Anda di halaman 1dari 1

ABSTRAK

TAJUK:
PICTURE WHEEL
NAMA AHLI:
NURUL LIYANA BINTI RAHMAT
ZAINAB AFINA BINTI SUHARTO
NURUL HUSNA BINTI ZULKIFLI

Penerangan yang disediakan ini bertujuan untuk membangunkan sebuah sistem


pembelajaran bagi tajuk kaedah lisan dan kaedah pandang dengar untuk kanakkanak prasekolah menggunakan pendekatan permainan seperti yang terdapat di
televisyen iaitu roda impian. Selaras dengan sifat semulajadi kanak-kanak yang
gemar menerokai sesuatu yang baru, sistem ini dibangunkan menggunakan konsep
belajar sambil bermain dimana ia menyediakan satu platform bagi kanak-kanak
prasekolah untuk menerokai isi pembelajaran secara aktif dan menyeronokkan.
Proses pembinaan Picture Wheel ini dibangunkan berdasarkan rancangan televisyen
yang pernah terkenal pada suatu masa dahulu iaitu roda impian yang kemudiannya
diserap

menjadi

bahan

bantu

mengajar

yang

mempunyai

tiga

peringkat

pembelajaran iaitu pandang, dengar dan sebut. Alat bahan bantu mengajar ini
dibangunkan dengan menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati dan juga
bahan terbuang. Gabungan kaedah pandang dengar dan lisan ini dapat
menyepadukan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas yang efektif sekaligus
menghasilkan

suatu

sistem

pembelajaran

permainan

yang

interaktif

bagi

mengekalkan tumpuan kanak-kanak. Diharapkan alat bantu mengajar ini dapat


membantu kanak-kanak menguasai konsep dan kemahiran bahasa bagi pelajar
prasekolah.

Anda mungkin juga menyukai