Anda di halaman 1dari 2

Sains dan Kanak-Kanak Istimewa

Punca kanak-kanak istimewa gagal menguasai kemahiran sains adalah disebabkan masalah kognitif,
fizikal dan emosi. Selain teori pembelajaran konstruktivisme, guru sains juga perlu memahami teori
pembelajaran yang lain bagi membantu merancang pembelajaran bermakna bagi kanak-kanak
istimewa berkenaan.
a) Terangkan empat masalah pembelajaran sains dalam kalangan murid istimewa yang kurang upaya
dari segi pembelajaran.
( 4 markah)

Murid bermasalah pembelajaran akan menghadapi masalah untuk:i.


Masalah kognitif- rendah daya ingatan
ii.
Masalah pertuturan - Kekurangan upaya dalam membaca dan mengeja seperti rakan sebaya yang lain.
iii.
Psikomotor- Murid menghadapi masalah untuk menulis dan melukis rajah
iv.
Perkembangan sosial - dimana murid tidak dapat memberi fokus lebih lama
Penggunaan bahan bantu mengajar yang sesuai dapat membantu guru sains dalam proses
pengajaran dan pembelajaran sains terutama sekali bagi kanak-kanak istimewa.
b) Apakah ciri utama alat bantu mengajar yang berkesan?
( 6 markah )

I.
II.
III.
IV.
V.
VI.

Mempunyai unsur audio visual yang menarik


Melibatkan penglibatan murid seperti penggunaan komputer
Yang menarik minat murid seperti penggunaan carta dengan kad huruf berwarna warni
Saiz tulisan atau gambar yang mudah dilihat
Selamat dan senang digunakan
Boleh disentuh dan dilihat seperti bongkah 3D

c) Dengan menggunakan satu jenis bahan bantu mengajar, bincangkan bagaimana bahan bantu
mengajar tersebut membantu proses pengajaran sains untuk mengajar satu konsep sains.
( 10 markah )

Model manusia berunsur 3D dimana murid bukan sahaja boleh melihat tetapi murid boleh merasa
dan menyentuh. Isi pengajaran dan pembelajaran dapat disampaikan kepada murid melalui bahan
bantu mengajar ini dengan lebih berkesan dan efektif. Melalui penggunaan model ini murid diajar
untuk membezakan jantina, mengenali anggota badan, pengenalan lima deria, mengenali fizikal

badan seperti tinggi, kurus dan sebagainya. Model ini membantu murid memahami, melihat dan
menilai sendiri apa yang ingin disampaikan oleh guru.
Model ini membantu murid ke arah menimbulkan sikap inkuiri di mana ianya akan menarik
perhatian murid tentang apa yang ingin disampaikan oleh guru. Disamping itu ia juga menyediakan
murid ke arah mengalami pengalaman sebenar semasa proses pembelajaran berlangsung dan
pastinya murid dapat mengekalkan ingatannya lebih lama.
Pelbagai aktiviti yang dapat dijalankan oleh guru dengan model manusia ini. Antaranya ialah
murid menyebut jantina rakan-rakan mereka di dalam kelas dan mengenakan pakaian kepada model
berdasarkan jantina. Ini menggalakkan kemahiran psikomotor, pengamatan pendengaran, penglihatan
dan pertuturan murid.
Aktiviti mencantum bahagian model dapat membantu murid bermasalah pembelajaran untuk
mengimbas kembali apa yang telah disampaikan oleh gurunya sebelum itu.

Anda mungkin juga menyukai