Anda di halaman 1dari 23

TAJUK :

ULASAN KRITIS TENTANG KONSEP PROFESION, ETIKA, AKAUNTABILITI DAN


PROFESIONALISME

1.0

PENGHARGAAN
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah kerana dengan segala
rahmatnya dapat saya menyiapkan tugasan yang diamanahkan
kepada saya. Terima kasih tidak terhingga kepada pensyarah
pembimbing di atas tugasan yang diberikan. Sekiranya tiadanya
tugasan ini, maka ceteklah ilmu saya sebagai seorang pendidik.
Terima kasih juga kepada suami dan anak-anak yang
memahami akan waktu kesibukan dalam menyiapkan tugasan.
Dorongan dan sokongan serta pertolongan yang dihulurkan amatlah
dihargai. Sesungguhnya, segala pengorbanan yang dicurahkan tidak
dapat diungkapkan dengan kata-kata dan perbuatan.
Begitu juga rakan-rakan seperjuangan dan juga rakan sekerja.
Sesungguhnya, pertolongan dan tunjuk ajar kalian juga tidak terbalas
dengan kata-kata. Hanya tuhan yang dapat membalasnya.
Sekian, terima kasih.

2.0

PENGENALAN

Pendidikan adalah perkara yang penting dan sememangnya menjadi


keutamaan dalam hidup manusia. Kualiti pendidikan sering sahaja menjadi
kritikan sesetengah pihak, kualiti pendidikan perlu diperlihara oleh
sesebuah negara. Untuk memastikan kualiti pendidikan terpelihara guru
merupakan fokus utama. Guru adalah pendidik dan juga sebagai pengasuh
kanak-kanak

yang

akan

menjadi

warisan

kebudayaan

dan

ilmu

pengetahuan untuk kemajuan Negara pada masa depan. Guru memainkan


peranan yang amat penting.

Selain menyampaikan ilmu, segala tingkah laku guru akan menjadi


contoh teladan kepada murid-murid. Oleh yang demikian,guru mestilah
mempunyai sifat dan kualiti peribadi, profesional dan sosial yang baik dan
murni. Hanya guru yang mempunyai tatasusila yang tinggi berjaya
menjalankan tugas sebagai pendidik dengan lebih sempurna. Sifat dan
kualiti peribadi seorang guru adalah amat penting kerana guru menjadi
contoh kepada murid-murid.

2.0

ISU DARIPADA KLIP VIDEO


2.1
The Inviligator

-Peranan guru pembimbing dalam memotivasikan guru pelatih.


2.2

Video Cikgu Shaari


-Guru Tidur dalam kelas

ULASAN KRITIS TENTANG KONSEP PROFESION, ETIKA, AKAUNTABILITI DAN


PROFESIONALISME
Merujuk kepada buku Asas Kepimpinan dan perkembangan Profesionalisme
Guru, profesion adalah merujuk kepada suatu pekerjaan yang melaksanakan fungsi
social yang penting. Untuk mencapai fungsi tersebut, tahap kemahiran tertentu dan
suatu pengalaman pengetahuan sistematik berasaskan teori yang dipegang oleh
seseorang indivdu diperlukan. Manakala menurut Kamus Dewan (2005), profesion ialah
suatu bidang pekerjaan khasnya yang memerlukan pendidikan dan kecekapan serta
kemahiran yang tinggi dan latihan yang khas.
Menurut Ornstein dan Levine (1993), konsep profesional merujuk kepada ciri-ciri
yang terdapat dalam kalangan ahli suatu profesion. Antara ciri-ciri yang telah
dinyatakan adalah cekap dan mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam bidang
yang diceburi dan adanya kod etika yang mengawal tingkah laku ahli. Manakala
profesional pula bermaksud guru adalah seorang yang mendapat latihan yang khusus,
berpengetahuan luas dan pakar dalam bidang yang diceburi serta ada kod etika yang
tersendiri.
Berdasarkan ciri-ciri yang dinyatakan, profesion keguruan pada hari ini dilihat
semakin goyah kerana ada segelintir guru yang sanggup melanggar kod etika keguruan
yang telah sedia termaktub. Ini terbukti apabila semakin banyak isu mengenai salah
laku guru tersiar di internet dan dada-dada akhbar.

Menurut Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), etika perguruan yang


diwujudkan oleh kerajaan akan memartabatkan profesion perguruan itu sendiri. Kod
etika menyediakan garis panduan bagaimana guru harus bertingkahlaku dalam
profesion perguruan. Kod ini merupakan panduan kepada guru dan ia adalah amat

sesuai untuk dirujuk serta diamalkan oleh guru. Kod Etika Perguruan telahpun
menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab guru terhadap pemegang amanah
dalam bidang pendidikan di mana ia dapat membantu guru lebih faham dan jelas
tentang tanggungjawab mereka.
Berdasarkan klip video The Inviligator dan video cikgu Shaari jelas

menunjukkan

profesion yang di lakonkan adalah profesion perguruan.


Jika dilihat kepada kedua-dua watak yang dimainkan, cikgu Amira merupakan guru
pelatih yang akan menamatkan latihan perguruannya manakala cikgu Shaari adalah
guru yang telah lama berkhidmat sebagai guru. Namun apa yang dilihat dalam lakonan
ini, kedua-dua guru ini mempunyai masalah tersendiri yang boleh mengakibatkan
integriti seorang pendidik tercemar. Namun, penyelesaian kepada masalah yang
berlaku ini haruslah ditangani dengan cara yang betul agar etika sebagai seorang
pendidik dapat dipupuk dalam diri seorang pendidik.
Menurut Krulik dan Rudnick (1989), penyelesaian masalah adalah merupakan
satu proses yang kompleks dan sukar dipelajari. Ianya mengandungi satu siri tugasan
dan proses pemikiran yang berkait rapat untuk membentuk satu set corak pemikiran
heuristik. Secara umumnya, seorang guru perlu memahami muridnya yang ada di
dalam kelas. Guru juga perlu menghadiri kelas pengurusan emosi dan perlu
memastikan setiap muridnya tidak berpuak-puak. Apa yang penting sekali ialah guru
tidak boleh bersikap pilih kasih dan perlu adil kepada muridnya.
Filem The Invigator ini memaparkan bagaimana seorang guru pratikum iaitu
Cikgu

