Anda di halaman 1dari 20

BAB 1

Falsafah, Konsep, Matlamat dan Objektif Pendidikan Luar

Falsafah, Konsep, Matlamat dan Objektif Pendidikan Luar


1.0. Pengenalan
Pendidikan Luar ialah pendidikan yang menggunakan sumber-sumber di luar bilik darjah
untuk mencapai Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Alam luar digunakan bagi meningkat
dan menyempurnakan pengajaran dan pembelajaran kurikulum dan kokurikulum yang
sedia ada untuk mengembangkan domain psikomotor, kognitif dan afektif. Pendidikan
luar juga bertujuan untuk memahami alam luar dari segi pertalian ekologi. Memupuk,
menyedarkan dan menghargai tanggungjawab manusia terhadap kualiti alam sekitar.
Pendidikan luar juga merangsang peserta kursus menggunakan masa lapang dengan
bijak dan berfaedah melalui penglibatan kegiatan fizikal seperti berkayak, pengendalian
dinghi, tali temali, bantu mula, keyakinan di air, survival, snorkeling, pengurusan
perkhemahan, wall climbing, orienteering dan sebagainya
Dengan kata lain pendidikan luar ialah satu saluran pembelajaran yang berasaskan
gerak kerja yang tersusun dan terancang dan aktivitinya dilakukan sebahagian besar di
luar bilik darjah. Dengan adanya pelbagai aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan
pendidikan luar dilihat akan mampu meningkatkan kualiti individu pelajar dalam
melibatkan diri dengan rakan, ahli masyarakat serta dapat meningkatkan tahap disiplin
diri. Pendidikan luar berupaya memberikan sumbangan yang besar dalam melahirkan
produk yang benar-benar berkualiti serta mampu memberi sumbangan kepada
masyarakat dan negara. Pendidikan luar menguji semangat kerja sama secara
berpasukan dalam mencapai matlamat pendidikan luar menerusi pelbagai aktiviti
dijalankan.
Objektif
Di akhir penggunaan modul ini peserta kursus akan dapat:
1. Menyatakan dan menghuraikan falsafah, konsep, definasi,matalamat dan tujuan
pendidikan luar
2. Menghuraikan dan perkembangan Sejarah Pendidikan Luar dari zaman purba
hingga era Moden.
3. Menyatakan jenis-jenis aktiviti pendidikan luar

BAB 1

Falsafah, Konsep, Matlamat dan Objektif Pendidikan Luar

PETA MINDA

Falsafah, Konsep, Matlamat


dan Objektif Pendidikan
Luar

Aktviti-aktiviti
pendidikan luar
Sejarah pendidikan luar

Falsafah dan
Konsep Pendidikan
Luar

1.1. Falsafah dan Konsep Pendidikan Luar

Dewasa ini programprogram pendidikan luar telah mendapat perhatian bukan sahaja di
peringkat sekolah malahan kepada keseluruhan masyarakat. Badan-badan kerajaan,
kelabkelab serta persatuan semakin aktif menganjurkan program pendidikan luar
(PPL). Belanjawan yang besar di peruntukan oleh Kementerian Belia dan Sukan untuk
kelab dab badan di bawah naunganya untuk melaksanakan aktivitiaktiviti rekreasi
seperti mendaki gunung, berkayak, berakit, kembara alam dan sebagainya, bagi
membentuk jati diri di kalangan ahlinya.
Selaras dengan falsafah pendidikan kebangsaan
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan
kepada tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan

BAB 1

Falsafah, Konsep, Matlamat dan Objektif Pendidikan Luar

warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan,


berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
(Falsafah Pendidikan Kebangsaan)
Pendidikan luar dilihat sebagai alat yang penting dalam melaksanakan hasrat serta
tujuan murni falsafah pendidikan kebangsaan. Dalam aktiviti pendidikan luar selain dari
memberi cabaran fizikal dan mental aktiviti pendidikan luar mempunyai pendidikan yang
tersirat. Dalam erti kata lain pendidikan luar merupakan satu kaedah menyalurkan
pendidikan secara langsung dan tidak langsung.
Semasa aktiviti kembara peserta terpaksa merentasi bukit bukau, danau dan sungai.
Keadaan ini akan melatih perserta supaya percaya kepada diri sendiri berani
menghadapi cabaran dan rintangan. Latihan latihan ini akan membentuk mereka untuk
menjadi kuat dari segi emosi, jasmani dan fizikal. Selain daripada aktiviti-aktiviti fizikal
yang terdapat dalam program pendidikan luar, peserta kursus juga berpeluang untuk
mengenali serta mengamati jenis-jenis flora dan fauna yang terdapat dialam semula jadi.
Melalui aktiviti membaca peta dan kompas peserta dapat menanalisis dan mengkaji
secara langsung corak struktur muka bumi sesuatu kawasan. Bagi jurulatih yang
mempunyai pengetahuan dalam bidang geologi unsur-unsur batuan seperti jenis batuan
setempat, mineral yang terdapat di sesuatu kawasan akan dapat diterangkan kepada
peserta pendidikan luar. Dalam aktiviti kembara aplikasi pendidikan matematik seperti
mengira menggunakan kos, sin, tangen boleh digunakan dalam aktiviti mengukur atau
menagak ketinggian. Banyak lagi displin ilmu yang boleh di aplikasikan dalam satu
program pendidikan luar.
Kembara juga boleh membentuk pemikiran pelajar secara kreatif dan kritis. Apabila
peserta dapat berinteraksi dengan alam semulajadi pemikiran mereka akan terangsang
untuk menjadi lebih kreatif. Sepanjang pengembaraan pelajar boleh di minta untuk
membuat penulisan kreatif dalam membuat catatan perjalanan, sajak ataupun pantun.
Pelajar yang berfikiran kritis pula akan sentiasa akan merasa tercabar dengan
penemuan-penemuan baru yang dilihat dan di perhatikan di sepanjang aktiviti.
Penganjur juga boleh menyediakan masalah yang akhirnya membolehkan peserta
kursus mengamalkan kemahiran berfikir.
Aktiviti kembara juga dapat menyemaikan nilai murni disepanjang perjalanan aktivitinya.
Antara nilai murni yang boleh diserapkan ialah:

BAB 1

Falsafah, Konsep, Matlamat dan Objektif Pendidikan Luar

Berkerjasama antara ahli kumpulan


Bersyukur dengan kebesaran ilahi
Memelihara alam sekitar
Berdispilin
Berdikari
Bekerjasama
Menepati masa
Sabar
Cintakan Negara
Bersikap positif
Atas semua alasan ini, pendidikan luar dilihat merupakan salah satu jalan bagi
melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara yang bersesuaian dengan kehendak falsafah pendidikan
kebangsaan.
1.1.1. Falsafah pendidikan luar
Falsafah merupakan susunan ayat yang digunakan secara jelas tentang sesuatu
pegangan. Falsafah akan mempengaruhi secara keseluruhan terhadap prinsip, teori dan
cara kerja dalam sesuatu aktiviti. Ciri-ciri falsafah yang baik:
Falsafah mempunyai susunan ayat yang jelas
Falsafah bukan menekankan kepada teori tetapi lebih kepada aktiviti
Falsafah menekankan kepada prinsip menjelaskan
Falsafah yang baik tidak bergantung kepada jumlah ayat tetapi kepada kupayaan
memberi penerangan

BAB 1

Falsafah, Konsep, Matlamat dan Objektif Pendidikan Luar

Falsafah seharusnya memberi panduan yang tepat


Dalam modul ini kita akan membincangkan falsafah yang dikemukakan oleh tiga ahli
akedemik iaitu:

John Amos Comenius (1592-1670) ringkasan falsafah beliau


Falsafah beliau lebih ke arah prinsip sensory learning
Pelajar perlu diberi pengalaman sebenar untuk belajar dengan
bermakna

lebih

Pelajar perlu menggunakan pancarindera untuk berinteraksi dengan alam


sekitar bagi membentuk pembelajaran yang sempurna
Dalam membentuk kesediaan belajar yang baik pelajar perlu berinteraksi
dengan objek terlebih dahulu.
Jean-Jacques Rousseau (1712-1778) menyatakan
Our first teachers are our feet, our hands and our eyes. To
substitute books for all these...is but to teach us to use the
reasons of others.
Huraian falsafah Rousseau
Pendidikan luar merupakan pendidikan yang penting dan perlu selari
dengan konsep pendidikan
Pendidikan luar merupakan alat yang penting untuk mencapai kehendak
pendidikan
Pendidik yang baik, perlu lebih berdasarkan pengalaman secara
langsung
Johann Henrick Pestalozzi (1746-1827) menyatakan

BAB 1

Falsafah, Konsep, Matlamat dan Objektif Pendidikan Luar

Lead your child out into nature, teach him on the hilltops and in the
valleys. There he will listen better, and the sense of freedom will given
him more strength to overcome difficulties. But in these hours of freedom
let him be taught by nature rather than by you. Let him fully realize that
she is the real teacher and that you, with your art, do nothing more than
walk quietly at her side
Huraian falsafah Pestalozzi (ptg)
Pendidikan perlu memberikan pengalaman secara langsung dan interaksi
dengan bahan sebenar
Terdapat displin pendidikan yang memerlukan pratikal berbanding
pembelajaran di dalam kelas contohnya latih mengajar, menanam pokok
dan lain-lain lagi
Pengalaman berinteraksi dengan alam sekitar merupakan komponen
penting dalam membuat kesimpulan dan genderalisasi.
Falsafah pendidikan luar adalah aktiviti pendidikan yang digunakan untuk belajar
berdasarkan kepada pengalaman dan sekitaran sebenar. Pendidikan luar dapat
merangsang kognitif, psikomotor dan afektif pelajar.

