Anda di halaman 1dari 16

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah kerana berkat limpah kurnianya, kami


berjaya menyiapkan kerja kursus Hubungan Etnik ini dengan jayanya.

Oleh itu, di

ruangan ini saya ingin mengucapkan sekalung penghargaan kepada semua yang
terlibat dalam proses menyiapkan kerja kursus ini.
Setinggi-tinggi terima kasih diucapkan kepada pensyarah Hubungan Etnik, Encik
Johari Bin Shariff kerana banyak memberi bantuan dan bimbingan sejak awal proses
kerja kursus ini disiapkan. Saya juga telah dibantu menggunakan sistem ABL yang telah
kami pelajari

di Institut ini .Tanpanya mungkin saya akan susah kerana tidak ada

bimbingan khusus semasa menjalankan kerja khusus ini.


Kemudian, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan
yang telah banyak membantu dan memberi sokongan kepada kami walaupun masingmasing mempunyai komitmen yang lain tetapi sanggup meluangkan masa bersama
kami dalam penghasilan kerja khusus ini. Selain itu, ucapan terima kasih juga
diucapkan kepada ibu bapa yang memberi dorongan untuk meneruskan kerja kursus
ini.
Akhir sekali, terima kasih sekali lagi kepada semua yang terlibat dalam
membantu kami menyiapkan kerja kursus Hubungan Etnik ini dengan jayanya.
Kerjasama yang telah diberikan telah banyak membantu saya dalam menjayakan kerja
khusus ini dengan baik dan berjalan lancar. Terima kasih.

ULASAN ARTIKEL
Isu 1 : Kelompok perlancongan ECER berjaya menarik jumlah pelaburan tertinggi
Berdasarkan kajian yang telah bersumberkan Majalah Dewan Ekonomi
(Berniaga Sambil Beribadah), terdapat isu yang mana menjadi topik menarik dalam
pembangunan wilayah di pantai timur. Isu ini dalah perkara yang amat selari dengan
tajuk artikel yang dianalisis iaitu Wilayah Ekonomi Pantai Timur terus Memacu
Pembangunan Wilayah. Merujuk daripada petikan yang di kaji kelompok perlancongan
ECER

berjaya

menarik

Pekembangan positif

jumlah

pelaburan

tertinggi

dalam

sektor

ekonomi.

yang menjadi impak kepada usaha mamacu pembangunan

ECER , terutamanya bagi penduduk wilayah ini yang kini menikmati peluang

pekerjaaan yang lebih banyak. Penjanaan pelaburan di wilayah itu dapat diperkasakan
menerusi penglibatan pelabur tempatan dan luar negara.
Faktor yang menyebabkan pemacuan pembangunan wilayah adalah dapatan
yang bermula Januari hingga Jun 2012 berjaya menarik pelabur daripada luar melalui
kelompok perlancongan. Kelompok pelancongan adalah faktor utama ekonomi wilayah
pantai timur meningkat. Perkara ini menjadi sebab utama kerana jumlah pelaburan
yang diperolehi adalah 55 peratus daripada jumlah dapatan yang diperolehi oleh negara
sebanyak RM 21.9 bilion. Ianya juga melonjak dengan jumlah pelaburan yang
melibatkan

pelancongan

serta

menyebabkan

peningkatan

infrastruktur

yang

dilaksanakan secara progresif di ECER di samping disokong oleh langkah promosi


pelaburan. Selain itu juga, pada masa yang sama, Kelantan juga turut menyusul dalam
pembangunan di Terengganu setelah mendapat rangsangan pembangunan utama
pelalui cadangan projek Perlabuhan Bersepadu Tok Bali. Ianya juga faktor peningkatan
serta pembangunan wilayah dalam mebentuk kesepaduan masyarakat.
Kesan yang mendalam terhadap pembangunan wilayah pantai timur dapat
diperhatikan dengan kadar pembinaan kemudahan serta penambahbaikan daripada
segi infrastruktur kerana ianya disokong serta mendapat kerjasama daripada Lembaga
Kemajuan Pelaburan Malaysia(MIDA) serta Kementerian Perdagangan Antarabangsa
dan Industri ( MITI). Selain itu, kesan yang diperolehi daripada perlancongan yang
menjadi sumber terbesar Malaysia adalah wujudnya peluang kerja sehingga 30 ribu
orang disamping menyumbang RM 7 bilion kepada PNK serta mendapat pengumuman
dimana

pembinaan

logi

bioisobutanol

yang

pertama

di

dunia

yang

mana

menggunakkan bahan mentah biojisim. Selain itu juga melalui perlancongan ini juga
dapat mengeratkan hubungan antara pelancong dengan golongan yang berada di
Malaysia walaupun berlainan bangsa dan etnik. Implikasi lain yang dapat diserapkan
adalah kos pembangunan pelabuhan Tok Bali di selenggara sepenuhnya oleh East
Coast Terminal Sdn Bhd dengan pelaburan keseluruhan sebanyak RM 4.5 bilion.
7

