Anda di halaman 1dari 48

PENGENALAN: ASAL USUL ORANG JEPUN

Walaupun orang Jepun seperti bangsa-bangsa moden yang lain berasal


daripada berbagai-bagai keturunan darah, mereka adalah pada dasarnya
berketurunan Monggol yang rapat pertalian dengan jiran-jirannya di negeri
Korea dan negeri China. Mengikut teori-teori yang diketahui umum, orang
Jepun yang mula-mula menduduki kepulauaan Jepun adalah dari Selatan
melaui Pulau Farmosa dan Ryukyu, tetapi bukti-bukti dari segi kaji purba
menunjukkan dengan jelas bahawa kebanyakkan daripada orang Jepun yang
mula-mula sampai ke Jepun melaluiKorea. Setengah-setengahnya pada
mulanya mungkin berasal dari daerah yang lebih jauh di timur laut Asia, dan
lain-lainnyamungkin berasal dari kawasan pantai China Selatan. Di sana
mereka mungkin telah berhubung dengan orang Asia Tenggara dan pulaupulau yang berdekatan dan kenyataan ini mungkin boleh menerangkan
banyaknya persamaan yang rapat antara institusi Jepun yang kuno dengan
institusi di kawasan-kawasan selatan di Timur Jauh.
Meskipun orang Jepun itu pada hakikatnya berketurunan Monggol, pendudukpemduduk yang pertama menduduki pulau-pulau Jepun nampaknya adalah
nenek moyang orang Ainu moden sekarang, suatu bangsa yang mungkin
sebahagian daripada rumpun proto puteh, iaitu suatu kumpulan yang
terpisah daripada rumpun bangsa puteh pada masa yang begitu awal, maka
tidak semua cirri jenis Caucasian lengkap berkembang pada masa itu. Kaum
Ainu barangkali pernah pada suatu masa, menduduki seluruh negeri Jepun
tetapi mereka mempunyai kebudayaan zaman batu baharu yang dipunyai
oleh oarng Monggol yang datang ke Jepun. Sebagai hasilnya dengan
beransur-ansur mereka telah ditolak kearah Timur dan Utara melalui pulaupulau Jepun yang bertali-tali sehingga mereka sekarang wujud hanya sebagai
suatu bangsa yang cepat pupus, duduk diperkampungan yang primitif di
bahagian-bahagian yang lebih terpencil di pulau Hokkaido di Utara dan di
pulau-pulau yang lebih kecil lebih jauh di Utara.
Sumbangan orang Ainu kepada kebudayaan kebudayaan Jepun hanya sedikit,
tetapi mereka mungkin telah mepengaruhi sifat-sifat bentuk badan orang
Jepun , satu diantaranya ialah sifat orang-orang Jepun yang lebat bulu
badannya berbanding dengan kaum Monggol yamg lain. Misai kasar pegawaipegawai tentera dan saudagar-saudagar Jepun itu mungkin disebabkan oleh
darah Ainu mereka ini.
Gansa dan besi mungkin mula-mula sampai ke Jepun kira-kira pada kurun
Masehi yang pertama yang dibawa oleh gelombang-gelombang serangan
kaum Monggol dari Korea.penyerang-penyerang ini ketara sekali berhubung
rapat dengan kebudayaan yang separuh nomad orang-orang di timur laut
Asia. Mereka ialah pejuang-pejuang berkuda, yang menggunakan pedang

besi panjang lurus seperti yang didapati di Asia Utara, dan seperti kaumkaum nomaddirantau itumereka mengkebumikan mayat-mayat ketua mereka
ditempat-tempat yang bercangkat. Satu daripada lambing-lambang mereka
yang biasa ialah satu jenis batu yang agak berharga dibengkokkan dalam
bentuk koma yang besar, dan satu lagi ialah sebagai suatu lambing matahari.
Permata-permata yang berbentuk agak serupa selalu dijumpai dalam usaha
kaji purba yang diseluruh negeri Korea, dan cermin-cermin gangsa ternyata
sekali dipinjam daripada orang-orang China,menunjukkan bahawa orangorang ini telah pun ada sedikit hubungan dengan tamadun China yang lebih
tinggi sebelum datang ke Jepun.
Penyerang-penyerang ini, dengan tamadun gangsa dan besinya yang lebih
tinggi, dengan cepat menjadi kumpula yang unggul diantara berbagai bagai
kaum di negeri Jepun pada masa awal itu. Mereka adalah peneroka negara
Jepun yang ada dalamsejarah. Tiga diantara kepunyaan-kepunyaan mereka
yang penting ialah pedang, permata yang melengkung dan cermin, akhirnya
menjadi Tiga Lambang Kerajaan iaitu sehingga hari ini masih menjadi
lambing kuatkuasa kerajaan.
Penyerang-penyerang dari Korea berkumpulan ke dalam suku-suku yang
kecil. Pedagang-pedagang China yang sampai ke Jepun Barat kira-kira pada
tahun Masihi 200, mendapati negeri itu berpecah-pecahmenjadi negerinegeri kecil berpuluh-puluh banyaknya dan berdasarkan menjadi negerinegeri kecil berpuluh-puluh banyaknya dan berdasarkan persukuan, tiap-tipa
suku di perintah oleh seorang paderi lelaki atau permpuan. Kira-kira pada
masa itu juga, pemerintahan oleh kaum wanita, yamg selalu dibayangkan
dalam cerita dongeng Jepun, diagakkan telah lemah dan memberi tempat
kepada pemerintahan oleh kaum lelaki.
Perasaan perpaduan persukuan dan kepercayaan tentang pentingnya hakhak dan kekuasaan turun temurun, dengan tidak syak lagi kuat dikalangan
orang-orang ini, kerana kuasa-kuasa ini adalah unggul disepanjang sejarah
Jepun dan masih lagi hidup di zaman moden ini. Barangkali tokoh perajurit
aristokat, orang yang menunggang kuda, telah pun setakat ini penting dalam
masayrakat Jepun, sebab bayangan tentang orang-orang ini dapat
mengelakkan diri dari di nodai oleh tamadun China yang dipinjam, dan
muncul pada suatu hari yang terkemudian sebagai tulang belakang negeri
Jepun di zaman feudal.
Agama orang Jepun pada mulanya, adalah pad dasarnya hanya menyembah
alam sekeliling, tetapi barangkali disebabkan oleh pengaruh China,
kemudiannya memasukkan unsure menyembah nenek moyang. Dengan
tidak bernama pada mulanya, akhirnya cara menyembah ini di beri nama
Shinto, suatu nama yang bunyinya kecinaan. Erti Shinto ialah kehendak-

kehendak tuhan. Shinto adalah usaha untuk membezakannya dengan ugama


di tanah besar Asia yang di panggil ugama Buddha. Ia adalah didasarkan
kepada perasaan takwa dihadapan suatu kejadian alam yang mengkagumkan
seperti air terjun, gunung meruncing, pohon yang besar, batu yang aneh
bentuknya atau benda-benda yang lebih rendah seperti ulat. Apa sahaja yang
mengkagumkan dipanggil kami, suatu perkataan yang jika diterjemahkan
bermakna tuhan tetapi pada dasarnya bermakna di atas dan lebih tinggi
atau mulia. Konsep kedewaan Shinto yang mudah ini hendaklah diingati
dalam usaha memehami bagaimana di zaman moden orang Jepun
menganggap maharaja-maharaja yang masih hidup dan kesemua perwira
Jepun yeng telah terkorban kerana negara sebagai dewa-dewa.
Tempat di mana orang-orang berasa diri mereka kagum menjadi tempat suci
dan akhirnya menjadi tempat keramat. Hari ni berpuluh-puluh ribu tempat
yang seumpama itu berselerak di seluruh di negara Jepun. Di antaranya
sekarang ini merupakan institusi-institusi terbesar yang umurnya tidak dapat
ditentukan, dan yang lain merupakan pondok-pondok kecil bersama batu
atau kayu yang didirikan baru ini di hadapan suatu pohon oak yang tua atau
didalam lubang gua yang dalam.
Kepercayaan asas Shinto hari ini masih kekal dengan tidak ada perubahan
sejak zaman prasejarah. Banyak usaha telah dilakukan dalam masa 1500
tahun yang lepas untuk mewujudkan satu agama yang tersusun dari adat
yang menyembah alam yang mudah ini, dan baru-baru ini, denagn
menegaskan cerita-cerita dongeng lama yang bersangkut-paut dengan
Shinto, untuk menggunakan sebagai suatu alat perpaduan kebangsaan dan
suatu ilham untuk semangat kebangsaan yang fanatik. Tetapi walaupun ada
susunan-susunan yang di paksakan ini asas Shinto yang sebenar kekal tiada
berubah, iaitu menyembah alam dengan cara yang mudah.
Penganut-penganut kebudayaan besi dan gangsa mula menyeberang dari
Korea ka-Kyushu Utara dan Honshu Barat kira-kira dalam kurun yang pertama
tahun Masihi, tetapi pemindahan ini berlarutan hingga beberapa kurun
kemudiannya. Apabila bilangan mereka bertambah di Jepun, mereka mara ke
Utara melalui Laut Pendalaman ke bahagian tengah negeri Jepun, dengan
menakluki dan menyerap penduduk-penduduk yang lebih awal sambil
mereka bergerak.
Satu daripada suku-suku mengikut tradisinya sendiri yang kabur, bergerak ke
Utara melalui Laut Naikai dari tempatnya yang lebih awal di Kyushu dan
akhirnya bertapak di Dataran Yamato yang kecil itu tidak jauh dari pantai
sebelah timur laut Naikai. Di sana ia tumbuh dan berkembang, menerbitkan
pecahan-pecahan di daerah-daerah baru dan meresapi kaum-kaum lain,
sehingga ia mendapat suatu kedaulatan yang sederhana meliputi semua

Jepun Tengah dan Jepun Barat dan juga beberapa bahagian di Korea Selatan.
Penguasaan Jepun ke atas Korea Selatan dihuraikan dalam sejarah tradisi
Jepun sebagai hasil daripada penaklukan yang setengah ajaib oleh seorang
perajurit. Suatu huraian yang lebih tepat ialah bahawa suku-suku di Korea
Selatan, yang merasai diri mereka lebih hampir persaudaraannya dengan
suku-suku yang telah menyeberang ke Jepun lebih awal, meminta
pertolongan daripada orang-orang di Jepun Barat untuk menentang
penyerang-penyerang baru dari Korea Utara. Walaubagaimanapun kuasa
Jepun di Korea Selatan adalah pada kemuncaknya dalam bahagian kedua
kurun yang keempat dan beransur lemah selepas itu, dan berakhir dalam
tahun Masihi 562.
Kedaulatan suku Yamato dalam negeri Jepun tidak pula melenyapkan hak-hsk
otonomi suku-suku, tetapi paderi besar kumpulan Yamato itu menjadi ketua di
antara ketua kaum-kaum lain dan pemujaan istimewa suku ini menjadi
pemujaan utama di dalam seluruh negeri. Dengan cara ini mereka
menyembah Dewi Matahari, nenek moyang ketua-ketua suku Yamato yang
bersifat mitos, menjadi pemujaan yang utama kepercayaan Shinto Jepun.
Daripada ketua-ketua paderi suku Yamato yang mendapat kuasa di atas
ketua-ketua paderi yang lain dalam kurun ketiga dan keempat, maka
terpancarlah keluarga di raja Jepun. Asal usul yang demikian tidaklah berapa
mengagumkan sebagai keturunan langsung daripada Dewi Matahari seperti
yang tersebut dalam tradisi Jepun. Walaubagaimanapun ia merupakan
keturunan yang sangat awal apabila dibandingkan dengan asal-usul keluarga
di raja di tempat-tempat lain di dunia. Kedaulatan suku Yamato itu adalah
permulaan negara Jepun sendiri, suatu hubungan yang longgar di bawah satu
suku yang utama, sangat kecil untuk dipanggil empayar seperti yang
dinyatakan dalam sejarah tradisi Jepun, tetapi disangkal lagi suatu titik
permulaan sebuah negara baru.

SEJARAH AWAL JEPUN


Jepun atau Nihon(Nippon) dalam bahasa jepun dikenali secara meluas
sebagai Tanah Matahari Terbit. Nihon sebenarnya bermakna asal matahari,
iaitu matahari terbit. Jepun juga pernah dikenali sebagai Yamato. Nihon, telah
diterima secara am sebagai nama untuk Jepun dan telah digunakan buat
pertama kalinya oleh cendiakawan-cendiakawa. Korea yang telah ramai
datang ke Jepun pada awal abad ke 7. Istilah Nippon telah digunakan dengan
meluas semasa era Meiji(186-19120 dan Taisho(1912-1926). Selepas perang
kedua, nihon disebaliknya lebih banyak digunakan dirujukkan kepada jepun.

Kepulauan Jepun terdiri daripada Honshu, Kyushu, Shikoku, Hokkaido dan


pulau-pulau kecil yang berhampiran. Honshu, yang merupakan pulau yang
terbesar dan menjadi tempat tinggal empat-perlima daripada penduduk
Jepun masakini. Beberapa buah daripada bandar-bandar yang terbesar di
Jepun, seperti Tokyo, Osaka, Kyoto, Nagoya, Yokohama, dan lain-lain terletak
di pulau ini. Jepun adalah sebuah negara yang kekurangan kawasan-kawasan
dataran, prairi, dan sungai-sungai yang panjang lebar. Bagaimanapun, oleh
kerana kedudukannya di zon monsun, ia mendapat hujan dan kelembapan
yang secukupnya dan dengan yang demikian ia kaya dengan tumbuhtumbuhan. Secara am iklim adalah sederhana, dan kempat-keempat musim,
(bunga, panas, luruh, dan sejuk) adalah jelas berbeza.
Empat-perlima daripada negara Jepun diliputi oleh kawasan pergunungan dan
seperlima oleh dataran lanar. Antara dataran-dataran lanarnya ialah yang
terkaya terletak di Honshu, terutamanya di sebelah kawasan timur Jepun.
Ketiga-tiga dataran tersebut ialah Kanto(terletak di Tokyo), Kinai(terletak di
teluk Osaka) dan yang ketiga terletak di teluk Ise. Ketiga-tiga dataran ini
mempunyai penduduk yang padat. Dataran-datarn tersebut amat penting
dalam sejarah Jepun kerana ia merupakan kawasan-kawasan pengeluaran
makanan dan juga sumber kekayaan dan kuasa utama. Oleh itu, Dataran
datarn-dataran ini telah menjadi punca perselisihan dan persaingan di
kalalangan tuan-tuan tanah dan keluarga-keluarga feudal.
Orang-orang Jepun sebahagian besarnya berketurunan Mongoloid dan
dengan itu mereka mempunyai pertalian rapat dengan orang-orang Cina,
Korea, Thai, Burma dan lain-lain. Mereka berbadan sederhana dengan
potongan muka yang berbentuk bujur serta rambut dan mata yang berwarna
hitam. Orang-orang Jepun berketurunan Mongoloid ini telah sampai ke
Kyushu melalui negara China dan kemudian berhijrah ke Honshu, Shikoku,
dan Hokkaido. Orang-orang Jepun juga telah bercampur aduk dengan
kumpulan-kumpulan bangsa lain, misalnya orang-orang Ainu.
Orang-orang Ainu merupakan bangsa proto-Caucasoid yang telah menduduki
Jepun terlebih awal daripada orang-orang Mongoloid. Beberapa ahli
antropologi telah menganggarkan bahawa orang-orang Ainu hidup di jepun
lebih kurang 5000 tahun yang lalu. Hasil-hasil penyelidikan arkeologi,
misalnya pertukangan barang-barang tembikar, siput dan lain-lain,
menunjukkan kewujudan suatu kebudayaan neolitik yang mungkin telah
diteruskan oleh orang-orang Ainu. Apabila semakin ramai orang-orang Jepun
(suatu proses yang telah berlanjutan sehingga abad ke8 TM), orang-orang
Ainu, telah berpindah ke utara ke Hokkaido. Dalam proses tersebut, ramai
orang Ainu kini merupakan suku bangsa Jepun. Orang-orang Ainu kini
merupakan suatu bangsa yang sedang mengahadapi proses pemupusan dan

mereka hidup dalam penempatan-penempatan kecil di Hokkaido.


Orang-orang Ainu merupakan salah satu penduduk yang paling awal
mendiami Jepun. Pada asasnya mereka merupakan masyarakat primitif yang
hidup memburu dan memungut makanan. Kemungkinan juga mereka telah
menduduki beberapa ribu tahun yang lalu. Mereka juga telah memiliki
kebudayaan yang meyerupai zaman neolitik. Orang-orang neolitik ini telah
menggunakan alat-alat harian yang telah diperbuat daripada serpihan batu
yang telah digilapkan, tulang ikan dan tanah liat.
Sejarah awal kebudayaan Jepun dikenali sebagai Jomon. Perkataan Jomon ini
berasal daripada barang-barang yang telah direka oleh orang-orang Jepun
dari tanah liat jenis Jomon. Pertukangan tembikar Jomon telah dijumpai di
Jepun telah menunjukkan kehalusan seni dan corak-corak yang luar biasa. Ini
menunjukkan bahawa penduduk asli Jepun telah mencapai taraf seni
kebudayaan yang agak tinggi menjelang tahun 5000 SM.
Menjelang tahun 5000 SM dipercayai suku kaum ini telah mengikut aliran
hidup yang kolektif dan tetap tanpa jurang perbezaan antara miskin dan
kaya. Mereka juga mempercayai suatu jenis kuasa ghaib. Ini boleh
disimpulkan dari rupa-rupa patung patung dewi yang diperbuat daripada
tanah liat dan gada-gada batu besar yang dipercayai mempunyai kaitan
dengan ilmu sihir. Orang-orang yang sudah meninggal dikebumikan tanpa
keranda, dengan tangan dan kaki dilipatkan dan kadangkala diletakkan
sebuah batu yang besar di atas dada mereka supaya mereka tidak menjelma
semula.
Pada hampir tahun 200 SM, pengaruh kebudayan dari negara China mula
mengalir masuk ke Jepun. Dinasti han di negara China(206SM-24SM) mula
menekankan pengaruhnya ke atas penduduk awal Jepun. Akibatnya
masyarakat Jepun mula mengalami banyak perubahan. Seni berkebun dan
meembuat perkakas-perkakas tembaga dan besi serta jenis periuk-belanga
tembikar yang telah direka pada waktu itu iaitu dari zaman-prasejarah Jepun
sehingga hampir abad ke14M. Barang-barang tembikar ini telah dicirikan oleh
garisan-garisan inrus dan corak-corak ibi mudah dan kemas.