Amira

menghadapi

kegagalan

menguruskan

kawalan

kelas

sehingga

mengakibatkan pelajar tidak menghormati beliau selaku guru yang berada di hadapan.
Kegagalan memberi tumpuan oleh pelajarnya di dalam kelas mengakibatkan guru
tersebut bertindak atas ikutan emosinya dengan memarahi pelajarnya. Pelajar yang
dimarahinya adalah seorang pelajar yang tidak membuat bising sebaliknya menyiapkan
tugasan guru lain. Ini adalah lumrah seorang guru, bilamana mereka memarahi kepada
pelajar yang tidak sepatutnya. Sepatutnya kemarahannya perlu dizahirkan kepada

murid lain yang membuat bising dan menggangu suasana pembelajaran dan
pengajaran atau nama baru pembelajaran dan pemudahcaraan, PdP. "Bodoh betul la.."
adalah kata-kata yang tidak sepatutnya dilemparkan kepada seorang guru seterusnya
mengakibatkan guru tersebut beremosi dan marah kepada muridnya. Kemarahan,
putus asa dan perasaan kecewa mengakibatkan guru tersebut terasa seperti hendak
keluar dari dunia pendidikan. Cikgu Amira bertindak secara tidak profesional dengan
keluar dari kelas sedangkan masanya tidak habis lagi. Sebagai seorang guru yang
beretika, kita perlu meletakkan kepentingan pelajar di atas berbanding kepentingan
emosi. Tetapi atas kapasiti kita sebagai manusia kadang-kadang kita tidak terlepas dari
melakukan kesilapan.
Pada pandangan saya, bagi mengatasi perkara ini, seharusnya Cikgu Amira
tidak boleh terus marah kepada pelajar tersebut, sebaliknya bertanya dahulu apa
masalah mereka, selami mereka, dapatkan kepercayaan mereka kepada kita, barulah
mereka akan menghormati kita. Bagi menjadikan cikgu Amira seorang guru yang efektif
, dia perlu dihantar menghadiri kursus untuk memantapkan lagi ilmu keguruan. Cikgu
Amira juga perlu diberikan guru pembimbing yang banyak pengalaman dalam
mengajar. Cikgu Amira juga perlu memastikan pendekatan pengajaran yang
bersesuaian dengan ciri-ciri murid di dalam kelas.
Secara logiknya, dalam menyelesaikan masalah ini ialah Sepatutnya Cikgu
Amira bertanyakan kepada guru kelas bagi mengetahui tentang latar belakang setiap
murid yang terdapat di dalam kelas itu sebelum mula mengajar kelas tersebut. Ini
sedikit sebanyak dapat memudahkan lagi proses penyampaian pengajaran Cikgu Amira
apabila dia sudah sedia maklum akan masalah bakal murid yang diajarnya. Rancangan
Pengajaran Harian juga boleh diubahsuai mengikut keperluan dan juga kemampuan
muridnya setelah disemak oleh guru pembimbing.
Seorang pendidik perlu progresif dan saintifik dalam setiap perkara yang
berlaku. Guru juga harus memajukan dan memperkayakan diri dengan menambah ilmu
melalui pembacaan, menghadiri kursus dan melanjutkan pelajaran serta jangan mudah
terpengaruh dengan emosi apabila melibatkan murid. Sesungguhnya Orang yang hidup

harus bersikap berani menghadapi risiko. Salah satu jenis risiko adalah menghadapi
masalah dalam kehidupan dan pekerjaan. Masalah boleh mematangkan seseorang
apabila dihadapi dengan tabah.
Manakala video klip cikgu Shaari pula melakonkan perwatakan seorang
guru yang tertidur semasa berada di dalam kelas.
Namun begitu beliau tidak mempunyai ciri-ciri guru yang profesional. Masuk kelas dan
terus tulis di papan hitam dan murid membaca seorang demi seorang. Tiada tajuk.
Tiada objektif yang diterangkan. Tiada set induksi untuk menarik minat murid belajar.
Adakah ini dapat kita katakan guru mengajar dan murid belajar?
Keadaan pembelajaran yang dilaksanakan oleh Cikgu Shaari sangat menyedihkan. Apa
yang dapat saya lihat murid kelihatan mahu belajar, bersedia untuk belajar tetapi
persediaan untuk mengajar tidak ada. Jika ini berlaku maka generasi akan datang
memandang bahawa seorang guru hanya datang dan masuk kelas untuk melihat murid
sahaja. Dalam etika keguruan guru haruslah mempunyai sahsiah yang baik dan dapat
dihormati serta dicontohi oleh murid. Guru juga mempunyai peranan-peranan lain yang
diharapkan oleh masyarakat.
Guru tidak bersemangat dan tidak membangkitkan semangat murid. Kaedah latih tubi
membaca yang diberikan tetapi tiada kepelbagaian aktiviti. Ini menunjukkan beliau tidak
mengikut tatasusila profesion keguruan iaitu tanggungjawab kepada murid. Murid hanya
membaca dan aktiviti ini bukan sahaja membosankan murid malah turut membosankan
guru yang mengajar. Kesan daripada kebosanan Cikgu tidur dan murid bermain.
Kesan daripada tingkahlaku Cikgu Shaari akan mencemarkan sifat profesioanalisme
dan akan menyebabkan hilang kepercayaan orang ramai terhadap profesionnya.
Adalah amat penting bagi seorang guru agar menjaga perlakuan agar tidak mencemar
kredibiliti keguruannya sehingga boleh menghilangkan kepercayaan masyarakat
terhadap nilai-nilai murni seorang guru.
Cikgu Shaari tidak menjalankan tanggungjawab utama guru terhadap anak muridnya.
Kegagalan Cikgu Shaari dalam membuat persediaan mengajar dan mengawal kelas
dapat dilihat apabila Cikgu tertidur. Kepentingan murid adalah mengatasi semua
kepentingan lain.