Perkembangan positif yang dilihat daripada kesan perlancongan yang menjadisumber


utama peningkatan ekonomi negara secara langsung memberi peluang kepada
masyarakat untuk bekerja. Kesan lain adala wujudnya tempat bagi penurunan ikan
serta pusat pendaratan bagi pesawat serta barangan yang di perdagangkan.
Merujuk kepada pemacuan pembangunan wilayah di pantai timur langkah yang
perlu diambil daripada aspek pelaburan adalah menjalinkna hubungan diplomatik dan
mengeratkan hubungan sesama masyarakat melalui lawatan kedutaan serta melakukan
program yang melibatkan masyarakat denga negara jiran. Selain itu juga, memastikan
pelaburan yang telah dilakukan mendapatkan hasil yang baik melalui kerja yang
dilakukan di laksanankan dengan baik kerana segala yang diperwujudkan adalah
daripada pelaburan pelabur luar dan tempatan. Manakala bagi aspek perlabuhan yang
bakal dibina iaitu Perlabuhan Tok Bali haruslah dirancang secara menyeluruh dengan
projek pembinaan universiti maritim dan pembinaan kapal agar masyarakat di wilayah
ini dapat peluang pekerjaan yang agak lumayan daripada segi bayaran upah dalam
bekerja tanpa mengira bangsa kerana ianya memerlukan kecekapan serta kemahiran.
Cadangan lain unutk memastikan pemacuan pembangunan wilayah denga lebih baik
dan pesat melalui pengistiharaan bandar baharu nelayan Tok Bali sebagai sebuah
bandar perlabuha termaju menjelang 2020.
Kesimpulanya, merujuk kepada artikel yang diperolehi serta analisis yang telah
dilakukan secara rapi, ianya menjelaskan bahawa dalam pembangunan wilayah di
pantai timur ini, pelaburan dan pembinaan perlabuhan menjadikan pembangunan
wilayah ini semakin berkembang pesat menjelang 2020 akan datang denga usaha serta
peluang pekerjaan yang semakin luas serta taraf ekonomi yang meningkat kerana
menjadi bandar pesat dengan kemudahan yang semakin canggih dan lengkap.
Isu 2 : Pemilikan hasil tanaman herba yang tinggi di Malaysia

Merujuk kepada artikel yang diperolehi, pemilikan herba yang tinggi di Malaysia
menjadi isu utama yang mana meningkatkan pembangunan wilayah terutamanya di
kawasan pantai timur. Ini dapat dilihat melalui sektor herba yang mana pada peringkat
globalnya mula mengalami renaisans dan menyaksikan pertumbuhan pemasaran yang
meningkat dari masa ke semasa. Merujuk daripada graf peningkatan di mana
pertumbuhan pasaran yang menjangkau AS40 bilion ( RM 119.64 bilion) hingga AS 200
bilion ( RM 600 bilion) dengan peratusan peningkatan lima belas hingga dua puluh
peratus. Berdasarkan potensi yang dimiliki di Malaysia saiz pasaran produk berasaskan
herba dan perubatan herba khususnya, penting bagi Malaysia untuk membangunkan
industri warisan herba.
Faktor yang menyebabkan Wilayah Ekonomi Pantai Timur Terus Memacu
Pembangunan Wilayah adalah Malaysia mempunyai lebih daripada 20 ribu spesies
tumbuhan herba serta berada di tangga ke 12 dalam senarai negara yang mempunyai
pelbagai sumber biodiversiti di dunia dan tangga yang keempat di Asia dari segi jenis
tumbuhan berbunga dan lebih 3000 spesies yang mempunyai nilai perubatan yang
tinggi. Oleh yang demikian, pembentukan ekonomi yang tinggi dalam pemasaran herba
adalah disebabkan oleh pemilikan herba yang amat berkualiti serta berupaya bersaing
dengan negara lain daripada sektor pengeluaran herba sebagai pengeluar ubatan
herba tradisional seperti negara jiran yang dengan memasarkan dengan kadar harga
yang berpatutan mengikut pasaran harga kini. Jelaslah bahawa hasil bumi yang
kebanyakannya dan berpusat di pantai timur menjadikan pembangunan wilayah ini
semakin berkembang pesat. Antara faktor lain yang menjadi sebab pemacuan wilayah
seperti pantai timur adalah penumbuhan sektor tanaman tumbuhan Kenaf yang
berpusat di Kelantan dan Terengganu. Kedua-dua negeri ini merupakan negeri pantai
timur, maka pembangunan wilayah yang dinyatakan seperti di atas adalah berpaksikan
kepada negeri berikut. Faktor yang amat jelas dalam pembangunan ekonomi negara
adalah penanaman tumbuhan Kenaf yang menggantikan tembakau yang menjadi
pemasaran ekonomi Malaysia suatu hari dulu. Tumbuhan Kenaf kini menjadi tarikan
9

