Anda di halaman 1dari 24

BIODATA

Nama

: Wan Nadia Binti Wan Talib

No Kad Pengenalan : 880821-11-5090

Alamat

: No 11 A, Jln suasana, 2 / 8B, Bandar Tun Hussein Onn,


43200 Cheras, Selangor.

No. Telefon

: 019-9472010

Major

: Pengajian Sosial

Ambilan

: Januari 2009

Unit

: PISMP 9

HALAMAN PENGAKUAN

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan yang telah saya
ringkaskan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan

:..

Nama Penulis

: Wan Nadia Binti Wan Talib

Tarikh

: 4 April 2010

PENGHARGAAN

Alhamdulillah dengan limpah dan kurniaNya Kerja Kursus ini dapat disiapkan pada
tarikh yang telah ditetapkan. Sebenarnya, bayak pihak yang telah banyak berbakti
kepada saya dalam menyiapkan Kerja Kursus Pendek ini.

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah
pembimbing iaitu Puan Rafiah binti Daud. Beliau telah banyak memberi tunjuk ajar dan
pendapat-pendapat yang amat berguna sepanjang menyiapkan tugasan ini. Tanpa
panduan dan tunjuk ajar daripada beliau, sudah tentu saya akan mengalami pelbagai
kesukaran sebelum dapat melengkapkan tugasan ini.

Selain itu, ibu bapa saya juga telah banyak memberikan dorongan serta bantuan
keuwangan di dalam menyiapkan projek ini.

Pada mulanya saya berasa sungguh

malas untuk menyiapkan projek ini, namun atas dorongan dan bantuan yang telah
mereka berikan, saya akhirnya dapat menyiapkan tugasan ini.

Akhir sekali, ribuan terima kasih ingin saya ucapkan kepada rakan-rakan saya
yang telah banyak membantu saya. Semasa melakukan tugasan ini, rakan-rakan
sepermainan yang telah banyak membantu saya iaitu mencadangkan bahan-bahan
yang sesuai dan bermutu untuk dijadikan sebagai rujukan.

Oleh itu, saya sekali lagi mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada
semua pihak yang telah banyak membantu saya dalam menjayakan Kerja Kursus ini.

1.0

PENGENALAN
Pada tahun 1982 Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan
Kurikulum

Baru

Sekolah

Rendah

(KBSR),

iaitu

saru

kurikulum

yang

mementingkan kemahiran menulis, membaca dan mengira. KBSR telah


dilaksanakan di semua jenis sekolah rendah sejak tahun satu pada tahun 1982
yang lalu. KBSR dirancang dalam tiga bidang asas iaitu bidang komunnikasi,
bidang manusia dengan alam sekitar dan bidang perkembangan individu. Mata
pelajaran Bahasa Malaysia dan Matematik dimasukkan ke dalam komunikasi
kerana kebudayaan manusia pada abad ini berinteraksi dengan konsep dan
kemahiran manipulatif.
Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia KBSR mengandungi dua tahap iaitu
tahap pertama tahun 1-3 dan tahap kedua tahun 4-6. Pada tahap pertama muridmurid dipimpin dalam kemahiran bertutur, mendengar kemudian diikuti dengan
kemahiran membaca, menulis dan mengira. Murid-murid pada tahap ini akan
menyerap

unsur-unsur

alam

dan

manusia

di

dalam

pengajaran

dan

pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu. Sebaliknya, pada tahap dua,


Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia meluaskan pengetahuan dan kemahiran
murid-murid melalui perbincangan, pembacaan dan penulisan yang membantu
mereka supaya boleh berkomunikasi dengan jelas. Kemahiran komunikasi ini
amat ditekankan di dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah.
Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia ialah satu sukatan pelajaran yang
digubal oleh Pusat Perkembangan Kurikulum pada tahun 1979 dan seterusnya
sukatan pelajaran ini telah dipraktikkan di sekolah-sekolah, iaitu bahasa
pengantarnya bahasa Melayu, Tamil dan Cina. Seterusnya sukatan pelajaran itu
diserapkan ke dalam KBSR dan dipraktikkan ke dalam 300 buah sekolah di
seluruh negara. Akhirnya Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia KBSR telah
dilaksanakan pada tahun 1982 bermula dari darjah satu. Sukatan Pelajaran
Bahasa Malaysia menjadi panduan utama kepada guru-guru bahasa Malaysia.
Skema kerja, rancangan kerja tahunan, penggal, bulanan, mingguan dan harian
pengajaran dan pembelajaran bahasa Malaysia diterjemahkan dan diperincikan
oleh guru-guru berdasarkan Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia itu. Sukatan

pelajaran ini dapat menentukan kandungan, item, kaedah, strategi pengajaran


dan pembelajaran bahasa Malaysia. Pelaksanaannya amat penting untuk
membantu para guru supaya pengajaran dan pembelajaran bahasa Malaysia itu
disampaikan secara berkesan.
Kandungan Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia mengandungi item yang
bukan sahaja dapat dipraktikkan di bilik darjah tetapi bahkan boleh diamalkan
dalam kehidupan seharian sama ada untuk kepentingan dirinya secara individu
ataupun untuk bermasyarakat. Eleman ini adalah amat penting kepada muridmurid kerana ia merupakan salah satu persediaan untuk murid-murid
berhadapan dengan kehidupan sebenar dalam komuniti yang besar. Pada masa
yang sama juga, kandungan Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia bukan sahaja
mengandungi item yang dapat memperkembangkan penguasaan bahasa
Malaysia untuk berkomunikasi tetapi dapat juga menjadi dasar kepada
pengluasan ilmu pengetahuan murid-murid. Subjek ini dapat menambahkan
pengetahuan murid-murid berkenaan dengan pengetahuan asas kehidupan dan
isu semasa.
Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia mengandungi program yang
merangkumi semua aspek kemahiran bahasa Malaysia secara lisan, bertulis,
aspek tatabahasa, bacaan dan kefahaman serta yang berkaitan dengannya.
Program-program

