Anda di halaman 1dari 26

Jilid 2, Bil.

1/2010

Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Kelahiran Anak Kurang Upaya

Kemahiran Vokasional

Masalah Pendengaran
ePKhasSM Memenangi Anugerah Emas
& Perak Di Peringkat Kebangsaan
April 2010 Jilid 2 Bil.1 ISSN 2180-110X http://epkhas.ses.usm.my

Jilid 2, Bil. 1/2010

Pendidikan

Sidang Pengarang
Penasihat:
Profesor Dr. Abdul Rashid
Mohamed

Faktor-faktor Yang Mempengaruhi


Kelahiran Anak Kurang Upaya
(m/s. 3)

rich@usm.my

Kemahiran Vokasional bagi


Pelajar Bermasalah Pembelajaran

Ketua Editor/Pengarang:
Prof. Madya Dr. Lee Lay Wah

(m/s. 6)

lwah@usm.my

Rancangan Pendidikan Individu,


Rancangan Pengajaran Harian &
Rancangan Pengajaran Individu

Sidang Pengarang:
Dr. Mohd. Zuri Ghani
mdzuri@usm.my

(m/s. 9)

Majlis Berbuka Puasa


Program Pendidikan Khas USM

Dr. Aznan Che Ahmad


aznan@usm.my

(m/s. 12)

Masalah Pendengaran

Dr. Zainudin Mohd. Isa


zainudin@usm.my

Foo Kok Keong

(m/s. 13)

kokkeongfoo@gmail.com

Kem Integrasi Satu Malaysia Murid-murid Masalah


Pembelajaran Di S.M.K. Jelutong, P. Pinang

Shakila Basri

(m/s. 15)

zusha_5088@yahoo.com

Nurul Atika Raub


sweet_cool.lady@yahoo.com

Nor Zahera Mohd Nusir


zahira_zira@yahoo.com

Bengkel Bahasa Isyarat


(m/s. 16)

Program Tautan Kasih


Sinar Harapan 2009
(m/s. 17)

Nur Izzati Saidi

Ulasan Keratan Akhbar 2009 Tentang


Orang Kurang Upaya

Editor (Grafik & Gambar):

(m/s. 19)

Foo Kok Keong


kokkeongfoo@gmail.com

Majlis Berbuka Puasa & Gotong-Royong


Palapes Laut USM Bersama Warga
Sekolah Pendidikan Khas Alma

Pakar Perunding Bahasa Melayu


Jemputan:
Prof. Madya Dr. Ishak Ramly
rishak@usm.my

(m/s. 21)

Tahniah & Syabas: Pelajar


Tahun Akhir Pendidikan Khas 2010
(m/s. 22)

Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan


Universiti Sains Malaysia,
11800 Penang, Malaysia.

ePKhasSM Memenangi Anugerah


Emas & Perak di Peringkat Kebangsaan
(m/s. 23)

Pendidikan

Salam sejahtera kepada semua pembaca Buletin Pendidikan Khas,


Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan USM. Keluaran isu kedua Buletin
Pendidikan Khas sempat mengiringi bersama pelajar-pelajar tahun akhir
Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Khas) Sidang Akademik 2010 yang
menamatkan pengajian. Saya ingin mengambil kesempatan ini
mengucapkan syabas kepada semua pelajar tahun akhir program ini kerana
telah berjaya menamatkan pengajian dengan sungguh cemerlang. Sebagai
tanda syabas, saya anugerahkan buletin ini sebagai cenderahati kepada
anda semua.
Isu kali ini dimulakan dengan satu ruangan untuk pensyarah pendidikan
khas PPIP berkongsi pengetahuan dengan pelajar-pelajar pendidikan
khas. Artikel oleh Dr. Mohd Zuri Ghani menjelaskan faktor-faktor yang
mempengaruhi kelahiran anak kurang upaya, diikuti dengan Dr. Zainudin
menulis mengenai kemahiran vokasional murid bermasalah pembelajaran.
Seterusnya, artikel oleh Prof. Madya Dr. Lee Lay Wah menjelaskan
mengenai pelbagai jenis perancangan yang dilaksanakan dalam program
pendidikan khas iaitu Rancangan Pendidikan Individu, Rancangan
Pengajaran Harian serta Rancangan Pengajaran Individu. Dr. Aznan telah
merumuskan fakta-fakta yang berkaitan dengan masalah pendengaran.
Artikel-artikel ringkas ini bertujuan untuk memberi peluang kepada
pensyarah pendidikan khas menyampaikan ilmu tambahan serta
menjelaskan miskonsepsi yang mungkin timbul dalam pembelajaran
konsep-konsep pendidikan khas.

Ketua Editor/Pengarang
Prof. Madya Dr. Lee Lay Wah
lwah@usm.my
Pengerusi Rancangan Pendidikan Khas
Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan,
Universiti Sains Malaysia,
11800 Penang, Malaysia.

Di samping itu, buletin ini bertujuan untuk memberikan peluang kepada pelajar-pelajar program pendidikan khas
berkongsi pengalaman mereka dalam aktiviti-aktiviti yang telah mereka laksanakan. Selain daripada
pengajaran secara formal, pelajar-pelajar program pendidikan khas di PPIP memang digalakkan untuk menyertai
dalam aktiviti-aktiviti jaringan masyarakat. Penglibatan dan sumbangan mereka dalam aktiviti yang berkaitan dengan
masyarakat memberi peluang kepada mereka menggunakan ilmu yang telah dipelajari dalam situasi sebenar. Antara
aktiviti-aktiviti yang telah mereka libatkan diri dalam semester lepas adalah Kem Integrasi Satu Malaysia Murid-Murid
Masalah Pembelajaran di SMK Jelutong, Pulau Pinang serta Program Tautan Kasih Sinar Harapan di Pusat Harian
Harapan Bakti, Pulau Pinang. Pelajar-pelajar program ini juga terlibat dengan Majlis Berbuka Puasa dan GotongRoyong Bersama Warga Sekolah Pendidikan Khas, Alma di bawah anjuran Palapes Laut USM serta Bengkel Bahasa
Isyarat anjuran Persatuan Ilmu Pendidikan.
Akhir sekali, buletin ini juga ingin mangucapkan tahniah diatas kemenangan yang telah dicapai oleh projek
ePKhasSM, iaitu projek repositori atas talian yang dibina khas untuk menyebarkan sumber multimedia pendidikan
khas. Projek ini bertujuan untuk menyokong guru pendidikan khas serta ibu bapa dalam proses pengajaranpembelajaran murid berpendidikan khas dan boleh dicapai dengan mengakses di http://epkhas.ses.usm.my. Produk
penyelidikan PPIP ini telah memenangi Anugerah Pingat Emas dalam Pertandingan Penyelidikan Pendidikan
Nusantara 2009 serta Anugerah Pingat Perak di Malaysia Technology Expo (MTE) 2010. Semoga kejayaan ini
memberangsangkan kami untuk menghasilkan bahan-bahan yang dapat menyumbang kepada pembelajaran muridmurid berkeperluan khas di Malaysia.
Selamat Membaca!

Dr Lee Lay Wah...


2

Pendidikan

Dr. Mohd. Zuri Ghani


Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan
Universiti Sains Malaysia, 11800 Penang, Malaysia.

Sebagai insan yang dilahirkan dengan sempurna dan normal kita


perlulah bersyukur dengan apa yang kita memiliki.
Kita juga perlu mengetahui bahawa melahirkan seseorang anak bukan satu perkara yang
ringan dan mudah. Hal ini kerana, melahirkan seseorang anak merupakan sesuatu proses
yang mengambil masa yang panjang dengan diikuti oleh beberapa tahap yang penting.
Menurut pandangan orang tua-tua dahulu, inilah yang dikatakan bahawa melahirkan anak
merupakan satu proses kelahiran semula seseorang ibu.
Tahap-tahap atau faktor-faktor yang dinyatakan ini akan menentukan sama ada anak yang bakal dilahirkan itu normal
dan sempurna atau dikategorikan sebagai anak kurang upaya. Antara faktor-faktor yang dinyatakan ini termasuk
pranatal, perinatal, posnatal dan bagi faktor-faktor lain semasa kelahiran seorang bayi.

Faktor Pranatal
(Sebelum Kelahiran)

Faktor pranatal adalah proses utama


dan juga yang paling penting dalam
pertumbuhan dan perkembangan
seseorang anak semasa dalam
kandungan ibu iaitu faktor yang akan
dilalui sebelum kelahiran seseorang
anak. Faktor pranatal atau jangka
waktu pranatal adalah selepas
sahaja berlakunya pensenyawan
antara sperma dengan ovum
sehinggalah bayi itu dilahirkan.
Tempoh ini berlangsung selama 266
hari atau bersamaan dengan 38
minggu. Proses ini melalui tiga
peringkat utama iaitu geminan,
embrio dan fetus/janin.
Pada tahap pranatal ini proses
pembahagian semasa pembentukan

organ-organ dalaman dan fizikal


adalah amat aktif. Disinilah kelakuan
dan amalan ibu yang mengandung
perlu
dijaga
kerana
ia
mempengaruhi pembentukan bayi
dalam rahim.

akan berlaku semasa pembentukan


awal bagi otak dan organ utama.
Seseorang ibu yang mengandung
perlulah mengambil makanan yang
berkhasiat bagi membantu proses ini
berlakunya dengan lancar.

Peringkat pertama yang dikatakan


fasa geminan adalah peringkat
pembentukan zigot yang mengambil
masa selama dua minggu. Pada
masa ini, zigot akan melekat pada
dinding
rahim
ibu
dengan
mengambil masa selama tiga hingga
empat hari per uterus. Seterusnya,
fasa embrio akan bermula pada
minggu ketiga dan berakhir pada
minggu kelapan dalam kandungan.
Fasa ini merupakan proses
pembentukan awal bagi organ
utama seperti jantung dan paruparu. Penyerapan zat-zat makanan

Kebanyakan kelahiran
anak kurang upaya
adalah disebabkan
oleh faktor makanan
yang kurang diberi
perhatian kerana
tumbesaran seseorang
bayi dipengaruhi oleh
pemakanan ibu
semasa mengandung.
(bersambung... m/s. 4)

Pendidikan
(sambungan dari m/s. 3)
Fasa embrio berikutan adalah pada
minggu keempat iaitu bermula
kefungsian jantung bayi dalam
kandungan. Manakala, fasa fetus
pula bermula pada bulan ketiga
hingga anak dalam kandungan itu
dilahirkan dan organ utama dan jari
tangan dan kaki juga akan terbentuk
sepenuhnya. Pada bulan keempat
janin mula bergerak dan pergerakan
menjadi semakin aktif pada bulan
keenam.
Pada
masa
ini,
keselamatan dan tingkah laku
seseorang ibu yang mengandung
perlulah dijaga bagi mengelakkan
kelahiran anak yang mempunyai
kecacatan terutamanya dari segi
fizikal.