pasaran ekonomi yang mana ianya merupakan industri baru serta membuka peluang
kepada pekebun kecil tembakau yang mana dahulu menanam tembakau dan beralih
kepada kenaf serta penghasilan kraf berdasarkan kenaf secara meluas di pantai timur.
Merujuk kepada pemacuan wilayah pantai timur ini banyak implikasi yang kita
dapat

dan hasilnya dapat disalurkan dengan cara yang terbaik, antaranya adalah

kerajaan mengumumkan pelaburan RM 110 juta untuk ECER dalam usaha menjadikan
wilayah ini sebagai hab industri herba Malaysia menerusi pembangunan empat buah
ladang herba. Projek ini memberi impak yang tinggi serta mendatangkan kesan bukan
sahaja kepada pihak kerajaan serta penduduk setempat dimana terdapatnya peluang
pekerjaan yang dianggarkan lebih 2500 peluang pekerja baru serta 500 pekebun
kontrak menjelang tahun 2020. Secara langsung taraf ekonomi penduduk di wilayah
pantai timur dapat ditingkatkan kerana peluang kerja sebagai buruh mahir serta
pekebun di kampung mahupun di bandar tanpa mengira agama, bangsa dan warna
kulit bagi menjayakan program yang telah dirancang serta mempercepat dan
memastikan wilayah pantai timur terus dipacu dengan sektornya tersendiri. Selain
daripada pembukaan empat ladang herba kesan daripada penanaman tumbuhan kenaf
yang mana banyak memberi faedah kepada alam sekitar, penghasilan serta sektor
yang boleh dihasilkan melalui tumbuhan kenaf adalah sektor penhasilan produk.
Tumbuhan kenaf ini banyak dijadikan sebagai kraf. Kraf merupakan salah satu daripada
sumber ekonomi yang mana selama ini seiring dengan penghasilan barangan secara
pengilangan. Kraf juga meningkatkan sumber negara kerana ianya adalah berbentuk
produk dan peluang pekerjaan yang melibatkan semua golongan amat terbuka seperti
di kampung, kilang dan banyak lagi. Maka jelaslah, penanaman kenaf serta sumber
herba memberi kesan yang amat positif dalam pembentukan ekonomi negara serta
wilayah pantai timur.
Langkah mengatasi penurunan sumber pengeluaran serta kaedah peningkatan
ekonomi di pantai timur adalah dengan memastikan pembukaan ladang herba yang
10

terkawal dan mendapat pemantauan daripada pihak kerajaan serta bantuan awal dalam
penghasilan seperti benih tumbuhan yang menjadi sumber utama kepada negara dan
memastikan herba yang amat berharga dan kurang produktivitinya dijaga dengan rapu
dan terkawal. Ini kerana untuk mengelakkan herba ini daripada pupus dan dimiliki oleh
golongan yang tidak bertanggjawab dengan sewenangnya. Langkah penambahbaikan
yang boleh kita lakukan juga dalam pegantian tumbuhan tembakau kepada kenaf
adalah menggunakan tumbuhan kenaf dengan sebaik mungkin seperti tumbuhan kenaf
boleh dijadikan sebagai makanan haiwan seperti lmbu dan haiwan lain bagi yang muda.
Jelaslah bahawa langkah yang diambil amat patut bagi mengekalkan sumber ekonomi
serta pembangunan wilayah pantai timur yang

menjadi pusat penghasilan serta

pengeluaran tumbuhan dan herba.


Secara kesimpulanya, pengkhususan serta pemusaatan mengikut wilayah ini
adalah amat baik untuk memastikan setiap negeri mempunyai sumber pendapatan
sendiri. Sehubungan dengan itu juga, pembentukan koridor ini juga membantu hasrat
kerajaan dalam meningkatkan taraf hidup serta isi rumah sama ada di bandar mahupun
luar bandar. Menjelang 2020 pelan stategik ECER ,kerajaan mensasarkan Keluaran
dalam negeri meningkat dan taraf ekonomi serta pepaduan kaum meningkat dengan
penglibatan dalam sektor pengeluaran dan penghasilan.