disusun

secara

sistematik

berdasarkan

kepada

teori

pendidikan, iaitu daripada yang mudah kepada yang sukar dan daripada yang
konkrit kepada yang abstrak. Sifat yang ketara dalam program kemahiran
bahasa KBSR ialah penggabingjalinan kemahiran bahasa dalam satu waktu
pengajaran

dan

pembelajaran.

Penggabungjalinan

ini

merupakan

satu

pendekatan pengajaran dan pembelajaran bahasa yang telah dicuba oleh Pusat
Perkembangan Kurikulum di sekolah-sekolah percubaan dalam dekad 70-an.
Pendekatan gabungjalinn ini berjaya menerapkan kemahiran asas dalam
pengajaran

dan

pembelajaran

bahasa

di

sekolah-sekolah.

Pendekatan

gabungjalin memang dititikberatkan dalam semua tahap dan tahun dalam


pengajaran dan pembelajaran bahasa terutama sekali dalam tahap satu. Dalam
tahap satu aspek komunikasi adalah dititikberatkan. Murid-murid didedahkan
dengan

item

yang

mengandungi

kemahiran

bahasa

yang

dapat

mempertingkatkan kemahiran berkomunikasi dalam kalangan murid-murid.


Penggabungjalinan kemahiran bahasa itu lebih berkesan jika dilaksanakan
melalui penggabungjalinan aktiviti pengajaran dan pembelajaran bahasa.
Kemahiran bahasa yang utama perlu digabungjalinkan dengan beberapa
aktiviti bahasa di dalam satu waktu pelajaran bahasa. Oleh itu, dalam satu waktu
pelajaran bahasa itu mestilah mengandungi aktiviti-aktiviti lisan, bacaan, tulisan,
bahasa ataupun dua atau tiga aktiviti kemahiran bahasa yang dapat menjamin
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran bahasa itu.
Selain aspek penggabungjalinan, terdapat juga beberapa aspek yang
memerlukan penyerapan daripada mata pelajaran lain. Mata pelajaran lain
adalah berfungsi sebagai membantu, menambah dan meluaskan program
bahasa itu supaya berkembang dalam skop yang lebih luas. Begitu juga dalam
tahap dua, program bahasa dalam sukatan pelajaran lebih luas lagi sesuai
dengan usia, pencapaian dan kebolehan murid-murid di sekolah rendah.
Program bahasa adalah berhubung rapat dengan mata pelajaran yang bercorak
alam dan manusia serta perkembangan individu. Perhubungan semua bidang itu
bukan sahaja berkait tetapi adalah saling memerlukan supaya perkembangan
semua bidang itu bergerak selari dengan dasar pelajaran kebangsaan.
Rasional Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia KBSR mengandungi
beberapa aspek iaitu peranan bahasa Malaysia sebagai bahasa perpaduan,
penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa ilmu perpaduan, penggunaan
bahasa Malaysia sebagai bahasa ilmu pengetahuan, supaya murid-murid boleh
menggunakan bahasa sejajar dengan umur mereka, kemahiran yang ditekankan
ialah mendengar, bertutur, membaca, dan menulis iaitu mekanis dan penaakula
serta matlamat sukatan pelajaran bagi tahap satu, iaitu murid-murid dipimpin
supaya mereka boleh mendengar, menyebut, mengenal dan membentuk
lambang huruf dan perkataan serta menggunakannya dalam penulisan.
Organisasi Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia KBSR mengandungi dua
aspek penting iaitu senarai kemahiran dan tatabahasa. Senarai kemahiran ini
mengandungi kemahiran lisan, kemahiran membaca dan kefahaman serta
kemahiran penulisan. Aspek tatabahasa pula mengandungi dua bahagian

