Anda di halaman 1dari 31

ISI KANDUNGAN

Bil
Muka Surat
1.

2.

3.
4.
5.

Perkara
Pengenalan
1.1 Konsep dan fungsi visual
1.2 Elemen reka bentuk visual
1.2.1 Simplisiti
1.2.2 Dominan
1.2.3 Pola
1.2.4 Seimbang
1.2.5 Variasi
1.2.6 Harmoni
Kemahiran berfikir
2.1 Pengenalan
2.2 Konsep dan definikasi pemikiran
2.3 Konsep kemahiran berfikir
2.3.1 Kemahiran berfikir kritis
2.3.2 Kemahiran berfikir kreatif
2.3.3 Kemahiran membuat keputusan
2.3.2 Kemahiran menyelesaikan masalah
2.4 Jenis-jenis kemahiran berfikir
2.4.1 Kemahiran berfikir kritis
2.5 Ciri-ciri kemahiran kritis
2.5.1 Kemahiran membanding dan membeza
2.5.2 Kemahiran mengklasifikasi
2.5.3 Meneliti perhubungan bahagian-keseluruhan
2.5.4 Menerangkan sebab
2.6 Langkah penyelesaian masalah
2.6.1 Mengenal pasti masalah
2.6.2 Mendefinikasi masalah
2.6.3 Mencari kemungkinan penyelesaian
2.6.4 Bertindak/pelaksanaan dan menilai
Kejayaan tindakan
2.6.5 Definikasi membuat keputusan
Latihan
Rumusan
Rujukan

1. Pengenalan

2
2
3
3
4
4
6
9
10
11
11
12
12
12
13
13
14
14
14
15
16
17
17
17
18
18
18
18
18
19
27
29
30

Visual adalah alat komunikasi yang dapat menyediakan rujukan maujud yang
lebih baik daripada pernyataan secara lisan atau bertulis. Ini bermakna fungsi utama
visual adalah untuk meningkatkan komunikasi sesorang guru dalam pengajaran.
Peranan visual dalam pembelajaran adalah amat penting dalam zaman sekarang.
Namun, sebahagian besar daripada kejayaan kerana bahan visual, adalah berdasarkan
kualiti yang ada pada visual tersebut. Ini hasil daripada perancangan yang rapi dan
kesesuaian teknik yang digunakan. Terdapat perbincangan tentang objektif
penggunaan visual dalam pengajaran, elemen dan prinsip reka bentuk visual.

1.1 Konsep Dan Fungsi Visual


Visual boleh didapati dalam tiga bentuk, iaitu fotografik, elektronik dan grafik.
Fotografik dan video ( sebagai satu contoh bahan elektronik), menyediakan ilustrasi
melalui gambar, sejenis visual yang mewakili kenyataan dalam keadaan yang paling
realistik, iaitu menyerupai sesuatu objek atau situasi yang sebenar.
Bahan grafik pula menyediakan ilustrasi secara realistik atau simbolik dan ia
terdiri daripada dua kategori visual iaitu Visual Analogik dan Visual Organisasi.
Visual Analogik juga menerangkan sesuatu konsep dengan menunjukkan sesuatu
simbol yang dianggap dapat mewakili konsep tersebut. Visual Organisasi merangkumi
carta aliran graf, peta, carta kategori dan sebagainya. Ketiga-tiga bentuk visual iaitu
fotografik, elektronik dan grafik boleh berdiri sendirian atau secara kombinasi.
Visual mempunyai fungsi yang amat penting dalam komunikasi. Namun,
fungsi ini hanya berperanan jika visual itu mempunyai ciri-ciri iaitu mudah, jelas
dibaca dan difahami; mesej dapat ditafsir tanpa terlalu bersusah payah. Jika terlalu
senang , pelajar mungkin tidak meneliti visual dengan terperinci. Mereka juga mudah
berasa jemu. Jika terlalu sukar, pelajar akan rasa kecewa dan bosan; mendorong
interaksi yang aktif antara pelajar, guru dan maksud yang terdapat dalam visual; dan
membantu memfokuskan perhatian kepada maksud yang terdapat dalam visual. Reka
bentuk visual boleh disamakan dengan alam ini sendiri.

1.2 Elemen Reka Bentuk Visual


Prinsip Reka Bentuk Visual
2

Prinsip visual berkaitan dengan kaedah atau cara menggunakan elemenelemen grafik supaya visual yang dihasilkan menarik dan berkesan. Prinsip ini tidak
harus dilihat sebagai suatu peraturan yang rigid, namun pengetahuan tentangnya dapat
memandu kita dalam menghasilkan sesuatu rekaan yang baik. Prinsip visual
dibancang dalam pelbagai cara, khususnya dari sudut istilah yang digunakan.

