dan golekkan biskut dengan sudu di atas chocolate ini
8) Keluarkan biskut ini dan golekkan ke atas kacang tanah yang telah ditumbuk
9) Akhir sekali masukkan biskut ini kedalam paper cup

Resepi Biskut Bright Eye Susan


Bahan-bahan ( dlm 80biji )
260gm tepung gandum *
1/2 tsp baking powder *
secubit garam *

250gm butter
125gm gula castor
1 tsp esen vanilla
1 biji kuning telur
HIASAN:
1 biji putih telur,almond nibs(tidak perlu dipanggang) & jem strawberry
secukupnya.........
Cara-cara
1. ayak bahan2 yg bertanda * & ketepikan.
2. pukul butter & gula hingga sebati.
3. masukkan kuning telur & terus kacau.
4. masukkan esen vanilla & terus kacau.
5. kaup balikkan adunan tepung kedlm butter & uli sedikit sehingga menjadi doh
yg lembut.
6. sukat adunan sebanyak 1 sudu kecil & bulat-bulatkan(utk bentuk yg sama).
7. celup permukaan ats biskut dlm putih telur & celup dlm almond nibs.
8. susun biskut dlm dulang & buatkan lubang tengah & paipkan jem kedlm
lubang(guna jari @ hujung senduk 9. kayu buat lubang ditengah2 biskut)
10. bakar suhu oven 200c selama 10 minit @ sehingga masak.ikut suhu oven
masing2.

resepi Biskut Coklat Zebra Daisy


Bahan-bahan A.
60gm Tepung Suji

70gm Gula kastor


120gm Tepung gandum
160gm Tepung Naik Sendiri
1/2 Sudu kecil bikarbonat
1 sudu besar susu tepung
Campur: B
120-130gm Minyak Jagung Daisy
1/2 sudu kecil garam
60gm Badam biji
Hiasan
100gm coklat masakan
100gm coklat putih masakan
Cara-cara
- Campurkan kesemua bahan (A) kedalam mangkuk, putarkan selama 2 minit
dengan kelajuan sederhana.
- Masukkan Minyak jagung Daisy yang di campur dengan Garam dan putar 1
minit.
- Adunan biskut dileperkan sebesar duit 50 sen dan diletakkan ditengahnya
dengan badam biji, kemudian di bentuk menjadi bujur.
- bakar kesemua selama 22-25 minit dengan suhu 160c
- Biarkan biskut tadi sejuk.
- Cairkan kedua-dua jenis coklat tadi kemudian ketepikan
- Biskut disusun diatas redai,kemudian coklat masakan tadi dimasukkan kedalam
karung plastik dan dipaipkan diatas biskut dengan rata.
-Coklat putih dimasukkan dalam karung plastik dan diuraikan diatas coklat tadi
secara memanjang.
-Siap untuk di hidang

Resepi Biskut
Pineapple
Flintstone Roll
Bahan A:

120 gm mentega
30 gm lelemak sayuran (crisco)
1 biji kuning telur
1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar susu manis
50 gm gula aising
1/2 sudu kecil pewarna hijau
Bahan B:
240 gm tepung gandum
60 gm tepung jagung
2 sudu besar bijan
3/4 sudu kecil baking powder
1/4 sudu kecil emplex
Cara Menyediakan:
1. Pukul mentega, lelemak sayuran dan kuning telur selama tiga minit.
2. Campurkan kesemua bahan B ke dalam bahan A diikuti garam, susu manis,
gula aising dan pewarna hijau.
3. Pukul selama dua minit. Masukkan adunan ke dalam peti sejuk selama 10
minit.
4. Keluarkan dan canai. Terap dengan acuan bulat kecil. Jadikan seperti
kelongsong, masukkan inti.
5. Hias dengan ceri merah, sapukan dengan telur dan bakar selama 12 minit
pada suhu 175 darjah Celsius.
Bahan Inti:
1
2
1
1
2
5
2

biji limau sunkist - parut kulit dan ambil airnya


cawan nanas parut
cawan betik parut
cawan gula
sudu besar tepung jagung
kuntum bunga cengkih
biji pelaga