Sebagai seorang guru, Cikgu Shaari haruslah bertugas sebagai 'pengganti ibu bapa'
dalam usaha membentuk tingkahlaku murid ke arah matlamat yang diterima oleh
masyarakat. Ini bermaksud apabila murid melangkah masuk ke sekolah, guru
merupakan orang yang paling tua orang yang paling diharapkan untuk menjaga,
mengasuh dan mendidik pelajar.
Cikgu Shaari juga haruslah tidak menanam sikap yang boleh merosakkan kepentingan
murid, masyarakat atau negara. Ini bermakna sebagai pendidik guru tidak boleh
bersikap

tidak

mempedulikan

pelajarnya

dan

tidak

mementingkan

kehendak

masyarakat.
Berdasarkan kes yang dinyatakan di atas, guru yang terbabit itu telahpun
melanggar beberapa kod etika guru yang telah ditetapkan. Pertama, seperti mana yang
dinyatakan dalam Kod Etika Perguruan, seorang guru tidak harus bertingkah laku
begitu rupa sehingga boleh mencemarkan sifat profesionnya dan yang akan
menyebabkan hilang kepercayaan orang ramai terhadap profesion perguruan. Guru
yang terbabit telahpun mencetuskan pergaduhan antara dua orang pendidik di mana
tingkah laku yang kurang sesuai dan kurang sopan ditunjukkan di depan murid yang
ramai. Hal ini sanggup menjejaskan sifat profesionnya dan seterusnya mampu
menyebabkan kehilangan kepercayaan dari anak murid, ibu bapa, serta masyarakat
terhadap profesion perguruan.
Kedua, seorang guru haruslah bertugas sebagai pengganti ibu bapa dalam
usaha untuk membentuk tingkah laku murid-murid ke arah matlamat-matlamat yang
diterima oleh masyarakat. Purata seorang pelajar menghabiskan masa di sekolah
setiap hari adalah selama 8 jam atau lebih.Kesemua aktiviti yang diakan di sekolah
memerluka kehadiran guru sebagai penasihat atau pembimbing.Tidak hairanlah jika
terjalin satu ikatan silaturahim yang cukup erat antara guru dan murid. Oleh itu, guru
haruslah berusaha untuk membentuk tingkah laku murud-murid supaya ianya dapat
diterima oleh masyarakat dan bukannya menunjukkan kelakuan yang negatif itu di
depan mereka. Hal ini sanggup memesongkan fikiran murid-murid dalam aspek
membentuk tingkah laku yang positif.

Selain itu, ternyata juga dalam Kod Etika Perguruan bahawa seorang guru
haruslah bertingkah laku begitu rupa supaya menjadi contoh teladan yang baik
terhadap murid-murid. Murid sering melihat guru mereka sebagai contoh teladan yang
positif. Guru yang dilihat sebagai baik, berkelakuan sopan dan berjaya dalam pelajaran
akan dijadikan idola oleh seseorang pelajar itu. Pada mata pelajar, guru seperti ini
berupaya untuk memberikan mereka semangat untuk berjaya dalam hidup lalu menjadi
seorang insan yang berguna di dunia ini sama seperti guru mereka itu. Bayangkan jika
semua murid mengjadikan guru sebagai role model, apa yang akan berlaku akibat
daripada pergaduhan antara dua orang pendidik itu? Sudah tentu sesuatu yang tidak
baik akan selalu diingat oleh murid bagi suatu masa yang panjang.
Di samping melanggar Kod Etika Perguruan, guru yang terbabit itu juga
melakukan kesalahan ataupun boleh dikatakan tidak melaksanakan akauntabiliti
dengan sempurna. Mengikut Kamus Dwibahasa , perkataan akauntabiliti dihuraikan
sebagai bertangungjawab kepada seseorang atau bertanggungjawab terhadap sesuatu.
Menurut Tan Sri Ahmad Sarji, konsep akauntabiliti adalah satu obligasi untuk
memberikan jawapan dan penjelasan mengenai sesuatu tindakan dan prestasi kepada
mereka yang berhak untuk mendapat jawapan dan penjelasan tersebut. Akauntabiliti
juga adalah mengenai disiplin dan keperluan untuk memberikan justifikasi dan
menerima kebertanggungjawaban terhadap sesuatu keputusan yang telah diambil.
Akauntabiliti keguruan pula bermaksud tanggungjawab yang harus difahami dan
dilaksanakan oleh seseorang guru. Akauntabiliti keguruan juga membawa maksud
tanggungjawab

guru

terhadap

profesionalisme keguruan.

Akauntabiliti

atau tanggungjawab seorang guru yang dimaksudkan di atas merangkumi akauntabiliti


guru terhadap pelajar, diri guru itu sendiri, sekolah, masyarakat dan negara,
dan profesion perguruan amnya.
Dalam kes yang dibincangkan itu, guru yang terbabit itu boleh dikatakan tidak
melaksanakan akauntabilitinya terhadap keempat-empat pihak iaitu akauntabiliti
terhadap murid, ibu bapa, profesion perguruannya serta masyarakat dan negara.
Pertama,

dari

aspek

akauntabiliti

terhadap

murid,

guru

tersebut

sepatutnya

mengutamakan kebajikan dan keselamatan murid daripada hal-hal yang lain. Beliau
juga perlulah menunjukkan penampilan diri, peraturan dan perbuatan yang baik

sepanjang masa dan berusaha agar amalan dapat menonjolkan ciri-ciri kecemerlangan
dan kualiti yang boleh menjadi sumber inspirasi kepada murid. Hal ini adalah
disebabkan guru dianggap sebagai individu yang ideal, berstatus dan berkelayakan,
maka tingkah laku guru akan menjadi ikutan murid seperti kata pepatah jika guru
kencing berdiri maka murid kencing berlari dan tidak berlaku seperti ketam menyuruh
anaknya berjalan lurus. Justeru, guru seharusnya menjaga tingkah laku diri sendiri dan
berusaha menunjukkan sesuatu yang dapat memberi contoh yang baik kepada murid.
Kedua, akauntabiliti terhadap ibu bapa. Seseorang guru haruslah mengelakkan
diri daripada mengeluarkan kata-kata dan melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan
kepercayaan murid dan ibu bapa terhadap guru. Kelakuan kedua-dua pendidikan
tersebut telah menjejaskan imej seorang pendidik di depan murid dan hal ini seterusnya
akan tersebar sehinggalah ke telinga ibu bapa. Impak daripada kejadian tersebut ialah
kepercayaan murid dan ibu bapa terhadap guru akan terjejas dan ianya bukan sahaja
ditujukan kepada guru yang terbabit itu, malah guru-guru yang lain yang tidak terlibat
juga tetap terpengaruh.
Seterusnya