1.2.1 Simplisiti
Simplisiti

bermaksud sesuatu rekaan haruslah memungkinkan kefahaman

yang cepat dan jelas. Cara yang terbaik ialah mempersembahkan satu hasil pada satu
masa. Sesuatu hasil mestilah Nampak mudah dibaca atau difahami tetapi masih boleh
menarik perhatian.

http://www.google.com.my/imgres?q=bunga
Gambar bunga matahari ini mempunyai simplisiti kerana ia merupakan prinsip
seni reka yang bersifat sederhana dan tidak terlalu berat komposisinya. Prinsip
kesederhanaan ini dapat menarik perhatian murid dan mendorong murid untuk terus
menghayati sesuatu karya seni.

Dominan
Dominan boleh disama ertikan dengan pusat penumpuan atau minat. Dalam
sesuatu reka visual, terdapat beberapa objek atau item utama perlulah ditonjolkan agar
3

dapat dilihat dan dibaca maksudnya oleh penonton/ pembaca dengan mudah. Kedua
adalah warna dan bentuk yang kontras. Ketiga adalah saiz yang lebih besar. Keempat
adalah menggunakan anak panah yang menunjukkan ke arah item utama. Kelima
adalah mengguankan garis-garis yang menunjuk ke arah item utama. Keenam adalah
mewujudkan gerakan dalam rekaan visual seperti pergerakan cecair, guli atau kipas
dan ketujuh adalah menggunakan lampu atau cahaya yang memancar.

http://www.google.com.my/imgres?q=rule+of+third
Gambar (Rule of Third) di atas mempunyai dominan kerana ia merupakan
pusat penumpuan. Dalam rekaan visual, objek atau item utama yang ditonjolkan
mudah dibaca. Selain itu, anak panah juga menunjukkan ke arah item utama dan juga
mewujudkan gerakan.

1.2.3 Pola
Pola atau corak berkaitan dengan soal sususnan item-item dalam sesuatu
rekaan visual. Aspek susunan ini amat penting dan dititikberatkan kerana ia dapat
menarik penglihatan mata ke arah yang betul; dan mengekalkan penglihatan mata dan
seterusnya mengikut aliran persembahan sehingga sampai kepada titik akhir. Pola
bermakna penyusunan elemen-elemen visual bagi menarik dan mengekalkan
perhatian penonton/pembaca serta memandu penonton/pembaca melihat maksud dan
mengetahui apa yang terkandung dalam visual.

http://www.flickriver.com/photos/ahmk/tags/pokok/
Gambar di atas mempunyai pola kerana ia menunjukkan penyusunan elemenelemen visual yang menarik dan mengekalkan perhatian penonton/ pembaca. Selain
itu, ia juga menarik penglihatan ke arah bayang pokok. Mengerakkan penglihatan mata kepada
keseluruhan visual dalam arah yang betul. Mengekalkan penglihatan mata dan mengikut aliran
persembahan.
(a) Pola mengikut bentuk geometri seperti : bulat, segi tiga

http://www.google.com.my/search?q=BULAT

http://www.google.com.my/imgres?q=piramid+makanan
(b) Pola mengikut huruf, seperti: C

http://www.google.com.my/imgres?q=binatang

1.2.4 Seimbang
Setiap benda dalam dunia ini perlu seimbang. Sesuatu yang tidak seimbang
akan tumbang. Begitu juga dalam rekaan sesuatu visual; ia juga perlu seimbang, jika
tidak ia juga akan turut tumbang, iaitu rekaanya nampak janggal dan tidak menarik.
Justeru, elemen grafik disusun supaya beratnya seimbang dalam setiap bahagian reka

bentuk, tidak kira sama ada antara bahagian kiri dengan kanan ataupun atas dengan
bawah. Dengan cara ini, mata rasa selesa memandang.
Terdapat dua jenis seimbang:
(a) Seimbang formal
Bermakna pembahagian yang sama bahagi (bisymmetrical) antara dua
bahagian visual; sama ada bahagian kiri dengan kanan atau bahagian atas
dengan bawah. Jika digambarkan, ia bagaikan satu jongkang-jongkit yang
mempunyai bebanan yang sama jenis dan beratnya di kedua-dua belah papan
jongkang- jongkit. Seimbang formal mudah dicapai, kesannya masih menarik
walaupun agak kurang dinamik jika dibandingkan dengan seimbang tidak
fokmal.
(b) Seimbang tidak formal.
Bermakna pembahagian yang tidak sama rata (asymmetriacal) antara item kiri
dengan kanan atau atas dengan bawah sesuatu rekaan visual. Jika
digambarkan,
ia bagaikan satu jongkang-jongkit yang masih seimbang tetapi bebanan yang
ada di kiri kanan papan jongkang-jongkit, bukan daripada jenis atau bahan
yang sama, cuba beratnya sahaja. Dengan rekaan visual, kita tidak boleh
menyukat berat menggunakan timbangan. Dalam hal ini, penggunaan
pengihatan mata adalah cara untuk menentukan keseimbangan. Sebagai
panduan, elak meletakkan objek yang gelap di atas yang cerah atau objek yang
besar di atas objek yang kecil. Objek yang gelap lebih berat daripada objek
yang cerah. Begitu juga objek yang lebih besar lebih berat daripada objek
yang kecil.