1.1.2. Konsep Pendidikan luar


Modul konsep pendidikan luar yang dikemukan oleh MCRAE (1990) menyatakan
pendidikan luar adalah pembelajaran berlaku di luar bilik darjah keadaan ini berlainan
daripada bentuk tradisi. Pendidikan luar menggunakan alam sekitar sebagai laluan atau
tujuan mendidik. Pendidikan luar perlu dirancang dengan teliti antara aspek perlu
difikirkan oleh perancang kurikulum pendidikan luar ialah:
Aspek Kognitif
Pembangunan kognitif melibatkan pengumpulan pengetahuan dan keupayaan berfikir
serta menginterpretasi. Dengan kata lain pembangunan kognatif melibatkan perangsang
pemikiran yang terdiri daripada element penyelidikan, kreativiti, perkaitan, kebolehan,
pengamatan dan pengukuhan.

BAB 1

Falsafah, Konsep, Matlamat dan Objektif Pendidikan Luar

Pengetahuan dalam aktiviti pendidikan luar dapat menjadikan pendidikan luar dapat
dilaksanakan dengan berkesan. Contohnya sebelum mengikuti pendidikan luar pelajar
perlu mempelajari cara melaksanakan sesuatu aktiviti yang hendak dilakukan dari segi
teknik dan disiplin. Kefahaman dan penghayatan cara atau teknik melaksanakan aktiviti
pendidikan luar membawa kepada pelaksanaan aktiviti pendidikan luar yang lebih cekap
dan berkesan. Pengetahuan tentang disiplin pendidikan luar juga penting bagi
menjadikan aktiviti yang diceburi itu menarik, berfaedah dan bermakna. Program
pendidikan luar yng baik bukan saja memberi kekuatan fizikal tetapi seharusnya dapat
memberi kekuatan kognitif. Dengan kata lain pendidikan luar bukan sahaja memberi
latihan fizikal tetapi unsur kemahiran berfikir seperti penyelesaian masalah,
pemahaman, penilaian dan kreativiti seharusnya diserapkan dalam aktiviti pendidikan
luar.
Aspek kemahiran psikomotor
Aspek motor memberi tumpuan kepada perihal kuantiti pergerakkan yang mampu
dipamerkan. Motor ini juga melibatkan beberapa prinsip asas seperti kekuatan,
kelenturan, daya tahan kardiovaskular dan otot, ketangkasan, kepantasan dan kelajuan.
Antara aspek kemahiran psikomotor yang perlu difokus dalam pendidikan luar ialah:
Imej tubuh

Kawalan objek

Orientasi spatial (ruang)

Kemahiran lokomotor dan bukan lokomotor

Perkembangan kemahiran

Kecergasan

BAB 1

Falsafah, Konsep, Matlamat dan Objektif Pendidikan Luar

Aspek afektif
Matlamat utama yang diingini, dalam hampir kesemua program pendidikan luar pada
umumnya tertumpu kepada perkembangan individu dan kemahiran bersosial.
Perkembangan individu melibatkan sikap, emosi, asperasi dan nilai serta pembentukan
sahsiah. Kemahiran bersosial pula melibatkan interaksi dan corak komunikasi dengan
orang lain. Pendidikan luar memberi sumbangan terhadap perkembangan sikap dan
konsep kendiri kerana hubungan yang akrab akan berlaku ketika menjalankan aktiviti
pendidikan luar.
Pendidikan luar menekankan nilai yang baik seperti menolong orang lain, mengiktiraf
sumbangan, kepentingan menjaga kesihatan, penggunaan masa lapang yang berguna,
memiliki sikap positif terhadap kecergasan, menghormati orang lain dan pemimpin serta
bekerjasama secara berkumpulan bagi menjayakan aktiviti fizikal. Emosi adalah suatu
elemen yang penting di dalam perkembangan individu melalui penglibatan di dalam
pendidikan luar. Aktiviti pendidikan luar akan membentuk emosi yang stabil di kalangan
pesertanya. Contohnya dengan aktiviti pendidikan luar peserta akan membentuk
persefahaman serta berperanan secara luaran dan dalaman diri.
Pendidikan luar adalah suatu medium yang dapat membantu di dalam pembangunan
sosial. Pendidikan luar akan menolong individu menyesuaikan diri dengan keadaan dan
ahli masyarakat. Melalui kepimpinan yang sempurna dan teratur akan menjadi
pendidikan luar sebagai jambatan utama untuk mencapai matlamat sosial.
Penglibatan pelajar di dalam aktiviti fizikal dapat memupuk integrasi antara kaum.
Melalui aktiviti-aktiviti fizikal adalah diharapkan negara dapat melahirkan rakyat yang
sihat serta menggalakkan integrasi kaum dan mengelakkan daripada berlaku
perselisihan faham. Penyertaan pelajar dalam aktiviti fizikal membolehkan mereka
berinteraksi dengan rakan sebaya dan mewujudkan perpaduan sesama mereka.
Aspek Sosial
Dettmer (1997) mencadangkan satu domain khusus untuk hubungan/tingkah laku sosial,
iaitu Domain Sosial. Domain ini terdiri daripada lapan peringkat objektif, iaitu:
Berhubung, Berkomunikasi, Melibatkan Diri, Berunding, Bekerjasama, Menghakim,
Memulakan dan Menukar.