ZAMAN-ZAMAN DALAM TAMADUN JEPUN


2.1 Zaman Yayoi
Era Yayoi telah dibezakan dengan pengenalan alat-alat logam dari benua asia
terutamanya dari negara China. Suatu bentuk ekonomi pertanian telah juga

diperkenalkan. Tanah-tanah telah dibuka untuk penanaman padi dan teknikteknik pengairan telah digunakan dengan meluas yang telah menyebabkan
berlakunya lebihan dalam pengeluaran padi. Setelah amalan menyimpan
beras dan hasil-hasil pertanian yang lain mula berkembang, maka wujud
perbezaan di antara orang-orang kaya dengan orang-orang miskin.
Perbezaan-perbezaan di dalam perkembangan sosial dan politik juga wujud di
antara pihak pemerintah dan rakyat. Lama-kelamaan lebih ramai pemimpinpemimpin politik mula muncul di jepun, seperti di Yamato(kini merupakan
daerah Nara) dan Kyushu. Kumpulan Yamato atau Nara ini (nenek-moyang
keluarga Imperial Jepun yang bertakhta sekarang) telah berjaya mendapat
keunggulan ke atas golongan-golongan lain yang dipanggil Uji. Menjelang
pertengahan abad ke 4 TM. Kekuasaan pemimpin-pemimpin yamato telah
meluas ke hampir seluruh negara jepun kecuali di beberapa daerah di
Kyushu, seperti bahagian timur-laut dan selatan pulau ini.
Pemerintah-pemerintah Yamato telah menuntut bahawa mereka
berketurunan dari Dewi Matahari(Amateresu) dan dengan demikian mereka
telah meneNtukan bahawa pemujaan dewi ini menjadi penyembahan yang
ulung di negara ini. Simbol kekuasaan pemimpin-pemimpin Yamato ialah
sebuah cermin tembaga, sebuah pedang besar yang panjang dan permata
melengkung(digelar magatama) yang dibentuk seperti tanda koma yang
kecil. Sebenarnya, ketiga-tiga khazanah ini menjadi bahagian yang penting
Alat Kebesaran Imperial keluarga diraja yang sedang memerintah di Jepun
pada masa sekarang. Pemerintah-pemerintah Yamato(yang merupakan
keturunan keluarga diraja jepun pada masa sekarang) telah memberi
kepimpinan awal di Jepun. Mereka juga telah berjaya membawa perpaduan
kepada negara tersebut. Kerajaan yamato juga telah memperluaskan kuasa
dan pengaruhnya ke beberapa bahagian di Korea Selatan, tetapi pengaruh
tersebut berakhir pada 562 TM.
Kepercayaan agama orang-orang Jepun purba(iaitu dalam beberapa abad
pertama TM) dikenali sebagai Shinto. Shinto atau cara tuhan-tuhan (ways of
the gods) telah wujud lebih awal daripada Confucianisme atau Buddhisme di
Jepun. Shinto yang telah dianggap sebagai agama pribumi jepun telah tidak
mewujudkan prinsip-prinsip moral atau doktrin-doktrin falsafah seperti yang
terdapat di dalam agama Buddha. Berbeza dari agama Buddha atau kristian
atau islam, Shinto tidak mempunyai pengasas, tiada buku suci atau kitab,
tiada guru-guru, tiada syahid dan tiada wali.
Shinto dalam bentuk asalnya mungkin boleh diterangkan sebagai suatu jenis
pemujaan alam dan ia tidak merupakan agama yang teratur. Ia hanya
memberi tumpuan kepada pemujaan alam, pemujaan roh-roh nenek moyang
dan lain-lain. Shinto mempunyai banyak tuhan. Setiap golongan atau Uji
memuja satu Tuhan. Apabila masyarakat Jepun telah bersatu-padu di bawah

pemerintahan Yamato, agama, tradisi-tradisi tempatan dan lain-lain telah


bergabung ke dalam suatu polisi keagamaan dengan sistem upacara dan dan
metos seluruh negara tertumpu kepada Dewi Matahari. Tuhan-tuhan Shinto
diistilahkan juga sebagaiKami. Suatu perasaan kehairanan terhadap
seringkali telah diterjemahkan sebagai tuhan tetapi konsep ini (iaitu Kami)
berbeza sekali daripada pengertian tuhan sepertimana dalam agama islam
dan kristian. Seperti yang telah dinyataknan terlabih dahulu, Kami ialah
Dewi Matahari yang dianggap sebagai nenek-moyang ulung keluarga diraja
Jepun.
Pada keseluruhannya, Shinto telah mempunyai pengaruh yng kuat dalam
sejarah Jepun. Beribu-ribu rumah berhala Shinto boleh didapati di Jepun pada
masa sekarang dan rumah-rumah berhala ini biasanya dicirikan oleh pintupintu masuk yang dikenali sebagai torii. Shinto tidak melalui perubahanperubahan yang besar sama ada dalam bentuk atau kandungannya. Tetapi
dengan peredaran masa, ia telah menjadi suatu agama yang teratur di Jepun.
Pada abad-abad ke19 dan 20, Shinto telah digunakan untuk membangkitkan
perasaan nasionalisme dan perpaduan Jepun. Dalam tahun-tahun 1930an
telah digunakan untuk mendorong kafanatikan orang-orang. Selain dari aspek
ini, Shinto masih memberi tumpuan ke atas pemujaan alam dan tuhan-tuhan
nenek moyang.

2.2 Zaman Nara Dan Heain ( 710- 1185 Masihi )


2.2A: Zaman Nara
Zaman Nara bermula pada tahun 710 Masihi dan berakhir pada tahun 749
Masihi. Pada zaman Nara, Jepun banyak menjalin hubungan dengan Korea
dan China sehingga membawa kepada Jepun dipengaruhi oleh sistem
pemerintahan di China iaitu pemerintahan dibawah Dinasti Tang ( 618-906
Masihi).
Terbinanya tamadun Jepun zaman Nara bermula dengan perhubungan Korea
dan China yang membawa akibat yang besar. Di antaranya ialah kemasukan
kelompok-kelompok orang Korea yang datang menetap di Jepun; mereka ini
terdiri daripada tukang yang mahir, seperti pekerja logam dan pakar dalam
menternak ulat sutera.
Menjelang kurun ke-6 terdapat lebih daripada 100 000 orang Korea dan China
dari Manchuria yang lahir di Jepun. Kebanyakan mereka terdidik dengan lebih
sempurna sama ada dalam bidang pendidikan mahupun dalam pengetahuan
pertukangan dan kemahiran seni- daripada orang Jepun yang kemudian

meyerapi mereka. Sumbangan mereka kepad perkembangan kebudayaan


Jepun tidak boleh diperkecilkan. Kepentingan Jepun dari segi mutu dapat
diukur dari hakikat bahawa menjelang permulaan kurun ke-8 lebih daripada
satu per tiga keluarga bangsawan Jepun mengaku diri mereka keturunan dari
benua Asia, sama ada Korea atau China.
Oleh kerana begitu banyak menerima dari Korea dan China melalui Korea,
orang Jepun tidak bersedia menahan kemasukan sesuatu agama yang akan
berasing dengan kepercayaan asli mereka sungguhpun akhirnya kedua-dua
agama ini melengkapi satu sama lain. Agama tersebut adalah agama
Buddha, dan sampai di Jepun kira-kira pertengahan kurun ke-6.
Dari segi pengukuhan tamadun pada zaman Nara, maharaja Jepun iaitu
Putera Shotoku sangat tertarik untuk mempelajari dan meniru corak
pemerintahan Dinasti Tang yang unggul dalam tamadun China. Rombongan
serta utusan-utusan Jepun dihantar ke China dalam menyelidiki corak
pemerintahan Dinasti Tang. Walaupun perjalanan melalui laut dari Jepun ke
China bukanlah satu perkara yang mudah tetapi rombongan-rombongan dari
Jepun dan juga utusan utusan yang dihantar telah berjaya sampai terus ke
China dan mengunjungi ibu kota Empayar Tang iaitu Chang-an. Rombongan
utusan ini terdiri daripada beberapa sarjana Jepun yang kemudiannya tinggal
di negeri China dan sering kali untuk tempoh yang lama supaya boleh
mengkaji pelbagai aspek kebudayaan Tang sama ada yang bersifat agama
atau politik. Di sini dapat kita lihat sifat unggul orang Jepun yang bersungguh
- sungguh mahu belajar sesuatu yang baru apabila mereka bertembung
dengan satu tamadun yang berbeza dengan tamadun mereka sendiri. Ini
membuktikan bahawa orang Jepun mempunyai semangat dan sifat ingin tahu
yang amat kuat dan mereka mempunyai minat yang mendalam untuk belajar
kelebihan orang lain dan bijak memilih, meminjam, menyesuaikan serta
menjepunkan pengetahuan dan teknik orang asing.
Cabaran yang dihadapi pada zaman Nara ialah selepas kemangkatan Putera
Shotoku pada 621 Masihi, suku Soga telah mengukuhkan dan menambah
kekuasaan mereka serta menunjukan tanda-tanda yang mereka bersedia
hendak merampas kuasa. Pada tahun 645 Masihi berlaku rampasan kuasa
yang diketuai oleh Nakatomi-no-Ktamari yang dikenali sebagai Fujiwara
Katamari.
Satu kerajaan pusat yang amat kompleks telah didirikan dan sekurangkurangnya di atas kertas dapat dilihat setiap tingkat pentadbiran telah
diubahsuai supaya selaras dengan sistem yang terdapat di China. Pada kurun
ke-7, masih terdapat satu gabungan kesukuan yang agak longgar kerana
bentuk muka bumi yang bergunung -ganang itu telah mernyebabkan
masyarakat Jepun terpaksa menerima keadaan ini.

Walaupun nama keluarga yang memerintah itu disanjung tinggi kerana ianya
didirikan atas tradisi agama asli Shinto yang diterima umun tetapi kuasanya
sebagai pemerintah sebuah kerajaan tidak begiti kukuh. Kebangkitan
keluarga Soga membuktikan bahawa sesuatu suku yang bercita-cita tinggi
bukan sahaja boleh merampas kuasa tetapi juga mampu mengancam
keluarga maharaja Jepun.
Oleh itu, untuk menguatkan kerajaan Maharaja Imperial dan sekaligus
menyokong kuasanya sendiri, Fujiwara telah meniru contoh pentadbiran
pusat dari China. Sebenarnya pentadbiran ini tidak berapa sesuai di Jepun
dan sistem ini akhirnya telah runtuh kerana pelbagai suku di Jepun telah
berusaha menghancurkan sebahagian besar sistem tiruan daripada Dinasti
Tang ini.

2.2B: Zaman Heian


Dalam sejarah Jepun, Zaman Heian yang dikatakan mahsyur dianggap
bermula pada tahun 794 Masihi apabila istana di Heian-kyo didirikan di Kyoto
dan berakhir pada tahun 1185 Masihi. Dalam tempoh itu sebuah kerajaan
tentera telah ditubuhkan di bawah pimpinan Minamoto-no-Yoritomo.
Zaman Heian boleh dianggap sebagai suatu zaman yang penuh tradisi Jepun
dan amat memberi perhatian kepada hidup berperaturan, beradab dan
dilafazkan dengtan indah dalam kehidupan serta kesenian. Zaman Heian
merupakan kebudayaan yang sangat mengambil berat tentang gaya
terutama untuk mencapai kesempurnaan dalam bidang seni lukis, puisi,
kesusasteraan, ukiran dan seni bina.
Sepanjang zaman Heian, keluarga Fujiwara iaitu pemerintah sebenar di Jepun
pada keseluruhannya bersifat berperikemanusiaan dan memetingkan
keindahan. Golongan penentang atau musuh mereka hanya dihukum buang
negeri berbanding dengan cara tradisi iaitu dihukum mati. Walaupun keluarga
Fujiwara tidak dapat menyebarkan kebudayaan Heian ke segenap lapisan
masyarakat Jepun, tetapi mereka telah berjaya memperkenalkan adat
memuliakan pelajaran dan ilmu serta cintakan kesenian.Budaya cintakan ilmu
dan kesenian ini menjadi asas dan pengaruh untuk merebut kuasa di Jepun
hingga kurun 19.
Pada zaman Heian, terdapat satu perubahan penting dalam kedudukan politik
maharaja. Kuasa politik sebenar maharaja telah merosot dan susur galur
maharaja telah masuk ke dalam keluarga Fujiwara kerana mereka telah
menggunakan taktik berkahwin dengan keluarga diraja. Dengan perkahwinan

seorang puteri dari keluarga Fujiwara dengan seorang bakal maharaja Jepun
yang masih muda, telah menyebabkan maharaja dengan mudah dipujuk
melepaskan tahtanya dengan alasan tanggungjawab maharaja adalah berat
kerana bersangkut paut dengan hal-ehwal agama dan negara. Kemudian
anak lelaki daripada hasil perkahwinan ini akan dilantik menjadi maharaja
dengan dibantu oleh seorang Pemangku Maharaja ( Kampaku). Anggota
keluarga yang paling berjaya, berkuasa dan terkenal ialah Fujiwara-noMichinaga yang memeritah selama lebih 30 tahun di bawah lapan orang
maharaja.

2.3 Zaman Kamakura


Kerajaan Kamakura ini ditubuhkan oleh Yoritomo pada 1192M , beliau dilantik
sebagai Sei-I-Taishogun. Kamakura terletak diwilayah sagami telah menjadi
ibu negara dan pusat kegiatan politik Jepun. Zaman Kamakura juga
merupakan kerajaan keshogunan iaitu bersifat kediktatoran tentera yang
pertama dalam sejarah negara Jepun. Kerajaan seperti ini dipanggil kerajaan
Khemah atau Bakufu dalam bahasa Jepun.
Apabila dilihat dari aspek pembinaan kerajaan Kamakura pada zaman
Kamakura ini, secara keseluruhannya kerajaan ini mempunyai dua pusat
pemerintahan iaitu Kyoto dan Sagami. Kyoto mengekalkan keagungan
pentadbiran tradisional Jepun, yang mana ia menempatkan maharaja Jepun
bersemayam dan lebih menumpukan kepada perkembangan sastera yang
merangkumi penulisan sastera Jepun. Manakala Sagami pula merupakan
jentera pentadbiran Kamakura. Ia menjadi pusat dominasi kuasa tentera oleh
golongan Samurai.
Bagi mengekalkan kestabilan negara yang baru pertama kali menerima
suasana pemerintahan yang berorentasikan kuasa tentera, Yorimoto
dikatakan mengekalkan pentadbirannnya di bahagian Timur. Dari aspek
pentadbiran kerajaan Kamakura pada asasnya mempunyai tiga jabatan iaitu
Samurai Dakoro, Mandokoro dan Manchujo. Selain dari tiga unit asas utama
dalam pentadbiran kerajaan, dua lagi jawatan diwujudkan oleh Yoritimo iaitu
Shugo dan Jito. Dengan wujudnya jawatan-jawatan ini maka pentadbiran
kerajaan Kamakura menjadi semakin kukuh. Tanggungjawab dan tugas utama
setiap jabatan dalam kerajaan ini adalah seperti Samurai Dokoro yang
diketuai oleh kumonjo bertanggunjawab menguruskan hal ehwal tentera
dibawah autonomi jabatan supaya dapat mendisiplinkan golongan samurai.
Mondoro pula menguruskan urusan harian bakufu sementara manchujo pula
menguruskan mahkamah agong dan membicarakan semua kes-kes awam.

Sementara itu bagi jawatan shugo dan jito pula, kedua-duanya dianggap
sebagai pegawai kerajaan dan mempunyai klasifikasi tugas yang berbeza.
Shugo bertindak sebagai pegawai tinggi polis manakal jito bertanggungjawab
menguruskan semua perkara berkaitan dengan tanah awam dan persendirian
di wilayah-wilayah. Pemerintahan banyak memberi penekanan dari segi
ketenteraan dan kehakiman. Ini bertujuan untuk mengukuhkan lagi
kerajaannya.
Dalam Zaman Kamakura menyaksikan pertumbuhan bilangan estet-estet
persendirian atau ianya dipanggil juga Syo atu Syoen. Ini adalah hasil
daripada pertumbuhan feudalisme. Dengan itu secara tidak langsung
menyebabkan pemindahan kuasa dari kerajaan pusat kepada pengusahapengusaha wilayah dan tuan-tuan tanah wilayah. Calon-calon bagi jawatan
Jito dan Shugo ditentukan sendiri oleh Bakufu Yamakura. Ini terbukti semasa
pemerintahan Yorimoto telah memberi keutamaan kepada golongan tentera
atau perwira yang dikenali sebagai Buke untuk mendapat tempat dalam
jawatan tersebut. Ini adalah disebabkan oleh semasa menentang keluarga
imperal Taira di Kyoto pada tahun 1184 dan keluarga imperal pusat iaitu
keluarga imperal Fujiwara di Hiraizumi bagi menguasai pemerintahan seluruh
Jepun.
Jika dilihat secara keseluruhannya, Bakufu Kamakura ini mempunyai sistem
yang mudah dan ringkas. Hanya beberapa ribu pegawai-pegawai feudal yang
kebanyakkannya berselerak sebagai Jito di seluruh Jepun dan ditadbir
dibawah pemerintahan yang longgar dari pentadbiran pusat Bukufu
Kamakura di Kanto. Walaupun begitu, namun ianya berjaya mengekalkan
pemerintahan selama hampir 150 tahun iaitu dari 1192M-1333M dan
menangani pelbagai masalah dan ancaman yang menjatuhkan kerajaannya.
Dalam Zaman Kamakura ini juga telah merakamkan pertumbuhan ekonomi
yang positif dalam sejarah Jepun. Ini dilihat dalam peningkatan dan
pertambahan hasil sektor pertanian yang besar. Seiring dengan itu
menyebabkan kepelbagaian penggunaan
barangan dan alatan pertanian serta pembukaan kedai-kedai dan pasar yang
meningkat. Tanaman padi diberikan perhatian yang khusus dalam sector
pertanian ini. Ia juga merupakan makanan utama.
Akibat perdagangan yang semakin meningkat wujudnya pertumbuhan
ekonomi wang. Wang kemudian menjadi perantaraan yang sah untuk tujuan
pembayaran seperti tebusan cukai dan sebagainya. Ekoran dari kepesatan
perdagangan dan aktiviti perdagangan telah membentuk satu seranta sosial
masyarakat Jepun yang diklasifikasikan daripada bidang pekerjaan dan status
mereka dalam masyarakat. Secara tidak langsung muncul satu lagi golongan
pedagang yang menjual hasil barangan secara borong seperti beras, sake