Cara Menyediakan:
1. Masak betik dan nanas hingga kering airnya.
2. Setelah kering, campurkan gula, air limau sunkist dan kulitnya.
3. Gaul rata, campurkan bunga cengkih, pelaga dan kacau hingga kental.
4. Akhir sekali masukkan tepung jagung dan masuk lagi selama sepuluh minit.
Angkat dan sejukkan.
5. Gentel kecil-kecil sebelum dimasukkan ke dalam adunan tepung.

Respi Biskut Marble Susu Cappucino


Bahan-bahan:

125 gm mentega lembut


95 gm susu pekat
1/2 sdb gula halus
1 3/4 cawan tepung naik sendiri - diayak
1/2 sdk esen vanilla
1 sdb serbuk koko - diayak
1 sdt cappucino emulco
Cara membuatnya:
1. Putar mentega, susu pekat manis, gula dan essen vanilla sehingga sebati
2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil diuli hingga boleh dikepal (jika
adunan masih melekat teruk, ambil tepung sikit2, dan teruskan menguli. Jangan
banyak sgt, nanti biskut jadi keras)
3. Bahagikan adunan doh kepad 2 bahagian. Satu bahagian digaul bersama
serbuk koko dan emulco cappucino, dan sebahagian lagi biarkan warna asal.
4. Gulungkan kedua-dua doh secara berasingan dan memanjang.
5. Lekatkan kedua2 doh, dan gulung lagi. Potong doh kepada beberapa bahagian
dan bulat-bulatkan sebesar biji guli.
6. Susun di atas dulang pembakar, dan leperkan dgn garfu.
7. Bakar pada suhu 160darjah celcius selama 10-15 minit atau sehingga garing.

Resepi Biskut Fantasia


BAHAN A:

200 gm mentega
1 sudu besar crisco
70 gm gula kastor
1 sudu kecil mentega emulco
BAHAN B:
30 gm nestum (kisar)
30 gm serbuk badam
20 gm kelapa kering (kisar)
30 gm tepung jagung
1 sudu besar susu tepung
1/4 sudu kecil serbuk penaik
280 gm tepung gandum
Sedikit garam
BAHAN HIASAN:
Kuning telur
badam
CARA MENYEDAKAN:
1.
2.
3.
4.

Putarkan bahan A hingga sebati.


Kemudian masukkan bahan B sedikit demi sedikit.
Setelah menjadi adunan, canai, terap dan bakar.
Hiaskan dengan kuning telur dan badam.

Resepi
Nestum

Biskut Aiskrim

Bahan-

bahan:

200 gm tepung gandum


70 gm tepung kastad
160 gm nestum (Boleh kisar nestum ni)
75 gm gula halus
180 gm butter
1 biji telur
1/2 tsp serbuk penaik
Bahan hiasan:
250 gm coklat masakan (Cairkan secara double boiler)
Gula manik atau apa-apa hiasan yang sesuai
Cara-cara:
- Ayak tepung gandum, tepung kastad dan serbuk penaik. Kemudian satukan
dengan nestum.
- Dalam satu mangkuk lain, putar butter dan gula hingga gebu dan warna
menjadi pucat.
- Masukkan telur dan pukul rata.
- Masukkan bahan ayak dan uli hingga menjadi doh.
- Canai dan terap dengan acuan bentuk aiskrim.
- Bakar dalam oven pada suhu 160 C sehingga biskut masak. Sejukkan di atas
redai.
- Celupkan hujung biskut ke dalam coklat yang telah dicairkan dan taburkan gula
hiasan di atasnya.
- Setelah coklat mengeras, simpan biskut di dalam bekas kedap udara.

Anda mungkin juga menyukai