penting iaitu morfologi dan sintaksis. Kemahiran ini merangkumi jangka masa
enam tahun pengajian ataupun dua tahap pengajian di sekolah rendah.
Kemahiran lisan adalah berkaitan dengan kemahiran mendengar dan
menyebut atau mengajuk bunyi dan suara. Terdapat beberapa aktiviti yang
melibatkan kemahiran lisan seperti pengucapan, soal jawab, bercerita, berita dan
laporan, kemahiran memberi ucapan, kemahiran bersyarah, lakonan dan puisi
serta perbincangan dan perbahasan. Kemahiran lisan ini merupakan kemahiran
yang penting dan perlu dikuasai oleh murid tahap satu dan tahap dua.
Kemahiran bacaan pula terbahagi kepada dua iaitu prabacaan dan
bacaan mekanis. Prabacaan mengandungi kemahiran-kemahiran yang akan
dapat menyediakan asas bacaan dalam kalangan murid-murid. Antara
kemahiran yang diterapkan ialah membezakan bentuk, huruf, angka, gambar
dan lain-lain lagi. Bacaan mekanis pula mengandungi kemahiran-kemahiran
mengnal, membaca dan membunyikan huruf dan urutan huruf yang akan
membentuk perkataan. Perkataan dalam bahasa Malaysia dipengaruhi oleh
bunyi vokal dalam suku kata perkataan bahasa Malaysia. Kemahiran mengenal
huruf dalam suku kata dan perkataan berkembang kepada pembacaan ayat,
dialog dan puisi. Bacaan mekanis biasanya dibaca dengan bersuara supaya
jelas sebutan bunyi perkataan, nada frasa dan suku kata ayat yang dibaca itu.
Selain itu, bacaan dan kefahaman. Bacaan dan kefahaman juga dikenali
juga sebagai bacaan penaakulan. Bacaan penaakulan ini biasanya dibaca
secara senyap. Kemudian bacaan senyap ini bermula dengan mentafsir gambar,
menyesuaikan gambar, seterusnya hingga kepada membaca bahan yang lebih
tinggi, iaitu membaca bahan fiksyen, dialog, puisi dan sebagainya. Perkara yang
dikesan di dalam pembacaan itu ialah perkataan sukar, maksud di dalam bahan
bacaan dan mengaitkan bahan bacaan itu dengan soalan-soalan kefahaman.
Aktiviti seterusnya ialah meringkaskan bahagian sebahagian daripada petikan itu
secara bertulis.
Kemahiran tulisan dapat dipecahkan kepada tiga peringkat. Peringkat
pertama adalah pratulisan. Kemahiran pratulisan mengandungi aktiviti-aktiviti
yang akan memberi persediaan menulis kepada kanak-kanak. Murid-murid
dilatih supaya boleh memegang alat penulisan dan dapat meniru bentuk-bentuk

huruf.

Seterusnya

mereka

akan

dilatih

membentuk

huruf

berdasarkan

pergerakan serentak iaitu tangan dan mata. Peringkat yang kedua ialah tulisan
mekanis. Berbagai-bagai aktiviti dalam kemahiran mekanis iaitu kemahiran
meniru huruf, menulis huruf dalam suku kata dan perkataan. Selain itu, terdapat
kemahiran mengenal, memadan dan membezakan huruf. Peringkat yang ketiga
ialah tulisan dan karangan. Aktiviti tulisan dan karangan memang banyak
terutamanya untuk memahirkan murid-murid melahirkan perasaan, bakat dan
fikiran mereka secara bertulis.
Bahan tatabahasa yang diajar di sekolah rendah terdiri daripada dua topik
iaitu morfologi dan sintaksis. Bahan tatabahasa itu diajar secara tidak langsung
supaya murid-murid mengenal aspek tatabahasa itu secara tidak disedari. Antara
tujuan pengajaran dan pembelajaran tatabahasa di sekolah rendah ialah untuk
mengesan

kelainan

erti

perkataan

yang

imbuhannya

berbeza-beza,

menggunakan dengan tepat dan berkesan perkataan-perkataan berimbuhan


dalam lisan dan tulisan, menggunakan berbagai-bagai jenis kata dalam
berbagai-bagai konteks, membina ayat dengan tepat dan jelas, menggunakan
frasa yang tepat serta membina berbagai-bagai jenis dan bentuk ayat dalam
berbagai-bagai konteks dengan tepat, indah dan jelas.
Aspek kemahiran lisan, membaca dan menulis ini adalah amat penting
untuk perkembangan bahasa murid-murid. Pada peringakat sekolah rendah ini,
kemahiran-kemahiran ini merupakan tapak asas untuk perkembangan individu.
Oleh itu, objektif utama Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu adalah menekankan
aspek kemahiran bahasa Malaysia secara lisan, bertulis, aspek tatabahasa,
bacaan dan kefahan dan lain-lain lagi.

2.0

PERSEDIAAN MENGAJAR

Kelas

: 5B

Bil. Murid

: 30 orang

Tarikh

: 21 Ogos 2010

Hari

: Selasa

Masa

: 7.45 pagi - 8.45 pagi

Tajuk

: Cerpen Yuran pengajian Nadia. Watak dan perwatakan.

Hasil pembelajaran; Mengulas karya sastera yang mudah secara umum dari aspek
tema, watak
dan perwatakan, nilai dan pengajaran, dan gaya bahasa.
Fokus Utama

: 11.3 Aras 1(tahun 5)


Mengenal pasti watak dan perwatakan di dalam teks

Fokus Sampingan: 2.1 Bercerita dengan menggunakan kata, frasa, ayat serta sebutan
dan
intonasi yang baik dan jelas.

Objektif pembelajaran;
1- Murid-murid

dapat menyatakan secara bertulis watak-watak yang terdapat

dalam cerpen Yuran pengajian Nadia.


2- Murid-murid dapat menyatakan secara bertulis perwatakan watak-watak dalam
cerpen Yuran pengajian Nadia.
3- Murid-murid dapat menceritakan watak dan perwatakan yang terdapat di dalam
cerpen Yuran pengajian Nadia.

Langkah
Induksi set
(5 minit)

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran Catatan


1- Guru menayangkan video cerita Teknik yang digunakan;
Upin dan Ipin.
2- Guru menyoal watak-watak yang
terdapat

di

dalam

cerita

Penerangan
Soal Jawab

berkenaan kepada murid-murid.