dan lain-lain. Golongan pedagang ini membentuk persatuan pedagang


terutama di bandar dan di pekan.
Antara cabaran yang dihadapi semasa Zaman Kamakura ialah krisis politik
Bakufu Kamakura. Beberapa ancaman dan permasalahan dalam kerajaan
Kamakura antaranya ialah dua krisis utama iaitu hilangnya waris Minamoto
dalam siri kepimpinan Bakufu Kamakura yang diasaskan oleh Yorimoto dan
digantikan dengan pengganti-pengganti raja Hojo. Selain itu terdapat juga
ancaman luar iaitu dari negara Monggol dan Genjiz Khan.
Selepas kematian Yoritomo pada 1199, Kepimpinan Kamakura Bakufu telah
beralih kepada jandanya iaitu Masako bersama ayah serta adiknya iaitu Hojo
Yoshitoki. Mereka telah berkuasa dan bersama-sama dalam komplot
pembunuhan anak Yoritomo yang bakal menggantikan kepimpinan Kamakura
iaitu Yoriie dan Sanetomo yang berumur 11 tahun. Mereka kemudian
meletakkan Fujiwara yang masih kecil sebagai pemerintah yang akhirnya
berfungsi sebagai puppet begitu juga maharaja Kyoto hanya kekal sebagai
maharaja tetapi jentera pentadbiran sebenarnya adalah ditangan kerajaan
tentera di Kanto.
Walau bagaimanapun terdapat buku menyatakan bahawa selepas kematian
Yoritomo, beliau telah diganti oleh anaknya Yoriie yang baru berusia 17
tahun. Jeneral-jeneral Yoritomo ingin merebut kuasa pemerintahan dan
bimbang sekiranya Yoriie merupakan seorang yang berkaliber dan bijak
mentadbir satu masa nanti pasti kedudukan dan keistimewaan mereka akan
goyang. Ini telah membawa kepada peristiwa pembunuhan Yorrie oleh Hojo
Tokimasa pada 1204 kerana beliau mahu berkuasa penuh. Peristiwa ini juga
berlaku terhadap adik Yorrie iaitu Sanetomo yang menggantikan tempatnya.
Kerajaan Kamakura mendapat ancaman dari kerajaan luar yang cuba
melemahkan penguasaan mereka. Ini merupakan cabaran kepada kerajaan
kamakura. Ancaman yang diterima oleh mereka ialah serangan tentera
Monggol yang diketuai oleh Kublai Khan lewat abad ke 13. pada masa itu
Monggol yang menguasai China mahu Jepun tunduk kepada kekuasaannya.
Kublai Khan terus menyerang Utara Kyushu pada tahun 1274 dan 1281
kerana Kerajaan Kamakura tidak melayan kehendak mereka.
Walau bagaimanapun serangan ini gagal kerana berjaya dipatahkan oleh
pemangku raja iaitu Hojo Tokimune. Faktor lain yang menyebabkan kegagalan
serangan ini adalah kubu pertahanan yang dibina oleh pihak Jepun dan
serangan kecil dari bot-bot penyerang di perairan Jepun. Bukan itu sahaja,
ribut taufan juga telah berjaya melemahkan dan memusnahkan angkatan
laut Kublai Khan.

Akhirnya, Kerajaan Kamakura berakhir pada tahun 1333 Masihi akibat


timbulnya cubaan dari beberapa orang maharaja Jepun yang berusaha
menggulingkan kerajaan tersebut. Pada tahun 1333, Maharaja Godaigo
(1288-1339) dengan bantuan jeneral-jeneral utama seperti Kosunoki
Masashige (1294-1336), Nitt Yoshisada (1301-1338) dan Ashigaka Takauji
(1305-1358). Akhirnya maharaja Godaigo berjaya mengambilalih namun
selepas dua tahun baginda telah kehilangan kekuasaan politiknya. Ini adalah
kerana baginda sendiri tidak mampu melawan kuasa kelas-kelas tentera
wilayah, termasuklah golongan Shugo dan Jito.
Akibatnya kerajaan imperal tidak mampu menjaga dan menguruskan hal
ehwal pentadiran negara Jepun semakin kehilangan kuasa, sedikit demi
sedikit rakyat mula hilang kepercayaan terhadap pemerintahan Imperal. Pada
ketika ini seorang jeneral tentera telah membantu Maharaja Godaigo pada
ketika itu iaitu Ashikaga Takauji telah muncul memberontak dan menentang
kerajaan imperal dalam tahun 1335. Pada tahun 1338, Takauji melantik
dirinya sebagai Sei-I-Taishogun dan mengasas kerajaan Bakufu yang baru
dinamakan Kesyogunan Ashikaga.

2.4 Zaman Kesyogunan Ashikaga


Sebelum zaman kebangkitan pemerintahan kerajaan Kesyogunan Ashikaga,
Jepun berada di bawah pentadbiran Maharaja Godaigo. Pemerintah pada
zaman kesyogunan Ashikaga Takauji adalah seorang pemimpin tentera di
bawah pentadbiran Maharaja Godaigo Kebangkitan Pemerintahan
Kesyogunan Ashikaga adalah di sebabkan oleh kegagalan pemerintahan
Maharaja Godaingo menjaga kepentingan komander tentera di bawah
pentadbirannya. Ashikaga Takauji pada masa itu tidak berpuas hati dengan
Maharaja Godaigo mengenai perlantikan gabenor wilayah tentera kepada
puteranya dan bukan kepada tentera yang menyokongnya. Ashikaga Takauji
telah bangkit dan memberontak menentang kepimpinan Maharaja Godaigo.
Pada tahun 1336 Ashikaga Takauji dengan kerjasama Maharaja Komya
berjaya mengalahkan Maharaja Godaigo. Dua tahun kemudian Ashikaga
Takauji telah di beri taraf shogun.
Ashikaga shogun yang berjaya mengambil alih pemerintahan mengalami
kesukaran untuk membentuk satu kerajaan yang kuat. Ini di sebabkan
kekurangan ilmu dalam hal-ehwal menguruskan pentadbiran negara. Namun
demikian pengaruh Ashikaga Shogun bertambah teguh melalui sistem
persekutuan feudal diperkenalkan serta kemampuan Ashikaga mengawal
vassal dengan tentera. Keluarga Ashikaga di beri kelebihan dalam kekayaan
dan sumber tentera pada setiap vasalnya.Untuk rumah tentera yang mana

memberi khidmat kepada shogun sebagai vasdal dan kawasan pengaruh dan
kekuasaan..Ashikaga Shogun mengambil tindakan mengabungkan dengan
kekuasaan tentera bagi mengukuhkan kedudukanya. Ashikagun telah
membina Bakufunya di Kyoto iaitu Shikimoku sebagai satu piagam politik
yang boleh membawa perubahan dalam pentadbirannya. Namun hakikat
pembinaan itu tidak membawa banyak kesan yang positif seperti yang
dirancang. Sistem pentadbiran Ashikaga yang termaktub pada Bakufu
mempunyai sifat-sifat yang tersendiri. Shugo merupakan pegawai tertinggi
dalam kerajaaan persekutuan dan kerajaan tentera tempatan. Organisasi
pusat yang terdiri daripada shogun-shogun menjadi vassal yang merupakan
pembantu yang baik. Oleh yang demikian mereka telah menjadi satu unit
yang boleh mengimbangi kuasa ashikaga. Shogun berada di tahap yang
paling tinggi dan dibawahnya dibahagikan kepada empat wilayah iaitu Kanto
Kubo (Timur), Kyoto Kanrei, Wilayah Shogun dan Wilayah Barat.Kanto.
Di Wilayah Timur ia di ketuai oleh Kanta Kanrei yang merupakan wakil kepada
shogun. Di system pentadbiran pusat, ketua pentadbiran ialah Kanrei yang
dipilih daripada tuan-tuan tanah shogun yang paling berkuasa iaitu Shaiba,
Hatakeyama dan Hosokawa. Ketiga-tiga kuasa ini di kenali sebagai sankan
yang mampu mengimbangi kuasa vassal Ashikaga. Dari segi perancangan
ketenteraan, ketua pentadbiran yang penting digelar Ketua Samurai. Jawatan
ini akan di berikan oleh keluarga yang bertanggungjawab serta mampu
mempertahankan polisi Ashikaga. Mandora pula bertanggungjawab bagi
kewangan shogun, manakala jawatan setiausaha dan perekod gudang
cadastral di gelar Manchujo. Polisi pentadbiran jeneral pula dibahaskan dalam
Dewan Perundangan majlis tertinggi. Shogun berkuasa untuk melantik
sejumlah pentadbir rasmi yang akan memegang jawatan-jawatan tertentu
dari kalangan keluarga.
Selepas tahun 1368, pemerintahan kerajaan Ashikaga di warisi oleh
Yoshimitsu, struktur pemerintahan yang di buat berdasarkan kesetiaan dan
perpaduan. Peranan yang dimainkan oleh Yoshimitsu dan pegawai
bawahannya dikawal dengan keras tetapi adil, dan pengawasan vassal
adalah terlalu subjektif untuk dikawal. Undang-undang dikuatkuasakan dan
arahan pemimpin dipertahankan walaupun kebanyakan baron tidak setuju
dan tidak menyenangi tindakan pemerintah. Disini dapat dilihat kekurangan
kekuatan dan sokongan pada kuasa pusat untuk merancang dan mengatur
perjalanan pentadbiran kepada polisi yang lebih mantap. Kekuatan baron
semakin berpengaruh dan pemimpin Ashikaga tidak mampu mengawal dan
menyekat pengaruh baron yang semakin kuat. Pada akhir abad ke-14, Kanrai
yang menjadi ketua pentadbiran di pusat dapat megimbangi kuasa di Bakufu
daripada pentadbiran Ashikaga. Mereka dapat melantik pegawai daerah di
setiap kawasan dengan kuasa yang terbatas. Kepentingan pentadbiran
kerajaan Ashikaga juga terjejas kerana kelemahan mereka mengawal
tindakan pemimpin bawahan mereka yang suka membuat keputusan yang

terburu-buru. Samurai-dokoro juga telah berjaya mengambil alih kuasa


pentadbiran di Bandar dan daerah daripada Ashikaga. Mereka telah
mengambil alih kuasa dan memegang tanggungjawab yang penting bagi
mengawal keselamatan awam.
Pada zaman kerajaan Ashikaga, perkembangan ekonami berlaku dengan
pesat melalui pengagihan kuasa yang diperkenalkan. Masyarakat yang
terpisah berdasarkan kelas dapat disatukan melalui pembinaan Bakufu.
Apabila hubungan masyarakat bertambah baik, proses pembinaan ekonomi
bertambah mantap diikuti oleh hasil pengeluaran yang banyak dari bidang
pertanian secara komersil. Sistem tanaman secara giliran diusahakan dengan
menanam gandum atau barli selepas penanaman padi. Pembaziran tanah
selepas penanaman padi dapat di atasi dan membantu menambahkan
pendapatan kerajaan Ashikaga. Ketua tentera wilayah juga memberi galakan
kepada petani supaya meningkatkan hasil pertanian mereka dengan
menggunakan teknologi yang baik dalam pertanian.Kaedah pengairan secara
pengawalan sungai telah di pertingkatkan bagi mengairi kawasan
pertanian.Pembukaan tapak pertanian secara komersil telah membantu
sepenuhnya perkembangan ekonomi Ashikaga.Sapi dan kuda digunakan
dengan lebih meluas untuk proses penanaman.Kawasan pertanian yang
mempunyai perkampungan kecil telah bertukar kepada perkampungan besar
dengan jumlah penduduk semakin bertambah.Dalam bidang industri,
pengeluaran barang-barang tembikar telah meningkat dengan pesat dan
bandar Seto di wilayah Omari menjadi pusat pengeluaran barang-barang
tembikar di Jepun.Dari segi status kawasan pentadbiran Ashikaga, setiap
daerah mempunyai Bandar dan penduduk sentiasa bertambah terutamanya
di kawasan kuil dan makam yang menjadi tumpuan rakyat.Pengekalan secara
langsung golongan feudal berkuasa dan terpengaruh membantu
perkembangan ekonomi seterusnya menambahkan kemajuaan sesuatu
bandar. Kawasan pasar juga mula mengalami perubahan apabila banyak
gudang-gudang dibina sambil mendiri rumah kecil untuk peniaga tinggal
akhirnya berkembangan menjadi bandar.Pertumbuhan ekonomi Kesyogunan
Ashikaga juga dikenalpasti melalui pengenalan dan pertumbuhan
tanomoshiko atau mujinko yang merupakan persatuan-persatuan kewangan.
Pusat-pusat pertukaran wang,kedai-kedai beras dan sake (sekaya) juga mila
berkembang secara pesat dan proses ini telah dipercepatkan oleh kemajuan
perdagangan tempatan dan luar negeri, terutamanya dengan negara China.
Melalui dasar pentadbiran yang di lakukan oleh kerajaan Ashikaga ini
sebanarnya telah menyebabkan pemerintah Ashikaga yang digelar shugo
mengalami kekurangan pengaruh secara berperingkat-peringkat seterusnya
mengalami kejatuhan.Dari segi kawalan politik,Kesyogunan Ashikaga telah
gagal mengenakan kawalan sepenuhnya keatas kelas tentera wilayah dan
daimyos atau tuan-tuan tanah feudal.Mereka amat berkuasa dan siap sedia

berperang atau memberontak terhadap pemerintanan Ashikaga yang


berpusat di bakufu.walaupun mereka terdiri dari daripada provokasi yang
kecil.Pentadbiran Ashikaga pula tidak mempunyai pemimpin yaang
berkaliber. Sebahagian daripada mereka banyak membazirkan kekayaan
Bakufu keatas projek-projek mewah.Di bawah pimpinan Yoshimitsu,Kerajaan
Ashikaga telah membina kiul Pavilion Emas yang termashur sementara di
bawah pemerintahan Yoshimoto telah membina sebuah bangunan yang
hampir sama yang dipanggil Pavilion PerakPembinaan bangunan ini mengaut
sumber-sumber ekonomi Bakufu.Keadaan ini telah membawa kejatuhannya.
Faktor-faktor lain yang telah membawa kepada kejatuhan Ashikaga ialah
kebuluran yang telah berlaku pada tahun 1940 dan wabak penyakit yang
berlaku pada tahun 1425.Pemberontakan petani dan Perang onin telah
melemahkan lagi Kesyogunan Ashikaga.Perang Onin (1467-1478) telah
memusnahkan pusat pentadbiran Kerajaan Ashikaga di Kyato.Ia berpunca
kegagalan kuasa pusat untuk campur tangan dalam perselisihan yang sengit
di antara dua kumpulan keluarga Kavei yang bersaing untuk merebuk
pengaruh.Perselisihan itu dipimpin oleh Hosokawa dan Yamana. Tuan-tuan
tanah feudal yang lain juga telah campur tangan dalam perselisihan ini yang
menyebabkan huru-hara bertambah runcing.Pergaduhan ,rompakan dan
pembakaran harta benda telah berlaku secara berluasa selama beberapa
tahun dan menyebabkan kemusnahan Kyoto dan kawasan-kawasan
sekeliling.Dalam peperangan ini, kemenangan di perolehi oleh kumpulan
Hosokawa dan mereka meluaskan pengaruh dan kekuasaan ke atas Syogunsyogun Ashikaga.Kejatunhan Syogun-syogun Ashikaga dipercepatkan lagi
oleh kedudukan dominan keluarga Hosakawa yang mula berkuasa melantik
dan memecat beberapa orang Syogun.Mereka telah memaksa beberapa
orang Syogun yang di kalangan keluarga Ashikaga meletak jawatan dan
melantik ahli keluarga mereka sebagai Syogun. Keadaan ini menyebabkan
Kesyogunan Ashikaga beransur-ansur hilang pengaruh dan kuasanya di
Jepun. Pada tahun1565,Syogun Ashikaga iaitu Yoshiteru telah dibunuh dan
beliau telah diganti oleh Ashikaga Yoshihide yang meninggal dunia tiga tahun
kemudian. Yoshiaki telah dilantik sebagai Syogun oleh Oda Nobunaga yang
telah menjadi seorang daimyo yang paling berkuasa di Jepun.Yoshiaki
kemudian telah dipecat oleh Nobunaga dalam tahun 1573.Keadaan ini telah
menamatkan zaman pemerintahan Kesyogunan Ashikaga di Jepun.

2.5 Zaman Sengoku Jidai


Zaman Sengoku Jidai ini berlangsung sekitar tahun 1460 hingga 1573 masihi.
Zaman ini juga dikenali sebagai zaman peperangan. Dimana pada zaman ini,
pertempuran dan dan siri peperangan antara daimo-daimo seringkali berlaku.
Setiap daimo-daimo bersaing diantara satu sama lain untuk menguasai suatu

kawasan. Khususnya, kawasan yang subur untuk aktiviti pertanian.