adalah

akauntabiliti

terhadap

rakan

sejawat

dan

profesion

perguruan. Seorang guru sepatutnya sanggup mengawal diri demi mengelakkan diri
daripada membuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru. Akan
tetapi, guru yang terbabit dalam kes tersebut bukan sahaja melakukan sesuatu yang
menjatuhkan maruah dirinya, malah juga mencemar nama baik guru yang lain. Hal ini
seterusnya akan menjejaskan profesionalisme perguruan dan akhirnya pihak-pihak
yang tidak bersalah juga tetap menerima impaknya.
Dari aspek akauntabiliti terhadap masyarakat dan negara, seseorang guru itu
sepatutnya mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang bertentangan
dengan Rukunegara dan haruslah berusaha untuk memupuk sikap dalam diri murid
dengan nilai yang membantu dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara
yang bertanggungjawab dan berguna, menghormati orang lain serta berpegang kepada
tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan menjalani kehidupan
sehari-hari dengan baik. Malangnya, guru tersebut menunjukkan tingkah laku yang
kurang sopan di depan murid, dan hal ini adalah bertentangan dengan salah satu
prinsip Rukunegara iaitu Kesopanan dan Kesusilaan. Tingkah laku yang tidak baik ini

bukan sahaja tidak dapat memupuk sikap dalam diri murid yang positif malah ia
sanggup membina kelakuan yang negatif di kalangan murid.
Berdasarkan perkara-perkara yang dibincang di atas, salah satu punca yang
mencetuskan kes tersebut adalah tekanan yang dihadapi oleh guru tersebut. Pada
abad ke-21 ini, guru menghadapi cabaran yang lebih ketara dengan tuntutan daripada
ibu bapa, masyarakat, pihak pengurusan sekolah dan kementerian demi meningkatkan
kualiti pendidikan. Suasana pengajaran dan pembelajaran serta kualiti pengajaran guru
kian dipersoalkan dan diutarakan sebagai punca kemerosotan prestasi murid.
Perubahan dalam sistem pendidikan yang menuntut paradigma dalam kalangan guru
akan secara langsung atau tidak membawa kepada tekanan terhadap guru.
Tekanan emosi sememangnya berlaku kerana guru berhadapan dengan
pelbagai tanggungjawab yang diamanahkan oleh pihak pengurusan selain perlu
menunaikan tugas harian atau tugas utama meraka di dalam bilik darjah. Dalam proses
melakasanakan

tugas

dan

tanggungjawab,

guru

kian

menemukan

halangan,

kesuntukan masa dan perselisihan faham antara guru. Jika guru tidak dapat
menyelesaikan masalah atau menangani cabaran yang dihadapi, mereka akan
mengalami tekanak emosi.
Mengikut Kyriacou (2000), stres guru merujuk kepada pengalaman guru
terhadap emosi yang tidak diingini seperti tekanan, kekecewaan, kebimbangan,
kemarahan dan kemurungan akibat daripada tugasnya sebagai seorang guru. Maka,
stres merupakan tindak balas fizikal yang biasa terhadap sesuatu perkara atau
peristiwa yang boleh menyebabkan ketidakseimbangan berlaku.
Secara umumnya, punca stress di kalangan guru boleh dibahagikan kepada dua
aspek, iaitu punca profesional dan punca peribadi. Dalam aspek profesional, ia boleh
dibahagikan kepada tiga iaitu persekitaran kerja, perubahan dan beban kerja. Pertama,
persekitaran kerja yang kurang kondusif boleh menjadi punca berlakunya stres kepada
guru yang terbabit dan seterusnya menjadi pencetus bagi kes tersebut. Misalnya ruang
kerja yang sempit dan kelas yang tidak selesa telahpun menimbulkan ketidakselesaan
kepada guru tersebut sebelum kes itu berlaku. Kedua, perubahan peningkatan populasi
dalam masyarakat, peningkatan taraf hidup dan jenayah yang memberikan impak
negatif dalam tingkah laku murid menyebabkan guru harus melakukan perubahan

dalam kehidupan profesional dan peribadinya. Seperti mana yang berlaku dalam kes
tersebut, guru dipercayai gagal mengawal kelas. Hal ini mungkin disebabkan
perubahan tingkah laku murid tidak dapat disesuaikan oleh guru tersebut dan akhirnya
perubahan ini menyebabkan terganggunya sistem keseimbangan dalam diri guru
tersebut. Seterusnya beban kerja. Pihak guru pula saban hari dibebani dengan pelbagai
tugas yang semakin mencabar. Pembangunan profesionalisme diri guru sentiasa
dituntut, komitmen guru sentiasa dipertikaikan sementara sebaliknya pengorbanan guru
kelihatan agak kurang ditonjolkan oleh masyarakat. Oleh yang demikian, bebanan kerja
yang semakin meningkatkan menyumbang kepada tekanan emosi guru.
Dalam aspek peribadi pula, ia boleh dibahagikan kepada dua perkara yang
paling utama, iaitu kesihatan, kewangan. Kesihatan merupakan faktor yang amat
mempengaruhi tingkah laku seseorang. Dalam kes ini, kesihatan guru tersebut pada
hari kejadian mungkin berada dalam keadaan yang kurang baik. Justeru, emosi guru
tersebut terganggu apabila berhadapan dengan teguran dan rakaman yang dilakukan
oleh guru besar tersebut. Selain itu, masalah kewangan juga dijadikan salah satu
perkara yang turut membangunkan tekanan seseorang guru. Gaji guru lebih rendah
berbanding dengan profesion yang lain. Oleh yang demikian, guru tersebut mungkin
menghadapi masalah kewangan pada masa itu dan ianya merunsingkannya pada
setiap masa. Maka, emosi dan tingkah laku yang negatif daripada guru tersebut dengan
mudahnya dicetus.
Masalah ini jika dibiarkan berterusan akan menjurus kepada permasalahan yang
lebih besar dan kesannya amatlah buruk. Menyedari hakikat ini, maka langkah yang
sesuai dan berkesan perlu diambil. Pertama, meningkatkan kesedaran terhadap Kod
etika keguruan. Sebagai seorang guru, kita diingatkan agar tidak bertindak melanggar
etika, melampaui batas peraturan atau undang-undang kerana ianya sesuatu yang
perlu dihayati dan dibangunkan secara dalaman dan bukan semata-mata takutkan
tindakan tatatertib apabila melanggarnya. Seseorang individu yang menghayati etika
perkhidmatan tidak akan melanggarnya bukan kerana takut kepada tindakan yang akan
dikenakan kepadanya, tetapi akan berasa amat bersalah dari segi profesion
perkhidmatannya.

Kedua,

memupuk

profesionalisme

perguruan.