Alat Bantu Mengajar
3- Murid-murid berinteraksi dengan
- Pita rakaman cerita
guru dan mendapat gambaran
Upin dan Ipin.
awal berkenaan dengan watak
- Komputer riba
- LCD projektor
dan perwatakan melalui cerita
Langkah 1
(15 minit)

berkenaan.
1- Guru mengedarkan teks cerpen Teknik yang digunakan;
Yuran untuk Nadia.( Lampiran 1)
2- Guru bertanya kepada murid,
dalam

lakonan

selain

dari

panggilan pelakon, apakah lagi


istilah

lain

yang

menggantikan

boleh

Alat Bantu Mengajar


-

Teks cerpen Yuran

pengajian Nadia.
Komputer riba

panggilan

tersebut.
3- Guru bertanya kepada murid ,
apakah istilah bagi menyatakan

Perbincangan
Penerangan
Soal Jawab

(power point)
-

LCD projektor.

segala aktiviti, tingkah laku dan


sifat-sifat bagi sesuatu.
4- Guru
menerangkan

tentang

sinopsis cerpen Yuran pengajian


Nadia kepada murid-murid
5- Murid-murid
menumpukan
perhatian
Langkah 2

semasa

guru

memberikan penerangan.
1- Guru menerangkan definisi watak Teknik yang digunakan;

(15 minit)

dan perwatakan kepada muridmurid.


2- Guru

menerangkan

Penerangan
Perbincangan

kepada

murid-murid tentang watak dan


perwatakan
yang terdapat dalam cerpen Alat Bantu Mengajar;
Yuran

pengajian Nadia.

3- Penerangan

guru

Komputer riba
(power point)

adalah

Kertas edaran

berpandukan

teks

yang

terkandung di dalam power point.

(nota).
-

LCD Projektor

Guru mengarahkan setiap muridmurid menyenaraikan watak serta


perwatakan

yang

terdapat

di

dalam cerpen berkenaan.


4- Pada masa yang sama, muridmurid diminta untuk mencatatkan
isi-isi penting yang terdapat di
dalam cerpen Yuran pengajian
Nadia.
5- Seterusnya

murid-murid

mencatatkan watak-watak yang


terdapat di dalam cerpen tersebut
dan
Langkah 3
(15 minit)

perwatakan

watak-watak

berkenaan.
1- Guru mengarahkan murid-murid Teknik yang digunakan;
membentuk lima kumpulan. Wakil
bagi setiap kumpulan memilih
salah satu kertas berwarna yang
mengandungi

soalan.(Lampiran

Penerangan
Bercerita
Perbincangan
Soal jawab
Berkumpulan

2)
Alat Bantu Mengajar;
2- Guru mengarahkan wakil bagi
- Komputer riba
setiap kumpulan ke hadapan
(power point)
untuk
menceritakan
tentang
- Kertas
edaran
watak dan perwatakan serta
(nota).
hubungan watak tersebut dengan
- LCD projektor
watak lain, yang terdapat dalam
cerpen Yuran pengajian Nadia.
3- Watak dan perwatakan serta
hubungan watak tersebut dengan
watak lain, diceritakan adalah
berdasarkan

soalan

yang

terkandung

dalam

berwarna yang dipilih.


4- Murid-murid
yang

kertas
lain

menumpukan perhatian semasa


wakil-wakil kumpulan berceita di
hadapan kelas.
Langkah 4

1- Guru

(5 minit)

edaran.
2- Kertas

mengedarkan

kertas Teknik yang digunakan;


-

edaran

mengandungi soalan-soalan yang


berkaitan dengan cerpen Yuran

Alat Bantu Mengajar


-

Pengajian Nadia. (Lampiran 3)


3- Setiap murid perlu menjawab
soalan

berkenaan

Penerangan

tersebut

Kertas edaran iaitu


soalan-soalan yang
berkaitan

sebagai

dengan

cerpen

tugasan yang perlu disiapkan

Yuran

Pengajian Nadia.

dirumah.
4- Tugasan tersebut perlu dihantar
pada waktu bahasa Melayu yang
Penutup
(5 minit)

seterusnya.
1- Guru memainkan sebuah lagu Teknik yang digunakan;
kepada

murid-murid

yang

bertajuk Jasa Bonda.


2- Guru menerangkan tema lagu
berkenaan yang berkait rapat
dengan cerpen Yuran Pengajian
Nadia.
3- Guru mengarahkan murid-murid
supaya

menghayati

lagu

berkenaan sebagai penutup sesi


pembelajaran.

Penerangan

Alat Bantu Mengajar


-

Lagu Jasa Bonda.


Komputer riba
LCD projektor

2.1

Kemahiran Menulis
Fokus utama persediaan mengajar tersebut adalah mengenal pasti watak dan
perwatakan di dalam teks. Fokus utama ini adalah tergolong di dalam aspek
kemahiran menulis. Tulisan adalah bahasa yang bertulis dengan lambanglambang bunyi. Tulisan adalah alat untuk melahirkan fikiran dan perasaan. Ia
merupakan bahasa yang tersusun yang berupa rangkai-rangkai kata dan ayatayat. Seseorang individu akan dapat menikmati hasil fikiran dan perasaan orang
lain melalui butiran-butiran tulisannya. Oleh itu, kemahiran menulis dapat
ditakrifkan sebagai kemahiran untuk memindahkan lambang dan bunyi ke dalam
bentuk tulisan serta dapat melahirkan segala perasaan dan fikiran ke dalam
bentuk tulisan.
Terdapat dua jenis kemahiran yang perlu dicapai dalam menyampaikan
pengajaran tulisan. Pertama kemahiran menulis secara

mekanis dan kedua

ialah kemahiran untuk pelahiran (mental).


