Anda di halaman 1dari 8

Kepentingan Hubungan Etnik: Cabaran Utama Hubungan Etnik di Malaysia

Selepas peristiwa 13 Mei 1969, kunci keamanan, keteguhan, kestabilan, dan kemajuan
pembangunan negara banyak bergantung kepada perpaduan dan kerjasama masyarakat Malaysia
itu sendiri untuk mencapai perpaduan dan bukanlah satu perkara yang mudah. Ini adalah kerana
memandangkan penduduknya yang terdiri daripada pelbagai kaum, berbeza dari segi agama,
budaya, aktiviti, ekonomi, lokasi tempat tinggal, dan sebagainya. Usaha-usaha untuk menerapkan
semangat perpaduan atau kekitaan di kalangan masyarakat sering menghadapi cabaran serta
masalahnya.
Menurut Tan Sri Ghazali Shafie (1985) .
the

road

to

cohesive

and

proggressive

society is a long and ardous one which to use the Malay phrase, is full of onak dan duri.

Kenyataan di atas ternyata dapat kita simpulkan bahawa pelbagai cabaran yang perlu kita tempuhi
bagi membina negara Malaysia yang unggul di mata dunia.

Terdapat pelbagai cabaran hubungan etnik di Malaysia yang di antaranya adalah cabaran
sulung atau yang utama iaitu di mana cabaran kepentingan etnik dari :
Aspek sosial

Aspek sosial ini dapat lihat melalui empat paradigma yang berlainan iaitu dari sudut
pemisahan fizikal, sistem pendidikan yang berasingan, polarisasi dalam kalangan pelajar dan
kontrak sosial

.Dari sudut pemisahan fizikal ianya berlaku dalam masyarakat negara ini yang timbul
akibat daripada kesan dasar pecah dan perintah yang diamalkan oleh British sejurus menjajah
Malaysia. Ketiga-ketiga kumpulan kaum ini bukan sahaja terasing daripada segi lokasi tempat
tinggal, malahan mereka menjalankan jenis pekerjaan yang berbeza. Keadaan ini juga
menyebabkan sesuatu golongan etnik itu tidak mengenal atau berpeluang berinteraksi dengan
lebih kerap di antara sesama mereka khususnya mereka yang tinggal dalam wilayan yang
berbeza. Hal ini berlaku akibat pemisahan fizikal yang disebabkan keadaan geografi di Sabah dan
Sarawak yang terpisah oleh Laut China Selatan.
Implikasi Cabaran Hubungan Etnik di Malaysia Aspek Sosial
Hanya terhadap hubungan etnik memperlihatkan perbezaan dari aspek lokasi yang berbeza
merupakan perkembangan yang kurang sihat dalam pemupukan hubungan etnik di Malaysia.
Selain itu, ia hanya meningkatkan lagi perasaan kekitaan atau etnosentrisme yang bermaksud
pandangan atau perseptif yang melihatkan kelompok etnik lain melalui kaca mata etnik itu sendiri.
Keadaan sebegini hanya akan menimbulkan prasangka, stereotaip dan mengekalkan kejahilan di
dalam kalangan ahli bagi sesuatu golongan etnik terhadap golongan etnik yang lain.