Pengajaran dan pembelajaran


dalam pendidikan luar

KOGNITIF
PSIKOMOTOR
AFEKTIF
SOSIAL

BAB 1

Falsafah, Konsep, Matlamat dan Objektif Pendidikan Luar

Pendidikan melalui alam sekitar

Pendidikan untuk alam sekitar

Rajah 1.1. Konsep pendidikan luar MCRAE (1990)


Dalam proses pembelajaran melalui pendidikan luar, manusia mempelajari tentang alam
semula jadi dan menghormati serta menyesuaikan diri demi mendapat kebaikan
daripada aspek pembelajaran dan pengalaman. Pendidikan luar perlu berpaksikan
ketuhananan (terdiri daripada kepercayaan, pegangan agama dan nilai sejagat),
kemanusiaan (kemahiran, pengetahuan, nilai-nilai murni dan sahsiah) dan kenegaraan
(mengenali negara, semangat cintakan negara).
Dalam pendidikan luar pembentukan individu merupakan perkara penting dan tidak
boleh ditinggalkan. Adalah diharapkan individu yang terbentuk dari pendidikan luar akan
lebih mantap dari aspek mental, fizikal, emosi, kemahiran dan sosial. Pembentukan
individu yang mantap adalah merupakan asas kepada pembentukan masyarakat dan
negara.
Antara aspek yang perlu diserapkan dalam aktiviti pendidikan luar bagi membina
konsep keseluruhan pendidikan luar ialah:
Kekuatan, ketahanan, ketekalan mental, fizikal dan emosi
Membentuk kemahiran dalam bidang pendidikan luar
Penyampaian ilmu yang tersirat dan tersurat
Penyerapan nilai dan sahsiah

1.1.3. Definisi pendidikan luar

BAB 1

Falsafah, Konsep, Matlamat dan Objektif Pendidikan Luar

Secara keseluruhan dalam mendefinisi pendidikan luar terdapat dua pendapat yang
berlainan. Kedua golongan tersebut ialah:
Berdasarkan aktiviti
Berdasarkan psikologi
Berdasarkan aktiviti
Menurut Neill 2003, pendidikan luar berlaku apabila segolongan peserta menyertai
aktiviti lasak dalam keadaan alam semula jadi yang sebenar. Mereka menggunakan
sekitaran untuk menyelesaikan masalah. Menurut Kethies 1990, pendidikan luar adalah
keadaan di mana golongan peserta keluar ke alam semulajadi serta menyelesaikan
masalah di sekitaran. Priest 1990 mengambarkan pendidikan luar merupakan proses
ujikaji dengan menggunakan pancaindera sebagai alatan dan alam semulajadi sebagai
makmal. Simon Priest, 1986, Menyatakan pendidikan luar adalah pendidikan yang
berkaitan dengan hubungan simbiosis yang wujud dalam alam semulajadi. Hubungan
yang wujud ini bukan sahaja antara alam sekitar dengan manusia tetapi antara manusia
dengan manusia.
Golongan ini mendefinisi pendidikan luar sebagai satu aktiviti fizikal tanpa melihat
pendidikan luar sebagai alat untuk membangun ciri-ciri pendidikan yang tersirat. Dengan
lain perkataan golongan ini melihat pendidikan luar sebagai aktiviti yang tertumpu
kepada psikomotor (elemen tersurat) tanpa menyatakan aspek lain seperti aspek sosial,
kognatif dan afektif (elemen tersirat)
Berdasarkan psikologi

Menurut the outdoor institute pendidikan luar didefinisikan sebagai pendidikan yang
bertujuan memberikan pengalaman dalam aktiviti-aktiviti di luar kelas dan membangun
insan secara keseluruhan. Menurut C. A. Lewis, 1975, dalam pendidikan luar pelajar
akan menggunakan keseluruhan pancaindera untuk memerhati dan membuat persepsi.
Sementara Phyllis Ford, 1981 mendefinisikan pendidikan luar adalah pendidikan yang
mempunyai tiga domain utama iaitu pengetahuan, kemahiran dan sikap yang
digabungkan untuk membentuk pendidikan insan yang seimbang.