Faktor pranatal ini


mempengaruhi
sebanyak lapan puluh
peratus dalam
kelahiran anak yang
cacat.

Oleh itu, bayi dalam kandungan


sekurang-kurangnya memerlukan
dua jenis perlidungan iaitu, salah
satunya adalah cecair Amniotik yang
membantu
melindungi
fetus
daripada mengalami kecedaraan
fizikal.

daripada dimasuki bendasingbendasing yang menyebabkan


kecacatan pada bentuk janin
mahupun tingkah laku dan
kecerdasan otak.
Rubella Plasenta Barrier tidak dapat
melindungi
janin
sepenuhnya
semasa perkembangan bayi dalam
kandungan kerana kajian mendapati
bahawa sebanyak 30 000 bayi yang
lahir meninggal dunia dan 16 000
bayi lagi dilahirkan sebagai pekak
dan buta. Antara kesan yang dibawa
oleh rubella ini adalah selesema
tetapi ramai dalam kalangan ibu
yang memandang ringan pada
keadaan ini. Rubella dapat dicegah
melalui imunisasi awal sebelum
mengandung.

Manakala, perlindungan kedua


adalah sempadan plasenta yang
dihasilkan oleh saluran darah yang
memisahkan sistem peredaran ibu
dan janin. Ia juga melindungi bayi

Faktor Perinatal
(Semasa Kelahiran)

Faktor perinatal adalah dikatakan


sebagai proses semasa kelahiran
bayi iaitu pada waktu bersalin.
Proses ini berlaku pada minggu ke38 dan pada masa ini bayi sudah
sempurna anggota tubuhnya serta
bersedia ke alam baru iaitu dari
rahim ibu ke dunia. Apabila
seseorang
wanita
disahkan
mengandung,
doktor
yang
memeriksanya akan mengira 280
hari mulai dari hari terakhir
kedatangan haid dan ini akan
dijangkakan sebagai hari kelahiran
bayi. Namun, kadangkala tarikh ini
tidak tepat kerana kebanyakan kes
kelahiran berlaku seminggu sebelum
atau selepas tarikh itu.

Proses kelahiran ini dibahagikan


kepada tiga tahap utama iaitu
pembukaan serviks, kelahiran bayi
dan pengeluaran plasenta selepas
kelahiran.
Tahap pertama proses kelahiran
adalah pembukaan serviks. Tahap
ini adalah proses yang paling lama
terutama bagi wanita yang kali
pertama melahirkan anak iaitu
mengambil masa selama 10 hingga
16 jam berbanding wanita yang
pernah melahirkan anak hanya akan
mengambil masa selama 6 hingga
11 jam.

Melahirkan anak
adalah satu proses
kelahiran semula
seseorang ibu
tersebut.

(bersambung... m/s. 5)

Pendidikan
(sambungan dari m/s. 4)
Kontraksi Braxton-Hicks adalah
kontraksi yang dirasai secara
berhenti-henti atau kadang-kadang
oleh wanita yang mengandung
terutamanya sepanjang dua bulan
terakhir
kehamilan.
Bahagian
terakhir dalam tahap ini dipanggil
transition dan ini adalah tahap yang
paling sukar kerana kontraksi ini
adalah yang paling sakit sekali dan
mereka terpaksa meneran sebelum
bayi keluar. Pada masa ini, mereka
diberikan ubat penenang bagi
mengurangkan kesakitan tetapi ia
sebenarnya memberi kesan kepada
bayi
terutama
pada
aspek
kecerdasan otak.
Manakala, tahap kedua bermula
apabila serviks sudah membuka
sepenuhnya dan berakhir dengan

Faktor Posnatal
(Selepas Kelahiran)

Faktor posnatal pula berlaku selepas


kelahiran anak iaitu bermula pada
saat kehidupan selepas kelahiran ke
dunia sampai pada dua tahun atau
lima tahun kehidupan seseorang
anak. Proses ini banyak dipengaruhi
oleh faktor-faktor lain seperti gizi
pemakanan, penyakit, keadaan
sosial ekonomi, musim dan lain-lain
lagi.
Gizi pemakanan haruslah diamalkan
pada masa ini, iaitu awal
pertumbuhan dan perkembangan
anak seperti mengikuti cara
makanan kualitatif dan juga
kuantitatif. Hal ini membantu serta
memudahkan perkembangan anak
yang sempurna dari segi fizikal dan
mental. Antara makanan yang
dikatakan kualitatif adalah makanan
yang
mengandungi
protein,
karbohidrat, lemak, mineral dan

proses kelahiran bayi. Pada tahap


ini, wanita perlu menggunakan
tenaga fizikal sepenuhnya bagi
meneran bayi supaya keluar.
Mereka juga perlu memberi
komitmen yang sebaik mungkin
kepada doktor atau jururawat yang
bertugas
bagi
menggelakkan
sebarang kecedaraan kepada diri
sendiri mahupun bayinya semasa
proses kelahiran. Sekiranya, mereka
gagal dalam memberi komitmen
maka proses kelahiran juga akan
menjadi lambat. Kebanyakan kes
sebeginilah yang menyebabkan
kesan negatif kepada bayi dari segi
fizikal dan mental. Selain itu,
pengeluaran darah yang banyak
semasa melahirkan anak juga akan
memberi kesan kepada bayi.

vitamin. Awal perkembangan anak


dari segi fizikal mahupun mental
amat penting untuk mengelakkan
sebarang
kecacatan
dalam
pertumbuhan mereka.
Manakala, penyakit seperti demam
kuning selepas kelahiran yang
semakin menular juga salah satu
faktor menyebabkan kecacatan
pada diri kanak-kanak. Sekiranya
anak yang dilahirkan dikenal pasti
mengalami penyakit ini, ibu bapa
perlulah membawa anaknya ke
pusat kesihatan untuk mendapatkan
rawatan yang sepatutnya diterima
oleh anak mereka serta mengikuti
apa yang dinasihatkan oleh pakar
kesihatan. Penyakit sebegini tidak
menunjukkan kesan pada masa
tersebut tetapi akan memberi kesan
pada masa akan datang. Hal ini
menyebabkan kebanyakan anak
kurang upaya tidak dapat dibantu
kerana sudah terlambat untuk
mendapatkan rawatan.

Seterusnya, tahap ketiga pula


adalah proses pengeluaran plasenta
selepas kelahiran. Proses ini perlu
untuk memastikan bahawa ke
semua
bahagian
plasenta
dikeluarkan sepenuhnya kerana jika
tertinggal, ia boleh membahayakan
ibu dan juga bayi yang baru lahirnya.
Sekiranya, bayi yang dilahirnya tidak
cukup bulan maka langkah yang
sepatutnya perlu diambil segera bagi
mengelakkan sebarang kecacatan
kepada bayi. Hal ini kerana,
kebanyakan kes anak yang menjadi
cacat adalah disebabkan oleh salah
satu faktor kelahiran tidak cukup
bulan kerana pertumbuhan dan
perkembangan bayi tersebut lebih
lambat berbanding bayi yang lahir
normal.

Secara keseluruhannya,
tiga faktor utama iaitu
faktor pranatal, perinatal
dan posnatal amatlah
penting kerana ia
mempengaruhi
pertumbuhan dan
perkembangan anak sama
ada dalam keadaan
sempurna atau cacat.
Seseorang wanita yang
mengandung haruslah
memberi perhatian yang
serius semasa melalui tiga
faktor utama kelahiran anak
bagi mengurangkan
bilangan kelahiran anak
kurang upaya yang semakin
meningkat di dunia ini.
5

Pendidikan

Dr. Zainudin Mohd. Isa


Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia, 11800 Penang, Malaysia.

Kepentingan pendidikan
vokasional kepada
pelajar bermasalah
pembelajaran (MP) tidak
dapat dinafikan dalam
membantu mereka yang
mengatasi masalahmasalah di tempat kerja
selepas tamat
persekolahan.
Latihan vokasional yang
diterima di sekolah
dapat menyediakan
pelajar MP dengan
kemahiran berguna
dalam menyelesaikan
masalah sewaktu
bekerja
(Ramlee et al. 2007).
Bagaimanapun, program latihan
vokasional yang disediakan kepada
pelajar MP perlulah berkesan
terutama dalam aspek kurikulum
dan kemudahan asasnya. Hal ini
kerana kurikulum vokasional pelajar
MP di peringkat menengah perlu
relevan dengan keperluan pasaran
kerja semasa serta bersesuaian
daripada segi keupayaan fizikal dan
mental pelajar itu sendiri (Zakiah,
1999; Dayang, 1997; Norani, 1996).

Selain itu, kurikulum vokasional


kepada
pelajar
MP
perlu
menekankan dalam aspek pemilihan
bidang kemahiran yang bersesuaian
dengan keperluan individu. Selain itu
juga,
kurikulum
pendidikan
vokasional pelajar MP seharusnya
tidak bersifat akademik dan tidak
terlalu mencabar keupayaan intelek
pelajar serta memberi penekanan
dari aspek pembinaan sikap positif
pelajar terhadap kurikulum dalam
usaha menyerap isi kandungan yang
ada seterusnya dapat menguasai
kemahiran tersebut (Siti, 1999). Hal
ini kerana sikap kurang minat pelajar
terhadap sesuatu pekerjaan selama
ini timbul lantaran daripada
kegagalan
mereka
untuk
mengadaptasikan kebolehan dan
kemahiran yang diperoleh di sekolah
(White, 1992). Selain itu, kurikulum
vokasional pelajar MP juga
seharusnya menekankan ke arah
mendedahkan
pelajar
dengan
kemahiran untuk bersosialisasi;
kaunseling kerjaya; meningkatkan
keyakinan
diri/kendiri;
hidup
berdikari;
latihan
vokasional;
menyesuaikan
diri
dengan
pekerjaan, kemahiran membaca dan
mengeja;
kemahiran
mengorganisasi dan mentadbir
kewangan;
penerapan
bidang
keusahawanan serta kemahiran
mengawal diri yang merupakan

kunci kejayaan dalam sesuatu


bidang kerjaya (Sitlington, 1998;
Gerber, Gisburg & Reiff, 1992;
Bristow, 1990).
Bagaimanapun kajian-kajian yang
dijalankan mendapati kurikulum
semasa pendidikan pelajar MP
peringkat menengah di Malaysia
mempunyai banyak kelemahan
kerana tidak menjurus ke arah
menyediakan
pelajar
dengan
kemahiran vokasional (Ramlee &
Norani, 2007; Juairiyah, 2000;
Rohaineza, 1996).