Contoh yang boleh kita nyatakan di sini adalah, kejahilan ilmu masyarakat Semanjung Malaysia
dalam memahami cara hidup masyarakat Sabah dan Sarawak yang sedikit berbeza dari aspek
budaya, keagamaan mahupun adat resam. Perkara sebegini mungkin akan berlaku jika semua
etnik hanya mengambil berat tentang etniknya yang tersendiri sahaja. Maka, pastinya amat sukar
sekali Malaysia untuk menjadi negara yang lebih maju sekiranya masyarakatnya terpisah dari
sudut fizikal dan terasing dari arus pemodenan negara. Seterusnya, adalah dari sudut sistem
pendidikan yang terasing.
Setiap golongan etnik mempunyai sistem pendidikan yang tersendiri. Maksudnya di sini adalah,
pelajar Melayu menuntut di sekolah Melayu dan menggunakan bahasa perantaraan bahasa Melayu,
pelajar Cina menuntut di sekolah Cina dan juga menggunakan bahasa Mandarin sebagai bahasa
perantaraan, manakala, pelajar India menuntut di sekolah Tamil dan menggunakan bahasa Tamil.
Sistem persekolahan yang memisahkan pelajar mengikut bahasa ibunda dan perbezaan etnik
kurang memainkan peranan yang berkesan bagi memupuk integrasi dan persefahaman dalam
kalangan pelajar. Situasi hanya akan menyebabkan interaksi mereka hanya terhad di antara etnik
yang sama sahaja. Implikasi bagi hubungan etnik ini hanya memberikan kesan yang negatif
kepada negara Malaysia.
Semua etnik masing-masing mempertahankan bahasa ibunda mereka dan tidak akan menerima
bahasa ibunda kaum yang lain. Ini adalah mereka akan menganggap adalah tidak wajar dan tidak
penting untuk mempelajari bahasa kaum yang lain. Selain itu, adalah menjadi satu kemestian di
mana setiap sekolah mengamalkan sistem pendidikan yang berbeza. Ianya akan memberikan
impak yang kurang elok kepada penstrukturan negara kerana mempunyai corak pendidikan yang
berbeza-beza. Tidak juga dilupakan bahawa golongan yang menuntut di sekolah itu juga akan
terlahirnya para pemimpin untuk mentadbir negara Malaysia pada satu hari kelak. Sekiranya
pemikiran mereka hanya disogok dengan etnik mereka sahaja, sudah pasti Malaysia tidak akan
berada dalam keadaan yang aman. Bakal pemimpin negara ini juga mengalami kesukaran untuk
mendapatkan kata sepakat daripada rakyatnya yang terdiri daripada etnik yang berbeza.
Pastinya, amat sukar untuk kita memupuk masyarakat yang majmuk jika cabaran ini dianggap
enteng oleh pihak yang berwajib. Dari sudut polarisasi dalam kalangan pelajar yang dapat kita
lihat adalah masih lagi terdapat keterasingan pada peringkat sekolah rendah, kerenggangan pada
peringkat sekolah menegah dan institut pengajian tinggi awam (IPTA) serta institut pengajian
tinggi swasta (IPTS) masih wujud. Keadaan sebegini menyukarkan lagi proses hubungan etnik di
Malaysia. Implikasinya di sini adalah nilai-nilai bagi memupuk semangat kekitaan pada negara
Malaysia tidak dapat diterapkan dengan berkesan kerana masih lagi terdapat jurang di antara
semua kaum. Jika kita lihat, pada masa kini, masih ada lagi para ibu bapa yang kurang
mempercayai untuk menghantar anak-anak mereka ke Sekolah Kebangsaan. Mereka lebih mudah
menghantar anak-anak mereka ke Sekolah Jenis Kebangsaan kerana merasakan struktur
pendidikan di sekolah tersebut dapat menjamin kecemerlangan akademik anak mereka. Sukar
sekali untuk kita memaksa ibu bapa ini kerana mereka mempunyai satu perspektif yang perlu kita
hormati. Walau bagaimanapun, tidak semua ibu bapa yang bertindak sedemikian.
Cabaran Hubungan Etnik di Malaysia Aspek Ekonomi
Melalui aspek ekonomi terdapat dua perkara yang perlu ditekankan adalah penguasaan ekonomi
dan perbezaan pekerjaan berdasarkan sektor ekonomi:

Pertama, penguasaan ekonomi memperlihatkan jurang yang luas bagi setiap etnik. Majoriti kaum
Melayu menguasai sektor pertanian yang memerlukan banyak tenaga sumber manusia dan
berteknologi rendah. Bagi kaum Cina, yang umumnya menguasai sektor yang lebih maju seperti
perniagaan, perdagagan dan menggunakan teknologi moden. Manakala, kaum India pula banyak
terlibat dengan perladangan di estet getah dan kelapa sawit. Kenyataan di sini sudah
membolehkan kita membuat satu kesimpulan iaitu terdapatnya jurang pendapatan yang begitu
ketara dan tidak seimbang dalam ekonomi negara Malaysia.
Semua golongan etnik sentiasa mencuba untuk bersaing dalam ekonomi ini untuk berusaha
mendapatkan hak dan keuntungan yang lebih besar. Penguasaan ekonomi yang berbeza serta
jurang pendapatan yang tidak seimbang mengakibatkan ketidakstabilan dalam masyarakat
majmuk. Justeru itu, implikasinya mengakibatkan ketidakpuasan hati bagi semua golongan etnik.
Bagi kaum Melayu yang terlibat dalam sektor pertanian mendapat pendapatan yang sedikit dan
berkemungkinan akan menghadapi dengan kemiskinan.
Situasi yang sama juga akan berlaku terhadap kaum India yang di mana harga getah dan kelapa
sawit adalah berlandaskan kepada keadaan ekonomi di dunia. Jika harga meningkat, maka,
pulangannya tentu baik dan sebaliknya juga akan berlaku. Golongan etnik Cina pula akan terus
mencari peluang-peluang keemasan dalam perniagaan dan mereka dapat hidup dalam hidup yang
cukup mewah. Akan tetapi, mereka pasti berasa tidak puas hati yang di mana kebanyakan lubang
perniagaan banyak diutamakan kepada kaum Bumiputera atau Melayu. Sudah tentu timbulnya
persoalan di lubuk pemikiran mereka di mana hak mereka sedangkan selama ini mereka banyak
menyumbang

kepada

ekonomi

negara.

Isu-isu

sebegini

merupakan

perkara

yang

boleh

menyebabkan negara kita bergolak.


Selain itu, dalam Rancangan Malaysia Kedua ada menyatakan perpaduan negara tida boleh
dicapai tanpa kesaksamaan dan keseimbangan yang lebih besar dalam kalangan kumpulan sosial
dan etnik Malaysia melalui penyertaan mereka dalam pembangunan negara dan dalam
perkongsian manfaat daripada permodenan dan pertumbuhan ekonomi. Sesungguhnya, perpaduan
negara tidak boleh dipupuk seandainya sebahagian besarnya penduduk kekal miskik dan peluang
pekerjaan produktif yang tidak mencukupi. Fenomena kemiskinan bukan sahaja terdapat di
kawasan luar bandar tetapi juga di kawasan bandar. Keadaan ini boleh mengugat perpaduan
negara kerana masalah kemiskinan hanya menonjol dalam kalangan kelompok etnik yang tertentu
sahaja. Cabaran yang ketiga adalah cabaran kepentingan etnik dari aspek politik iaitu di mana
politik perkauman boleh menimbulkan perasaan kurang senang hati dan mengukuhkan semangat
perkauman jika sesuatu tindakan diambil tanpa mendapat kata sepakat oleh semua pihak. Isu-isu
perkauman seperti bahasa, kebudayaan, pendidikan, agama, kerakyatan, dan ekonomi jika
dipergunakan untuk tujuan berpolitik, pastinya, ia tidak akan menyumbang ke arah masyarakat
yang bersatu padu.
Implikasinya mengakibatkan semua etnik akan saling berusaha untuk mengekalkan identiti
kaumnya sendiri

tidak

kira dari

aspek

bahasa dan

budaya,

mereka

akan

cuba

untuk

mempertahankan agar mereka juga mendapatkan hak yang sama rata. Selain itu, semangat taat
setia pada negara Malaysia juga tidak wujud di kalangan etnik kerana masing-masing pasti ingin
menaburkan bakti pada negara mereka sendiri. Lambang bendara Malaysia akan tinggal sebagai
lambang sahaja jika semua etnik hanya mementingkan hak etnik masing-masing. Cabaran yang
keempat adalah cabaran nilai antara etnik yang menyatakan perbezaan dari segi agama, bahasa,
dan kebudayaan lebih ketara dalam masyarakat majmuk. Kaum Melayu, Cina dan India