(a) Seimbang formal

http://www.flickr.com/photos/firdausmahadi/5119629438/
Gambar di atas mempunyai seimbang kerana ia menunjukkan
pembahagian yang sama bahagi antara dua bahagian visual; sama ada bahagian kiri dengan
kanan atau bahagian atas dengan bawah .

(b) Seimbang Tidak Formal

http://www.google.com.my/imgres?q=geometrishap
Gambar di atas merupakan seimbang tidak formal. Disebabkan gambar di
atas menunjukkan objek yang cerah atau objek yang besar di atas objek yang
kecil. Objek yang gelap lebih berat daripada objek yang cerah. Begitu juga objek
yang lebih besar lebih berat daripada objek yang kecil.

1.2.5 Variasi
Elemen-elemen yang digunakan dalam sesuatu komposisi seharusnya
menimbulkan perasaan seolah-olah visual itu hidup dan bergerak. Tentulah
membosankan jika sesuatu elemen itu digunakan berulang kali. Kita perlu
pelbagaikan jenis elemen-elemen yang digunakan supaya ia dapat memberi
kesegaran dan menimbulkan minat kepada semua murid. Tegasnya, variasi
menyokong pola untuk meningkatkan tarikan terhadap visual.

http://www.google.com.my/imgres?q=visual
Gambar di atas mempunyai variasi kerana ia menggunakan variasi
(pelbagai elemengrafik) dalam penghasilan visual agar kelihatan hidup,
meningkatkan tarikan dan minat terhadap persembahan supaya ia dapat memberi
kesegaran dan menimbulkan minat. Variasi menyokong

pola untuk

meningkatkan tarikan terhadap visual.

1.2.6 Harmoni
Suasana harmoni memang mententeramkan hati dan pasangan. Jika
ketika berada di pantai pada waktu senja. Warna langit yang jingga begitu
harmonis dengan deruan ombak dan lambaian lembut daun kelapa. Kesemuanya
itu bersatu menyambut senja yang dating.
Begitulah halnya dengan rekaan grafik. Kesemua elemen perlu
menunjukkan kesinambungan idea atau buah fikiran. Ini membolehkan mata dan
fikirkan penonton/ pembaca mengikut perkembangan keseluruhan visual.
Justeru harmoni memberikan rasa yakin dan pasti kepada penonton
0p;/pembaca apabila mereka dapat melihat gabungan antara elemen-elemen, arah
aliran persembahan, perspektif dan kesatuan penyampaian mesej.

10

http://www.google.com.my/imgres?q=GEOMETRI
Gambar di atas mempunyai harmoni kerana ia menunjukkan penggunaan
elemen grafik yang berkesinambungan antara satu dengan lain. Selain itu, penonton
membolehkan mata dan fikiran penonton mengikuti perkembangan keseluruhan
visual. Ada hubungan antara elemen-elemen, arah aliran persembahan, perspektif
dan kesatuan mesej.

2. Kemahiran Berfikir
2.1 Pengenalan
Kemahiran berfikir, pada umumnya, adalah suatu kemahiran memproses
minda bagi mencapai sesuatu tujuan. Pelbagai takrifan berkenaan kemahiran
berfikir sudah diterbitkan. Setiap tafsiran memberi penekanan yang berbeza.
Dewey (1993) contohnya, mengaikan berfikir dengan adalah suatu aktiviti
mengawal, menguasai dan menyesuaikan diri pada persekitaran yang sukar.
Mayer(1983) menyifatkan kemahiran berfikir sebagai kemahiran
pengolahan operasi mental yang merangkumi pengetahuan, pengamatan dan
penghasilan sesuatu. Ia adalah suatu aktiviti yang terarah kepada penyelesaian
11

sesuatu masalah. Bagi Ainon dan Abdullah (1994), kemahiran berfikir ialah
kemahiran menggunakan maklumat bagi pelbagai kegiatan aktif. Pakar psikologi
dari Amerika pula menyamakan berfikir dengan penyelesaian masalah.
Berfikir adalah kebolehan semula jadi, dan tidak dinafikan semua orang
boleh berfikir, tetapi kemahiran berfikir bukan kemahiran semula jadi. Sebaliknya
ia adalah suatu disiplin ilmu yang boleh dipelajari dan dapat diamalkan sehingga
membentuk kebiasaan atau pengalaman kemahiran. (Ishak Ramly, 2000) Latihan
berfikir menjadikan individu kurang melakukan kesilapan, kecelaruan atau
kesilapan berfikir. Ia mengelakkannya daripada berfikir secara terburu-buru,
emosional, kabur dan sempit.
Aspek-aspek berkaitan konsep dan definisi dalam kemahiran berfikir,
seperti halangan dan penggalak kepada kemahiran berfikir juga dijelaskan dan
kepentingan belajar kemahiran berfikir juga diberi fokus.Selain itu kita akan
meninjau tentang perkara yang berkiatan pemikiran kritis dan kreatif.
Berfikir membantu kita menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.
Dua kemahiran penting dalam berfikir iaitu kemahiran menyelesaikan masalah
dan kemahiran membuat keputusan. Kedua-dua kemahiran ini ialah kemahiran
dalam proses berfikir. Aspek-aspek yang akan dicakup termasuklah definisi
tentang kemahiran tersebut, fungsi dan tujuannya dan langkah perlaksanaannya.