Kemahiran menulis secara mekanis perlu dikuasai pada peringkat awal
supaya murid-murid dapat menghasilkan tulisan yang kemas dan mudah dibaca.
Aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan untuk kemahiran menulis secara mekanis ini
ialah membuat corak serta

menekap dan membentuk huruf adalah penting

kerana ia memberi latihan dan pengalaman asas yang diperlukan, supaya


berupaya membantu murid-murid menguasai kemahiran menulis selanjutnya
seperti menulis huruf, menulis suku kata, perkataan, rangkai kata dan ayat.
Latihan-latihan mekanikal yang boleh dijalankan untuk mendapatkan kemahiran
tersebut ialah antaranya melakukan latihan pergerakan tangan, otot, jari dan
membentuk atau membuat garisan-garisan, bulatan, segi-segi, serta bentukbentuk awan larat, menunjukkan cara pergerakan tangan, tulis di awangan, di
pasir serta di papan tulis, bermain dengan benda-benda seperti plastisin,

menyusun benda-benda dan melatih menulis unsur-unsur huruf dan perkataan,


melatih dan menunjukkan cara membentuk huruf, menulis perkataan dengan
ayat, mengawasi tulisan murid tentang bentuk, saiz, tegak atau condong, jarak,
kekemasan, dan kebersihan, melatih menulis cepat , jelas dan senang dibaca,
serta melatih menulis cantik.
Kemahiran yang kedua ialah kemahiran menulis untuk pelahiran iaitu
mental. Kemahiran penulisan untuk pelahiran biasanya dikuasai setelah kanakkanak mendapat kemahiran mekanis. Kemahiran ini banyak melibatkan mental.
Latihan-latihan mental yang boleh dijalankan untuk mendapatkan kemahiran
menulis untuk pelahiran ialah latihan penyataan fikiran atau pendapat. Latihan
penyataan fikiran dan pendapat ini dapat melatih murid-murid untuk berfikir
memberikan pendapat terhadap sesuatu isu yang dibincangkan. Di samping itu,
latihan menyatakan perasaan. Melalui penulisan, murid-murid dapat menyatakan
perasan mereka di dalam bentuk karangan atau diari. Sesetengah individu
menggunakan cara ini untuk meluahkan perasaan dan merupakan salah satu
cara untuk menghilangkan tekanan perasaan. Selain itu, latihan pernyataan
kehendak. Murid-murid dapat menyatakan kehendak mereka melalui penulisan
mereka berkenaan dengan ketidakpuashatian mereka atau perkara-perkara yang
diinginkan mereka. Seterusnya, latihan mengeluarkan pendapat-pendapat yang
tulin dan asli. Misalnya, melalui karangan rencana yang bertajuk Cara-cara
menjaga alam sekitar, murid-murid akan berfikir untuk untuk mengelarkan hujahhujah atau mendapat untuk menjaga alam sekitar.

2.2

Kemahiran Bercerita
Fokus sampingan yang dipilih ialah bercerita dengan menggunakan kata, frasa,
ayat serta sebutan dan intonasi yang baik dan jelas. Fokus sampingan ini
dikategorikan di dalam kemahiran lisan iaitu bercerita. Bercerita merupakan
aktiviti lisan yang penting yang memerlukan beberapa kebolehan tertentu,
misalnya kebolehan memilih dan menggunakan perkataan-perkataan yang

sesuai, kebolehan membina ayat dengan betul dan menarik, kebolehan


melahirkan sesuatu dengan gaya, intonasi suara, mimik muka dan intonasi yang
boleh memikat perhatian pendengar. Obejktif bercerita ialah menyuburkan daya
imaginasi kanak-kanak. Kanak-kanak boleh secara imaginasi memasuki alam
cerita tersebut dan menggambarkan seolah-olah mereka yang terlibat.
Contohnya, menjadi angkasawan, gergasi, haiwan dan sebagainya. Selain itu,
membina rasa hati (empathy). Selain itu, menyuburkan akal dan kecerdasan
murid-murid. Semasa cerita disampaikan, minat dan rasa hairan murid-murid
akan dibangkitkan. Mereka digalakkan menyoal, mengemukakan pandangan dan
memberi komen terhadap peristiwa dan watak-watak dalam cerita tersebut.
Aktiviti

ini

boleh

menggalakkan

diikuti

dengan

perkembangan

perbincangan
bahasa

selanjutnya.

murid-murid.