Pendidikan bagi
golongan bermasalah
pembelajaran (MP)
masih lagi rendah dan
tidak lagi relevan
dengan pasaran kerja
semasa.
(Ramlee at al. 2007; Juairiyah
2000; Norani et al. 1998;
Rohaeniza 1996)

Keadaan tersebut
menyebabkan ramai
golongan MP tidak dapat
diserapkan ke dalam
pasaran kerja.
(bersambung... m/s. 7)

Pendidikan
(sambungan dari m/s. 6)
Lantaran tahap pengangguran semasa dalam golongan
MP yang masih tinggi mendorong agar sistem
pendidikan bagi golongan tersebut dikaji semula
(Kementerian Sumber Manusia, 2006; Norani et al.,
2005). Malah dalam menghadapi senario persaingan
dalam pasaran kerja yang semakin mencabar, pelajar
MP seharusnya dilatih dengan kemahiran vokasional
yang bersesuaian dengan kehendak dan keperluan
semasa. Namun, kurikulum sedia ada pelajar MP di
Malaysia lebih cenderung kepada pendidikan yang
bercorak akademik dan sebaliknya aspek vokasional
hanya merupakan aspek kecil sahaja yang diselitkan
dalam mata pelajar kemahiran hidup (Juairiyah, 2000;
Sironmani, 1996; Rohaineza, 1996).

pelajar kadangkala tidak dapat memenuhi keperluan


mereka daripada segi minat dan kebolehan intelek serta
tidak memenuhi kehendak penawaran guna tenaga
(Kementerian Pendidikan Malaysia, 1999; Patton et al.,
1997). Kajian oleh Norani et al. (2005) menunjukkan
kelemahan kurikulum vokasional pelajar MP disebabkan
oleh beberapa faktor iaitu kekurangan alatan dan
kemudahan; mata pelajaran vokasional tidak tawarkan
di sekolah; kurang penekanan ke atas program
vokasional pelajar khas; program vokasional tidak
dilaksanakan sepenuhnya dan pelajar hanya belajar
kemahiran asas sahaja; kurang tenaga pengajar untuk
mengajar vokasional serta hanya menekankan kepada
teori sahaja.

Justeru, kajian-kajian lepas


mencadangkan agar perlu digubal
satu kurikulum khusus yang dapat
melatih pelajar MP dalam aspek
vokasional di Malaysia
memandangkan penekanan dalam
bidang akademik semata-mata tidak
berupaya untuk memastikan pelajar
tersebut dapat berkerja selepas
keluar sekolah kelak

Kurikulum vokasional pelajar MP juga


seharusnya memberi fokus dalam
pemilihan bidang kemahiran hidup di
samping penekanan aspek latihan di
tempat kerja (on the job training)
sebagai cara memberi lebih peluang
kepada pelajar untuk bersaing
mendapatkan pekerjaan yang boleh
menjamin masa depan mereka kelak

(Ramlee & Norani, 2007; Mydin, 2001; Juairiah, 2000;


Evers, 1995).
Selain itu, skop dan jenis kursus perlu ditambah bagi
membolehkan pelajar MP membuat pilihan kerjaya
secara lebih terbuka dan sesuai dengan kemampuan
serta minat mereka (Juairiyah, 1996; Bristow & James,
1990; Wehman et al., 1985). Selain itu, kajian lepas
juga mendapati bahawa kurikulum pelajar MP dalam
aspek pemilihan bidang kemahiran perlu dibuat tidak
berdasarkan minat dan kebolehan semata-mata malah
perlu seiring dengan permintaan tenaga kerja semasa.
Ini bertujuan untuk memastikan bahawa bidang-bidang
kemahiran yang ditawarkan kepada pelajar merupakan
bidang-bidang kemahiran yang dapat menjamin kerjaya
pelajar kelak. Fenomena yang berlaku kini ialah
bilamana bidang vokasional yang didedahkan kepada

(McConkey, 1998; Walls et al., 1997; Clark et al.,


1994; Edgar, 1992).
Salah satu faktor yang menjadi punca pelajar MP gagal
memperolehi kerjaya yang bersesuaian adalah
disebabkan ketiadaan kemahiran yang bersesuaian
dengan keperluan sesuatu kerjaya serta pengalaman
yang cetek dalam aspek latihan amali di sekolah.
Keadaan ini menyebabkan mereka hanya mampu
mendapatkan pekerjaan yang bersifat warisan bagi
golongan tersebut sahaja bila meninggalkan sekolah
biarpun sesetengah mereka mempunyai kebolehankebolehan tertentu yang luar biasa (Kamariah, 1998;
Salomoni & Paige, 1984).

(bersambung... m/s. 8)

Pendidikan
(sambungan dari m/s. 7)
Selain itu, kurikulum vokasional pelajar MP seharusnya
memberi penumpuan secara mendalam berkaitan
sesuatu kemahiran kerana pendedahan secara umum
serta bersifat akademik didapati kurang bersesuaian
bagi tujuan memahirkan pelajar di samping tidak
memenuhi keperluan dari segi keupayaan intelek, minat
dan cita rasa pelajar. Keadaan ini menyebabkan tahap
kecekapan, mutu dan kemampuan yang mereka
perolehi tidak dapat memberi keyakinan kepada majikan
untuk menerima mereka bekerja (Zakiah, 1999;
Dayang, 1997; Norani, 1996). Kajian lepas juga
mendapati kurikulum vokasional pelajar MP harus
menekankan bidang komunikasi dan pengurusan
kerana kajian menunjukkan bahawa bekas pelajar
bermasalah pembelajaran memiliki tahap kemahiran
komunikasi dan motivasi yang rendah yang
menyebabkan mereka sukar mendapat pekerjaan.
Keadaan ini berpunca daripada kegagalan mereka
untuk berkomunikasi dalam masyarakat di samping
ketidakupayaan melakukan tugas dengan berkesan
seperti orang normal (Ramlee et al., 2007; McConkey,
2001; Dayang, 1997; Smith, 1995; White, 1992).
Keperluan kurikulum vokasional perlu melibatkan
penyediaan kemudahan asas bagi menentukan
keberkesanan perlaksanaan kurikulum vokasional
tersebut.

Kajian lepas mendapati kewujudan


kemudahan asas yang meliputi
bengkel, bilik masakan serta bilik-bilik
tertentu peralatan serta bahan bantu
mengajar yang sesuai dapat
memastikan proses pengajaran dan
pembelajaran agar dapat berjalan
dengan sempurna.
Proses perubahan hanya
memberikan keberhasilan yang tinggi
sekiranya disertai dengan
peningkatan pembekalan bahan
pengajaran dan pembelajaran yang
cekap di samping peningkatan dalam
pengetahuan dan teknik penilaian
pembelajaran yang memudahkan.
Oleh yang demikian keperluan kemudahan asas perlu
dipenuhi
terlebih
dahulu
bagi
memastikan
keberkesanan sesuatu kurikulum yang dirancang
(Shafiee, 2002; Zainudin, 1999; Kementerian
Pendidikan Malaysia, 1990; Howson & Malone, 1984).

Kesimpulan
Pelajar bermasalah pembelajaran (MP) merupakan golongan individu yang
berpotensi untuk terlibat sama dalam bidang kerjaya sekiranya diberi latihan
yang
bersesuaian.
Latihan
kemahiran
yang
sistematik
mampu
mempertingkatkan kemahiran vokasional mereka dengan berkesan. Hanya
dengan memiliki kemahiran vokasional yang tinggi, barulah golongan masalah
pembelajaran dapat bersaing bersama golongan normal dalam masyarakat.

Pendidikan

Prof. Madya Dr. Lee Lay Wah


Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia, 11800 Penang, Malaysia.

Perancangan merupakan salah satu perkara penting dalam pendidikan khas sebab keperluan murid
pendidikan khas adalah pelbagai dan merangkumi pelbagai domain perkembangan. Keperluan yang pelbagai ini
biasanya perlu ditangani oleh sekumpulan orang dengan berlandaskan kepakaran berlainan. Tambahan pula,
keperluan mereka adalah bersifat individu, dengan ini perancangan yang berbentuk individu diperlukan. Perancangan
yang biasanya dilaksanakan melalui program pendidikan khas merupakan Rancangan Pendidikan Individu,
Rancangan Pengajaran Harian serta Rancangan Pengajaran Individu. Berdasarkan pengalaman saya, kerap kali
terdapat kekeliruan dalam kalangan pendidik mengenai ketiga-tiga jenis perancangan ini, jadi artikel ini bertujuan
untuk memberi penjelasan yang lebih menyeluruh mengenai perancangan-perancangan tersebut.

