Anda di halaman 1dari 2

Pengurusan Prestasi

1.

Pengurusan Prestasi sangat penting dalam sesebuah organisasi sekolah. Pengurusan Prestasi ini boleh

dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu Pengurusan Prestasi Individu, Pengurusan Prestasi Sumber Manusia, dan
Pengurusan Prestasi Organisasi.
Pengurusan Prestasi Individu, ialah diri sendiri yang memahami hala tuju sekolah hendak dibawa ke mana. Diri
sendiri sentiasa berfikiran positif, membugarkan potensi diri serta bermotivasi tinggi.
Pengurusan Prestasi Sumber Manusia, sentiasa memantau orang bawahan termasuklah penolong kanan, guruguru, kaki tangan, dan pekerja swasta. Pemantauan ini perlulah kerap berserta cacatan, agar setiap orang bawahan
kita menampakkan keberhasilan kerja dan kemenjadian murid yang mencapai objektif yang telah disasarkan.
Pengurusan Prestasi Organisasi, mencakupi secara keseluruhan organisasi sekolah dengan pengukuran yang
standard dapat mengukur sekolah di tahap Band mana diperingkat daerah, negeri seterusnya di peringkat
kebangsaan.

2. Bagi mengurus prestasi memerlukan kemahiran, kecekapan, memahami apa yang hendak dinilai, pemahaman
yang jelas tentang elemen-elemen tertentu dan pengetahuan yang tinggi disamping penilaian yang telus tanpa
melibatkan emosi serta rasa kecewa, dendam, hasad dan sebagainya.
Justeru, pengurusan prestasi hendaklah diurus dengan cemerlang dan secara profesional. Penilaian yang
dilakukan mestilah mengikut tahap kompetensi yang sebenar samaada seseorang staf tersebut telah mencapai KPI
atau menepati sasaran. SKT yang telah dirancang seawal tahun akan disemak oleh penilai dan akan ditambah baik
pada setengah tahun.
Begitu penting bagi penilai mengenali orang yang dinilai dan mempunyai hubungan yang akrab, kerana yang
dinilai adalah manusia yang akan menampakkan tindak balas dengan cara yang positif atau sebaliknya.
3.

Dalam sesuatu pengurusan prestasi, pekara yang perlu dipertimbangkan ialah prestasi pengurus yang

cemerlang dan menjadi contoh kepada pekerja yang lain. Sesuatu cara pengurusan bergantung kepada beberapa
faktor iaitu personaliti individu, suasana tempat kerja, ukuran masa dan budaya sesuatu organisasi. Pengurusan
prestasi yang berkesan harus mempunyai panduan dan bantuan dalam pembangunan sumber manusia.

4.
Penilaian prestasi dilakukan untuk mengukur tahap kopetensi, pencapaian dan kecekapan seseorang pekerja/staf
yang telah menjalankan tanggungjawab dalam satu tempoh tertentu. Penilaian dilakukan secara formal dan tidak
formal menurut garis panduan yang telah ditetapkan. Adakah berlaku keadilan dalam penilaian? Manusia
mempunyai banyak kelemahan, salah satunya ialah emosi yang banyak mempengaruhi keputusan seseorang itu.
Penilaian yang dilakukan secara tidak profesional menyebabkan berlakunya keputusan yang tidak tepat.
5. Penilaian prestasi pada dasarnya merupakan salah satu faktor untuk mengembangkan sesuatu aktiviti secara
efektif dan efisien. Penilaian prestasi yang berkesan dapat mencapai matlamat ini dengan melibatkan setiap
pekerja ke dalam suatu program pengembangan yang berterusan . Program ini kemudiannya diterima bersama
oleh pihak pekerja dan penyelia . Dengan mengadakan program yang berterusan dan berkesan ia akan
mempertingkatkan keupayaan seseorang penyelia menilai orang bawahannya dengan tepat . Oleh itu, keputusan
mengenai kenaikan gaji, pengesahan jawatan, pangkat dan pengagihan tugas dan sebagainya akan menjadi lebih
mudah. Penyeliaan yang profesional akan memberikan penilaian yang adil terhadap orang bawahannya dan
memberikan motivasi kepada setiap pekerjanya.

6. Pengurusan Prestasi dilakukan dengan mengukur tahap kompetensi, pencapaian dan kecekapan seseorang staf
secara profesional,adil dan tulus tanpa mengambil kira latar belakang seseorang staf.Prinsip yang dipegang dalam
penilaian prestasi ini beloh mewujudkan tingkah laku positif dalam kalangan pegawai-pegawai. Keberkesanan
pengurusan penilaian prestasi staf bergantung kepada kefahaman tentang prinsip penilaian prestasi, pematuhan
terhadap pekeliling dan komitmen semua pihak dalam organisasi.

Anda mungkin juga menyukai