Penguasaan kawan seperti ini membolehkan kuasa dan kedudukan suatu
daimo akan lebih kauta dan stabil.
Faktor kelemahan pengaruh dan kuasa penganti Youshimasa serta ketiadaan
kuasa keluarga Liosokawa terhadap daimo-daimo menyebabkan daimo-daimo
ini bebas bersaing dan berperang diantara satu sama lain untuk mnguasai
wilayah-wilayah bagi mengukuhkan kedudukan masing-masing. Oleh itu,
pergolakan, peperangan dan ketidak stabilan osial seringkali berlaku pada
zaman ini.
Dari segi sruktur politik dan sosial pada zaman ini, daimo berkuasa keatas
suatu kawasan yang dikuasainya dan ini sekali gus mengantikan sistem
pemerintahan Bakufu atau hubungan feudal. Tanah milik daimo ini diwariskan
pada seorang pewaris yang sulung dan pewaris ini tidak semestinya anak
lelaki atau perempuan. Ini menyebabkan kuasa dan kedudukan daimo
semakin kuat. Dari segi ketenteraan dalam zaman ini, semangat
kepahlawanan dan berani mati dikalangan pahlawan daimo serta kesetiaan
terhadap ketua juga telah melahirkan manusia yang sanggup mlakukan apa
sahaja demi untuk mengekalkan dan mengembalikan kuasa. Penguasaan
daimo terhadap suatu kawansan membolehkan ia mempunyai pekerja dan
tentera yang ramai. Ini sekali gus menyebabkan kuasa dan kedudukan daimo
semakin kuat. Disamping itu, kemasukan pedagang portugis di Jepun ini dan
pengenalan terhadap senjata api iaitu sejenis senapang yang dikenali juga
sebagai matchock muskets menyemarakkan lagi peperangan. Para daimo
juga turut menyambut baik kemasukan pedagang portugis ini menyebabkan
senjata yang lebih moden diperkenalkan. Oleh itu, pertempuran dan
pergolakan dalam negara seringkali berlaku antara daimo. Sementara itu
juga, raja yang memerintah Jepun ini juga tidak mempunyai kuasa dan
pengaruh terhadap daimo-daimo.
Pada 1551, Oda Nobunaga telah menjadi penganti ayahnya dalam Daimo
Owari. Bagi mengukuhkan kedudukannya, Oda Nobunaga telah melancarkan
kempen ketenteraan bagi menghapuskan musuh-musuhnya. Menjelang 1559,
Oda Nobunaga berkuasa penuh di wilayah Owari setelah menumpaskan
adiknya. Selain itu juga, kuasanya makin bertambah apabila shogun-shogun
menjalinkan hubungan persahabatan dengannya. Kebijaksanaan oda
Nobunaga di dalam mengatur strategi dan tenteranya yang sanggup berani
mati demi untuk kemenangan membolehkan beliau mengalahkan Imaga iaitu
seorang daimo yang sangat berkuasa di wilayah Suruga dan juga
menewaskan Saito Dosan iaitu tuan tanah di daerah Mino. Ini memnyebabkan
kuasanya semakin mantap. Pemerintahan Oda Nobunaga bersifat kuku besi
iaitu beliau berkuasa mutlak di dalam perlantikan dan pemecatan seorang
bakufu. Sistem ini sekali gus menamatkan sistem pentadbiran Keshogunan

Ashikaga di Jepun. Pada 1570 Oda Nobunaga telah memecat Yoshiaki yang
mula menentang dan dan mencabar kekuasaannya.
Oda Nobunaga juga turut mendapat tentangan daripada Ishiyama Honganji
iaitu pemimpin mazhab Ikko. Pada 1570, angkatan tentera Oda Nobunaga
telah ditewaskan oleh sami-sami dari mazhab tersebut. Namun, angkatan
tentera Oda Nobunaga bangkit dan seterusnya berjaya memusnahkan
kediaman Ikko di Naga di Nagashima. Seterusnya pada 1580, Ishimayama
Honganji turut ditewaskan. Pada 1568, beliau berjaya menguasai kawasan
peleburan logam di wilayah-wilayah sekitar Kyoto. Namun hasrat beliau untuk
menyatukan Jepun tidak kesampaian apabila Akechi Mitsuhide iaitu jeneral
yang dipercayainya telah membunuhnya pada tahun 1582. Kematian Oda
Nobunaga telah dibela oleh Toyotomi Hideyoshi apabila berjaya menewaskan
Akechi dalam pertempuran Yamakazi dan hasrat untuk meneruskan impian
untuk menyatukan Jepun telah diteruskan oleh Toyotomi Hideyoshi.
Toyotomi Hideyoshi bertindak bijak di dalam perwarisan takhtah terhadap
dua anak Oda Nobunaga dengan melantik cucu Oda Nobunaga sebagai
penganti. Sekali gus menyelesaikan masalah ini. Disamping itu, pembahagian
tanah Oda Nobunaga turut diselesaikan dengan membahagikan wilayahwilayah kepada anak-anak Oda Nobunaga dan di kalangan jeneral-jeneralnya.
Selain itu, majlis yang terdiri daripada empat orang jeneral ditubuhkan dan ia
berfungi untuk menjalankan pentadbiran hal ehwal kerajaan. Selain daripada
itu, terdapat juga ahli majlis yang lain iaitu Ikeda, Niwa dan Shibata. Namun,
pertikaian dikalangan ahli majlis telah menyebabkan kekacauan politik iaitu
permusuhan Toyotomi Hideyoshi dengan Shibata berlarutan hingga tahun
1583. Pada tahun yang sama, Toyotomi Hideyoshi berjaya mengalahkan
Shibata dalam pertempuran di Shizugatake. Toyotomi Hideyoshi mara dengan
menawan wilayah-wilayah Noto, Kaga dan Etchu. Tindakan ini sekali gus
memperkukuhkan kedudukan politik Toyotomi Hideyoshi. Selain itu juga,
Toyotomi Hideyoshi berjaya menangani konfrantasi di Onai.
Pada tahun 1585 Masihi, Toyotomi Hideyoshi menjadi pemangku raja dan
menakluki pulau Shikoku. Setahun kemuadian, beliau menjadi ketua menteri
dan pada 1587, Toyotomi Hideyoshi menakluki Kyushu. Toyotomi Hideyoshi
berjaya menguasai Istana Odawara iaitu milik keluarga Ujimasa di wilayah
Sagami. Toyotomi berkuasa ke atatas wilayah Kanto apabila berjaya
mengalahkan kebangkitan di Mitsu dan Dewa. Penaklukkan terhadap wilayah
Kii dan Izuma merealisasikan usaha penyatuan Jepun.
Selepas berjaya menyatukan Jepun, sasaran Toyotomi Hideyoshi seterusnya
adalah untuk menawan China. Pada tahun 1592, tentera Jepun menceroboh
Korea dan menakluk Seol selama beberapa minggu. Bagaimana pun, mereka
dihalau balik oleh askar-askar China dan Korea dalam tahun yang berikutnya.

Toyotomi Hideyoshi tidak mengaku kalah sehinggalah penyingkiran terakhir


dari Korea pada tahun 1598 dan pada tahun yang sama Toyotomi Hideyoshi
meninggal dunia.

2.6 Zaman Kesyogunan Tokugawa


2.61 Pembinaan
Kesyogunan Tokugawa telah diasaskan oleh Tokugawa Ieyasu (1603-03).
Beliau telah menyertai Perang okehazama antara Oda Nobunaga dan
Imagawa. Beliau telah mengukuhkan kedudukannya dengan menjadi sekutu
rapat Oda Nobunaga yang dipercayai. Ini dapat dibuktikan apabila Oda
Nobunaga mengahwinkan anak perempuannya dengan anak sulung Ieyasu
iaitu Nobuyasu. Pada yahun 1567, beliau menjadi pemerintah Mikawa dan
diiktirafkan oleh kerajaan imperial kuasanya dan memakai nama keluarga
Tokugawa. Beliau telah dilantik sebagai salah seorang majlis pemangku raja
yang diwujudkan oleh Toyotomi Hideyosi. Pada tahun 1603, beliau telah
dilantik menjadi Shogun dan meletakkan jawatan dan digantikan oleh
anaknya iaitu Hidetada. Beliau juga terkenal sebagai Daimyo yang terkuat di
Jepun.

2.62 Pengukuhan
Aspek feudalisme tidak dapat diketepikan kerana ia berperanan untuk
mencorakkan dan merupakan unsur-unsur penting dalam pembentukan
pentadbiran.Ini bertujuan untuk memberikan pemerintah sama ada Syogun
Tokugawa atau pengganti-penggantinya mentadbir negara jepun melalui
kuasa mutlak.
Di peringkat asas, pentadbiran digerakkan oleh tiga badan terpenting
pentadbiran peringkat tertinggi iaitu pertama Tairo (majlis penasihatpenasihat agung). Tairo berperanan dan bertanggungjawab untuk
meemberikan nasihatkepada syogun mengenai dasar-dasar penting negara
menjadi pemangku raja jika syogun yag dilantik belum dewasa. Kedua Roju
(majlis tertua) membentuk majlis negara dengan keanggotaannya berubah
mengikut keperluan pentadbitan feudalisme. Roju berperanan dan
bertanggungjawab untuk menguruskan dan mengendalikan hal ehwal istana
raja, kuge (golongan bangsawan) dan golongan daimyo, menyelia hal ehwal
dalam negeri selain mengawasi tempat-tempat suci(biara). Ketiga
Hyojoho(majlis kehakiman) ialah sebuah majlis yang dianggotai oleh roju dan
sebilangan kecil pesuruhjaya(bug-yo) yang mengetahui beberapa jabatan

penting dalam pentadbiran feudalisme bakufu.peranan dan tanggungjawab


hyojosho terakluk dalam bidang kehakiman kerana tidak wujud pemisahan
bidang kuasa yang jelas antara kuasa eksekutif (pelaksana) dan kuasa
kehakiman.
Selain tiga badan ini pentadbiran Kesyogunan Tokugawa terdapat beberapa
jabatan-jabatan penting kerajaan berpengaruh. Antaranya ialah penasihatpenasihat rendah(waka doshiyori) ,setiausaha-setiausaha sulit
syogun(sobayonin), penyelia upacara(sojabon), gabenor-gabenor raya istana
di Kyoto dan Osaka(jodai), dan wakil peribadi syogun di Kyoto(Kyoto
shoshida). Dalam bidang pentadbiran, kekuasaan dan keunggulan
kesyogunan tokugawa ditentukan oleh bentuk pentadbiran Bakufu.
Bakufu pertama Kesyogunan Tokugawa iaitu Syogun Tokugawa Ieyasu telah
memeperkenalkan beberapa dasar-dasar untuk mengukuhkan kesyogunan ini
dan bermatlamat untuk melemahkan kuasa-kuasa tuan daimyo atau tuantuan feudal. Dasar-dasar ini diperkenalkan berikutan kebimbangan tentang
konsep kesetiaan daripada kuasa-kuasa daimyo yang berpotensi dan
berkeupayaan menggugat Kesyogunan Tokugawa. Antara dasar-dasar yang
diperkenalkan adalah seperti berikut:
Pertama membentuk satu sistem untuk membolehkan kawalan dan perhatian
ketat diberikan ke atas kuasa-kuasa daimyo dan kegiatan tuan-tuan tanah
feudal yang dianggap mencurigakan.
Kedua, mengeratkan beberapa sekatan ke atas daimyo dengan memberikan
tugasan yang dianggap membebankan sumber kewangan antaranya
membaiki kerosakan-kerosakan istana.
Ketiga, langkah mengelakkan komplot dan subahat dengan memperkenalkan
peraturan menghadkan keluasan istana-istana daimyo ini dan perkahwinan di
kalangan daimyo dikawal. Keempat, pengenalan suatu kod panduan
tatatertib dan kelakuan mereka dikenali sebagai buke so-hatto(peraturan
bagi rumah-rumah tentera). Kelima, mengukuhkan kekuatannnya melalui
pengumpulan harta kekayaan dan meembendung kegiatan kelas tentera dan
daimyo-daimyo Tozama.
Selain itu, beliau telah mewujudkan struktur politik yang telah mengekalkan
kuasanya ke atas semua lapisan masyarakat feudal Jepun termasuk maharaja
dan golongan bangsawan istana(kuge) selain golongan daimyo, samurai atau
pahlawan, petani, golongan pertukangan dan pedagang-pedagang. Beliau
juga telah memperkenalkan satu peraturan untuk menyekat kuasa maharaja
dan golongan bangsawan.

2.63 Cabaran
Dalam mejalankan pemerintahan shogun tokugawa menjalankan pentadbiran
yang tegas dan menindas. Walaupun shogun tokugawa memberi jaminan
akan menjaga dan mempertahankan kedudukan maharaja, namun
pengawasan yang ketat dikenakan terhadap maharaja dan juga rakyat.
Maharaja dinasihatkan jangan turut aktif dalam soal pentadbiran. Maharaja
kecuali mendapat kebenaran daripada shogun tokugawa. Rakyat hanya
dibenarkan melihat maharaja setahun sekali. Rakyat hendaklah membuat
pekerjaan-pekerjaan yang ditetapkan dan golongan daimyo hendaklah
mengabdikan diri kepada shogun tokugawa di istana dalam masa tertentu
selama empat bulan. Kelemahan pentadbiran shogun tokugawa. Di peringkat
awal pemerintahan Shogun Tokugawa merupakan zaman kejayaan dan
kegemilangan. Kemajuan-kemajuan telah dicapai pada zaman Ieyashu,
Hidetada dan Iematsu.
Pada zaman Shogun Tsunayoshi(1680-1709), Jepun mencapai zaman
kemewahan. Dalam pemerintahan Shogun Yoshimune, Jepun mengalami
kejatuhan ekonomi sehingga berlaku peristiwa kebuluran. Keadaan itu secara
tidak langsung menjejaskan kedudukan shogun tokugawa. Keadaan menjadi
bertambah buruk apabila Yoshimune meniggal dunia, ia diganti oleh shogunshogun yang lemah. Misalnya Shogun Ieshige(1745-88) adalah bebal dan
gagap hingga sukar memahami percakapannya. Shogun Ieharu adalah
pemalas dan tidak mengambil berat tentang urusan pentadbiran. Selain itu,
Shogun Tokugawa telah mengabaikan soal-soal pertahanan dan hubungan
dengan penyokongnya. Akibatnya ramai penyokongnya tidak lagi taat kepada
Shogun Tokugawa.
Pada awal pemerintahan Shogun Tokugawa, orang-orang Jepun telah
digalakkan mempelajari ilmu pengetahuan terutama dalam bidang sastera
dan sejarah Jepun kuno. Dalam sejarah Jepun kuno terdapat kepercayaan
Shinto yang menyatakan raja adalah keturunan Dewi Matahari(Amiterasu).
Akhirnya beberapa buah buku sejarah telah dapat dihasilkan seperti kojiki
dan nihon shoki yang mengandungi unsur-unsur dongeng dan lagenda.
Berdasarkan ajaran Shinto, ahli sejarah Shinto dapati bahawa maharaja yang
semestinya berkuasa dan dihormati, bukan Shogun Tokugawa. Akibatnya
timbul rasa curiga terhadap pemerintahan Shogun Tokugawa. Fakta-fakta di
atas menyebabkan perasaan taat setia kepada maharaja semakin meningkat
di kalangan rakyat jepun. Rasa tidak puas hati terhadap Shogun tokugawa.
Pada abad ke-18 dan awal ke-19, berlaku zaman kemeseletan ekonomi.
Zaman ini dkatakan musim kebuluran sehingga ramai kanak-kanakdibiarkan
mati. Zaman kemelesetan ini juga melibatkan golongan daimyo-daimyo yang
mana hasil pendapatan mereka berkurangan. Untuk mengatasi kekurangan

pendapatan, daimyo-daimyo termasuk tuan-tuan tanah memeras petanipetani. Kedudukan orang jepun terutama golongan petani bertambah buruk
apabila berlaku bencana alamdan bertambahnya penduduk Jepun. Menjelang
pertengahan abad ke-18, jumlah penduduk jepun kira-kira 30 juta orang.
Rasa tidak puas hati datangnya daripada golongan daimyo-daimyo. Ini
disebabkan mereka dikenakan sekatan-sekatan dan kawalan rapi seperti
yang dihadapi oleh daimyo Tozama. Daimyo-daimyo juga menentang sistem
Sankin Kotai yang dikenakan kepada mereka. Perkembangan perdagangan
dan pengaruh golongan saudagar. Perdagangan terus berkembang pada
zaman Shogun Tokugawa. Bandar-bandar Osaka dan Yedo telah menjadi
pusat perdagangan. Dengan berkembang perdagangan, golongan saudagar
berpendapat bahawa dasar isolasi yang diamalkan oleh Shogun Tokugawa
menjadi penghalang kepada perkembangan perdagangan. Oleh kerana itu
terdapat golongan saudagar yang menentang Shogun Tokugawa. Misalnya,
sudagar-saudagar di Bandar Osaka telah membantu golongan anti-Tokugawa.
Selain itu, prkembangan perdagangan menyebabkan kedudukan dan
pengaruh golongan saudagar semakin meningkat dalam masyarakat. Mereka
menjadi kaya raya dan kekuasaan mereka bertambah besar sehingga jauh
lebih besar daripada golongan Daimyo dan Samurai. Ramai daimyo dan
samurai telah membuat pinjaman dengan golongan saudagar sehingga
mereka terikat dengan golongan saudagar. Malahan telah berlaku
perkahwinan di antara golongan daimyo dan samurai dengan golongan
saudagar. Salah satu golongan saudagar yang sangat berpengaruh ialah
Mitsui. Oleh kerana kedudukan mereka semakin kukuh, mereka sering
mengadakan pakatan dengan suku-suku kaum lain untuk menentang Shogun
Tokugawa. Tentangan suku kaum dari barat juga berlaku. Suku kaum dari
barat iaitu Satsuma, Choshu, Toza, dan Hizen merupakan golongan yang
sangat aktif menentang Shogun Tokugawa. Mereka menentang Shogun
Tokugawa disebabkan Tokugawa merupakan saingan politik kepada mereka
dalam merebut kekuasaan di Jepun. Oleh kerana itu mereka terus
mengadakan penentangan setelah Tokugawa berjaya mengambil alih
kekuasaan di Jepun. Mereka menentang Shogun Tokugawa juga disebabkan
Shogun Tokugawa menjalankan dasar menindas terhadap suku kaum lain.
Untuk menentang Shogun Tokugawa, mereka menyatakan sokongan dan taat
setia kepada maharaja yang selama ini ditindas oleh Shogun Tokugawa.
Mereka juga bersatu dengan golongan bangsawan Kyoto serta golongan
suadagar yang anti-Tokugawa. Seterusnya mereka telah menggunakan isu
kemasukan orang asing untuk menentang Shogun Tokugawa. Mereka
menentang tindakan Shogun Tokugawa menandatangani perjanjian
Kanagawa untuk mandapat sokongan maharaja dan rakyat yang turut
menentang perjanjian Kanagawa dan perjanjian-perjanjian lain. Kedatangan
barat iaitu Kedatangan komodor perry dan mamaksa Shogun Tokugawa
menandatangani perjanjian Kanagawa telah menjadi punca kemarahan orang
Jepun dan mempercepatkan kejatuhan Shogun Tokugawa. Suku kaum

Satsuma, Choshu, Toza, da Hizen menggunakan kesempatan ini untuk


mengkritik pemerintahan Shogun Tokugawa. maharaja yang telah terasing
turut juga mengkritik Shogun Tokugawa kerana segala perjanjian dan
hubungan dengan orang-orang asing tidak dibincangkan terlebih dahulu
degan maharaja. Masalah-masalah inilah yang menyebabkan keruntuhan
Kesyogunan Tokugawa di negara Jepun.