Rancangan Pendidikan Individu (RPI)


merupakan sebuah dokumen lengkap
mengenai
keseluruhan
program
pendidikan
khas
seseorang
murid
berkeperluan khas. Untuk menyediakan program
pendidikan khas yang menyeluruh ini, tahap keupayaan
sedia ada murid pada masa sekarang perlu dikesan
atau dinilai dan seterusnya dicatatkan dalam rancangan
ini. Maklumat mengenai tahap keupayaan sedia ada ini
seterusnya digunakan sebagai asas untuk membentuk
sasaran masa depan murid.
Sasaran masa depan merupakan tujuan serta objektif
pendidikan yang ingin murid tersebut mencapai pada
masa depan. Seterusnya, proses bagaimana seseorang
murid itu akan dapat mencapai ke tahap keupayaan
yang diingini dibincang oleh ahli pasukan RPI. Pasukan
RPI biasanya merangkumi ibubapa, guru pendidikan
khas, guru kelas biasa, ahli psikologi yang telah menilai
murid tersebut, wakil daripada agensi kerajaan, murid
itu sendiri (sekiranya boleh) serta ahli perkhidmatan
berkaitan lain.
Perkhidmatan pendidikan khas yang mungkin disyorkan
untuk murid merangkumi pengajaran khas, sokongan
tambahan, penyesuaian dan pengubahsuain kepada
kurikulum serta perkhidmatan berkaitan yang lain.
Perkhidmatan berkaitan dalam pendidikan khas

merangkumi perkhidmatan yang disediakan oleh pakar


pertuturan, pakar audiologis serta pakar terapi yang
lain.
Jangka masa yang diperlukan untuk menyediakan
kesemua pekhidmatan pendidikan khas serta kaedah
penilaian yang akan digunakan untuk menentukan
sama ada murid sudah mencapai tahap pencapaian
yang diingini juga dirancang. Sesuatu RPI yang lengkap
biasanya mengandungi maklumat berikut:
1. Tahap kefungsian sedia ada murid
Penilaian dilaksanakan untuk mengetahui tahap
kefungsian sedia ada murid dari segi akademik/kognitif,
sosio-emosi, tingkah-laku, komunikasi, bahasa serta
domain lain yang memerlukan bantuan. Skor ujian,
teacher rating serta penilaian oleh pakar digunakan
untuk melaporkan tahap keupayaan sedia ada.
Maklumat ini merupakan base line untuk menilai
kemajuan masa depan murid.

2. Tujuan tahunan dan objektif jangka pendek


Tujuan tahunan dan objektif jangka pendek dirancang
oleh pasukan RPI berdasarkan tahap kefungsian sedia
ada. Tujuan tahunan dibentuk untuk domain
perkembangan akademik, kemahiran sosial adaptif
serta perubahan dalam tingkah laku.

(bersambung... m/s. 10)

Pendidikan
(sambungan dari m/s. 9)
Tujuan tahunan juga merangkumi perkhidmatan
berkaitan serta sokongan tambahan yang diperlukan
oleh murid berkeperluan khas. Setiap tujuan tahunan
dipecahkan kepada objektif jangka pendek yang boleh
dinilai.
3. Penyertaan murid dalam kelas biasa
Penyertaan murid dalam kelas biasa perlu dirancang.
Penyertaan dalam aktiviti akademik serta kokurikulum
perlu dicatakan.
4. Perkhidmatan pendidikan khas
Perkhidmatan pendidikan khas yang diperlukan untuk
mencapai tujuan dan objektif yang dibentuk perlu
dirancang. Perkhidmatan pendidikan khas merangkumi
pengajaran pendidikan khas, perkhidmatan berkaitan
serta sokongan tambahan yang lain. Penyesuaian serta
pengubahsuaian kepada kurikulum yang diperlukan
oleh murid dicatatkan. Penyesuaian yang diperlukan
untuk murid mengambil ujian aliran perdana juga
dirancang. Sekiranya murid tidak dapat mengambil
peperiksaan aliran perdana, penilaian alternatif
dirancang.
5. Tarikh mula, frekuensi, lokasi serta jangka masa
perkhidmatan pendidikan khas
Tarikh untuk memulakan perkhidmatan pendidikan
khas, frekuensi, lokasi, jangka masa perkhidmatan dan
serta penyesuaian yang diperlukan perlu dirancang.

6. Rancangan intervensi untuk tingkah laku


Murid berkeperluan khas yang mempunyai masalah
tingkah laku yang signifikan memerlukan intervensi
untuk memperbaiki tingkah laku mereka. Rancangan
intervensi tingkah laku disediakan berdasarkan
penilaian tingkah laku murid.
7. Pelan peralihan
Untuk murid yang berusia 14 tahun dan ke atas, satu
pelan peralihan dirancang. Pelan ini mengandungi
strategi serta perkhidmatan yang diperlukan untuk
memastikan bahawa murid tersebut bersedia untuk
beralih dari sekolah ke kehidupan dewasa.
8. Kaedah penilaian
Pasukan RPI perlu menjelaskan bagaimana kemajuan
murid akan diukur. Kriteria serta prosedur penilaian
berdasarkan indivdu perlu dirancang.

Di Malaysia, oleh sebab perkhidmatan berkaitan masih


belum lagi dapat disediakan untuk setiap murid
pendidikan khas, maka RPI yang disediakan di sekolah
sekarang biasanya tidak melibatkan ahli-ahli
perkhidmatan berkaitan ataupun ahli psikologi. RPI
yang disediakan di program integrasi masalah
pembelajaran sekarang biasanya merangkumi hanya
perkhidmatan pengajaran pendidikan khas yang boleh
dilaksanakan oleh guru-guru di sekolah sahaja.
Tahap pencapaian murid akan dinilai selepas sesuatu
jangka masa tertentu, iaitu biasanya selepas 3 atau 6
bulan. Sekiranya murid belum mencapai lagi tahap yang
diingini, maka perancangan perlu diubahsuai semula.
Sekiranya murid sudah pun mencapai tahap yang
diingini, maka tujuan ataupun objektif baru dibentuk
dan program perkhidmatan yang diperlukan untuk
mencapai tujuan atau objektif baru dirancang.

Rancangan pengajaran harian (RPH) pula


adalah rancangan yang disediakan oleh
guru setiap hari sebelum mengajar di
dalam kelas. RPH merangkumi persediaan sebelum
mengajar, langkah-langkah pengajaran di dalam kelas
serta aktiviti atau latihan penilaian ang digunakan dalam
pengajaran kelas. Semasa guru merancang RPH, guru
perlu mengambil kira RPI murid berkeperluan khas di
dalam kelas dan mencuba untuk menyediakan langkahlangkah pengajaran serta aktiviti penilaian yang boleh
menolong murid mencapai ke arah objektif yang tercatat
dalam RPI mereka.

(bersambung... m/s. 11)

10

Pendidikan
(sambungan dari m/s. 10)
Salah satu contoh RPH adalah RPH ePKhas-Lee
(2007 ePKhas). RPH ePKhas-Lee terdiri daripada
tujuh peringkat seperti di bawah:
1. Maklumat Awal Pelajaran
Bidang pengajaran, jenis ketidakupayan, peringkat
pendidikan,
aras
kesukaran
serta
domain
perkembangan dicatatkan.
2. Perancangan Sebelum Pengajaran
Enam perkara perlu dikenalpasti dan ditentukan terlebih
dahulu
sebelum
merancang
langkah-langkah
dalam proses pengajaran-pembelajaran. Perkara
tersebut adalah:
Sukatan Pelajaran
Deskripsi Pelajaran Hari Ini
Objektif Pelajaran
Kemahiran Sedia Ada
Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran
Bahan Bantu Mengajar
Sokongan Tingkah Laku Positif
3. Permulaan Pengajaran
Tiga langkah digunakan untuk memulakan sesuatu
pengajaran dalam kelas, iaitu:
i.
Set induksi
ii. Membantu murid mengingat kembali kemahiran
sedia ada
iii. Memperkenalkan pelajaran hari ini kepada murid

4. Penyampaian Isi Pelajaran


Strategi pengajaran ePKhas-Lee disyorkan untuk
menyampaikan isi pelajaran. Strategi ini terdiri daripada
tiga langkah yang utama iaitu Model, Bimbing dan Cuba
(2007 ePKhas) (Lee, Mei, 2009):
i.
Mempersembahkan maklumat baru kepada murid
(Model)
ii. Membimbing murid untuk melaksanakan tugasan
baru (Bimbing)
iii. Memberi peluang untuk murid melakasanakan
tugasan secara sendiri (Cuba)
Guru biasanya memodel tugasan atau konsep baru,
seterusnya ini diikuti dengan langkah membiarkan murid
melatih tugasan atau konsep baru dengan diberi
bimbingan. Apabila murid sudah dapat menguasai
tugasan atau konsep baru ini, bimbingan dipudarkan
supaya murid dapat mencuba secara berdikari.

5. Penilaian
Latihan disediakan untuk menilai murid. Murid dibimbing
untuk melaksanakan latihan sekiranya perlu dan
seterusnya bimbingan dipudarkan supaya murid boleh
berdikari.
6. Penutup Pengajaran
Penutup pengajaran biasanya merangkumi rumusan
keseluruhan pengajaran untuk hari tersebut.
7. Aktiviti Lanjutan
Aktiviti lanjutan biasanya adalah aktiviti generalisasi iaitu
aktiviti untuk mengaplikasikan konsep serta tugasan
yang baru dipelajari dalam situasi yang baru seperti
dalam kehidupan seharian.
Templat RPH ePKhas-Lee telahpun dibina dalam
laman web ePKhasSM (http://epkhas.ses.usm.my)
untuk tujuan menolong guru menyediakan Rancangan
Pengajaran Pelajaran Harian mereka. Guru boleh
menggunakan templat ini selepas mendaftar sebagai
ahli penyumbang ePKhasSM.

Sesetengah murid yang menghadapi masalah untuk


mengikuti pembelajaran di kelas mungkin perlu
pengajaran yang lebih intensif. Murid ini biasanya
diasingkan untuk seketika masa yang singkat beberapa
kali dalam seminggu supaya pengajaran yang berbentuk
individu dilaksanakan. Dalam situasi begini, rancangan
pengajaran individu disediakan. Rancangan Pengajaran
Individu kerap kali dikelirukan dengan Rancangan
Pendidikan Individu sebab akronimnya juga RPI. Tetapi
tujuan kedua-dua perancangan ini adalah berbeza.
Rancangan Pengajaran Individu seakanakan rancangan pengajaran harian tetapi
disediakan untuk mengajar murid secara
individu, sementara Rancangan Pendidikan Individu
pula merupakan sebuah dokumen lengkap (blueprint)
mengenai keseluruhan program pendidikan khas untuk
seseorang murid berkeperluan khas. Sekiranya
pengajaran individu diperlukan, ia biasanya dicatatkan
dalam Rancangan Pendidikan Individu. Pengajaran
individu merupakan salah satu kaedah yang boleh
digunakan untuk merealisasikan perancangan dalam
Rancangan Pendidikan Individu.