mempunyai agama, bahasa dan kebudayaan yang berlainan. Perbezaan ini bertambah sukar
apabila setiap kaum terus menebal dengan bahasa dan kebudayaan mereka sendiri.
Implikasi di sini mengakibatkan anggota etnik lebih mengutamakan anggota daripada etnik yang
sama dalam memilih sahabat, mendapatkan perkerjaan. Perkara ini seolah-olah sudah menjadi
tegal atau taboo kerana ia memang sukar untuk diubah walaupun menggunakan ubatan atau
teknologi yang moden sekali pun. Setiap etnik tidak mempunyai perasaan hormat menghormati
dengan agama dan budaya etnik-etnik yang lain. Kesukaran untuk hidup dalam satu masyarakat
yang sama pasti akan menimbulkan kekecohan di kawasan tersebut. Ini adalah berdasarkan
mereka mempunyai masalah untuk berkomunikasi dalam bahasa yang difahami oleh semua etnik.
Masalah ini pasti mewujudkan ketidakselesaan juga mereka melihat budaya yang sebelum ini
belum pernah disaksikan oleh mereka. golongan etnik-etnik ini tentunya sukar untuk menerimanya
dan tidak mungkin akan menerima apa-apa perubahan walhal ianya memberikan banyak faedah
dalam kehidupan seharian mereka.
Cabaran yang kelima adalah cabaran globalisasiyang menunjukkan proses globalisasi serta
pembaratan corak hidup berasaskan ekonomi dan politik barat merupakan cabaran yang perlu
dihadapi oleh rakyat Malaysia pada masa kini.
Implikasi daripada cabaran ini, jika dilihat dari sudut positif, kita dapat bergerak maju melalui
pendedahan menggunakan teknologi yang tinggi serta pentadbiran yang sistematik menyebabkan
Malaysia menjadi seperti yang dapat kita rasai perbezaannya kini. Namun demikian, pengaruh
Barat ini juga mewujudkan pelbagai unsur-unsur yang negatif dari segi, budaya hedonisme atau
budaya kuning yang telah berjaya menyesatkan para remaja yang bisa menjadi bakal pemimpin
negara lenyap dek kerana budaya kuning yang songsang ini. Budaya kuning ini banyak
memberikan nilai-nilai yang negatif seperti terlibat dalam kancah jenayah, pemakaian yang kurang
sopan serta pergaulan yang melampaui batas. Dari segi sains dan teknologi yang memusnahkan
kebanyakan golongan remaja terdedah dengan pornografi-pornografi yang menyongsangkan jiwa
dan akidah remaja itu sendiri. Bermacam-macam keburukan yang memusnahkan alam sekitar,
budaya hiburan dan penyalahgunaan sumber manusia dan bahan mentah juga datangnya daripada
pengaruh Barat. Jelasnya di sini dapat dilihat, kehalusan dan ketimuran rakyat Malaysia semakin
terhapus dek pengaruh Barat bagi merealisasikan wawasan negara. Tradisi dan adat resam kita
pasti akan hilang juga kerana tiadanya insan yang ingin menjaganya daripada lupus dek arus
pemodenan zaman.
Merujuk kepada hasil tulisan Hasnah Hussin dan Mardiana Nordin dalam buku Pengajian Malaysia,
terbitan Oxford Fajar Sdn Bhd pada tahun 2007, usaha kerajaan ke arah pemupukan hubungan
etnik bermula setelah tahun 1957, iaitu selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan bagi
mengatasi cabaran-cabaran yang telah dikemukakan sebelum ini. Kerajaan merancang dan
menyediakan pelbagai dasar dan pelan tindakan untuk mencapai perpaduan dari pelbagai aspek.
Kerajaan

telah

merangka Dasar

Pendidikan

Kebangsaan sebagai

landasan

mewujudkan

masyarakat yang bersatu padu. Penyata Razak dan Ordinan Pelajaran yang telah termaktub
sebelum merdeka telah disemak semula menghasilkan Laporan Rahman Talib dan seterusnya
dimaktubkan dalam Akta Pelajaran, 1961 merupakan antara usaha awal kerajaan dalam sektor
Pendidikan. Matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan diharapkan dapat memenuhi keperluan
tenaga rakyat negara ini dalam jangka pendek dan panjang demi melahirkan masyarakat yang
bersatu padu, berdisiplin dan terlatih.