Seterusnya,

Dengan

cara

memperkenalkan perkataan-perkataan baru, ayat, peribahasa, teka-teki dan


sebagainya perbendaharaan kata murid-murid boleh diperluaskan. Selain itu,
asas untuk pendidikan agama. Sesetengah cerita mempunyai pengajaran atau
contoh yang baik. Melalui cerita-cerita seperti ini, terutama cerita-cerita yang
mengandungi pendidikan moral dan akhlak, tingkah laku dan sikap yang baik
akan dapat disemai dalam kalangan murid-murid.
Terdapat beberapa aspek yang perlu dititikberatkan semasa melakukan
pemilihan cerita untuk proses pengajaran dan pembelajaran. Pertamanya, cerita
yang dipilih hendaklah sesuai dengan pengalaman, latar belakang, peringkat
umur, kebolehan otak, kecenderungan dan minat kanak-kanak. Pemilihan cerita
ini yang berkait rapat dengan latar belakang, peringkat umur dan kebolehan otak
ini adalah amat penting kerana aspek-aspek ini dapat menarik minat kanakkanak. Kanak-kanak akan lebih menjiwai cerita yang diberikan jika berkait
dengan pengalaman dan sesuai dengan peringkat umur mereka. Laras bahasa
yang tinggi akan menyebabkan kanak-kanak tidak memahami cerita tersebut dan
seterusnya tidak berminat untuk mendalami cerita berkenaan. Di samping itu, isi
atau tema cerita mestilah mengandungi unsur-unsur pendidikan, terutama dari
segi pendidikan akhlak dan budi pekerti. Aspek-aspek ini adalah amat penting
untuk memupuk akhlak dan budi pekerti yang mulia dalam diri kanak-kanak

berkenaan. Selain itu, cerita yang dipilih sebaik-baiknya daripada cerita-cerita


yang boleh dijadikan bahan lakonan atau kerja bertulis. Maksudnya cerita yang
dipilih dapat dihubungkaitkan dengan kemahiran bertulis dan kemahiran lisan,
tidak hanya melibatkan kemahiran membaca sahaja. Di samping itu, plot cerita
yang dipilih perlu menarik dan mudah difaham. Plot cerita ialah jalan cerita
cerpen tersebut. Jalan cerita cerpen adalah menarik dan mudah difahami oleh
kanak-kanak iaitu jalan cerita yang tidak berbelit-belit dan bersifat mendatar.
2.3

Perkaitan

dengan

Konsep

Penggabungjalinan,Penyerapan,

Penilaian,

Pemulihan dan Pengayaan.


Penggabungjalinan bermakna dua kemahiran digabungkan semasa proses
pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Penggabungjalinan ini menekankan
dua perkara iaitu penggabungjalinan dari segi kemahiran, iaitu lisan, bacaan dan
tulisan dan juga penggabungjalinan dari segi isi pelajaran. Yang dimaksudkan
dengan isi pelajaran ialah unsur-unsur bahasa yang hendak diajarkan seperti
perbendaharaan kata, imbuhan, sendi, penjodoh bilangan dan ayat, terutamanya
unsur-unsur morfologi dan sintaksis. Fokus utama persediaan mengajar yang
telah disediakan ialah mengenal pasti watak dan perwatakan di dalam teks yang
diketegorikan di dalam kemahiran menulis. Fokus sampingannya pula ialah
bercerita dengan menggunakan kata, frasa, ayat serta sebutan dan intonasi yang
baik dan jelas yang dikategorikan di dalam kemahiran lisan. Kedua-dua fokus
utama dan fokus sampingan ini telah menggabungkan kemahiran menulis dan
kemahiran lisan. Kemahiran menulis yang dipilih adalah dengan menggunakan
teks cerpen yang bertajuk Yuran pengajian Nadia. Berdasarkan teks berkenaan,
guru telah menerangkan apakah yang dimaksudkan dengan watak dan
perwatakan. Seterusnya guru menerangkan watak dan perwatakan yang
terdapat di dalam cerpen tersebut. Pada masa yang sama murid-murid
menumpukan perhatian serta melakukan catatan berkenaan dengan watak dan
perwatakan di dalam teks berkenaan. Guru mempraktikkan teknik soal jawab
dan penerangan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran ini. Setelah itu,

murid-murid diarahkan untuk membentuk kumpulan. Setiap kumpulan akan


menghantar seorang wakil untuk bercerita di hadapan kelas. Murid-murid yang
lain menumpukan perhatian semasa aktiviti bercerita dijalankan. Di dalam aktiviti
bercerita ini, kemahiran lisan telah diterapkan semasa proses pengajaran dan
pembelajaran.

Jadi,

proses

pengajaran

dan

pembelajaran

mengalami

penggabungjalinan dari aspek kemahiran menulis dan kemahiran lisan.


Penyerapan merupakan strategi penyatuan isi pengetahuan dari satu
mata pelajaran dengan bidang-bidang kemahiran dalam mata pelaajaran lain.
dalam KBSR misalnya, pada tahap 1, isi dari mata pelajaran Alam dan Manusia
diserapkan ke dalam bidang kemahiran bahasa. Di samping itu, beberapa unsur
daripada mata pelajaran lain seperti Pendidikan Seni, Pendidikan Moral,
pendidikan Agama, Matematik, Pendidikan Jasmani,