2.2 Konsep Dan Definisi Pemikiran


Manusia dikurniakan akal atau mind dan hati (Qalbu) yang
menjadikannya lebih istimewa. Kehadiran akal dan hati ini membezakan manusia
daripada haiwan. Akal merupakan sumber ilmu intelek yang boleh menghasilkan
pengetahuan dan juga menjadi tempat membentuk sifat kearifan dan
kebijaksanaan.
Dengan wujudnya akal dan hati ini, manusia dapat membuat penaakulan,
memahami sesuatu dan membentuk konsep. Hati juga menjadi sumber ilmu
untuk membantu murid menghasilkan pengetahuan. Hati mempunyai daya
keupayaan membuat penaakulan dan daya faham. Hati juga boleh mengesan
baik-buruk, benar-palsu, atau betul-salah sesuatu perkara. Pemikiran di sini
mengambil kira dua perkara utama, iaitu akal dan hati.
12

Melalui aktiviti berfikir, seseorang murid boleh membentuk konsep,


pendapat, pandangan, buah fikiran, idea, atau ilmu mengenai sesuatu yang tidak
diketahui sebelumnya. Penemuan ini dikenali sebagai fikrah yang dikatannya
berkait rapat dengan ilmu. Justeru itu beliau menambah, manusia yang berfikir
akan berkesudahan dengan penguasaan ilmu dan tahun apa yang difikirkan.

2.3 Konsep Kemahiran Berfikir


2.3.1 Kemahiran Berfikir Kritis
Kemahiran kritis merujuk kepada keupayaan menggunakan minda bagi
membuat pertimbangan atau penilaian dengan cermat. Seperti pemikiran kreatif,
pemikiran kritis juga adalah sejenis kemahiran mikro yang digunakan ke arah
penyelesaian masalah ataupun membuat keputusan. Walau bagaimanapun, ia
berbeza daripada pemikiran kreatif kerana secara kasar pemikiran kreatif
digunakan bagi menghasilkan idea sementara pemikiran kritis berkait dengan
pemikiran rasional iaitu menimbang sesuatu perkara berdasarkan alasan dan bukti
tanpa dipengaruhi oleh perasaan sebelum mengambil sebarang keputusan atau
menyelesaiankan sesuatu masalah.
Sesuatu masalah juga tidak akan berjaya diselesaikan jika kita hanya
bergantung kepada pemikiran kritis. Sikap kritis yang keterlaluan dapat
membunuh kreativiti dan akibatnya cadangan-cadangan baru yang bernas dan
berpotensi bagi menyelesaikan masalah dengan berkesankan hilang begitu sahaja.

2.3.2 Kemahiran Berfikir Kreatif


Kemahiran berfikir kreatif pula ialah kecekapan menggunakan minda
untuk menerokai pelbagai kemungkinan dalam menghasilkan sesuatu yang baru
dan asli, sama ada bersifat maujud, abstrak, atau idea. Kemahiran mikro dalam
kemahiran berfikir kreatif ialah: menjana dan menghasilkan idea; mencipta
analogi; dan mencipta metafora.

2.3.3 Kemahiran Membuat keputusan


13

Kemahiran membuat keputusan terbahagi kepada dua jenis iaitu:


pendekatan positif dan pendekatan negetif.
Pendekatan positif ialah orang yang terlibat atau diberi amanah perlu
berusaha menyelesaikan masalah melalui usaha-usaha memperbaiki suasana yang
dihadapi oleh seseorang ataupun organisasi itu.
Pendekatan kedua ialah berbentuk negatif iaitu dengan lari dari masalah
itu ( tidak tahu terlibat) ataupun menutup kes
Di hadapan kita sering kita lihat dua perkataan di atas. Ada orang yang
tidak sanggup berdepan dengan masalah lantas meletakkan jawatan daripada
pertubuhan atau organisasi yang disertai apabila ada masalah. Ada setengah orang
pula mengambil pendekatan berani dan berdepan dengan masalah walaupun
terpaksa berhadapan dengan risiko dan kesan jangka pendek.
Ada juga orang yang sehingga sanggup membunuh diri sendiri apabila
berdepan dengan masalah dan menganggap ianya adalah cara bagi menyelesaikan
usaha, kesabaran dan azam serta terus mengharungi masalah dengan penuh tabah,
yakin dan berani.