Dalam

usaha

memupuk

profesionalisme perguruan, upacara kemasukan guru pelatih merupakan salah satu


caranya bagi pihak berkuasa meningkatkan kesedaran guru pelatih terhadap profesion
dan kod pemakaian semasa hari sambutan. Selain itu, pertubuhan guru juga boleh
mengadakan banyak aktiviti seperti forum, seminar, kursus dalam pendidikan,
konvensyen dan penyelidikan untuk memperbanyakkan ilmu yang berhubung rapat
dengan pendidikan seperti sosiologi, kepimpinan dan isu semasa. Di samping itu,
bimbingan pengurusan atasan juga merupakan perkara yang penting dalam memupuk
profesionalisme perguruan. Pendidik guru atau guru besar wajar adalah mental model.
Mereka harus menampilkan perkara yang baik dan berkualiti agar dapat dicontohi oleh
guru permulaan dan guru pelatih.
Ketiga, kesedaran akauntabiliti seseorang guru. Dengan memahami prinsip
akauntabiliti, guru dapat memahami tanggungjawabnya yang sebenar. Penghayatan
akauntabiliti haruslah dihayati sepenuhnya kerana ia akan dapat meningkatkan tahap
profesionalisme keguruan. Hal ini adalah kerana penghayatan tersebut membolehkan
semua guru dapat menjalankan tanggungjawab dan tugas-tugasnya dengan penuh
komitmen dan dedikasi. Akauntabiliti atau tanggungjawab seorang guru merangkumi
akauntabilitinya terhadap sekolah, diri sendiri, murid-murid dan profesion keguruan
akan dapat ditingkatkan sekiranya seseorang guru itu benar-benar menjalankan
tanggungjawabnya sebagai seorang pendidik dengan berkesan. Peningkatan dalam
bidang tersebut

melambangkan

tingginya

kualiti

seseorang

guru

yang

juga

akan meningkatkan taraf profesionalisme keguruan. Selain itu guru juga dapat
melaksanakan tugas itu dengan bersungguh-sungguh dan penuh dedikasi sekiranya
guru tahu tanggungjawabnya terhadap kerjayanya. Kesedaran kepada akauntabiliti
akan menjadikan seseorang guru itu lebih bertanggungjawab terhadap tanggungjawab
yang dilaksanakannya. Oleh yang demikian,akauntabiliti perlulah dihayati oleh semua
guru. Sekiranya seseorang guru itu mengabaikan akauntabiliti terhadap tugas, maka
tanggungjawabnya tidak dapat dijalankan dengan baik dan akan gagal melahirkan
modal insan seperti yang dicita-citakan negara. Hal ini seterusnya akan menjatuhkan
martabat profesion perguruan oleh kerana perbuatan yang tidak bertanggungjawab
terhadap amanah yang diberikan.

Keempat,

menangani

stres

yang

dialami.

Stres

jika

dibiarkan,

boleh

mendatangkan kesan sampingan yang tidak baik. Justeru adalah penting untuk
mengubah diri individu untuk menangani stres dengan cara yang terbaik. Kenal pasti
punca yang menyebabkan masalah tersebut dan ubah. Dengan mengetahui punca
stres tersebut, individu bukan hanya meringankan masalah kini malah menghindarkan
berulangnya masalah serupa pada masa akan datang. Contohnya, jika seseorang guru
kecewa dengan perbalahan dengan pelajarnya, guru tersebut mungkin menyedari
bahawa punca kekecewaannya itu bukan disebabkan oleh tingkah laku pelajar tetapi
harapan yang tidak realistik guru berkenaan. Dengan mengubah standard yang ingin
dicapai, guru tersebut akan mendapati bahawa tingkah laku pelajar tidak lagi
mengganggunya.
Secara kesimpulannya, situasi sebegini akan menjadi lebih buruk jika ada
sejarah ketidakpuasan atau dendam masa lampau yang terpendam di hati dan tidak
diluahkan dengan cara yang profesional. Walau bagaimanapun, sebagai pendidik
bangsa, bergaduh di depan murid merupakan suatu perbuatan yang tidak wajar
dilakukan. Hal ini demikian kerana golongan guru harus menunjukkan contoh dan
tauladan yang baik kepada anak didik. Kalau boleh di hadapan murid kita tidak boleh
menunjukkan kelemahan diri kita sebagai guru yang sentiasa dihormati dan dipandang
tinggi. Jika beginilah yang terjadi, percayalah sehingga ke 1000 tahun lagi, kita akan
tetap diingati oleh murid-murid kita sebagai guru yang bergaduh di hadapan mereka.
Kemarahan yang disebabkan tekanan peribadi, kerja, kewangan dan sebagainya
hendaklah ditangani dengan sebaik-baiknya. Jangan sampai kita disesatkan dan
kewarasan kita dilenyek-lenyek oleh hasutan iblis dan syaitan. Belajarlah bersabar
walaupun pedis untuk melakukannya kerana kesabaran bisa meranapkan gunung
kemarahan yang ghairah memuntahkan larvanya. Jadikanlah peristiwa ini sebagai
ikhtibar kepada pendidik lain di seluruh negara. Tindakan ini bukan sesuatu yang baik
untuk dicontohi, bukannya sesuatu yang elok untuk diteladani. Semoga masalah ini
menemui jalan penyelesaian yang terbaik. Buka buku baru dan mulakanlah hidup
baharu. Buang yang keruh dan ambilah yang jernih. Dalam pada itu, jangan pula ada
sesiapa yang cuba menangguk di air keruh kerana tindakan itu mungkin hanya seperti
tikus yang membaiki labu. Selesaikanlah dengan kemaafan kerana kemaafan itu

merupakan dendam yang terindah. Percayalah, nafas kita akan lebih lancar selepas
mengucapkan kata-kata Maafkanlah saya, saya berjanji tidak akan mengulanginya
lagi. Ucapkanlah walaupun susah kerana inilah ubat yang paling mujarab untuk kita
membina kembali hubungan yang rapuh itu.