BAB 1

Falsafah, Konsep, Matlamat dan Objektif Pendidikan Luar

D. R. Hammerman, W. M. Hammerman, & E. L. Hammerman, menyatakan pendidikan


luar adalah gabungan berbagai displin dalam pendidikan untuk mencapai matlamat dan
objektif dalam kurikulum. Menurut Maznah Hassan, Program Pendidikan Luar (PPL)
adalah satu program yang akan mengintegrasikan pelbagai komponen akademik dan
ikhtisas serta memantapkan lagi kurikulum Pendidikan Jasmani. Menurut Edward
Lappin, 2000

Outdoor education is...a means of curriculum enrichment, whereby the process of


learning takes place out of doors. Outdoor education broadly includes environmental
education, conservation education, adventure education, school camping, wilderness
therapy, and some aspects of outdoor recreation
Rumusan Definisi Pendidikan Luar
Pendidikan luar adalah aktiviti fizikal yang berlaku di luar kelas serta mempunyai
kurikulum yang terancang dengan rapi serta mengambil kira aspek keselamatan dan
pendidikan (Psikomotor, kognitif dan afektif) sebagai komponen utama. Untuk mencapai
objektif yang tersurat dan tersirat pengajaran dan pembelajaran pendidikan luar
menggunakan sumber luar bilik darjah.
Alam semulajadi bertindak sebagai alat untuk memperkembangkan pengetahuan,
kemahiran dan sikap individu. Pendidikan luar bertujuan meningkatkan kefahaman
terhadap alam sekitar, pertalian dan ekologikal serta penghargaan dan tanggungjawab
manusia terhadap kualiti alam sekitar.
Pendidikan luar juga bertujuan membentuk insan yang mempunyai nilai dan sahsiah
yang teguh serta mengamalkan cara hidup yang sihat. Pendidikan luar juga akan
memupuk individu yang dapat menggunakan masa lapang yang bijak melalui
penglibatan dalam kegiatan rekreasi.
1.1.4. Matlamat dan objektif
Program pendidikan luar perlu dirangka dengan teliti dan mempunyai matlamat yang
jelas. Contoh matlamat dan objektif pendidikan luar bagi peserta Kursus Perguruan
Lepasan Ijazah (KPLI) dan Kursus Diploma Perguruan Malaysia (KDPM) yang
mengambil matapelajaran pendidikan jasmani ialah:

BAB 1

Falsafah, Konsep, Matlamat dan Objektif Pendidikan Luar

1. Pelajar dapat merancang, mengurus dan mengelolakan aktiviti - aktiviti


pendidikan luar

2. Pelajar dapat menguasai kemahirankemahiran asas kegiatan luar mengikut


kemampuan diri

3. Pelajar dapat menunjukkan kepekaan dan keperihatinan terhadap keindahan


dan kekayaan alam semulajadi termasuk isu alam sekitar

4. Pelajar dapat meningkatkan pembelajaran menerusi pengalamanpengalaman


yang menyeronokkan dan selamat dalam persekitaran yang berbezabeza

5. Pelajar dapat membina ketahanan, disiplin dan keyakinan diri dalam menghadapi
cabaran-cabaran semasa

6. Pelajar dapat menunjukkan sikap positif, semangat kewarganegaraan,


kesedaran sivik yang tinggi dan memupuk semangat petriotisme

7. Pelajar dapat mengembangkan sifatsifat kreatif dan inovatif serta membuat


keputusan yang bijak terutama dalam keadaan segera atau cemas.

Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia, (1993 )

Matlamat dan objektif program Bina Insan Guru yang dianjur oleh Bahagian Pendidikan
Guru
1.

Pelajar dapat menghayati ciri insan berakhlak mulia.

BAB 1

Falsafah, Konsep, Matlamat dan Objektif Pendidikan Luar

2.

Pelajar dapat mengamalkan semangat berpasukan dan hidup sepakat.

3.

Pelajar dapat membina ketahanan fizikal dan mental.

4.

Penguasaan kemahiran interpersonal dan intrapersonal

5.

Penguasaan kemahiran pengurusan diri dan kumpulan

6.

Menjadi pengamal refleksi ke arah pembangunan potensi insan guru mulia.

Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia, (2000)


Matlamat pendidikan luar secara am boleh dibahagikan kepada tiga komponen besar
iaitu:
ketuhananan (terdiri daripada kepercayaan, pegangan agama dan nilai
sejagat)
Memahami dan menyaksikan kebesaran pencipta
Meningkatkan kepercayaan kepada agama
Menyakinkan kebesaran pencipta
Mensyukuri kurniaan pencipta kepada kita
kemanusiaan (pengetahuan, kemahiran, nilai-nilai murni dan sahsiah)
Meningkatkan pengetahuan serta kemahiran dengan menjadikan
alam sekitar sebagai perantara
Memberi kesedaran terhadap keperluan memilihara alam sekitar
Meningkatkan sensitiviti serta kesedaran terhadap alam sekitar
Menyerapkan nilai dan sahsiah kepada pelajar
Meningkatkan disiplin di kalangan pelajar

BAB 1

Falsafah, Konsep, Matlamat dan Objektif Pendidikan Luar

Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pelajar dalam aktiviti luar


Memberi ruang kepada pelajar belajar berinteraksi, bekerjasama dan
mengeratkan perhubungan sesama mereka atau orang yang lebih
dewasa
Menggalakkan
berfaedah

pelajar

menjalankan

aktiviti

riadah

yang

lebih

Memberi ruang kepada pelajar muhasabah diri


Memberi peserta rasa keseronokan menyertai aktiviti pendidikan luar
Memberi pendidikan kepada pelajar untuk merancang, mengelola
program pendidikan luar
kenegaraan ( semangat cintakan Negara)
Menanamkan sikap cinta dan sayangkan Negara
Membina kefahaman terhadap masyarakat majmuk
Meransang untuk mengurangkan polarisasi kaum

1.1.5. Tujuan Pendidikan Luar


Tujuan pendidikan luar bergantung kepada kehendak penganjur. Tujuan pendidikan luar
perlu menjawab persoalan: Apakah kehendak dan keperluan pendidikan luar di
anjurkan?. Terdapat berapa kategori kenapa pendidikan luar di adakan antara
kategorinya ialah
Pendidikan luar bertujuan membina ketahanan fizikal. Pendidikan luar ini di
laksanakan bagi melihat keupayaan fizikal pesertanya. Dengan menyertai aktiviti
ini peserta akan dapat membina kekuatan motor serta kemahiran dalam aktiviti
fizikal. Program pendidikan luar ini biasanya dianjurkan oleh badan-badan atau
persatuan-persatuan outdoors sama ada di peringkat daerah atau negeri.

BAB 1

Falsafah, Konsep, Matlamat dan Objektif Pendidikan Luar

Pendidikan luar yang bertujuan untuk memberi pendidikan tentang ilmu


pengetahuan dan membentuk displin dalam badan beruniform. Dalam
pendidikan bercorak ini peserta kursus akan didedahkan dengan ilmu
perkhemahan, disiplin dan cara menghormati uniform. Pendidikan luar ini
dianjurkan oleh badan-badan beruniform contohnya pengakap, putri islam,
persatuan bulan sabit merah
Pendidikan luar bertujuan untuk mengubah corak pembelajaran tradisonal di
kelas kepada corak pembelajaran di luar kelas supaya pelajar tidak menjadi
bosan dan berkebolehan berinteraksi dengan alam sekitar sebenar. Pelajar akan
dapat berinteraksi dengan bahan dan keadaan sebenar. Contohnya pendidikan
luar bagi sujek geografi. Pendidikan luar ini lebih menumpu kepada aktiviti
akademik
Pendidikan luar juga digunakan sebagai medium yang penting untuk membentuk
perpaduan di kalangan pesertanya. Pendidikan luar yang bermatlamat untuk
membentuk perpaduan di kalangan ahlinya tanpa mengira kaum lebih memberi
tumpuan kepada aktiviti kerjasama dan berkumpulan. Pendidikan luar ini selalu
dianjurkan oleh badan-badan belia dan perpaduan
Pendidikan luar yang bertujuan untuk melihat dan mengasah kepimpinan pelajar.
Dalam setiap aktiviti pendidikan luar pelajar akan dipimpin atau terpimpin. Oleh
sebab itu aktiviti pendidikan luar akan dapat memupuk dan merangsang sifat
kepimpinan dan mempelajari cara kepimpinan. Aktiviti pendidikan luar adalah
tempat terbaik bagi pelajar mengasah bakat kepimpinanan mereka.
Pendidikan luar juga boleh meneguhkan lagi kepercayaan tentang wujudnya
pencipta alam. Melalui permerhatian tentang keindahan serta sifat alam semula
jadi ini akan meneguhkan lagi kepercayaan serta rasa kesyukuran terhadap
pencipta. Pendidikan luar ini biasanya dianjurkan oleh persatuan-persatuan
agama.
Dewasa ini pendidikan luar juga dilihat sebagai jalan terbaik untuk berekreasi.
Peserta yang menyertai pendidikan luar dapat mengurangkan rasa tertekan
dengan menyertai aktiviti fizikal yang mencabar. Bagi pelajar pula aktiviti
pendidikan luar ini dapat mengubah suasana bilik darjah dan rumah kepada
suasana lapang dan bebas.
Pendidikan luar juga dapat merangsang pembentukan sahsiah yang baik di
kalangan pelajar. Dalam setiap aktiviti pendidikan luar, pelajar akan ditanam
dengan sifat-sifat serta nilai-nilai terpuji. Oleh itu pendidikan luar boleh bertujuan
untuk menanam sifat-sifat terpuji serta membentuk sahsiah yang cemerlang.
Latihan1.1