2.7 Zaman Meiji


Permodenan Meiji pada tahun 1868 merupakan suatu peristiwa yang penting
dalam sejarah Jepun. Tumpuan utamanya ialah untuk mengembalikan
Maharaja kepada kedudukannya yang sebenar sebagai ketua masyarakat
Jepun yang tertinggi dan pemindahan ibu negara diraja dari Kyoto ke Edo.
Pada bulan Disember 1868, Eo telah ditukar kepada Tokyo. Maharaja Meij
yang masih muda telah muncul dari tempat pengasingannya di Kyoto ke
Tokyo yang berjarak 6.4 kilometer. Beliau telah diiringi oleh seribu orang
bangsawan, pembesar, samurai dan lain-lain pegawai tinggi. Pemilihan
tersebut tidak memperlihatkan Maharaja Meiji mempunyai kuasa autokratik
untuk memerintah negaranya. Sebaliknya, Maharaja Meiji hanya merupakan
ketua negara yang simbolik. Kuasa politik terletak terutamanya dalam tangan
beberapa orang pemimpin samurai muda yang telah menjalankan inisiatif
menjatuhkan rejim Tokugawa. Pemimpin-pemimpin samurai ini berasal dari
kawasan-kawasan penguasaan feudal atau Han suku kaum Satsuma, Choshu,
Tosa dan Hizen. Diantara mereka termasuk Okubo, Saigo, Matsukata
Masayoshi dan Kuroda (dari Satsuma), Kido, Ito, Inone, Yamagata Aritomo dan
Katsura (dari Choshu); Okuma (dari Hizen) dan Itagaki Taisuke (dari Toza).
Pemimpin-pemimpin baru Meiji juga termasuk Saionji Kimmochi, seorang
bangsawan dari Kyoto. Bermula dari zaman pemulihan Meiji 1868,
kepimpinan kerajaan baru telah didominasikan oleh samurai muda dari suku
kaum Satsuma dan Choshu atau Oligarki Sat-cho.
Pemimpin-pemimpin baru Meiji menyedari bahawa Jepun tidak dapat
menandingi kuasa-kuasa imperialisme Barat yang telah memaksa negara
tersebut supaya menandatangani perjanjian-perjanjian tidak adil. Tambahan
pula, pemimpin-pemimpin ini juga sedar bahawa kuasa-kuasa Barat yang
berada di puncak imperialisme mereka, merupakan satu ancaman utama
kepada kedaulatan Jepun. Oleh yang demikian, mereka menyedari satusatunya cara untuk mengatasi ancaman ini ialah dengan mewujudkan sebuah
negara moden yang mempunyai kuasa tentera yang kuat. Oleh itu, tujuan
utama, kerajaan baru ialah Fukoku Kyohei(sebuah negara yang kaya dan
tentera yang kuat).

Bagi mencapai hasrat tersebut, pemimpin-pemimpin Meiji sengan teliti telah


menggubal suatu dasar modenisasi yang tertumpu terutamanya keatas
penyerapan teknologi, pengetahuan, institusi barat secara besar-besaran.
Sehubungan dengan perkara ini, asas intelektual bagi pengaliran dan
penyerapan pengetahuan Barat telah disumbangkan oleh Fukuzawa Yukichi
iaitu salah seorang intelek moden teragung dalam sejarah Jepun. Fukuzawa
Yukichi yang telah melawat Eropah dan Amerika Syarikat telah menyebarkan
tamadun Barat sebagai asas bagi modenisasi dan mewujudkan Jepun sebagai
sebuah negara yang kukuh.
Proses modenisasi ini merangkumi pembentukan semula secara besarbesaran dalam aspek institusi-institusi politik, ekonomi dan sosial
berdasarkan garis panduan dari Barat. Perubahan-perubahan yang luas dan
drastik ini menyebabkan berlaku satu revolusi dalam masyarakat dan
kerajaan Jepun.
Langkah pertama ke arah proses modenisasi Jepun ialah penghapusan sistem
feudal. Oligarki Meiji khususnya Kido, Okubo,Itagaki dan Okuma telah berjaya
mempengaruhi golongan daimo dari suku kaum Choshu, Satsuma, Tosa dan
Hizen supaya menyerahkan tanah mereka secara sukarela pada maharaja.
Dalam bulan Julai 1869, semua daimo yang lain telah diperintahkan oleh
kerajaan Meiji agar menyerahkan tanah mereka. Pada mulanya, tanah-tanah
yang telah diserahkan oleh semua daimo tidak berada dalam kawalan terus
maharaja. Sebaliknya, pembesar-pembesar feudal telah dilantik sebagai
Gabenor di dalam kawasan-kawasan penguasaan mereka sendiri. Namun,
pada 29hb Ogos 1871, maharaja telah mengumumkan penghapusan semua
tanah feudal. Semua tanah menjadi hak milik diraja. Pada bulan berikutnya
semua tentera feudal telah dibubarkan dan dengan itu meninggalkan
Kerajaan Pusat sebagai satu-satunya pemilik sah pasukan tentera di Jepun.
Dengan penghapusan tanah-tanah feudal ini, nagara Jepun telah dibahagikan
kepada daerah-daerah (Ken) yang diketuai oleh pagawai-pegawai pentadbir.
Menjelang akhir tahun 1870 ken sabagai tambahan kepada bandar-bandar,
tokyo, Kyoto dan Osaka. Dalam tahun 1872, bilangan ken telah dikurangkan
kepada 72 dan menjelang tahun 1890 hanya terdapat 45 ken sahaja.
Penghapusan feudalisme memperkukuhkan kedudukan Kerajaan Meiji Baru.
Ia membolehkan Kerajaan mempunyai bidang kuasa yang sepenuhnya keatas
seluruh penduduk dan negara, selain dari meletakkan hasil-hasil pendapatan
bekas Han dibawah penguasaan Kerajaan Pusat. Ini memberi jalan kearah
mewujudkan sebuah negara moden.
Langkah selanjutnya kearah modenisasi ialah penghapusan sistem atau
hiraki sosial ketat yang telah diwujudkan oleh Kesyogunan Tokugawa.
Pemimpin-pemimpin Meiji telah menghapuskn sistem kelas yang terdiri dari

golongan samurai, petani, petukang dan saudagar dalam tahun 1871.


Golongan samurai telah menikmati taraf sosial yang tinggi semasa era atau
zaman Tokugawa telah terjejas oleh penghapusan hiraki sosial tersebut.
Dalam bulan september 1871, golongan samurai telah kehilangan hak
menggunakan pedang terhadap kelas-kelas yang lebih rendah. Pada bulan
Mac 1876, Kerajaan telah mengharamkan pemakaian pedang oleh samurai.
Golongan samurai juga telah kehilangan hak tradisional mereka sebagai
pahlawan.
Dalam bulan Disember 1872, kerajaan telah memperkenalkan sistem tentera
kerahan moden yang terdiri dari Helmin atau rakyat biasa. Pada tahun yang
berikutnya, gaji yang diberi kepada samurai telah ditukar dari bentuk beras
kepada wang tunai. Golongan samurai juga telah diberi elaun tahunan dalam
bentuk wang tunai. Pada bulan Ogos 1876, Kerajaan telah mengumumkan
bahawa sistem pemberian elaun tahunan akan digantikan dengan sistem
pembayaran sekali gus yang akan dibayar dalam bentuk bon-bon kerajaan.
Dibawah sistem ini, Kerajaan mengumumkan bahawa bon-bon ini akan
matang dalam masa 14 tahun dan bahawa kadar faedah tahunan sebanyak
7% akan diberi kepada samurai. Langkah-langkah ini telah mengahapuskan
keistimewaan kelas golongan samurai dan menurunkan taraf mereka sebagai
rakyat biasa Maharaja. Langkah-langkah ini ternyata telah meningkatkan
kemarahan kelas-kelas samurai dan ini terus memuncak hingga membawa
kepada tercetusnya beberapa pemberontakan samurai. Pemberontakan yang
paling serius ialah Pemberontakan Satsuma yang telah dipimpin oleh Saigo
dalam tahun 1877. Bagaimana pun, pemberontakan ini telah ditumpaskan
oleh tentera kerahan yang baru ditubuhkan itu. Dengan tumpasnya
pemberontakan Satsuma telah menamatkan kedudukan istimewa golongan
samurai. Ini juga membuka jalan bagi pembentukan sebuah Negara Jepun
yang moden dan bersatu padu.
Kerajaan Meiji telah memberi tumpuan khusus kepada pengwujudan sebuah
angkatan Tentera Darat dan Laut yang kuat mengikut cara Barat. Ini perlu
bagi menentang ancaman kuasa-kuasa Barat di Jepun. Pemimpin-pemimpin
Meiji sedar tentang keunggulan kuasa-kuasa Barat dari segi organisasi
ketenteraan dan alat-alat kelengkapan senjata. Mereka yakin bahawa Jepun
hanya dapatberdiri dengan teguh melalaui proses memodenisasikan
angkatan tenteranya. Selain itu, ia juga disebabkan oleh faktor Rusia yang
sedang giat mengamalkan dasar perluasan pengaruhnya di Asia Timur. Rusia
dibawah pemerintahan Tzar dalam tahun 1870an sedang menunjukkan minat
yang semakin besar ke atas Korea iaitu jiran Jepun yang paling hampir.
Tambahan pula, ramai pemimpin Meiji sedar bahawa orang-orang Rusia
mungkin akan memperluaskan pengaruh mereka ke Hokkaido.
Modenisasi Angkatan Tentera bermula dalam tahun 1870an. Awal tahun

1868, Timbalan Menteri Hal ehwal Tentera iaitu Omura Masojiro telah
mencadang kerahan tentera dilaksanakan di Jepun. Walau bagaimana pun,
beliau terpaksa menunggu sehingga penghapusan sistem feudalisme dan
sistem Han selesai dilaksanakan. Dalam tahun 1872, Yamagata Aritomo yang
mengantikan Omura Masojiro telah mengemukakan suatu usul yang
menyokong kuat tindakan kerajaan Meiji melakukan polisi kerahan tentera
dan polisi memodenkan Angkatan Tentera Darat dan Laut Jepun. Yamagata
dan rakan-rakan sejawat beliau telah memperdebatkan bahawa angkatan
tentera yang wujud iaitu sebanyak 20 batalion yang telah ditugaskan untuk
menjaga keamanan dalam negeri tidak berkeupayaan untuk membalas
sebarang tindakan luar yang akan mengancam kedaulatan Jepun. Oleh yang
demikian, mereka mendesak kerajaan Meiji supaya melaksanakan suatu
kerahan tenaga moden mengikut cara Barat. Mereka juga telah
mengesyorkan penubuhan akademi-akademi tentera untuk melatih pegawai
dan askar dan penubuhan sebuah biro bekalan tentera untuk membekalkan
mereka senjata-senjata ketenteraan. Sistem kerahan tentera telah
dilaksanakan ke atas mereka yang telah berusia 20 tahun. Askar-askar yang
telah dikerah harus berkhidmat dalam Angkatn Tentera Darat atau Laut.
Angkatan tentera telah dibahagikan kepada Pasukan Tetap dan Pasukan
Simpanan. Pada tahun 1878, Yamagata Aritomo telah menyusun semula
pentadbiran Angkatan Tentera Ala Negara Jerman. Beliau menambahkan
tempoh perkhidmatan kerahan tenaga dari tahun 1878 sehingga tahun 1883
dan ini mewajibkan seorang askar kerahan supaya berkhidmat dalam
Angkatan Tetap atau Simpanan selama 12 tahun iaitu 3 tahun dalam
Angkatan Tetap dan 9 tahun dalam Angkatan Simpanan. Sebagai tambahan
200,000 orang dikerakan pada waktu darurat atau perang. Angkatan Tentera
Jepun juga diperkukuhkan oleh senjata-senjata moden termasuk senapang
dan meriam yang dibuat oleh industri-industri tempatan. Cara-cara latihan
juga telah diperbaiki dan beberapa orang pegawai tentera asing telah diambil
berkhidmat untuk melatih teknik-teknik berperang kepada pegawai-pegawai
dan askar-askar Jepun.
Angkatan Tentera Laut Jepun diperkembangkan dan mengalami proses
modenisasi yang pesat. Pada tahun1872, Kementerian Angkatan Tentera Laut
telah ditubuhkan. Pada tahun tersebut Jepun memiliki 17 buah kapal tentera
laut yang beratnya berjumlah 14,000 tan. Dalam tahun 1875-1876, Angkatan
Tentera Laut telah membina 2 buah kapal api. Tiga buah kapal laut yang
besar telah dibeli dari Britain dalam tahun 1876. Kemudahan-kemudahan
limbungan telah diperbaiki dan Pegawai-pegawai Tentera Laut British telah
diambil bekerja sebagai arkitek-arkitek angkatan laut dan sebagai jurulatihjurulatih Angkatan Laut Jepun. Menjelang tahun 1894, Kerajaan Meiji telah
memperhebatkan kekuatan Tentera Lautnya. Ia mempunyai 28 buah kapal
moden engan jumlah isipadu 57,000 tan serta 24 buah anak-anak kapal
perang dan turpedo.

Proses memodenkan Angkatan Tentera telah meletakkan Negara Jepun


kedalam masalah kewangan yang membebankan. Hampir 1/3 belanjawan
negara tersebut terpaksa di bahagikan kepada dua cawangan Angkatan
Tentera iaitu Laut dan Darat. Kerajaan Meiji juga bertanggungjawab
mengendalikan beberapa industri strategik yang mengeluarkan senjata,
peluru, turpedo, kapal-kapal laut dan sebagainya di mana kesemua ini
membebankan lagi masalah kewangan kerajaan. Oleh yang demikian adalah
jelas bahawa kewangan kerajaan Meiji telah memberi penekanan keatas
pengwujudan satu Angkatan Tentera yang moden dan berkuasa. Menjelang
thun 1880an Jepun berjaya mewujudkan sebuah Angkatan Tentera yang
mampu mempertahankan ancaman asing. Disamping itu, Jepun juga bersiap
sedia untuk melancarkan kempen ketenteraan di Asia Timur.
Sistem ketenteraan Jepun memainkan peranan penting dalam kemajuan dan
modenisasi komunikasi. Modenisasi keatas sistem komunikasi Jepun
dilakukan, di mana Rejim Meiji telah menumpukan perhatian yang besar
keatas pembinaan rel keretapi. Menjelang tahun 1881 Jepun mempunyai 26
batu landasan keretapi. Pada tahun 1872, Tokyo dan Yokohama telah
dihubungkan oleh landasan keretapi. Dua tahun kemudian Kobe dan Osaka
telah dihubungkan oleh landasan keretapi. Pada tahun 1877, landasan
keretapi ini telah diperluaskan ke Kyoto. Pada tahun berikutnya, kerja-kerja
pembinaan telah dimulakan ke atas suatu projek landasan keretapi baru
untuk menghubungkan Kyoto dan Otsu, Tsuruga dengan Nagahama.
Landasan keretapi Tsuruga-Nagahama telah siap dibina empat tahun
kemudian.
Pada tahun 1880an Landasan keretapi Tokyo-Yokohama telah mengangkut
diantara 2 juta hingga 3 juta penumpang. Muatan kargo juga telah meningkat
dengan banyak 848,000 tan. Angkatan ini agak besar jika dibandingkan
dengan taraf Barat.
Kemajuan telegraf jauh lebih pesat berbanding dengan kemajuan yang
dicapai dalam pembinaan landasan keretapi. Menjelang tahun 1880 hampir
kesemua bandar-bandar utama Jepun telah dihubungkan oleh ibusawat
telegraf. Beribu-ribu batu cawangan talian dan stesen-stesen telegraf telah
dibina merentangi negara Jepun. Dalam tahun 1893, Jepun telah mempunyai
4000 batu kawat telegraf. Jumlah bilangan berita kawat yang telah diterima
dan dihantar telah bertambah dari 19448 dalam tahun 1871 kepada 1.27 juta
dalam tahun 1878. Angka ini telah berlipat ganda menjadi 2.7 juta dalam
tahun 1884. Semua kawat telegraf dimiliki dan diusahakan oleh Kerajaan
kecuali beberapa cawangan. Kemajuan sektor komunikasi yang
membanggakan jelas mencerminkan keazaman pemimpin-pemimpin Meiji
untuk menampakkan keupayaan gerakan angkatan militari negara tersebut

serta pembangunan ekonomi yang menyeluruh untuk proses modenisasi


Jepun.
Dalam bidang pendidikan, beratus-ratus penuntut Jepun telah dihantar ke
luar negeri untuk mempelajari sains dan pentadbiran serta teknik
perindustrian Barat. Kerajaan juga telah mengkaji sebilangan besar pakarpakar, golongan profesional, pakar teknologi Barat dan lain-lain untuk
mengajar berbagai-bagai kemahiran kepada rakyat Jepun di dalam negeri.
Pada tahun 1871, sebuah Kementerian Pelajaran telah ditubuhkan dan
langkah-langkah telah diambil untuk mewujudkan sistem pelajaran yang
seragam di negara tersebut. Pada tahun 1872, kerajaan telah mengumumkan
bahawa negara Jepun akan dibahagikan kepada 8 kawasan pelajaran dan
pendidikan. Setiap kawasan ini akan mempunyai sebuah universiti, 32
sekolah menengah dan 210 sekolah rendah. Semua kanak yang berusia 6
tahun ke atas akan menerima pendidikan dan pelajaran wajib selama 16
tahun menjelang tahun 1880, terdapat hampir 28000 buah sekolah rendah
dengan lebih dari 2 juta murid-murid. Dalam tahun 1886, Mori Arinori yang
menjadi Menteri Pelajaran dari tahun 1885 hingga 1889 telah membuat
perubahan selanjutnya kepada sistem persekolahan. Beliau telah memulakan
satu sistem yang mengandungi sekolah-sekolah rendah, diwajibkan selama 8
tahun sementara sekolah menengah menawarkan kursus selama 4 tahun.
Sekolah-sekolah tinggi terutama sekolah-sekolah teknikal peringkat tinggi
telah ditubuhkan meliputi bidang-bidang seperti perubatan, sains,
ketenteraan, pelayaran, pertanian, perdagangan, perikanan dan lain-lain.
Pusat tertinggi sistem pendidikan dan pelajaran di Jepun ialah Universiti
Diraja Tokyo yang telah ditubuhkan pada tahun 1886. Menjelang tahun 1910,
beberapa buah Universiti Diraja telah ditubuhkan di Sapporo, Sendai, Kyoto
dan Fukuoka. Selain daripada sistem pelajaran negara, terdapat banyak
sekolah-sekolah, maktab-maktab dan universiti-universiti persendirian
ditubuhkan. 2 daripada universiti persendirian yang terkemuka ialah
Universiti Keio yang diasaskan oleh Fukuzawa Yukechi dalam tahun 1858 dan
Universiti Waseda yang diasaskan oleh Okuma dalam tahun 1882.
Kementerian Pelajaran mengawal rapi semua aspek pendidikan dan pelajaran
termasuk latihan guru-guru, penyeliaan sekolah-sekolah dan kurikulum.
Sekolah-sekolah dan institusi-institusi persendirian juga tertakluk kepada
kawalan rapi ini. Sistem pelajaran bukan sahaja memberi latihan praktikal
yang berorientasikan Barat tetapi juga memberi penekanan ke atas
pendidikan moral dan semangat nasionalisme yang berpusat suasana diraja.
Dalam bidang undang-undang, pemimpin-pemimpin Meiji telah membuat
pembaharuan. Sistem undang-undang yang moden dianggap sebagai syarat
mutlak yang penting untuk mengkaji semula perjanjian-perjanjian tidak adil
dan berat sebelah yang telah ditandatangani di antara Jepun dengan kuasa-

kuasa Barat dalam tahun 1850-an dan 1860-an. Sistem undang-undang yang
moden juga perlu bagi perkembangan industri kapitalisme di negara
tersebut. Pada tahun 1873, seorang peguam Perancis, Gustave Roissonade
de Fontarabe telah dilantik sebagai penasihat kepada Kementerian Keadilan
di Jepun. Beliau ditugaskan mengubal satu undang-undang jenayah moden
yang telah dikuatkuasakan dalam tahun 1882. Satu undang-undang sivil dan
perdagangan turut digubal dan kedua-dua enakmen ini diluluskan dalam
tahun 1898 hingga tahun 1899.