3.0 PUNCA TINGKAH LAKU GURU BERKAITAN ISU TERSEBUT


-

Guru ditengking pelajar


Guru Beremosi
Guru tiada menggunakan Kaedah pengajaran
Guru gagal mengawal pelajar
Kesantunan

4.0 IMPLIKASI JANGKA PENDEK DAN JANGKA PANJANG TERHADAP GURU,


PROFESION PERGURUAN SERTA PIHAK-PIHAK LAIN

Pelajar
itu
Masyarak
at

Pelajar
lain

Implika
si isu
Profesion
pergurua
n

Guru itu

Guruguru lain

Sekiranya masalah ini tidak dibendung dengan baik, berkemungkinan besar masalah ini
akan menular dengan lebih teruk lagi. Kesan dan akibat dari perbuatan tingkah laku
guru yang negatif ini bukan sahaja akan memberi kesan kepada diri guru tersebut
sahaja, namun kesannya akan turut dirasai oleh mangsa gangguan seksual, guru-guru
lain, sekolah, masyarakat dan imej negara Malaysia.
4.1 Guru
Antara kesan jangka pendek yang akan menimpa guru yang melakukan perbuatan
terlampau tersebut ialah dari segi hubungan dengan murid. Hubungan guru dan murid
menjadi semakin renggang. Tambahan itu juga, semua murid membenci dan takut
untuk menuntut ilmu dengan beliau. Dalam situasi berkenaan, murid berasa tidak
selamat untuk meneruskan sesi pembelajaran. Selain itu, hubungan guru dan rakan
sejawatnya juga akan musnah kerana mereka hilang kepercayaan terhadap guru
tersebut. Secara tidak langsung, beliau akan mengalami tekanan emosi dan mengalami
konflik jiwa yang serius akibat daripada perbuatan keji itu.
Mengikut Terri Mauro (2004), terdapat banyak faktor yang berkait dengan
gangguan emosi contohnya masalah ketidakfungsian otak, pemakanan dan masalah
keluarga. Di samping itu juga, keluarga guru yang terbabit dalam tingkah laku negatif ini
mungkin akan mendapat kesan yang buruk. Contohnya, keluarga beliau akan dibenci
dan dicemuh oleh masyarakat. Perkara tersebut menyebabkan keluarga beliau akan
hidup dalam suasana yang tidak tenteram. Tambahan lagi, kesan jangka pendek yang
akan menimpa guru tersebut ialah kehilangan pekerjaan dan mata pencarian akibat
daripada perbuatannya yang tidak senonoh itu.
Kesan jangka panjang yang terpaksa ditempuhi oleh guru tersebut pula ialah
wujudnya persepsi yang buruk daripada masyarakat terhadap beliau. Guru tersebut
tidak lagi diterima oleh masyarakat kerana masyarakat akan memandang serong akibat
daripada perbuatan tersebut. Selain itu, guru tersebut akan dipindahkan ke sekolah

yang lain bagi menjaga nama baik sekolah tersebut. Di samping itu juga, guru tersebut
tiada tempat dalam masyarakat dan beliau bukan lagi menjadi guru yang boleh
dipercayai oleh masyarakat.
Kesan jangka pendek kepada guru lain ialah masyarakat tidak akan
mempercayai bahawa guru dapat mendidik dan mengajar anak mereka dengan baik
sehingga menyebabkan peranan guru tidak lagi dipandang sebagai satu tugas yang
mulia oleh masyarakat. Kesan daripada itu, guru-guru lain yang tidak bersalah akan
diselubungi dengan perasaan malu terhadap masyarakat dengan tindakan yang
dilakukan oleh rakan guru lain yang berkelakuan negatif.
Manakala, kesan jangka panjang kepada guru yang lain ialah menyebabkan
mereka sendiri tidak lagi berminat untuk meneruskan profesion perguruan. Bidang
perguruan akan mengalami kemerosotan, sekaligus pendidikan dan ilmu pengetahuan
tidak lagi menjadi keutamaan. Selain itu, guru-guru yang lain pastinya tidak lagi
mempunyai perasaan selaku seorang pendidik jika masalah ini terus berleluasa.

4.2 Profesion Perguruan


Kesan jangka pendek dari tingkah laku negatif yang dilakukan oleh guru terbabit
menyebabkan profesion perguruan dipandang rendah oleh masyarakat. Masyarakat
tidak lagi mempercayai kepada profesion perguruan sehingga profesion ini tidak lagi
diperlukan oleh masyarakat. Selain itu, profesion perguruan tidak lagi dianggap mulia
oleh masyarakat kerana mereka tidak lagi mempercayai bahawa profesion ini dapat
membantu anak mereka untuk mendapatkan pendidikan yang selamat dan berkesan.
Tambahan pula, profesion ini tidak lagi dihormati oleh masyarakat terutama ibu bapa
dan murid-murid itu sendiri.
Manakala kesan jangka panjang kepada profesion perguruan akibat daripada
perbuatan negatif tersebut ialah kepada generasi muda. Mereka pasti tidak lagi
berminat untuk menjadi guru. Kesannya, profesion perguruan mengalami kekurangan
generasi muda yang berbakat untuk mendidik anak bangsa. Di samping itu juga,

kerajaan tidak lagi dapat melahirkan guru-guru yang berkemahiran dalam pelbagai
aspek kerana kekurangan generasi muda yang ingin menceburi bidang perguruan.
Mengikut Lilia dan Norlena (1998), penyusutan kuasa untuk menjalankan tugas secara
profesional menyebabkan profesion perguruan menurun di kaca mata masyarakat.

4.3 Sekolah
Kesan jangka pendek yang menimpa sekolah ialah reputasi sekolah atau nama baik
sekolah akan menurun menyebabkan masyarakat terutamanya ibu bapa tidak lagi
menghantar anak mereka ke sekolah tersebut. Selain itu, sekolah tidak lagi dianggap
sebagai sebuah institusi pendidikan yang memberi pendidikan yang berkualiti kepada
murid-murid. Manakala, kesan jangka panjang yang menimpa sekolah pula ialah dilabel
sebagai tempat yang tidak bermoral kerana membiarkan masalah gangguan seksual
berleluasa secara tidak terkawal.
4.4 Ibu bapa dan Masyarakat
Kesan pendek dari kes seks oral yang berlaku menyebabkan hubungan ibu bapa dan
guru menjadi renggang kerana sudah tidak wujud kepercayaan dan kredibiliti guru
sebagai pendidik kepada anak mereka dpertikaikan. Di samping itu juga, masyarakat
akan memandang serong kepada semua pihak termasuklah guru dan pentadbir
sekolah. Manakala kesan jangka panjang yang menimpa ibu bapa dan masyarakat pula
ialah guru dipersalahkan secara total sehinggakan beliau dibenci dan dicaci oleh
masyarakat yang lain. Selain itu, isu gangguan seksual ini dibawa terus kepada pihak
atasan seperti polis dan peguam bagi mendapat keadilan bagi pihak anak mereka.
Sekaligus, berita-berita yang memalukan tentang salah laku guru seperti kes oral seks
terhadap pelajar terpampang di muka hadapan surat-surat khabar sehingga menjadi
berita sensasi yang menjatuhkan maruah diri sendiri, ibu bapa dan masyarakat.
4.5 Mangsa Gangguan Seksual
Kesan

