Anda di halaman 1dari 4

Tahun 2

Modul 1: Kesihatan Fizikal


Dalam modul 1, iaitu kesihatan fizikal, terdapat dua tajuk yang perlu diberi
perhatian, iaitu Kesihatan Diri dan Reproduktif, Pemakanan dan Penyalahgunaan Bahan.
Dalam tajuk Kesihatan Diri dan Reproduktif, pertama sekali, murid-murid perlu
mengetahui dan memahami pertumbuhan dan perkembangan fizikal yang sihat. Untuk
mencapai pengetahuan ini, murid-murid perlu dapat menyenaraikan aktiviti fizikal yang
menyumbang kepada pertumbuhan dan perkembangan yang sihat, mengamalkan aktiviti
fizikal untuk mencapai pertumbuhan dan perkembangan fizikal yang sihat, mengamalkan
pemakanan yang seimbang untuk pertumbuhan dan perkembangan fizikal yang sihat,
mengamalkan postur yang betul untuk pertumbuhan dan perkembangan fizikal dan
seterusnya menyatakan kepentingan rehat dan tidur yang mencukupi untuk pertumbuhan
serta perkembangan fizikal yang sihat.
Kemudian, murid-murid juga perlu mendemonstrasi keupayaan dan kemahiran
untuk menangani pengaruh dalaman dan luaran yang mempengaruhi kesihatan diri dan
reproduktif. Dalam perkara ini, murid-murid perlulah menyatakan maksud dan situasi
sentuhan tidak selamat, berkata TIDAK kepada sentuhan tidak selamat, mengenalpasti
individu yang mungkin melakukan sentuhan yang tidak selamat dan menyatakan
tindakan yang perlu diambil jika berlaku sentuhan tidak selamat.
Dalam tajuk pemakanan pula, murid-murid perlu mengetahui dan mengamalkan
pemakanan yang sihat dan selamat. Jadi murid-murid haruslah dapat memilih makanan
dna minuman yang berkhasiat pada setiap kali waktu makan, menyatakan kepentingan
pengambilan makanan dan minuman yang berkhasiat, mengenalpasti jenis makanan dan
minuman yang boleh menyebabkan berat badan yang berlebihan dan obesity,
mengamalkan pengambilan makanan dan minuman mengikut keperluan, mengamalkan
tabiat makan dan minum yang sihat, menceritakan tabiat pengambilan makanan dan
minuman dalam kalangan ahili keluarga, menyatakan pengaruh rakan sebaya dalam
pengambilan makanan dan minuman, dan akhir sekali murid-murid dapat menyatakan
pengaruh media dalam pengambilan makanan dan minuman.
Dalam tajuk yang ketiga, iaitu penyalahgunaan bahan pula, murid-murid perlu
mengetahui jenis dan kesan penyalahgunaan bahan serta berkemahiran menangani
situasi berisiko terhadap diri, keluarga dan masyarakat. Untuk memastikan murid-murid
dapat menguasai pengetahuan tersebut dengan baik, murid-murid haruslah dpaat
mengenali jenis bahan ketagihan iaitu rokok, dadah dan alcohol, menceritakan kesan
negatif seperti merokok, menagih dadah dan alcohol terhadap kesihatan diri dan orang
lain, melaporkan kepada orang dewasa berkaitan penyalahgunaan bahan dalam