2.71 Dasar Luar Meiji.


Dasar luar semasa zaman Meiji merupakan perkara yang menarik dan
penting kepada masyarakat Jepun. Sebagaimana yang diketahui sebelum ini,
salah satu matlamat kepimpinana Meiji yang paling penting ialah
menjalankan proses transformasi negara tersebut kepada pengwujudan
sebuah negara yang moden dan kuat. Sealain dari menyalurkan sebahagian
besar daripada tenaga mereka untuk membangunkan Jepun menjadi sebuah
negara militari yang kukuh. Pemimpin-pemimpin Meiji juga telah berusaha
bersungguh-sungguh untuk mempastikan pengkajian semula perjanjianperjanjian tidak adil yang telah ditandatangani diantara Jepun dengan kuasakuasa Barat dalam tahun-tahun 1850an dan 1860an. Berhubung dengan isuisu hak wilayah asing dan penafian autonomi tarif, dimana Jepun kehilangan
hak untuk meletakkan tarif keatas barang-barang asing telah menimbulkan
perasaan marah dan terhina dikalangan rakyat Jepun sejak tahun 1860an.
Pemimpin-pemimpin Meiji telah membuat banyak percubaan-percubaan
diplomatikdalam tahun 1860an dan 1890an untuk memujuk negara-negara
Barat supaya mengkaji semula perjanjian-perjanjian yang tidak adil. Tetapi
usaha ini tidak pernah tercapai terutamanya disebabkan keenganan kuasakuasa Barat untuk merunding semula perjanjian-perjanjian mereka dengan
Jepun.
Dalam tahun 1890an, isu perjanjian-perjanjian tidak adil tersebut telah
menjadi isu politik yang penting dalam arena politik tempatan negara
tersebut. Parti-parti pembangkang termasuk Parti Jiyuto dan Kaisinto telah
menggunakan isu tersebut untuk membangkitkan perasaan rakyat Jepun
menentang kepimpinan Meiji. Apabila tekanan mengenai isu tersebut mula
meningkat terhadap pemimpin-pemimpin Meiji, Ito iaitu perdana menteri
pada ketika itu telah mengarahkan Menteri Luar Negerinya iaitu Mutsu
Munemitsu supaya mengambil pendirian yang lebih tegas terhadap kuasakuasa Barat mengenai isu mengkaji semula perjanjian-perjanjian tersebut.
Mutsu Munemutsu telah mengumumkan kepada negara-negara Barat
terutamanya Britain bahawa sekiranya perjanjian-perjanjian ini tidak dikaji

semula, Jepun mungkin akan terpaksa menolaknya. Disebalik ancaman ini,


Menteri Luar Negeri Jepun telah memberi jaminan kepada Britain dengan
menyatakan bahawa sekiranya Britain bersetuju untuk merundingkan semula
perjanjian-perjanjia dengan Jepun, maka kerajaan Meiji akan memberi
peluang yang lebih besar kepada saudagar-saudagar asing untuk berniaga di
mana-mana wilayah Jepun. Ini merupakan suatu konsesi yang penting kerana
mengikut perjanjian-perjanjian yang termaktub saudagar-saudagar asing
hanya boleh menjalankan perniagaan di pelabuhan-pelabuhan tertentu
sahaja di Jepun. Kerajaan British akhirnya bersetuju dan pada bualan Julai
1894 suatu perjanjian baru telah ditantangani. Ini membawa kepada
penghapusan hak wilayah asing. Perjanjian-perjanjian baru juga telah
memberi Jepun hak untuk meletakkan tarif yang sesuai keatas barang-barang
asing.
Selain daripada isu pengkajian semula perjanjian, penentuan batas
sempadan dan keselamatan negara juga terkandung didalam dasar luar
Jepun. Isu penentuan batas sempadan dan keselamatan negara telah
menjejas perhubungan Jepun dengan Korea, negara China dan Rusia.
Berhubung dengan isu ini, satu persetujuan sempadan telah ditandatangani
dengan Rusia dalam tahun 1875 dimana Jepun mengugurkan tuntutannya
keatas Shakalin sebagai ganti terhadap kepulauan Kurile. Persetujuan ini
bermaksud bahawa Russia bahawa Rusia megiktiraf kuasa Jepun keatas
Hokaido. Kemudian dalam tahun 1879, kepulauan Ryukyu atau Okinawa telah
diserap sebagai sebahagian wilayah Jepun. Pulau-pulau ini menjadi kawasan
jajahan Satsuma sejak abad ke 17. Kepulauan Okinawa telah lama
mengekalkan hubungan jajahan takluk dengan negara China. Namun
demikian dalam tahun 1879, kepulauan ini telah dijadikan sebahagian dari
wilayah Jepun apabila mereka diberi status wilayah oleh kerajaan Meiji.
Dalam tahun-tahun 1880an dan 1890an, Korea telah menjadi isu penting di
Jepun. Sebenarnya, pada awal tahun 1873, isu mengenai Korea telah
mengakibatkan satu krisis besar dalam kepimpinan Meiji apabila Itagaki dan
Saigo mahukan Jepun supaya mengamalkan satu dasar yang agresif terhadap
korea. Dasar ini telah ditentang oleh Okubo dan Iwakura yang telah
mendebatkan bahawa walaupun Korea merupkan satu isu penting kepada
Jepun tetapi Kerajaan harus menumpukan ke arah melaksanakan proses
tranformasi Jepun kepada sebuah negara yang moden dan kuat. Dalam
pertikaian mengenai Korea, Iwakura dan kumpulannya telah berjaya dan ini
telah menyebabkan Itagaki dan Saigo meletakkan jawatan. Walaupun
kerajaan Meiji tidak menyerang Korea, ia telah bersikap lebih tegas terhadap
kerajaan Korea. Dalam tahun 1874, kerajaan Meiji telah menggunakan
diplomasi ubat bedil untuk memaksa Raja Kojong dari Korea supaya
menandatangani satu perjanjian yang memberi hak keistimewaan
perdagangan kepada Jepun. Kepentingan Jepun di Korea telah mula

meningakat dalam tahun-tahun 1880an dan 1890an disebabkan beberapa


faktor dalam negeri dan antarabangsa.
Di Jepun sendiri terdapat banyak kumpulan yang menyokong penyerangan ke
atas Korea. Salah satu kumpulan penganjur yang paling bersemangat
menyokong serangan ke atas Korea ialah kumpulan ultranasionalis seperti
Genyosha. Kumpulan Genyosha yang diasaskan dalam tahun 1881 telah
melakukan tekanan ke atas kerajaan Meiji supaya memperluaskan sistem
militarinya di Korea dan dibahagian-bahagian lain di Asia Timur. Ramai
pemimpin-pemimpin Meiji sendiri telah menyokong dasar perluasan ini.
Mereka menyedari bahawa Jepun memerlukan lebih banyak bahan-bahan
mentah dan saluran pasaran untuk menjadi sebuah kuasa dunia yang utama.
Mereka juga yakin bahawa Jepun dalam tahun-tahun 1890an telah memiliki
kekuatan militari yang secukupnya untuk memulakan satu dasar perluasan di
Korea. Pemimpin-pemimpin tentera seperti Yamagata, telah mengukuhkan
keyakinan ini dengan menyatakan bahawa Angkatan Tentera Darat dan Laut
yang baru dipermodenkan itu berkeupayaan untuk melaksanakan kempen
militari secara besar-besaran untuk menyerang Korea yang masih mengiktiraf
kuasa Negara China.
Faktor-faktor ekonomi dan strategik merupakan faktor yang mendorong
perluasan kuasa Jepun di Korea. Negara Jepun sedang menghadapi masalah
kewangan yang serius kesan dari rancangan modenisasi negara tersebut.
Inflasi kian meningkat manakala kos kehiupan mula melambung tinggi di
bandar-bandar. Petani-petani Jepun telah dibebani dengan cukai-cukai yang
tinggi sementara buruh perindustrian di pekan-pekan dan bandar-bandar
merasa gelisah. Kesatuan-kesatuan sekerja telah diharamkan dan pekerjapekerja terpaksa bekerja lebih masa dan dibayar upah yang rendah. Perasaan
tidak puas hati mula bertakhta di hati rakyat. Oleh itu dalam tahun-tahun
1880an dan 1890an, kerajaan Meiji telah menyokong perlaksanaan suatu
dasar perluasan untuk mengalihkan perhatian rakyat dari isu-isu dalam
negeri kepada antarabangsa.
Kerajaan Meiji yang telah pun memperolehi banyak faedah-faedah ekonomi
dan politik di Korea sebagai hasil Perjanjian Chemulpo pada 1876 ingin
mengeksploitasi selanjutnya pasaran dan sumber-sumber asli Korea.
Golongan Zaibatsu terutamanya, Mitsui, Mitsubishi, Sumitomo dan lain-lain
mendesak kerajaan Meiji supaya menyerang Korea. Sebenarnya sebelum
tahun 1890 lagi, Korea telah menjadi pasaran terpenting bagi pasaran kapas
Jepun. Disebalik ketidakstabilan negara Korea, Mitsui dan zaibatsu-zaibatu
lain telah pun mendirikan kilang-kilang kain dan kertas di negara tersebut.
Tambahan pula, Zaibatsu-zaibatsu dan syarikat-syarikat Jepun yang lain juga
telah membeli beras, kacang soya, kulit lembu, emas dan lain-lain pada
harga yang rendah dan dengan itu memperolehi banyak keuntungan. Oleh

itu, tidak hairan bahawa Perang China-Jepun yang tercetus terutamanya


mengenai isu Korea sebahagian besarnya telah dibiayai oleh Zaibatsuzaibatsu berkenaan.
Pertimbangan-pertimbanagan strategik telah menambahkan lagi keyakinan
dikalangan rakyat Jepun bahawa Korea harus diletakkan dibawah kuasa
Jepun. Korea telah menjadi pintu masuk yang penting bagi penyusupan Jepun
ke Asia Timur. Lebih penting lagi, pihak Rusia sedang menunjukkan minat ke
atas Korea. Rakyat Rusia yang mempunyai aspirasi-aspirasi imperialis di Asia
Timur telah mendirikan sebuah pangkalan tentera laut di Vladivostok dan
bersiap sedia untuk bergerak ke arah selatan ke dalam Korea dan Manchuria.
Kerajaan Meiji sedar bahawa sekiranya Korea jatuh ke bawah pengaruh Rusia,
ia akan mempunyai seorang musuh berhadapan dengannya. Berdasarkan
kepada alasan ini Jepun telah mengambil tindakan menyerang Korea.
Dasar-dasar dan polisi Negara China di Korea telah memberi dorongan
seterusnya kepada Jepun untuk memperluaskan kuasanya di Korea. Korea
telah lama mengiktiraf kuasa China. Oleh itu, apabila Jepun memaksa Korea
supaya menandatangani Perjanjian 1876, negara China menyatakan
perasaan tidak puas hatinya dan dengan serta-merta telah mencabar
kesahihan perjanjian ini. Negara China menuntut bahawa Korea adalah
sebuah negeri dibawah naungan China. Dalam suasana ini, Kerajaan Manchu
di Peking telah menegaskan bahawa perjanjian 1876 itu adalah tidak sah.
Akibat dari isu Korea, hubungan China mula maeruncing.
Sementara itu, satu pertikaian merebut kuasa berlaku di istana Korea. Pihak
Jepun dan China masing-masing menghantar pasukan tentera mereka di
Korea. Akibatnya, pada tahun 1884 berlaku pertempuran pasukan-pasukan
tentera China dan Jepun di Seol, Korea. Pertempuran-pertempuran kedua-dua
pihak ini dihentikan melalui rundingan-rundingan terus yang dibuat. Pada
awal tahun 1885, Jepun dan China bersetuju mengundurkan pasukan tentera
mereka di Seol dan berjanji tidak akan campur tangan dalam hal ehwal dalam
negeri di Korea. Namun, kedua-dua negara Jepun dan China tetap masih
campur tangan dalam hal ehwal dalam negeri di Korea.
Krisis yang lebih serius berlaku di Korea pada tahun 1894, yang mana telah
mengakibatkan konfrontasi terus diantara negara China dan Jepun. Pada
bulan Jun 1894, berlaku pemberontak-pemberontak tempatan yang juga
dikenali sebagai Tonghak telah memberontak menenatang Raja Korea. Raja
Korea telah meminta bantuan dari Negara China. Pada bulan yang sama,
pemberontakan ini berjaya dipatahkan melalui bantuan pasukan tentera
China. Sementara itu, Jepun telah menuduh Negara China mencerobah
Perjanjian 1885, mengakibatkan tercetusnya krisi Chian-Jepun.

Ito yang merupakan perdana menteri Jepun pada ketika itu mengumumkan
bahawa Jepun tidak akan menarik tenteranya di Korea kecuali kerajaan Korea
melaksanakan pembaharuan-pembaharuan yang akhirnya membawa Korea
di bawah pengaruh Jepun. Pada bulan Julai 1894, pasukan-pasukan tentera
Jepun telah menduduki istana diraja Korea. Tindakan ini menyebabkan China
mengistiharkan perang keatas Jepun. Perang China-Jepun telah meletus
sekitar tahun 1894 hingga 1895. Jepun telah memenangi peperangan ini
dalam masa 9 bulan sahaja. Tentera China tidak dapat mengalahkan tentera
Jepun yang lebih moden dan berdisiplin. Selain itu, Tentera Laut Jepun lebih
unggul daripada Tentera Laut China dari segi kelengkapan, kepimpinan,
latihan dan strategi. Selepas menguasai lautn dimana tentera Jepun berjaya
mengalahkan Tentera laut China di muara sungai Yalu dan di Weihaiwei, Jepun
telah masuk ke Korea dan mengusir keluar tentera China dari Korea. Dari
Korea, tentera Jepun mara ke manchuria dan Shangtung. Pihak Jepun bersiap
sedia untuk bertindak ke atas Peking, pusat kerajaan kuasa Manchu.
Akibatnya, kerajaan Manchu telah menghantar Li Huang-Chang untuk
berunding dengan pihak Jepun. Pada 17 April 1895 termeterainya Perjanjian
Shimonoseki. Syarat-syarat perjanjian ini ialah Negara China mengakui
kemerdekaan dan autonomi Korea, Negara China menyerahkan Semenanjung
Liaotung, Farmosa dan kepualuan Pescadores kepada Jepun, Negara China
bersetuju membayar gantirugi sebanyak 230,000 taels atau lebih kurang
US$150 juta. Kawasan Weihaiwei yang dimiliki oleh negara China akan
diduduki oleh pihak Jepun sehingga China berjaya membayar gantirugi ini.
Empat pelabuhan baru iaitu Shasi, Chungking, Soochow dan Hangchow
dibuka kepada pedagangan asing. Jepun telah menjadi sebuah kuasa kolonial
dengan pengambilan Taiwan. Perjanjian Shimonoseki telah membuka jalan
bagi Jepun untuk memperolehi konsesi-konsesi yang penting dari segi
strategik di Tanah Besar tetapi dalam satu rancangan diplomatik yang
dikenali sebagai Campurtangan Tiga Kuasa, rusia, Negara Jerman dan
Perancis telah menghalang Jepun dari memiliki kawasan-kawasan yang
berada di bawah naungan Negara China. Sebaik sahaja Perjanjian
Shimonoseki dimeterai, Rusia, Perancis dan Negara Jerman telah menuntut
bahawa Jepun harus memulangkan Semenanjung Liaotung kepada Negara
China. Pada 5 Mei 1895, Jepun telah bersetuju melepaskan Semenanjung
Liaotung sebagai ganti pampasan dari Negara China. Akhirnya pada 5
November 1895, Semenanjung Liaotung telah diserahkan semula kepada
China dengan jumlah gantirugi tambahan sebanyak 300 juta tael.
Campurtangan Tiga Kuasa telah membangkit perasaan benci Jepun terhadap
Rusia yang telah mendapat kuasa ke atas Semenanjung Liaotung. Pada tahun
1898, Moscow telah memaksa China supaya memajak bahagian Selatan
Semenanjung Liaotung termasuk Pelabuhan Arthur dan Dairen. Sementara
itu, negara Jerman telah memperolehi Semenanjung Shangtung dari Negara
China, manakala Perancis pula telah menguasai Indochina. Jepun sangat
marah apabila menyedari tipu helah rancangan tersebut. Ini tela menaikkan

kemarahan Jepun dan ia bersiap sedia untuk membalas dendam terhadap


Rusia.
Jepun telah mengambil beberapa tindakan bagi mengekalkan kuasanya
terhadap Korea. Diamana, Jepun telah memaksa Raja Korea agar mengatur
semula organisasi-organisasi tentera Korea dan pegawai-pegawai Jepun telah
diupah sebagai jurulatih-jurulatih dalam Angakatan Tentera Laut Korea. Miura
Goro iaitu menteri Jepun di Korea telah membuat keputusan untuk
menghapuskan anasir-anasir anti-Jepun di istana Korea. Pada 8 Oktober 1895,
askar-askar Jepun telah menyerbu masuk ke dalam istana Kyongbokung dan
telah membunuh Ratu Min. Rakyat Korea telah memohon bantuan daripada
Rusia dan rusia yang ingin memperluaskan pengaruhnya telah menawarkan
bantuan kepada berbagai-bagai anasir-anasir anti-Jepun di Korea. Hubungan
Rusia-Jepun mula merosot dan akhirnya sampai ke kemuncak dengan
meletusnya Perang Rusia-Jepun pada tahun 1904-1905. Dimana,
termeterainya perjanjian perikatan antara Britain dan Jepun pada 30 Januari
1902 yang juga dikenali sebagai Perjanjian Inggeris-Jepun.
Menjelang bulan januari 1904, kerajaan Meiji telah mengikuti suatu dasar
peperangan. Pada 28 Disember 1904kerajaan telah mengeluarkan satu
ordianan darurat diraja yang memberi peruntukan khas bagi perbelanjaanperbelanjaan tentera. Kerajaan juga telah mewujudkan satu Majlis Tertinggi
bPepranagan. Pertempuran meletus pada awal Febuari 1904. pada 8 Febuari,
Jepun telah melepaskan tembakan ke atas kapal-kapal Tentera Laut Rusia dari
Inchon dan Pelabuhan Arthur. Menjelang 10 nFebuari 1904, Jepun telah
menguasai kawasan selatan dan telah mempercepatkan kemarahan pasukan
militarinya ke wilayah Korea. Jepun telah memenagi peperangan di Korea dan
telah mengalahkan tentera-tentera Rusia di Pyongyong. Pada bulan April
Jepun telah berjaya mengusir pasukan tentera Rusia dari Sungai Yalu dan
juga Korea. Jepun mengukuhkan kedudukan politiknya yang sebenar pada 23
Febuari 1904 dan pada bulan September 1904, Jepun telah mengistiharkan
kuasa militari ke seluruh Negara Korea. Jepun turut merampas sistem telegraf
dan telefon Korea menjelang september 1904. Jepun telah merampas secara
kekerasan banyak tanah bagi kegunaan tentera, merampas seluruh sistem
pengangkutan dan kemudahan-kemudahan komunikasi serta mengekplotasi
konsesi-konsesi dalam bidang pertanian, perikanan, perhutanan dan
perlombongan. Harta benda Korae dirampas dan juga nilai mata wang Korea
juga di turunkan. Menjelang Januari 1905, Jepun telahmengambil
tanggungjawab untuk menjaga keamanan di Seol dan Korea. Korea secara
beransur-ansur menjadi sebuah negara naungan Jepun.
Perang Rusia-Jepun tamat dengan termeterainya Perjanjian Portsmouth.
Usaha menamatkan perang ini diambil oleh Jepun dan bukan oleh Rusia.
Persidangan keamanan itu telah bermula pada 10 Ogos 1905 di Postsmout,