jangka

pendek

yang

dialami

oleh

mangsa

gangguan

seksual

ialah

kecenderungan berdiam diri, bersendirian, murung dan sebagainya. Perkara tersebut

menyebabkan mangsa tidak lagi berminat untuk belajar sehingga prestasi mangsa
menurun. Tambahan pula, kesan jangka panjang ialah mangsa gangguan seksual akan
menjadi trauma dengan guru terutama guru lelaki. Kesan jangka panjang kepada
mangsa ialah mangsa mengalami tekanan emosi dan jiwa yang tinggi sehingga mangsa
cuba membuat perkara yang tidak diingini contohnya membunuh diri dan sebagainya.
5.0 KOD ETIKA GURU YANG BERKAITAN
Kod etika ialah peraturan, adab kebiasan manusia dalam pergaulan antara satu sama
lain dan aturan ini menegaskan apa yang benar dan apa yang salah. Kod etika guru
adalah peraturan untuk membantu guru yang profesional agar mematuhi prinsip-prinsip
yang termaktub demi menjaga imej profesion. Di samping itu juga, etika dianggap
sebagai pedoman perilaku yang dikenal pasti berkaitan dengan tindakan manusia
dalam bahagian tertentu manakala Bascom (2007) menganggap etika sebagai ilmu
mengenai suatu kewajiban.
Antara fungsi kod etika ialah memberikan pedoman bagi setiap ahli dalam
profesion mengenai prinsip profesionalisme yang dirangka. Ini bermakna setiap ahli
yang juga guru sedia maklum tentang perkara yang boleh dilakukan dan tidak boleh
dilakukan. Fungsi kod etika juga ialah merupakan kawalan sosial untuk masyarakat
atas profesion yang berkaitan. Ini bemakna bahawa etika profesion dapat menyediakan
pengetahuan kepada masyarakat supaya lebih memahami kepentingan suatu
profesion. Akhir sekali fungsi kod etika ialah membantu para profesional mencegah
campur tangan pihak di luar organisasi profesion tentang hubungan etika dalam
keanggotaan profesion.
Kod etika perguruan adalah pedoman dan panduan kepada guru dalam
menjalankan tugas mereka dengan bertanggungjawab membimbing murid-murid untuk
mencapai kemajuan sepenuhnya. Di dalam kod etika perguruan terdapat empat
tangggungjawab yang perlu dipatuhi dalam profesion ini seperti yang telah dinyatakan
iaitu melibatkan tanggungjawab terhadap pelajar, tanggungjawab terhadap ibu bapa,

tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara serta tanggungjawab terhadap rakan


sejawat dan profesion keguruan.
Berdasarkan isu tingkah laku negatif yang dilakukan oleh guru dalam kes
gangguan seksual, kita dapati guru tersebut telah melanggar kod etika perguruan dan
beliau tidak menunjukkan sikap bertanggungjawab terhadap pelajar. Dalam kes ini,
sepatutnya guru tersebut mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar. Namun
guru tersebut telah melakukan perkara yang sebaliknya terhadap pelajarnya. Kes
seperti ini tidak seharusnya dilakukan kerana telah mencemarkan nama baik profesion
perguruan. Kesannya, murid tersebut tidak lagi berasa selamat untuk melibatkan diri
dalam aktiviti pembelajaran.
Selain itu, berdasarkan kod etika perguruan, guru sepatutnya bertanggungjawab
dalam menunjukkan cara berpakaian, pertuturan dan tingkah laku yang dapat memberi
contoh. Dalam isu gangguan seksual ini, guru tersebut tidak bertanggungjawab dalam
memberi contoh yang baik kepada murid kerana telah menunjukkan tingkah laku yang
negatif dengan membuat gangguan seksual secara terang-terangan ke atas murid
tersebut.
Di samping itu kod etika yang terlibat dalam kes ini ialah guru tidak harus
bertingkah laku sebegitu rupa sehingga boleh mencemarkan imej dan sifat
profesionalnya, sekaligus akan menyebabkan hilangnya kepercayaan orang ramai
terhadap profesion perguruan. Tambahan lagi, guru haruslah menanamkan sikap yang
baik terhadap semua

muridnya

supaya

mereka

dapat berkembang menjadi

warganegara yang taat setia dan berguna. Perkara tersebut berbeza dengan guru yang
dengan melakukan sikap yang tidak baik terhadap muridnya.
Demikian juga dengan kod etika bahawa guru haruslah bertugas sebagai
'pengganti ibu bapa' dalam usaha membentuk tingkah laku murid ke arah matlamat
yang diterima oleh masyarakat. Maka, guru tidak seharusnya menyatakan atau
membuat sesuatu yang boleh mengurangkan keyakinan diri murid dan ibu bapa

terhadapnya serta guru tidaklah harus mengajar sesuatu yang boleh merosakkan
kepentingan murid, masyarakat atau negara. Kod etika ini jelas menunjukkan bahawa
guru yang melakukan gangguan seksual tidak mengikut kod etika yang digariskan
sebagai seorang pendidik. Kesimpulannya, kod etika yang menjadi panduan kepada
semua guru nyata sekali tidak digunakan dan diamalkan oleh guru yang melakukan
tingkah laku yang negatif tersebut.
6.0 CADANGAN MENGATASI TINGKAH LAKU GURU YANG NEGATIF
Gangguan seksual yang berlaku ke atas murid bukannya penghujung kepada kes yang
melanda masyarakat kita pada hari ini. Mungkin suatu hari nanti, kes ini menjadi
semakin serius jika tidak ditangani dengan segera. Tingkah laku yang negatif itu boleh
dibendung jika masyarakat berkerjasama dalam menyelesaikan masalah tersebut.
Pendidikan merupakan satu kaedah yang terbaik untuk mengatasi tingkah laku
guru yang negatif. Melalui kaedah tersebut, kita boleh membangunkan kesedaran guru
tentang bahaya gangguan seksual yang dilakukan oleh mereka terhadap murid-murid.
Kebanyakan negara maju telah memperkenalkan pendidikan seks kepada semua
masyarakat bagi mendedahkan pelbagai isu dalam menimbulkan kesedaran mengenai
gangguan seksual seperti diskriminasi seksual, hak asasi wanita, nilai-nilai baik dalam
hubungan antara lelaki dan wanita, pencabulan, penderaan seksual dan sebagainya.
Justeru, kerajaan atau badan bukan kerajaan perlu memainkan peranan yang
penting dalam menyediakan pendidikan seks ini supaya dapat menyedarkan
masyarakat khususnya guru-guru dalam mengatasi masalah tingkah laku yang negatif.
Pendidikan seks bukan sahaja sesuai kepada murid, guru-guru dan masyarakat namun
kepada pesalah gangguan seksual itu sendiri. Pendidikan seks bertujuan untuk
memberi maklumat yang sebenar tentang kesalahan seksual yang dilakukan lebih-lebih
lagi dilakukan kepada murid-murid. Di samping itu juga, pendidikan seks juga dapat
mengetengahkan implikasi dan kesan yang diperolehi oleh pesalah gangguan seksual
jika mereka terus melakukan gangguan seksual kepada murid-murid.