kalangan rakan, berkata TIDAK kepada pelawaan penyalahgunaan bahan dan


seterusnya mengamakan gaya hidup shihat dengan tidak menyalahguna bahan.
Dalam modul 2, iaitu kesihatan mental, emosi dan sosial terdapat tiga tajuk yang
perlu diberi perhatian, iaitu Pengurusan Mental dan Emosi, Kekeluargaan dan
Perhubungan.
Dalam tajuk Pengurusan Mental dan Emosi, murid-murid perlu mengetahui
pelbagai jenis emosi, dan mengetahui kepentingan serta cara-cara untuk mengurus
emosi bagi meningkatkan kesihatan mental dalam kehidupan seharian. Murid-murid
boleh mempamerkan perasaan seperti bimbang, cemas dan tidak selamat. Murid-murid
juga dapat menunjukkan cara yang sihat ketika meluahkan perasaan kepada orang yang
boleh dipercayai. Selain itu, murid-murid juga perlu sentiasa mengamalkan sikap positif
untuk mengurus perasaan diri seperti rasa bersalah, bimbang, takut, marah, cemburu
dan tidak selamat semasa menghadapi pelbagai masalah. Murid juga dapat mengenal
pasti perasaan yang wujud akibat perubahan yang berlaku dalam keluarga dan
persekitaran seperti pertambahan dan kehilangan ahli dalam keluarga.
Dalam tajuk kekeluargaan, murid-murid perlu mengetahui peranan diri sendiri
dan ahli keluarga serta kepentingan institusi kekeluargaan dalam aspek kesihatan
keluarga. Untuk mencapai pengetahuan ini, murid-murid dapat menyatakan perbezaan
fizikal perempuan dan lelaki, menceritakan perbezaan antara perawakan perempuan dan
lelaki, menghargai diri dan gembira dilahirkan sebagai lelaki atau perempuan serta dapat
mengamalkan sikap menghormati antara satu sama lain tanpa mengira jantina.
Dalam tajuk perhubungan, murid-murid perlu mengetahui dan mengaplikasikan
kemahiran interpersonal serta boleh berkomunikasi dengan kesan dalam kehidupan
seharian. Murid-murid perlu mematuhi ajaran agama, menzahirkan kasih sayang yang
berbeza kepada Tuhan, diri, ibu bapa/ penjaga, ahli keluarga, guru dan rakan. Muridmurid juga boleh menunjukkan rasa kasih sayang tanpa membezakan individu atau
kumpulan seperti tidak membuli dan menyakiti orang lain, serta mengamalkan rasa
bersyukur kepada Tuhan dan sentiasa berterima kasih sesama manusia.
Dalam modul 3, iaitu kesihatan Kesihatan Persekitaran terdapat tiga tajuk yang
perlu diberi perhatian, iaitu Penyakit, Keselamatan dan Pertolongan cemas.
Dalam tajuk penyakit, murid-murid harus mengetahui jenis-jenis penyakit dan
cara-cara untuk mencegah serta mengelakkam risiko penyakit dalam kehidupan
seharian.

Dengan

itu,

murid-murid

harus

dapat

mengenal

pasti

tanda-tanda

konjunktivitis, dapat menyatakan cara untuk mengelakkan diri daripada jangkitan


konjunktivitis, dapat menyatakan langkah-langkah yang perlu diambil atau diawasi jika
mengalami konjunktivitis. Murid-murid juga dapat mengenal pasti tanda-tanda penyakit

tidak berjangkit, serta menyatakan langkah-langkah yang perlu diambil atau diawasi jika
mengalami penyakit tidak berjangkit.
Dalam tajuk Keselamatan, murid harus dapat mengetahui kepentingan menjaga
keselamatan diri dan mendemostrasi kemahiran kecekapan psikososial dalam kehidupan
seharian. Dengan mencapai pengetahuan itu, murid dapat mengenal pati peralatan dan
bahan yang berbahaya di rumah, sekolah, taman permainan dan tempat awam, dapat
menyenaraikan cara penyimpanan peralatan dan bahan seperti racun dengan selamat.
Murid juga dapat mengenal pasti situasi tidak selamat di rumah, sekolah, taman
permainan dan tempat awam serta dapat menyatakan kesan kemalangan dan
kecederaan seperti kecacatan kekal tubuh badan. Murid-murid juga akan mengamalkan
langkah-langkah keselamatan untuk mengelakkan kemalangan, kecederaan dan situasi
tidak selamat di rumah, sekolah, taman permainan dan tempat awam pada setiap masa.
Dalam

taajuk

pertolongan

cemas,

murid-murid

perlu

mengetahui

asas

pertolongan cemas dan kepentingan bertindak dengan bijak mengikut situasi. Dengan
mencapai pengetahuan tersebut, murid-murid boleh mengetahui pelbagai situasi
kecemasan dan akan meminta bantuan apabila berlaku kecemasan.