Anda di halaman 1dari 9

PENGENALAN

Dunia pada hari ini berhadapan dengan berbagai-bagai isu yang boleh menggugat dan
mengancam populasinya. Isu-isu seperti peperangan kimia dan biologi dan perlumbaan
senjata di kalangan negara-negara berteknologi tinggi terutamanya boleh mengancam alam
buana ini. Di sesetengah negara, terutamanya negara-negara dunia ketiga, isu pendatang asing
menjadi antara permasalahan utama. Kebanjiran mereka telah mengundang berbagai-bagai
masalah dari sudut soaial, ekonomi dan politik. Globalisasi yang menjadikan dunia tanpa
sempadan juga telah mengundang berbagai-bagai isu yang menggugat kestabilan umat
manusia. Apabila teknologi disalahguna , maka kehancuran yang bakal menanti.

4.1 PEPERANGAN
INPUT
Menurut Kamus Dewan, istilah perang bermaksud perkelahian , pertempuran
dengan menggunakan senjata antara negeri dengan negeri . Peperangan biasanya
menggunakan peralatan dan senjata yang bertujuan untuk membunuh atau mematikan pihak
yang satu lagi. Peralatan peperangan ini semakin canggih dari hari ke hari selaras dengan
kemajuan sains dan teknologi. Berbagai-bagai bentuk senjata dicipta yang menggunakan
tenaga nuklear, biologi dan kimia yang boleh mendatangkan kemusnahan yang besar kepada
nyawa manusia dan alam ini. Sebagai contoh, pengguguran bom atom di Hiroshima dan
Nagasaki dalam Perang Dunia Ke Dua telah mengorbankan banyak jiwa dan mendatangkan
kesan yang amat teruk kepada persekitaran hinggalah ke hari ini.

4.1.1 BENTUK-BENTUK PEPERANGAN


Terdapat beberapa bentuk peperangan di dunia ini iaitu :
1.
Perang Kimia & Biologi peperangan yang menggunakan bahan kimia dan biologi
untuk dijadikan senjata atau menghasilkan senjata.
2.
Perang Saraf bentuk peperangan tanpa berlaku pertempuran ,hanya di peringkat
gertak-menggertak antara satu sama lain dalam usaha untuk melemahkan moral pihak musuh
.
3.
Perang Ekonomi permusuhan atau persengketaan yang melibatkan pengambilan
langkah dan tindakan ekonomi seperti penyekatan eksport dan import barangan dengan
tujuan hendak menghancurkan pihak musuh.
4.
Perlumbaan Senjata merujuk kepada sikap menghasilkan senjata canggih dan
dibuktikan kecanggihannya melalui ujian-ujian tertentu bertujuan untuk menunjukkan
kehebatannya kepada pihak lain.
Peperangan-peperangan ini walaupun ada yang tidak mengakibatkan kemusnahan jiwa ,
ianya tetap memberi kesan yang negatif kepada alam ini dari segi ekonomi, hubungan
persaudaraan dan sebagainya.
Tahukah anda faktor-faktor berlakunya peperangan .

4.1.2 FAKTOR-FAKTOR BERLAKU PEPERANGAN

Secara umumnya terdapat beberapa faktor yang menyebabkan berlakunya peperangan di


antara negara- negara di dunia ini. Secara ringkas ianya boleh disimpulkan seperti berikut:
1.
Keinginan untuk menjadi sebuah negara yang kuat digeruni dan mahu dunia tunduk
di bawah telunjuknya
2.
Permusuhan antara agama, kaum dan bangsa
3.
Memenuhi keperluan dalam negara seperti memperolehi bahan-bahan mentah
4.
Ingin menjadi jaguh dan polis antarabangsa
5.
Cemburu dan irihati dengan persenjataan canggih negara-negara lain.

4.1.3 KESAN-KESAN PEPERANGAN


Peperangan banyak mendatangkan kesan negatif kepada alam dan
manusia antaranya.........

