Anda di halaman 1dari 12

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Tarikh

: 24 Feb 2015

Hari

: Selasa

Tahun

: 6 Cerdas

Masa

: 12:00 -1:00 pm

Bilangan Murid

Mata Pelajaran

: Pendidikan Seni Visual

Bidang

: Membuat Corak dan Rekaan

Tajuk

: Corak Tak Terancang

Aktiviti

: Menghasilkan corak tak terancang menggunakan teknik resis.

Objektif

: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid akan dapat :

/ 28 orang murid

i. Menghasilkan corak tak terancang.


ii. Menghargai hasil kreativiti dan inovasi sendiri.

Pengalaman sedia ada murid

: Murid telah mengetahui teknik resis dan corak tak terancang.

BBM / ABM

: Pensil, jangka lukis, kertas lukisan, lilin, mancis, warna


poster, palet, pembaris, sebotol dakwat dan berus lukisan,
video langkah penghasilan, slaid jenis-jenis corak .

Penerapan Nilai

: Kerjasama, ketelitian dan ketekunan.

Persediaan Murid

: Murid bersedia ke bilik Pendidikan Seni Visual dengan


membawa alat dan bahan yang diperlukan.

Persediaan Guru

: Guru menyediakan penerangan tentang bidang Membuat


Corak dan Rekaan menerusi slaid power point dan video
langkah.

KBKK

: Mereka bentuk

LANGKAH /

ISI KANDUNGAN

MASA

Set Induksi

Bahan maujud

(5 minit)

Hasil Coral Tak


Terancang yang
telah siap.
.

Langkah 1
(5 minit)

Bentuk-bentuk corak
tak terancang.

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

1. Guru membawa hasil corak tak terancang yang


telah siap dibingkaikan.
2. Murid diminta menganalisis apakah jenis corak
yang ditunjukkan oleh guru.
3. Murid menyatakan ianya jenis corak tak

CATATAN

BBM : Bahan maujud


Sikap : Sikap ingin tahu
pelajar.
Pengetahuan sedia ada :
Murid telah mengetahui apa

terancang.

itu corak tak terancang.

1. Guru menayangkan slaid bentuk-bentuk

ABM : Komputer Riba ,

corak tak terancang yang terdapat di

projektor, Slaid Power

sekeliling.

Point.

2. Murid menonton tayangan slaid guru.


3. Guru membuat perkaitan slaid tersebut
dengan aktiviti seni yang akan dipelajari pada
hari tersebut.

Strategi Berasaskan
Sumber
Kaedah Demonstrasi

Langkah 2
(15 minit)

Reka bentuk

1. Guru meminta murid mengeluarkan kertas

BBM : Kertas lukisan,

penghasilan corak

lukisan, jangka lukis, warna poster, pembaris dan jangka lukis, warna poster,

tak terancang

pensil.
2. Bahan-bahan lain telah pun disediakan oleh
guru.
3. Guru mula membimbing murid cara-cara
menghasilkan corak tak terancang

pembaris, pensil dan video


langkah.
ABM : Gunting, krayon dan
gam.
Strategi Pemerhatian

menggunakan bantuan video langkah.


Strategi Berasaskan
Sumber
Kaedah Demonstrasi
Langkah 3
(25 minit)

Langkah langkah
penghasilan

1. Murid memulakan aktiviti dengan bimbingan


daripada guru.
2. Guru memantau dan membantu sekiranya murid
memerlukan bantuan

Strategi Berpusatkan Murid


Mereka cipta.
Menjana idea.
Pendekatan Induktif

Strategi Kolaboratif

a) Menyediakan bahan dan alat seperti kertas


lukisan, warna poster, pembaris dan pensil.

b) Lakarkan bentuk segiempat dengan


menggunakan pembaris bermula dari
bahagian tepi kertas lukisan.

c) Warnakan lakaran lapisan segiempat yang


telah dibuat dengan menggunakan warna
poster.

d) Gunakan warna-warna kontras supaya corak


yang dihasilkan nampak menarik.

e) Akhiri dengan warna gelap seperti biru


gelap.

f) Nyalakan lilin dan titiskan lilin secara bebas di


atas corak yang telah dibuat. Titiskan lilin
sehingga memenuhi ruang.

g) Ambil sebotol dakwat dan berus lukisan.


Sapukan dakwat ke seluruh corak yang telah
dihasilkan.

h) Dengan menggunakan pembaris, guriskan


titisan-titisan lilin itu.

(i) Inilah rekaan corak titisan lilin dengan teknik


gurisan. Hasilnya cukup unik dan menarik.

Langkah 4
(5 minit)

Sesi apresiasi dan


refleksi

1. Guru meminta murid-murid mengangkat dan


menunjukkan hasilan kreativiti corak yang
terhasil.
2. Murid mengangkat dan menunjukkan hasil

Membanding beza.
Menganalisi.
Pendekatan Induktif

kreativiti masing-masing.
3. Secara rawak, guru bertanyakan perasaan
murid-murid sepanjang penghasilan corak tak
terancang tersebut.
4. Murid yang dipilih bangun dan bercerita secara
ringkas perasaan mereka.

Langkah 5
(5 minit)

Rumusan isi
pembelajaran

1. Guru membuat kesimpulan berdasarkan topik


yang diajar.

Kaedah Bercerita
Verbal Linguistik.

Anda mungkin juga menyukai