Anda di halaman 1dari 3

Esei: Faktor Kemasukan Pendatang Asing Tanpa Izin:

Salah satu punca ialah kekurangan pekerja di pelbagai sektor dalam Malaysia seperti sektor pertanian, perladangan dan
pembinaan. Pengambilan pekerja asing untuk bekerja di sektor pertanian, perladangan dan pembinaan kerana kerja-kerja tersebut
ditolak oleh penduduk tempatan. Penduduk tempatan mempunyai pilihan untuk bekerja di sektor yang menawarkan pendapatan
yang lumayan, selesa dan tidak bahaya. Oleh itu,majikan tempatan terpaksa mengambil pekerja asing untuk bekerja di sektorsektor tersebut supaya tidak berlaku kekosongan.
Selain itu,majikan tempatan suka menggaji mereka disebabkan gaji mereka lebih rendah berbanding dengan pekerja
tempatan. Dengan kos upah yang rendah, majikan tempatan boleh menjimatkan kos pengeluaran dan mendapat keuntungan yang
lebih lumayan. Sebaliknya, pekerja tempatan meminta gaji yang tinggi dan kebajikan untuk melindungi mereka, menyebabkan
majikan tempatan perlu membelanjakan sejumlah wang untuk perbelanjaan bagi kepentingan pekerja dan mengurangkan
keuntungan majikan.
Di samping itu, kemiskinan dan pengangguran di negara asal pendatang asing. Mereka terpaksa bekerja di negara kita
untuk menyara seisi keluarga di kampung mereka yang miskin. Kebanyakan pekerja asing di Malaysia merebut peluang sebaik
mungkin untuk mengumpulkan wang dan harta kerana peluang tersebut tidak ada di negara mereka. Disebabkan kemiskinan dan
pengangguran di negara asal mereka, pekerja asing rela bekerja apa saja dan tidak kira berapa yang dibayar kerana di dalam
negera mereka tidak mempunyai pekerjaan. Walaupun bekerja membanting tulang, diperlakukan sangat hina, dan kadang dianiaya
serta di perkosa, sebahagian besar dari mereka tetap memilih bekerja di luar negara daripada menganggur di kampung-kampung.

Esei: Kesan Pendatang Asing Tanpa Izin:


Kini, negara Malaysia sedang mengalami kemelut ekoran kedatangan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang semakin
ramai. PATI telah memilih Malaysia sebagai tempat tumpuan mereka untuk mencari rezeki dan jalan penyelesaian bagi mengubah
kehidupan dengan berhijrah dari negara mereka sendiri. Menurut kamus dewan edisi keempat, pendatang asing tanpa izin (PATI)
dapat didefinisikan sebagai orang yang bukan warganegara Malaysia tetapi telah masuk ke Malaysia sama ada secara pendaftaran
mahupun secara haram. Kebanyakan PATI yang datang ke Malaysia ialah orang yang datang dari negara luar seperti Myanmar,
India , Indonesia dan sebagainya.
Kedatangan pendatang asing juga mendatangkan masalah perumahan. Mereka akan mendirikan kawasan perumahan
secara haram. Sesetengah kumpulan pendatang asing ini pula membuka kawasan hutan sebagai kawasan perumahan mereka.
Kawasan setinggan ini tidak teratur dan kekurangan kemudahan asas, seperti sistem pembuangan sampah dan air kumbahan. Oleh
itu, pencemaran alam sekitar akan berlaku. Selain itu, pembangunan negara pada masa akan datang juga terbantut. Imej negara
kita juga terjejas kerana ini menggambarkan kelemahan pentadbiran kerajaan serta pengagihan ekonomi yang tidak seimbang.
Kebanjiran pendatang asing tanpa izin juga turut menyebabkan peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor khususnya
sektor pembuatan dimonopoli oleh pendatang tersebut. Tidak dinafikan migrasi pendatang asing ini ke negara kita adalah
berpunca daripada kurang peluang pekerjaan di negara mereka. Kesanggupan mereka untuk bekerja di negara ini terbukti apabila
banyak sektor pembinaan yang menawarkan mereka pekerjaan sebagai buruh binaan yang memenatkan. Walaupun begitu, seperti
kata peribahasa, "Alah bisa tegal biasa", kesusahan tersebut tidak menghalang mereka untuk terus bekerja, tidak sama seperti
rakyat negara ini yang tidak tahan dengan pekerjaan berat tersebut.
Penyakit-penyakit berbahaya juga akan merebak dengan meluas. Buruh asing yang sah akan dikenakan pemeriksaan
kesihatan. Sebaliknya, pendatang asing tanpa izin tidak berbuat demikian. Banyak antara mereka berasal dari kawasan mundur di
negara asal mereka. Kesihatan mereka kurang terjamin. Ada antara mereka menghidap AIDS, tibi, penyakit kelamin, dan
sebagainya. Akibatnya, rakyat kita menjadi mangsa. Statistik telah menunjukkan bilangan rakyat yang menghidap penyakit tibi
meningkat semula.
Salah satu langkah utama menangani kedatangan pendatang asing ialah mengehadkan pergantungan kepada buruh asing.
Melalui kaedah baru pengambilan pekerja asing dalam sektor-sektor tertentu mengikut negara sumber yang diluluskan kerajaan,
kita berharap selepas ini pihak berkuasa akan mampu memantau kehadiran dan pergerakan warga asing di negara ini. Jelasnya,
pihak ejen dan majikan yang mengambil pekerja asing perlu memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh kerajaan.
Tanggungjawab mereka adalah untuk mengingatkan para pekerja asing di bawah jagaan mereka tentang sistem budaya
bermasyarakat dan mematuhi undang-undang negara ini kerana di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.
Masalah yang turut melibatkan hubungan antara dua negara ini seharusnya diselesaikan secara diplomatik antara keduaduanya, misalnya negara Indonesia perlu menyokong dan mempersetujui tindakan kerajaan Malaysia untuk menghantar
sebilangan besar rakyat negara tersebut yang tidak memiliki permit pekerjaan yang sah di negara ini tanpa mengenakan tindakan
berat kepada mereka. Negara Indonesia juga perlu menerima keputusan jika Malaysia terpaksa mengenakan hukuman kepada

