Anda di halaman 1dari 3

Pengajaran Peristiwa 13 Mei 1969 .

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Dan Penyayang


Pergaduhan kaum antara orang melayu dan orang cina tercetus pada 13 Mei 1969
merupakan kemuncak semangat perkauman yang kuat dan tidak dapat dibendungkan
lagi.Tragedi tersebut berlaku sebaik sahaja keputusan pilihanraya tahun 1969 selesai
diumunkan. 13 Mei 1969 tidak akan berulang lagi kerana membahayakan keamanan,
negara dan perpaduan masyarakat Malaysia. Antara lima (5) pengajaran yang boleh
dijadikan iktibar oleh rakyat malaysia ialah :
1. Kehilangan Nyawa dan Harta Benda
Peristiwa 13 Mei 1969 ini sebenarnya tidak menghasilkan sebarang faedah kepada
berlakunya perpecahan dan perbalahan antara kaum Melayu dan kaum Cina yang
mengakibatkan kerosakan harta benda yang besar malah yang paling malang ialah
nyawa yang terkorban, kejadian seperti ini meninggalakan kesan dan pengajaran yang
pahit dan getir kepada saudara mara dan kaum keluarga yang terlibat.
2. Perintah Berkurung
Selepas berlakunya peristiwa 13 Mei 1969 , kerajaan terpaksa mengeluarkan Perintah
Berkurung yang disebabkan oleh kekacauan dan pecahbelah antara kaum . Ini
bertujuan untuk mengawal keselamatan rakyat dan mengembalikan kestabilan negara
ketika itu. Ini membawa kesan yang buruk terhadap suasana persekitaran dan
pergaulan yang kurang harmoni antara kaum kerana ianya menyekat aktiviti yang bebas
untuk mencari punca pendapatan seperti menjalankan perniagaan , susah berinteraksi
dan saling berhubungan antara kaum .Selain itu , segala aktiviti harian masyarakat
tersekat.
3. Keuntungan Kepada Musuh-Musuh Negara
Peristiwa 13 Mei 1969 ini telah menguntungkan kepada musuh-musuh negara yang
sentiasa mengambil kesempatan dan peluang untuk memecah-belahkan rakyat dan
ingin menakluk Malaysia sebagai taklukan dan jajahan negaranya .Pengalaman yang
perlu diteladani daripada peristiwa ini ialah keadaan negara yang menjadi tidak aman ,
huru-hara dan rakyat yang berbilang kaum berpecah-belah akibat daripada rasa tidak
berpuashati dengan isu-isu yang sensitif terutama isu perkauman .Antara contoh-contoh
yang boleh dijadikan panduan kepada negara ialah kejatuhan empayar Melayu Melaka
di tangan penjajah portugis pada tahun 1511 begitu juga dengan pencerobohan dan
penaklukan tanah kepunyaan negara Arab khususnya di Semenanjung Gaza dan Tebing
Barat Jordon oleh kuasa Israel , dan penindasan secara kejam terhadap rakyat Palestin
setelah berjaya mencerobohi bumi Arab ini .
4. Perpaduan Nasional
Tragedi Peristiwa 13 Mei 1969 ini memberi kepada kita pengajaran dan kerajaan
telah mengadakan dasar perpaduan antara kaum dan masyarakat sekeliling untuk
dijadikan panduan dan pegangan masyarakat yang berbilang kaum bagi
menjalankan hidup secara aman dan sentiasa bersifat berbaik sangka antara satu
sama lain .Kesedaran penting di kalangan rakyat bahawa sikap hormatmenghormati , bertolak-ansur , bertoleransi dan menjauhi sifat-sifat yang terkeji

seperti berdengki , beriri hati dan menanam sifat curiga di antara kaum . Dengan
terdapat pelbagai jenis kaum , agama , budaya dan pegangan agama di Malaysia
maka Peristiwa 13 Mei 1969 ini pasti berulang sekiranya tiada kesedaran tentang
isu-isu sensitif yang timbul seperti hak kedudukan istimewa kaum Melayu yang
merupakan penduduk asal bagi negara ini . Oleh itu kaum-kaum lain yang tinggal
di negara ini perlu menghormati kedudukan istimewa kaum Melayu dan
mewujudkan suasana yang harmoni di kalangan masyarakat . Pendek kata
tanggungjawab perpaduan adalah tanggungjawab semua pihak.
5. Keadilan Ekonomi
Tragedi 13 Mei juga menunjukkan bahawa matlamat perpaduan masyarakat sukar
dicapai jika masyarakat Malaysia dalam kemiskinan ianya menjadi lebih sukar jika
majoriti kadar kemiskinan penduduk itu hanya pada satu kaum sahaja.Keadaan ekonomi
dan demografi penduduk Malaysia menunjukan bahawa majoroti penduduk Bumiputra
tinggal di luar bandar kebanyakan adalah berpendapatan rendah dan miskin.
Kemiskinan ini akan menjadi isu didalam masyarakat Malaysia,khususnya masyaraka
Bumiputra.Untuk mencapai keharmonian hidup adalah sukar.Oleh itu selepas 13
Mei,satu dasar pragmatik yang diberi nama Dasar Ekonomi Baru (DEB),telah
digubal oleh kerajaan. Dasar ini merupakan satu dasar jangka panjang (19701990)yang mempunyai dua objektif utama iaitu :
(i) Membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum,
(ii) Menyusun semula masyarakat,
Dasar ini tidak bertujuan untuk merampas kekayaan atau hak sesuatu kaum dan
memberikan kepada kaum yang lain. Sebaliknya dasar tersebut bertujuan untuk
merapatkan jurang perbezaan antara golongan yang miskin dan golongan yang
kaya. Objekif yang lain ialah menghapuskan identiti pekerjaan dengan keturunan
kaum yang ketara dalam masyarakat Malaysia.
Pembentukan Malaysia yang berteraskan Perpaduan Nasional yang teguh, bersatu
padu, maju dan harmoni di mana setiap warga Malaysia harus sama-sama
berganding bahu membantu serta menyokong usaha KERAJAAN dalam memupuk
perpaduan.
BIBLIOGRAFI :
1. Buku Perintah-Perintah Am dan Arahan Pentadbiran (Hingga 10 hb. Mei 1999) oleh
Internatinal Law Book Services 1999.
2. Nota Rukan, Kursus Induksi Untuk Pegawai-pegawai Perkhidmatan Awam Malaysia, INTAN, Kuala Lumpur, 1991.
3. Dr. Mohd. Rais Abdul Karim, Malaysia Kita, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Percetakan Nasional (M) Bhd., Kuala
Lumpur , 1991.
4. Nota Rujukan, Kursus Induksi Untuk Pegawai-pegawai Perkhidmatan Awam Malaysia, INTAN, Kuala Lumpur, 1991.
5. Dr. Mohd. Rais Abdul Karim, Malaysia Kita, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Percetakan Nasional (M) Bhd., Kuala
Lumpur , 1991.
6. Lembaga Pendidikan Undang-Undang Perintah- Peintah Am & Arahan Pentadbiran, International Law Books Services, Kuala
Lumpur, 1993.
7. Penasihat Undang-Undang, Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam, MDC Penerbit Pencetak Sdn. Bhd., Kuala Lumpur,
1995.

8. Ranjit Singh Malhi, Sejarah Kertas 2 STPM, Federal Publication, Kuala Lumpur, 1996.
Posted by MiQdAd at 2/11/2010 05:17:00 PM

Anda mungkin juga menyukai