Antara strategi yang dirancang untuk mencapai matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaanialah
menjadikan Bahasa Kebangsaan bahasa pengantar yang utama, mengadakan kurikulum yang
sama dan berorientasikan Malaysia bagi semua jenis sekolah, mewujudkan sistem peperiksaan
yang sama dan sebagainya. Kerajaan berusaha dengan lebih keras lagi dalam mencapai perpaduan
berikutan berlakunya peristiwa 13 Mei 1969 yang melibatkan rusuhan kaum yang amat dahsyat.
Rentetan peristiwa tersebut telah terbentuknya MAGERAN pada 17 Mei 1969 yang berfungsi
sebagai pengembali keamanan dan undang-undang negara; penentu pentadbiran yang licin dan
sempurna; dan pengembali keharmonian dan kepercayaan antara kaum. MAGERAN didapati
berjaya mengembalikan keamanan kepada negara selepas dua tahun ditubuhkan. Seterusnya,
pada tahun 1969 juga, Jabatan Perpaduan Negara(JPN) dan Majlis Muhibah Negara(MMN) telah
dibentuk. JPN yang diketuai Tan Sri Mohd Ghazali Shafie telah ditubuhkan untuk membantu
kerajaan menggerakkan dan membimbing rakyat ke arah perpaduan negara. MMN pula ditubuhkan
pada 18 Julai 1969 bertujuan memulihkan kepercayaan dan keyakinan antara kaum, mengkaji dan
mengatasi masalah untuk menghapuskan perselisihan faham, membantu dan menyusun kerjakerja sukarela. MMN dan JPN telah digabungkan pada 1Januari 1972 menjadi Kementerian
Perpaduan Negara yang kini bergelar Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan
Masyarakat yang ditugaskan untuk mengendalikan aktiviti-aktiviti bercorak muhibah untuk
masyarakat yang berbilang kaum. Selain itu, pada 29 Januari 1970 juga telah tertubuhnya Majlis
Perundingan Negara(MAPEN) yang bertanggungjawab untuk mengadakan garis panduan bagi
kerjasama antara kaum dan integrasi nasional untuk memupuk identiti kebangsaan di kalangan
rakyat Malaysia serta bertanggungjawab dalam pembentukan ideologi negara, iaitu Rukun Negara
dan perubahan perlembagaan.
Majlis ini dianggotai oleh pelbagai lapisan masyarakat seperti wakil-wakil dari MAGERAN, wakil dari
kerajaan negeri, wakil dari parti politik, wakil dari Sabah dan Sarawak, wakil dari kumpulan
agama, wakil dari badan profesional, wakil dari perkhidmatan awam, wakil dari kesatuan sekerja
dan persatuan majikan, wakil dari akhbar, wakil guru-guru dan wakil dari kelompok minoriti bagi
membolehkan mereka membuat perbincangan secara berterus-terang. Kemuncak usaha kerajaan
ekoran peristiwa 13 Mei ialah terciptanya satu ideologi negara iaitu Rukun Negara yang dihasilkan
berasaskan kepercayaan, keyakinan dan iltizam untuk membentuk satu jati diri rakyat Malaysia
yang unggul serta bertujuan menyemai dan memupuk integrasi nasional serta semangat
perpaduan

antara

kaum.

Rukun

Negara

dengan

prinsip-prinsip

berdasarkan

semangat

Perlembagaan diharapkan dapat membentuk jati diri rakyat negara ini sebagai satu bangsa
Malaysia dan dijadikan sebagai pedoman dan hala tuju dalam merancang program pembangunan
negara. Secara khususnya, ia merupakan ikrar yang menjadi acuan bagi integrasi nasional,
pembentukan Bangsa Malaysia dan ideologi negara.
Usaha kerajaan diteruskan lagi dengan Dasar-Dasar Pembangunan Negara yang dirancang selaras
dengan nilai-nilai sosioekonomi, politik, sumber kekayaan, aspirasi masyarakat serta persekitaran
global. Dalam konsep hubungan etnik, dasar-dasar pembangunan negara merujuk kepada usaha
kerajaan bersama rakyat untuk melakukan perubahan dalam aspek sosial, kebudayaan, politik dan
ekonomi secara seimbang dan adil bagi semua kaum. Terdapat tiga pelan pembangunan negara
yang utama iaitu Era Dasar Ekonomi Baru (1971-1990), Era Dasar Pembangunan Nasional (19912000) dan Era Dasar Pembangunan Negara. Dasar Ekonomi Baru (DEB) merupakan salah satu
usaha dasar ekonomi untuk mengubah masyarakat dan negara daripada keadaan mundur kepada
maju dalam pelbagai aspek kehidupan (kebendaan dan bukan kebendaan). DEB dilancarkan oleh
kerajaan Malaysia melalui Rangka Rancangan Jangka Panjang(RRJP) yang bermatlamatkan untuk
mengurangkan dan seterusnya membasmi kemiskinan dengan menambah pendapatan dan
memperbanyakkan peluang pekerjaan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum dan menyusun