sebahagian rakyat negara jiran yang berkeras untuk tidak menyerah diri pada tarikh yang ditetapkan. Kerjasama antara kedua-dua
pihak ini pasti akan mengurangkan masalah kebanjiran pendatang asing tanpa izin ke negara ini, seterusnya hubungan diplomatik
antara kedua-dua buah negara juga tidak akan terjejas.
Pelbagai usaha dan tindakan tegas telah diambil oleh pihak berkuasa, misalnya pihak imigresen yang mengetatkan
pengawasan di sempadan negara dan tidak kurang juga tindakan kerajaan untuk mengembalikan sebilangan besar pendatang asing
yang tiada permit ke negara mereka. Ekoran daripada tindakan tersebut, usaha pendatang asing tanpa izin yang berniat untuk
datang ke negara ini dapat dibanteras. Oleh hal yang demikian, usaha itu haruslah diteruskan agar keamanan dapat dikekalkan di
negara kita.
Kesimpulannya, kita memang memerlukan tenaga asing dalam pembangunan negara. Namun kehadiran mereka,
terutamanya golongan tanpa izin, juga menimbulkan masalah. Kerajaan perlu menangani masalah ini dengan serius supaya rakyat
kita tidak menjadi minoriti di tanah airnya sendiri. Masalah ini sudah tentu akan menjadi lebih serius jika tidak ditangani segera.
Selain itu kerjasama antara pihak berkuasa tempatan serta pihak kerajaan kita dengan kerajaan negara jiran perlu ditingkatkan agar
masalah rasuah dalam kalangan pihak berkuasa tidak berlaku. Hal ini perlu dibanteras agar tidak memburukkan keadaan lagi. Jika
masalah tersebut dapat ditangani, sudah tentu hal ini tidak akan menjejaskan hubungan diplomatik antara negara yang sudah
sekian lama terjalin.