(bersambung... m/s. 12)

11

Pendidikan
(sambungan dari m/s. 11)

Berdasarkan perbincangan di atas,


adalah jelas bahawa
ketiga-tiga
perancangan yang digunakan dalam
pendidikan khas adalah untuk tujuan
berlainan. Walau bagaimanapun,
ketiga-tiga perancangan ini memang
berkait antara satu sama lain. Perkara
yang
dirancang
dalam
RPI
dilaksanakan dalam RPH serta dalam
pengajaran bersifat individu. Dalam erti
kata lain, RPH serta Rancangan
Pengajaran Individu merupakan cara
untuk menjayakan perkara yang
dirancang dalam RPI. RPI boleh
diibaratkan sebagai sesuatu blueprint.
Blueprint RPI ini dilaksanakan dalam
aktiviti seharian di sekolah, dan kalau
perkhidmatan berkaitan diperlukan,
perkhidmatan tersebut disediakan
sama ada di sekolah ataupun di tempat
khas yang lain seperti di klinik tertentu.
Rujukan
Lee Lay Wah (2007-2009). ePKhas:
Repositori sumber e-pengajaran dan
pembelajaran
multimedia
untuk
pendidikan khas. Pusat Pengajian Ilmu
Pendidikan, USM. Laman web:
http://epkhas.ses.usm.my
Lee Lay Wah. (Mei, 2009). Strategi
Pengajaran ePKhas-Lee. Dari laman
web:
http://epkhas.ses.usm.my/content/Strat
egi Pengajaran ePKhas-Lee

Oleh Nurul Atika Raub


Majlis berbuka puasa yang dianjurkan oleh pelajar-pelajar tahun 4
program Pendidikan Khas telah diadakan di Spa & Resort Pulau
Jerjak, Pulau Pinang pada 14 September 2009. Majlis ini bertujuan
untuk merapatkan silaturrahim antara para pelajar yang mengikuti
program Pendidikan Khas dengan para pensyarah. Seramai 26 orang
pelajar tahun 2, 3 dan 4 menyertai majlis ini bersama-sama dengan
empat orang pensyarah iaitu Prof. Madya Dr. Lee Lay Wah, Dr. Mohd.
Zuri Ghani, Dr. Zainudin Mohd Isa dan Dr. Abdul Jalil Ali.
Perjalanan ke tempat tersebut tidak mengambil masa yang begitu
lama memandangkan ianya terletak berhampiran dengan kawasan
kampus. Para peserta tidak sabar-sabar untuk tiba disana kerana
ingin menyertai sesi fotografi. Kawasan tersebut sememangnya
menjanjikan panorama yang indah kerana ianya terletak ditepi laut.
Pelbagai juadah lazat seperti Nasi Putih, Nasi Goreng, Daging Masak
Lemak Cili Api, Tom Yam, Bubur Lambuk, Sambal Petai Udang dan
ulam-ulaman disediakan. Sebagai pemanis mulut, tamar, aneka jenis
puding, choc ball, karipap, kuih cara, buah tembikai dan buah betik
telah disediakan. Para peserta disajikan dengan makanan tambahan
seperti ABC, laksa, ikan bakar yang disediakan sebagai pilihan
tambahan. Kirakira jam 7.20 malam, majlis berbuka puasa
dimulakan. Semua peserta seronok menikmati makanan. Selesai
makan dan solat Maghrib, para peserta kembali menangkap gambar
sementara menunggu ketibaan bas untuk berangkat pulang.
Secara keseluruhannya, majlis berbuka puasa ini telah meninggalkan
kenangan manis buat para peserta. Walaupun masa yang
diperuntukkan adalah singkat, para peserta sangat berpuas hati
dengan perkhidmatan yang telah disediakan terutamanya dari segi
penyediaan makanan dan layanan yang diberikan. Semoga programprogram seperti ini dapat dianjurkan lagi di bulan Ramadhan yang
akan datang bagi mengeratkan hubungan ukhuwah sesama ahli
keluarga program Pendidikan Khas USM.

12

Pendidikan

Dr. Aznan Che Ahmad


Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia, 11800 Penang, Malaysia.

Deria pendengaran salah satu deria


manusia yang utama. Kehilangan
pendengaran merupakan suatu
halangan kepada setiap manusia
kerana ialah akan memberi impak
bukan sahaja terhadap komunikasi,
malah kepada kehidupan peribadi dan
sosial individu tersebut.
Tanpa deria pendengaran, adalah sukar bagi setiap
manusia untuk memahami sesuatu perkara, meyatakan
pendapat, menghayati seni muzik, bunyi persekitaran,
dan meluahkan perasaan. Tahap kehilangan deria
pendengaran adalah berbeza-beza pada setiap manusia.
Hal ini menjadikan setiap kanak-kanak bermasalah
pendengaran berbeza antara satu sama lain.
Kanak-kanak yang mengalami masalah pendengaran
tidak dapat mendengar bunyi dan meniru bunyi-bunyi di
persekitaran. Situasi ini
menjadikan kanak-kanak
tersebut mengalami kesukaran untuk mempelajari bahasa
berbanding dengan rakan sebaya mereka yang berupaya
memperolehi bahasa dengan cara meniru bunyi
persekitaran mereka.

Masalah pendengaran boleh


dibahagikan kepada dua kategori iaitu
pekak (deaf) dan mengalami
kesukaran dalam mendengar
(hard of hearing).
Individu yang pekak ialah individu yang tidak dapat
mendengar bunyi di sekeliling mereka walaupun dengan
bantuan alat pendengaran. Individu ini juga tidak boleh
menggunakan pendengaran sebagai cara yang asas
untuk memperoleh maklumat. Manakala mereka yang
mempunyai kesukaran mendengar adalah individu yang
dapat memproses maklumat daripada bunyi di sekeliling
mereka dengan bantuan alat pendengaran.

Punca-punca
Berlakunya
Masalah
Pendengaran
Masalah pendengaran boleh
terjadi disebabkan oleh
pelbagai faktor iaitu sebelum
lahir, semasa lahir, dan
selepas lahir.

Sebelum lahir
Masalah pendengaran yang berpunca sebelum lahir
disebabkan oleh baka atau pun bukan baka. Baka
biasanya diwarisi daripada ibu bapa yang mewarisi
gen yang kurang sihat. Kepekakan yang berpunca
daripada bukan baka pula adalah disebabkan oleh:
i.

Jangkitan semasa mengandung seperti rubella,


selesema yang berpanjangan atau pun demam
panas.
ii. Ibu mengandung yang mengalami penyakit yang
berkaitan dengan pemakanan seperti beri-beri,
dan kencing manis.
iii. Pengambilan ubat tanpa nasihat doktor, dadah
ataupun alkohol oleh ibu mengandung.
iv. Terdedah kepada sinaran-x (x-ray)
v. Tempoh mengandung yang terlalu kerap/rapat
vi. Toksemia atau penyakit kelamin
vii. Pemakanan ibu mengandung. Ibu yang merokok
disarankan berhenti merokok enam bulan atau
sembilan bulan sebelum hamil. Ini disebabkan
nikotin dalam rokok akan mengurangkan
penyaluran oksigen kepada bayi dalam
kandungan yang berisiko menyebabkan
berlakunya kecacatan kepada otak atau pun
telinga bayi.
viii. Penyakit hemolisi yang disebabkan oleh faktor
Rh (Rhesus Factor)

(bersambung... m/s. 14)

13

Pendidikan
(sambungan dari m/s. 13)

Semasa lahir
i.

ii.
iii.

Disebabkan oleh masa kelahiran yang terlalu lama


atau susah seperti penggunaan forcep yang
melibatkan tekanan yang kuat pada bahagian
telinga bayi.
Kelahiran yang tidak cukup bulan (premature birth)
Kecederaan yang dialami semasa proses kelahiran
seperti pada bahagian telinga, anoxia iaitu keadaan
di mana tali pusat melilit pada bahagian tekak atau
leher bayi menyebabkan kekurangan bekalan
oksigen ke otak dan sistem saraf pusat dan
seterusnya berisiko menyebabkan kerosakan pada
sistem pendengaran.

Selepas lahir
i.

Meningitis berpunca dari jangkitan virus yang


menyerang tisu membran selaput otak. Nanah
yang berkuman akibat jangkitan tersebut akan

merosakkan sistem pendengaran.


ii. Penyakit beguk yang berpanjangan juga berisiko
menyebabkan berlakunya masalah pendengaran.
iii. Measles (demam campak) juga berisiko
menyebabkan terjadinya masalah pendengaran. Ini
disebabkan suhu badan yang terlalu tinggi (demam
panas akibat measles) berisiko mengakibatkan
berlakunya masalah pendengaran.
iv. Encephalitis iaitu sejenis penyakit yang berisiko
menyebabkan terjadinya kecacatan pelbagai
kepada bayi.
v. Terdedah kepada bunyi yang terlalu kuat dan
nyaring untuk tempoh masa yang lama
vi. Prebycusis iaitu satu keadaan di mana
pendengaran menjadi semakin kurang disebabkan
oleh faktor umur.
vii. Kemalangan yang terjadi pada bahagian telinga.

Tahap masalah pendengaran biasanya diukur dalam desibel (dB).


Tahap
Kehilangan
Pendengaran
(dB)

Kategori
Kepekakan

Kesan Kehilangan Pendengaran

Sedikit
(mild)

20 - 45 dB

Sederhana
(moderate)

46 - 70 dB

71 - 90 dB

Teruk
(severe)

91 dB dan ke atas

Sangat Teruk
(profound)

Mengalami masalah untuk mendengar pertuturan dan perbualan


yang perlahan
Kanak-kanak yang mengalami kecacatan jenis ini biasanya dapat
membentuk pertuturan dan bahasa yang normal sekiranya mereka
mendapat intervensi awal yang berkesan dan menggunakan alat
bantu pendengaran yang sesuai.
Mengalami masalah pertuturan terutamanya apabila terdapat
gangguan bunyi latar yang kuat.
Kanak-kanak yang mengalami kecacatan pendengaran kategori ini
berisiko mengalami masalah perkembangan pertuturan dan bahasa
sekiranya mereka tidak menggunakan alat bantu dengar dan
mendapat intervensi awal
Tidak boleh mendengar bunyi pertuturan yang normal
Individu yang mengalami kecacatan pendengaran kategori ini
perlukan bantuan visual untuk membolehkan mereka memahami
pertuturan.
Mengalami masalah besar untuk mendengar bunyi pertuturan.
Individu yang mengalami kecacatan pendengaran kategori ini
biasanya akan mengalami masalah penguasaan bahasa dan
pertuturan yang teruk.

