Anda di halaman 1dari 5

PERBEZAAN KBSR DAN KSSR PENDIDIKAN

JASMANI & KESIHATAN


ASPEK
Organisasi
kandungan

KBSR
Ada tiga tunjang iaitu;
a. Kecergasan
b. Kemahiran
c. Kesukanan
Kesukanan diajar secara
berasingan daripada modul
kecergasan dan kemahiran

KSSR
Ada dua modul iaitu;
a. Kemahiran
b. Kecergasan
Kesukanan diajar secara
serentak di
bawah modul kecergasan dan
kemahiran.
Kemahiran;
Aspek 1 - Kemahiran
pergerakan.
Aspek 2 - Aplikasi pengetahuan
dalam pergerakan.
Aspek 5 - Kesukanan.
Kecergasan;
Aspek 3 - Kecergasan
meningkatkan
kesihatan.
Aspek 4 - Aplikasi pengetahuan
dalam meningkatkan
kecergasan.
Aspek 5 - Kesukanan.

Organisasi
Kurikulum

Tahap 1 dan 2, mata pelajaran;

Tahap 1 ;

Teras
Wajib
Tambahan.

Modul Teras Asas


Modul Teras Tema
Modul Elektif

Pendidikan Jasmani termasuk Tahap 2 ;


dalam mata pelajaran tambahan Mata pelajaran Teras dan
Elektif.
Pendidikan Jasmani di bawah
Modul Teras Asas.

Matlamat

Bertujuan membantu murid


menjadi cergas melalui

Bertujuan membina individu


yang cergas dan sihat serta

pembelajaran aktiviti fizikal dan


amalan kecergasan.

berkemahiran, berpengetahuan
dan mengamalkan
Nilai murni melalui aktiviti fizikal
ke arah mencapai kesejahteraan
hidup.

Reka bentuk
kurikulum

Berasaskan tiga bidang ;


Komunikasi
Manusia dan alam sekeliling
Perkembangan diri individu

Masa

Pengajaran dan pembelajaran


dijalankan selama 60 minit
dalam satu hari

Berasaskan enam tunjang ;


Komunikasi
Kerohanian,sikap dan nilai.
Kemanusiaan
Keterampilan diri
Perkembangan fizikal dan
Estetika.
Sains dan teknologi
Pengajaran dan pembelajaran
dijalankan selama 60 minit
dalam dua hari . Contoh ;
Isnin 30 minit
Selasa 30 minit

Fokus

Tidak menyatakan fokus dalam


Pendidikan Jasmani.

Terdapat tiga fokus;


i) Membina kemahiran asas
pergerakan dan kemahiran
motor.
ii) Memperkenalkan konsep
kecergasan berdasarkan
kesihatan.
iii)Memupuk elemen
keselamatan,
tanggungjawab kendiri dan
sosial semasa melakukan
aktiviti fizikal.

Pedagogi

Kemahiran berfikir dalam


p&p
Aplikasi kecerdasan pelbagai
dalam p&p.
Penggunaan TMK.
Pengajaran berasaskan kajian
masa depan.
Pembelajaran secara
konstruktivisme.
Pembelajaran Masteri
Belajar cara belajar

Kemahiran berfikir dalam p&p.


Aplikasi kecerdasan pelbagai
dalam p &p.
Penggunaan TMK.
Pengajaran berasaskan Kajian
Masa Depan.
Pembelajaran secara
konstruktivisme.
Pembelajaran secara
kontesktual.
Pembelajaran akses kendiri.

Kaedah
Pentaksiran

Berorientasikan peperiksaan
Lebih kepada penilaian
Sumatif ;

Dijalankan berterusan untuk


mengesan perkembangan
dan pencapaian murid .

Bahan

Penilaian Kemajuan
Berasaskan Sekolah (PKBS)
Ujian Penilaian Sekolah
Rendah (UPSR)

Penilaian Formatif
Penilaian Sumatif

Sukatan Pelajaran
Huraian Sukatan Pelajaran
Kandungan
Huraian Sukatan Pelajaran
Buku Teks