Esei Kesan Pendatang Asing Tanpa Izin:


Ekonomi Malaysia kebelakangan ini berkembang dengan pesat. Projek pembangunan raksasa berjalan dengan lancar.
Sebagai hasilnya, wujudlah peluang pekerjaan yang meluas dan timbul masalah kekurangan tenaga kerja. Jadi, Malaysia kini
menjadi tumpuan pendatang asing yang ingin mencari rezeki lumayan. Namun kemasukan pendatang asing tanpa izin yang
banyak telah menimbulkan pelbagai masalah.
Masalah utama ialah kesulitan yang dihadapi oleh kerajaan untuk membanteras kemasukan pendatang asing tanpa izin
ini. Pihak polis, tentera, dan Jabatan Imigresen terpaksa bekerja keras untuk memberkas mereka. Mereka ditahan dan ditempatkan
di kern tahanan sementara. Kedutaan asing pula kurang bekerjasama. Kedutaan asing enggan mengeluarkan dokumen perjalanan
sementara kepada rakyatnya supaya mereka dapat dihantar balik. Kedutaan asing juga enggan membiayai kos penghantaran
pulang. Hal ini menyebabkan banyak tenaga, wang, dan masa kerajaan terbazir dalam usaha mencegah kemasukan pendatang
tanpa izin.
Keselamatan sosial kita juga terancam. Ada antara pendatang asing tanpa izin ini merupakan penjenayah yang
dikehendaki oleh pihak berkuasa di negara asal mereka. Mereka melarikan diri ke Malaysia supaya terlepas daripada serbuan
pihak berkuasa negara asal mereka. Malangnya, mereka terns melakukan jenayah di Bini. Kes-kes rompakan, pembunuhan, dan
rogol sering berlaku. Mangsa akan menanggung trauma sepanjang masa. Malahan sesetengah taman perumahan dimasuki pencuri
setiap mal am buat satu tempoh yang panjang. Hal ini menyebabkan penduduk tempatan hidup dalam ketakutan. Kes-kes
penjenayah warga Indonesia ditembak mati dalam serbuan polis bukanlah kes yang luar biasa lagi. Malah tentera kita terpaksa
dikerah ke Semporna, Sabah, untuk menghadapi lanun Filipina yang menggunakan senjata canggih untuk melakukan rompakan
pada siang hari.
Penyakit-penyakit berbahaya juga akan merebak dengan meluas. Buruh asing yang sah akan dikenakan pemeriksaan
kesihatan. Sebaliknya, pendatang asing tanpa izin tidak berbuat demikian. Banyak antara mereka berasal dari kawasan mundur di
negara asal mereka. Kesihatan mereka kurang terjamin. Ada antara mereka menghidap AIDS, tibi, penyakit kelamin, dan
sebagainya. Akibatnya, rakyat kita menjadi mangsa. Statistik telah menunjukkan bilangan rakyat yang menghidap penyakit tibi
meningkat semula. Banyak pendatang asing tanpa izin juga disahkan sebagai pembawa kuman HIV dan hepatitis. Hubungan
mereka secara seksual dengan pelacur tempatan akan mempercepat jangkitan AIDS.
Kedatangan pendatang asing, khususnya yang tanpa izin, juga mendatangkan masalah perumahan. Mereka akan
mendirikan kawasan perumahan secara haram. Sesetengah kumpulan pendatang asing ini pula membuka kawasan hutan sebagai
kawasan perumahan mereka. Kawasan setinggan ini tidak teratur dan kekurangan kemudahan asas, seperti sistem pembuangan
sampah dan air kumbahan. Oleh itu, pencemaran alam sekitar akan berlaku. Selain itu, pembangunan negara pada mas a akan
datang juga terbantut kerana kemunculan setinggan ini. Imej negara kita juga terjejas kerana ini menggambarkan kelemahan
pentadbiran kerajaan serta pengagihan ekonomi yang tidak seimbang. Terdapat juga kawasan perkampungan haram yang mewah,
lengkap dengan bekalan elektrik, dan air.
Hak rakyat kita juga sedikit sebanyak terjejas. Pihak majikan lebih suka mengupah pendatang asing tanpa izin dalam
sektor perladangan, pembinaan, dan pembantu rumah kerana gaji mereka jauh lebih murah. Hal ini pasti menjejaskan peluang
pekerjaan rakyat kita sungguhpun bukan semua rakyat kita berminat dalam bidang pekerjaan ini. Selain itu, banyak antara mereka
melibatkan diri dalam perniagaan, misalnya membuka gerai makanan, menjual barang kemas, lampu hiasan, batik dan sebagainya.