2.3.4 Kemahiran Menyelesaikan Masalah


Secara amnya penyelesaian masalah meliputi usaha-usaha mencari jalan
atau strategi yang dapat menghasilkan matlamat yang belum ditemui. (Plotnik,
1993)Namun, mengantung kepada beberapa faktor yang mempengaruhi cara dan
daya seseorang menghadapi masalah. Ada perbezaan cara orang yang berilmu
dengan yang kurang ilmunya dalam menghadapi masalah, orang yang muda dan
yang dewasa, seorang yang beremosi cepat dengan yang berupaya mengawal
perasaannya, orang yang berpengalaman menghadapi masalah dengan yang
jarang menghadapi masalah, orang yang menpunyai kemahiran berfikir dengan
yang tiada kemahiran berfikir.
Abdullah & Ainon merujuk Dacey, 1989, yang mengetengahkan beberapa
panduan dalam menyelesaikan masalah:
14

1.

Jangan terus menggunakan penyelesaian pertama kerana ia belum tentu suatu

penyelesaian yang terbaik.


2. Cuba fikirkan, apakah cara yang mungkin digunakan oleh orang lain
seandainya masalah menimp orang lain.
3. Jangan bersifat defensif kepada masalah, sebaliknya cuba bersikap proaktif
dan kuasai masalah itu.
4. Minta pendapat orang lain.
5. Biasakan tabiat mengeram idea.
6. Yakin pada diri sendiri dan yakin kebolehan diri dalam memecahkan
persoalan.
7. Gunakan peta minda.
8. Biasakan diri dengan masalah di sekeliling supaya diri dapat segera peka
sebelum masalah muncul dan kita bersedia meghadapi.

2.4 Jenis-jenis Kemahiran Berfikir


2.4.1 Kemahiran Berfikir Kritis
Pemikiran kreatif amat penting dalam era globalisasi yang menyebabkan
dunia tiada sempadan dan mewujudkan persaingan secara terbuka. Pemikiran
kreatif yang mengutamakan sifat progresif, dinamis dan proaktif dapat
memastikan masyarakat Malaysia tidak ketinggalan. Ia dapat membolehkan kita
mencapai perubahan dan kemajuan dan jahilan dan kebekuan. Pemikiran yang
kreatif dan inovatif akan membolehkan kita bersaing dengan masyarakat lain
pada peringkat global dan seterusnya menyumbangkan kepada kemajuan negara.
Pemikiran kreatif melibatkan penggunaan hemisfera otak kanan yang
berfungsi bagi melihat sesuatu secara holistik, imaginatif dan inovatif. Walau
bagaimanapun dalam sistem sekolah, penggunaan hemisfera otak kanan kurang
diberi keutamaan. Ramai ahli akademik seperti Abdullah Hassan dan Ainon
Mohammad (2001) dan John Arul Phillips (1997) mengatakan dalam sistem
persekolahan kebanyakan aktiviti yang dilakukan sudah pun ditentukan dan oleh
itu, pelajar tidak dikehendaki menghasilkan sesuatu yang baru ataupun luar biasa.
Cara pemikiran begini mungkin secara tidak langsung menyekat kecenderungan
kebanyakan pelajar supaya berfikir secara kreatif.

2.5 Ciri-ciri Pemikiran Kritis


15

Seseorang yang berfikir secara kritis mempunyai ciri-ciri seperti berikut,


contohnya: reaktif. Seseorang yang berfikiran kritis akan sentiasa peka kepada
perkembangan yang berlaku di sekitarnya. Ini diikuti dengna gerak balas yang
positif dan bersifat segera. Buah fikiran selalunya datang setelah melihat sesuatu
peristiwa berlaku. Selalunya sifat reaktif ini ditunjukkan dengan perlakuan seperti
suka membuat ulasan, komen dan kritikan terhadap sesuatu peristiwa yang
berlaku.
Menilai ialah berfikir secara kritis supaya kita sentiasa membuat penilaian
terhadap sesuatu perkara. Penilaian dibuat dari sudut kebaikan dan keburukan
yang bakal diterima dari setiap tindakan yang dibuat. Biasanya penilaian adalah
berdasarkan nilai yang mereka jadikan panduan hidup, seperti nilai agama bagi
mereka yang beragama, manakala yang tidak beragama menggunakan nilai moral
sebagai landasan.
Meneliti idea dengan fakta yang telah diketahui ialah setiap idea yang
dicetuskan lazimnya mempunyai asas, fakta dan landasan yang munasabah.
Fakta, alasan dan asas tersebut bergantung kepada pengetahuan sedia ada dan
pengalaman seseorang. Setiap idea akan diteliti dengan fakta-fakta yang telah
diketahuinya sebelum dizahirkan dan seterusnya dilaksanakan.
Kemahiran Mikro Pemikiran Kritis ialah perbincangan dan antara
pendekatan

yang

diketengahkan

ialah

perbincangan

Socrates.

Socrates

berpendapat bahawa melalui perbincangan, pemikiran pelajar dapat dicabar dan


diperkembangkan.
Untuk membentuk pemikiran kritis , jenis-jenis pemikiran yang mikro
perlu dikenal pasti supaya dapat dioperasi. Kemahiran ini dipanggil kemahiran
mikro.