Selain itu, kursus, ceramah atau bengkel perlu dibuat bagi meningkatkan nilainilai dan tingkah laku yang teratur dan bertanggungjawab terutamanya yang melibatkan
penjawat awam khususnya guru. Bagi mengatasi masalah ini hingga ke akar umbi,
semua guru perlu menghadiri kursus yang dikendalikan oleh kerajaan bagi
menyedarkan mereka tentang tanggungjawab sebagai pendidik. Nilai murni seperti
kemanusiaan, kasih sayang, nilai moral, etika, tanggungjawab dan sebagainya perlu di
terapkan ke dalam diri semua guru dalam kursus ini bagi menyedarkan mereka tentang
kesalahan gangguan seksual daripada terus berlaku. Nilai hidup yang positif dapat
memelihara mereka daripada melakukan gangguan seksual yang bertentangan dengan
norma hidup yang sewajarnya dipertahankan. Fullan (1993) menyatakan bahawa guru
melibatkan diri secara produktif dalam proses perubahan, guru mempunyai tujuan
moral yang dikaitkan dengan dengan tugas dan tanggungjawab mereka.
Selain itu bagi menangani masalah tingkah laku guru yang negatif ini (gangguan
seksual), kerajaan atau badan bukan kerajaan (NGO) perlu menggembleng tenaga
dengan bersama-sama menyediakan kemudahan khidmat kaunseling khususnya
kepada murid-murid yang mengalami gangguan seksual serta guru yang melakukan
gangguan seksual. Di setiap sekolah perlu diwujudkan khidmat bimbingan dan
kaunseling yang dikhaskan untuk guru bagi menangani isu gangguan seksual. Khidmat
bimbingan dan kaunseling ini bertujuan untuk membolehkan guru mendapatkan
bantuan dan nasihat daripada pakar kaunseling jika mereka terjebak dengan masalah
ini. Menurut Shertzer dan Stone (1974) mengatakan bahawa bimbingan sebagai
perkhidmatan membimbing individu yang memerlukannya untuk mencapai kefahaman,
pengetahuan dan kemahiran tertentu.
Penguatkuasaan undang-undang juga adalah satu jalan mudah yang boleh
diambil bagi mengatasi tingkah laku yang negatif. Penguatkuasaan undang-undang
yang melibatkan kes gangguan seksual dalam kalangan pendidik ini perlulah dibanteras
dengan segera supaya kes seumpama ini dapat diatasi dengan segera.

Penguatkuasaan undang-undang seperti penjara, sebatan, hukuman dan


sebagainya perlulah dikuatkuasakan bagi mengatasi masalah ini agar tidak terus
berleluasa. Dengan adanya penguatkuasaan seperti itu, tingkah laku negatif dalam
kalangan guru mungkin dapat diatasi dan dibanteras dengan segera. Di samping itu
juga, guru yang melanggar etika perguruan perlulah dilucutkan jawatannya. Ini dapat
memberi pengajaran kepada guru-guru yang lain supaya tidak melakukan perkara yang
tidak bermoral ini.
6.0 RUMUSAN
Berdasarkan kepada hujah-hujah dan huraian yang telah dikupaskan berdasarkan
artikel tersebut, dapatlah dirumuskan bahawa setiap guru haruslah mempunyai sahsiah
yang baik, terpuji, dihormati dan dapat dicontohi oleh murid. Pembentukan sahsiah ini
termasuklah tingkah laku dan sikap yang elok, peribadi yang unggul dan daya
kepimpinan yang berkesan. Kebanyakan kualiti sahsiah seorang guru adalah hasil
daripada latihan yang diikuti semasa menjalani kursus di institut perguruan. Latihan itu
termasuklah kefahaman terhadap sifat kejasmanian dan sifat psikologi kanak-kanak
serta teori penyampaian pelajaran yang berkesan.
Walau bagaimanapun, sama ada seseorang guru itu menerima latihan
perguruan atau tidak, dia mestilah mempunyai sahsiah diri yang bagus terutamanya
terhadap murid-murid. Guru yang mengamalkan budaya pembelajaran pasti tidak akan
lari dari tugasnya untuk mendidik murid-muridnya dengan betul. Selain tugas dalam bilik
darjah, guru perlu mengetahui peranan-peranan lain yang diharapkan oleh masyarakat.
Di samping itu juga, guru seharusnya berjaya mempamerkan penampilan diri
sebagai pendidik yang berkesan. Guru perlulah mempunyai kefahaman terhadap dasar
dan aspirasi pendidikan negara yang jelas dan mantap. Guru yang bersahsiah tinggi
akan menunjukkan etika cemerlang dalam perkhidmatan mereka. Guru dengan etiket
sosial tidak dapat dipisahkan. Etiket sosial merupakan perilaku, budi bahasa,
kebijaksanaan, imej, gerak-geri yang elok yang meyakinkan mengikut kesesuaian

semasa berinteraksi terutamanya dalam perbualan sehariannya. Guru haruslah


berupaya menjadi agen pembangunan dan pembaharuan dalam masyarakat dengan
menampilkan etiket sosial yang disenangi semua.
Guru adalah individu yang sering mendapat perhatian walau di mana sahaja
mereka berada. Segala tindak-tanduknya sentiasa diperhatikan oleh masyarakat
sekeliling. Adalah menjadi kewajipan bagi guru-guru mengamalkan penampilan diri dan
menunjukkan kesantunan yang tinggi untuk memelihara martabat profesion perguruan.
Oleh kerana guru menjadi idola dalam masyarakat, maka guru perlu berupaya
menampilkan

diri

dan

mengaplikasikan

nilai-nilai

kesantunan

menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan yang dihadapinya.

supaya

dapat

Anda mungkin juga menyukai