semula masyarakat untuk mengurang dan menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsifungsi ekonomi.
Antara usaha yang dijalankan untuk membasmi kemiskinan melalui DEB ialah mewujudkan
peluang pekerjaan untuk semua golongan, menambahkan daya pengeluaran dan pendapatan,
memberi peluang kepada orang yang bekerja di sektor yang rendah daya pengeluarannya
berpindah ke sektor yag lebih lumayan, mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara kaum
dan antara kawasan (bandar dan luar bandar), memodenkan kehidupan di luar bandar dan
memperbaiki taraf dan kualiti hidup rakyat melalui pelajaran, latihan, kesihatan, kemudahan
infrastruktur dan lain-lain. Seterusnya, Dasar Pembangunan Nasional(DPN) telah dilancarkan pada
tahun 1991 yang bermatlamat untuk mencapai pembangunan seimbang bagi mewujudkan
masyarakat yang bersatu padu dan adil. DPN merupakan pemangkin negara ke arah menjadikan
Malaysia sebagai negara maju dan digerakkan di atas landasan yang kukuh ke arah membentuk
pembangunan seimbang yang meliputi aspek keadilan sosial, nilai, etika dan moral mengikut
acuan tempatan.
Strategi DPN masih lagi berlandaskan strategi yang telah dibina oleh DEB iaitu serampang dua
mata dan diperkasakan pendekatannya dengan memasukkan beberapa dimensi baharu dalam
pelan tindakan, iaitu penegasan terhadap pembasmian kemiskinan dengan dua tumpuan utama,
iaitu menghapuskan kemiskinan tegar dan mengurangkan kemiskinan relatif; menumpukan
perhatian kepada pembangunan sebuah Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera
(MPPB) sebagai satu strategi ke arah meningkatkan dan seterusnya mengekalkan penyertaan
Bumiputera dalam kegiatan ekonomi; meningkatkan penglibatan sektor swasta dalam proses
penyusunan semula masyarakat dan memebri lebih tumpuan kepada pembangunan sumber
manusia termasuk sistem nilai dan etika bagi mencapai matlamat pertumbuhan ekonomi dan
pengagihan yang saksama.
Usaha kerajaan diteruskan lagi dengan Dasar Wawasan Negara (2001-2010) atau dikenali sebagai
Wawasan 2020. ia merupakan respons kepada perkembangan ekonomi, sosial dan politik yang
berlaku

pada

peringkat

nasional

dan

antarabangsa

serta

menitikberatkan

pembangunan

menyeluruh dan bukan sahaja pembangunan ekonomi tetapi dari segi politik, ekonomi, sosial,
kerohanian, kejiwaan dan kebudayaan. Menjelang tahun 2020, Malaysia dijangka mampu menjadi
sebuah negara yang bersatu padu dengan masyarakat Malaysia mempunyai nilai moral dan etika
yang utuh, penyayang, adil dan saksama, berkeyakinan serta mampu bersaing. Dalam kertas kerja
berjudul Malaysia Melangkah ke Hadpan(1991) yang dibentangkan pada sidang pertama Majlis
Perdagangan Malaysia di Kuala Lumpur pada 28 Februari 1991 menyatakan terdapat sembilan
cabaran yang dikenalpasti untuk merealisasikan Wawasan 2020. Sememangnya, negara Malaysia
telah berusaha untuk mencapai kesembilan matlamat itu. Walaupun banayak matlamat itu
menumpukan

