Anda di halaman 1dari 3

PKE 3033 KURIKULUM & PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN

19/1/2015

Isu-isu semasa
Banjir
1. Kebersihan
2. Penyakit
Tajuk 5 : Huraian & Tafsiran sukatan pelajaran Pendidikan Kesihatan KBSR/
KSSR

Penggubalan kurikulum memenuhi keperluan pertumbuhan dan


perkembangan individu bagi membentuk masyarakt sihat yang mengamalkan
gaya hidup sihat.
Pelajar dididik supaya sentiasa bersedia menyesuaikan diri dengan cabaran
perubahan persekitaran dan sosial.

Konsep Pendidikan Kesihatan KBSR

Mendukung cita-cita murni dan unggul selaras dengan falsafah pendidikan


kebangsaan berhasrat untuk melahirkan murid yang seimbang dan harmonis
dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Matlamat Pendidikan Kesihatan KBSR

Bertujuan membantu murid meningkatkan pengetahuan kesihatan, memupuk


sikap positif terhadap kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat (PPK,
PKM 1998)

Objektif Pendidikan Kesihatan KBSR

Mempertingkatkan pengetahuan kesihatan diri, keluarga diri, masyarakat dan


persekitaran.
Menguasai kemahiran bagi menghadapi dan menangani masalah dan isu
yang berkaitan dengan kesihatan.
Membentuk sikap yang positif terhadap kesihatan berasaskan pengetahuan
dan pengalaman.
Menjadikan gaya hidup sihat sebagai rutin harian.
Berperanan aktif dam meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat secara
keseluruhan.

PKE 3033 KURIKULUM & PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN

19/1/2015

Kurikulum Pendidikan Kesihatan KBSR


Kurikulum Pendidikan Kesihatan KBSR dibahagikan kepada tiga tunjang
pembelajaran;
i.
ii.
iii.

Kesihatan diri dan keluarga


Gaya hidup sihat; dan
Kebersihan dan keselamatan persekitaran

Kesihatan diri dan keluarga

Konsep tunjang ini adalah penjagaan asas kesihatan, keluarga dan


masyarakat secara proses berterusan.
Tumpuan diberi kepada kesihatan diri, seksualiti, kekeluargaan, perkahwinan
dan keibubapaan.

Gaya hidup sihat

Konsep tunjang ini adalah pengalaman aktiviti kehidupan harian yang sihat
dan menjauhi tingkahlaku berisiko secara berterusan.
Tumpuan diberi kepada penyelesaian konflik, pengurusan stres, kemahiran
merancang, pemakanan, penyalahgunaan bahan dan pencegahan penyakit.

Kebersihan dan keselamatan persekitaran

Konsep tunjang ini adalah pemeliharaan kebersihan dan keselamatan


persekitaran secara berkesan untuk meningkatkan taraf kesihatan.
Tumpuan diberi kepada pencegahan penyakit berjangkit, keselamatan
persekitaran dan pertolongan cemas.

Tunjang pembelajaran kesihatan diri dan keluarga


Tiga (3) bidang atau unit pembelajaran;
i.
ii.
iii.

Kesihatan diri
Perasaan; dan
Kekeluargaan

Tunjang pembelajaran Gaya hidup sihat


Tiga (3) bidang atau unit pembelajaran;
i.
ii.
iii.

Pemakanan;
Pengurusan konflik dan stres; dan
Penyalahgunaan bahan

PKE 3033 KURIKULUM & PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN

19/1/2015

Tunjang pembelajaran kebersihan dan keselamatan persekitaran


Tiga (3) bidang atau unit pembelajaran
i.
ii.
iii.

Keselamatan;
Penyakit berjangkit; dan
Pertolongan cemas

Aras pembelajaran
Asas 1 :Aaras paling rendah (semua murid boleh menguasainya)
Aras 2 : Aras sederhana (hanya sebilangan kecil berjaya menguasainya)
Aras 3 : Aras tinggi (hanya beberapa murid boleh menguasainya)

Aktiviti kuliah masa 2: 1045 -1145


Perbincangan dalam kumpulan 6 kumpulan
Aktiviti :
i.

Analisis objektif, kandungan kurikulum, hasil pembelajaran, aras


pembelajaran, bahan pengajaran & pembelajaran Pendidikan Kesihatan
tahun tersebut;