Malah ada antara mereka yang menjadi kaya-raya, berumah besar tanpa membayar cukai pendapatan. Pada ketika nilai wang kita
jatuh dengan teruknya, peluang pekerjaan rakyat semakin sempit. Hal ini memang tidak adil kepada rakyat kita.
Kita memerlukan tenaga asing dalam pembangunan negara. Namun kehadiran mereka, terutamanya golongan tanpa izin,
juga menimbulkan masalah. Kerajaan perlu menangani masalah ini dengan serius supaya rakyat kita tidak menjadi minoriti di
tanah airnya sendiri.

Langkah Mengatasi Isu Pendatang Asing Tanpa Izin:


Pertumbuhan ekonomi yang pesat di negara kita telah meningkatkan keperluan buruh asing dalam pelbagai bidang
utama. Lantas, ratusan ribu penduduk dari negara jiran mengambil kesempatan memasuki negara kita secara beramai-ramai.
Kehadiran mereka telah mencetuskan kebimbangan di kalangan pemimpin dan rakyat tempatan. Oleh yang demikian, kehadiran
mereka perlu dibendung dan diawasi.
Dalam usaha membendung kehadiran PATI, pihak berkuasa wajar meningkatkan kawalan dan pengawasan di sepanjang
pantai dan sempadan negara kita. Pihak polis marin, imigresen dan tentera laut hendaklah bergabung tenaga dan bertindak secara
bersepadu. Pihak-pihak tersebut harus lebih giat mengesan tempat-tempat pencerobohan untuk menyekat kemasukan PATI.
Mereka hendaklah menjalankan pemeriksaan lebih kerap di kawasan sempadan yang mudah dicerobohi. Usaha seumpama ini
akan menyukarkan kemasukan pendatang tanpa izin lalu mengurangkan jumlah PATI di negara kita.
Seterusnya pihak polis perlu meningkatkan penguatkuasaan undang-undang berhubung pekerja asing, terutamanya yang
masuk tanpa izin. Pihak berkuasa hendaklah sentiasa mengawasi dalang dan sindiket yang menguruskan kemasukan pendatang
asing tanpa izin ini. Mereka yang diberkas seharusnya dijatuhi hukuman yang berat termasuk hukuman mandatori. Para pendatang
asing yang ditahan ini harus dikenakan tindakan undang-undang yang tegas agar mereka tidak mengulangi kesalahan yang
dilakukan.
Di samping itu, semua pihak yang berkuasa wajar melipatgandakan operasi-operasi mengesan, menahan dan menghantar
semula pekerjapekerja tanpa izin. Pelancaran operasi kerajaan seperti Operasi Pemutihan dan Operasi Nyah amat berkesan dalam
usaha membendung limpahan pendatang asing tanpa izin. Operasioperasi seperti ini akan mengurangkan kecenderungan
kemasukan pendatang tanpa izin ke negara kita. Walau bagaimanapun, kejayaan dan keberkesanan operasi seumpama ini amat
bergantung kepada kerjasama dan sokongan orang ramai dan ketegasan pihak kerajaan.
Usaha-usaha menghalang limpahan pekerja asing tanpa izin tidak akan mendatangkan kejayaan yang memberangsangkan
jika tidak disertai kerjasama masyarakat, terutamanya pihak majikan. Sesungguhnya sikap majikan yang acuh tak acuh terhadap
seruan kerajaan berhubung masalah pendatang asing tanpa izin telah memburukkan keadaan. Golongan ini seharusnya mengubah
sikap demi kepentingan negara dan rakyat. Majikan hendaklah menggaji pekerja asing yang memiliki visa dan permit kerja yang
sah sahaja.
Kerjasama antara kerajaan Malaysia dan kerajaan negara jiran yang terbabit amat penting untuk membendung
kemasukan pendatang asing tanpa izin. Pihak kerajaan melalui Kementerian Luar Negeri, perlu menganjurkan rundingan tentang
kawalan sempadan. Malahan adalah perlu untuk mewujudkan pasukan bertindak bersama bagi menjamin kawalan sempadan yang
lebih efektif Selain itu, ejen-ejen yang sah perlu dilantik untuk mengendalikan kemasukan pekerja asing secara lebih teratur dan
terkawal.
Kesimpulannya, keperluan dan peranan pekerja asing dalam pembangunan ekonomi negara kita memang tidak dapat
dinafikan. Namun demikian, limpahan pekerja asing terutamanya pendatang tanpa izin yang tidak dikawal dan berterusan sudah
tentu akan memudaratkan kesejahteraan rakyat kita.

Anda mungkin juga menyukai