Kesan-kesan Peperangan Terhadap Manusia dan Alam :


Kesan Peperangan Terhadap Manusia
Manusia yang tidak terlibat akan kehilangan nyawa
Mengundang pelbagai penyakit berbahaya seperti kanser, kecacatan keturunan akibat

radiasi

Kebuluran, kemiskinan,kelaparan,kematian dan kecederaan global menyerang umat


manusia
Pelarian perang akan tersebar di merata-rata dunia
Kehidupan manusia menjadu huru-hara dan tiada lagi keamanan

Kesan Peperangan Terhadap Alam

Memusnahkan tumbuhan, haiwan dan sistem alam


Berlaku perubahan iklim,ekosistem dan kerosakan sistem cakerawala alam ke arah
kemusnahan
Lapisan ozon dan atmosfera akan menjadi nipis yang menyebabkan suhu dunia
bertambah panas
Kebakaran hutan secara besar-besaran
Ruang udara tercemar dengan partikel-pertikel yang beracun

4.1.3 LANGKAH-LANGKAH MENGATASINYA

Di sini marilah kita sama-sama memikirkan langkah-langkah untuk


mencegah dan mengawasi isu peperangan ini demi kebaikan
bersama dan keamanan sejagat

Cadangan-cadangan :

Undang-undang persenjataan Global hendaklah digubal dan mengenepikan


kepentingan mana-mana pihak
PBB sebagai badan bertanggungjawab dalam urusan global perlu menubuhkan badan
pengawasan tertinggi untuk mengawas dan menghakimi jenayah perang dan senjata tanpa
mengikut telunjuk mana-mana pihak.
Memupuk dan menyemai budaya cintakan keamanan dan bencikan peperangan
diperingkat kanak-kanak dan orangramai melaui program-program tertentu
Media massa perlu memainkan peranan yang lebih berkesan dalam usaha
menyedarkan rakyat tentang kesan-kesan buruk peperangan

Cadangan Langkah-langkah pencegahan dan pengawasan peperangan :

AKTIVITI 4 A
4.1. Secara amnya, peperangan boleh dibahagikan kepada beberapa bentuk antaranya
ialah :
1._________________________________________________
2._________________________________________________
3._________________________________________________
4.2. Nyatakan 3 faktor yang boleh menyebabkan berlakunya peperangan .
1._________________________________________________
2._________________________________________________
3._________________________________________________
4.3. Berikan tiga kesan peperangan terhadap kehidupan manusia
1._________________________________________________
2._________________________________________________
3._________________________________________________
4. 4. Apakah cadangan-cadangan yang boleh dilaksanakan untuk mengatasi dari
berlakunya peperangan
1._________________________________________________
2._________________________________________________
3._________________________________________________

MAKLUMBALAS AKTIVITI 4 A
4.1 Tiga bentuk peperangan secara umum :
1.
Perang Kimia dan Biologi
2.
Perang Saraf
3.
Perang Ekonomi

4.2. Tiga faktor berlakunya peperangan :


4. Keinginan untuk menjadi sebuah negara yang kuat dan digeruni serta mahu
dunia tunduk di bawah telunjuknya
4. Permusuhan antara agama, kaum dan bangsa
4. Memenuhi keperluan dalam negara seperti memperolehi bahan-bahan mentah.
4.3. Kesan peperangan terhadap kehidupan manusia :
7. Manusia yang tidak terlibat akan kehilangan nyawa
7. Mengundang pelbagai penyakit berbahaya seperti kanser, kecacatan keturunan
akibat radiasi
7. Kebuluran, kemiskinan,kelaparan,kematian dan kecederaan global menyerang
umat manusia.
4.4. Cadangan langkah untuk mengatasi berlakunya peperangan :
10. Undang-undang persenjataan Global hendaklah digubal dan mengenepikan
kepentingan mana-mana pihak
10. PBB sebagai badan bertanggungjawab dalam urusan global perlu menubuhkan
badan pengawasan tertinggi untuk mengawas dan menghakimi jenayah perang
dan senjata tanpa mengikut telunjuk mana-mana pihak.
10. Memupuk dan menyemai budaya cintakan keamanan dan bencikan
peperangan diperingkat kanak-kanak dan orangramai melaui program-program
tertentu

4.2 ISU-ISU MORAL PENDATANG ASING


INPUT
PENGENALAN

Pendatang asing ialah orang mendatang iaitu orang asing yang datang atau memasuki
sesebuah negeri yang lain secara sah atau tidak sah ( pendatang haram ). Di Malaysia
kebanjiran pendatang asing terutamanya di sektor pembinaan dan perindustrian bermula
sekitar tahun 1970-an. Selain implikasi demografi yang jelas, penghijrahan ini mempunyai
kesan ke atas pertumbuhan ekonomi dan hubungan antarabangsa. Pada dasarnya
penghijrahan ini dilihat sebagai satu proses yang membawa faedah ekonomi bersama atau
sebagai suatu masalah ekonomi dan perubahan sosial kepada kedua-dua negara. Sejauh mana
keadaan ini tercapai adalah bergantung kepada cara dan jenis penghijrahan, status buruh asing
dari segi undang-undang dan juga tempoh tinggal di negara terbabit.