BAB 1

Falsafah, Konsep, Matlamat dan Objektif Pendidikan Luar

Huraikan Konsep Pendidikan luar yang dikemukan oleh MCRAE (1990)


1.2. Sejarah pendidikan luar
Dalam melihat sejarah pendidikan luar pengkji perlu melihat dua iaitu pendidikan luar di
zaman purba dan zaman moden.
1.2.1. Pendidikan Luar Di Zaman Purba
Tidak dapat dipastikan bilakah pendidikan luar bermula. Namun menurut Shivers (1989)
Pendidikan Luar telah pun dijalankan sejak zaman kuno lagi, yang banyak melibatkan
aktiviti alam semula jadi. Penglibatan manusia dengan alam semula untuk mendapat
makanan amat penting sejak zaman awal kewujudan manusia.
Manusia dizaman purba perlu memburu haiwan untuk mendapat bahan makanan.
Mereka juga tinggal di gua dan kemudian menggunakan sumber daripada alam semula
jadi untuk membina habitat. Kanak-kanak zaman purba perlu dilatih untuk membina
kehidupan mengikut zaman itu. Corak latihan zaman purba dalam bentuk cara
memburu, membina tempat tinggal, menjaga keselamatan dan memasak dilihat
merupakan permulaan pendidikan luar.
1.2.2. Pendidikan Luar Era Moden
Pada tahun 1907 Lord Baden Powell yang merupakan pengasas pegerakan
pengangkap dunia telah membawa 12 orang remaja ke Pulau Brownsea. Selepas itu
beliau telah mengajurkan banyak program pendidikan luar. Di peringkat awal program
pendidikan luar lebih tertumpu kepada kekuatan fizikal, kemahiran perkhemahan dan
displin dalam persatuan serta sebagai ahli persatuan. Di peringkat awal juga program
pendidikan luar di anjurkan oleh badan-badan beruniform contohnya pengakap dan
pandu puteri.
Bermula daripada 1980an terdapat perubahan dalam aktiviti pendidikan luar. Displin
pendidikan tidak tertumpu kepada aktiviti berteraskan fizikal saja tetapi telah di lusakan
kepada elemen kognatif dan afektif. Unsur-unsur nilai-nilai murni serta pembangunan
sahsiah mula diserapkan dengan lebih jelas kedalam aktiviti pendidikan luar. Pengajur
pendidikan luar bukan lagi terdiri daripada persatuan berunifom malah persatuanpersatuan akedemik seperti persatuan matematik, persatuan sains, persatuan agama
islam dan lain-lain lagi.

BAB 1

Falsafah, Konsep, Matlamat dan Objektif Pendidikan Luar

Bermula tahun 1990an program pendidikan luar mula di komesialkan secara meluas.
Kewujudkan konsep adventure travel dan eco pelancungan telah merancakkan lagi
industri pendidikan luar. Dalam bidang pendidikan program pendidikan luar masa cuti
atau kem motivasi diperkenalkan oleh syarikat swasta. Atas kepercayaan alam sekitar
yang segar boleh membantu menyembuhkan penyakit dewasa ini pendidikan luar
digunakan dalam industri kesihatan.

Di Institut perguruan pada tahun 1993 semua Guru Pelatih Kursus Perguruan Asas
( KPA ) dan Guru Pelatih Lepasan Ijazah ( KPLI ) diwajibkan mengikuti Program
Pendidikan Luar (PPL). Setiap maktab perguruan perlu mewujudkan Jawatankuasa
Pendidikan Luar khusus untuk menyediakan perancangan dan penyelarasan.
Program Pendidikan Luar.Program tersebut telah dihentikan pada tahun 1996. Guru
pelatih yang mengambil pengkhususan Pendidikan Jasmani sahaja diwajibkan
mengikuti Program Pendidikan Luar.Bagi pelatih (KDPM) Kursus Diploma Perguruan
Malaysia dan KPLI ( Kursus Perguruan Lepasan Ijazah) major atau minor Pendidikan
Jasmani (PJ), Program Pendidikan Luar merupakan sebahagian daripada kurikulum
mata pelajaran Pendidikan Jasmani (PJ). Semua guru pelatih Major dan minor PJ
dikehendaki menjalani Program Pendidikan Luar. Program tersebut mengintegrasikan
pelbagai komponen akademik dan ikhtisas bagi memantapkan lagi kurikulum Pendidikan
Jasmani guru pelatih KDPM-PJ.