Antaranya

ialah:

membanding/

membeza;

membuat

kategori/

mengklasifikasi; meneliti bahagian kecil dan keseluruhan; menyusun mengikut


urutan; membuat ramalan; menerangkan sebab; membuat inferens; mengusul
periksa andaian; mempertahankan idea; meringkas; menghubung kait kronologi
sebab-kesan; dan membuat generalisasi.

2.5.1 Kemahiran Membanding dan Membeza

16

Membanding dan membeza melibatkan keupayaan mengesan pelbagai


bentuk persamaan dan perbezaan di antara dua atau lebih objek, perkara,
organisma, institusi atau idea. Kemahiran ini penting bagi mencapai tujuan yang
spesifik.Membanding dan membeza menyebabkan kita sentiasa terlibat dalam
menganalisis ciri-ciri yang sepadan dengan ciri-ciri yang tidak sepadan,
menbandingkan antara ciri-ciri yang ada persamaan dan perbezaan dengan
sesuatu item atau objek, dan cuba merangka implikasi dari analisis tersebut.
Semasa kita membuat keputusan yang kritis, kita sebenarnya akan lebih
memahami hal yang kita perbandingkan itu. Dikatakan demikian kerana setiap
aspek yang dianalisis telah diberi pertimbangan dan wajaran yang setimpal. Kita
juga dapat menjelaskan sebarang kekusutan yang mungkin kita sedang alami.
Selian daripada itu, dalam proses membanding dan membeza, kita sebenarnya
terlibat dalam tugasan pemikiran yang lebih kompleks seperti memberi
definikasi, pengelasan , membuat analogi dan memberi sebab musabab.

2.5.2 Kemahiran Mengklasifikasi


Kemahiran Mengklasifikasi ialah mengklasifikasi atau mengkategori
merupakan kemahiran berfikir dalam mengelompokkan sebilangan perkara dalam
kategori tertentu mengikut ciri-ciri tertentu yang boleh diperhatikan. Tujuan
mengklasifikasi ialah membantu kita supaya mengenal sesuatu perkara dengan
lebih mendalam. Dalam zaman ledakan maklumat ini, keupayaan kita untuk
mengumpul, mencari, menyenaraikan dan mengkategori maklumat supaya dapat
membantu kita menyusun dan mengatur maklumat dengan lebih sistematik,
teracang dan teratur.

2.5.3 Meneliti Perhubungan Bahagian-Keseluruhan


Kemahiran ini ialah keupayaan melihat dan memahami perkaitan,
kepentingan dan pertalian antara bahagian-bahagian kecil dengan keseluruhan.
Tujuan kemahiran ini membolehkan kita meneliti bahagian-bahagian sesuatu
17

objek, menentukan fungsinya dan mengaitkan fungsi bahagian kecil dengan


keseluruhan. Tahap pemerhatian dan penelitian yang tinggi diperlukan untuk
mengaitkan perkara-perkara tersebut. Pengurusan lisan yang digunakan ialah
boring. Meneliti Perhubungan Bahagian Keseluruhan.

2.5.4 Menerangkan Sebab


Kemahiran Menerangkan Sebab ialah keupayaan untuk mengkaji dan
menjelaskan sebab berlakunya sesuatu kejadian berdasarkan alasan-alasan dan
bukti yang munasabah. Tujuan kemahiran ialah membantu kita mencari pelbagai
sebab sesuatu perkara berlaku, mengapa berlaku dan mencari bukti sebenar dalam
membuat kesimpulan tentang apa yang sebenarnya

berlaku. Langkah

perlaksanaan melibatkan penggunaan pengurusan lisan dan grafik.

2.6 Langkah Penyelesaian Masalah


Terdapat pelbagai proses penyelesaian masalah ialah: langkah memahami
masalah; membuat perancangan; melaksanakan rancangan; dan menilai
keputusan.

2.6.1 Mengenal Pasti Masalah


Langkah pertama ini amat terpenting dalam proses penyelesaian masalah.
Kegagalan mengenal pasti masalah dengan tepat akan menyukarkan proses
mencari penyelesaian.

2.6.2 Mendefinisi Masalah


Setelah mengenal pasti masalah, kita perlu menyatakan masalah tersebut
untuk lebih memahaminya. Pada peringkat ini, individu perlu menghuraikan
18

masalah kepada komponen-komponen kecil supaya lebih senang difahami. Kita


juga boleh mengubah bentuk persembahan masalah kepada bentuk imagenari
atau grafik untuk memudahkan kefahaman.

2.6.3 Mencari Kemungkinan Penyelesaian


Beberapa strategi yang boleh menyelesaikan masalah. Branford dan Stein
(1984), mencadangkan agar masalah tersebut dicerakinkan kepada komponen
kecil. Dengan ini, strategi penyelesaian akan lebih ketara dan khusus lagi kepada
komponen tersebut.