dan Muzik boleh

diserapkan ke dalam mata pelajaran bahasa. Dalam Pengajaran Bahasa, guru


boleh menggunakan bahan-bahan pengetahuan daripada mata pelajaran-mata
pelajaran lain seperti geografi, sejarah, agama, perdagangan, sivik dan lain-lain
sebagai bahan utama. Bahan ini kemungkinan dieksploit untuk disesuaikan
dengan pengajaran bahasa. Di dalam persediaan mengajar tersebut, subjek sivik
dan kewarganegaran telah diserapkan semasa proses pengajaran dan
pembelajaran dilakukan. Semua murid sekolah rendah tahap dua wajib
mengambil subjek sivik dan kewarganegaraan. Hal ini adalah amat bersesuaian
dengan kelas yang diajarkan iaitu tahun lima. Aspek sivik dan kewarganegaraan
terkandung di dalam cerpen Yuran Pengajian Nadia. Cerpen ini yang
mengisahkan kesusahan seorang bapa untuk mencari rezeki buat keluarganya.
Cerpen ini juga telah menonjolkan hubungan kekeluargaan yang utuh yang
diamalkan oleh watak-watak di dalam cerpen tersebut. Semasa menjalankan
proses pembelajaran, murid-murid telah mendapat pendedahan berkenaan
dengan kepentingan hubungan kekeluargaan bersesuaian dengan objektif
subjek sivik dan kewarganegaraan iaitu mengenal pasti tingkah laku yang boleh
menyumbang terhadap pembangunan watak yang mulia serta menerangkan
peranan dan tanggungjawab ke arah pembinaan keluarga yang bahagia.

Guru melakukan penilaian terhadap proses pengajaran dan pembelajaran


yang telah dijalankan. Penilaian ini adalah merangkumi pencapaian objektif
pembelajaran yang diinginkan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran
tersebut. Sekiranya terdapat murid yang tidak dapat menguasai pengajaran yang
disampaikan, proses pemulihan perlu dijalankan untuk mereka. Pemulihan
merupakan langkah-langkah khusus yang dijalankan untuk membantu murid
yang menghadapi masalah pembelajaran tertentu dalam kemahiran asas 3M.
Tujuan melakukan pemulihan ini adalah untuk menjadikan mereka lebih aktif,
kreatif dan inovatif, membina keyakinan diri, mengatasi sikap negatif terhadap
pembelajaran, serta mengatasi masalah pembelajaran. Murid yang dapat
menguasai pelajaran yang disampaikan dapat diteruskan dengan aktiviti
pengayaan manakala murid yang menjalani program pemulihan ini perlu
memulihkan diri terlebih dahulu daripada masalah yang dialami sebelum
meneruskan dengan aktiviti pengayaan.
Pengayaan dapat didefinisikan sebagai aktiviti tambahan kepada aktiviti
asas pembelajaran yang dijalankan sama ada di dalam atau di luar waktu
sekolah. Ia mengandungi unsur-unsur untuk meluaskan pengetahuan dan
pemahaman serta mengukuhkan kemahiran yang sedang dipelajari. Prinsip
program pengayaan adalah penekanan kepada aktiviti bersifat kreatif dan
eksperimental, membuat kerja sendiri dan hasilan sendiri, menggunakan daya
usaha sendiri, memberi peluang untuk memperkembangkan sifat kepimpinan
sosial, menggunakan kaedah dan organisasi yang mudah diubah serta
melibatkan pembacaan luas. Berdasarkan persediaan mengajar tersebut, aktiviti
pengayaan dijalankan kepada murid-murid dengan edaran kertas soalan yag
berpandukan kepada cerpen berkenaan. Murid-murid akan menjawab soalan
yang diberikan oleh guru mereka dan memulangkan di kelas yang seterusnya.
Dengan adanya aktiviti pengayaan ini, guru dapat menilai sejauh mana
kefahaman atau pemahaman murid-murid setelah tamat proses pengajaran dan
pembelajaran.

3.0

REFLEKSI
3.1

Refleksi di dalam Menyiapkan Tugasan


Pada 1 Mac 2010, Pensyarah subjek bahasa Melayu elektif saya iaitu
Puan Rafiah binti Daud telah memberikan tugasan yang berkaitan dengan
tajuk organisasi kandungan sukatan pelajaran bahasa Melayu. Setiap
pelajar perlu memilih satu Hasil Pembelajaran bagi setiap satu Kemahiran
Bahasa yang terkandung di dalam Huraian Sukatan Pelajaran mengikut
tahun yang dipilih. Seterusnya membina langkah-langkah pengajaran
secara

bersepadu

yang

melibatkan

elemen-elemen

Organisasi

Kandungan Sukatan Pelajaran.


Sewaktu menyiapkan tugasan ini, saya telah memperolehi pelbagai
faedah. Antara faedah yang telah saya perolehi ialah saya turut
memperoleh banyak maklumat daripada sumber kedua iaitu buku dan
melayari internet. Buku dan internet dijadikan sebagai rujukan untuk
konsep-konsep serta contoh aktiviti yang sesuai untuk hasil pembelajaran
yang dipilih. Saya dan rakan-rakan juga sentiasa mendapatkan nasihat,
bimbingan serta panduan bagi memastikan kerja kursus kami berada
pada tahap yang baik dan seperti yang dikehendaki daripada pensyarah
pembimbing.
Selain itu, saya telah terdedah dengan aktiviti untuk kemahiran
menulis dan kemahiran lisan. Fokus utama saya ialah mengenal pasti
watak dan perwatakan di dalam teks. Fokus utama ini tergolong di dalam
kemahiran menulis. Semasa merancang aktiviti yang sesuai semasa
kemahiran menulis ini, saya telah dapat memperolehi beberapa
pengetahuan baru iaitu cara pemilihan teks yan sesuai untuk peringkat
umur kanak-kanak supaya mudah difahami dan dapat menarik minat

