Anda di halaman 1dari 5

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI MAHKOTA, 77300

MERLIMAU, MELAKA
LAPORAN PANITIA PENDIDIKAN MORAL TAHUN BERAKHIR 2014.
1.0

PENDAHULUAN
Dalam usaha merealisasikan misi visi sekolah serta menyahut
seruan mengarap Falsafah Pendidikan Kebangsaan, pengajaran dan
pembelajaran (P&P) diberi keutamaan penting. Malah keberkesanan
P & P amat bergantung kepada sumber manusia dan material yang
berada di sekeliling kita.
Perubahan dalam beberapa dasar mahupun pekeliling baharu
menuntut beberapa perkara dan strategik difikir, digubal dan
disusun atur semula mengikut kesesuaian pelajar dan iklim sekolah.
Malah pelaksanaan PBS bagi tingkatan 1, 2 dan 3 perlu
dilaksanakan pada tahun berpandukan arahan daripada pihak
berkenaan. Tambahan pula pelajar menengah yang menduduki
kertas 1225 Pendidikan Moral perlu diberi penambahbaikkan
terutama aras soalan beraras KBAT.
Perancangan pengajaran dan pembelajaran yang strategik dan
tepat dengan situasi terkini dijangka pasti dapat menyelesaikan
masalah dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Sekaligus
mampu mempertingkatkan prestasi bidang kurikulum di sekolah
kepada lonjakan yang lebih cemerlang. Usaha pihak sekolah adalah
memastikan P&P dijalankan secara terkawal, cekap dan berkesan
dengan teknik dan kaedah yang betul.

2.0

VISI
Melahirkan sumber manusia yang berketrampilan, berpandangan
positif yang dapat dicapai melalui proses pembangunan diri yang
profesional
untuk
meningkatkan
mutu
pengajaran
dan
pembelajaran murid.

3.0

MISI
Melaksanakan penyeliaan di dalam bilik darjah secara rapid dan
sistematik untuk memastikan kejayaan pelaksanaan kurikulum di
sekolah.

4.0

MATLAMAT
Sepanjang Tahun 2014, Panitia Pendidikan Moral telah merangka
beberapa matlamat antaranya:
- Meningkatkan prestasi keputusan peperiksaan mata pelajaran
pendidikan moral bagi semua aliran tingkatan terutama
peringkat SPM.
- Meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran Pendidikan
Moral dan aktiviti yang dijalankan.

5.0

Meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan teknik menjawab


kertas Pendidikan Moral dalam kalangan murid.
Menambah dan menguruskan aktiviti atau program yang sesuai
yang dapat menarik minat murid serta membentuk jati diri
dengan nilai yang sesuai.
Melaksanakan program PBS di peringkat menengah rendah dan
memastikan pencapaian terbaik dalam kalangan murid.

PENGURUSAN AKADEMIK
5.1

Mesyuarat Panitia.
- Panitia PM telah mengadakan mesyuarat sebanyak tiga kali
setahun.
- Agenda utama dibincangkan ialah :
Sukatan pelajaran
Rancangan mengajar tahunan
peperiksaan
Pengurusan kelas PM
Pekeliling berkaitan P&P
Pentaksiran berasaskan sekolah (PBS)
Program dan aktiviti sepanjang tahun.
Pencerapan buku dan guru.
Hal-hal lain.

5.2

Penyediaan Rancangan Pelajaran.


Rancangan Pelajaran Tahunan dibahagikan kepada :
Bidang Pembelajaran
Tajuk
Nilai
Objektif
Aktiviti/ BBM /Refleksi.

5.3

Peperiksaan dan Penilaian.


5.3.1 Peperiksaan Bertulis atau ujian
5.3.2 Kerja kursus Pendidikan Moral.
5.3.3 Penilaian Sahsiah
5.3.4 PBS bagi tingkatan 1 dan tingkatan 2

5.4

Format peperiksaan.

Ting.

Ujian 1

Pep.
Tahun

PBS
soalan struktur

Pertengahan

Ujian 2

soalan struktur

Pep. Akhir Tahun


PBS
(1 jam 30minit )

(1jam 30 minit)
2

PBS
soalan struktur

soalan struktur

PBS

(1 jam 30minit )
(1jam 30 minit)

6.0

PBS

Soalan struktur
(1jam 30 minit)

Soalan
struktur
( 1 jam 3o
minit )

Soalan struktur
esei
( 2 jam )

Soalan
struktur
(1jam30mi
nit )

Soalan struktur
esei
( 2 jam 30 minit

Soalan Struktur
(1 jam 30 minit)

&

Soalan
struktur
( 1 jam 30
minit )

Soalan struktur
& esei
( 2 jam 30
minit )

&

Soalan
struktur
-

Peperiksaan
Percubaan SPM
( 2 jam 30 minit
)

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN MORAL


6.1
Tindakan untuk meningkatkan prestasi pelajar:
Membuat taklimat dan ceramah mengenai kertas 1225/1 dan
1225/2 Pendidikan Moral serta Kerja Kursus kepada murid
Tingkatan 4.
Mengedarkan surat edaran kepada ibu bapa murid Tingkatan
4 mengenai Kerja Kursus yang perlu murid buat.
Mengadakan ceramah atau bengkel teknik menjawab kertas
pendidikan Moral bermula Tingkatan 4 secara dalaman.
Memantau tingkah laku dan personaliti murid sebagai
penilaian sahsiah murid.
Memperkenalkan format kertas peperiksaan bermula dari
tingkatan 1 dengan penekanan terhadap nilai dan definisinya.
Memantau murid mengendalikan kerja amal kerana
sebahagian daripada kerja kursus yang perlu dilaksanakan.
Melaksana dan menjalankan PBS bagi murid tingkatan 1 dan
tingkatan 2 secara berterusan sepanjang tahun.
6.2