(bersambung... m/s. 15)

14

Pendidikan
(sambungan dari m/s. 14)

Ciri-ciri kanak-kanak yang mengalami masalah pendengaran


Kurang memberi perhatian apabila kita bercakap dengannya
Mempunyai pertuturan yang sukar difahami
Sukar mengikut arahan lisan
Sering bertanya atau sering meminta diulangi arahan lisan yang diberikan
Kurang minat untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang memerlukan perbincangan atau banyak melibatkan lisan
Sering memerlukan bantuan rakan untuk melakukan aktiviti yang diberikan secara lisan
Sering berkhayal
Sering mempunyai masalah kesihatan seperti sering mengadu sakit telinga, terdapat cecair keluar dari telinga,
sering mengalami selesema, sakit tekak atau pun tonsilitis.
Gemar berada dekat dengan sumber bunyi
Gemar memberi perhatian kepada muka penutur
Sering memberi jawapan yang tidak sesuai dengan soalan yang diberikan
Mempunyai suara yang terlalu perlahan atau terlalu kuat.
Mempunyai tatabahasa yang lemah
Mengalami masalah untuk menentukan arah sumber bunyi
Sering meninggalkan beberapa bunyi pertuturan atau menggantikan bunyi perkataan dengan bunyi lain.

Oleh Shakila Basri


Pada 7 Ogos 2009, seramai 9 orang pelajar pendidikan
khas telah dijemput untuk menjadi fasilitator bagi Hari
PKBP Sekolah Menengah Kebangsaan Jelutong
(SMKJ). Mereka yang terdiri daripada pelajar tahun 2
dan tahun 4 program pendidikan khas USM telah
berkampung selama 3 hari 2 malam di sekolah
tersebut. Guru-guru sekolah tersebut berasa sangat
gembira dan menghargai pengorbanan pelajar
pendidikan khas yang sanggup mengorbankan masa
dan tenaga bersama-sama pihak sekolah dalam
menjayakan program tahunan mereka ini.
Hari PKBP merupakan program tahunan SMKJ yang
menghimpunkan pelajar-pelajar berkeperluan khas
dengan pelajar normal bersama-sama. Pengalaman
salah seorang pelajar pendidikan khas mendapati
program seperti itu mampu mendekatkan diri pelajar
normal dengan pelajar-pelajar berkeperluan khas.
Mereka tidak mendiskriminasi golongan minoriti seperti
pelajar-pelajar berkeperluan khas sebaliknya bersamasama membantu kanak-kanak berkeperluan khas
dalam memenuhi keperluan diri dari segi sosialisasi.

Pada tahun ini, Hari PKBP Sekolah Menengah Jelutong


ini bertemakan 'Kem Integrasi 1 Malaysia' sebagai
menyahut seruan Perdana Menteri untuk mengamalkan
konsep tersebut dalam diri rakyat Malaysia.

Sebagai sekolah angkat kepada Media Prima Berhad,


Rohazida Mohamed (Head of Public Affairs, Media
Prima Berhad) merupakan antara VIP yang hadir pada
hari bersejarah tersebut.

15

Pendidikan

Oleh Nur Zahera Mohd Nusir


Pada 13 September 2009 (Ahad), Persatuan Ilmu
Pendidikan (PIP) buat julung-julung kalinya mengadakan
Bengkel Bahasa Isyarat di USM. Bengkel ini diadakan di
Bangunan E48B bermula dari pukul 8.00 pagi dan tamat
pada pukul 2.00 petang. Bengkel ini adalah usaha sama
bersama pelajar-pelajar dari Persatuan Pendidikan Khas
tahun 3. Saudara Wan Nor Adli, pelajar tahun 4
merupakan ketua kepada semua fasilitator. Pelajarpelajar Pendidikan Khas tahun satu diwajibkan untuk
menghadirkan diri ke bengkel ini sebagai pendedahan
awal kepada bahasa isyarat.

kata ganti diri, keluarga, hari dan bulan serta ucapan


selamat. Semua kemahiran ini diajar dengan
menggunakan Kod Tangan Bahasa Melayu (KTBM).

Bengkel ini dirasmikan oleh Prof. Dr. Munirah Ghazali


dan disaksikan oleh Dr. Aznan Che Ahmad yang juga
sebagai pensyarah jemputan bengkel ini. Dr. Aznan
Che Ahmad merupakan pensyarah yang mempunyai
pengkhususkan dalam bidang Pendidikan Khas
(Masalah Pendengaran). Prof. Dr. Munirah Ghazali
sangat berbangga dengan penghasilan bengkel ini
sebagai projek rintis Persatuan Ilmu Pendidikan yang
boleh memberi manfaat kepada para pelajar.
Bengkel ini bertujuan meningkatkan lagi kesedaran
mahasiswa dan mahasiswi tentang pentingnya
mempelajari bahasa isyarat untuk kepentingan sejagat.
Bengkel ini turut menekankan bahawa bukan sahaja
golongan yang terlibat dengan pendidikan khas sahaja
yang seharusnya mempelajari dan memahami bahasa
isyarat, tetapi semua komuniti harus berganding bahu
mempelajarinya sebagai nilai tambahan kepada kita
mempelajari, mengenali dan berkomunikasi dengan
golongan masalah pendengaran. Apa yang diperkatakan
oleh Dr. Aznan Che Ahmad sedikit sebanyak membuka
minda para pelajar tentang masalah pendengaran,
kepentingan bahasa isyarat dan memperbaiki tanggapan
negatif segelintir mahasiswa dan mahasiswi terhadap
individu bermasalah pendengaran.
Kehadiran fasilitator yang berketerampilan dan mahir
dalam bahasa isyarat dari Persatuan Pendidikan Khas
menarik minat ramai pelajar untuk mempelajari bahasa
isyarat. Setiap pelajar yang hadir dibahagikan kepada 8
kumpulan dan diketuai oleh 2 orang fasilitator. Setiap
peserta didedahkan dengan lima kemahiran asas dalam
Bahasa Isyarat iaitu penggunaan kod huruf, nombor,

Dapat disimpulkan aktiviti ini berjaya mendapat


sambutan yang membanggakan dan kritikan positif
daripada pihak Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan (PPIP),
fasilitator, dan dalam kalangan perserta sendiri telah
membuktikan bahawa Persatuan Ilmu Pendidikan (PIP)
dapat memimpin kemajuan pendidikan ke arah
melestarikan
kecemerlangan
masa
hadapan.
Diharapkan agar aktiviti-aktiviti yang sihat seperti ini
dapat diteruskan pada masa akan datang dan
seterusnya dapat membuka minda mahasiswa dan
mahasiswi tentang kesedaran terhadap golongan yang
mempunyai masalah pendengaran.

16

Pendidikan

Di Pusat Harian Harapan Bakti, Pulau Pinang


Tarikh: 31/10/2009
Kehadiran:
Tetamu Jemputan:
1. Prof. Dr. Abdul Rashid
Mohamed (Dekan, PPIP,
Selaku Perasmi)
2. Dr. Abdul Rashid Mohamad
(Penasihat Program dan
Penyelaras Kurus PPK 435)
Wakil Pusat:
1. Pn. Rajeswary
2. Pn. Nalini
3. Pn. Aishah
4. Pn. Wati

Oleh Shakila Basri


Pada jam 7.00 pagi kami bertolak ke Pusat Harian Harapan Bakti dengan
jumlah kekuatan sebanyak 29 orang. Daripada 29 orang, 3 orang menaiki
kenderaan sendiri berlepas ke pusat dan selebihnya menaiki bas. Perjalanan
dari Universiti Sains Malaysia ke Pusat Harian Harapan Bakti mengambil
masa 45 minit.
Setelah tiba di Pusat Harian Harapan Bakti, kami menyiapkan meja
pendaftaran dan memantau bilik perasmian dan menambahbaikan serba
sedikit kekurangan kerana pada 30/10/2009 kami telah datang menyiapkan
tempat dan pada hari ini kami hanya akan menambahbaikan dan agenda
serenar pada hari ini ialah menguruskan pendaftaran, majlis perasmian,
aktiviti kaunseling kelompok dengan aktiviti kanak-kanak yang berlangsung
serentak dan seterusnya penyampaian hadiah, cabutan bertuah dan
penyampaian cenderamata penghargaan kepada guru-guru Pusat Harian
Harapan Bakti yang banyak membantu memberi tunjuk ajar dari awal
persiapan Program Tautan Kasih Sinar Harapan 2009.

Fasilitator Kaunseling
Kelompok:
1. Abdul Halim Mohd Nasa
2. Shakila Basri
3. Lee Bee Hiang
4. Mohd Yaakup Sabri
5. Khamsila Saffie
6. Yusniyanti Yunos
7. Siti Sarah Sahlan
8. Saidatana Alawiah Jamaludin
9. Azreen Effendy Mohamad
10. Siti Salwani Alwi
11. Siti Jamilah Mohamed
Ibu Bapa / Klien: 25 orang
Anak-anak Pusat : 25 orang
Fasilitator Jemputan: 18 orang
pelajar USM.