2.6.4 Bertindak/Perlaksanaan dan Menilai Kejayaan Tindakan


Terdapat 10 heuristik dalam penyelesaian masalah. Antaranya ialah:
dapatkan gambaran menyeluruh dan jangan sesat atau lemas dalam maklumat,
menangguhkan pertimbangan, permudahkan gambaran masalah, gunakan
komponen kecil, gambar rajah, atau simbol. Selain itu, ubah cara persembahan
masalah, menyatakan pelbagai bentuk soalan berhubung masalah secara lisan,
fleksibel, bermula dari belakang, menggunakan analogi dan metaphor, bercakap
tentang masalah tersebut, inggalkan masalah tersebut buat beberapa ketika
apabila sampai tahap kebuntuan.

2.6.5 Definisi Membuat keputusan


Kemahiran membuat keputusan sama seperti kemahiran menyelesaikan
masalah, ada yang mudah dan ada yang kompleks. Proses membuat keputusan
memerlukan kita memilih sesuatu yang kita rasa kita puas hati, suka atau setuju.
Membuat keputusan ialah membuat pilihan antara dua atau lebih alternatif yang
saling bertentangan yang mana menyukarkan si pembuat keputusan. Di samping
itu, kita mesti memilih keputusan terbaik berasaskan kriteria tertentu.
Kemahiran berfikir kreatif dan kritis amat diperlukan dalam membuat
keputusan. Individu perlu mempunyai kemahiran dalam membanding membeza,
membuat ramalan, menjana idea dan mengesahkan sumber maklumat. Sesuatu
keputusan yang dibuat oleh seseorang itu berjaya membuat pertimbangan
19

berhubung beberapa kriteria akan menjadi keputusan terbaik. Tujuan belajar


kemahiran membuat keputusan adalah untuk melatih individu membuat
keputusan yang terbaik, mengelakkan individu daripada membuat keputusan
terburu-buru, lebih rasional dan sabar dan berupaya memanfaatkan sumber
maklumat semasa membuat keputusan.

Makanan yang sihat dan berkhasiat penting untuk kanak-kanak kerana ia


membekalkan nutrien untuk perkembangan dan pertubuhan, membekalkan tenaga
bagi mereka menjalankan aktiviti fizikal dan membantu menguatkan sistem
ketahanan badan yang dapat menghalang mereka daripada mendapat jangkitan
penyakit.

20

Pupuk amalan makan secara sihat sejak anak kecil lagi.

Piramid Makanan Malaysia

21

Kumpulan Satu: Nasi, mi, roti, bijirin/ produk bujirin, ubi-ubian. Kumpulan ini
adalah sumber paling baik untuk karbohidrat yang membekalkan tenaga kepada
mereka. Ia juga mengadungi vitamin, mineral dan serat. Nasi, mi, roti, pasta,
bubur capati, dan biskut adalah makanan dari kumpulan ini.

Kumpulan Dua: Buah-buahan dan sayur-sayuran. Kumpulan ini membekalkan


vitamin, mineral dan serat yang dapat membantu mencegah jangkitan penyakit
dan mengelakkan sembelit.

22

Kumpulan Tiga : ikan, ayam, daging, telur dan kekacang. Makanan dalam
kumpulan ini membekalkan protein, vitamin B dan mineral. Ia diperlukan untuk
perrtubuhan kanak-kanak.

Kumpulan Empat: susu dan produk telasu. Makanan daripada kumpulan ini
kaya dengan kalsium dan protein. Ia diperlukan untuk membina tulang dan gigi.
Pastikan kanak-kanak minum susu setiap hari.

23

Kumpulan Lima: lemak, minyak, gula dan garam. Pastikan kanak-kanak


mengurangkan pengambilan makanan dari kumpulan ini.

Latih anak anda makan pada waktu yang tetap setiap hari.

24

Topik pemilihan saya untuk tugasan ini ialah Sains, tajuknya ialah
Piramid makanan. Gambar Laman Web yang saya pilih ini mempunyai pola
mengikut bentuk geometri, seperti: tiga segi.
Dalam kemahiran topik ini , Kemahiran Berfikir Kritis dan kreaktif
ditandai oleh ciri ciri yang berbeza dan menekankan aspek-aspek yang berbeza
contohnya murid dapat membezakan setiap jenis makanan. Murid dapat
membezakan makanan yang baik dan makanan yang tidak baik untuk kesihatan
kita. Piramid makanan merupakan panduan bagi memilih makanan secara sihat.
25