Buruh asing yang terdapat di negara kita sekarang boleh dibahagikan kepada tiga kategori
iaitu :
1.
Golongan bukan warganegara Malaysia yang telah menetap di sini serta mempunyai
kad pengenalan warna merah. Mereka ini terdiri daripada berbagai-bagai keturunan dari
berbagai-bagi negara seperti Indonesia, Thailand, Myanmar, Bangladesh ,India dan lain-lain.
Di bawah Akta Sekatan Kerja 1968, mereka tidak dibenarkan bekerja makan gaji melainkan
mempunyai permit kerja yang dikeluarkan oleh Kementerian Buruh. Undang-undang yang
membenarkan mereka ini mendapat pas kerja adalah tertakluk kepada alasan-alasan tertentu.
2.
Golongan bukan warganegara yang masuk ke negara ini dengan menggunakan
pasport yang sah. Golongan ini dibenarkan bekerja dalam jangka masa tertentu ( dua tahun )
dalam bidang pekerjaan yang memerlukan kemahiran yang tidak ada pada pekerja tempatan.
Apabila habis tempoh , pas atau permit mereka tidak akan disambung kecuali atas sebabsebab yang munasabah.
3.
Buruh asing yang masuk secara haram dan kebanyakan mereka bekerja di sektor
perladangan, perindustrian dan pembinaan.

Apakah faktor-faktor yang mendorong pendatang asing berminat


untuk datang bekerja di negara kita..

4.2.1 FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG PENDATANG


ASING DATANG BEKERJA DI MALAYSIA
Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan pendatang asing terutamanya dari negara jiran
berminat untuk datang bekerja di Malaysia iaitu :
1.
Pendapatan yang tinggi
2.
Peluang pekerjaan yang banyak rakyat Malaysia terlalu memilih pekerjaan
3.
Sistem politik yang stabil dan ekonomi yang berkembang
4.
Budaya dan kehidupan sosial yang lebih dekat kepada negara asal mereka
5.
Persisiran pantai yang panjang dan luas mudah untuk menyusup masuk

Undang undang yang tidak ketat hanya dihantar balik ke negara asal.

6.

Di samping itu, terdapat pula faktor pendorong ( penolak ) dari negara asal mereka seperti :
1.
Keadaan politik yang tidak stabil
2.
Ekonomi yang tidak berkembang dan kadar pengangguran yang tinggi
3.
Peluang pekerjaan yang terdapat di negara mereka adalah rendah
4.
Kemudahan untuk datang secara haram ke Malaysia melalui orang tengah.
Apakah kesan kedatangan pendatang asing ke negara kita ..
Bincangkan ?

4.2.2 KESAN KEDATANGAN PENDATANG ASING


Hakikatnya, kedatangan pendatang asing ke negara ini memberikan kesan-kesan yang positif
dan negatif kepada kita antaranya :
Menyelesaikan masalah kekurangan pekerja
Menjayakan projek-projek mega (KLIA, Bakun)

Kesan Positif
Membantu pembangunan negara

Kesan Dari Segi Sosial :


1.
Masalah pengangguran rakyat
2.
Mewujudkan pelbagai kegiatan tidak sihat
3.
Merebaknya pelbagai jenis penyakit seperti Aids, batuk kering hepatitis B.
4.
Penduduk tempatan kehilangan hak-hak tertentu

Kesan-kesan Negatif Pendatang Asing.


Kesan Dari Segi Ekonomi :
5. Pengaliran wang keluar negara
5. Kejatuhan upah buruh negara persaingan akan menyebabkan kadar upah pekerja
tempatan menjadi rendah
5. Beban ekonomi kepada negara kerajaan terpaksa menyediakan tempat perlindungan
dan lain-lain.
5.

Kesan Dari Segi Politik :


9. Boleh mengakibatkan krisis antara kedua-dua negara terbabit

9.