11

REFLEKSI
12

Alhamdulillah. Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada

Allah Subhanu

Wataala dan junjungan besar Nabi Muhammad kerana pada hari ini saya masih lagi
diberikan peluang untuk menuntut ilmu dunia dan akhirat. Tanpa belas kasih sayang
dan keizinan-Nya,sudah tentu saya tidak dapat menyempurnakan tugasan hubungan
etnik ini. Memang benarlah kata pepatah Melayu, kalau tak dipecahkan ruyung
manakan dapat sagunya. Begitu juga dengan saya, jika saya tidak mencanai usaha
untuk menyiapkan tugasan ini, maka tugasan ini tidak akan siap dengan sempurna.
Saya acap kali mendengar keluhan rakan-rakan saya mengenai timbunan kerja
kursus yang melambak . Kebanyakan pelajar akan keluh-kesah tatkala berhadapan
dengan tsunami tugasan di Institut Pendidikan Guru ini. Namun, bagi saya semua itu
adalah perkara normal dan perkara wajar yang harus dilalui oleh seseorang pelajar.
Dalam Islam sendiri ada menekankan bahawa kesenangan itu muncul setelah
kesusahan. Jadi, saya tidak mahu mencampakkan diri saya ke dalam pemikiran negatif
dalam melaksanakan tugasan ini.
Semasa melaksanakan tugasan ini, saya telah menerima banyak faedah yang
berguna dan baik untuk diri saya sebagai bakal guru.Antara dapatan lain yang saya
perolehi daripada tuasan ini adalah perancangan pelan pembangunan lima tahun yang
mana banyak memperkembangkan serta meningkatkan taraf kehidupan masyarakat
dari masa ke semasa melalui peningkatan taraf ekonomi Negara. Selain itu juga,pelan
pembangunan ini dapat memberi kesan terhadap hubungan dengan luar negeri dimana
melahirkan hubungan diplomatik dengan Negara jiran serta membentuk modal
modenasi yang mana menjadi kesan utama peningkatan taraf ekonomi Negara.

13

Tambahan pula, melalui dapatan analisis serta kepentingan berdasarkan pelan


pembangunan lima tahun. Pihak perlembagaan merangka cara bagi mencapai
keberhasilan untuk membasmi kemiskinan serta meningkatkan ekonomi wilayah yang
menjadi tempat serta pusat pekerjaan bagi masyarakat meningkatkan taraf kehidupan
mereka sejajar dengan pembangunan Negara yang semakin berkembang pesat dari
hari ke hari dengan penuh berkesan. Ini dapat dilihat melalui pencapaian berdasarkan
perubahan yang dilakukan oleh pihak kerajaan bagi memberi keselesaan dan merubah
tahap ekonomi mereka. Melalui artikel yang saya telah ulas dalam tugasan ini, saya
telah mendapati bahawa wilayah pembangunan boleh berkembang pesat menjelang
tahun 2020 kerana taraf ekonomi yang semakin meningkat. Pembentukan koridor juga
mampu untuk membantu hasrat kerajaan untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat.
bandar dan luar bandar. Di samping itu, melalui proses membuat tugasan ini, saya
menyedari bahawa hubungan silaturrahim antara saya dengan rakan-rakan semakin
rapat. Sikap toleransi, bekerjasa sama, dan disiplin antara pensyarah dan semua rakanrakan juga dapat di tingkatkan melaui proses membuat tugasan kerja kursus pendek ini.
Saya mula lebih mengenali sikap dan sahsiah rakan-rakan dan cara pengajaran
pensyarah dan hal ini sekaligus mengukuhkan hubungan dua hala kami.
Tambahan pula, pengalaman berinteraksi bersama pensyarah dan rakan-rakan
bagi melaksanakan tugasan ini membolehkan saya memperbaiki dan meningkatkan
cara saya berkomunikasi. Hal ini sekaligus dapat melatih saya untuk berkomunikasi
dengan baik dan membuat persediaan untuk menjadi seorang guru yang berkualiti.
Selain itu, tunjuk ajar yang diberikan oleh para pensyarah dalam proses menyiapkan
tugasan kerja kursus pendek ini membolehkan saya memperbaiki kelemahan yang
terdapat pada diri saya dan tidak akan mengulanginya lagi pada masa hadapan.
Akhir sekali, proses terakhir ialah menyemak semua hasil yang disiapkan
dengan teliti sebelum membukukan kerja kursus saya ini. Saya begitu berpuas hati
dengan hasil ini kerana berjaya menyiapkannya dengan lengkap dan tepat pada
14

masanya. Tugasan ini telah memberikan banyak faedah kepada saya dan membuatkan
saya lebih mencintai profesion yang mulia ini serta menambahkan lagi semangat saya
untuk menjadi seorang guru yang berkualiti bagi melahirkan modal insan yang
seimbang dan sanggup berkorban demi agama bangsa dan negara. Melalui segala
pengalaman dan ilmu-ilmu baru yang telah saya perolehi, dengan izin Allah s.w.t, saya
akan praktikan sebaik mungkin dan akan saya turunkan ilmu ini kepada para pelajar
nanti apabila saya mengajar di sekolah kelak. Saya ingin mengucapkan jutaan terima
kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak dalam proses
menyiapkan kerja kursus saya ini.

15

LAMPIRAN

16

Anda mungkin juga menyukai