Namun pada tahun 2001 program bina insan guru telah mula di perkenalkan di Intitusi
perguruan. Program ini merupakn program yang wajib disertai oleh Guru Pelatih
Kursus Diploma Perguruan ( KDPM ) dan Guru Pelatih Lepasan Ijazah ( KPLI )

Latihan 1.2
Cirikan sejarah pendidikan luar di era moden?

1.3. Aktviti-aktiviti pendidikan luar

Falsafah, Konsep, Matlamat dan Objektif Pendidikan Luar

BAB 1

Aspek utama yang perlu di perhatikan dengan serius dalam aktivit pendidikan luar
adalah aspek keselamatan. Aktiviti pendidikan luar perlu di rancang dan dilaksanakan
mengikut kesesuaian masa, persekitaran serta kemampuan dari aspek kemudahan,
peralatan dan kepakaran. Secara keseluruhan aktivit pendidikan luar perlu dirancang
dan di laksanakan berdasarkan objektif, tujuan dan konsep pendidikan luar.

Secara amnya terdapat dua aktivit pendidikan luar yang dilakukan merangkumi aktiviti
air dan aktiviti di darat

Aktiviti Air

Merangkumi segala aspek yang berkaitan dengan aktiviti air yang di lakukan sama ada di
sungai, tasik dan laut seperti:
Berkayak
Snorkeling
Berakit
Keselamatan air

Aktiviti Darat
Dilaksanakan di kawasan darat sama ada di tepi pantai, di kaki gunung dan di atas
gunung. Antara aktivit air ialah:

Perkemahan
kajian alam sekitar
abseiling
treking dan

Falsafah, Konsep, Matlamat dan Objektif Pendidikan Luar

BAB 1

Perkhemahan solo
Membina istana pasir
Aktivit berjalan berhalangan
orientering.

Latihan 1.3.

Senaraikan aktiviti air dan aktiviti di darat yang dilaksanakan dalam pendidikan
luar?

Ujian 1
1. Falsafah akan mempengaruhi secara keseluruhan terhadap prinsip, teori dan
cara kerja dalam sesuatu aktiviti. Ciri-ciri falsafah yang baik ialah?

2. Huraikan definisi pendidikan luar berdasarkan psikologi


3. Matlamat dan objektif pendidikan luar bagi peserta Kursus Perguruan Lepasan
Ijazah (KPLI) dan Kursus Diploma Perguruan Malaysia (KDPM)
mengambil matapelajaran pendidikan jasmani ialah.

yang

4. Terdapat berapa kategori kenapa pendidikan luar di adakan, Nyatakan dan


huraikan kategorinya

Ujian 2
1. Secara keseluruhan dalam mendefinasi pendidikan luar terdapat dua pendapat
yang berlainan. Nyatakan kedua golongan tersebut?
2. Berikan rumusan definasi pendidikan luar mengikut modul ini?

BAB 1

Falsafah, Konsep, Matlamat dan Objektif Pendidikan Luar

3. Secara am Matlamat pendidikan luar boleh dibahagikan kepada tiga komopnen


besar, huraikan?
Glosari

Aktiviti kognatif: Merupakan aktiviti merangsang pemikiran yang terdiri daripada


elemen penyelidikan, kreativiti, perkaitan, kebolehan, pengamatan
dan pengukuhan.
Aspek afektif

: Berkaitan dengan perasaan dan emosi pada diri individu aktiviti ini
bukan berkaitan dengan fikiran dan daya berfikir.

Bibiliografi

Abdul Alim Abdul Rahim, 1992, Panduan Perkhemahan, Simpulan dan Pioneering,
Kuala Lumpur: Fajar Bakti
Modul Bina Insan Guru, 2000, Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan
Malaysia,
Modul Pendidikan Luar (1993 ), Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan
Malaysia,
Phyllis Ford, 1981, Principles and Practices of Outdoor / Environmental Education. New
York: Wiley
C. A. Lewis, 1975, The Administration of Outdoor Education Programs. Dubuque, IA:
Kendall-Hunt
D. R. Hammerman, W. M. Hammerman, & E. L. Hammerman, 1985, Teaching in the
Outdoors, Danville, IL: Interstate)
Simon Priest, 1986, Redefining Outdoor Education, Journal of Environmental Education,
17(3), 13)
Maznah Hassan,Persepsi Guru Pelatih KDPM Terhadap Perlaksanaan Program
Pendidikan Luar

Anda mungkin juga menyukai