Anda di halaman 1dari 10

A.

PENILAIAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

B.
1.0

KAJIAN KES
PENGENALAN
Ahli-ahli psikologi

mengemukakan

pelbagai

takrifan

terhadap

bimbingan dan kaunseling mengikut falsafah dan aliran pemahaman masingmasing. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1997:159) , bimbingan
merupakan perbuatan membimbing, memberi petunjuk atau memimpin
seseorang dan orang yang terlibat dalam perbuatan membimbing dikenali
sebagai pembimbing. Proses membimbing meliputi bagaimana sesuatu
arahan diberikan secara teratur dan tersusun serta mengandungi maklumat
yang sesuai untuk menentukan pencapaian matlamat oleh klien.
Takrifan bimbingan ini merujuk kepada pendapat Crow dan Crow
(1960), bantuan yang diberikan oleh seseorang sama ada lelaki atau
perempuan yang memiliki peribadi dan pendidikan yang memadai kepada
seseorang individu setiap peringkat usia untuk menolongnya mengarahkan
kegiatan

hidupnya

sendiri;

membuat

pilihan

hidupnya

sendiri

dan

menanggung akibatnya sendiri.


Huraian yang terperinci mengenai takrifan ini diperjelaskan oleh Tang
Chee Yee (1991). Maksud menolong bermakna bantu,, assisting dan availing
seseorang individu dalam menyelesaikan hal yang berkaitan dengan
perkembangan dan kepuasan kehidupan peribadi dan sosial. Perkataan
memahami diri pula ialah bagaimana seseorang individu itu memahami
identiti diri, kelebihan dan kekurangan yang dimiliki. Seterusnya alam
sekeliling pula ialah merujuk kepada keadaan yang berlaku di sekitarnya dan
peluang-peluang yang harus direbut.
Kaunseling pula adalah berasal daripada perkataan Inggeris iaitu
counselling. Kaunseling merupakan satu bidang sains perlakuan terapan.
Kaunseling adalah hubungan peribadi bersemuka antara dua orang, seorang
adalah kaunselor dan seorang lagi adalah klien. Kaunselor, melalui
perhubungan ini dengan menggunakan kemahiran khususnya, menyediakan
satu situasi atau suasana, apabila klien dibantu memahami masalah dirinya,
memahami situasi semasanya serta kemungkinan situasi masa hadapannya,
supaya dia dapat menggunakan sifat-sifat peribadinya dan potensinya
dengan

cara

memuaskan

dirinya

dan

memberikan

faedah

kepada

masyarakat.
Menurut Suradi Salim (1996), bimbingan dan kaunseling adalah satu
proses di mana seorang kaunselor akan berinteraksi dengan individu untuk
membantu individu memahami dirinya dan dunia sekelilingnya supaya ia

boleh menggunakan kebolehan, keupayaan dan bakat yang ada sepenuhnya.


Definisi di atas telah menunjukkan aktiviti yang dijalankan sepanjang proses
bimbingan dan kaunseling adalah interaksi di antara klien dengan kaunselor
ataupun dengan perkataan lain komunikasi.
Maka, kesimpulan yang dapat dibuat adalah keberkesanan sesuatu
proses bimbingan dan kaunseling adalah bergantung pada sejauh manakah
keberkesanan komunikasi yang berlaki di antara klien dengan kaunselor di
sepanjang proses.

2.0

LATAR BELAKANG KLIEN


Sejak kecil lagi, klien tinggal bersama makciknya dan tidak tinggal
bersama ibu bapanya atas sebab perpisahan antara ibu dan bapa. Klien amat
membenci ibunya kerana dari kecil lagi klien tidak pernah dijaga oleh ibu dan
mendapat kasih sayang ibu.
Selain itu, klien juga benci akan bapanya yang tidak pernah
mencerahkan kasih sayang kepadanya sejak ibu melarikan diri. Klien juga
tidak pernah mengambil tahu apakah yang terjadi antara ibu dan bapanya.
Klien tinggal dengan makcik tetapi kasih sayang makcik dengan
keluarga sendiri tidak sama baginya. Makciknya hanya memberi penjagaan
asa, iaitu makanan, minuman, peluang menimba ilmu dan tempat tinggal.
Pilih kasih makcik kepada anak sendiri menyebabkan klien sentiasa
berada dalam emosi negatif. Klien tinggal di loteng rumah makcik yang
bersaiz kecil. Dalam situasi itu, emosi klien bertambah teruk atas sebab
perasaan terbuang.
Selanjutnya, klien selalu diejek oleh rakannya bahawa dia merupakan
seseorang yang dibuang oleh keluarga, tiada orang yang akan suka pada dia.
Gosip berkenaan mendalamkan lagi luka pada hatinya.

3.0

MASALAH YANG DIKENAL PASTI


Atas sebab kekurangan kasih sayang ibu bapa, klien mengalami
fikiran buntu. Pada pendapatnya, tiada kasih sayang memenuhi dunia ini.
Semua orang adalah musuh yang akan mengkhianati. Dia tidak menghargai
kasih sayang yang dicurahkan kepada dia.
Oleh demikian, klien tidak dapat menahan diri melakukan keganasan
atas sebaran gosip antara rakan sekelas. Dia selalu merosakkan peralatan
dan perabot kelas apabila gagal mengawal emosi diri.
Kadang-kala klien mencederakan diri secara tidak sengaja dalam
situasi tertentu. Walaupun lukanya telah berdarah, namun dia tidak berasa
sakit dan enggan menerima bantuan orang lain termasuk nasihat guru
kaunseling.
Tambahan pula, klien tidak mempunyai rakan yang boleh berkongsi
suara hati. Selagi klien tidak meluahkan perasaan negatif, selagi dia berfikiran
buntu sehingga ada keinginan membunuh diri.

4.0

TEORI KAUNSELING YANG DIPILIH

5.0

KAEDAH PENYELESAIAN MASALAH

6.0

KESIMPULAN

7.0

BAHAN RUJUKAN
Amir Awang (1988). Penghantar dan kaunseling di Malaysia. Pulau
Pinang : Universiti Sains Malaysia.
Arthur P. Lloyd dan Aminah Hj. Hashim (1987). Bimbingan dan
Kaunseling di Malaysia. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Dr. Zainal Abidin Ahmad dan Prof. Madya Dr. Wan Abdul Kader Wan
Ahmad (2006). HBEF2203 Bimbingan dan Kaunseling. Kuala Lumpur : Open
Universiti Malaysia.
Sabariah Siron (2003). Teori Kaunseling dalam Perhubungan
Menolong. Selangor : Pearson Malaysia Sdn. Bhd.
Suradi Salim (1996). Bimbingan dan Kaunseling. Kuala Lumpur :
Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

C.

REFLEKSI
Tugasan ini memberi pengalaman berharga kepada kami. Sebagai
seorang guru, tugasan ini memberi makna kepada pengajaran berkualiti yang
perlu kami jalankan untuk anak-anak didik kami di sekolah. Tugasan ini
membantu kami mengenali tentang subjek Bimbingan dan Kaunseling
dengan lebih mendalam dan terperinci.