Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
PENCEGAHAN)
SOALAN:
Banyak faktor yang mengakibatkan kegiatan rasuah semakin berleluasa di negara ini. Oleh itu,
huraikan langkah-langkah pencegahan perlu untuk mengatasi gejala ini. Huraikan.
ISI-ISI:
FAKTOR-FAKTOR:
1.
Kelemahan peribadi seseorang (kurang didikan agama)
2.
Kelemahan kepimpinan
3.
Faktor perkembangan modenisasi
4.
Faktor sosial dan budaya
KESAN:
1.
Berlaku ketidakadilan dalam masyarakat (golongan miskin/sederhana ditindas)
2.
Menjejaskan imej negara (nama negara akan tercemar di mata dunia)
3.
Mengancam keselamatan rakyat dan negara (sektor pembinaan-bahan tidak berkualiti)
4.
Melemahkan sistem pemerintahan (lahir pemimpin yang tidak berkualiti)
5.
Menghancurkan sebuah negara
LANGKAH PENCEGAHAN:
1.
Penguatkuasaan undang-undang
2.
Kempen kesedaran
3.
Penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM)
4.
Mempermudahkan urusan melalui ICT (lebih selamat)
5.
Penerapan nilai murni di sekolah (Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Pendidikan Sivik
dan Kewarganegaraan)
6.
Didikan agama yang mencukupi (sejak kecil)
CONTOH JAWAPAN:
Kegiatan rasuah semakin berleluasa di negara kita dan menjadi ancaman kepada imej negara.
Terdapat beberapa faktor dan langkah-langkah drastik yang perlu dilakukan untuk mencegah
kegiatan rasuah ini.
Antara faktor yang menyebabkan gejala rasuah ini adalah kelemahan peribadi seseorang
induvidu. Kelemahan peribadi ini mungkin disebabkan oleh kurangnya didikan agama dan moral
seseorang. Sikap ingin hidup mewah dan tamak menyebabkan golongan yang mengambil rasuah ini
sanggup mengetepikan ajaran agama. Mereka hanya memikirkan kesenangan sementara tanpa
sedar balasan dan hukuman yang bakal diterima kelak.
Selain itu, kelemahan kepimpinan dan pengurusan organisasi juga merupakan faktor utama
berlakunya rasuah. Kepimpinan yang tidak cekap dan lemah menyebabkan kurang penyeliaan dan
pemantauan ke atas golongan pekerja. Hal ini akan mendorong aktiviti rasuah berlansung secara
berleluasa dalam sesebuah organisasi. Oleh itu, golongan pekerja merupakan golongan yang mudah
terjebak dalam gejala rasuah.
Di samping itu, terdapat beberapa langkah untuk mengatasi gejala rasuah ini
seperti memperkuatkuasakan undang-undang dan hukuman. Hal ini bagi memastikan
pengamal rasuah akan berfikir dua kali sebelum melakukan rasuah. Hukuman yang berat perlu
dijatuhi kepada pesalah rasuah agar mereka serik untuk melakukan gejala rasuah di kemudian hari.
Melalui langkah ini, masyarakat akan sedar betapa bahayanya aktiviti rasuah ini.
Seterusnya, pendedahan awal tentang bahayanya gejala rasuah sejak di bangku
sekolah lagi merupakan langkah yang bijak bagi menangani gejala rasuah. Generasi yang dididik
agar membenci gejala rasuah ini akan lebih bersikap telus, jujur dan amanah semasa menjalankan
tugas mereka. Pendedahan awal tentang gejala rasuah ini boleh diterapkan dalam sukatan pelajaran
di sekolah dalam mata pelajaran Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, dan Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan.
Langkah lain ialah mempermudahkan urusan menggunakan kemudahan teknologi
maklumat (ICT). Proses yang panjang dan sukar semasa melakukan urusan harus dipermudahkan
menggunakan kelebihan ICT. Melalui cara ini, seseorang induvidu lebih cenderung berurusan
dengan menggunakan perkhidmatan atas talian yang lebih cepat dan cekap sekaligus membendung
gejala rasuah yang mudah berlaku seperti sogokan semata-mata untuk mempercepatkan prosedur
proses urusan.
Kesimpulannya, semua lapisan masyarakat perlu berganding bahu bagi membanteras gejala
rasuah ini agar imej negara bersih dari gejala rasuah. Hal ini juga akan menjadikan ekonomi negara
kita bertambah maju tanpa rasuah.