7.0

PPBS

Meningkatkan pedagogi dalam kalangan guru yang berkaitan


dengan P&P.
Menghadiri seminar dan bengkel yang berkaitan dengan P.M
terutama bagi guru Pendidikan Moral T3
Mengadakan perkembangan staf untuk guru-guru oleh
penceramah sama ada guru pakar dari dalam mahupun luar
sekolah.
Memberi pendedahan dan taklimat tentang instrument
penyeliaan supaya P&P yang dijalankan dapat memenuhi
matlamat dan objektif serta selaras dengan Falsafah
Pendidikan kebangsaan dalam kalangan guru t4 dan t5.

AKTIVITI DAN PROGRAM.


7.1
Program Penghayatan Nilai
Usaha menerapkan nilai-nilai yang terkandung dalam sukatan
pendidikan moral, dihafal, dihayati dan diamalkan oleh murid.
3

7.2

7.3
7.4

7.5

8.0

Setiap kelas digalakkan mencatatkan nilai-nilai tersebut pada papan


kenyataan, dinding dan sebagainya secara kreatif.
Program Bulan kemerdekaan dan Sambutan Hari Malaysia.
Panitia Pendidikan Moral telah berkolaborasi antara panitia di bawah
bidang
Kemanusiaan
untuk
mengadakan
sambutan
Hari
Kemerdekaan dan Hari Malaysia bermula
11 Ogos 2014 dan
berakhir pada 15 September 2014
bertempat di Tapak
perhimpunan Rasmi SMK Seri Mahkota.
Panitia Pendidikan Moral telah mengadakan aktiviti menghias beg
kertas dengan tema patriotisme Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta
Perkembangan Staf Guru.
Bengkel PBS Pendidikan Moral Tingkatan 3 pendedahan
kepada semua guru Pendidikan Moral.
Bengkel Pendidikan Moral untuk Guru-guru Pendidikan Moral Daerah
Jasin 2014 di bawah Program Dasar Transformasi Pendidikan.
6 September 2014
8.00 pagi hingga 2.00 petang
Bertempat di Dewan Akademik 1 PPD Jasin, Melaka
Pengisian Dalam Masa Relief Pendidikan Moral.
Bacaan Buku di Pusat Sumber
Permainan Catur dan Permainan Minda Brain Game

LAPORAN
PENCAPAIAN
PROGRAM-PROGRAM
YANG
DILAKSANAKAN
DI
BAWAH
PERANCANGAN
STRATEGIK
BERDASARKAN KPI YANG TELAH DITETAPKAN PADA TAHUN 2014.
8.1

8.2

8.3

Pemupukan Nilai/ Penghayatan nilai.


Rasional : menerapkan nilai yang dipelajari dalam membentuk
akhlak, sahsiah dan jati diri para murid yang baik.
Tarikh pelaksanaan : Januari hingga November.
Sepanjang tahun terutama dalam P& P
Pendidikan Moral.
Pencapaian : 70 % memuaskan, dinilai daripada peratus keputusan
Ujian dan Peperiksaan murid.
Refleksi : Peningkatan dalam keputusan peperiksaan dan ujian
murid.
Kerjasama dan sikap profesional daripada semua guru
yang mengajar
Pendidikan Moral
Program Angkat Kasih Sayang.
Rasional : Meningkatkan kemahiran dan pengetahuan moral dengan
bantuan bahan rangsangan.
Tarikh pelaksanaan ; Februari hingga Oktober sepanjang tahun
Pencapaian : 60 % memuaskan
Refleksi : penglibatan yang tidak menyeluruh oleh semua murid.
Aktiviti ini akan diteruskan pada tahun akan datang.
Pertambahan terhadap bahan rangsangan seperti papan
tanda moral dan definisi serta buku-buku berunsur nilai
moral di Pusat Sumber.
Program Tak Kenal Tak Cinta.

Rasional : Bengkel Nilai Moral dan Teknik menanda Kertas


Pendidikan Moral.
Mengubah persepsi dan tanggapan awal murid dan guru
bahawa mata
pelajaran Pendidikan Moral tidak
penting.
Tarikh pelaksanaan Februari Mac
Pencapaian 90 % amat memuaskan.
Refleksi : Sokongan dan kerjasama daripada semua guru mata
pelajaran PM
9.0

PENUTUP

Penerapan nilai dalam diri murid-murid adalah usaha berterusan sepanjang


hayat. Semua pihak bertanggungjawab menggalas peranan dan tugas masingmasing demi membentuk modal insan yang seimbang. Taakulan, tingkah laku
dan emosi moral yang digarap dalam sukatan pelajaran pendidikan moral
merupakan asas terhadap usaha tersebut. Malah penilaian dan ujian yang
dilaksanakan menguji sebahagian daripada keperibadian seseorang. Sebermula
daripada diri individu, keluarga, komuniti, dan seterusnya negara mencerminkan
nilai moral yang dijadikan pegangan sekali gus memartabatkan negara bangsa
tersebut.

Disediakan Oleh :

Disemak Oleh :

...............................................
(MASLINDA BINTI MUSA )
KETUA PANITIA PENDIDIKAN MORAL

...........................................
(PUAN LYANA BINTI ABDULLAH)
GURU KANAN M.PELAJARAN.

Anda mungkin juga menyukai