Makanan yang dimakan seharian perlu diambil paling banyak daripada kumpulan
makanan di bahagian paling bawah Piramid, dan paling sedikit daripada
kumpulan makanan di bahagian paling atas. Piramid Makanan mengandungi
makanan yang dibahagikan kepada lima kumpulan berasaskan kepada kandungan
zat dan fungsinya. Murid perlu mengambil makanan yang baik dan kurang
mengambil makanan yang tidak baik.
Selain itu, murid murid juga perlu membuat kategori setiap jenis
makanan mengikut kumpulannya. Contonnya: kumpulan satu ialah nasi, mi, roti,
bijirin/ produk bujirin, ubi-ubian. Kumpulan ini adalah sumber paling baik untuk
karbohidrat yang membekalkan tenaga kepada mereka. Ia juga mengadungi
vitamin, mineral dan serat. Nasi, mi, roti, pasta, bubur capati, dan biskut adalah
makanan dari kumpulan ini. Kumpulan Dua ialah buah-buahan dan sayursayuran. Kumpulan ini membekalkan vitamin, mineral dan serat yang dapat
membantu mencegah jangkitan penyakit dan mengelakkan sembelit. Kumpulan
tiga ialah ikan, ayam, daging, telur dan kekacang. Makanan dalam kumpulan ini
membekalkan protein, vitamin B dan mineral. Ia diperlukan untuk perrtubuhan
kanak-kanak. Kumpulan Empat ialah susu dan produk telasu. Makanan daripada
kumpulan ini kaya dengan kalsium dan protein. Ia diperlukan untuk membina
tulang dan gigi. Pastikan kanak-kanak minum susu setiap hari. Kumpulan lima
ialah lemak, minyak, gula dan garam. Pastikan kanak-kanak mengurangkan
pengambilan makanan dari kumpulan ini.
Susun ikut urutan amat penting, guru menerangkan kepada pelajar
tentang bahagian bawah hingga bahagian atas setiap jenis makanan mengikut
piramid makanan. Makanan yang paling bawah perlu makan paling banyak,
Diikuti keduanya ialah pelajar juga perlu makan banyak tentang makanan ini
mengikut piramid makanan. Tingkat ketiganya ialah pelajar perlu mengambil
makanan ini sederhana sahaja. Makanan yang paling atas sekali mengikut
piramid makanan ialah pelajar perlu mengambil makanan ini paling sedikit
kerana ia tidak baik untuk kesihatan.
Kemahiran mikro dalam kemahiran berfikir kreatif ialah menjana dan
menghasilkan idea. Menjana dan menghasilkan idea ini amat penting jika guru
menyediakan piramid makanan melalui Laman Web yang cantik boleh menarik
hati seseorang murid dan murid dapat memberi respon yang amat baik semasa
guru menanya soalan. Selain itu, pengajaran dan pembelajaran guru juga mudah
26

tercapai jika Laman Web yang disediakan oleh guru itu mempunyai warna yang
menarik.
Kemahiran menyelasai makanan amat penting mengikut piramid makanan
kerana murid boleh mengenal pasti masalah, kegagalan memilih makanan yang
baik akan menyebabkan seseorang murid kekurangan vitamin, protein,
karbohidrat dan sebagainya.
Kemahiran membuat keputusan amat penting bagi setiap pelajar kerana
melatih pelajar membuat keputusan contohnya: mengambil makanan yang baik
lebih banyak boleh meningkatkan pertubuhan badan dengan baik. Mengambil
makanan yang tidak baik secara berlebihan boleh menjejaskan kesihatan kita.
(3759 patah perkataan)

Latihan
A. Lukis dan warnakan setiap jenis makanan mengikuti piramid
makanan.

27

B. Senaraikan 5 makanan yang baik untuk kesihatan.


1.______________
2.______________
3.______________
4.______________
5.______________
Makanan yang baik boleh ________________________________
______________________________________________________
C. Senaraikan 3 makanan yang tidak baik.
1.______________
2.______________
3.______________
Makanan yang tidak baik boleh ____________________________
______________________________________________________

28

Rumusan
Visual yang berkualiti dapat memberi kesan yang baik untuk seseorang
murid. Visual yang berkualiti dapat menyemai nilai estetika di kalangan murid
dan akan menimbulkan disiplin yang baik.
Kemahiran kreatif, kemahiran kritis, menyelesaikan masalah dan membuat
keputusan amat penting dalam kehidupan harian kita semasa mengambil setiap
jenis makanan. Jika seseornag mengambil makanan yang sesuai badanya akan
sihat dan tidak mudah menjangkiti penyakit.

29

Rujukan
Dr. Azlena Zainal & Dr. Munir Shuib(2004). Meningkatkan Potensi

Minda.

(1sted).Pahang, Malaysia: Pts Publication & Distributors Sdn.Bhd


Kamus Dewan Edisi Keempat. (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Modul Fakulti Pendidikan dan Bahasa HBEF3103 Psikologi Teknologi
Pengajaran.
http://www.flickriver.com/photos/ahmk/tags/pokok/ [2012, March 22]
http://www.flickr.com/photos/firdausmahadi/5119629438// [2012, March 22]
http://www.google.com.my/imgres?q=binatang [2012, March 22]
http://www.google.com.my/imgres?q=bunga [2012, March 22]
http://www.google.com.my/imgres?q=GEOMETRI [2012, March 22]
http://www.google.com.my/imgres?q=geometrishapes [2012, March 22]

http://www.google.com.my/imgres?q=piramid+makanan [2012, March 22]


http://www.google.com.my/imgres?q=rule+of+third [2012, March 22]
]http://www.google.com.my/imgres?q=visual [2012, March 22]
http://www.youtube.com/watch?v=UD1VwNYFcKY/ [2012, March 22]

30

31

Anda mungkin juga menyukai