Kerajaan terpaksa menyediakan peruntukan yang khusus untuk pembiayaan


pendatang asing

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI
4.2.3
LANGKAH-LANGKAH
PENDATANG ASING

MENGATASI

Langkah-langkah Mengatasi Isu Pendatang Asing :


11. Menyekat kemasukan pendatang asing dari persisiran pantai
11. Menetapkan cukai yang sewajarnya supaya pendatang asing tidak menggunakan
kemudahan awam tanpa bayaran dan mengambil hak asasi rakyat Malaysia
11. Mengetatkan undang-undang kemasukan pendatang
11. Mengenakan hukuman yang berat ke atas pendatang yang melakukan jenayah

Untuk menguji kefahaman anda, sila lakukan aktiviti berikut

AKTIVITI 4 B
4.5. Mengapakah pendatang asing berminat untuk datang bekerja di Malaysia?
1._________________________________________________
2._________________________________________________
3._________________________________________________
4.6. Apakah kesan-kesan positif kedatangan pendatang asing ke Malaysia ?
1._________________________________________________
2._________________________________________________
3._________________________________________________
4.7. Berikan tiga contoh negara asal pendatang asing yang berada di Malaysia ?
1._________________________________________________
2._________________________________________________
3._________________________________________________
4.8. Apakah kesan negatif terhadap perkembangan ekonomi apabila kebanjiran
pendatang asing tidak dikawal dengan baik ?
1._________________________________________________
2._________________________________________________
3._________________________________________________

MAKLUMBALAS AKTIVITI 4 B

ISU

4.5. Pendatang asing berminat untuk datang bekerja di Malaysia kerana :


13. Pendapatan yang lumayan
13. Peluang pekerjaan yang banyak
13. Sistem politik yang stabil dan ekonomi yang berkembang pesat
4.6. Kesan-kesan positif kedatangan pendatang asing ke Malaysia :
1.Membantu pembangunan negara kita
2. Menyelesaikan masalah kekurangan pekerja
3. Menjayakan projek-projek mega kerajaan seperti KLIA, Menara berkembar
dll.
4.7. Contoh negara asal pendatang asing yang sedang berada di Malaysia :
Indonesia, Thailand, dan Bangladesh
4.8. Kesan dari segi ekonomi :
Pengaliran wang keluar negara
15. Kejatuhan upah buruh negara persaingan akan menyebabkan kadar upah pekerja
tempatan menjadi rendah
15. Beban ekonomi kepada negara kerajaan terpaksa menyediakan tempat perlindungan
dan lain-lain.
15.

PENILAIAN KENDIRI
UNTUK MENGUKUR PRESTASI ANDA, ANDA MESTILAH MENJAWAB SEMUA
SOALAN PENILAIAN KENDIRI INI UNTUK DINILAI OLEH PENSYARAH ANDA.

Soalan Satu :
1. Tindakan pihak pentadbiran Amerika Syarikat mengishtiharkan perang ke atas Iraq barubaru ini tanpa mendapat kebenaran dunia khususnya PBB telah mendapat tentangan dari
serata penduduk dunia. Ini adalah kerana peperangan boleh mengakibatkan banyak jiwa yang
tidak berdosa akan terkorban. Di samping itu terdapat berbagai-bagai lagi kesan negatif
peperangan. Sebagai seorang pelajar yang prihatin, cadangkan beberapa langkah yang boleh
mengelak perkara ini dari berlaku lagi.
Soalan Dua
2. Kedatangan pendatang asing ke negara telah mendatangkan berbagai-bagai masalah
kepada kerajaan. Bincangkan implikasi kedatangan pendatang asing dari aspek sosial dan
ekonomi .

MAKLUMBALAS
PENILAIAN KENDIRI

KEPADA

1. Cadangan langkah-langkah untuk mengelakkan peperangan :


i.
Undang-undang persenjataan global hendaklah digubal dan mengenepikan
kepentingan mana-mana pihak.
ii.
PBB sebagai badan bertanggungjawab dalam urusan global perlu menubuhkan badan
pengawasan tertinggi untuk mengawas dan menghakimi jenayah perang dan senjata
tanpa mengikut telunjuk mana-mana pihak.
iii.
Memupuk dan menyemai budaya cintakan keamanan dan bencikan peperangan
diperingkat kanak-kanak dan orangramai melaui program-program tertentu
iv.
Media massa perlu memainkan peranan yang lebih berkesan dalam usaha
menyedarkan rakyat tentang kesan-kesan buruk peperangan
2. Implikasi kedatangan asing :
Dari segi sosial :
i.
Masalah pengangguran rakyat
ii.
Mewujudkan pelbagai kegiatan tidak sihat
iii.
Merebaknya pelbagai jenis penyakit seperti Aids, batuk kering hepatitis B.
iv.
Penduduk tempatan kehilangan hak-hak tertentu
Dari segi ekonomi :
i.
Pengaliran wang keluar negara
ii.
Kejatuhan upah buruh negara persaingan akan menyebabkan kadar upah pekerja
tempatan menjadi rendah
iii.
Beban ekonomi kepada negara kerajaan terpaksa menyediakan tempat perlindungan
dll.

Anda mungkin juga menyukai