Pada jam 8.15 pagi ibu bapa mula tiba di Pusat Harian Harapan Bakti
ketibaan mereka disambut mesra oleh fasilitator jemputan yang telah
diberikan tugas sebagai AJK sambutan dan keselamatan. Mereka dibantu
oleh AJK Induk iaitu oleh Lee Bee Hiang (selaku Setiausaha II) sebagai wakil
dari pihak pengurusan Program Tautan Kasih Sinar Harapan, bersama-sama
pengarah yang menyambut kehadiran ibu bapa serta menunggu ketibaan
para jemputan.
(bersambung... m/s. 18)

17

Pendidikan
(sambungan dari m/s. 17)

Di dalam bilik perasmian pengerusi majlis bersamasama Setiausaha (I) membincangkan mengenai
protokol ucapan kerana terdapat seorang lagi dif
jemputan yang baru diberitahu oleh pengarah pusat,
persediaan dalam bilik perasmian pada masa ini
berkisar mengenai menyiapkan simbolik perasmian dan
menguruskan cenderamata para dif jemputan. Pada jam
8.45 pagi ibu bapa sudah mula memenuhi bilik
perasmian, Setiausaha (I) menghiburkan ibu bapa
dahulu sementara menunggu perasmi program dan dif
jemputan yang lain.
Jam menunjukkan pukul 9.00 pagi, perasmi dan dif
jemputan diiringi oleh Pengarah masuk ke bilik
perasmian. Di luar kanak-kanak pusat bersama
fasilitator jemputan menjalankan aktiviti bebas, mereka
diberikan kumpulan dan fasilitator jemputan akan
menjadi fasi kumpulan untuk menjalankan aktiviti.
Kelihatan ada yang bercerita, membuat aktiviti
regangan dan ada juga yang bermain-main bersama.
Mereka kelihatan gembira sekali.
Lebih kurang pada jam 9.55 pagi majlis perasmian
tamat dengan simbolik perasmian yang cukup ringkas
tetapi bermakna buat seluruh AJK pelaksana kerana
mereka kerja keras menjayakan program ini, sudah
nampak kejayaannya, agenda yang seterusnya adalah
bersifat individu kerana kemahiran mengendalikan sesi
kaunseling bergantung kepada individu yang
menjalankan sesi. Apabila perasamian tamat pada dif
jemputan menjamu selera dan ibu bapa akan
meneruskan agenda program seterusnya iaitu sesi
kelompok dengan para fasilitator iaitu AJK pelaksana
Program Tautan Kasih Sinar Harapan 2009.

Berakhirlah tugas saya sebagai Setiausaha (I), pada


masa sesi kelompok dijalankan. Namun demikian,
apabila terdapat masalah dalam sesi kelompok nanti
saya mengharapkan rakan-rakan untuk sama-sama
berbincang. Selepas sesi pertama, fasilitator kelompok
memberitahu bilangan ahli kelompok (klien yang terdiri
daripada ibu bapa sedikit), 4-5 orang bagi setiap
kumpulan, masa 1 jam adalah terlalu banyak untuk
mendapat maklumat yang berguna, masa yang
selebihnya biasanya akan membincangkan masalah di
luar sesi. Justeru, seluruh fasilitator membuat
kesepakatan bahawa masa sesi disingkatkan kepada
30 minit bagi kelompok yang mempunyai 5-6 ahli dan
kelompok yang mempunyai 3-4 orang ahli akan
menjalan setiap sesi selama 20 minit.
Sesi kelompok berakhir agak awal, mengikut tentatif
sebenarnya sesi kelompok akan berakhir pada jam
12.10 tengah hari. Namun demikian, disebabkan sesi
kelompok dipendekkan masa, maka lebih kurang jam
11.30 pagi sesi kelompok berakhir. Ibu bapa lebih
gembira dengan keadaan ini kerana fasilitator mengikut
kehendak klien, bukannya mengikut kehendak sendiri
dengan menghabiskan sesi 1 jam bagi setiap sesi
kerana klien terpaksa bercakap lebih kurang 15-20
orang pada masa sesi. Hal ini, sekiranya klien yang
kurang senang untuk berkongsi terlalu banyak akan
merasa tidak selesa dengan sesi dan klien yang suka
berkongsi mempunyai masa untuk bersama-sama fasi
tetapi dalam keadaan lebih santai. Hal ini, memuaskan
hati para klien. Meneruskan sesi dalam keadaan yang
bertukar tempat dan suasana adalah sesuatu yang baik.

(bersambung... m/s. 19)

18

Pendidikan
(sambungan dari m/s. 18)
Apabila sesi tamat secara teknikal, masih ada klien bersama-sama
fasilitator yang seperti sebati jiwa dan raga berbincang dan berkongsi
banyak perkara lagi (refleksi kaunseling individu nanti akan
menceritakan perkara yang sebenarnya berlaku) kerana perkara yang
saya laporkan adalah yang saya nampak secara fizikal, fasilitator dan
ahli kelompok sahaja yang tahu segalanya kerana ini merupakan etika
dalam kaunseling. Secara logiknya, ibu bapa berasa sangat gembira
kerana apabila tamat sesi mereka bersama-sama anak-anak dapat
melibatkan diri dalam sukaneka akhir. Kasih sayang dan ikatan ibu bapa
bersama-sama anak-anak bukan sesuatu yang untuk ditayangkan
melalui aktiviti ini, keikhlasan ibu bapa menjaga anak-anak berkeperluan
khas ini ditonjolkan kerana mereka begitu bersemangat memberi
sokongan kepada anak-anak, terutama bagi melihat kejayaan anak-anak
berkeperluan khas dalam semua perkara yang dilakukan.
Setelah tamat aktiviti sukaneka, kami meneruskan agenda penyampaian hadiah kerana keadaan ibu bapa yang
sudah agak letih meminta kami untuk membuat sesuatu perkara yang menunjukkan penghargaan kepada mereka,
setelah mereka sanggup menghabiskan masa lebih kurang 2 jam dalam sesi. Apabila tiba ke sesi memberi hadiah
dan cabutan bertuah ibu bapa kelihatan semangat sekali menunggu nama-nama anak mereka diumumkan sebagai
pemenang bagi acara mewarna dan juga untuk cabutan bertuah.
Setelah selesai semua acara penyampaian hadiah, pihak AJK pelaksana menyampaikan cenderamata kepada pihak
Pusat Harian Harapan Bakti dan seterusnya bersalam-salaman dengan ibu bapa yang sangat prihatin dan
bersungguh-sungguh dalam usaha menjadi ibu bapa yang cemerlang dalam mendidik anak-anak berkeperluan khas.

Oleh Shakila Basri


Bukalah mata seluas-luasnya, di luar sana masih ramai
golongan orang kurang upaya (OKU) yang mengalami
trauma. Walaupun mereka dilahirkan dengan
ketidakupayaan namun bukan bermaksud mereka juga
tidak punya hati dan perasaan. Sedar atau tidak mereka
mengalami nasib sedemikian disebabkan tiadanya
intervensi dalam mengurangkan kesan ketidakupayaan
diri mereka. Justeru kita dapat lihat, kebanyakkan
mereka yang mengalami masalah seperti kerencatan
akal, autisme, dan kanak-kanak yang mempunyai
ADHD merupakan mereka yang mendapat perlindungan
daripada sheltered home. Apabila ibu bapa mula lepas
tangan ke pihak rumah perlindungan maka, bagi pihak

rumah perlindungan pula cukuplah sekadar penghuni


diberi makanan dan tempat tinggal walaupun mereka
dilayan begitu hina di rumah perlindungan tersebut.
Memetik kata-kata pengarah Jabatan Pendidikan Khas
semasa lawatan beliau ke Universiti Sains Malaysia
pada 7 Oktober 2009, beliau percaya masih besar
peluang orang kelainan upaya untuk menjalani
kehidupan yang lebih baik, nasib mereka tidak
sepatutnya begini sekiranya mereka dibantu.

(bersambung... m/s. 20)

19

Pendidikan
(sambungan dari m/s. 19)
Justeru persoalan sekarang: Siapa yang diangkat
telunjuk untuk membantu? Yang paling jelas, guru
pendidikan khas yang ditunding jari jika gagal membantu
dan kehidupan mereka berakhir begini Adakah ini
benar?
Berdasarkan berita di atas, jelas menunjukkan bahawa
masalah sebenar bukan berpunca daripada orang
kurang upaya yang semestinya dilahirkan begitu tetapi
keluarga mereka yang tidak mendapat pendidikan bagi
membantu anak mereka yang dilahirkan istimewa.
Namun begitu, bukan seratus peratus ibu bapa perlu
dipersalahkan kerana mereka tidak sedar bahawa
selama ini mereka mampu membantu anak-anak
mereka dan bukan sebaliknya menganggap semua itu
takdir yang tidak mampu mereka ubah.
Berdasarkan pengalaman saya sendiri ketika mengikuti
kursus elektif Pendidikan Khas yang ditawarkan, saya
dapati kursus yang paling saya rasakan sangat berguna
dan lebih menekankan untuk membantu ibu bapa dan
kanak-kanak khas itu sendiri ialah kursus PPK 335
(Kaunseling Kelompok untuk Keluarga Kanak-kanak
Khas). Kursus yang diajar oleh Dr. Rashid Mohamad ini
saya rasakan begitu komprehensif dalam membantu
OKU. Justeru, dalam membantu keluarga kanak-kanak
keperluan khas, maka pelajar yang mengambil kusus
PPK 435 sedang mencari dana untuk menjayakan projek
ini. Projek kaunseling kelompok untuk keluarga kanakkanak berkeperluan khas yang diberi nama Tautan
Kasih, Sinar Harapan sekarang dalam rangka
mengetengahkan program sebegini sebagai langkah
dalam membantu keluarga serta kanak-kanak khas itu
sendiri untuk mengurangkan tekanan ibu bapa dalam
menghadapi anak-anak mereka yang berkelainan upaya
dan membantu ibu bapa dan masyarakat sedar bahawa
kanak-kanak khas mampu dibantu jika ada cara yang
betul dan perkara pertama yang perlu ditanam dalam diri
bagi membantu adalah motivasi dalam diri individu yang
ingin membantu itu sendiri.
Bercerita lebih lanjut tentang program tersebut, pihak
Jabatan Kebajikan Masyarakat sendiri yang sebelum ini
tidak pernah mengendalikan projek sebegitu amat
berminat dalam membuat kerjasama bersama seluruh
jawatankuasa program. Kami berbesar hati untuk
mengadakan kerjasama tersebut supaya program

seperti ini nanti bakal dijalankan oleh jabatan-jabatan


kerajaan lain yang bertanggungjawab selain
mengharapkan beban yang berat digalas oleh guru-guru
pendidikan khas sahaja.

