Anda di halaman 1dari 3

Persiapan awal Pendidikan Luar

1. Tinjauan - perlu dilakukan sebelum program dijalankan. Banyak faktor yang perlu diberi perhatian
seperti kesesuaian tempat, keselamatan kawasan, sumber air dan makanan, sistem perhubungan
dan lain-lain faktor yang difikirkan perlu.
2. Surat menyurat surat-surat untuk dalaman seperti permohonan kelulusan program kepada
pengetua, perlantik jawatan kuasa, permohonan peralatan dan sebagainya. Surat-surat kepada
kepada berbagai pihak luar seperti pihak pengurusan kawasan perkhemahan, polis, hospital dan lainlaian lagi.
3. Sumber kewangan perlu jelas sumber kewangan. Sebagai contoh kutipan dari ahli atau tajaan
mana-mana pihak.
4. Perancangan perbelanjaan perlu sedia satu senarai perancangan perbelanjaan seperti
pembelian bahan makanan, alatan dan sebagainya.
5. Persediaan alatan Alatan yang hendak digunakan perlu diperiksa, dan dibaik pulih jika perlu atau
ditambah jika kurang, dikelaskan dan dikumpulkan di satu tempat.
6. Pengangkutan - Perlu tahu apa jenis pengangkutan yang diperlukan. Buat tempahan supaya tidak
berlaku kesulitan.

ONDAY, SEPTEMBER 15, 2008

Perancangan Pendidikan Luar


Pembentukan Jawatan Kuasa
1. Pembentukan Jawatankuasa Induk sebagai penggerak perancangan awal. Jawatan kuasa dianggotai oleh beberapa jawatan
seperti berikut:a. Penaung
b. Pengerusi
c. Setiausaha
d. Bendahari
2. Perlantikan Jawatankuasa Kerja Selepas JK induk bermesyuarat kali pertama, JK kerja dilantik untuk membuat draf yang berkaitan
dengan bidang masing-masing seperti:a. JK Pengangkutan
b. JK Peralatan
c. JK Makanan
d. JK Tugas-Tugas Khas
e. JK Penempatan
f. JK Keselamatan
g. JK Program
h. JK Aktiviti
i. JK Laporan dan Rekod

Penyediaan Kertas Kerja


Kertaskerja mestilah mengandungi beberapa perkara penting supaya perancangan program jelas diketahui oleh pihak pentadbiran.
Antara perkara penting adalah seperti berikut:a. Tajuk
b. Tarikh
c. Matlamat
d. Objektif
e. Plan tindakan
f. Pengisian Program
g. Sumber tenaga
h. Sumber kewangan
i. Kawalan
j. Penilaian
Posted by OCMat 2:38 PMNo comments:
FRIDAY, SEPTEMBER 12, 2008

Definisi, Falsafah dan Matlamat.

Definisi
Ford ( 1981 ) mendefinisikan PL sebagai program yang meliputi penggunaan persekitaran semula jadi bagi tujuan mengukuhkan
pengajaran dan pembelajaran kurikulum yang sedia ada. Ini merangkumi perkembangan pengetahuan, kemahiran dan sikap khususnya
penggunaan masa senggang.
Knapp ( 1981 ) menyatakan bahawa pendidikan luar sebagai alat untuk mencapai matlamat dan objektif pendidikan.
Hammerman et.al ( 1985 ) telah mendefinisikan pendidikan luar sebagai landasan untuk mengenal pasti pelbagai pengetahuan yang
boleh dipraktikkan dalam situasi seharian.

2. Falsafah
Alam semula jadi merupakan sebuah makmal hidup yang kaya dengan sumber ilmu. Ia boleh digabungjalinkan dengan amalan yang
boleh memperkayakan pengetahuan, pengalaman dan memupukkan nilai-nilai murni bagi melahirkan individu yang sihat dari segi
mental, rohani dan jasmani dalam usaha mewujudkan intergrasi di kalangan masyarakat ke arah perpaduan nasional.
3. Matlamat

1. Pendidikan luar yang telah diubahsuai selaras dengan matlamat humanization of education. Perkembangan potensi insan dari segi
intelek, rohani dan emosi diberi penekanan yang sama dengan aspek jasmani.
2. Matlamat pendidikan luar adalah untuk membina dan mengekalkan keadaan mental, fizikal, emasi dan social yang sihat serta
melahirkan warganegara yang berpengetahuan luas, berdisiplin dan bersatu padu. Oleh itu, pendidikan luar haruslah mengandungi
unsur-unsur pendidikan, etika, dan perpaduan.
Posted by OCMat 8:43 PMNo comments:

Pendidikan Luar dan Rekreasi di Malaysia.


Salam Perkenalan.
Kepada semua penggiat Pendidikan Luar dan Rekreasi di Malaysia.
Selama ini, kita bergiat aktif dengan berbagai pengetahuan, fahaman dan pengalaman. Perbezaan ini sedikit sebanyak memberi impak
terhadap program PL dan rekreasi di Malaysia. Melalui blog ini diharap kita berganding bahu dan berkongsi pengetahuan, idea dan
pengalaman supaya aliran pergerakan ini mempunyai arah dan matlamat yang sama, kemahiran yang serupa dan peraturan yang
standard.,

Anda mungkin juga menyukai