Anda di halaman 1dari 2

MOHD NIZAM BIN OMAR @ HAMID 1

REFLEKSI RBT 3117

REFLEKSI
Syukur Alhamdulillah, segala puji terhadap Illahi akhirnya saya berjaya
menyiapkan tugasan kursus Pengenalan Kepada Pendidikan Kemahiran Hidup
Sekolah Rendah (RBT 3117). Saya juga bersyukur kerana tugasan ini dapat
disiapkan pada masa yang telah ditetapkan oleh pensyarah iaitu 21 April 2014.
Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada pensyarah saya, Encik Rosly Bin Ismail
yang banyak membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini.
Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada keluarga saya iaitu isteri dan 4
orang cahaya mata yang memahami serta tidak jemu-jemu memberikan sokongan
terhadap saya sepanjang menyiapkan tugasan yang diberikan. Pada awalnya,
selepas mendapat tugasan ini dalam kuliah perjumpaan interaksi kedua, saya
tanpa berlengah masa mencari bahan rujukan sama ada di dalam internet atau
dalam buku. Hal demikian adalah kerana tugasan ini bukanlah sesuatu yang mudah
untuk

dilakukan.

Tambahan

pula

saya

yang

tiada

pengalaman

mengajar

matapelajaran tersebut di sekolah dan tiada pendedahan khusus berkaitannya. Jadi,


ianya amat mencabar bagi saya. Masa adalah faktor begitu penting supaya tugasan
ini dapat dilaksanakan dengan baik.
Pertama sekali, melalui tugasan kursus RBT 3117 ini saya dapat belajar dan
mendapat pemerolehan ilmu yang cukup tinggi. Bagi menyiapkan RPH dengan
memilih sub-topik bersesuaian berasaskan sukatan tahun 4 yang perlu dilengkapi
dengan pendekatan, strategi, kaedah, dan teknik pengajaran dan pembelajaran yang
sesuai perlu diintegrasikan dengan alat/bahan bantu mengajar yang berbentuk
persembahan Microsoft Office Power Point. Walaupun banyak unsur Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (TMK) yang boleh dipilih tetapi untuk mencari media
pengajaran yang sesuai bukanlah mudah. Ini kerana setiap media pengajaran yang
dipilih hendaklah memberi manfaat kepada murid-murid dan membantu mereka
dalam aktiviti pembelajaran KSSR. Tambahan pula saya yang sememangnya tiada
pengalaman dalam pengajaran RBT.
Di samping itu, saya dapat mengetahui bagaimana untuk merancang
pengajaran mengikut format yang sesuai dan baik. Sebagai contohnya saya memilih
untuk melaksanakan pengajaran Kemahiran Hidup Tahun 4. Jadi untuk membuat

MOHD NIZAM BIN OMAR @ HAMID 2


REFLEKSI RBT 3117

RPH berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Tahun 4 ini


memerlukan saya mencari dan membuat rujukan tentang format dan kandungannya
dengan betul. Selain bantuan dari pensyarah, saya juga perlu membuat rujukan dan
bantuan dari rakan sekerja untuk lebih memahami mengenai sukatannya. Jadi,
pendedahan yang saya dapat dari awal ini sudah tentu dapat membantu saya
meningkatkan lagi strategi dan pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran
Kemahiran Hidup (KH) seterusnya menarik minat murid untuk terus belajar.
Selain itu, saya juga belajar bagaimana untuk memilih kaedah dan teknik
yang bersesuaian untuk perancangan pengajaran dan pembelajaran yang saya
hasilkan. Tambahan lagi, saya dapat mengaplikasikan segala pengetahuan sedia
ada dan baharu berkaitan teori pembelajaran saya dalam RPH. Ianya juga turut
menuntut saya menghasilkan bahan/alat bantuan mengajar yang berbentuk
persembahan. Pada pendapat saya, tugasan ini agak sukar pada mulanya untuk
dilaksanakan kerana saya bimbang sekiranya apa yang saya rancangkan tidak
bertepatan konsep yang dikehendaki. Namun begitu, saya bertuah kerana memiliki
pensyarah dan rakan-rakan yang sudi membimbing saya.
Sepanjang saya membuat tugasan ini, saya begitu seronok kerana
tugasan ini menjadikan saya seorang guru yang lebih kreatif, bijak menganalisis
serta berani untuk melontarkan pendapat dalam menghasilkan sesuatu perkara.
Saya juga bersyukur kerana sudah mendapat pendedahan yang mendalam pada
peringkat awal tentang pelbagai media pengajaran untuk saya gunakan dalam
perancangan pengajaran dan pembelajaran saya.
Akhir sekali, kemuncak kepada pentingnya kerja kursus ini dilaksanakan ialah
saya dapat meningkatkan kompetensi diri saya untuk menjadi insan yang mulia
melalui amalan refleksi dan penilaian kendiri dalam semua aspek kehidupan
seharian saya. Tugasan yang diberi cukup bermanfaat dan membantu guru dalam
meningkatkan penguasaan ilmu pengetahuan.
Insya-Allah.Sekian, terima kasih.