kepada

pembangunan

ekonomi,

pembangunan

keseluruhannya

tidak

boleh

diketepikan. Hal ini disebabkan pembangunan keseluruhan dari aspek politik, sosial dan ekonomi
yang mampu menyatukan rakyat. Pembangunan yang seimbang dari setiap sudut itu mampu
menggerakkan pelbagai kaum di Malaysia untuk hidup secara harmoni dan sejahtera.
Pelan Tindakan Perpaduan & Integrasi Nasional telah dirancang oleh Jabatan Perpaduan
Negara dan Integrasi Nasional. Ia merupakan rancangan lima tahun iaitu dari 2005-2010 yang
merancang pelbagai usaha untuk memupuk dan mempertingkatkan perpaduan dan integrasi
nasional. Pelan ini mengandungi pelbagai strategi yang dirancang dari pelabagai aspek seperti
strategi politik, ekonomi, pendidikan, penggunaan Bahasa Kebangsaan, Agama, Kebudayaan,
Integrasi Wilayah, Keselamatan, Pembangunan Kawasan, Penggunaan Tenaga Manusia, Media

Massa,

Kesukanan,

Pemasyarakatan

Perpaduan,

Pertubuhan

Sukarela,

Penyelidikan

Dan

Penerbitan Bahan Bacaan, Pemantauan Isu-isu Semasa dan Konflik, Penubuhan Panel Penasihat
Perpaduan Negara (PANEL) dan Jawatankuasa Penasihat Perpaduan Peringkat Negeri (JKPPN),
program dan aktiviti perpaduan, Sekolah Wawasan dan Program Latihan Khidmat Negara.
Kesemua program, pelan dan aktiviti yang dirancang telah dijalankan dengan bertujuan supaya
masyarakat dapat melibatkan diri dan memupuk hubungan etnik yang erat antara rakyat di negara
ini. Melalui pembacaan beberapa karya Fatimah Azzahra & Yusri Ab. Malik. Siri Perpaduan NegaraPerpaduan Antara Kaum, terbitan Penerbit Setiamas pada tahun 1995. Masyarakat Malaysia
merupakan sebuah masyarakat majmuk yang mempunyai pegangan agama, bahasa dan adat
istiadat tersendiri.
Perhubungan politik dan ekonomi dengan dunia luar, proses penjajahan barat dan kemasukan
orang asingmerupakan faktor utama yang bertanggungjawab mewujudkan masyarakat berbilang
kaum di negara ini. Malaysia terdiri daripada masyarakat yang multiracial dan multiculture
yang mempunyai asas-asas kukuh untuk mewujudkan masyarakat yang lebih berbudaya, berilmu,
bermoral,