New Hampshire. Dalam perjanjian itu, Rusia mengiktiraf keunggulan Jepun di


Korea dan menyerahkan bahagian Selatan pulau Shakhalin kepada Jepun.
Jepun juga akan memperolehi dari Rusia pajakan ke atas Liaotung, bahagian
selatan landasan keretapi Timur China dan lombong-lombong arang batu
yang dimiliki oleh Rusia.
Kesan-kesan Perang Rusia-Jepun ke atas Jepun ialah perluasan kuasa Jepun di
Sakhalin dan pengambilan Semenanjung Liaotung. Keunggulan Jepun juga
diiktiraf oleh Rusia melaui Perjanjian Portsmouth. Salah satu kesan terpenting
perang tersebut ialah kemunculan kuasa Jepun sebagai kuasa besar di Asia
Timur. Kemenangan Jepun melalui Perang China-Jepun 1894-1895 telah
menaikkan imej Jepun. Kemengan Jepun terhadap Perang Rusia-Jepun telah
mengubah pandangan lura terhadap Jepun. Ini sekali gus meninggikan status
Jepun sebagai sebuah kuasa besar di Asia Timur.
Jepun juga telah memperolehi Semenanjung Liaotung dan bahagian selatan
Pulau Sakhalin dari Rusia. Selain itu, Korea telah disahkan berada dibawah
lingkungan pengaruh Jepun. Selepas tahun 1910, korea telah menjadi sumber
bahan-bahan mentah dan pasaran yang penting bagi Jepun. Jepun telah
mengeksploitasi hasil-hasil dan ekonomi Korea. Lebih 75% pengeluaran
perindustrian Korea dimiliki oleh perbadanan-perbadanan Jepun terutamanya
golongan Zaibatsu atau golongan kapitalis.
Perang Rusia-Jepun 1904-1905, telah memberi kesempatan kepada Jepun
untuk menguasai manchuria. Melalui Perjanjian Peking pada 22 Disember
1905, Jepun mempunyai kuasa penuh ke atas Manchuria selatan. Ekonomi
Manchuria selatan juga di eksplotasi oelh Jepun.
Dari segi strategik, Korea menjadi sebuah pusat pertahanan Jepun dan
menjadi batu loncatan bagi Jepun untuk meluaskan pengaruhnya di Asia
Timur. Jepun telah mendirikan banyak pangkalan-pangkalan tentera darat,
laut dan udara serta turut membina landasan-landasan keretapi dan jalan
raya dengan tujuan bagi memenuhi keperluan militarinya.
Perang Rusia-Jepun juga mempunyai kesan yang penting ke atas kerajaan
Meiji. Apabila perjanjian keamanan tersebut diumumkan, majoriti rakyat
Jepun berasa bahawa mereka telah di khianati oleh kerajaan dan
mengaharapkan gantirugi yang besar dari Rusia. Jepun telah pun meneriam
200 tael dari Negara China sebagai hasil kemenangannya dalam Perang
China-Jepun. Rusuhan dan tunjuk-tunjuk perasaan telah berlaku. Rakyat telah
bangun dan menentang kepimpinan Perdana Menteri Katsura. Beliau telah
dipaksa meletakkan jawatan pada bulan Januari 1906 dan telah digantikan
oleh Saionji iaitu seorang pemimpin Parti Seiyukai.

Peperangan tersebut juga mengakibatkan kerugian sumber-sumber dan


tenaga manusia. Hampir 20,000 rakyat Jepun terkorban dan Jepun telah
membelanjakan 1.5 bilion untuk membiayai peperangan tersebut. Selain itu,
Perang Rusia_jepun juga telah mempergiatkan aktiviti imperialisme Jepun.
Perang China-Jepun telah membawa Taiwan di bawah kuasa Jepun. Ini diikuti
oleh Perang Rusia-Jepun 1904-1905 yang telah memperlihatkan perkuasan
kuasa Jepun ke atas Korea dan juga di Manchuria Selatan. Dasar perluasan
kuasa ini telah membawa Jepun ke Negara China dalam tahun 1930an dan
akhir sekali ke Asia Tenggara dalam tahun 1942, di mana negara tersebut
akhirnya mengalami kekalahan dalam tahun 1945.
Zaman pemerintahan Meiji berakhir dengan kematian Maharaja Meiji iaitu
Mutsuhito pada 30 Julai 1912. Ini merupakan salah satu zaman yang paling
gemilang dalam sejarah Jepun. Dibawah pemerintahan Meiji, Jepun telah
diubah kepada sebuah negara yang moden dan berkuasa. Pemerintahan Meiji
telah berjaya membangunkan bidang perindustrian disamping memimpin
negara tersebut ke arah imperialisme. Zaman Meiji ini juga telah
memperlihatkan perubahan-perubahn politik dan sosial yang luar biasa yang
telah mempengaruhi kehidupan setiap lapisan masyarakat Jepun. Pencapaian
terbesarnya ialah proses tranformasi ekonomi negara yang telah disertai oleh
perkembangan perindustrian yang pesat serta juga kebangkitan kapitalisme
Jepun. Bidang-bidang lain seperti pertanian, dan pendidikan telah mengalami
perubahan dan perkembangan yang pesat dan drastik.
Pada keseluruhannya, Zaman Meiji telah memainkan peranan yang penting
dalam sejarah Jepun. Zaman ini telah mempopularkan Jepun ke dalam bidang
politik antara bangsa sebagai sebuah negara yang moden dan berkuasa.
Transformasi Jepun yang begitu pesat dan cepat sebagai sebuah negara yang
moden dan berkuasa memperlihatkan bahawa proses-proses
perkembangannya adalah suatu yang ajaib dan menakjubkan.

ZAMAN JEPUN MODEN


3.1 Pengukuhan
3.11 PERHUBUNGAN DENGAN BARAT
Hubungan awal dengan Barat bermula dengan kedatangan mubaligh-mubaligh Kristian,
terutama di Selatan Jepun. Sedar atas bahaya kedatangan mission-mision tersebut, maka
pihak berkuasa Jepun telah melarang penyebaran agama Kristian. Kemasukan orangorang asing juga telah dihadkan kecuali beberapa orang pedagang Belanda dan China.
Mereka hanya dikhususkan berdagang di Pulau Deshima.

Rusia atau Britain yang mula-mula memaksa pemerintah Shogun membuka pintu ke
Jepun. Oktober 1852, Laksamana Putiyatin (Rusia) telah diberi kuasa untuk memujuk
Jepun untuk menandatangani suatu perjanjian perniagaan. Tetapi dalam bulan Ogos 1853
satu angkatan Amerika Syarikat di bawah Komander Matthew Perry menuntut agar
diadakan hubungan perniagaan. Terdapat empat factor penting mengapa Amerika
berminat terhadap Jepun :
1. Perkembangan perniagaan dengan China melalui Canton.
2. Perkembangan perusahaan orang Amerika ikan paus di Pasifik.
3. Pembukaan Carlifornia yang dilambangkan oleh Rebutan Emas dalam tahun
1849.
4. kemajuan dalam bidang pelayaran dengan menggunakan tenaga wap.
Satu daripada tujuan Perry ialah untuk mendapatkan jaminan daripada orang Jepun agar
memberi layanan baik kepada orang-orang Amerika yang menghadapi kesulitan
pelayaran ke negeri China.
Namun tujuan ini boleh disangsikan. Yang lebih penting ialah keinginan untuk
mendapatkan bekalan, termasuk bekalan arang batu untuk kapal-kapal Amerika yang
belayar ke Canton atau dari Conton. Diharapkan juga agar perniagaan dapat diadakan
dengan Jepun yang ingin diransangkan lagi dengan persaingan-pesaingan dari Britain.
Pada tahun 1854, Perry datang semula dengan 7 buah kapal, Puttyatin juga tiba di
Nagasaki dengan 4 buah kapal Rusia. 31 Mac 1854, telah dimaterikan Perjanjian
Kanagawa. Hasil dari perjanjian ini, pelabuhan Hakodate dan Shimoda dibuka kepada
kapal-kapal Amerika. Seorang konsul Amerika ditempatkan di Shimoda.
Sementara Rusia yang diwakili oleh Puttyatin belum membawa sebarang hasil.
Rundingan-rundingan Rusia-Jepun diteruskan di Shimoda pada tahun 1855. perjanjian
tersaebut telah memberikan pulau-pulau Kurile di Selatan dan Etofuru kepada Jepun.
Pulau-pulau di bahagian Utara diserahkan kepada Rusia. Pelabuhan Nagasaki, Shimoda
dan Hakodate dibuka kepada kapal-kapal Rusia.
Sebelum penghujung tahun 1855, satu lagi perjanjian dengan Belanda diadakan. Mulai
1856, Townsent Harris menjadi wakil kedutaan Amerika Syarikat di Jepun. Beliau
berjaya mendapatkan hak undang-undang sendiri bagi orang-orang Amerika yang
bermastautin di Jepun. Amerika Syarikat berjaya menamatkan sikap perjanjian diri Jepun.
Pembangunan Jepun Baru
Dalam perlembagaan baru negara Jepun, rakyat Jepun berikrar untuk menghormati citacita mulia keamanan dan demokrasi. Pada pendahuluan termaktub ikrar seperti berikut
iaitu Kami rakyat Jepun, ingin kepada keamanan selama-lamanya Kami ingin

mendapat tempat yang mulia dalam masyarakat antarabangsa yang berusaha memlihara
keamanan dan menghapuskan kezaliman dan perhambaan, penindasan dan penderitaan
buat selama-lamanya dari muka bumi.
Sebagai mengisi perlembagaan baru itu kerajaan Jepun telah berusaha dalam segala
lapangan mengikut beberapa projek yang telah dirancangkan. Contohnya Rancangan
Baru Pembangunan Negara yang telahpun berakhir pada tahun 1985. dalam rancangan
itu kerajaan berusaha mengatasi kawasan yang sesak, mengatasi masalah penduduk yang
semakin bertambah dan mengatasi jurang perbezaan antara daerah. Rancangan itu juga
berusaha membangunkan tenaga manusia sejajar dengan masyarakat moden untuk
mencapai cita-cita kebajikan bagi seluruh rakyat.
Untuk mengatasi masalah kawasan yang sesak dan penduduk yang semakin bertambah,
Rancangan Baru itu menitikberatkan tiga tugas utama iaitu pembentukan rangkaian baru
bagi kemajuan tanah negara, melaksanakan projek-projek pembangunan perindustrian
dan pemeliharaan alam sekitar. Menurut Rancangan Baru itu, kemudahan perhubungan
dan pengangkutan akan diperluas ke seluruh negara menyambungkan tujuh buah
bandaraya iaitu Sapporo, Sendai, Tokyo, Nagoya, Osaka, Hiroshima dan Fukuoka
disamping menghubungkan beberapa buah bandar tempatan yang lain. Membahagikan
penduduk perindustrian dan pembangunan ke serata daerah, manakala tujuh buah
bandaraya menjadi pusat menjalankan pentadbiran.
Rancangan pembangunan perindusrtrian mengikut dasar keadaan pada satu-satu tempat
yang berkaitan dengan rangkaian baru pengangkutan, perhubunga dan pembahagian.
Bagi mendapatkan daging dan susu untuk keperluan akan datang, Jepun memerlukan 10
ribu ekor lembu. Oleh sebab itu, padang ternakan lembu diadakan di beberapa daerah
termasuklah Hokkaido dan Kyusyu. Pembangunan industri barang-barang buatan akan di
perkembang ke kawasan pedalaman dengan mendirikan industri besar dan tempat-tempat
membawa masuk minyak mentah.
Pemeliharaan alam sekitar merupakan satu perkara utama dalam Rancangan baru ini.
Keindahan alam dan kebudayaan tradisi akan diperlindungi. Semua jenis tenaga akan
digunakan untuk mencegah bahaya bencana alam seperti ribut dan banjir. Pendidikan,
pelajaran, kebudayaan, pengangkutan dan kelengkapan-kelengkapan kesihatan akan
dimajukan dalam bandar-bandar daerah. Manakala bekalan air akan dibina ke kawasan
pedalaman yang jauh.
Dasar penting yang merubah keadaan perindustrian dan corak kependudukan ialah
supaya tidak menghalang pengaliran barang-barang, orang ramai dan komunikasi ke
seluruh ceruk rantau kepulauan Jepun. Untuk mencapai tujuan itu, sistem pengangkutan
ke seluruh tempat yang akan dibina bagi pengangkutan laju, umpamanya ialah jalan
keretapi super-ekspres Tokaido Syinkansen yang merupakan pencapaian teknologi
yang tinggi bagi perindustrian Jepun. Perkara-perkara penting lain yang berhubung
dengan sistem pengangkutan termasuklah pembinaan pelabuhan dan limbungan kapal
dan saluran paip minyak.
Rangkaian perhubungan cepat merupakan satu faktor dalam hal menghapuskan apayang

disebut kepincangan perhubungan. Rangkaian perhubungan rangkaian perhubungan


talian jauh telefon akan dibina, disamping memperluas proses perhubungan dengan
komputer, telefon, televisyen dan sebagainya. Bagi mengadakan rangkaian pengangkutan
dan perhubungan baru itu akan memekan belanja yang besar. Jepun melancarkan satu
sistem pelaburan modal yang cukup dari semasa ke semasa untuk mengatasi masalah
kawasan sesak dan kawasan kosong.
Bagi perhubungan luar negara Jepun dengan negara lain, Jepun mengadakan
perhubungan diplomatik dengan negara China dan Soviet Union. Hubungan Jepun dan
China diwujudkan kerana mereka mempunyai keyakinan perhubungan diplomatik dapat
diadakan antara kedua-dua buah negara atas dasar hormat menghormati kedaulatan
masing-masing. Manakala hubungan dengan Soviet Union dipercayai bukan sahaja
menguntungkan kedua-dua negara itu tetapi juga mencapai keamanan dan perseimbangan
di Timur Jauh.

PEMBANGUNAN JEPUN BARU


Selain itu Jepun juga mengadakan hubungan persahabatan dengan Eropah Barat dan Asia.
Persahabatan dengan Eropah Barat boleh memberi kesan yang mendalam terhadap saling
persefahaman dan kerjasama dalam suasana yang harmoni untuk memberi khidmat yang
besar kepada cita-cita pembangunan dan keamanan dunia. Persahabatan Jepun dengan
Asia penting kerana Asia ialah kawasan yang penting sekali bagi Jepun. Suasana
kerjasama serantau dapat menolong diri sendiri dalam bidang politik dan ekonomi.
Bukan itu sahaja, negara Jepun juga mengadakan kerjasama dengan Bangsa-Bangsa
Bersatu. Kerajaan Jepun sentiasa berkerjasama dengan Bangsa-bangsa Bersatu sebagai
satu daripada dasar luarnya dan memberi galakan kerjasama antarabangsa dengan tiaptiap negara di dalam Bangsa-bangsa Bersatu. Jepun mengambil bahagian yang positif
dalam aktiviti-aktiviti Bangsa-bangsa Bersatu untuk mencapai cita-cita pertubuhan dunia
itu.
Dalam mendukung cita-cita memlihara kehidupannya serta kemakmurannya, mereka
berpegang kepada prinsip keadilan dan kepercayaan negara-negara lain terhadapnya.
Jepun telah menetapkan tidak akan kembali kepada kuasa tentera sekalipun Jepun
mempunyai kesanggupan dan ekonomi yang kukuh untuk berbuat demikian. Ini
merupakan satu cabaran dalam satu percubaan yang tidak pernah tercatat dalam sejarah.
Namun demikian harapan untuk dapat mengatasi kesukaran-kesukaran ini dengan
kebijaksanaan dan ketekunan rakyat amatlah besar. Buktinya jelas dari kebolehan Jepun
membangun semula dari kebinasaan dan kehancuran perang. Jepun akan bergerak maju
untuk mendapatkan tempat yang mulia di dunia sebagai satu negara yang stabil dan

masyarakat berkebudayaan yang makmur, dan itulah yang memjadi asas diplomasi Jepun
pada masa hadapan.

