Anda di halaman 1dari 6

Kabus Di Perbukitan

Muhammad Kholid Hamzah

17 FEBUARI 2015

#KP_&_KPP

PENGAJAR
AN

1.Kita mesti mempunyai jati diri yang kental terhadap bangsa sendiri.
Faridah masih mengekalkan idenditi bangsa Melayunya walaupun sudah 25
tahun tinggal di New Zealand iaitu masih menggunakan nama Idah.
2. Kita mesti meletakkan pegangan agama sebagai asas kehidupan untuk
berjaya dalam hidup
Soleh Johnsons berjaya menjadi pengusaha ternakan dan penyembelihan
cara Islam di New Zealand .
Dia amat dikenali dalam kalangan 30.000 orang Muslim di New Zealand.
3. Kita mesti memulihara alam semula jadi agar kerosakan ekologi dapat
dikurangkan
Soleh Johnsons dan Datuk Azrul tidak mahu mengusahakan ladang sayur
demi kelestarian Tanah Tinggi Lojing, sebaliknya mengusahakan pusat
peranginan berkonsep agropelancongan.

Bukit Kutu kekal menjadi Hutan Rizab Hidupan Liar yang telah diwartakan sejak zaman
pemerintahan British.
4. Kita mesti berwawasan jauh untuk mencapai kejayaan
Azrul seorang graduan yang berpandangan jauh tentang masa depan bidang
pertanian di negara ini.
Azrul menyatakan hasratnya untuk menternak kambing selepas tamat pengajian
kepada ayahnya setelah melihat pasaran kambing yang tinggi bagi majlis akikah,
korban, majlis menyambut kelahiran dan kegunaan masyarakat Hindu.
25 tahun kemudian Azrul bergelar Datuk Azrul setelah berjaya memajukan industri
pertanian melalui ladang sendiri dan Pertubuhan Peladang.
5. Kita mesti berfikiran terbuka untuk mencapai kejayaan
Datuk Azrul menghantar anaknya Zain belajar dalam bidang pertanian di New Zealand
untuk mengalami sendiri perbezaan cara hidup masyarakat New Zealand yang jauh
lebih maju di bidang pertanian dan membezakannya dengan sikap masyarakat
tempatan yang tidak berubah walaupun negara sudah maju.

Datuk Azrul terpaksa berusaha gigih meyakinkan penduduk Merbau Berdarah


agar menyatukan kebun-kebun mereka untuk membentuk mini estet kelapa
sawit dan buah-buahan
6. Kita mesti yakin sektor pertanian mampu memajukan negara
Datuk Azrul memberitahu Zain bahawa semaju mana pun negara jika tanpa hasil
tani, rakyatnya tidak dapat meneruskan kehidupan.
New Zealand, negara tempat Faridah bermaustatin merupakan negara pertanian
dan penternakan biri-biri yang maju. Suaminya Soleh Johnsons mengusahakan
industri penternakan dan penyelembihan yang berjaya di Christchurch.

S E K I A N,,,,,,
TERIMA KASIH