dan

mendokong

cita-cita

murni

bangsa

Malaysia

berteraskan

konsep

negara

bangsa.Melalui konsep negara bangsa ini, semua masyarakat mendukung satu bangsa dan satu
negara yang tegak di atas satu identiti negara yang sama yang dimenifestasikan oleh pemikiran,
nilai-nilai sosio-budaya, lambang-lambang dan sentiasa berpegang kepada jiwa kemanusiaan dan
kerohanian yang tinggi. Bangsa yang bertamadun mempunyai identiti peradabannya yang
tersendiri. Masyarakat berperanan dalam pemupukan hubungan etnik agar negara kita malaysia
sentiasa dalam keadaan aman dan selesa.
Salah satu contoh peranan masarakat adalah dalam penerimaan budaya. Secara amnya, memang
ada kesamaan unsur kebudayaan antara ketiga- tiga golongan rakyat di negara ini. Ciri- ciri hindu
telah meresap masuk ke dalam kebudayaan masyarakat melayu. Dari kepelbagaian budaya ini
akan menyatukan nilai pelbagai bangsa. Orang cina yang datang ke negara ini untuk bekerja di
lombong- lombong bijih timah diterima menjadi warganegara malaysia akhirnya. Persesuaian yang
kelihatan antara tiga golongan utama iaitu melayu, cina, dan india berasaskan ciri budaya yang
sama. Antaranya ialah mementingkan kekeluargaan dengan menghormati ibu bapa dan adik
beradik. Disamping itu kepentingan agama didahulukan.. Satu daripada cara mencapai perpaduan
di antara kaum ialah menjaga budi bahasa serta akhlak dalam pergaulan. Perbezaan agama serta
kepercayaan tidak mengurangkan kepentingan pemupukan budl bahasa. Adat istiadat adalah
peraturan yang sentiasa dlpatuhl dan diamalkan dalam masyarakat Malaysia terutamanya pada
hari perayaan. Adat istiadat ini mencirikan Kebudayaan Kebangsaan.
Antara hari-hari perayaan yang sama-sama dihormati ialah Hari Kebangsaan Malaysia pada 31
Ogos, Hari Deepavali, Tahun Baru Cina, Hari Raya, Sambutan Maulud Nabi Muhammad s.a.w, Hari
Keputeraan rasmi DYMM Yang di-Pertuan Agong Malaysia Malaysia sememangnya terkenal sebagai
sebuah negara yang mempunyai masyarakat majmuk dan kukuh dengan warisan budaya dan budi
bahasa yang tinggi. Kesemua adat resam ini sama-sama saling difahami dan dihormati oleh semua
lapisan masyarakat agar perhubungan kaum dapat dijalinkan dengan erat. Bagi masyarakat
Melayu terdapat beberapa adat-adat kunjung mengunjung dalam masyarakat. Bagi pengunjung
beragama Islam hendaklah memmberi salam Assalamualaikum. Pengunjung bukan Islam
memadai mengucap selamat sahaja. Setiap pengunjung yang hendak masuk ke dalam rumah
orang Melayu perlu menanggalkan kasut.
Bagi masyarakat India pula terdapat kepelbagaian adat bergantung kepada keturunannya sama
ada Tamil, Punjabi atau India Utara. Antaranya secara umum ialah semasa memberi hormat, kaum

India terdapat berbagai-bagai cara dan kebiasaannya dengan merapatkan tapak tangan dan
mengangkatnya hingga ke dada sambiI mengucapkan kata-kata yang bermaksud selamat.
Semasa berkunjung, tetamu mestilah membuka kasut kecuali jika tuan rumah membenarkannya.
Kunjungan pula seeloknya dibuat pada hari dan masa yang dikira sesuai. Kunjungan ke rumah
orang yang baru berpindah tidak sesuai dibuat pada hari Ahad, Selasa dan Khamis. Apabila hendak
pulang tetamu hendaklah terlebih dahulu meminta diri daripada tuan rumah dengan mengatakan
saya akan datang lagi serta berjabat tangan. Masyarakat Cina pula mempunyai adat tersendiri di
dalam menerima tetamu. Semasa berkunjung ke rumah orang dna, tetamu seelok-eloknya duduk
di sebelah kiri tuan rumah. Ini menunjukkan tetamu itu menghormati tuan rumah.
Tetamu hanya dilihat sopan apabila minum setelah dipersilakan oleh tuan rumah berulang kali.
Adalah dianggap tidak sopan jika mengunjung rumah keluarga Cina sewaktu mereka sedang
makan kecuali kunjungan itu khusus menghadiri jamuan. Adat-adat ini banyak membantu dalam
menggeratkan perpaduan di antara kaum. Orang Melayu, Cina dan India sama-sama saling
memahami

adat

dan

kebudayaan

masing-masing.

Dengan

ini

tidak

timbullah

persoalan

ketidaksefahaman antara kaum.


Kesimpulannya, perpaduan kaum adalah perkara utama yang harus diberi perhatian kerana
pemupukan hubungan etnik antara masyarakat adalah amat penting bagi negara Malaysia yang
bermasyarakat majmuk serta menjamin kestabilan politik dan ekonomi negara. Kerajaan sentiasa
prihatin dan mengambil berat terhadap isu perpaduan ini supaya dapat mengekalkan keharmonian
kehidupan di negara kita selain menjaga kemerdekaan yang telah dicapai melalui perpaduan
nenek moyang kita. Oleh yang demikian, setiap kaum, golongan masyarakat dan semua pihak
adalah terlibat bekerjasama dalam mencapai usaha yang murni ini bagi menjamin kehidupan
sejahtera yang berpanjangan.
Share

Anda mungkin juga menyukai