3.12 PEMODENAN NEGARA


Kemasukkan orang-orang asing secara lansung menyebabkan kerajaan
Syogun tidak popluar dan akhirnya jatuh. Ahli-ahli sejarah memberi
pendapat yang berbeza tentang punca kejatuhan kerajaan Tokugawa.
Pendapat pertama mendakwa bahawa sistem kerajaan Tokugawa mungkin
tidak berubah pada dasarnya jika Amerika Syarikat dan negara-negara asing
membuka pintu yang tertutup itu dengan paksa. Kedatangan kuasa asinglah
yang merosak kerajaan Tokugawa.
Pendapat lain mendakwa, bahawa kejatuhan Tokugawa secara tidak langsung
disebabkan oleh berbagai factor dalam negeri Jepun, sebelum kedatangan
Perry lagi, desakan agar dilakukan perubahan ekonomi telah merosakkan
asas-asas Bakufu. Kedatangan Barat yang dilambangkan oleh kedatangan
Perry hanya sebagai sebab terakhir yang menuntutkan kerajaan Tokugawa.
Kerajaan Meiji yang dipegang oleh ketua suku Chosu, Setsuma dan tokohtokoh istana yang menggulingkan Shogun dahulu, percaya bahawa Jepun
memerlukan satu kerajaan nasional yang bersatu padu bagi mencapai tingkat
persamaan dalam bidang ketenteraan serta kebudayaan.
Pegawai-pegawai pentadbir dan pemimpin-pemimpin menyukat mendapat
sokongan hangat dari maharaja sendiri. Cogankata juga telah ditukarkan
menjadi Fukokukyohei. Banyak rombongan-rombongan di atas ke luar
negeri bagi meninjau perkembangan kemajuan pelajaran di Barat bagi
dicontohi. Pada tahun 1871, satu deligasi pemimpin dan ketua-ketua kerajaan
yang dipimpin oleh Iwakura Tomomi dihantar melawat Eropah dan Amerika
Syarikat.
Kerajaan Meiji menganggap bahawa punca kelemahan pentadbiran ialah
kerana sistem feudal. Usaha-usaha telah dilakukan untuk mengubahkan
sistem ini. Bila Syogun Tokugawa tewas, mereka segera bertindak untuk
membasmi sistem susun lapis masyrakat feudal. Pada tahun1869, satu
undang-undang telah dikeluarkan untuk menggantikan sistem susunan
peringkat yang lama dengan satu sistem pembahagian yang mudah iaitu
pembesar istana digelar orang bangswan ( Kazuko), samurai dipanggil
Shizoku dan yang lain dipanggil orang awam (Heimin).
Samurai dihentikan dari tugas-tugas pentadbiran dengan diberi pencen. Ini

menimbulkan kemarahan golongan samurai yang akhirnya menyebabkan


meletusnya pemberontakan Satsuma. Pemberontakan ini dapat dihapuskan.
Satu sistem cukai akhirnya dilaksanakan. Jumlah pendapatan dari cukai tanah
yang bertambah.
Kerajaan baru ini telah berjaya memalingkan taat setia penduduknya
daripada taat kepada tokoh kepada negara kebangsaan. Untuk meneguhkan
rasa taat setia ini, satu sistem pelajaran kebangsaan telah dilaksanakan.
Cita-cita hedak meluaskan kekuasaan Jepun bertumbuh selaras dengan
perkembangan pendidikan. Pendidikan yang diwajibkan dimulakan dalam
tahun1872. kemajuan sistem pendidikan bersama-sama dengan sisitem
kerahan tenaga membentuk rakyat Jepun yang menjadi suatu bangsa yang
termaju di Asia.

3.13 PERUBAHAN PERLEMBAGAAN


Permintaan lembaga-lembaga perwakilan di zaman awal pemerintahan Meiji
datang dari segolongan kecil masyarakat. Mereka ini amat penting kerana
terdiri daripada bekas ahli-ahli Oligarki, sarjana, penulis dan tuan-tuan tanah
kecil serta sederhana. Merekalah yang menjadi tulang belakang persatuanpersatuan politik paling awal. Dan persatuan politik ini kemudiannya
berkembang menjadi parti Kebangsaan (Jiyuto).
Pada tahun1881, Okuma Shigenobu telah menubuhkan Parti Kemajuan
( Kaishinto). Parti ini bergiat dikawasan bandar. Kedua-dua parti ini tidak ada
persamaan ideologi.
Sementara menunggu sebuah perlembagaan baru digubal, suatu reformasi
dalam pentadbiran diadakan. Suatu sistem jemaah menteri dengan Ito
Hirobumi sebagai Perdana Menteri telah dibentuk dalam tahun1885. Dalam
tahun1888, satu Majlis Penasihat Raja (Privy Council) telah dibentuk. Ito
menjadi pengerusi yang pertama setelah menyerahkan jawatan Perdana
Menteri kepada Kuroda Kiyotaka.
Pada 11 Februari 1889, maharaja Meiji menyerahkan perlembagaan Negeri
Jepun yang pertama kepada Perdana Menteri. Ini melambangkan hakikat
yang penting bahawa perlembagaan itu merupakan suatu penggunaan
daripada maharaja kepada rakyatnya. Antara isi kandungan perlembagaan
baru ini ialah Jepun hendaklah diperintah dan ditadbirkan oleh satu keturunan
maharaja, maharaja adalah suci dan tak boleh dicabuli. Maharaja tidak patut

dijadikan perbualan umum. Maharaja mempunyai kuasa undang-undang


dengan persetujuan Parlimen maharaja (Imperial Diet). Walaupun maharaja
mempunyai kuasa tetapi tiap-tipa undang-undang hendaklah dibentangkan
dalam parlimen maharaja. Undang-undang ini menjadi sah kalau Parlimen
tidak meluluskannya.
Suatu hakikat yang nyata, kuasa membuat undang-undang telah berpindah
dari tangan maharaja ke tangan Parlimen. Perlembagaan Meiji telah
menetapkan fungsi dua buah dewan iaitu Dewan Pertuanan dan Dewan
Perwakilan. Dewan Pertuanan mempunyai ahli-ahli yang terdiri daripada
golongan bangsawan. Kuasa Dewan Pertuanan sama dengan Dewan
Perwakilan. Ia boleh membatlkan undang-undang yang diluluskan oleh
Dewan Perwakilan.
Dewan Perwakilan dianggotai oleh ahli-ahli yang dipilih secara undi. Tetapi
hak mengundi itu terbatas kepada orang yang mempunyai harta sahaja.
Rakyat Jepun dijamin hak-hak asasi mereka seperti kebebasan bercakap,
menulis dan bersuara, namun pengakuan hak-hak tersebut tidak pula
menghalang pelaksanaan kuasa-kuasa maharaja dalm masa darurat.
Perlembagaan Meiji merupakan satu kemajuan yang penting ke arah suatu
bentuk kerajaan yang disertai oleh rakyat.

3.14 PERANG RUSIA-JEPUN


Perluasan Rusia ke Manchuria amat membimbangkan Jepun. Dalam tahun
1898 Rusia memajak Port Arthur dari China. Manchuria pula menjadi satu
kawasan di Timur Jauh yang penting bagi Rusia dari segi ketenteraan dan
ekonomi. Bila berlaku Pemberontakan Boxer, Rusia mendapat alasan untuk
membawa askar-askarnya ke Selatan melalui Manchuria. Ini memungkinkan
Rusia untuk menguasai Teluk Chili dari Taku Bar dan ke Chemulpo, jalan
masuk ke Seoul. Ini amat membimbangkan Jepun. Jepun berminat terhadap
Korea dan dengan kemaraan Rusia, minat Jepun ke atas Korea sendiri pasti
tergugat.
Pada tahun 1901, Britain dan Jepun percaya menghasilkan satu perikatan. Ini
amat penting bagi Jepun agar ia diberikan kebebasan untuk bertindak di
Korea.
Rusia menuntut kuasa ekonomi atas kekayaan Manchuria Selatan dan juga
menuntut agar diadakan satu kawasan berkecuali di Korea di Utara Garisan
Lintang 39 darjah.

Ini menimbulkan ketegangan. Jalan penyelesaian buntu.akhirnya Jepun


mengistiharkan perang pada 10 Februari 1904 dengan Rusia.
Perang ini mengambil masa paling singkat, iaitu tidak sampai 18 tahun. Jepun
memberi layanan yang baik kepada tawanan-tawanan perangnya.
Perang ini ditamatkan dengan Perjanjian Porstmouth ( 5 September 1905 ).
Rusia telah bersetuju untuk mengakui kepentingan-kepentingan politik,
tentera dan ekonomi Jepun di Korea serta menyerahkan kepada Jepun
pajakan ke atas Semenanjung Liaotung serta jalan keretapi yang
menyambung Port Athur dengan Mukden. Rusia juga menyerahkan separuh
dari Pulau Sakhalin serta hak-hak istimewa menangkap ikan kepada Jepun.
Jepun mendapat faedah besar dari peperangan ini. Ancaman Rusia ke atas
Korea telah dihapuskan. Rusia mula menumpukan perhatian semula ke
kawasan Balkan yang telah ditinggalkan sejak sekian lama. Jepun berjaya
menapak semula di Manchuria.
Jepun juga telah meneguhkan kedudukannya di Korea. Dalam tahun 1904,
Jeoun telah pun menempatkan penasihat kewangan dan diplomat-diplomat
Jepun. Ini berjalan sehingga terjadilah suatu trajedi di mana Ito ( seorang
pemimpin Meiji ) dibunuh oleh seorang Korea. Ini memberi alasan ayng kuat
untuk Jepun bertindak. Pada Ogos 1910, menerusi suatu perjanjian paksaan
Jepun memulakan penduduknya di Korea yang kelak mengambil masa
sehingga 35 tahun.

3.21 PERANG DUNIA PERTAMA


Semasa meletusnya Perang Dunia 1, Jepun masih lagi tertskluk kepada
Pakatan Inggeris Jepun. Bila meletus perang pada tahun 1914, semua kuasakuasa Barat tertumpu ke Eropah. Dalam perang ini, Jepun berperanan
menawan pulau-pulau di Lautan Pasifik serta Semenanjung Liaotung yang
dikuasai Jerman.
Bila kerajaan China menuntut wilayah tersebut, maka Jepun telah
mengemukakan Dua Puluh Satu Tuntutan. Jepun terus berjaya menguasai
Manchuria. Di samping itu, untuk meneguhkan kedudukannya, Jepun
membuat satu pakatan baru yang dianggotai oleh Jepun, Great Britain,
Amerika Syarikat dan Jerman. Sekaligus, pakatan ini memansuhkan pakatan
Inggeris-Jepun dulu. Pakatan ini disamping meneguhkan kedudukan Jepun
tetapi juga telah mengehadkan aktiviti militer Jepun.

3.22 PERANG DUNIA KEDUA


Kejayaan Hittler di Eropah menimbulkan 2 akibat serta merta di Jepun. Jepun
mula membentuk totalirisme dalam pemerintahan bila Putera Konoye
membubarkan semua parti-parti politik. Kemenangan Jerman juga
mewujudkan Perjanjian Paksi Tiga Pihak dalam bulan September 1940.
Perikatan Jerman, Jepun dan Itali telah meletakkan satu sekatan yang efektif
ke atas sebarang tindakan keras oleh Amerika Syarikat di Antlantik atau
Pasifik. Hanya Amerika Syarikat yang berupaya menghalang kemaraan Jepun
diAsia.
Dalam bulan Julai 1941, Jepun menduduki pengkalan-pengkalan di Selatan
Indo-China dan pendudukan ini merupakan satu ancaman ke atas Siam,
Tanah Melayu, dan Pulau-pulau Hindia- Timur.
Persidangan yang berlansung di Washington untuk mengelakkan dari
meletusnya peperangan ternyata gagal. Jepun terpaksa bersedia memerangi
Amerika dan Britain. Ini ternyata kerana pada 3 Disember 1941, Jepun telah
menyerang Hawaii, Hong Kong, Tanah Melayu, Singapura dan Filipina. Dan
enam bulan kemudian Jepun mencapai kemenangan cemerlang bila seluruh
Asia Tenggara berada di dalam gengamannya.
Dari segi ketenteraan, kemenangan Jepun mungkin kerana kekuatan
angkatan udara dan lautnya. Semangat keperwiraan di kalangan askar-askar
Jepun juga tinggi.
Dari semangat perjuangan, timbul pula kisah-kisah kekejaman yamg
dilakukan oleh askar-askar Jepun. Orang-orang tawanan Jepun diberi layanan
yang zalim. Tawanan-tawanan perang tidak dilayan dengan selaras syaratsyarat Perjanjian Geneva.
Jepun langsung tidak mengendahkan janji-janjinya sebagai pelindung bagi
rakyat Asia dan juga moto Asia untuk Orang Asia.
Namun kejayaan Jepun berjaya menghancurkan mitos bahawanya orang
putih itu suatu bangsa agung yang serba boleh. Ini menimbulkan semangat
yang berkobar-kobar untuk berjuang untuk kemerdekaan selepas
pendudukan Jepun nanti.
Dalam bulan Jun 1942, tentera Jepun dikalahkan di Lautan Pasifik dalam
Peperangan Midway. Tentera-tenra Jepun juga tertewas di pulau-pulau

Solomons, New Guinea, dan Utara New Guinea.


Jepun mulai sedar bahawa pakatan antara Jepun-Jerman-Itali tida
menguntungkan Jerman. Walaupun Jerman berjaya mengalih perhatian
Amerika Syarikat dari Asia ke Eropah, namun perang antara Jerman-Sovient
Union paling membimbangkan Jepun.
Di Tokyo, Tojo terpaksa menerima tanggungjawab di atas kekalahan teruk
Jepun Piminan kerajaan baru di bawah Jeneral Kaiso mengharapakn agar
Jepun masih berikhtiar untuk mencari pendamaian menerusi perdamaiaan
menerusi perundingan dengan pihak Berikat.
Di saat-saat akhir peperangan, Jepun terpaksa berhadapan dengan berbagaibagai tekanan. Semangat keperwiraan di kalangan tentera sudah merosot,
bekalan minyak simpanan hampir kehabisan dan juga ketegangan hubungan
dengan Rusia. Ini kian cemas bila Amerika Syarikat dan British pada 26 Julai
1945 mendesak agar Jepun menyerah kalah atau menghadapi bahaya
kehancuran negaranya. Pada 6 dan 9 Ogos Bandar Hiroshima dan Nagasaki
telah dibomatomkan. Secara rasmi, Jepun menyerah kalah pada 2 September
1945.
Jepun tentu tidak memasuki peperangan ini andainya angkatan-angkatan
bersenjata mengasingkan diri dari politik. Namun, tentera darat telah
menyalahgunakan kuasanya. Dan ini telah memburukkan nama baik Jepun di
seluruh Asia. Mereka hampir-hampir menghancurkan buat selama-lamanya
sistem pemerintahan beraja dan negara yang mereka telah bersumpah akan
berkhidmad untuknya.

3.23 JEPUN : ZAMAN SELEPAS PERANG


Selepas, Jepun melaksanakan satu dasar pemerintahan yang diselaraskan
dengan Pengistiharaan Postdam( 29 Ogos 1945 ). Laporan ini menghendaki
agar Jepun tidak lagi muncul sebagai kuasa yang boleh menggugat Amerika
Syarikat serta keamanan dunia.
Matlamat-matlamat laporan ini akan dilaksanakan oleh Majlis Tertinggi Kuasa
Berikat ( Supreme Comander of Allied Powers-SCAP ) yang diketuai oleh
jeneral Daughlas Mac Arthur.
Pada peringkat awal, SCAP telah bertindak segera untuk menghapuskan
sokongan tentera kepada pemerintahan yang membawa Jepun ke kancah
peperangan dahulu.

Angkatan Bersenjata telah dilumpuhkan Agama Shanto yang mendewadewakan maharaja dirombak individu-individu yang aktif dalam politik dan
organisasi penting. Gerakan pembersihan dijalankan untuk memberkas
orang-orang yang bertanggungjwab dalam peperangan dahulu. Bekas
Perdana Menteri Tojo dan Hototo serta beberapa orang pengikutnya
dibicarakan di Mahkamah Pengadilan Antarabangsa.
SCAP telah merangka satu Perlembagaan Baru untuk beberapa garis
panduan. Sistem pemerintahan beraja akan dipertahankan tetapi ini tertakluk
kepada kehendak rakyat. Kegiatan ketenteraan dan yang berbentuk perang
tidak dibenarkan. Segala bentuk feudalism mesti dihapuskan. Perlembagaan
ini menetapkan bahawa kedaulatan tidak terletak pada maharaja tetapi pada
rakyat Jepun.
Parlimen menjadi alat negara yang tertinggi. Maharaja bertindak sebagai
lambing negara dan perpaduan rakyat.
Dewan Pertuanan telah digantikan oleh suatu Dewan Penasihat (Councillors).
Ahli-ahli dipilih tiap-tipa 6 tahun dan 3 tahun sekali. Ahli-ahlinya terdiri dari
orang lelaki. Perlembagaan baru ini walaupun hasil buah tangan Amerika
Syarikat tetapi ia dapat oleh rakyat Jepun.
Amerika juga menjadikan Jepun sebagai benteng penghalang kepada
perkembangan pengaruh Komunis di Timur. Pemerintah baru ini mengambil
tindakan tegas terhadap Komunis.
Perang Korea meletus pada tahun 1950 dan banyak askar-askar Amerika
yang ditempatkan di Jepun dikerahkan untuk mempertahankan Korea Selatan
dari jatuh ke tangan Komunis. Perang Korea banyak menguntungkan Jepun
kerana Jepun menjadi pembekal utama untuk alat-alat keperluan peperangan
di Korea. Menjelang penghujung tahun 1951, Mac Arthur telah dilucutkan
jawatannya. Beliau digantikan oleh Foster Dulles yang memainkan peranan
penting hingga berjaya mengadakan satu persidangan perdamaiaan di San
Francisco pada 8 September 1951.
Persidangan yang dihadiri oleh 48 buah negara lain lebih merupakan satu
perhimpunan rasmi untuk mempersetujui apa yang telah ditetapkan. Rusia,
Poland dan Czechoslovakia enggan menandatanganinya.
Pada hari yang sama juga Jepun bersama Amerika Syarikat mematerikan satu
Perjanjian keselamatan yang membenarkan penempatan askar-askar Amerika
di Jepun untuk keperluan pertahanan.

Perjanjian ini dikuatkuasakan pada 28 April 1952. tarikh ini menandakan


tamatnya pendudukan Amerika Syarikat ke atas Jepun. Jepun sekali lagi
muncul sebagai negara yang merdeka dan dengan penuh yakin melangkah
ke hadapan untuk membentuk sebuah negara industri yang moden.

Anda mungkin juga menyukai