Dalam pada itu, saya dapati kursus kaunseling untuk


keluarga kanak-kanak khas belum dilaksana oleh
institusi pengajian tinggi dan sekolah serta pertubuhan
kebajikan yang lain. Hal ini kerana, kaunselor yang
bertanggungjawab biasanya kaunselor dalam bidang
psikologi dan bukan kaunselor dalam bidang pendidikan
khas. Menurut Dr. Abdul Rashid Mohamad sendiri,
Universiti Sains Malaysia yang seringkali mengeluarkan
kaunselor tidak terlatih dalam bidang pendidikan khas,
namun demikian ilmu tersebut tidak juga dapat
diaplikasikan oleh mereka disebabkan skop tugas
kaunselor di sekolah itu adalah kepada guru bimbingan
dan kaunseling semasa di sekolah. Beliau berharap
untuk pelajar sidang I, 2009/2010 ini dapat
mengaplikasikan segala pendekatan kaunseling untuk
keluarga kanak-kanak keperluan khas semasa menjadi
guru nanti.
Oleh sebab yang demikian, pelajar yang menduduki
kursus PPK 435 pada sidang ini mengemukakan projek
ini kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat supaya
sekiranya kami bukan sendiri dalam meneruskan usaha
murni ini sebaliknya bersama-sama berganding bahu
dalam membantu kanak-kanak berkeperluan khas dalam
memastikan masa depan mereka tidak akan berakhir
dengan keadaan yang menyayat hati.

Nilai manusia, bukan bagaimana ia


mati, melainkan bagaimana ia hidup;
bukan apa yang diperoleh, melainkan
apa yang telah diberikan;
bukan apa pangkatnya, melainkan
apa yang telah diperbuat dengan
tugas yang diberikan Tuhan
kepadanya.
- Ministry -

20

Pendidikan

Oleh Nur Izzati Saidi


Pada jam 0630H , kami mula baris
pagi dekat Parade Square untuk
mengira kekuatan intake masingmasing. Pada jam 0700H kami
mula menaiki bas untuk menuju ke
Sekolah Pendidikan Khas Alma
(masalah
penglihatan)
untuk
melangsungkan majlis berbuka
puasa dan aktiviti gotong-royong
bersama kanak-kanak bermasalah
penglihatan di sekolah tersebut.
Aktiviti ini bukan sahaja melibatkan
Palapes Laut Induk malah Palapes
Laut Transkerian juga turut serta
dalam aktiviti ini. Sejurus tiba di
sekolah tersebut, kami diberi
sedikit taklimat oleh pengetua
sekolah Alma berkaitan aktiviti
pada hari itu. Anggota palapes laut
dibahagikan kepada 2 kumpulan
dalam
melaksanakan
aktiviti
gotong-royong. Satu kumpulan
dikehendaki
mengemas
perpustakaan dan satu kumpulan
lagi mengemas asrama pelajar
sekolah tersebut.
Di blok asrama, kesemua anggota
Palapes Laut tekun mencuci
tandas, longkang dan tempat tidur
pelajar tersebut. Gotong-royong ini
menjadi lebih rancak dengan
pertolongan daripada pelajarpelajar di sekolah tersebut.
Mereka sememangnya telah dilatih
untuk berdikari kerana kebanyakan
mereka bukannya berasal dari
negeri Pulau Pinang, malah dari
Perak, Kelantan dan negeri-negeri

lain. Sesudah selesai mengadakan


aktiviti gotong-royong pada jam
1230H, kami berehat untuk
menyiapkan
diri
bagi
menyempurnakan solat zohor
berjemaah bersama-sama dengan
pelajar-pelajar tersebut.
Ahli jawatankuasa memasak pula
mula mengambil bahagian di dapur
untuk
membuat
persiapan
memasak bagi juadah berbuka
puasa. Pada jam 1330H, kami
solat berjemaah bersama-sama.
Terasa pilu apabila melihat kanakkanak yang berjauhan dari
keluarga semata-mata untuk
mencari ilmu bagi masa hadapan
mereka. Mereka sememangnya
tidak putus asa memohon petunjuk
dan hidayah dari Allah S.W.T.
Mereka terus berdoa dan berdoa.
Pada jam 1400H, kami bermain
satu permainan yang sangat
menarik di sana iaitu GOAL BALL
GAME. Goal ball ialah permainan
yang paling terkenal di kalangan
orang
yang
bermasalah
penglihatan.
Permainan
ini
memerlukan 3 orang pemain bagi
satu kumpulan.

anggota palapes laut mula


menunjukkan
persembahan
mereka yang mantap. Anggota
palapes Tahun 1 menyanyikan
lagu nasyid yang sangat syahdu
manakala anggota palapes Tahun
2 senior kadet pula turut
mendendangkan lagu raya bagi
menghiburkan semua orang. Pada
jam 1600H kami dihidangkan
dengan ceramah yang sangat
bermakna dan menyeronokkan
bagi menunggu masuknya waktu
berbuka puasa.
Selepas selesai berbuka puasa,
kami menunaikan solat maghrib,
isyak
dan
terawih
secara
berjemaah. Pada jam 2200H, kami
selesai menunaikan solat terawih.
Walaupun badan kami berasa letih,
namun kami berasa sangat
gembira kerana dapat berkenalan
dengan kanak-kanak sekolah
Alma. Kami bertolak pulang ke
USM pada jam 2330 H.

Selepas bermain goal ball, kami


menunaikan solat asar secara
berjemaah
sekali
lagi.
Kemudiannya, kami dihidangkan
dengan persembahan daripada
pelajar lelaki dan perempuan.
Sememangnya, suara mereka
sangatlah merdu. Seterusnya,

21

Pendidikan

Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia

22

Pendidikan

Emas & Perak di Peringkat Kebangsaan


Oleh Foo Kok Keong

TAHNIAH

diucapkan kepada ePKhasSM atas kejayaannya


memenangi Anugerah Pingat Emas pada bulan Mei 2009 di
Pertandingan Penyelidikan Pendidikan Nusantara 2009 dan
Anugerah Pingat Perak pada bulan Februari 2010 di Malaysia
Technology Expo (MTE) 2010.

ePKhasSM merupakan produk penyelidikan yang unggul


daripada Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan (PPIP) USM yang
dijayakan oleh Profesor Madya Dr. Lee Lay Wah (Pengerusi
Rancangan Pendidikan Khas) selaku ketua projek dan Profesor
Dr. Abdul Rashid Mohamed (Dekan PPIP) selaku penasihat
projek. Produk ini adalah hasil usaha projek Geran Penyelidikan
Universiti USM dan ia merupakan projek Tanggungjawab Sosial
Korporat Universiti.
ePKhasSM ialah repositori sumber multimedia pendidikan khas
yang pertama di Malaysia. Repositori ini dibina untuk
menyokong guru-guru pendidikan khas dan ibu bapa dalam
proses pengajaran dan pembelajaran murid berkeperluan khas.
ePKhasSM padat dengan sumber-sumber pengajaran dinamik
yang boleh diubahsuai mengikut keperluan murid. Sumbersumber pengajaran ini boleh dimuat turun secara percuma untuk
kegunaan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah atau
di rumah.
(bersambung... m/s. 24)

Laman ePKhasSM: http://epkhas.ses.usm.my

23

Pendidikan

ANUGERAH PINGAT EMAS


Pertandingan Penyelidikan Pendidikan Nusantara 2009
Pertandingan Penyelidikan Pendidikan Nusantara merupakan pertandingan
yang dianjurkan sempena Seminar Pendidikan Serantau pada 18 hingga 21
Mei 2009, di Klana Resort Seremban, Negeri Sembilan.

Seminar dan pertandingan ini merupakan sebuah projek dwitahunan cetusan


kerjasama akademik antara Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan
Malaysia (UKM) dengan Fakultas Keguruan dan Ilmu Pendidikan Universitas
Riau (UNRI). Pertandingan yang bertemakan Penyelidikan Pendidikan Ke
Arah Keunggulan Universiti Penyelidikan ini bermatlamat untuk merapatkan
hubungan negara serantau di nusantara secara ilmiah yang boleh memberi
manfaat kepada ahli akademik dan pelajar.
Pertandingan ini meliputi pameran kertas kerja, hasil penyelidikan, buku
serta penerbitan lain yang dipertandingkan dalam empat kategori: (1) Polisi
Pendidikan, (2) Inovasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran, (3)
Kemanusiaan dan Sains Sosial, serta (4) Sains, Teknologi Maklumat dan
Komunikasi.
ePKhasSM dengan bangganya memenangi Anugerah Pingat Emas dalam kategori Inovasi dalam Pengajaran
dan Pembelajaran dengan membawa pulang Pingat Emas, Sijil Anugerah dan Wang Anugerah bernilai USD500.
Kejayaan ini merupakan kebanggaan Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan dan Universiti Sains Malaysia.

ANUGERAH PINGAT PERAK


Malaysia Technology Expo (MTE) 2010
Malaysia Technology Expo (MTE) merupakan ekspo rekacipta dan
inovasi tahunan yang terbesar di Malaysia. Ekspo ini disertai oleh
organisasi swasta, kerajaan serta institusi pengajian tinggi tempatan dan
luar negara. Ekspo ini dicatatkan dalam Malaysian Book of Record
pada tahun 2001 sebagai Malaysias Largest Science & Technology
Event. MTE dianjurkan oleh Malaysian Association of Research
Scientists (MARS) bersama PROTEMP Exhibitions Sdn. Bhd.

Sempena MTE 2010, 9th Invention & Innovation Award diadakan pada 4
hingga 6 Februari 2010 di Putra World Trade Centre (PWTC), Kuala
Lumpur. Lebih daripada 500 produk dipertandingkan dalam 23 kategori
pertandingan. Dalam pertandingan ini, USM mempertandingkan 19
produk penyelidikan universiti yang terpilih, dan ePKhasSM merupakan
salah satu produk yang disenaraipendek dan dipertandingkan.
ePKhasSM berjaya memenangi Anugerah Pingat Perak dalam
kategori Teaching Methods and Materials dengan berjaya membawa
pulang Pingat Perak dan Sijil Anugerah. Kejayaan ini meningkatkan lagi
pencapaian ePKhasSM dalam peringkat kebangsaan.

24

Jilid 2, Bil. 1/2010

Pendidikan
Sebarang komen, cadangan, pertanyaan serta sumbangan artikel dalam bentuk penulisan esei, karya seni,
rencana, puisi dan bahan-bahan lain, bolehlah dihantar ke e-mail berikut: buletinpkhas.usm@gmail.com
Salinan digital buletin boleh dimuat turun dari http://epkhas.ses.usm.my

Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan


Universiti Sains Malaysia, 11800 Penang, Malaysia.
April 2010 Jilid 2 Bil.1 ISSN 2180-110X http://epkhas.ses.usm.my