Dokumen Kurikulum
Standard Kandungan
Standard Pembelajaran
Buku Teks

Organisasi Kurikulum:
Terdapat perbezaan dalam organisasi kurikulum antara KBSR dan KSSR. Pada tahap satu
dan dua, murid diajar mata pelajaran teras, wajib dan tambahan bagi KBSR. Untuk KSSR pula,
tahap satu berbeza dengan tahap dua iaitu modul teras asas, modul teras tema dan modul elektif
diajar. Manakala pada tahap dua, mata pelajaran teras dan elektif sahaja diajar. Pendidikan
Jasmani termasuk dalam modul teras.
Rekabentuk Kurikulum:
Berdasarkan pemahaman tentang kedua-dua jenis kurikulum iaitu antara KBSR dan
KSSR, terdapat beberapa perbezaan dari pelbagai aspek. KBSR mempunyai tiga bidang reka
bentuk kurikulum iaitu komunikasi, manusia dan alam sekeliling, dan perkembangan diri
individu. Berbeza dengan KSSR yang secara modularnya mempunyai enam tunjang iaitu
komunikasi, kerohanian, sikap dan nilai, kemanusiaan, perkembangan fizikal dan estetika, sains
dan teknologi dan ketrampilan diri. Tunjang Fizikal dan Estetika merupakan tunjang yang mendukung
hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu untuk melahirkan insan seimbang dari segi jasmani, rohani,
emosi dan inteleknya. Kesihatan jasmani murid menjamin pembangunan potensi murid dalam domain yang
lain. Perkembangan jasmani dan kesihatan murid harus selari dengan keperluan fizikal dan peringkat umur
dan tahap kematangan murid. Bidang pembelajaran yang berkaitan ilmu Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
merupakan teras ilmu dalam menterjemahkan hasrat tunjang ini. Selain aspek fizikal, potensi estetika murid
juga diberi penekanan. Potensi estetika merujuk kepada pemupukan kreativiti, bakat dan apresiasi yang dapat
digunakan dalam melahirkan ekspresi diri.
Peruntukan Masa:
Berlaku perubahan masa dalam KBSR, masa bagi pengajaran Pendidikan Jasmani
berjalan selama 60 minit berterusan, manakala dalam KSSR, masa pengajarannya juga 60 minit
tetapi dijalankan dua kali seminggu ( 30 minit setiap pembelajran ). Semasa KBSR, Pendidikan
Kesihatan digabungkan dengan Pendidikan Jasmani, tetapi dalam KSSR, Pendidikan Kesihatan
telah dipisahkan.
Kaedah pentaksiran:
Perbezaan yang jelas dapat dilihat antara KBSR dan KSSR ialah dari aspek pentaksiran. Di dalam
KBSR, pentaksiran yang digunakan diberi penekanan kepada penilaian formatif dan sumatif. Contoh

penilaian sumatif dalam KBSR ialah Penilaian Kemajuan Berasakan sekolah (PKBS). Skop penilaian
merangkumi aspek kognitif, afektif dan psikomotor serta sikap bakat dan minat murid. Guru merancang dan
melaksana cara bagaimana menilai perkembangan dan pencapaian murid secara berterusan. Maklumat
dikumpul digunakan untuk merancang tindakan susulan samaada serta merta atau selepas pengajaran satusatu unit pembelajaran. Tindakan susulan yang dibuat berbentuk ativiti pemulihan atau pengayaan sejajar
dengan tahap kebolehan murid. Seterusnya, ujian yang diberi penekanan dalam KBSR ialah ujian sumatif.
Contoh ujian sumatif yang ialah Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang dikendalikan oleh Lembaga
peperiksaan untuk menguji pencapaian murid. Aspek penilaian yang diutamakan berfokus kepada domain
kognitif, iaitu penguasaan kemahiran 3M (membaca, menulis dan mengira). Mata pelajaran yang diuji ialah
Bahasa Melayu, Bahasa Innggeris, Matematik, dan Sains tidak termasuk Pendidikan Jasmani .
Sepertimana yang kita sedia maklum, pentaksiran dalam KBSR terdapat beberapa kelemahan
berbanding KSSR kerana pentaksiran KBSR beorientasikan peperiksaan dan tidak menyumbang kepada
aspek pembangunan modal insan. Murid dalam sistem pentaksiran KBSR belajar hanya untuk lulus
peperiksaan semata-mata dan kurang mengaitkan isi pelajaran dengan kehidupan seharian..
Pentaksiran yang digunakan di dalam KSSR dijalankan secara berterusan untuk mengesan
perkembangan dan pencapaian murid dalam pembelajaran, menggunakan kaedah pentaksiran pelbagai serta
bersifat autentikdan holistik. Terdapat lima kaedah pentaksiran dilaksanakan melalui SPPK iaitu pentaksiran
aktiviti jasmani, sukan dan kokurikulum, pentaksiran sekolah, pentaksiranpsikometrik, peperiksaan pusat serta
pentaksiran pusat. Penilaian diuji kepada semua mata pelajaran termasuk Pendidikan Jasmani.
Pentaksiran formatif membabitkan proses sepanjang pembelajaran murid menggunakan pelbagai
kaedah dalam melapor maklumat selain membuat penilaian sama ada bertulis atauverbal mengenai cara
meningkatkan pembelajaran murid. Guru tidak dibenar membandingkan murid serta meletakkan skala yang
menunjukkan kedudukan mereka seperti digunakan sebelum ini. Pentaksiran sumatif dilakukan pada hujung
pembelajaran dengan membuat pertimbangan dan penilaian prestasi murid dalam meneruskan pembelajaran.
Maklumat itu dalam bentuk kualitatif atau kuantitatif mengikut standard ditetapkan sekolah.
Bahan:
Dari segi bahan kurikulum, KBSR menggunakan sukatan pelajaran yang sentiasa diubah
mengikut keadaan manakala KSSR menggunakan pendekatan baru iaitu Dokumen Standard
Kurikulum, modul pengajaran dan modul pembelajaran. Penggunaan buku teks masih diteruskan
dengan kandungan yang baru.
Perbezaan Pelaporan Pencapaian:
Pelaporan pencapaian murid KSSR dalam setiap mata pelajaran termasuk Pendidikan
Jasmani tidak lagi berbentuk gred (berdasarkan peratus markah yang diperolehi dalam
peperiksaan) seperti dalam KBSR sebaliknya mereka akan dilabelkan dengan
menggunakan band iaitu tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki (band 1 hingga band 6)
yang menggambarkan sejauh mana murid-murid telah menguasai sesuatu standard seperti yang
dijelaskan dalam deskriptor. Penentuan band murid-murid ini dalam perlu disokong
dengan evidens yang telah ditetapkan dalam dokumen standard prestasi.

