Anda di halaman 1dari 2

KEPIMPINAN BERKESAN

by ANUAR BIN ABDUL AZIZ PPG JUN2011/BM-04 - Saturday, 6 September 2014, 12:35 PM

Semua orang boleh menjadi pentadbir tetapi bukan semua orang boleh menjadi pemimpin.
Pemimpin yang berkaliber memerlukan ciri-ciri yang positif bagi dirinya diiktiraf sebagai seorang
pemimpin. Pemimpin yang baik bukan lahir dengan sendirinya tetapi diperoleh melalui latihan
berterusan, pengalaman mahupun ilmu. Memimpin sebuah organisasi bukanlah satu tugas yang
mudah. Sungguhpun begitu bersama-sama gabungan ilmu, pengetahuan, personaliti dan visi,
kepimpinan bukalah satu misi yang mustahil bagi setiap seorang yang mahu menjadi seorang
pemimpin yang berjaya. Seorang pemimpin berkesan sentiasa melihat kejayaan organisasinya
sebagai satu usaha yang berterusan antara dirinya dengan semua anggota dalam organisasi itu.
Dalam erti kata lain, kejayaan sebuah organisasi itu adalah kejayaan bersama.Namun begitu
keberkesanan. keunggulan dan kecemerlangan bergantung kepada kepimpinan sesebuah
organisasi. Sarjana disiplin pengurusan dan kepimpinan ada berkata "apa yang berada di belakang
kita dan apayang berada di hadapan kita adalah perkara yang kecil berbanding dengan apa yang
ada dalam diri kita. Jadi diri pemimpin dan apa yang tersirat dalam dirinya adalah penting untuk
memanifestasikan menjadi sebuah realiti. Mengapa kepimpinan berkesan perlu dalam sebuah
organisasi? Kepimpinan berkesan ada kaitan dengan jatuh bangun sebuah organisasi.Kepimpinan
berkesan ada kaitan dengan jatuh bangun sesebuah organisasi. Kepimpinan berkesan ada kaitan
dengan keberkesan dan kecekapan organisasi. Kepimpinan berkesan ada kaitan dengan prestasi
kerja orang bawahan. Kepimpinan berkesan ada kaitan dengan kepuasan kerja orang bawahan.
Dalam usaha menjadi pemimpin berkesan, individu itu harus menguasai tiga kemahiran.
1. Kemahiran konseptual iaitu kemahiran menganalisis, berfikir secara logik, kreatif dalam menjana
idea dan penyelesai masalah.
2. Kemahiran taktikal iaitu kemahiran berkaitan dengan kaedah, prosedur dan teknik-teknik untuk
menjalankan aktiviti khusus serta kebolehan menggunakan peralatan yang digunakan dalam
menjanakan aktiviti tersebut.
3. Kemahiran hubungan kemanusiaan iaitu kemahiran berhubung dengan orang lain serta boleh
memahami perasaan dan sikap orang lain. Terkandung dalam kemahiran ini adalah kemahiran
berkomunikasi dengan jelas dan berkesan.
Untuk menjadi seorang pemimpin yang benar-benar boleh mempengaruhi orang bawahan
supaya menjadim pengikut yang setia bukanlah satu perkara yang senang. Untuk mitu, seorang

pemimpin yang berkesan hendaklah menguasai kemahiran-kemahiran tertentu, mengamalkan


tingkah laku yang sesuai dengan memadankannya dengan keadaan-keadaan tertentu. Dalam
konteks ini ada pepatah Arab mengatakan bahawa " Jika engkau terlalu keras, nanti engkau
dipatahkan. Jika engkau terlalu lembut, nanti engkau diramas. Justeru bertindaklah secara
sederhana kerana sederhana itu adalah bijaksana".

Anda mungkin juga menyukai