mereka. Fokus sampingan saya ialah bercerita dengan menggunakan


kata, frasa, ayat serta sebutan dan intonasi yang baik dan jelas. Fokus
sampingan ini adalah tergolong di dalam kemahiran lisan iaitu becerita.
Saya telah belajar untuk memikirkan aktiviti yang sesuai dengan fokus
utama saya. Fokus sampingan yang saya pilih adalah bercerita kerana ia
menarik dan dapat meningkatkan keyakinan diri murid-murid untuk
bertutur di khalayak ramai.
Seterusnya, saya telah belajar kaedah untuk menjadikan proses
pengajaran dan pembelajaran lebih menarik. Saya telah memilih video
cerita kartun Upin dan Ipin pada permulaan P&P dan memainkan lagu
Jasa Bonda sebagai penutup. Saya juga telah menyediakan kad-kad
yang mengandungi solan semasa aktiviti bercerita dilakukan. Kad yang
berwana-warni ini akan dapat menarik minat murid-murid. Sebelum
melakukan tugasan ini, saya kurang terdedah untuk melakukan alat bantu
mengajar, semasa melakukan tugasan ini, saya dapat berfikir dengan
lebih kreatif untuk menyediakan alat bantu mengajar.
Di samping itu, saya telah berlatih untuk mendisiplinkan diri saya.
Pada masa yang sama tugasan ini diberikan, saya telah mendapat
beberapa tugasan yang sama. Kesemua tugasan tersebut perlu dihantar
pada waktu yang terdekat. Saya mengalami kekangan masa yang kritikal
untuk menyiapkan tugasan ini. Tetapi saya kuatkan diri untuk menghantar
tugasan ini pada tarikh yang telah ditetapkan oleh pensyarah pembimbing
Kesimpulannya, tugasan ini telah memberi pelbagai manfaat
kepada saya. Diharapkan tugasan ini dapat membantu saya sewaktu
menjadi guru pada masa hadapan. Pengalaman melakukan tugasan ini
adalah sungguh berharga dan berguna kepada saya untuk mengajar di
sekolah pada masa akan datang.

3.2

Refleksi Semasa Menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah


(PBS)
Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) telah dilakukan pada 7 Mac
hingga 11 Mac 2010 di Sekolah Kebangsaan Kampong Raja. Semasa
menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah ini, saya telah mendapat
pelbagi faedah yang amat berguna kepada salah satu faedah yang saya
perolehi ialah saya telah dapat berkolaborasi dengan guru panitia subjek
bahasa Melayu iaitu Puan Aida. Puan Aida merupakan guru bahasa
Melayu yang mempunyai pengetahuan yang mendalam berkaitan dengan
proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Saya telah
berkomunikasi dengannya berkenaan dengan soalan tugasan subjek
bahasa Melayu ini. Beliau telah memberikan cadangan serta pendapat
berkenaan tugasan saya. Aktiviti yang sesuai dicadangkan oleh kepada
saya yang menitikberatkan aspek penggabungjalinan, penyerapan,
penilaian, pemulihan dan pengayaan.
Selain itu, saya telah berpeluang untuk melakukan pemerhatian
semasa guru subjek bahasa Melayu menjalankan proses pengajaran dan
pembelajaran. Guru tersebut telah melakukan persediaan yang rapi
sebelum menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Guru
berkenaan telah melakukan tayangan video di awal permulaan proses
pengajaran dan pembelajaran. Proses pengajaran dan pembelajaran
diakhiri dengan nyanyi lagu. Berdasarkan pemerhatian yang telah
dilakukan, murid-murid amat berminat dengan aktiviti tayangan video dan
nyanyian itu tadi. Jadi saya telah memikirkan bahawa set induksi dan
penutup perlulah menarik supaya murid-murid tidak merasakan proses
pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan adalah membosankan.
Di samping itu, saya telah berpeluang untuk merujuk contoh-contoh
Rancangan Pengajaran Harian (RPH). RPH ini disediakan oleh guru-guru
sebelum melakukan proses pengajaran dan pembelajaran. Seorang guru
bahasa Melayu iaitu Yang Mulia Tuan Kembang telah menegaskan

bahawa RPH ini adalah sangat penting di dalam profesion keguruan ini.
Beliau telah menunjukkan contoh-contoh RPH yang telah disediakan oleh
beliau. Walaupun telah 30 tahun berkhidmat sebagai guru, beliau masih
menyediakan RPH kerana ianya adalah perkara wajib bagi seorang guru
dan penting untuk menjadi seorang guru yang berjaya serta berdedikasi.
Kesimpulannya, PBS merupakan suatu pengalaman yang amat
penting. Hal ini kerana guru-guru pelatih dapat melihat sendiri proses
pengajaran

dan

pembelajaran

yang

dijalankan

secara

praktikal.

Pendedahan secara praktikal ini adalah sangat penting untuk menjadi


guru yang berjaya.

RUJUKAN

Kamarudin Hj Husin (2005). KBSR dan model-model pengajaran bahasa. Kumpulan


Budiman Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.
Aini Husni (1997). Kaedah pengajaran bahasa Malaysia. Fajar bakti Sdn.Bhd.
Shah alam
Azman bin Ibrahim (2001). Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa. Fajar bakti
Sdn. Bhd. Petaling Jaya.
Sharifah binti Yahya (1996). Pedagogi bahasa, Perkaedahan. Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Kuala Lumpur.
Pusat Perkembangan Kurilkulum (2010). Sukatan Pelajaran-Kurikulum Bersepadu
Sekolah Rendah. http://sekolah.edu.my/kurikulum. Dilayari pada 15 Mac 2010.

Anda mungkin juga menyukai