Namun, terdapat beberapa aspek dalam KSSR masih lagi mengekalkan aspek yang digunakan dalam
KBSR. Antara persamaan KBSR dan KSSR dapat dilihat dari aspek pedagogi. Pedagogi yang ditekankan di
dalam KBSR dan KSSR mempunyai persaman iaitu kemahiran berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran,
aplikasi kecerdasan pelbagai, penggunaan TMK ,pengajaran berasaskan kajian masa depan,dan pembelajaran
secara konstruktivisme, pembelajaran secara kontekstual, pembelajaran akses kendiri, pembelajaran masteri
dan belajar cara belajar.
Kesimpulan
Perubahan dalam globalisasi memerlukan perubahan yang seimbang dengan kurikulum
pendidikan di negara ini. Bertujuan menjadi pelapis generasi akan datang dan tidak ketinggalan
dalam arus pemodenan. Sehubungan dengan itu, penambahbaikan dalam KBSR telah dilakukan
dan mewujudkan KSSR dengan harapan dapat memenuhi aspirasi negara ke arah negara maju.
Kurikulum Pendidikan Jasmani digubal untuk memenuhi keperluan pertumbuhan dan
perkembangan individu bagi membentuk masyarakat yang cergas, sejahtera dan produktif.
Aspek emosi, rohani dan intelek pula dapat dibentuk dalam diri individu apabila murid dapat
memahami dan menghayati pengetahuan, kemahiran dan pengalaman Pendidikan Jasmani agar
dapat mengamalkan gaya hidup cergas sebagai budaya Malaysia. Murid diorientasikan dengan
ilmu dan amalan Pendidikan Jasmani bagi membentuk sahsiah dan sikap untuk menghadapi
cabaran hidup. Kurikulum Pendidikan Jasmani yang terancang dan persekitaran yang kondusif
dapat menggalakkan pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan potensi murid ke tahap
optimum
Pelaksanaan KSSR sangat bertepatan dan sesuai pada masa -perubahan yang berlaku atas
rasional dan alasan yang kukuh berkait dengan kehendak perubahan waktu dan keselarasan
dengan cabara semasa. KBSR dan KSSR mempunyai ciri-ciri kekuatan masing-masing.
Kedua-dua kurikulum ini berlandaskan prinsip-prinsip yang selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Matlamatnya adalah untuk melahirkan generasi yang seimbang serta berkembang
secara menyeluruh dari segi intelek , rohani, emosi dan jasmani serta menyediakan mereka untuk
menghadapi arus globalisasi serta ekonomi berasaskan pengetahuan pada abad ke-21.

Anda mungkin juga menyukai